View
189
Download
15
Category
Preview:
DESCRIPTION
PERANAKAN JAWI
Citation preview
ISBN: 978-967-11172
Terbitan:
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 1 | IMPAK
©Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu
Hakcipta terpelihara
Tidak dibenarkan mengulang dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa juga cara baik secara
elektronik, fotostat, mekanik, rakaman atau lain-lain, mana-mana bahagian kandungan penerbitan ini
sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu
(IMPAK), Universiti Teknologi MARA, Blok 11, Aras 3, Intekma Resort & Convention Centre,
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Malaysia.
Perpustakaan Negara Malaysia – Data Pengkatalogan – dalam – Penerbitan
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu.
Diterbitkan di Malaysia oleh:
Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu
Blok 11, Aras 3, Intekma Resort & Convention Centre,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan Malaysia.
Tel: 03-5522 5448 / 5515
Fax: 03-5522 5489
e-mail: impakuitm@salam.uitm.edu.my Mengandungi Indeks
ISBN 978-967-11172
e-Printed oleh: INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPIMPINAN MELAYU (IMPAK)
Pendapat yang dikemukakan oleh penulis-penulis dalam prosiding ini adalah pandangan peribadi
mereka dan tidak semestinya mewakili pandangan Insitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu
(IMPAK) dan UiTM. Sebarang ulasan, kemusykilan dan pertanyaan tentang artikel-artikel yang
diterbitkan hendaklah dikemukakan kepada Sidang Editor.
Sidang Editorial
Pengerusi:
Prof. Madya. Dr. Mohd Sazili Mohd Shahibi
Ketua Editor:
Dr. Samsudin Wahab
Senarai Editor:
Prof Madya Dr. Rozi Malim
Prof Madya Dr. Ghazali Daimin
Prof Madya Mat @ Muhammad bin Yusoff
Tuan Haji Juwahir Ali
Hasan Abdullah
Fairul Nazmie bin Osman
Norhayati Hussin
Grafik:
Mohd Husni Mohd Som
Mohd Hafiz Ab Satar
Hussien Harnis
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 2 | IMPAK
JADUAL KANDUNGAN
Tajuk Muka
Surat
Dasar Kepimpinan Najib: Model Transformasi Ke Arah Kesejahteraan Global
Dr Samsudin Wahab, Mohd Sazili Shahibi, Juwahir Ali dan Hasan Abdullah
FELO, Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu IMPAK
3-10
Peranan Komunikasi Visual dalam Perpaduan Melayu
Prof. Madya Dr Ghazali Daimin, IMPAK 11-15
Bangsa Melayu dan Orang Jawi Menurut Kitab Turath Arab
Wan Kamal Nadzif bin Wan Jamil,CITU, UiTM Perak 16-22
Pengaruh Status Ekonomi Keluarga Terhadap Tahap Motivasi dan Pencapaian
Akademik Pelajar Melayu: Kajian terhadap pelajar Mengubah Destini Anak
Bangsa
Zarul Azhar Nasir, Unit MDAB UiTM Perak
23-29
Perbandingan Manoriti Melayu Ayutthaya & Pattani Dalam Domain Keluarga,
Bahasa, Budaya, Pendidikan, Pekerjaan, Sosial & Politik
Prof Madya Dr Muhammad Rozi Malim, IMPAK
30-42
Komunikasi Efektif Melalui Media Perantaraan Di Kalangan Masyarakat Melayu
Melaka
Raha Radzi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Melaka
43-57
Estetika Melayu dalam Seni Moden Malaysia
Nurkhazilah Idris, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Kuala Terengganu 58-67
Kajian Budaya Dan Fundamental Terhadap Seni Lukisan Kontemporari Malaysia
: Masyarakat Jawi Peranakan
Siti Nur Izaura Bt Mohd Razis, Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Shah Alam
68-77
Atlet Bumiputera: Tahap Keyakinan Diri dan Pencapaian Dalam Sukan
Dr. Vincent A. Parnabas, Fakulti Sains Sukan, UiTM Shah Alam 78-77
Pembentukan Kerangka Sosio-Budaya Anthropologi Terhadap Budaya
Masyarakat Minangkabau Di Malaysia
Nurul Shima Taharuddin Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Perak
84-90
Budaya dan Tradisi Seni Anyaman Melayu
Noor Hafiza Ismail, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Terengganu 91-97
Manifestasi Pandangan Dunia Melayu Dalam Rupa Dan Jiwa Seni Catan Wanita
Melayu
Liza Marziana Haji Mohammad Noh, Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Melaka
98-106
Strategi Pujuk Rayu Dalam Perkahwinan: Tanggapan dan Pengalaman Lelaki
Melayu Dalam Konteks Komunikasi Interpersonal
Hariyati Ariffin, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam
107-118
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 68 | IMPAK
KAJIAN BUDAYA DAN FUNDAMENTAL TERHADAP SENI
LUKISAN KONTEMPORARI MALAYSIA : MASYARAKAT
JAWI PERANAKAN
Siti Nur Izaura Binti Mohd Razis
Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka
Universiti Teknologi MARA Cawangan Kuala Terengganu
Terengganu Daruil Iman
ABSTRAK
Proses asimilasi dalam aspek kebudayaan seringkali berlaku apabila terdapat faktor
penghijrahan atau biasanya dikenali sebagai penggabungan budaya dikalangan masyarakat dari
dua benua yang berbeza. Ianya berlaku apabila kumpulan masyarakat atau sekurang-kurangnya
seorang individu, yang mempunyai budaya mereka sendiri, berhijrah atau berkahwin dengan
bangsa lain yang mempunyai identiti budaya tersendiri dan akhirnya bergabung sehingga
terbentuk satu identiti baru yang dilihat bersatu. Hari demi hari, bilangan masyarakat yang
terlibat dalam perkahwinan campur juga semakin meningkat dan kebanyakan mereka
bermastautin di Malaysia. Jawi Peranakan adalah antara masyarakat yang melalui proses
penyatuan budaya tersebut. Pelbagai usaha dan cabaran yang telah dilalui sehingga mereka
akhirnya dikenali sebagai salah satu kumpulan minoriti yang telah banyak menyumbang
kepada pelbagai kejayaan terutamanya dari aspek ekonomi dan pembangunan sosio-budaya,
khususnya di Pulau Pinang. Dari sudut sejarah, istilah Jawi Pekan dan Jawi Peranakan merujuk
kepada perkahwinan campur di mana pihak lelaki berasal dari Selatan India manakala
pasangannya pula merupakan wanita Melayu tempatan. Tetapi kelompok ini masih kurang
dikenali dari aspek bangsa dan etnik.Malah warisan budaya tradisional ini juga dilihat
menghadapi ancaman kepupusan.Kajian ini memaparkan pelbagai aspek yang mencakupi
ekonomi, amalan serta cara hidup dan kebudayaan masyarakat Jawi Peranakan di Pulau Pinang.
Melalui kajian ini juga , karya seni telah digunakan sebagai medium utama bagi membantu
masyarakat supaya lebih memahami dan menghayati nilai estetika kebudayaan kelompok
masyarakat ini. Seni moden seperti seni kontemporari dapat memberikan kita pengetahuan dan
mempelbagaikan keunikan budaya yang telah tersedia wujud di kalangan masyarakat Malaysia
dan seterusnya menghargai kewujudan sesebuah masyarakat. Secara ringkasnya kesemua
elemen seni ini boleh membantu para ahli sosial dan akademik untuk memahami tamadun
sesuatu bangsa dalam konteks yang lebih luas. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana ia
melambangkan identiti sesebuah negara.
1.0 ASAL USUL JAWI PERANAKAN
Dewasa ini apabila disebut istilah Jawi Peranakan mahupun Jawi Pekan tentu sahaja kebanyakan di
kalangan kita terpinga-pinga terutamanya dikalangan generasi belia. Mereka pasti hairan dan janggal
dengan sebutan nama Jawi Peranakan kerana perkataan ini sudah jarang didengar apatah lagi disebut
di rata-rata tempat. Maka, tidak hairan mengapa orang luar juga tidak biasa mendengar nama gelaran
bagi masyarakat itu kerana biasanya hanya gelaran mamak dan anak mami yang acapkali disebut.
Disebabkan perihal tersebutlah yang menyebabkan penulis terpanggil untuk menulis dan seterusnya
membentangkan kajian mengenai budaya melayu masyarakat Jawi Peranakan yang dianggap unik
serta mempunyai kelainanan budaya yang menarik berbanding masyarakat tempatan yang lain.
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 69 | IMPAK
Berbalik kepada sejarah pembentukan masyarakat Jawi Peranakan, komuniti ini dilihat mula
berkembang maju melalui ledakan aktiviti perdagangan di Pulau Pinang sejak tahun 1800.Pada ketika
itu Pulau Pinang bertindak sebagai pelabuhan antarabangsa yang telah menerima banyak kunjungan
dari kapal-kapal perdagangan antarabangsa seperti dari India, Parsi dan juga Arab yang kebanyakan
mereka memperdagangkan rempah ratus. Kebanyakan pedagang India yang datang adalah India
Muslim dan ini telah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur dengan gadis melayu
tempatan.Disebabkan hal sedemikian, mereka telah mengamalkan adat serta budaya melayu yang
akhirnya menjadikan Pulau Pinang sebagai tempat tinggal tetap mereka.
Kebanyakan kita ramai yang salah mentafsir bahawa semua lelaki yang mempunyai wajah seakan-
akan kacukan India adalah mamak.Tanggapan ini adalah meleset sama sekali kerana secara realitinya
terdapat perbezaan antara golongan yang dipanggil gelaran Mamak dengan masyarakat Jawi
Peranakan. Bagi mudah membezakan antara dua golongan masyarakat ini sudah tentulah kita boleh
mengenalpasti mereka dari aspek warna kulit yang cerah dan juga mempunyai rupa paras yang kacak
mahupun cantik kerana mereka memiliki hidung yang mancung. Hal sedemikian terjadi apabila
masyarakat Jawi Peranakan adalah masyarakat yang lahir melayu perkahwinan campur antara lelaki
India Muslim dan juga wanita melayu tempatan.
2.0 FOKUS KAJIAN
Setelah dihuraikan mengenai sejarah serta asal usul pembentukan masyarakat Jawi Peranakan, maka
seterusnya kajian ini akan mendedahkan segala perihal kebudayaan masyarakat Jawi Peranakan yang
masih menjadi tanda tanya kebanyakan dari kita siapakah sebenarnya golongan Jawi Peranakan
ini?Hasil penulisan seterusnya akan membongkar dengan lebih mendalam mengenai aspek
ekonomi,busana,pendidikan dan amalan serta cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat Jawi
Peranakan yang masih tidak diketahui umum.
Bagi memudahkan penerangan mengenai kajian budaya ini sebanyak empat (4) seni lukisan yang
telah dihasilkan oleh Allahyarham Redza Piyadasa telah digunakan sebagai medium utama bagi
menerangkan dengan lebih jelas apakah yang dimaksudkan dengan kebudayaan masyarakat Jawi
Peranakan.
3.0 ANALISA KAJIAN
3.1.1 Analisis lukisan Penang Mamak – Malay Muslim Family,1981
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 70 | IMPAK
3.1.1 Busana lelaki Jawi Peranakan
Berpandukan karakter di dalam potret di atas , jelas menunjukkan bahawa imej tersebut
adalah imej seorang bapa yang berperwatakan tegas. Bagi golongan lelaki masyarakat Jawi
Peranakan yang sudahpun mendirikan berumahtangga mereka akan memakai sejenis pakaian
yang dinamakan Kot Asam Pedas yang biasanya akan dipakai bersama baju T-putih di
bahagian dalam beserta tali pinggang kulit. Kot Asam Pedas ini dilihat tidak lengkap jika
tidak dipakai bersama kain Pelikat dari pelbagai corak yang menarik beserta Songkok tinggi
yang dinamakan Tarbus. Inilah antara keunikan berpakaian yang dipakai oleh golongan lelaki
Jawi Peranakan ketika keluar dari rumah bagi urusan pekerjaan dan sebagainya.Selain dari
pemakaian Kot Asam Pedas , sejenis pakaian lain yang turut dipakai oleh mereka adalah Baju
Kancing Perak yang turut dipakaikan juga bersama kain Pelikat dan Capal.
Foto 2: Persamaan busana pakaian yang dipakai olehlelaki masyarakat Jawi Peranakan dan Penang
Mamak – Malay Muslim Family, 1981 painting
Kot Asam
Pedas dipakai
bersama baju T
putih
Tarbus
Foto 3: Baju T putih yang dipakai bersama
tali pinggang kulit bersama kain Pelik
at
Foto 4: Baju Kancing Perakyang dipakai
bersama Kain Pelikat dan capal
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 71 | IMPAK
3.1.2 Busana Wanita Jawi Peranakan
Berpandukan lukisan Penang Mamak – Malay Muslim Family,1981 ini juga Redza Piyadasa
telah mempotretkan imej seorang wanita yang kelihatan seperti seorang ibu. Karakter ibu ini
jelas kelihatan apabila dilihat dia meriba seorang anak kecil di pangkuannya. Melalui kajian
yang dilakukan, wanita Jawi Peranakan sangat gemar memakai busana kebaya beserta kain
batik. Bagi masyarakat Jawi Peranakan, seorang wanita yang telah berkahwin akan memakai
baju kebaya labuh sebaliknya bagi wanita yang belum berkahwin mereka akan memakai baju
kebaya pendek sebagai simbol mereka masih anak dara. Seperkara lagi yang menarik
perhatian adalah kaum wanita dari masyarakat ini seringkali dilihat mengenakan padanan
pakaian dari warna yang sama warnanya. Jika kasut dilihat berwarna merah maka persalinan
yang lain juga akan bewarna merah. Itulah keunikan budaya Jawi Peranakan.
3.1.3 Analisis lukisan PenangMamak – Malay Muslim Family, 1982
Foto 5: Persamaan penggayaan pakaian yang dipakai oleh wanita Jawi Peranakan di Pulau
Pinang dan Penang Mamak – Malay Muslim Family, 1981 painting
Foto 6: Wanita Jawi Peranakan
gemar memakai baju kebaya
dengan pilihan warna yang terang
Foto 7: Baju Kebaya akan dipakai bersama kain
Batik dengan pelbagai taburan corak seperti flora
dan geometri
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 72 | IMPAK
3.1.3 Ekonomi Jawi Peranakan
Masyarakat Jawi Peranakan sangat terkenal dengan sikap dan semangat kental yang tidak pernah
putus asa. Semenjak kedatangan mereka ke Tanah Melayu satu ketika dahulu meraka dilihat sangat
gigih berusaha berniaga lantaran tidak mahu ketinggalan di bumi orang dek kerana persaingan dari
bangsa asing yang lain. Disebabkan kecekalan itulah yang membuktikan bahawa kini mereka adalah
kelompok utama di Pulau Pinang yang mendominasikan bidang perniagaan selepas bangsa Cina. Jawi
Peranakan bukan sahaja mempunyai kepakaran di dalam bidang perniagaan bahkan mereka juga
diangkat sebagai masyarakat minoriti yang paling terkaya di Pulau Pinang. Kebanyakan Jawi
Peranakan menjalankan perniagaan seperti perniagaan barangan kemas dan kain secara besar-besaran
mahupun kecil-kecilan. Berbalik kepada aspek ekonomi perniagaan, masyarakat Jawi Peranakan
pernah diiktiraf oleh British sebagai antara penyumbang utama terhadap perkembangan ekonomi
Pulau Pinang seperti ditunjukkan oleh O M Nordin sehingga wujud jalan atas namanya (Nordin Street
dan Lebuh Nordin). Bukan itu sahaja jika dapat dilihat di sekitar kawasan Lebuh Chulia di Pulau
Pinang terdapat banyak deretan kedai yang diusahakan oleh masyarakat ini antaranya kedai kain,
kedai barangan kemas, kedai rempah ratus dan sebagainya. Namun tidak menafikan juga, setelah
zaman melalui era permodenan, generasi muda dilihat sudah kurang berminat mewarisi perniagaan
orang tua mereka. Tetapi apa yang menariknya, darah mengalir yang diwarisi oleh generasi terdahulu
iaitu semangat dan tidak berputus asa tidak pernah luntur dalam diri anak-anak muda Jawi Peranakan
ini. Ini jelas dilihat kebanyakan daripada mereka telah berhijrah ke negeri-negeri besar yang lain bagi
menceburi bidang profesional seperti pentadbiran dan sebagainya.
Lantaran itu bukti kekayaan serta kemajuan ekonomi yang dimiliki oleh Jawi Peranakan dapat dilihat
apabila wanita masyarakat ini sering mempamerkan status kekayaan dan taraf sosial melalui busana
yang digayakan. Mereka juga sangat terkenal menggayakan fesyen yang mempunyai corak terperinci
dan berkerawang, serta gemar menggunakan barangan serta aksesori-aksesori yang diperbuat daripada
emas serta permata. Secara keseluruhannya wanita Jawi Peranakan ini menunjukkan satu imej yang
agak berbeza dengan masyarakat Melayu tempatan iaitu dalam aspek berpakaian. Malah tidak hairan
juga jika dikatakan golongan wanita dari Jawi Peranakan ini kaya raya jika dibandingkan dengan
melayu tempatan yang lain. Bagi mereka memakai emas adalah satu kewajipan dan perlu dipakai
Foto 8: Redza Piyadasa, Plate: Penang Mamak
– Malay Family,1982
Mixed media & collage on paper, 64 x 50cm
Private Collection, Kuala Lumpur
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 73 | IMPAK
sebelum keluar dari rumah. Melalui analisis yang dilakukan ini dapat dibuktikan melalui potret
lukisan Penang Mamak – Malay Family, 1982 dan juga melalui fotograf lama masyarakat Jawi
Peranakan di Pulau Pinang yang menunjukkan kemewahan keluarga tesebut jika dibandingkan
Melayu tempatan lain yang dilihat hidup secara bersederhana.
3.1.4 Analisis lukisan Mamak Family, Penang 1988
Jawi Peranakan sering memberi pendidikan awal kepada anak-anak mereka supaya sentiasa
kelihatan cantik dan menarik jika mahu keluar dari rumah seperti menghadiri majlis kenduri
perkahwinan dan sebagainya. Bukan sahaja berpakaian kemas dan menarik bahkan anak-anak
perempuan juga turut dipakaikan dengan barangan kemas supaya menampakkan simbol
kekayaan keluarga masing-masing. Bagi mereka, berpenampilan menarik merupakan satu
kemestian di khalayak ramai.
Foto 9:Wanita Jawi Peranakan sangat
sinonim dengan pemakaian barangan kemas
Foto 10: Anak perempuan dipakaikan
dengan aksesori emas
Foto 11: Redza Piyadasa, Plate:Mamak Family, Penang 1988
Collage on board, 97cm x 57 cm
Collection: Dr & Mrs. Steve Wong, Kuala Lumpur
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 74 | IMPAK
Foto 12: Pemakaian gelang kaki dan cucuk sanggul oleh wanita dan kanak-kanak perempuan Jawi
Peranakan
3.1.5 Analisis lukisan Mamak Family, Penang 1988
Foto 13: Golongan lelaki juga
memakai aksesori kerongsang yang
diletakkan di bahagian depan Tarbus
Foto 14: Rantai bersama loket dipakai
oleh kanak-kanak lelaki Jawi Peranakan
Foto 15: Redza Piyadasa, Plate:The Haji’s Family,1990
Mixed – media & collage on board, 51 x 80 cm
Collection: Singapore Art Museum, Singapore
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 75 | IMPAK
3.2 Penyebaran agama Islam
Kewujudan Jawi Peranakan di Pulau Pinang secara amnya bukan sahaja menyumbang kepada
pembangunan ekonomi negeri tersebut bahkan mereka juga telah memberi sumbangan yang sangat
bernilai terhadap sosiobudaya serta pengukuhan agama Islam ke Pulau tersebut. Ini kerana kedatangan
mereka satu masa dahulu bukan sahaja atas faktor perdagangan malah juga untuk memenuhi tuntutan
agama yang bertindak sebagai pendakwah kepada umat Islam di sini. Para pedagang Arab, India,
Parsi memainkan peranan yang sangat penting dalam penyebaran Islam di Nusantara sejak abad ke 8
atau 9. Penyebaran islam dilihat cepat tersebar di kawasan Pulau Pinang setelah pedagang-pedagang
ini mengahwini gadis-gadis tempatan dan menjalin hubungan yang baik dengan masyarakat tempatan
pada ketika itu. Melalui pernyataan ini pelukis Redza Piyadasa telah mempamerkan satu karakter
lelaki tua yang berpakaian seperti seorang pendakwah dan mempunyai pegangan agama yang kuat. Ini
jelas menunjukkan keluarga Masyarakat Jawi Peranakan amat mementingkan pegangan agama islam
walaupun pada asalnya mereka datang dari dua budaya yang berbeza.
3.3 Pendidikan
Adalah menjadi satu kepentingan bagi masyarakat Jawi Peranakan untuk memberi penekanan
kepada pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan ini meliputi aspek pendidikan formal di sekolah
mahupun di rumah. Ibu dan bapa Jawi Peranakan amat menitikberatkan aspek pendidikan bagi
memastikan masa depan anak-anak mereka terjamin dan sudah tentulah sebagai pendorong utnuk
mendapat pekerjaan yang terbaik kelak. Disebabkan ketegasan mereka terhadap pendidikan anak-anak
hari demi hari pelbagai kejayaan yang telah dikecapi oleh masyarakat Jawi Peranakan ini. Antara
sumbangan jelas yang dapat dilihat , kebanyakan mereka telah berjaya mencipta nama sebagai ahli
perniagaan terkenal malah ada di antara mereka yang berjaya memegang jawatan-jawatan penting
dalam bidang profesional. Antara tokoh-tokoh yang patut dicontohi oleh generasi muda Jawi
Peranakan kini adalah seperti Abdullah Ariff, Aisha Hanum Dadameah, S.M.Zainal Abidin, Abdul
Hamid Khan, Basha Merican Omar Merican, K.Sultan Merican. Mereka semua bukan sahaja berjaya
di dalam pendidikan sejak dari awal malah berjaya menyandang jawatan-jawatan besar di dalam
institusi kerajaan mahupun agensi swasta. Menurut sejarah Jawi Peranakan merupakan orang Melayu
pertama yang memegang jawatan-jawatan-jawatan besar, lantaran itu nama dan sumbangan kejayaan
mereka sentiasa meniti di bibir masyarakat lain sehingga kini. Antara faktor utama yang
membolehkan masyarakat ini dilihat lebih maju ke hadapan jika dibandingkan dengan masyarakat
Melayu tempatan yang lain adalah melalui penerbitan surat khabar Jawi Peranakan. Surat khabar
tersebut merupakan akhbar mingguan pertama di diterbitkan dalam bahasa Jawi melalui kendalian
Persatuan Jawi Peranakan di Singapura. Surat khabar Jawi Peranakan ini telah dicetak pada setiap hari
Isnin dan mengandungi sebanyak empat halaman muka surat sahaja di mana setiap naskhah berharga
30 sen. Akan tetapi selepas 10 tahun penerbitan akhbar Jawi Peranakan ini, harganya telah menurun
kepada 15 sen setiap naskhah.
Foto 16: Pemakaian jubah dan serban oleh generasi tua Jawi Peranakan
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 76 | IMPAK
Jika dilihat lukisan The Haji’s Family,1990 , pasti mata kita tertumpu pada satu karakter menarik anak
lelaki Jawi Peranakan yang dilihat sentiasa bersama bukunya walaupun ketika mengambil gambar.
Setelah dianalisis memang ada kebenarannya mengapa Jawi Peranakan ini sering dikatakan seorang
yang cerdik pandai dan mempunyai semangat kekentalan yang tinggi walaupun melakukan apa
sahaja. Semangat masyarakat ini sememangnya harus dijadikan contoh dan teladan buat masyarakat
sekeliling kerana pendidikan merupakan tunjang utama yang penting bagi membolehkan seseorang itu
berjaya. Melalui penyelidikan yang dibuat di negeri Pulau Pinang pada hari ini, dilihat kebanyakan
generasi muda dari kalangan Jawi Peranakan ini rata-ratanya telah berjaya dari aspek akademik di
peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta. Jika dilihat semangat tidak pernah putus
asa yang diwarisi dari nenek moyang mereka tidak pernah luntur dalam diri generasi muda Jawi
Peranakan ini.
3.4 Bahasa
Apa yang menariknya mengenai Kelompok Jawi Peranakan ini adalah sebenarnya mereka sama
sekali tidak boleh tidak boleh berbahasa Tamil walaupun asal usul mereka dari negara India malah
menganggap ianya bahasa asing walaupun dilihat nada atau lenggok percakapan mereka adalah mirip
kepada bahasa Tamil. Mereka bertutur dalam loghat Melayu Utara yang sangat pekat dengan
menggunakan beberapa istilah tersendiri yang bukan dari bahasa dari India mahupun bahasa Melayu.
Memang tidak dinafikan ramai yang terhibur mendengar telatah mereka ketika berbicara. Malah ada
yang berasa gerun untuk berbicara bersama masyarakat ini kerana tutur kata mereka tegas walaupun
dalam nada yang lembut. Antara perkara yang mencuit hati yang dapat dikesan oleh masyarakat ini
adalah mereka sangat bersungguh-sungguh dalam bertutur kata sehinggakan ketika berbual mereka
akan menggerakkan tangan ke atas dan ke bawah berulang kali bagi menunjukkan kesungguhan
mereka bercerita. Antaranya istilah yang seringkali dituturkan oleh mereka adalah seperti "haprak"
yang bermaksud lekeh ,"merudum" bermaksud terjatuh dengan teruk,"cempera" bermaksud sangat
berselerak atau kecoh dan "lokoih“ bermaksud basah.
Akan tetapi bagi generasi muda Jawi Peranakan pada masa kini mereka lebih terdedah kepada Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di rumah mahupun di sekolah. Malah
kebanyakan mereka sudah lagi tidak memahami istilah lama yang seringkali digunakan oleh nenek
moyang mereka suatu masa dahulu.
Foto 18: Anak lelaki keluarga Jawi
Peranakan bergambar sambil memegang
buku
Foto 17: Surat Khabar Jawi Peranakan
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 77 | IMPAK
4.0 KESIMPULAN
Secara ringkas bolehlah dikatakan aspek kebudayaan sesebuah bangsa dan etnikmerupakan teras
identiti dan keperibadian terpenting bagi sesebuah negara dan haruslah diapresiasikan sepenuhnya
oleh seluruh masyarakat lantas perlulah diikuti secara beransur-ansur oleh setiap golongan rakyat
Malaysia. Namun demikian perlaksanaan perkongsian budaya pasti memakan masa dan tidak akan
dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan keharmonian serta
kepelbagaian budaya itu mungkin dapat membantu mencapai hasrat dan cita-cita pelaksanaan ini.
Nilai sesebuah kebudayaan akan mencerminkan sesebuah identiti dan memperlihatkan keperibadian
kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
RUJUKAN
Nagata, J. A. (1984). The reflowering of Malaysian Islam: Modern religious radicals and their roots
(pp. 14, 118-122, 186, 249). Vancouver: University of British Columbia Press.
Tan, Y. S., & Soh, Y. P. (1994).The development of Singapore's modern media industry media
industry (pp. 8-9). Singapore: Times Academic Press.
Jeman Sulaiman. (1988, November 7). The rise of Malay newspaper.The Straits Times
Mohani Musa. (2001, October 25). The Penang story: Flags of conflict. The Star (Malaysia),
Lifestyle.
Halimah Mohd Said and Zainal Abdul Majid. (2004 ). Images of the Jawi Peranakan of Penang :
Assimilation of the Jawi Peranakan community in to the Malay Society.
Recommended