View
236
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
HUBUNGAN ANTARA SIKAP, MINAT, PENGAJARAN GURU DAN
PENGARUH RAKAN SEBAYA DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK DI
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH BATU PAHAT,
JOHOR.
QUEK MIOW LENG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HUBUNGAN ANTARA SIKAP, MINAT, PENGAJARAN GURU DAN
PENGARUH RAKAN SEBAYA DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK DI
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH BATU PAHAT,
JOHOR.
QUEK MIOW LENG
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
iii
Untuk ayah, ibu dan keluarga tersayang
iv
PENGHARGAAN
Sesungguhnya segala pujian dan setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan
kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan Izin Tuhan projek sarjana muda ini
telah berjaya saya siapkan.
Penghargaan yang menggunung tinggi dan terima kasih yang tidak terhingga
saya ucapkan kepada penyelia saya iaitu Puan Yeo Kee Jiar atas bimbingan, tunjuk
ajar, saranan yang bernas dan kesudian meluangkan masa serta kesabaran
mengadakan sesi perbincangan sepanjang projek ini dijalankan. Terima kasih juga
dirakamkan kepada Dr. Tan Soo Yin yang banyak membimbing saya dalam
penulisan Bab 1, Bab 2 dan Bab 3.
Sekalung kasih buat ibu bapa dan adik-beradik yang jauh berada di kampung
halaman kerana dengan sokongan dan dorongan mereka menguatkan semangat saya
untuk terus menyiapkan projek ini.
Ribuan terima kasih ingin saya rakamkan kepada sekolah-sekolah di daerah
Batu Pahat yang sudi memberi peluang kepada saya untuk mengagihkan soal selidik.
Tanpa kerjasama daripada pihak sekolah, projek ini tidak akan berjalan lancar.
Tidak ketinggalan juga rakan sekursus saya atas bantuan dan galakan yang
dihulurkan semasa saya menghadapi masalah dalam usaha menyiapkan projek ini.
Akhirnya, jasa kalian akan saya kenang sepanjang hayat. Semoga Tuhan
akan membalas jasa baik kalian.
v
ABSTRAK
Pencapaian Matematik pelajar tingkatan empat masih belum memuaskan.
Oleh itu, faktor yang berkaitan dengan pencapaian Matematik mendapat perhatian
pengkaji. Dalam konteks kajian ini, hanya empat faktor yang dikaji iaitu sikap
pelajar terhadap Matematik, minat pelajar terhadap Matematik, pengajaran guru dan
pengaruh rakan sebaya. Seramai 361 orang pelajar tingkatan empat dari tiga buah
sekolah di daerah Batu Pahat telah diambil sebagai sampel kajian. Pencapaian
Matematik adalah berdasarkan keputusan PMR. Kajian ini dijalankan dengan
kaedah tinjauan secara soal selidik. Soal selidik mengandungi 40 item dengan nilai
kebolehpercayaan α = 0.85. Semua data diproses dengan Statistical Packages for
Social Sciences (SPSS) for Windows Version 11.5. Analisis deskriptif dan analisis
inferensi telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan menunjukkan
bahawa kebanyakan responden mempunyai tahap sikap yang tinggi dan minat yang
sederhana terhadap Matematik. Persepsi responden tentang pengajaran guru dan
pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian Matematik adalah positif. Sikap dan
minat mempunyai hubungan yang positif signifikan dengan pencapaian Matematik.
vi
ABSTRACT
The Mathematics achievement among the form four students is not
satisfactory. Therefore, most of the researchers are interested on the factors which
influence the achievement of Mathematics. In this study, only four factors were
considered which include the students’ attitude toward Mathematics, students’
interests toward Mathematics, teaching methods and peer groups effect. A total of
361 form four students from three secondary schools in Batu Pahat were chosen as
samples of the study. The Mathematics achievement was based on PMR result. The
data was collected by using questionnaire which consists of 40 items with reliability
coefficient α = 0.85. Data was analyzed using Statistical Packages for Social
Sciences (SPSS) for Windows Version 11.5. Descriptive and inference analysis were
used in the procedures of data analysis. The outcomes indicated most of the
respondents had positive attitude and moderate interest towards Mathematics. The
perception of respondents on teaching method and peer groups effect towards
Mathematics were positive. The result also showed that the students’ attitude
towards Mathematics and the students’ interests toward Mathematics had positive
significant relation with Mathematics achievement.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN
xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Rasional Kajian
1.8 Kepentingan Kajian
1.8.1 Kepentingan kepada Pelajar
1.8.2 Kepentingan kepada Guru Matematik
1.8.3 Kepentingan kepada Pihak Sekolah
1
2
6
7
8
8
9
10
10
10
11
viii
1.8.4 Kepentingan kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Agensi-agensinya
1.8.5 Kepentingan kepada Ibu Bapa
1.9 Batasan Kajian
1.10 Definisi Kajian
1.10.1 Pencapaian
1.10.2 Mata Pelajaran Matematik
1.10.3 Sikap
1.10.4 Minat
1.10.5 Pengajaran Guru
1.10.6 Pengaruh Rakan Sebaya
1.11 Penutup
11
12
12
13
13
13
14
14
15
15
16
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
2.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembelajaran
2.2.1 Sikap
2.2.2 Minat
2.2.3 Pengajaran Guru
2.2.4 Pengaruh Rakan Sebaya
2.3 Kerangka Teori
2.3.1 Teori Pembelajaran Sosial
2.3.2 Teori Pembelajaran Behaviorisme
2.3.3 Teori Humanistik
2.3.4 Teori Garner tentang Multiple Intelligences
2.4 Kajian-kajian Lepas dalam Negeri
2.4.1 Sikap
2.4.2 Minat
2.4.3 Pengajaran Guru
2.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya
2.5 Kajian-kajian Lepas Luar Negera
2.5.1 Sikap
2.5.2 Minat
17
17
18
18
19
20
22
22
23
24
26
26
27
28
29
30
31
32
33
ix
2.5.3 Pengajaran Guru
2.5.4 Pengaruh Rakan Sebaya
2.6 Penutup
34
35
36
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Lokasi Kajian
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Kajian Rintis
3.7 Prosedur Mengumpul Data Kajian
3.8 Analisis Data
3.8.1 Analisis Deskriptif
3.8.2 Analisis Inferensi
3.9 Penutup
37
37
38
38
39
43
44
44
45
45
46
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Deskriptif
4.2.1 Analisis Maklumat dan Latar Belakang
Responden
4.2.1.1 Taburan Responden Mengikut
Jantina
4.2.1.2 Taburan Responden Mengikut
Kumpulan Etnik
4.2.1.3 Taburan Pencapaian Matematik
Responden dalam PMR
4.2.1.4 Taburan Taraf Pendidikan Ibu
Bapa Responden
4.2.1.5 Taburan Pendapatan Keluarga
Responden
47
47
48
48
48
49
50
51
x
4.2.2 Analisis Tahap Sikap Responden terhadap
Matematik
4.2.3 Analisis Tahap Minat Responden terhadap
Matematik
4.2.4 Analisis Persepsi Responden tentang
Pengajaran Guru terhadap Pencapaian
Matematik
4.2.5 Analisis Persepsi Responden tentang
Pengaruh Rakan Sebaya terhadap
Pencapaian Matematik
4.2.6 Analisis Item Soal Selidik Berdasarkan
Faktor Sikap, Faktor Minat, Faktor
Pengajaran Guru dan Faktor Pengaruh
Rakan Sebaya
4.3 Analisis Inferensi
4.3.1 Analisis Hubungan antara Sikap Responden
dengan Pencapaian Matematik
4.3.2 Analisis Hubungan antara Minat Responden
dengan Pencapaian Matematik
4.3.3 Analisis Hubungan antara Pengajaran Guru
dengan Pencapaian Matematik
4.3.4 Analisis Hubungan antara Pengaruh Rakan
Sebaya dengan Pencapaian Matematik
4.4 Penutup
51
52
53
53
54
67
67
68
69
69
70
5 KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Kesimpulan (Perbincangan dan Rumusan)
5.2.1 Tahap Sikap Responden terhadap Matematik
5.2.2 Tahap Minat Responden terhadap
Matematik
5.2.3 Persepsi Responden tentang Pengajaran
Guru terhadap Pencapaian Matematik
71
71
71
73
73
xi
5.2.4 Persepsi Responden tentang Pengaruh Rakan
sebaya terhadap Pencapaian Matematik
5.2.5 Hubungan antara Sikap dengan Pencapaian
Matematik
5.2.6 Hubungan antara Minat dengan Pencapaian
Matematik
5.2.7 Hubungan antara Pengajaran Guru dengan
Pencapaian Matematik
5.2.8 Hubungan antara Pengaruh Rakan Sebaya
dengan Pencapaian Matematik
5.3 Implikasi Kajian
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
5.5 Penutup
74
75
76
76
77
78
81
82
SENARAI RUJUKAN 83
LAMPIRAN 91
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
HALAMAN
1.1 Perbandingan peratusan kelulusan mata pelajaran berlainan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2004 dan tahun 2005 untuk seluruh negara
4
1.2 Perbandingan peratusan kelulusan mata pelajaran berlainan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2004 dan tahun 2005 untuk daerah Batu Pahat
5
3.1 Pemberian skor bagi maklumat dan latar belakang responden
40
3.2 Pecahan-pecahan item positif dan item negatif mengikut faktor
40
3.3 Pemberian skor bagi item positif dan item negatif
41
3.4 Selang kelas bagi penentuan tahap sikap dan minat pelajar terhadap Matematik
42
3.5 Selang kelas bagi persepsi pelajar terhadap pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya
42
3.6 Klasifikasi kekuatan korelasi (Rowntree, 1981)
46
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina
48
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kumpulan etnik
49
4.3 Taburan kekerapan dan peratusan pencapaian Matematik responden mengikut gred
49
4.4 Taburan kekerapan dan peratusan taraf pendidikan ibu bapa responden
50
4.5 Taburan kekerapan dan peratusan pendapatan keluarga responden
51
xiii
4.6 Analisis tahap sikap responden terhadap Matematik
52
4.7 Analisis tahap minat responden terhadap Matematik
52
4.8 Analisis persepsi responden tentang pengajaran guru terhadap pencapaian Matematik
53
4.9 Analisis persepsi responden tentang pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian Matematik
54
4.10 Taburan bilangan dan peratusan responden menjawab setiap item dalam bahagian “Faktor Sikap”
55
4.11 Taburan bilangan dan peratusan responden menjawab setiap item dalam bahagian “Faktor Minat”
58
4.12 Taburan bilangan dan peratusan responden menjawab setiap item dalam bahagian “Faktor Pengajaran Guru”
61
4.13 Taburan bilangan dan peratusan responden menjawab setiap item dalam bahagian “Faktor Pengaruh Rakan Sebaya”
64
4.14 Analisis hubungan antara sikap responden dengan pencapaian Matematik
67
4.15 Analisis hubungan antara minat responden dengan pencapaian Matematik
68
4.16 Analisis hubungan antara pengajaran guru dengan pencapaian Matematik
69
4.17 Analisis hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian Matematik
69
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
HALAMAN
2.1 Piramid hierarki keperluan Maslow
25
xv
SENARAI SINGKATAN
AS - Amat Setuju
ATS - Amat Tidak Setuju
Bil - Bilangan
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
S - Setuju
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Packages for Social Sciences
STPM - Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia
TIMSS - Third International Mathematics and Science Survey
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
xvi
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
HALAMAN
A Borang soal selidik hubungan sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian Matematik pelajar.
91
B Jadual penentuan saiz sampel berdasarkan populasi Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W.
94
C Surat pengesahan item soal selidik.
95
D Surat pengesahan pelajar dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
96
E Surat kebenaran menjalankan kajian dari Jabatan Pelajaran Johor.
97
F Surat kebenaran menjalankan kajian dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
98
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam mengharungi arus globalisasi yang kian deras, pelbagai bidang telah
mengalami perubahan yang pesat lagi mendadak. Begitu juga halnya dengan bidang
pendidikan negara kita. Bidang pendidikan tetap memainkan peranan penting dalam
melahirkan bakal pemimpin yang akan menerajui pemerintahan negara kita pada
masa kelak. Tanpa sistem pendidikan yang kukuh, maka berkecailah negara.
Pada umumnya, pendidikan merupakan proses penyampaian ilmu
pengetahuan daripada pendidik kepada pelajar. Proses ini boleh berlaku secara
formal atau tidak formal. Berdasarkan Laporan Jawantankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah
diperkenalkan pada tahun 1982, diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) pada tahun 1988 dengan tujuan untuk mewujudkan sistem
pendidikan yang bermutu. Dalam pelaksanaan KBSR, penekanan diberi kepada
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). KBSM pula digubal berteraskan
prinsip-prinsip kesinambungan pendidikan asas dari KBSR dan penumpuan khusus
kepada ilmu dan kemahiran, nilai murni dan bahasa (Yew, 1994).
Antara mata pelajaran yang diterap dalam sistem pendidikan negara kita,
Matematik yang digelar Ilmu Hisab Moden merupakan salah satu subjek yang
mustahak. Mata pelajaran ini diajar daripada tadika disambung ke sekolah rendah
2
dan diteruskan ke sekolah menengah serta ke peringkat institusi pengajian tinggi bagi
kursus-kursus tertentu. Di bawah pelaksanaan KBSR dan KBSM, Matematik
diajarkan di sekolah dengan tujuan untuk memberikan pengetahuan kira-mengira
secara spontan kepada pelajar (Yew, 1994).
Kita sedia maklum bahawa pendidikan Matematik di negara kita dirancang
berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara dan penegasan diberi kepada penguasaan
bahasa Matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira dan
penggunaan Matematik dalam penyelesaian masalah (Mok Soon Sang, 1996). Abdul
Latif (1983) menyatakan bahawa kebolehan penaakulan secara operasi formal yang
diperlukan oleh seseorang individu dalam pembelajaran Matematik biasanya dapat
dikaitkan dengan kebolehan menyelesaikan Matematik serta Sains dan seterusnya
mempengaruhi pencapaian individu dalam subjek tersebut.
1.2 Latar Belakang Masalah
Tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan Matematik adalah amat penting
bagi seseorang. Hal ini demikian kerana ilmu Matematik mempunyai kaitan yang
rapat dengan kemahiran mengira iaitu salah satu kemahiran yang perlu dikuasai
dalam KBSR seperti yang dijelaskan di atas. Berbekalkan ilmu pengetahuan
Matematik yang cukup, pelajar dapat menyesuaikan diri dan mengendalikan dunia
ledakan teknologi yang semakin kompleks dan sentiasa berubah-ubah. Ini
disebabkan Matematik bukan sahaja digunakan dengan meluas dalam bidang
perniagaan, perdagangan, perindustrian, malahan sektor kejuruteraan juga. Daripada
aktiviti jual beli, pengukuran objek, pengiraan kuantiti objek dan sebagainya
semuanya tidak dapat lari daripada penggunaan Matematik. Ini jelas membuktikan
betapa relevannya fungsi Matematik dalam kehidupan harian. Cuba bayangkan,
tanpa Matematik, bagaimanakah pertukaran wang asing dikira? Bagaimana pula
Menara Kembar yang melangit tinggi itu didirikan?
Oleh hal yang demikian, mata pelajaran Matematik menikmati kedudukan
yang istimewa dalam sistem pendidikan negara kita. Keadaan ini berlaku disebabkan
3
Matematik telah menjadi salah satu subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar
dalam peperiksaan awam negara kita bermula daripada Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM), dan akhirnya Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM). Keutamaan
Matematik ternyata sekali apabila penguasaan Matematik menjadi salah satu
matlamat utama pembangunan tenaga manusia seperti yang dinyatakan dalam
Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-2 (RRJP2).
Mengikut kajian Kementerian Pelajaran Malaysia, kebanyakan pelajar tidak
mendapat keputusan yang cemerlang khasnya dalam subjek Matematik. Ini
dibuktikan dengan ucapan Dr Sharifah Maimunah Syed Zin, Pengarah Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK), sempena Persidangan Kebangsaan Pendidikan
Matematik 2002 yang menyatakan bahawa pencapaian mata pelajaran Matematik di
kalangan pelajar sekolah di negara ini masih pada tahap rendah sama ada dari segi
kualiti mahupun kuantiti (Berita Harian, 30 Oktober 2001).
Pencapaian yang rendah ini jelas menunjukkan bahawa ramai pelajar
mempunyai pandangan yang negatif terhadap Matematik kerana ‘tekanan
Matematik’ (D’Augustine, 1993). Akibatnya, bilangan pelajar yang gagal meningkat,
malahan pelajar benci dan takut kepada Matematik dan matlamat pendidikan
Matematik menemui jalan buntu (Nik Aziz Nik Pa, 1989).
Menurut Masmuda (1980) dalam kajiannya mendapati bahawa pelajar
biasanya menganggap mata pelajaran seperti Sains, Matematik dan Matematik
Tambahan sebagai mata pelajaran yang berkecenderungan saintifik dan memerlukan
penelitian dan ketekunan untuk belajar. Penerokaan yang baik dan teliti ini tidak
dapat dilaksanakan jika pelajar tidak mempunyai sikap yang positif terhadap mata
pelajaran itu.
Ekoran daripada itu, langkah awal telah diambil bagi membendung masalah
yang kian membimbangkan ini. Misalnya, Projek Gerak Gempur Matematik telah
dilaksanakan sejak tahun 1995 bagi memperbaiki prestasi pencapaian Matematik
pelajar. Walaupun usaha telah dilakukan, tetapi penguasaan Matematik di kalangan
4
pelajar masih belum memuaskan. Situasi ini boleh dibukti melalui laporan akhbar,
jurnal, kritikan daripada masyarakat dan juga daripada keputusan peperiksaan.
Perbandingan peratusan kelulusan PMR bagi tahun 2004 dan 2005 untuk seluruh
negara dapat dilihat dalam jadual 1.1 manakala perbandingan peratusan kelulusan
PMR untuk daerah Batu Pahat dapat dilihat dalam jadual 1.2.
Jadual 1.1: Perbandingan peratusan kelulusan mata pelajaran berlainan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2004 dan tahun 2005 untuk
seluruh negara (Sin Chew Daily, 23 Disember 2005) Mata Pelajaran Tahun 2004 Tahun 2005 Peratusan Meningkat (+) atau
Merosot (-) Bahasa Melayu 93.2 92.3 -0.9 Bahasa Inggeris 70.1 73.8 +3.7 Bahasa Cina 86.9 87.0 +0.1 Matematik 83.7 84.1 +0.4 Sains 88.5 90.1 +1.6 Sejarah 94.7 96.1 +1.4 Geografi 93.8 95.1 +1.3 Pendidikan Islam 91.7 91.1 -0.6 Bahasa Arab 90.2 90.3 +0.1 Bahasa Tamil 75.4 75.3 -0.1
5
Jadual 1.2: Perbandingan peratusan kelulusan mata pelajaran berlainan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2004 dan tahun 2005 untuk
daerah Batu Pahat
Mata Pelajaran Tahun 2004 Tahun 2005 Peratusan Meningkat (+) atau Merosot (-)
Bahasa Melayu 90.46 90.63 +0.17 Bahasa Inggeris 69.29 75.84 +6.55 Bahasa Cina 86.67 89.27 +2.60 Matematik 86.21 87.31 +1.10 Sains 84.70 89.68 +4.98 Sejarah 92.61 94.69 +2.08 Geografi 91.58 94.00 +2.42 Pendidikan Islam 92.60 94.34 +1.74 Bahasa Arab 92.79 93.05 +0.26 Bahasa Tamil 78.10 75.86 -2.24 Kemahiran Hidup 1 (Kemahiran Teknikal)
94.40 92.55 -1.85
Kemahiran Hidup 2 (Ekonomi Rumah Tangga)
97.13 97.53 +0.40
Kemahiran Hidup 3 (Pertanian)
85.48 95.74 +10.26
Kemahiran Hidup 4 (Perdagangan dan Keusahawanan)
- 97.66 -
Daripada jadual 1.1 dan jadual 1.2 dapat diperhatikan bahawa peratusan
kelulusan bagi mata pelajaran Matematik untuk tahun 2005 telah meningkat. Namun
demikian, jika dilihat secara keseluruhan, didapati bahawa tahap pencapaian
Matematik adalah lebih rendah berbanding dengan mata pelajaran lain. Pada tahun
2005, peratusan kelulusan bagi mata pelajaran wajib yang lain seperti Bahasa
Melayu, Sejarah dan Geografi adalah melebihi 90% sedangkan peratusan kelulusan
bagi Matematik adalah 84.1% sahaja untuk peringkat negara dan 87.31% untuk
peringkat daerah.
Walau bagaimanapun, terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi
pencapaian pelajaran dalam mata pelajaran Matematik. Antara faktor-faktor tersebut
boleh dikategorikan dalam dua jenis. Yang dimaksudkan di sini ialah faktor dalaman
dan faktor luaran. Faktor dalaman dalam erti kata lain adalah faktor yang berkaitan
atau disebabkan oleh pelajar itu sendiri. Antara yang dikategorikan sebagai faktor
dalaman ialah minat, sikap dan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.
6
Bagi faktor luaran pula ialah faktor yang disebabkan oleh persekitaran pelajar.
Kaedah pengajaran guru, pengaruh rakan sebaya, ibu bapa, kemudahan dan peralatan
sekolah, isi pelajaran dan seumpamanya adalah dikelaskan sebagai faktor luaran.
Sedia maklum bahawa sikap pelajar terhadap Matematik adalah amat
mustahak. Jika pelajar tidak bersikap positif sebaliknya bersikap acuh tak acuh
terhadap sesuatu mata pelajaran. Sudah pastinya dengan sedikit sebanyaknya ini
akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut. Di samping itu,
perlu kita mengakui bahawa adalah susah bagi seseorang itu mempelajari sesuatu
yang langsung tidak boleh menarik perhatiannya. Oleh itu, lumrahnya pelajar hanya
akan belajar bersungguh-sungguh bagi mata pelajaran yang diminati oleh mereka.
Selain itu, guru juga memainkan peranan penting dalam pencapaian
akademik pelajar juga. Kaedah pengajaran guru yang mudah dan jelas akan
memudahkan pemahaman pelajar. Beberapa kajian telah menunjukkan sikap dan
harapan guru memberi kesan yang kuat dalam peningkatan kualiti akhlak dan
pencapaian pelajar (T. Marimuthu, 1990).
Biasanya, pada zaman remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar
terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh
rakan sebayanya. Menurut syarifah Alwiah Alsagoff (1988), rakan sebaya turut
berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kajian tentang
kumpulan sebaya banyak membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar
jika dibandingkan dengan latar belakang atau komposis sekolah.
1.3 Pernyataan Masalah
Penguasaan dan pencapaian Matematik pelajar secara keseluruhannya masih
belum memuaskan berbanding dengan mata pelajaran lain. Menurut Ishak Harun
(1989), pencapaian akademik adalah berbeza antara pelajar. Antara faktor yang
menyebabkan wujudnya masalah pencapaian akademik ialah kurangnya usaha untuk
7
mengenal pasti kelemahan pelajar serta kurangnya aktiviti pengukuhan dalam
pendidikan untuk mewujudkan asas yang mantap bagi perkembangan selanjutnya.
Sekiranya keadaan tersebut dibiarkan berlanjutan, sudah pasti akan
menimbulkan impak negatif terhadap sistem pendidikan negara kita. Selain
berlakunya keciciran pelajar dalam mata pelajaran Matematik, peluang pelajar untuk
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam bidang Matematik atau
jurusan yang berkaitan dengannya turut terjejas. Seterusnya, pelajar akan mengalami
kesukaran semasa mencari pekerjaan. Sekiranya, tuntutan bagi tenaga manusia yang
celik ilmu gagal dipenuhi, hatta, wawasan unggul Malaysia untuk menjadi negara
maju menjelang tahun 2020 tentulah susah direalisasikan.
Oleh itu, dengan mengambil kira empat faktor iaitu sikap pelajar terhadap
Matematik, minat pelajar terhadap Matematik, pengajaran guru dan pengaruh rakan
sebaya, pengkaji cuba mengenal pasti hubungan antara faktor-faktor tersebut dengan
pencapaian Matematik pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara faktor-faktor (sikap,
minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya) dengan pencapaian pelajar
tingkatan empat dalam mata pelajaran Matematik di daerah Batu Pahat. Secara
khusus, objektif yang hendak dicapai adalah untuk
i. Mengenal pasti tahap sikap pelajar terhadap Matematik.
ii. Mengenal pasti tahap minat pelajar terhadap Matematik
iii. Mengenal pasti persepsi pelajar tentang pengajaran guru terhadap
pencapaian Matematik.
iv. Mengenal pasti persepsi pelajar tentang pengaruh rakan sebaya
terhadap pencapaian Matematik.
v. Mengenal pasti hubungan antara faktor sikap dengan pencapaian
Matematik pelajar.
8
vi. Mengenal pasti hubungan antara faktor minat dengan pencapaian
Matematik pelajar.
vii. Mengenal pasti hubungan antara pengajaran guru dengan pencapaian
Matematik pelajar.
viii. Mengenal pasti hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan
pencapaian Matematik pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang cuba dijawab dalam kajian ini
adalah seperti berikut:
i. Apakah tahap sikap pelajar terhadap Matematik?
ii. Apakah tahap minat pelajar terhadap Matematik?
iii. Apakah persepsi pelajar tentang pengajaran guru terhadap pencapaian
Matematik?
iv. Apakah persepsi pelajar tentang pengaruh rakan sebaya terhadap
pencapaian Matematik?
v. Adakah terdapat hubungan antara faktor sikap dengan pencapaian
Matematik pelajar?
vi. Adakah terdapat hubungan antara faktor minat dengan pencapaian
Matematik pelajar?
vii. Adakah terdapat hubungan antara pengajaran guru dengan pencapaian
Matematik pelajar?
viii. Adakah terdapat hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan
pencapaian Matematik pelajar?
Recommended