View
45
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
JENIS-JENIS PERINTANG DAN KEGUNAANNYATerdapat 2 jenis perintang yang sering digunakan.Perintang tetap Perintang tetap ialah perintang yang tidak boleh diubah-ubah
nilai rintangannya.
Namun demikian, faktor-faktor seperti perubahan suhu, bahan perintang atau arus mungkin dapat mengubah nilai rintangannya.
Nilai rintangan perintang tetap ini dapat dinyatakan dengan menggunakan kod warna perintang.
Contoh perintang tetap ialah seperti berikut.
Perintang komposisi karbon Perintang berselaput karbon Perintang belitan dawai
Rajah 3.5 Perintang karbon Perintang Boleh Ubah Selain daripada perintang tetap, terdapat beberapa jenis
perintang boleh ubah yang biasa digunakan dalam litar elektronik seperti reostat, meter upaya dan praset.
Perintang boleh ubah ini boleh diubah nilainya mengikut
kehendak pengguna. Selain itu, terdapat termistor dan varistor. Perintang ini berubah nilai rintangannya mengikut perubahan suhu dan voltan.
Jadual 3.2 menunjukkan simbol, bentuk fizikal dan ciri-ciri perintang boleh ubah.
Jadual 3.2 Simbol, bentuk fizikal dan ciri perintang boleh ubah.
Perintang boleh ubah
Simbol Bentuk fizikal Ciri-ciri
Reostat
Nilai rintangan boleh diubah dengan melaraskan tombol boleh laras.
Meter upaya
Praset
Nilai rintangan boleh diubah.
Termistor
Termistor pekali positif – nilai rintangan bertambah dengan pertambahan suhu.
Termistor pekali negatif – nilai rintangan berkurang dengan pertambahan suhu.
Varistor Digunakan sebagai pengawal
voltan pusuan iaitu kenaikan voltan yang berlaku secara tiba-tiba yang disebabkan oleh pensuisan, kilat dan perubahan beban yang mendadak.
Recommended