View
1
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
TSHKKB : SH/05/2018
TAMAN SINAR HARAPAN KUALA KUBU BAHRU
(JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR)______________________________________
TSHKKB : SH/05/2018SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA PENDAWAIAN DI TIGA ASRAMA (MAWAR, TERATAI DAN MELATI ) ELEKTRIK DI TAMAN SINAR HARAPAN KUALA KUBU BAHRU
Tarikh Taklimat/Lawatan Tapak : 27 Ogos 2018 (Isnin)
*PENAMA BERDAFTAR DALAM SIJIL SAHAJA
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dewan Bunga Raya Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bahru
Tarikh Pelawaan Sebutharga : 22 Ogos 2018 (Isnin)
Tarikh Tutup Sebutharga : 03 September 2018 (Isnin)
Jam 1200 tengahari
1
No Siri: Bil: /
TSHKKB : SH/05/2018
KANDUNGAN
Bil. PERKARA MUKA SURAT
1 KENYATAAN SEBUTHARGA 3
2 NOTIS SEBUT HARGA 4
3 BORANG KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA – BORANG A 15
4 SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA – BORANG B 20
5 SURAT AKUAN PEMBIDA – BORANG C 22
6 SENARAI SEMAK 23
7 LAMPIRAN Q (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170) 24
8 TAWARAN PENYEBUTHARGA (Bill Of Quantity)– BORANG D 25
2
TSHKKB : SH/05/2018KENYATAAN SEBUTHARGA
TAMAN SINAR HARAPAN KUALA KUBU BAHRUJABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR
Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) melalui Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Perakuan Pendaftaran Kontraktor di bawah Gred: G2, Kategori: E dan Pengkhususan: E11 berserta Sijil Taraf Bumiputera oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (Dahulu dikenali sebagai Pusat Khidmat Kontraktor) (PKK) yang masih sah tempohnya (hendaklah membawa salinan sijil pendaftaran semasa taklimat lawatan tapak bagi menyertai sebut harga)
NO. SEBUTHARGA JKMNS.TSHKKB.SH:05/2018
PERKARA SEBUTHARGA BAGI KERJA-KERJA PENDAWAIAN DI TIGA (3) ASRAMA PENGHUNI (MAWAR, TERATAI DAN MELATI)
LOKASI TAMAN SINAR HARAPAN KUALA KUBU BHARU JALAN PADANG GOLF44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR DARUL EHSAN
SESI TAKLIMAT
(KEHADIRAN DIWAJIBKAN)
Tarikh : 27 Ogos 2018 (Isnin)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : DEWAN TAMAN BUNGA RAYATAMAN SINAR HARAPA KUALA KUBU BHARU JALAN PADANG GOLF
44000 KUALA KUBU BHARU SELANGOR * Sila bawa bersama Salinan Sijil Pendaftaran dan Sijil Pendaftaran Kontraktor Bumiputera. Hanya penama di Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau taklimat sebut harga dan tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama yang dibenarkan dalam sijil.
TARIKH DAN MASA TUTUP SEBUTHARGA
03 September 2018 (Isnin) 12.00 Tengah hari
3
TSHKKB : SH/05/2018
NOTIS SEBUT HARGA
TSKKB : SH/05/2018
SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA PENDAWAIAN DI TIGA (3) ASRAMA PEGHUNI ( MAWAR, TERATAI DAN MELATI) DI TAMAN SINAR HARAPAN KUALA KUBU BAHRU
1. Taklimat dan lawatan tapak hanya diadakan sekali sahaja. Kontraktor dikehendaki
berkumpul di Taman Sinar Harapan pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Kontraktor yang tidak hadir pada sesi taklimat tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebut harga ini.
2. Dokumen Sebut harga akan dikeluarkan kepada Kontraktor yang sah sahaja. Bagi
maksud ini Kontraktor-kontraktor hendaklah membawa Surat Pendaftaran Asal PKK atau salinan yang diakui sah oleh Pengarah PKK dan Surat Pendaftaran Asal LPIPM/CIDB.
3. Borang Sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke
dalam Peti Sebut harga di Taman Sinar Harapan, Jalan Padang Golf , 44000 Kuala Kubu Bahru, Selangor sebelum atau pada jam 12.00 Tengah hari, pada 03 September 2018 (Isnin)
4
TSHKKB : SH/05/2018
1. PERATURAN AM DAN SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
1.1 Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini hendaklah:
1.1.1 Berdaftar dengan, Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) melalui Sijil Perolehan
Kerja Kerajaan (SPKK) dan Perakuan Pendaftaran
Kontraktor dalam gred dan kategori berkaitan :
Gred : G2Kategori : E (Elektrik)Pengkhususan : E11
1.2 Kehadiran Lawatan Tapak adalah WAJIB. Kontraktor yang tidak menghadirkan
diri ke lawatan tapak ini akan DITOLAK penyertaan dokumen sebut harga.
2. SKOP KERJA
Sebut harga ini merangkumi perkara seperti berikut:
2.1 Sebut Harga Bagi Kerja-Kerja Penyelenggaraan Dan Pendawaian Semula
Elektrik, Pembaikan Unit Sajian Dan Penyelenggaraan Paip di Taman Sinar
Harapan. Kerja-kerja mesti dilaksanakan seperti yang termaktub di dalam
BORANG D dokumen sebut harga ini. Pihak kontraktor harus meneliti dan
memahami dokumen sebutharga, spesifikasi, jadual dan membuat lawatan
ke tapak pembinaan untuk menentukan tahap kefahaman terhadap kerja-
kerja tersebut dari segi karakter dan persekitaran kerja.
2.2 Pihak kontraktor harus mematuhi bahawa tidak boleh menjalankan sebarang
kerja-kerja yang mendatangkan kebisingan dalam tempoh waktu kerja
normal, iaitu mulai jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
2.3 Sebarang kerja-kerja yang dilakukan di luar waktu kerja normal ( jam 8.00
pagi sehingga 5.00 petang) hendaklah mendapatkan KELULUSAN terlebih
dahulu dari Pihak Pengurusan Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu.
5
TSHKKB : SH/05/2018
3. MAKLUM BALAS KEPADA SEBUT HARGA
Semua maklumat yang diperlukan dan pertanyaan yang terkandung di dalam
Lampiran wajib diisi dan dijawab.
3.1 Penyebut harga mesti memastikan semua jawapan atau maklum balas
kepada keperluan sebut harga dinyatakan dengan jelas dan tepat seperti
muka surat yang dirujuk, perenggan yang dirujuk atau brosur yang dirujuk.
Semua dokumen sokongan hendaklah disertakan dengan cadangan yang
dikemukakan.
3.2 TSHKKB tidak akan bertanggung jawab atas apa-apa salah faham yang
timbul akibat kegagalan penyebut harga untuk mematuhi perkara seperti di
para 3.1 di atas.
3.3 Sekiranya penyebut harga tidak menyatakan (no response) kepada mana-
mana syarat dalam sebut harga, ia dianggap tidak mematuhi (not comply)
keperluan berkenaan.
4. FORMAT PENYERAHAN SEBUT HARGA
4.1 Dokumen sebutharga hendaklah dikemukakan dalam satu sampul berlakri
(sealed) iaitu dokumen Asal dan Salinan yang mengandungi perkara-perkara
seperti yang disenaraikan di dalam Borang Senarai Semak (muka surat 25) dan ditandakan di sudut sebelah bawah kiri dengan :
SULIT (DOKUMEN TAWARAN SEBUT HARGA)
TSHKKB : SH/05/2018
SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA PENDAWAIAN DI TIGA (3) ASRAMA PENGHUNI (MAWAR, TERATAI DAN MELATI) DI TAMAN SINAR HARAPAN KUALA KUBU BHARU
Sebut harga hendaklah dihantar kepada:
PENGETUA TAMAN SINAR HARAPAN KUALA KUBU BHARUJABATAN KEBAJIKAN MASYARAKATJALAN PADANG GOLF44000 KUALA KUBU BHARUSELANGOR DARUL EHSAN
6
TSHKKB : SH/05/2018
4.2 Dokumen sebut harga hendaklah dihantar melalui serahan tangan atau pos
ke alamat yang disebutkan pada atau sebelum masa yang ditetapkan dalam
kenyataan sebut harga. Jika sebut harga tidak dihantar sendiri,
Penyebutharga hendaklah mengatur dan memastikan supaya sebut harga
dan lain-lain dokumen jika melalui pos, sampai pada waktu dan tempat yang
ditetapkan. Walau apa pun alasan yang diberikan, sebarang sebut harga
yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
4.3 TSHKKB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan yang
ditanggung oleh mana-mana Penyebutharga dalam penyediaan dan
penyerahan tawaran sebut harga ini tanpa mengambil kira sama ada hasil
proses sebut harga ini berjaya atau sebaliknya.
5. TEMPOH SAH LAKU SEBUT HARGA
5.1 Cadangan sebut harga mestilah sah untuk tempoh tidak kurang daripada 90
hari dari tarikh tutup tawaran sebut harga. Harga yang ditawarkan dalam
sebut harga hendaklah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan termasuk
semua kos yang berkaitan. Kos-kos yang tersirat tidak akan
dipertimbangkan.
6. MESYUARAT DAN PERTANYAAN MAKLUMAT TAMBAHAN
6.1 Sepanjang tempoh sebut harga ditawarkan, penyebut harga boleh
mendapatkan penjelasan atas dokumen sebut harga atau hal-hal lain
berkaitan daripada TSHKKB.
6.2 Sekiranya perlu, TSHKKB juga berhak untuk mengatur mesyuarat dengan
penyebut harga tertentu untuk penjelasan butiran dalam tawaran sebut harga
yang dikemukakan. Mesyuarat seperti ini bergantung pada kebenaran
Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.
Penyebut harga akan dimaklumkan secara rasmi sekiranya TSHKKB
bercadang mengadakan mesyuarat sebegini. TSHKKB juga berhak untuk
memperoleh maklumat tambahan jika perlu dari penyebut harga.
7. HAK TSHKKB UNTUK MENERIMA DAN MENOLAK CADANGAN SEBUT HARGA
7.1 TSHKKB mempunyai hak untuk menerima atau menolak sebut harga tanpa
tanggungan liabiliti kepada TSHKKB atau obligasi untuk memaklumkan
kepada penyebut harga sebab-sebabnya.
7
TSHKKB : SH/05/2018
7.2 JKM Selangor berhak memilih kesemua atau sebahagian dari cadangan
penyebut harga atas kepentingan TSHKKB.
7.3 JKM Selangor tidak terikat untuk memilih tawaran sebut harga termurah.
Keputusan JKM Selangor adalah muktamad dan tidak perlu memberikan
sebab penolakan tawaran.
7.4 Untuk perhatian:
7.4.1 Hal-hal berkaitan Dokumen Sebutharga / Teknikal
a) Nama : En. Mohd Zaidi bin BidzaniNo Telefon : 03 – 60641129
b) Nama : En. Amir Aiman bin Mohd AkhirNo Telefon : 03- 60641129
SEBARANG PERTANYAAN SELEPAS TARIKH TUTUP SEBUT HARGATIDAK AKAN DILAYAN
8. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
8.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada
dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu
kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
8.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan
kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar
atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke
pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atau di balai
polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan
satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
8.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap
anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau
pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan
rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
8
TSHKKB : SH/05/2018
8.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran
berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan
dibekalkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan
diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan
tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta
Pencegahan Rasuah 1997.
9. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA UNTUK KERJA
9.1 PEMERIKSAAN TAPAK BINA
(a) Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan
sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan
barang yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan
laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala
maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-
keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang
tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan kontraktor mematuhi
kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
9.2 INSURANS
(a) Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan kontraktor
mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya
dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebut Harga) bagi tempoh
pelaksanaan kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan
Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
(b) Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua
polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang
tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan
memulakan kerja sahaja nota-nota perlindungan dan resit-resit bayaran
premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan
semua polisi insurans selepas tempoh sah nota-nota perlindungan,
tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden berhak
mengambil tindakan seperti di bawah fasal 9.9(d)
9
TSHKKB : SH/05/2018
9.3 PERATURAN PELAKSANAAN KERJA
(a) Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi, pelan-
pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat
yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut harga ini dan arahan Pegawai
Inden atau wakilnya.
9.4 KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
(a) Sekiranya kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari
tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden, tanpa
sebab-sebab yang munasabah, Inden akan dibatalkan oleh Pegawai
Inden dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap kontraktor.
9.5 SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA
(a) Kontraktor TIDAK DIBENARKAN mengsub-sewakan kerja kepada
kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerah hak apa-apa
faedah di bawah Inden ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan
persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.
9.6 PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI INDEN
(a) Pegawai Inden atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu
hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan
dalam spesifikasi. Kontraktor hendaklah, apabila diminta oleh Pegawai
Inden, memberi kepadanya baucar-baucar dan/atau perakuan ujian
pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-barang
itu mematuhi spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak
hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah
ditanggung oleh kontraktor sendiri.
(b) Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri
menyediakan sampel bahan dan barang untuk ujian.
(c) Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah
ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima,
dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Inden
secara bertulis.
10
TSHKKB : SH/05/2018
9.7 RINGKASAN SEBUT HARGA
(a) Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada
Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga
Sebut Harga.
(b) Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira
semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj
lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan
sempurnanya.
(c) Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat
daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai
Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh
Kerja.
(d) Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh
Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya
daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan
sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-
harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Inden
Kerja dikeluarkan.
(e) Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga dan apa-apa
kesilapan pengiraan dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras
dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang
dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam
Borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut
Harga hendaklah tetap tidak berubah.
(f) Sekiranya sebut harga berasaskan senarai kuantiti sementara,
pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga sebut harga
diselaraskan.
9.8 PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
(a) Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas
antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang
perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap
mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebut Harga pada
11
TSHKKB : SH/05/2018
keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk
atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud
itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut
Harga itu.
(b) Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen
Sebut Harga, hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk
mendapatkan keputusan.
9.9 KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PELANTIKAN KONTRAKTOR
Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden:
(a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
(b) Kemajuan Kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan
(e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
9.10 BAYARAN KEMAJUAN
(a) Pegawai Inden dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja-
kerja siap dilaksanakan.
9.11 KERJA PERUBAHAN
(a) Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-
arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara
bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden
atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan
sebut harga ini.
12
TSHKKB : SH/05/2018
(b) Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh
Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar
harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Jika
tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga
yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan kontraktor hendaklah
digunakan.
9.12 TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)
(a) Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga hendaklah sekurang-
kurangnya enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerja-
kerja mekanikal dan elektrikal di mana tempoh waranti ke atas alat-alat
dan loji-loji adalah dua belas (12) bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh
kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang
lebih lama daripada enam (6) bulan boleh dikenakan.
(b) Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan,
ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang
mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau
mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan
oleh Pegawai Inden dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor
hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau
apa-apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.
(c) Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan,
kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan,
Pegawai Inden berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang
akan dibayar kepada kontraktor atau, jika baki itu tiada tidak mencukupi,
mengeluarkan surat pengesyoran kepada Pusat Khidmat Kontraktor
untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan menghantar
salinan-salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya
Negeri/Ketua Jabatan, Bahagian Pembangunan Bumiputera,
Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Bagi kerja-kerja elektrik/mekanikal, salinan surat hendaklah
dihantar kepada Pengarah Cawangan Kerja Elektrikal/Pengarah
Cawangan Kerja Mekanikal.
13
TSHKKB : SH/05/2018
9.13 PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
(a) Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan
kerja dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan.
Kontraktor hendaklah mengembalikan Borang-borang Inden Kerja Asal
iaitu Borang Perjanjian Inden Kerja JKR 58 dan Borang Pengesahan
Penyiapan Inden Kerja JKR 58A kepada Pegawai Inden.
9.14 PERAKUAN SIAP KERJA
(a) Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik
sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap
kerja ini bermulanya Tempoh Tanggungan Kecacatan.
9.15 PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN
(a) Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki
Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan,
ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.
9.16 PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
(a) Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil
dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan
Kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran
tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
14
TSHKKB : SH/05/2018
BORANG A
BORANG KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA
TAMAN SINAR HARAPAN KUALA KUBU BHARU
PERHATIAN PENTING
1. Semua maklumat yang diperlukan (kecuali dinyatakan sebaliknya) di dalam jadual ini hendaklah diisi dengan terang, jelas dan tepat sama ada secara bertulis atau ditaip.
2. Penggunaan kertas tambahan adalah dibenarkan sekiranya ruang yang disediakan tidak mencukupi.
3. Penyebutharga dikehendaki menyertakan salinan bagi dokumen sokongan jika perlu.
BUTIR-BUTIR PENYEBUTHARGAA. AM
Bil. Perkara
1. Nama :
2. Jawatan :
3. Nama Syarikat :
4. Nombor Pendaftaran Syarikat :
5. Tarikh Ditubuhkan :
6. Jenis Perniagaan :
7. Taraf Syarikat Bumiputera/Bukan Bumiputera*
8. Status Syarikat Syarikat Tempatan/Syarikat Asing*
9. Alamat Syarikat :
10. Nombor Telefon Syarikat :
11. Nombor Faks Syarikat :
12. Alamat E-mel Syarikat :
*Potong mana yang tidak berkenaan
15
TSHKKB : SH/05/2018
B. MAKLUMAT PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI UNTUK URUSAN SEBUTHARGA INI
Bil. Perkara
1. Nama :
2. Jawatan :
3. Alamat Syarikat :
4. Nombor Telefon Pejabat :
5. Nombor Telefon Bimbit :
6. Nombor Faks :
7. Alamat E-mel :
C. PENDAFTARAN DENGAN PKK DAN CIDB i. Nyatakan kepala dan sub-kepala pendaftaran dengan PKK
Bil. Kepala Sub-Kepala
1.
2.
3.
4.
ii. Nyatakan Kategori dan Kod Spesifikasi Pendaftaran Dengan CIDBBil. Kategori Kod Spesifikasi Kategori
1.
2.
3.
4.
16
TSHKKB : SH/05/2018
D. PEMILIKAN SAHAM
i. Nyatakan Nama-nama Pemilik Saham Syarikat
Bil. Nama Warganegara Jumlah Saham (RM)
1.
2.
3.
4.
5.
ii. Nyatakan Peratusan Pemilikan Saham Syarikat
Bil. Taraf Peratusan (%)
1. Bumiputera
2. Bukan Bumiputera
3. Modal Asing dan Nama Negeri
E. KEDUDUKAN KEWANGAN
(Nyatakan dengan jelas dan sertakan salinan dokumen berkaitan)
1. Modal Berbayar RM
2. Modal Dibenarkan RM
3. Penyata Akaun Syarikat
Sertakan Salinan Penyata Akaun Bank Bagi Tiga (3) Bulan Terkini
Mei, Jun dan Julai 2018
17
TSHKKB : SH/05/2018
F. KAKITANGAN
i. Nyatakan Bilangan Kakitangan Berdasarkan Taraf dan Bidang
Bil. Taraf Bidang Jumlah Peratus (%)
1. Bumiputra Pengurusan
Operasi
2. Bukan Bumiputra Pengurusan
Operasi
3. Bukan Warganegara Pengurusan
Operasi
Jumlah
ii. Nyatakan Bilangan Kakitangan Mengikut Pengkhususan Jawatan
Bil. Jawatan Jumlah
18
TSHKKB : SH/05/2018
G. PENGALAMAN SYARIKAT
(Nyatakan dengan jelas pengalaman lepas dan aktiviti semasa Syarikat, sertakan dokumen sokongan jika perlu)
i. Pengalaman Lepas (Projek Telah Tamat)
Bil. Jenis/Bidang Kontrak Nama AgensiKerajaan/Swasta
Nilai(RM)
Tempoh Kontrak
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
ii. Projek Semasa (Kontrak Masih Berkuatkuasa)
Bil. Jenis/Bidang Kontrak Nama AgensiKerajaan/Swasta
Nilai(RM)
Tempoh Kontrak
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
19
TSHKKB : SH/05/2018BORANG B
SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA
PengetuaTaman Sinar HarapanJalan Padang Golf44000 Kuala Kubu BahruSelangor Darul Ehsan.
Tuan,
SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA PENDAWAIAN DI TIGA (3) ASRAMA (MAWAR, TERATAI DAN MELATI ) DI TAMAN SINAR HARAPAN KUALA KUBU BAHRU SELANGOR
Adalah dimaklumkan bahawa Syarikat ____________________________________ mengesahkan mengambil bahagian dalam Sebut harga TSHKKB : SH/05/2018 untuk Sebut Harga Bagi Kerja-Kerja Pendawaian Di Tiga (3) Asrama Penghuni (Mawar, Teratai Dan Melati) di Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu. Harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah seperti dalam Jadual Ringkasan Harga Tawaran yang terkandung di dalam tawaran sebut harga.
2. Syarikat bersetuju bahawa sebut harga yang ditawarkan ini sah laku (valid) selama sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup sebut harga. Dalam tempoh tersebut syarikat tidak boleh menarik diri daripada sebutharga ini atau meminda harga.
3. Syarikat sebagai Penyebut harga dengan ini bersetuju menerima, mematuhi dan terikat dengan syarat-syarat sebut harga dan spesifikasi yang terkandung dalam dokumen sebut harga. Syarikat juga telah memahami bahawa Kerajaan berhak menerima atau menolak tawaran ini. Pihak Kerajaan juga adalah berhak mempersetujui tawaran sebut harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.
4. Sekiranya, sebut harga kami ini dipersetujui, maka pihak kami dalam masa tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis setuju terima dikeluarkan akan memastikan kontrak dilaksanakan mengikut syarat-syarat di dalam kontrak (jika berkaitan). Syarikat juga faham dan bersetuju iaitu apabila sebut harga ini dipersetujui melalui notis setuju terima, maka sebahagian daripada kontrak adalah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Syarikat ini dengan Kerajaan.
5. Kami yang bertandatangan di bawah ini mengesahkan bahawa dokumen sebut harga yang digunakan untuk sebutharga ini adalah yang sebenarnya oleh syarikat ini.
20
TSHKKB : SH/05/2018
Tandatangan Penyebut harga :
Nama Penyebut harga :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Nama Dan Alamat Syarikat
:
Cop Syarikat :
Nombor Pendaftaran Syarikat
:
Tarikh :
Tandatangan Saksi :
Nama Saksi :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Nama Dan Alamat Syarikat
:
Cop Syarikat :
Nombor Pendaftaran Syarikat
:
Tarikh :
21
TSHKKB : SH/05/2018BORANG C
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
SEBUTHARGA : TSKKB : SH/05/2018
SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA PENDAWAIAN DI TIGA (3) ASRAMA PENGHUNI ( MAWAR, TERATAI DAN MELATI ) DI TAMAN SINAR HARAPAN KUALA KUBU BHARU
Saya, _____________________________ Nombor K.P. ____________________ yang mewakili __________________________________ nombor Pendaftaran __________________________ dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ___________________ atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil :
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
................................
(Nama dan No. KP)
Cop Syarikat:
22
TSHKKB : SH/05/2018
Sila tandakan (√) bagi dokumen-dokumen yang disertakan
SENARAI SEMAK(Bekalan/ Perkhidmatan/ Kerja)
Bil. DOKUMEN TAWARAN SEBUT HARGA Untuk Ditanda oleh Syarikat
Untuk Ditanda oleh
Jawatankuasa Pembuka
Sebut Harga1. Jadual Kerja Dan Harga Tawaran – BORANG A
2.Borang Keterangan Mengenai Penyebut harga – BORANG A
3. Surat Akuan Penyebut harga – BORANG B
4. Surat Akuan Pembida – BORANG C
5. Senarai Semak
6. Profil Syarikat – WAJIB DISERTAKAN
7.Penyata Kewangan Syarikat (3 bulan terkini)
(MEI, JUN DAN JULAI 2018)
8. Sijil Pendaftaran PKK (Sijil Taraf Bumiputera)
9. Sijil Pendaftaran CIDM
** Sila Tandakan (/) Bagi Dokumen-Dokumen Yang Disertakan
Pengesahan oleh Syarikat
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.
Untuk Kegunaan Kerajaan
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. ................................ (jika ada)
23
TSHKKB : SH/05/2018
(Kew. 284-Pin. 5/94)
LAMPIRAN Q(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)
Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini No. Sebut Harga: TSHKKB : SH/05/2018
KERAJAAN MALAYSIASEBUT HARGA UNTUK KERJA
Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga. Kepada (Nama Syarikat)................................ | Pelawaan Sebut Harga dikeluarkan | oleh Kementerian / Jabatan (Alamat Lengkap) ....................................................................... |
| Pengetua....................................................................... | Taman Sinar Harapan
Jabatan Kebajikan MasyarakatJalan Padang Golf
| 44000 Kuala Kubu Bahru No. Telefon: .................................................. | Selangor Darul Ehsan
|
No. Pendaftaran dengan Kementerian |
Kewangan: .................................................... |
| No. Telefon: 03-6064 1129 Kod bidang pendaftaran yang relevan |
dengan perkhidmatan ini G2 – E , E11 | Tarikh: Ogos 2018 1. Sila beri sebut harga untuk bekalan / perkhidmatan yang disenaraikan di bawah
tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:
1.1 Syarat penyerahan / penyempurnaan seperti di dalam Dokumen Sebut Harga TSHKKB : SH/05/2018
1.2 Arahan pengiriman s eperti di dalam Dokumen Sebut Harg a TSHKKB : SH/05/2018 1.3 Tarikh tutup tawaran sebut harga ialah 03 September 2018 (Isnin). 1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri dan bertanda No.
Sebut Harga TSHKKB : SH/05/2018 1.5 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat
seperti yang telah dinyatakan tidak lewat pada jam 12.00 Tengah hari pada 03 September 2018 (Isnin).
1.6 Tempoh sah laku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup tawaran. 1.7 Tempoh siap kerja bagi Sebut Harga ini ialah Enam (6) Minggu.
Tarikh: September 2018 Nama Pegawai : Nor Azian bt Sharfador Khan Jawatan : Pengetua
24
TSHKKB : SH/05/2018Borang D
CADANGAN KERJA-KERJA PENDAWAIAN 3 ASRAMA PENGHUNI (MAWAR, TERATAI DAN MELATI) TAMAN SINAR HARAPAN KUALA KUBU BHARU.
BILL - KERJA-KERJA ELEKTRIK
BIL KETERANGAN KERJA UNIT QTY KADAR (RM)
JUMLAH KONTRAK
(RM) 1 KERJA-KERJA PERMULAAN DAN PENYEDIAAN
Kerja-kerja penyediaan kelengkapan peralatan,tenaga kerja,mesin serta alatan yang berkaitan untuk kerja-kerja menyelenggara dan pembaikan Dan Insuran Pekerja
Lot 1
Mengadakan dan menyediakan lukisan, dokumen, gambar untuk kemajuan kerja sebelum,semasa dan selepas kerja siap di tapak.
Lot 2
Mengadakan ujian dan pentauliahan (T&C) pada keseluruhan pemasangan / pembinaan . Segala kecacatan akan di tanggung
Lot 1
2 PENDAWAIAN Nota :
Pendawaian elektrik adalah jenis pendawaian G.I. Conduit 20/25mm 'Exposed' sepertimana arahan pegawai penguasa dan Keadaan tapak.
Semua sistem pendawaian hendaklah jenis looping-in lengkap dengan kabel pembumian.
Panel suis hendaklah digunakan sekiranya terdapat lebih dari satu suis dipasang bersama.
Kesemua harga bagi konduit,trunking atau cable tray adalah termasuk sekali dengan harga pendawaian.
Kesemua kabel yang digunakan adalah termasuk dengan kabel perlindungan.
Kesemua kuantiti adalah sementara dan tertakluk pada keadaan tapak.
Kesemua pendawaian hendaklan dibuat penandaan ( labelling ) pada setiap soket dan suis
25
TSHKKB : SH/05/2018
BIL KETERANGAN KERJA UNIT QTY KADAR (RM)
JUMLAH KONTRAK (RM)
ASRAMA MAWAR, TERATAI, MELATI.
A
Mata lampu menggunakan kabel 2 x 1.5mm sg l/d suis kutub tunggal 10A Bil 144
B
Mata kipas lekapan siling/dinding menggunakan kabel 2 x 1.5 mm l/d suis kutub tunggal 10A berserta ros siling Bil 36
C
Mata kuasa menggunakan kabel 2 x 2.5mm l/d suis soket alur keluar 13A 3pin Bil 30
Ke Mukasurat 'Collection' RM
C1/ 1
26
TSHKKB : SH/05/2018CADANGAN KERJA-KERJA PENDAWAIAN 3 ASRAMA PENGHUNI (MAWAR, TERATAI DAN MELATI) TAMAN SINAR HARAPAN KUALA KUBU BHARU.
BILL - KERJA-KERJA ELEKTRIK
BIL KETERANGAN KERJA UNIT QTY KADAR (RM)
JUMLAH KONTRAK
(RM) 3 MEMBEKAL DAN MEMASANG
ASRAMA MAWAR, TERATAI, MELATI.
A Lengkapan lampu pendarflour LED T8 1 x 18 watt bersaiz 120cm (4'). Bil 258
B Kipas siling 150cm (60'')g.p l/d pengatur (jenis
KDK atau setara dengannya). Bil 36 4 PERANGKAP KILAT Membekal, memasang dan menguji sistem
perlindungan kilat
C - Earth Electrode cooper l/d aksesori Bil 3 D - Earth chamber Bil 3 5 JAMINAN KUALITI KERJA
Pihak kontraktor bertanggungjawab membaiki dan menggantikan semula terhadap apa-apa jua kerosakan yang berlaku di lokasi tempat kerjasama kerja-kerja di laksanakan tanpa sebarang tuntutan bayaran
Pihak kontraktor bertanggungjawab membaiki kecacatan yang berlaku dalam tempoh 6 bulan dari tarikh serah kerja tanpa sebarang tuntutan bayaran
Catatan Semua kerja-kerja yang di jalankan di dalam jabatan
hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah di tetapkan dan arahan
Ke Mukasurat 'Collection' RM
C1/ 2
27
TSHKKB : SH/05/2018CADANGAN KERJA-KERJA PENDAWAIAN 3 ASRAMA PENGHUNI (MAWAR, TERATAI DAN MELATI) TAMAN SINAR HARAPAN KUALA KUBU BHARU.
28
TSHKKB : SH/05/2018BILL - KERJA-KERJA ELEKTRIK
BIL KETERANGAN KERJA UNIT QTY KADAR (RM)
JUMLAH KONTRAK
(RM)
Collection
Dari Mukasurat No. C1/1 Dari Mukasurat No. C1/2
JUMLAH KESELURUHAN KOS PROJEK RM
C1/ 3
29
Recommended