View
233
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
CABARAN INOVASI 2017
JPS Kuala Krai / Krai Inov Page
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
JAJAHAN KUALA KRAI,
KELANTAN
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
kumpulan KRAI INOV
CABARAN INOVASI 2017
JPS Kuala Krai / Krai Inov Page i
Isi Kandungan
A. RINGKASAN EKSEKUTIF ...................................................................................................... 1
B. PENGENALAN ..................................................................................................................... 2
i. Latar Belakang ................................................................................................................. 2
ii. Tujuan ............................................................................................................................. 3
iii. Kronologi Cetusan Idea dan Pembuktian .................................................................... 4
iv. Kolaborasi .................................................................................................................... 6
v. Maklumbalas dari stakeholder ....................................................................................... 6
C. PRODUK INOVASI ............................................................................................................... 7
i. IMPAK INOVASI ............................................................................................................... 8
a) Faedah Inovasi ......................................................................................................... 8
b) Keberkesanan .......................................................................................................... 8
c) Signifikan ..................................................................................................................... 9
d) Relevan .................................................................................................................... 9
ii. GAMBAR BERKAITAN .................................................................................................... 11
D. HALATUJU ........................................................................................................................ 13
E. PENUTUP .......................................................................................................................... 14
CABARAN INOVASI 2017
JPS Kuala Krai / Krai Inov Page ii
Ahli Kumpulan
Krai Inov Penaung
Ahli Kumpulan
1) Nurual Hadi Bin Daud (Ketua) 2) Mohamad Bin Rahman 3) Mohd Amin Bin Dollah 4) Nor Hazwani Binti Mohd Nor 5) Ridhzullharmezan B Zainuddin 6) Abd Rashid Bin Muhamad 7) Nik Raha Binti Nik Jid 8) Mohd Afandi Bin Mohd Adnan 9) Mohd Aziab Bin Mat Saman
10) Mohd Zawawi Bin Harun 11) YM Tuan Perdaus Bin
Mansor
CABARAN INOVASI 2017
JPS Kuala Krai / Krai Inov 1
A. RINGKASAN EKSEKUTIF
PENGUKUR ARAS AIR ANALOG(P3A) merupakan pengukur aras air yang
merekodkan naik turun air sungai / banjir di letakkan di kawasan sungai atau
kawasan yang selalu ditenggelami air banjir. Alat ini akan menyampaikan maklumat
secara terus kepada pengguna / stakeholder yang berkenaan.
Bacaan paras air sungai semasa dapat dilihat dari jauh tanpa perlu menuruni tangga
atau kawasan yang curam kerana dapat dilihat dari jarak 50 meter.
Maklumat yang dipaparkan pada papan analog juga lebih tepat bergantung kepada
paras air semasa serta julat beza hanya ±10mm.
Sehubungan dengan itu, Pengukur Aras Air Analog(P3A) merupakan kaedah yang
baru bagi mengukur ketinggian aras air semasa bagi sesuatu tempat untuk hebahan
dan keselamatan pengguna yang melalui kawasan tersebut.
CABARAN INOVASI 2017
JPS Kuala Krai / Krai Inov 2
B. PENGENALAN
i. Latar Belakang
Negeri Kelantan sering dilanda banjir setiap hujung tahun Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS) telah dipertanggungjawabkan untuk memantau musim banjir dan
kemarau di Malaysia.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Krai secara khususnya sering menerima
rintihan dan panggilan dari pengguna / penduduk untuk mengetahui paras air
semasa atau jalan masih selamat untuk dilalui. Salah satu mekanisma paparan
secara terus yang lebih berkesan untuk hebahan kepada pengguna adalah melalui
peringkat peringkat kedalaman aras air.
Paras air semasa merupakan sumber rujukan penting namun tiada peralatan yang
efesian dan sering dianggap kecil. Memandangkan kedalaman paras air merupakan
eleman penting dalam menentukan tahap keselamatan nyawa dan harta benda,
maka tercetuslah idea ini bagi memastikan hebahan paras air semasa dapat
dipaparkan serta selamat dan mesra pengguna.
CABARAN INOVASI 2017
JPS Kuala Krai / Krai Inov 3
ii. Tujuan
Pengukur Aras Air bertujuan memantau paras air semasa dan kedalaman air
semasa musim banjir. Info paras air semasa dapat diperolehi melalui laman web
http://infobanjir.water.gov.my / http://publicinfobanjir.water.gov.my atau
secara manual di lokasi-lokasi tertentu sahaja.
Dengan adanya inovasi terhadap Pengukur Aras Air, fungsi dan kegunaannya
dapat dipertingkat dan diperkemas supaya ia memenuhi matlamat dan keperluan
serta sesuai dengan tahap keselamatan pengguna.
Tujuan PENGUKUR ARAS AIR ANALOG(P3A) ini dibangunan adalah untuk :
Menyediakan alatan khusus untuk meningkatkan tahap keselamatan
pengguna;
Memaparkan bacaan analog kedalaman paras air secara terus kepada
pegguna;
Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian JPS serta mesra
pengguna untuk mendapatkan maklumat;
Rekabentuk yang baru bagi untuk memaparkan secara terus bagi
memastikan penyampaian perkhidmatan yang menepati keperluan sebenar
paras air semasa secara konvensional atau laman web(camera);
Alatan ini direkabentuk berdasarkan rintihan pengguna yang sukar dan kurang
memahami dalam menentukan tahap-tahap peringkat waspada, amaran dan
bahaya serta berpotensinya dalam penyampaian maklumat yang paling efektif.
CABARAN INOVASI 2017
JPS Kuala Krai / Krai Inov 4
JPS Kuala Krai merupakan AGENSI KERAJAAN PERTAMA yang
memperkenalkan pengukur aras air dengan bacaan secara analog .
iii. Kronologi Cetusan Idea dan Pembuktian
KRONOLOGI
Idea untuk melaksanakan PENGUKUR ARAS AIR ANALOG atau (P3A) tercetus dari
pengalaman pegawai-pegawai di JPS Kuala Krai semasa musim banjir.. Selain itu,
terdapat juga pertanyaan (melalui telefon/datang sendiri) dari agensi lain dan
penduduk mengenai paras air semasa. Di antara permasalahan yang berlaku di
dalam pelaksanaan P3A sebelum ini adalah seperti berikut :
Keadaan Sebelum Inovasi
Agensi-agensi / pengguna terpaksa menuruni tangga atau tebing curam untuk
mendapatkan maklumat paras air semasa.
Keselamatan pengguna tidak terjamin ketika waktu malam / hujan lebat.
Kebanyakan pengguna kurang memahami cara bacaan pengukur aras air
yang sedia ada.
Tidak mesra pengguna (tiada tarikan untuk melihat)
Mudah rosak (mudah patah apabila arus kuat)
Memerlukan pekerja mahir dan kepakaran bagi kerja-kerja pemasangan.
Hanya sesuai untuk kawasan tebing yang curam.
CABARAN INOVASI 2017
JPS Kuala Krai / Krai Inov 5
Setelah tercetusnya idea ini, kumpulan inovasi ini merancang melaksanakan satu
pengukur aras air yang dapat membantu pengguna dengan memaparkan bacaan
analog kedalaman paras air secara terus kepada pegguna. Di antara kelebihan yang
diperoleh daripada penghasilan P3A adalah seperti berikut :
Keadaan Selepas Inovasi
Agensi-agensi / pengguna tidak perlu menuruni tangga atau tebing curam
untuk mendapatkan maklumat paras air semasa.
Keselamatan pengguna lebih terjamin ketika waktu malam / hujan lebat.
Kebanyakan pengguna lebih memahami cara bacaan pengukur aras air yang
baru.
Mesra pengguna (lebih menarik perhatian)
Lebih kukuh dan penyelenggaraan amat minima.
Tidak memerlukan pekerja mahir dan kepakaran bagi kerja-kerja
pemasangan.
Amat sesuai untuk semua jenis kawasan.
P3A boleh digunapakai di jabatan-jabatan lain yang terlibat dengan kawasan banjir.
Pembuktian
CABARAN INOVASI 2017
JPS Kuala Krai / Krai Inov 6
iv. Kolaborasi
P3A direka bentuk oleh kakitangan JPS Kuala Krai dan tidak memerlukan kos
yang tinggi kerana ini hanya merupakan skala kecil sahaja iaitu 1:5 dari saiz
sebenar
Oleh yang demikian, peringkat ini tidak memerlukan sebarang kolaborasi dengan
pihak luar.
v. Maklumbalas dari stakeholder
Bagi menjayakan sistem ini, maklumbalas daripada Bahagian Sumber Air Dan
Hidrologi (BSAH) dan pengguna adalah penting memastikan P3A yang dibuat
adalah mesra pengguna dan mudah difahami serta lebih menarik. (Rujuk
Lampiran F)
CABARAN INOVASI 2017
JPS Kuala Krai / Krai Inov 7
C. PRODUK INOVASI
PENGUKUR ARAS AIR ANALOG (P3A) ini dibangunkan oleh kakitangan JPS Kuala Krai serta
maklumat dan teguran daripada bahagian dan jajahan lain. Berdasarkan
perancangan yang telah dibuat maka alat ini telah dihasilkan.
Alatan ini telah dihasilkan menggunakan komponen mekanikal yang senang didapati
contohnya gear dan paip P3A ini adalah bersifat dinamik dan boleh ditambah baik
dari semasa ke semasa.
Sistem ini juga telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Inovasi peringkat JPS
Kelantan dan telah mendapat persetujuan untuk dibangun dan digunapakai serta
akan diperluas kepada jajahan-jajahan lain setelah siap sepenuhnya.
Sebelum P3A Diwujudkan
Pengukur aras air sedia ada sering rosak.
Lebih tertumpu kepada kawasan bandar sahaja.
Susah untuk dipasang dikawasan rata.
Visual yang kurang jelas.
Memerlukan penyelenggaraan yang kerap terutama setiap kali selepas
banjir.
CABARAN INOVASI 2017
JPS Kuala Krai / Krai Inov 8
Selepas P3A Diwujudkan
Sistem bacaan aras air yang lebih mudah dibaca dan difahami.
Kos pembinaan dan penyelenggaraan yang lebih rendah.
Sesuai dipasang tanpa mengambil kira ciri geografi tempat.
Tidak memerlukan kepakaran yang tinggi ketika proses pemasangan.
Mempunyai nilai estetik yang tinggi serta mempunyai ciri visual yang lebih
menarik.
i. IMPAK INOVASI
a) Faedah Inovasi
Output
Memberi gambaran awal yang lebih jelas berkaitan kedalaman air di sesuatu
kawasan banjir.
b) Keberkesanan
Dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa dari musibah banjir
Replicability
Dapat digunapakai oleh pelbagai pihak yang terlibat di dalam pemantauan
banjir dan boleh diadaptasi mengikut kesesuaian agensi masing-masing.
CABARAN INOVASI 2017
JPS Kuala Krai / Krai Inov 9
c) Signifikan
Amaran awal untuk persediaan menghadapi banjir.
i. Menyelamatkan nyawa dan harta benda
ii. Dokumen-dokumen penting
iii. Bekalan makanan yang mencukupi
Paparan visual yang lebih jelas
i. Dapat dilihat dari jarak jauh
ii. Pencahayaan yang terang dan jelas pada waktu malam
iii. Reka bentuk yang menarik.
Memenuhi Objektif Inisiatif
Dalam menyokong perkembangan terkini serta satu inisiatif baru yang diambil
di dalam penyebaran maklumat yang lebih berkesan di JPS.
Mesra Pelanggan
i. Boleh dibaca oleh semua pihak yang berkaitan
ii. Maklumat aras air yang tepat dan terkini.
iii. Mudah difahami
d) Relevan
Sesuai untuk semua kawasan terutama kawasan luar bandar.
CABARAN INOVASI 2017
JPS Kuala Krai / Krai Inov 10
Peningkatan produktiviti
i. Memaparkan visual aras air yang terkini kawasan yang terlibat.
ii. Penyediaan data aras air semasa di kawasan banjir.
iii. Mengurangkan pertikaian terhadap aras air semasa.
iv. Menyegerakan proses-proses mendapatkan maklumat aras air
semasa.
v. Mengurangkan berlakunya kesilapan dalam mendapatkan
bacaan aras air.
Menyokong Dasar Kerajaan
Menyokong dasar kerajaan dalam pembangunan teknologi yang melibatkan keselamatan air
serta mengurangkan kerugian di pihak kerajaan . Selain itu, penyebaran dan capaian
maklumat dapat dilaksanakan secara lebih cepat, mudah dan meluas.
CABARAN INOVASI 2017
JPS Kuala Krai / Krai Inov 13
D. HALATUJU
Dengan adanya alat ini, dapat dimanfaatkan oleh semua agensi dan masyarakat.
Bacaan aras air yang dipaparkan melalui alat ini dapat digunakan bagi persediaan
awal untuk menghadapi banjir. Maklumat yang dipaparkan melalui alat ini adalah
sangat berguna dan dapat memberi kemudahan kepada pengguna. Bagi memenuhi
keperluan pengguna yang akan berubah dari semasa ke semasa, alat ini boleh
dipertingkatkan dan ditambahbaik dengan menjurus kepada fungsi-fungsi berikut :
Replicability – Diperluaskan penggunaan kepada agensi-agensi kerajaan
yang lain
Upgrade – paparan maklumat aras air melalaui digital.
CABARAN INOVASI 2017
JPS Kuala Krai / Krai Inov 14
E. PENUTUP
P3A membawa pembaharuan dalam penyampaian maklumat aras air semasa
terutama kepada penduduk luar Bandar. Jika dahulunya penduduk luar Bandar agak
susah membaca aras air dengan alat yang lama namun begitu dengan adanya P3A
paparan maklumat aras air lebih mudah untuk difahami. Dengan adanya inovasi
seperti ini, beban kos penyelenggaraan, dan masa dapat dijimatkan dengan skala
yang signifikan. Ia juga bersifat modular dan replicable untuk disesuaikan dengan
keperluan. Alat yang cekap, diyakini dan mesra pengguna amat penting bagi
memberi maklumat awal tentang amaran banjir.
Recommended