View
238
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TAJUK : “MANISNYA HIDAYAH IMAN”
11 APRIL 2014M / 11 JAMADIL AKHIR 1435H
__________________________________________________
إلـو إال اهلل وحده ال شريك لو ، وأشهد أن سيدنا محمدا آل أشهد أنلو وأصحابو آعبده ورسولو . اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ء
ين . ومن تبعهم بإحسان إلى يـوم الد
أما بـعد ، فيا عباد اهلل ، إتـقوا اهلل حق تقاتو ، وال تموتن إال وأنتم . مسلمون
2
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Khatib memperingatkan diri ini dan sidang jemaah yang dimuliakan
sekalian, marilah kita bersama-sama bertaqwa kepada Allah SWT dengan
sebenar-benar taqwa, agar kita dapat melaksanakan segala perintah-Nya
dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah bersama kita berpegang
kepada tali Allah SWT, yakni dengan menjaga hubungan kita sebagai
hamba-Nya dan juga hubungan sesama insan, agar penyatuan ummah
dapat direalisasikan bermula di dalam rumah Allah SWT yang penuh
barakah ini. Nikmat Islam yang dikecapi dan hamparan luas keamanan
yang kita nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan meningkatkan
amal ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha
Pencipta lagi Maha Berkuasa serta menjalin eratkan hubungan kita
sesama manusia. Semoga, hidup kita sentiasa dicucuri rahmat serta
kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT di dalam Surah
Ali-'Imran ayat 103 :
Maksudnya : ″ Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah,
dan janganlah berpecah belah.″
Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk
“MANISNYA HIDAYAH IMAN”.
3
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Antara nikmat kurniaan Allah SWT yang paling besar dan berharga adalah
nikmat iman. Ia dianggap sebagai mutiara dalam hati manusia. Iman
adalah asas penting yang menjadi tapak tempat berdirinya peribadi
seseorang mukmin. Iman adalah sesuatu yang diikrarkan dengan lidah,
dibenarkan dengan hati dan dibuktikan dengan amalan, maka nilainya ialah
syurga di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat
Muslim yang bermaksud : “Khabarkan kepadaku tentang iman”.
Rasulullah SAW menjawab: “Iman itu ialah kamu beriman kepada
Allah, Malaikat, Kitab-Kitab, Rasul-Rasul, Hari Akhirat dan beriman
juga dengan ketentuan baik dan buruk..”
Dalam kehidupan ini, sedar atau tidak, ramai yang mengatakan mereka
beriman, percaya kepada Allah SWT dan segala perkara yang terkandung
dalam rukun iman, namun adakah kita yakin dengan diri kita bahawa iman
itu ada dalam hati kita. Percaya tetapi tidak menyokong kepercayaan itu
dengan amalan. Keimanan bukan semata-mata hanya membenarkan atau
mempercayai sahaja tanpa melaksanakan segala amalan yang telah
dipertanggungjawabkan kepada kita oleh Allah SWT. Orang-orang yang
beriman itu menjalankan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-
Nya sebagai ekspresi kepatuhan dalam bertawakkal kepada Allah. Iman
adalah kesungguhan, amalan, ketekunan, kesabaran, menahan dan
mencegah diri daripada sesuatu yang disukai mahupun yang tidak disukai
semata-mata kerana Allah SWT. Allah SWT serta Rasul-Nya banyak
4
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
menyebut tentang iman dalam al-Quran dan hadis. Contohnya firman
Allah SWT dalam surah al-Anfaal, ayat 2 – 4:
Yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila
disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan
kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan
kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang yang mendirikan
sembahyang dan yang mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami
kurniakan kepada mereka. Merekalah orang yang beriman dengan
sebenar-benarnya. Mereka mendapat pangkat di sisi Tuhan mereka,
keampunan serta rezeki yang mulia.”
Perasaan gementar datang kepada kita apabila mendengar nama Allah
SWT tidak terjadi dengan sendiri tanpa sebab. Hanya mereka yang benar-
benar tunduk dan patuh kepada Allah SWT sahaja yang mampu merasai
perasaan itu dan merekalah yang berhak mendapat khabar gembira
daripada Allah SWT atas keimanan dan amal soleh yang mereka lakukan
dalam kehidupan mereka. Menurut Hamka dalam Tafsir al-Azhar, hati
manusia sentiasa berubah-ubah. Kadar keimanan juga ada naik dan
turunnya. Adakalanya, iman menjadi kuat dan kadangkala ia akan lemah.
5
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Iman yang kuat wujud apabila ketaatan kepada Allah SWT semakin
meningkat dan begitulah sebaliknya semakin kurang ketaatan, maka
semakin menurunlah kadar keimanan.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Sesungguhnya iman tidak boleh diperolehi hanya dengan angan-angan. Ia
bukanlah sesuatu yang kita warisi dari keturunan, malah tidak boleh
diperolehi melalui proses jual beli. Ia hak milik peribadi yang terukir,
tertanam dan dimantapkan dalam hati setiap individu. Iman mempunyai
nilai yang tertentu, justeru itu untuk memperolehinya perlukan
pengorbanan yang tinggi. Iman berhubung erat dengan hati manusia. Hati
adalah penggerak dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran,
nescaya ia menjana kebaikan. Sebaliknya jika dipenuhi kebatilan, ia akan
melahirkan kejahatan. Hati yang kuat dan berkualiti akan memandang
segala-galanya secara positif, mentafsirkannya secara positif dan bertindak
secara positif. Apabila berfikiran positif, segala yang positif akan datang
kepada kita dan inilah dia hukum tarikan dalam kehidupan kita. Apabila
hati manusia itu baik, iman bersemayam dengan mantap. Sebaliknya
apabila hati manusia itu kurang baik, maka demikian juga dengan imannya.
Iman adalah hidayah istimewa yang tidak dapat direkacipta oleh sesiapa
pun kerana ia adalah anugerah daripada Allah SWT kepada mereka yang
dikehendaki-Nya seperti yang dijelaskan dalam Surah al-Qasas pada ayat
56 :
6
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Maksudnya : “Sesungguhnya, engkau (Muhammad) tidak dapat memberi
petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk
kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang
yang mahu menerima petunjuk.”
Rasulullah SAW sendiri digambarkan terlalu berdukacita apabila tidak
mampu menyeru hidayah Islam kepada bapa saudara yang sangat
dicintainya sehinggalah Abu Talib meninggal dunia. Ayat yang dibacakan
tadi menjelaskan sedalam-dalamnya bahawa hidayah itu bukan milik kita,
sebaliknya menjadi hak milik dan ketentuan Allah SWT. Dia menitipkan
hidayah kepada yang dikehendakki-Nya dan setiap yang berlaku adalah
perancangan-Nya. Sudah tentu ada sebab mengapa Abu Talib tidak
memperolehi hidayah tersebut. Hidayah menentukan kedudukan manusia,
sama ada berada dalam kesesatan atau kebenaran. Umat Islam
memerlukan hidayah Allah SWT setiap masa kerana sebagai hamba, kita
lemah dan tidak berdaya. Kita memerlukan pertolongan dan perlindungan
supaya tidak terpengaruh dengan bisikan syaitan.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim :
7
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
عن أنس بن مالك رضي اللو عنو عن النبي صلى اللو عليو وسلم
يمان أن يكون اللو ورسولو أحب إليو مما سواىم ا قال ثلث من كن فيو وجد حلوة ال
وأن يكره أن يـعود في الكفر كما يكره أن يـقذف في حبو إال للو وأن يحب المرء ال ي
النار
Maksudnya : Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Ada tiga perkara apabila sesiapa memilikinya, dia akan mendapat
kemanisan iman, iaitu hendaklah dia mencintai Allah dan Rasul melebihi
cinta kepada selain kedua-duanya, hendaklah dia mencintai seseorang
kerana Allah dan hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran
sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.”
Hadis tersebut jelas mengandungi asas-asas utama bagi pintu kebaikan.
Mencintai Allah SWT mestilah melebihi rasa cinta kepada orang lain seperti
ibu bapa, anak, diri sendiri dan sesiapa sahaja yang dekat dengan kita.
Beriman kepada Allah SWT memiliki rasa manis yang tidak mungkin
dinikmati kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar
keimanan, keikhlasan dan keilmuan. Mencintai Rasulullah SAW menyusul
selepas mencintai Allah dan merupakan ciri penting yang harus dimiliki
sesiapa yang ingin merasa kemanisan iman. Perasaan cinta kepada Allah
SWT dan Rasul-Nya adalah kayu pengukur bagi rasa cinta terhadap diri
sendiri serta orang lain sekeliling kita. Saidina Umar RA pernah berkata
kepada Nabi Muhammad SAW “Wahai Rasulullah , sungguh engkau
8
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.”
Maka Rasulullah SAW menjawab : “Bukan begitu, demi Allah yang
jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai
daripada dirimu sendiri.” Maka Umar RA menjawab, “Demi Allah,
sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku
sendiri.” Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna
imanmu).”
Anas bin Malik juga meriyawatkan sabda Rasulullah SAW yang membawa
maksud : “Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih engkau
cintai daripada ibu bapamu, anakmu dan seluruh manusia.”
Mencintai seseorang lain kerana Allah SWT membawa maksud menjaga
hubungan kasih sayang sesama muslim atas landasan iman kepada Allah
SWT dengan perlaksanaan amal soleh. Mencintai saudara kita bukan
kerana keuntungan harta benda, membencinya bukan atas dasar
kemiskinan dan menjauhinya bukan kerana tidak mendapat manfaat
daripadanya. Ukuran cinta kita kepadanya adalah atas dasar iman dan
amal. Saling mencintai kerana Allah SWT mempunyai hak yang harus
ditunaikan antaranya, membantu memenuhi keperluan saudara, menolong
ketika memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak bersifat hasad
dengki dan iri hati atas kelebihannya, sentiasa mendoakan yang terbaik
untuknya, mengucapkan salam dan bertanya khabar ketika bertemu dan
tidak bersikap sombong serta meninggi diri. Hubungan kasih antara
seorang muslim dengan muslim yang lain perlu dijalinkan atas landasan
cinta kepada Allah SWT. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda
Rasulullah SAW mengenai tujuh golongan yang akan dinaungi Allah SWT
9
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
adalah : “Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, bertemu
kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya.”
SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,
Hidayah iman adalah sesuatu yang dapat dirasa kemanisannya oleh
orang-orang beriman yang tenteram jiwanya terhadap nikmat yang telah
dianugerahkan oleh Allah SWT kepada mereka untuk mencapai
kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Melalui hidayah iman, kita dapat
membimbing diri menghadapi kehidupan ini walau bagaimanapun keadaan
yang menimpa kita. Orang-orang yang beriman mempunyai keajaiban
dalam kehidupan mereka. Apabila mendapat nikmat Allah SWT, mereka
akan bersyukur, manakala ditimpa musibah, mereka mendapat hikmah.
Dengan kemanisan hidayah iman yang diperolehi, mereka akan merasa
keindahan dalam setiap musibah yang menimpa.
Mengukur keimanan, lihatlah amalan. Perlakuan mampu menyerlahkan
sifat yang ada dalam diri setiap insan. Di dalam kehidupan, iman memberi
pengaruh dan kesan terhadap jiwa sehingga kekuatan atau kelemahannya
terzahir melalui pemikiran, perbuatan, pertuturan, tingkahlaku dan
sebagainya. Keimanan akan terpancar dengan sendiri tanpa disedari
empunya diri. Teguran atau nasihat daripada orang lain boleh membawa
hidayah kepada kita untuk melakukan muhasabah dan penambahbaikan
dalam kehidupan sebagai muslim beriman. Janganlah mempersendakan
hukum Allah SWT dengan meletakkan iman sebagai suatu hidayah yang
kita akan terima tanpa berusaha mencapainya. Alasan ‘belum dapat
hidayah’ bila diajukan pertanyaan bila nak tutup aurat?, kenapa tidak mahu
10
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
solat? dan sebagainya sangat mengecewakan. Hidayah itu adalah rahmat
dan bonus daripada Allah SWT kepada hamba-Nya, sedangkan menutup
aurat dan mengerjakan solat adalah kewajipan yang dituntut dalam
menjalani kehidupan sebagai orang Islam.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Hidayah keimanan itu sememangnya hak mutlak Allah SWT, namun kita
sebagai hamba-Nya perlu berusaha untuk meraih hidayah itu agar kita
beroleh kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ketika ini ramai yang
mengaku mempercayai Allah dan Rasulullah SAW, namun masih gagal
mengecapi kemanisan daripada keimanan mereka. Justeru itu, mereka
hanya merungut, berputus asa, salah menyalahkan dan ada yang
menzahirkan tindakan yang tidak menghayati perasaan ‛kewujudan Allah
SWT’. Dalam mencapai hidayah, kebersihan, keikhlasan dan ketulusan
hati adalah perkara utama. Apabila hati tidak berkualiti, segala apa yang
dibuat, disebut, difikir dan dirasa serba tak kena dan tidak pernah
berpuashati. Apabila kualiti hati menjadi rendah, nikmat dan rahmat yang
banyak terasa tidak pernah cukup. Akibatnya tidak mahu bersyukur, tidak
mahu bersabar, tidak mahu redha dan lebih teruk apabila akhirnya menjadi
hamba kepada hawa nafsu. Sebaliknya jika hati kukuh, kuat dan bersih
akan memandang segala perkara dan bertindak secara positif. Mutiara
kata menyebut “Akal senipis rambut, tebalkanlah dengan ilmu. Hati
11
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Perasaan selembut sutera,
hiasilah ia dengan akhlak.”
Keimanan adalah hidayah yang boleh dipertingkatkan dari semasa ke
semasa. Sebagai orang Islam harus mengetahui bahawa keimanan boleh
meningkat dan boleh berkurangan. Mimbar ingin berkongsi dengan sidang
jumaat sekelian beberapa amalan yang dapat membantu menambah dan
meningkatkan darjat keimanan. Antaranya :
Pertama : Membaca dan tadabbur al-Quran al-Karim. Melalui
tadabbur, kita akan mengetahui keagungan, kekuasaan, kudrat-Nya dan
tuntutan ibadah yang wajib dilaksanakan. Mereka yang sering membaca,
mentadabbur (merenung dan memahami isi kandungan) al-Quran akan
mendapat ilmu pengetahuan yang menjadikan iman mereka semakin kuat
dan bertambah.
Kedua : Mengenal sifat-sifat Allah SWT yang tercatat dalam al-
Quran dan Sunnah Nabi SAW. Apabila seorang hamba mengenal
Tuhannya dengan pengetahuan yang hakiki dan jalan yang benar, dia
termasuk orang-orang yang kuat ketaatannya dan kuat ketakutannya
terhadap azab Allah SWT.
Ketiga : Mengamati dan mempelajari sirah perjalanan hidup
Rasulullah SAW serta sahabat Baginda. Mengenal Rasul dan
membenarkan apa yang disampaikannya serta memberi kepercayaan
kepadanya adalah tanda keimanan seorang hamba. Contohilah ketaatan,
kebaikan, pengorbanan dan akhlak sahabat kepada Baginda SAW.
12
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Keempat : Mengamalkan segala perkara dan tuntutan yang baik
dalam Islam. Sesungguhnya ajaran Islam itu membawa kebaikan yang
nyata. Melalui amalan inilah seseorang hamba akan merasai kemanisan
iman dalam hatinya sehingga dia akan menghiasi hatinya dengan pokok-
pokok dan hakikat keimanan serta menghiasi anggota badannya dengan
amalan-amalan yang soleh.
Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita memahami
hakikat keimanan yang mana kita hendaklah selalu berada dalam
kebenaran, mengimaninya, mengukuhkannya dan berjihad untuk
melaksanakannya. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat 175:
جيم. يطان الر أعوذ باهلل من الش
Maksudnya : “Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan
berpegang teguh kepada (agama)-Nya, maka Allah akan memasukkan
mereka ke dalam rahmat dan kurniaan daripada-Nya (syurga), dan
menunjukkan mereka jalan yang lurus kepada-Nya.”
13
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Recommended