View
759
Download
22
Category
Preview:
Citation preview
PENGHARGAAN
Bersyukur kepada Tuhan kerana saya dapat juga menyiapkan tugasan ini. Jutaan
terima kasih diucapkan kepada Pn Hajjah Norani binti Mohd Noor, selaku pensyarah
mata-pelajaran Pengajian Fabrik (SPL 2112), Jabatan Teknik dan Vokasional, Universiti
Teknologi Malaysia, Johor Bahru, kerana sudi memberi tunjuk-ajar dan bimbingan dalam
menyiapkan tugasan ini.
“FOLIO PENGAJIAN PAKAIAN (Proses Membuat Seluar Slek dan
T-Shirt)” adalah hasil kerja amali yang telah dilaksanakan sepanjang semester ini . Folio
ini merupakan laporan yang disediakan bagi mengenal-pasti ciri-ciri dan perbezaan
spesifikasi sesuatu fabrik. Secara keseluruhan, laporan rekod kerja ini mengandungi tujuh
contoh-contoh fabrik asli dan buatan yang telah diuji.
Namun, walau bagaimana teliti sekalipun laporan rekod kerja ini ditulis, ia tidak
dapat lari daripada kesilapan. Maka, saya dengan rasa rendah diri memohon jutaan
ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan yang tidak diduga.
Terima kasih juga yang tidak terhingga khasnya kepada keluarga tersayang dan
jua kepada rakan-rakan sekuliah di atas jasa kalian. Akhir sekali, saya mengucapkan
ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
tugasan ini.
MASMERA BINTI ATAN
(BP050079)2 PKPG KH - UTM
Ambilan Jun 2005/2006
i
PENDAHULUAN
“REKOD KERJA MENJAHIT PAKAIAN: SELUAR SLEK & T-SHIRT”
adalah dekomentasian hasil tugasan daripada kerja amali yang telah dilaksanakan
sepanjang semester ini. Ia merupakan laporan yang disediakan bertujuan
mendokumentasikan keseluruhan proses semasa menyiapkan kerja amali bagi mata-
pelajaran Pengajian Pakaian (SPL 2112) khususnya seluar slek dan T-Shirt.
Rekod Kerja ini ditulis dengan pembahagian tajuk utama iaitu menyediakan
sehelai seluar slek dan T-Shirt kanak-kanak. Di dalamnya terdapat setiap tajuk besar
yang mengandungi bahagian-bahagian proses menjahit seluar slek dan t-shirt mengikut
peringkat yang tertentu.
Secara keseluruhan, laporan rekod kerja ini turut mengandungi gambar-gambar,
dan lampiran bagi menunjukkan langkah-langkah yang berurutan dalam menyediakan
dan menghasilkan projek menyediakan pakaian (seluar slek dan t-shirt).
2.0 PERINGKAT PERANCANGAN
Sebelum sebarang kerja menyediakan pakaian dilakukan, kita hendaklah menyusun
segala maklumat dan aktiviti amali yang terlibat dalam bentuk rekod kerja. Dalam rekod
kerja yang disediakan mengandungi maklumat dan aktiviti amali seperti:
2.1 Lakaran Stail Pakaian
2.2 Jenis dan Ciri Fabrik
2.3 Ukuran Badan
2.4 Mengenal pasti Proses Menjahit
2.5 Susun Atur Pola
2.6 Langkah Menjahit
2.7 Pengiraan Kos
Ia mengandungi langkah-langkah perlaksanaan secara sistematik yang bertujuan
mendokumentasikan secara lengkap perancangan membuat pakaian.
2.1 LAKARAN STAIL PAKAIAN BAHAGIAN HADAPAN DAN BELAKANG
BLAUS
Lakaran stail pakaian hadapan dan belakang dibuat dengan menggunakan ukuran
badan. Lakaran hendaklah jelas mengikut stail pakaian dan mempunyai proses
jahitan yang akan dilakukan.
2.2 JENIS DAN CIRI FABRIK
Kolar Lurus
Kelim Belah Kangkong
Butang Leper Berlubang Dua
Lubang Butang Tegak
Penyudah Tepi Kelepet Lurus
Blaus Bahagian Hadapan
Blaus Bahagian Belakang
Lengan Padanan Rata
Lengan Padanan Rata
Fabrik dihasilkan daripada gentian asli atau gentian buatan. Gentian ini
diproses untuk dijadikan yarn, benang dan seterusnya menghasilkan fabrik. Fabrik
dihasilkan dengan kaedah tenun, kait dan tanpa tenun. Mencelup warna kepada fabrik
dilakukan ketika dalam bentuk yarn atau fabrik. Corak di atas fabrik dibuat dengan
pelbagai kaedah. Terdapat juga fabrik yang diberi kemasan untuk memperbaiki
kualiti. Fabrik yang sesuai adalah fabrik yang mudah dikendali dan bercorak
sederhana.
2.2.1 Pembinaan Fabrik
Yarn disusun dan dibina mengikut susunan yang tertentu untuk menghasilkan fabrik.
Pembinaan fabrik diklasifikasikan seperti:
1. Fabrik tenun
2. Fabrik kait
3. Fabrik tanpa tenun
1. Fabrik Tenun
Tenunan dilakukan dengan menjalinkan dua set yarn, iaitu yarn
memanjang dan yarn melintang. Yarn memanjang dinamakan yarn lungsin,
manakala yarn melintang dinamakan yarn pakan. Rajah di bawah menunjukkan
yarn lungsin dan yarn pakan pada fabrik tenun.
Jenis – jenis fabrik tenun adalah seperti berikut:
Tepi Kain Ira kain
Yarn pakan
Yarn lungsin
Rajah: Benang lungsin dan benang pakan
1. Tenun biasa – Kanvas, oxford, georgette
dan poplin
2. Tenun kelarai – Flanel dan flanelette
3. Tenun satin - Sateen
Jenis tenun dibezakan dengan rupa tenun dan ciri fabrik yang dihasilkan. Jadual di bawah
ini menunjukkan pembinaan fabrik tenun.
Jenis Tenun Rupa Tenun Ciri Fabrik Contoh Fabrik Kegunaan
Ten
un
Bia
sa 1
/1
Tenun Biasa 1/1 Yarn lungsin
menyusup di atas dan di bawah secara berselang seli setiap yarn pakan.
* Hasil tenun
Poros Kurang daya
drep Mudah renyuk Kurang legap Kukuh
Belacu
Gingham
Muslin
Toile Sarung Tilam Sarung
Bantal
Kameja Blaus Apron
Blaus Gaun Tudung
Variasi Tenun BiasaSelain daripada tenun biasa 1/1, terdapat beberapa variasi seperti tenun raga dan tenun rib.
* Tenun Raga Dua lembar yarn ditenun berselang seli
* Tenun Rib Saiz yarn lungsin dan yarn pakan tidak sama.
Ten
un
Kel
arai
2/2
Tenun Kelarai 2/2 Dua lembar yarn
pakan menyusup di atas dan di bawah dua lembar yarn lungsin.
Kurang poros Drep dengan
baik Mudah renyuk Tebal dan legap Kukuh
Denim Jeans Skirt Ves Overall
* Kaedah menenun adalah
seperti berikut:Baris 1: Yarn pakan ditenun di atas dua yarn lungsin, kemudian dua ke bawah, dua ke atas dan seterusnya.
Ten
un
Kel
arai
2/2
Baris 2: Yarn pakan ditenun ke bawah satu yarn lungsin, kemudian dua ke atas, dua ke bawah, dua ke atas dan seterusnya.Baris 3: Yarn pakan ditenun di bawah dua yarn lungsin, kemudian dua ke atas, dua ke bawah dan seterusnya.Baris 4: Yarn pakan ditenun di atas satu yarn lungsin, kemudian dua ke bawah, dua ke atas dan seterusnya.Baris 5: Seperi baris pertama.
* Hasil tenun
Drill
Gaberdin
Slek Skirt Sut Pakaian
seragam
SutPakaian kasual
Variasi Tenun KelaraiSelain daripada tenun kelarai 2/2, terdapat beberapa variasi seperti tenun pucuk rebung,tenun bentuk ‘S’ dan tenun bentuk ‘Z’.
* Tenun Pucuk Rebung Corak tenunan menyerong memberi gambaran pucuk rebung.
Ten
un
Kel
arai
2/2 * Tenun bentuk ‘S’
Yarn pakan menyusup ke atas 2 lembar yarn lungsin. Yarn lungsin yang timbul menyerong ke kanan.
* Tenun bentuk ‘Z’ Kaedah tenunan sama seperti tenun bentuk ‘S’ tetapi yarn pakan yang timbul menyerong ke kiri.
Ten
un
Kel
arai
2/2
Baris 2: Yarn pakan ditenun ke bawah satu yarn lungsin, kemudian dua ke atas, dua ke bawah, dua ke atas dan seterusnya.Baris 3: Yarn pakan ditenun di bawah dua yarn lungsin, kemudian dua ke atas, dua ke bawah dan seterusnya.Baris 4: Yarn pakan ditenun di atas satu yarn lungsin, kemudian dua ke bawah, dua ke atas dan seterusnya.Baris 5: Seperi baris pertama.
* Hasil tenun
Drill
Gaberdin
Slek Skirt Sut Pakaian
seragam
SutPakaian kasual
Variasi Tenun KelaraiSelain daripada tenun kelarai 2/2, terdapat beberapa variasi seperti tenun pucuk rebung,tenun bentuk ‘S’ dan tenun bentuk ‘Z’.
* Tenun Pucuk Rebung Corak tenunan menyerong memberi gambaran pucuk rebung.
Ten
un
Kel
arai
2/2 * Tenun bentuk ‘S’
Yarn pakan menyusup ke atas 2 lembar yarn lungsin. Yarn lungsin yang timbul menyerong ke kanan.
* Tenun bentuk ‘Z’ Kaedah tenunan sama seperti tenun bentuk ‘S’ tetapi yarn pakan yang timbul menyerong ke kiri.
Ten
un
Sati
n 4
/1
Tenun Satin 4/1 Yarn pakan
menyusup di bawah 4 yarn lungsin menghasilkan yarn lungsin terapung yang kelihatan di sebelah luar fabrik.
Tenun satin berasaskan daripada tenun kelarai.
* Hasil Tenun
Fabrik licin dan berkilat
Daya drep yang sangat baik
Kurang kukuh Mudah koyak
Satin
Broked
Damask
Blaus Gaun malam Pakaian tidur Cadar Sarung bantal
Pakaian formal
Gaun malam
Kain peranggu meja:- napkin
meja- alas
meja Kusyen tabur Cadar
Variasi Tenun Satin 1/4
Yarn terapung ini menghasilkan rupa fabrik yang berkilat di sebelah
luar.
2. Fabrik Kait
Mengait dilakukan dengan mencangkuk gelung benang antara satu sama sain
secara berangkai. Proses mengait fabrik ini boleh dilakukan secara manual
menggunakan dua batang jarum. Dalam industri tekstil, proses ini dilakukan oleh
mesin. Fabrik kait juga mempunyai benang memanjang yang dinamakan gelung tegak
(wales) dan benang melintang yang dinamakan gelung lintang (course).
Dua kaedah untuk pembinaan fabrik kait ialah:
1. Kait lungsin
2. Kait pakan
Jadual di bawah menunjukkan pembinaan fabrik kait.
Jenis Kait Rupa Kait Ciri Fabrik Contoh Fabrik Kegunaan
Kai
t L
un
gsin
Kait Lungsin
Fabrik
lungsin terbina
denan satu benag
atau satu set
benag yang dikait
secara menegak.
Setiap satu
set itu mempunyai
jarum kait
tersendiri.
Dihasilkan
secara manual
atau mesin.
Fabrik
ringan
Kurang
mengikut
bentuk badan
Daya
menyerap
kelembapan
baik
Permukaa
n fabrik keras
Kurang
berubah bentuk
Hanya
dihasilkan
dalam bentuk
fabrik
Net
Tricot
Kameja – T
Baju sejuk
Blaus
Jersi
Kait
Pakan
Kait Pakan
Fabrik kait pakan
terbina dengan
satu yarn atau satu
set benag yang
dikait dengan satu
benang.
Setiap satu set itu
mempunyai jarum
tersendiri.
Dihasilkan secara
manual atau
mesin.
Fabrik
ringan dan
sederhana berat
Mengikut
bentuk badan
Daya
menyerap
kelembapan
sangat baik
Permukaa
n fabrik gebu
dan lembut
Mudah
berubah bentuk
Boleh
terus menghasil
kan pakaian
Terry
Velour
Fleece
Stoking
Pakaian asas
-seluar
dalam
-singlet
Tuala
Jubah mandi
3. Fabrik Tanpa Tenun
Fabrik ini dibina terus daripada gentian. Gentian disusun rapat dan dilekatkan
antara satu sama lain mengunakan haba, kelembapan, tekanan atau bahan pelekat. Antara
jenis fabrik yang dihasilkan melalui kaedah ini ialah:
1. Fabrik terikat
2. Fabrik felt
JADUAL DI BAWAH MENUNJUKKAN PEMBINAAN FABRIK TANPA TENUN
Jenis Penghasilan Fabrik Ciri Fabrik Kegunaan
Fab
rik
Ter
ikat
Dihasilkan daripada gentian yang
disusun ke dalam bekas, kemudian
diberi tindakan bahan kimia atau
dijalin bersama-sama melalui proses
mekanikal.
Gentian asli atau gentian buatan
boleh digunakan untuk fabrik jenis
ini. Gentian kapas atau rayon akan
menghasilkan fabrik yang tinggi
daya serap.
Kuat dan teguh jika
dihasilkan dari yarn
filament atau staple.
Tinggi daya serap
jika dibuat daripada
gentian kapas dan
rayon.
Lembut daripada
fabrik felt.
Napkin bayi
Hamparan
Artikel pakai buang
Fabrik mengelap
pakaian buang
Lapik tilam
Lapik dalam untuk
pakaian
Wadding
Renda
Selimut
Fab
rik
Fel
t
Felt dihasilkan daripada gentian
benang sayat.
Sayat disusun sehingga ketebalan
yang dikenhendaki. Seterusnya
dengan haba dan kelembapan,
kepingan sayat ditekan kuat.
Hasilnya ia tercantum dan menjadi
sekeping fabrik.
Tepi tidak
terjerumbai dan
boleh dipotong
mengikut bentuk
yang dikehendaki.
Kaku dan bentuknya
tidak berubah kerana
tiada yarn.
Kurang kukuh.
Permukaan yang
kasar.
Tidak mempunyai
tepi kain.
Beret
Penutup meja
Permaidani
Hiasan pada kain
Kain penebat bunyi
2.2.2 Kemasan Fabrik
Kemasan fabrik ialah rawatan khas yang dilakukan ke atas gentian, yarn dan
fabrik sebelum, semasa atau selepas fabrik dibina untuk meningkatkan kualiti
fabrik. Kemasan ini boleh tahan sementara atau kekal sepanjang hayat.
Tujuan kemasan adalah untuk:
1. Memperbaiki rupa
2. Memperbaiki pengendalian
3. Memberi kemasan tak kecut
4. Memberi kemasan tak renyuk
5. Memberi kemasan untuk perlindungan
1. Memperbaiki Rupa
Antara kemasan untuk memperbaiki rupa fabrik ialah:
a. Kemasan berglis
b. Kemasan berkilau
c. Kemasan merserais
d. Kemasan emboss
JADUAL DI BAWAH MENUNJUKKAN KEMASAN MEMPERBAIKI RUPA
Jenis Kemasan Rupa Fabrik Kaedah Catatan
Kemasan Berglis
Permukaan fabrik
berkilat
Fabrik digelek
di bawah silinder
panas yang bergerak
pantas di
permukaan fabrik.
Menggunakan kanji,
lilin dan resin
sebagai bahan
rawatan.
Kilat, tahan lebih
lama jika
menggunakan resin.
Contoh: Chintz
Kemasan Berkilau
Permukaan fabrik
berkilau
Fabrik dilalukan di
antara dua silinder
yang sangat panas.
Kilauan boleh
menampakkan fabrik
kapas seperti sutera.
Contoh: Taffeta
Kemasan
Merserais
Fabrik menjadi lebih
kukuh, berdaya tinggi
untuk menyerap
pencelup dan lebih
lembut.
Yarn atau fabrik
direndam dalam
alkali iaitu soda
kaustik.
Kemasan ini diberi
kepada gentian kapas,
linen, dan rayon.
Contoh: Fabrik kapas,
linen dan rayon.
Kemasan Embos
Permukaan fabrik
berkilat serta bercorak
timbul.
Fabrik dilakukan di
antara dua silinder,
sebuah diperbuat
daripada logam yang
mempunyai corak
dan sebuah lagi
daripada kertas keras.
Contoh: Broked dan
moiré.
2. Memperbaiki Pengendalian
Memperbaiki pengendalian bermaksud kemasan untuk mempermudahkan
pengendalian fabrik. Kemasan untuk memperbaiki pengendalian adalah seperti
berikut:
a. Tahan Kotor (Stain Resistant) yang diberi
kepada kain kelengkapan meja dan langsir selaian pakaian.
b. Tahan Kulat (Mildew Resistant) yang diberi kepada fabrik kapas supaya
tahan daripada bertahi lalat dan berkulat.
C. Basuh Pakai (Easy Care) yang diberi label ‘Drip and Dry’ kepada
pakaian supaya tidak perlu diseterika selepas dicuci.
d. Tahan Geseran (Abrasion Resistant) diberi kepada fabrik lapis dalam
supaya bahagian yang selalu bergeser seperti di bahu atau siku tidak
mudah berbulu atau mudah koyak.
3. Memberi Kemasan Tak Kecut
Memberi kemasan tak kecut adalah kemasan yang diberi kepada gentian benag
sayat, kapas dan fabrik tenunan longgar yang bertujuan untuk mengelakkan fabrik
daripada kecut. Kemasan tak kecut dilakukan melalui cara berikut:
1. Gentian asli dicampurkan dengan gentian buatan.
2. Gentian diberikan tindakan mekanikal ketika dalam bentuk yarn atau
proses tenun.
3. Gentian benag sayat diberikan rawatan klorin.
4. Fabrik rayon diberi rawatan resin.
4. Memberi Kemasan Tak Renyuk
Kemasan tak rentuk diberi supaya fabrik tidak renyuk dan lebih kemas. Fabrik
yang mudah renyuk ialah kapas, rayon, linen dan viskos. Kemasan tak renyuk
boleh diberikan dengan cara berikut:
1. Menggunakan resin ke atas permukaan fabrik.
2. Melakukan proses durable press di mana fabrik dicelup dengan resin dan
ditekan dengan haba. Ia boleh dilakukan ke atas fabrik atau pakaian siap.
5. Memberi Kemasan Untuk Perlindungan
Kemasan untuk perlindungan diberi kepada fabrik bertujuan untuk keselamatan
dan melindungi fabrik daripada kecacatan atau kerosakan. Kemasan untuk
perlindungan terdiri daripada:
1. Kemasan Kalis Peluru (Bullet Proof) – Diberi kepada pakaian tertentu
seperti pakaian anggota polis, pengawal keselamatan dan pengawal
peribadi supaya melindungi pemakai daripada terkena tembakan peluru.
2. Kemasan Kalis Haba (Thermal Proof) – Diberi kepada sut sukan,
khemah dan sut pendaki gunung untuk melindungi pemakain daripada
perubahan suhu.
3. Kemasan Kalis Angin (Wind Proff) – Diberi kepada pakaian luar musim
sejuk dan pakaian sukar meluncur ais, mendaki gunung, memancing dan
trek-king. Kemasan ini dapat menghalang udara dingin menembusi
pakaian.
4. Kemasan Kalis Air (Water Reellant Finish) – Diberi kepada fabrik baju
hujan, sut ahli selam, bahan fabrik di dalam kapal, kain kelengkapan meja
makan dan langsir untuk mengelakkan daripada menyerap air.
5. Kemasan Kalis Api (Flame Retardant
Finisher) – Diberi kepada fabrik untuk menahan fabrik daripada terbakar
untuk pakaian ahli bomba dan penyelamat.
2.2.3 Fabrik yang digunakan untuk menjahit blaus
Fabrik yang sesuai adalah fabrik yang mudah dikendali dan bercorak sederhana.
2.3 UKURAN BADAN
Sampel Fabrik Blaus
Ukuran badan diambil berdasarkan pencapaian standard iaitu sebanyak 20
bahagian dengan teknik yang betul. Pita ukur, pembaris sekiku, pembaris lurus,
pita kelarai atau tali reben adalah alatan yang boleh digunakan semasa mengukur
badan. Unit ukuran yang digunakan biasanya dalam sentimeter, millimeter atau
inci.
2.3.1 Cara Mengukur
Gambarajah di bawah menunjukkan bahagian badan yang perlu diukur.
2.3.2 UKURAN SEBENAR
Jadual ukuran bahagian badan digunakan semasa mengambil ukuran.
Semua ukuran dicatatkan seperti dalam jadual ukuran bahagian badan di
bawah ini.
JADUAL UKURAN BAHAGIAN BADAN PEREMPUAN
BIL BAHAGIAN BADAN UKURAN (cm)
1/2 1/4 1/6 LAKARAN FESYEN
A. GARIS MELINTANG1 Leher *2 Dada *3 Pinggang *4 Punggung *5 Keliling Hujung Lengan *6 Keliling Lutut *7 Buka Kaki Seluar *8 Jarak Mercu *9 Bidang Hadapan *10 Bahu *11 Bidang Belakang *
B. GARIS MENEGAKCONTOH FABRIK
12 Jarak Bahu ke Mercu Tanda13 Garisan Tengah Belakang14 Labuh Baju15 Labuh Skirt16 Labuh Seluar17 Labuh Punggung18 Labuh Lengan19 Kelengkang20 Kelim Sebelah Dalam Seluar
Nama Pelanggan : _______________________________Tarikh Siap : _______________________________Harga Tempahan : _______________________________Catatan : _______________________________
JADUAL UKURAN BAHAGIAN BADAN LELAKI
BIL BAHAGIAN BADAN UKURAN (cm)
1/2 1/4 1/6 LAKARAN FESYEN
A. GARIS MELINTANG1 Leher *2 Dada *3 Pinggang *4 Punggung *5 Keliling Hujung Lengan *6 Keliling Lutut *7 Buka Kaki Seluar *8 Bidang Hadapan *9 Bahu *10 Bidang Belakang *
B. GARIS MENEGAKCONTOH FABRIK
11 Garisan Tengah Belakang12 Labuh Baju13 Labuh Seluar14 Labuh Punggung15 Labuh Lengan16 Kelengkang17 Kelim Sebelah Dalam Seluar
Nama Pelanggan : _______________________________Tarikh Siap : _______________________________Harga Tempahan : _______________________________Catatan : _______________________________
2.4 Mengenal-Pasti Bahagian Menjahit Pakaian
2.4.1 BLAUS
1. Penghilang Gelembung
Lisu Pemadan
a. Semat jelujur dan jahit mesin lisu pemadan di garis lilitan lengan.
b. Semasa menjahit mulakan dari arah lilitan lengan dan berpatah balik.
Boleh lakukan jahitan kia pada penghujung lisu.
c. Tekan lisu ke arah kelim lengan.
2. Kelim
Jenis – jenis Jahitan Pada Blaus
1. Penghilang Gelembung- Lisu Pemadan
2. Kelim- Kelim Belah Kangkung
3. Lengan- Lengan Padanan Rata (Jahitan mesin)
4. Belah
5. Penyudah Tepi- Kelepet Lurus
6. Butang- Butang Leper Berlubang Dua
7. Lubang Butang- Lubang Butang Tegak
8. Kolar
Kelim Belah Kangkong
a. Kelim ini rata keadaannya dan ia tidak tebal.
b. Apabila kelim ini dibuka dan ditekan dengan seterika ia tidak boleh
nampak di sebelah luar.
c. Kelemahanya ialah ia memerlukan lebih masa dan tenaga kerana kelim ini
mesti ditekan dengan seterika sebelah menyebelah.
d. Kelim ini digunakan pada gaun, blaus, skirt dan seluar yang dibuat
daripada kain sederhana beratnya atau yang berat.
Membuat Kelim Belah Kangkong
1. (a) Dengan kedua bahagian sebelah
luar (S.L) kain bertemu, semat, jelujur
dan jahit mesin di atas garis
pemadan
(b) Cabutkan jelujur dan tekan buka kelim. Lebar kelim yang siap ialah ½”.
2. Kemasan tepi kain basi kelim belah kangkong boleh
dengan salah satu cara yang berikut:
a. Jahitan Kemas Tepi
b. Jahitan Mesin
c. Kun
d. Jahitan Insang pari
e. Jahitan Lilit Kemas
f. Dengan Menggunakan Kedua-dua Tepi Kain
g. Dengan Menggunting Tepinya Bentuk Pucuk
Rebung
a. Jahitan Kemas Tepi dan
b. Jahitan Mesin
i. Cara ini sesuai untuk kapas nipis atau sederhana berat yang
tidak berbulu.
ii. Ukur dengan tolok ½” dari garisan pemadan.
iii. Lipatan kain yang berlebihan ke dalam.
iv. Jelujur, kemudian mesinkan hampir dengan lipatan.
a. Jahitan Kemas Tepi
v. Cabut jelujur dan tekan dengan seterika.
c. Kun
i. Cara ini sesuai untuk kain-kain nipis, ringan dan yang ditenun
jarang.
ii. Balikkan kun kepada bahagian Jika kain tebal, gunakan kun pita
serong yang nipis.
iii. Ukur dengan tolok ½” dari garisan pemadan dan gunting kain-kain
yang berlebihan.
iv. Lekapkan kun serong pada basi kelim dengan sebelah luarnya
bersama.
v. Semat, jelujur dan mesinkan 1/6”
daripada tepinya.
vi. Lipatkan kun kepada garisan jahitan mesin, semat dan jelujur.
vii. Tetapkan kun kepada tempatnya dengan jahit sembat susup.
b. Jahitan Mesin S.D
d. Jahitan Insang Pari
i. Cara ini sesuai untuk kain yang tidak berbulu.
ii. Ukur dengan tolok kelepet ½” dari garisan pemadam dan gunting kain yang
berlebihan.
iii. Jahit insang pari dari kiri ke kanan dan tekan dengan seterika.
d. Jahitan Insang Pari
c. Kun
e. Jahitan Lilit Kemas
i. Cara ini sesuai digunakan pada kain-kain yang tidak berbulu.
ii. Ukur dengan tolok ½” dari garisan pemadan dan gunting kain yang
berlebihan
iii. Jahit tepinya dengan jahit lilitubi dari kiri ke kanan dengan jarumnya yang
dicondongkan.
f. Dengan Menggunakan Kedua-dua Tepi Kain
i. Kelim ini tidak perlu dikemaskan kerana ia dengan sendirinya sudahpun kemas.
ii. Tidak ada cirri khas untuk mengemas tepinya.
iii. Cara ini paling sesuai untuk kain tebal.
iv. Ukur ½” dari tepi kain untuk garisan pemadan.
v. Mesin digarisan pemadan.
vi. Buka kemudian tekan kelim dengan cermat.
g. Dengan Menggunting Tepinya Bentuk Pucuk Rebung
e. Jahitan Lilit Kemas
f. Dengan Menggunakan Kedua-dua Tepi Kain
i. Cara ini sesuai untuk kain-kain yang rapat tenunanya dan tidak berbulu.
ii. Ukur dengan tolok ½” dari garisan pemadan.
iii. Gunting kain berlebihan dengan gunting bentuk pucuk rebung.
3. Lengan
Lengan Padanan Rata (Jahitan Mesin)
g. Dengan Menggunting Tepinya Bentuk Pucuk Rebung
a. Jahitan pada cantuman di antara bahagian badan dan lengan adalah jahitan mesin.
b. Temukan tanda imbang lengan dengan tanda imbang lubang lengan.c. Sebelum menjahit dengan jahitan mesin, hendaklah disemat dan
dijelujurkan terlebih dahulu.
Cara Membuat Jahitan Mesin
1. Jahitan mesin adalah satu cara menjahit dengan menggunakan mesin.
2. Untuk mendapatkan kemahiran dan kecekapaan menggunakan mesin jahit,
buatlah latihan menjahit dengan mesin tanpa benang.
3. Dua jenis jahitan mesin adalah:
a. Jahitan Mesin Lurus
b. Jahitan Mesin Tak Lurus
4. Jahitan mesin lurus digunakan untuk mencantumkan dua helai kain serta
mengemaskan tepi kain seperti basi kelim belah kangkung.
5. Jahitan mesin tak lurus merupakan jahitan pelbagai bentuk sulaman.
6. Jahitan mesin juga digunakan untuk menjahit ‘quilting’ iaitu menjahit
beberapa helai kain. Salah satu helaiannya terdiri daripada span atau fabrik
gebu yang khas.
7. Lubang butang juga boleh dijahit dengan jahitan mesin
8. Dengan menggunakan alat tambahan, mesin jahit boleh membuat lisu
beriring dengan kemas dan sekata
9. Kegunaan jahitan mesin adalah:
a. Digunakan untuk menjahit fabrik iaitu mencantumkan beberapa helai
kain
b. Digunakan mengemaskan tepi kain.
c. Digunakan untuk membuat kedut lepas dengan melonggarkan mata
jahitannya.
d. Berguna untuk melekatkan cantuman bagi kerja tampal hias dan
cantum
4. Belah
Lapik pada belah adalah dipotong sekali dengan bahagian
hadapan atau bahagian belakang baju atau satu kelepet dibuat pada lapik
belah itu. Jika fabrik tidak mencukupi, satu lapik atau pita lapik boleh
dilekatkan kepada belah itu di garisan pemadan.
Apabila menyesuaikan blok badan, jarak daripada tengah hadapan ke
hujung lapik hendaklah sekurang-kurangnya 3 kali ganda daripada tengah
hadapan ke garisan lipatan. Garisan lipatan ialah tepi belah yang terlipat
dan jaraknya dari garisan tengah hadapan ialah 6 mm hingga 2.5 cm.
Jika membuat kolar lurus dabal terbuka, lapik pada belah itu boleh
ditambah 5 cm pada garisan bahu dan keruk leher lapik itu digunting
mengikut keruk leher di pakaian.
5. Penyudah Tepi
Kelepet Lurus
a. Penggunaan kelepet lurus biasanya pada hujung lengan, bahagian bawah
blaus, frok, skirt, seluar dan sarung.
Cara Menjahit Kelepet Lurus
1. Lipat basi lipatan lebarnya ¼” ke S.D fabrik dan jelujur.
2. Untuk mendapat lipatan yang saama lebar, gunakan tolok untuk mengukur
lipatan.
3. Lipat kelepet di atas garisan kelepet ke sebelah dalam pakaian dan
jelujurkan.
4. Sembat susup kelepet di pakaian.
6. Butang
Butang Leper Berlubang Dua
a. Butang leper berlubang dua didapati pelbagai saiz, warna dan bentuk.
b. Ia diperbuat daripada logam, plastik, tulang, kayu atau kain.
c. Butang biasanya dijahit pada dua lapis kain.
d. Sekiranya butang mesti dijahit pada selapis kain sahaja, eloklah
mengukuhkannya dengan sehelai kain pengukuh di sebelah dalam atau
lekatkan sebiji butang yang lebih kecil di sebelah dalam baju.
e. Butang dijahit selepas lubang butang telah siap kerana kedudukannya
boleh diubah-ubahkan supaya sesuai dengan rumah butangnya.
f. Butang dan lubang butang hanya dijahit selepas belah pakaian itu siap atau
apabila pakaian itu siap.
Cara Menjahit Butang Leper Berlubang Dua
1. (a) Buat dua mata jahitan kia di tempat butang.
(b) Masukkan jarum melalui satu lubang butang dan keluarkan melalui lubang kedua.
2. Cucuk jarum ke sebelah dalam kain pada tempat butang.
7. Lubang Butang
Lubang Butang Tegak
a. Lubang butang tegak boleh dijahit dengan kedua-dua hujungnya bulat atau
segiempat.
b. Ia digunakan:
1. Pada pakaian dengan tarikan menegak seperti skirt dan seluar kanak-
kanak yang butangnya dilekatkan pada baju.
2. Pada pakaian longgar yang tiada tarikan.
3. Pada kelepet atau lapik belah baju yang terletak di sebelah luar
pakaian misalnya di tengah hadapan baju supaya lubang butang dapat
dijahit di tengah-tengahnya.
c. Lubang butang pada pakaian perempuan biasanya dijahit di sebelah kanan
belahan pakaian.
d. Semua mata jahitan hendaklah sama panjang dan sesuai denan jenis kain
yang digunakan iaitu mata jahitan yang kecil dan halus pada kain yang
nipis.
e. Mulakan jahitan lubang butang dari bahagian bawah pakaian menhala ke
atas.
f. Gunting lubang butang satu persatu dan sudahkan satu lubang terlebih
dahulu sebelum menebuk lubang yang lain untuk mengelakkan tepinya
daripada berbulu.
g. Sebelum menjahit lubang butang pastikan benang cukup panjang sebab
benag jahitan tidak boleh disambung pada separuh jalan.
h. Tandakan kedudukan dan ukuran lubang butang pada pola kertas.
8. Kolar
Menyedia Kolar Lurus
a. Temukan sebelah luar kolar dengan memadankan garis pemadan dan garis leher kolar atas dengan kolar bawah
b. Semat, jelujur dan jahit mesin hujung kolar dari tepi, berlipat hingga ke haris leher.
c. Buka jelujur
d. Gunting basi kelim hingga tinggal 5 mm, dan snip basi kelim di bucunya.
e. Balikkan kolar ke sebelah luar fabrik dan seterika
f. Jelujur di sekeliling tepi kolar.
g. Jelujur tegak di tengah-tengah kolar.
Melekat Kolar ke Pakaian (Cara A)
1. Temukan sebelah luar kolar atas pada sebelah dalam pakaian dengan
memadankan hujung kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah
belakang kolar ke garis tengah belakang pakaian dan garis leher kolar ke
garis leher pakaian.
2. Semat, jelujur dan jahit mesin atas garis leher. Buka jelujur.
3. Gunting basi jahitan hingga tinggal 5 mm
4. Snip basi jahitan selang 5 mm – 1 cm
5. Tarik kolar keluar dari pakaian dan seterika
6. Lipat tepi kolar bawah mengikut garis leher ke sebelah dalam fabrik. Gunting basi jahitan hingga tinggal 5 mm
7. Letakkan tepi yang berlipat atas garisan mesin dan jelujur
8. Sembat dengan mengambil tiap-tiap mata jahitan mesin.
3.0 PERINGKAT PELAKSANAAN
Setelah melalui peringkat perancangan, kini pula melalui peringkat pelaksanaan
menyediakan pakaian iaitu merangkumi beberapa langkah kerja yang akan dilakukan,
termasuklah:
3.1 Mengambil ukuran badan
3.2 Mengenal-pasti tanda pola
3.3 Melakar pola
3.4 Membentang fabrik dan menyusun atur pola
3.5 Mengunting fabrik
3.6 Menjahit pakaian dan menekan
3.1 Mengambil ukuran badan
JADUAL UKURAN BAHAGIAN BADAN PEREMPUAN
BIL BAHAGIAN BADAN UKURAN (cm)
1/2 1/4 1/6 LAKARAN FESYEN
A. GARIS MELINTANG1 Leher 7 *2 Dada 23.5 *3 Pinggang 19.5 *4 Punggung 25.75 *5 Keliling Hujung Lengan 8 *6 Keliling Lutut *7 Buka Kaki Seluar *8 Jarak Mercu *9 Bidang Hadapan 18 *10 Bahu 21.5 *11 Bidang Belakang 20 *
B. GARIS MENEGAKCONTOH FABRIK
12 Jarak Bahu ke Mercu Tanda13 Garisan Tengah Belakang 3814 Labuh Baju 7015 Labuh Skirt16 Labuh Seluar17 Labuh Punggung18 Labuh Lengan 5219 Kelengkang20 Kelim Sebelah Dalam Seluar
Nama Pelanggan : _______________________________
Tarikh Siap : _______________________________
Harga Tempahan : _______________________________
Catatan : _______________________________
3.2 Mengenal-pasti tanda pola
SINGKATAN PERKATAAN DALAM REKAAN DAN JAHITAN PAKAIAN
SINGKATAN MAKSUDSL Sebelah Luar
SD Sebelah Dalam
GP Garisan Pemadan
GG Garisan Gunting
GTB Garisan Tengah Belakang
GTH Garisan Tengah Hadapan
GTK Garisan Tengah Kolar
GL Garisan Lipatan
GB Garisan Bahu
LTB Garisan Tengah Belakang
LB Lapik Dalam
PE Pita Elastik
3.3 Melakar pola
Mendraf dan mengubah-suai pola blaus
a. Pola badan belakang blaus Ukuran yang diperlukan :
a) Ukuran bahu
b) Ukur keliling dada
c) Ukuran labuh tengah belakang
Langkah Lakaran
Langkah 1: Membuat garis asas
Garis AB = dada bahagi 4 + 1.5 cm Garis AC = Ukuran tengah belakang
(GTB) AB = CD ; AC = BD Lengkapkan segi empat ABCD Ukur AE = BF = dada bahagi 4 Garis EF = garis paras ketiak Ukur AG = EH = bahu bahagi 2 Sambung GH
Langkah 2: Membentuk garis leher dan bahu
Aj = 6 cm Aj = 2 cm Aj = io Sambung Aioj, bentuk segi empat Sambung ij dan bentuk garis leher
(seperti dalam rajah) GK turun 2 cm Sambung iK (garis bahu sebenar)
Langkah 3: Membentuk lubang lengan
Km = mH mn = 1 cm Sambung KnF = bentuk lubang lengan
(guna baris sesiku) Masukkan tanda pola
- Garis tengah belakang (GTB)- Ira lurus- Label badan belakang- Garis pemadan
b. Pola badan hadapan blaus
Langkah Lakaran
Langkah 1 : Membuat garisan asas
Garis AB = dada bahagi 4 + 2.5 cm Garis AC = Ukuran tengah hadapan
(GTH) AB = CD ; AC = BD Lengkapkan segiempat ABCD Ukur AE=BF= dada bahagi 4 Garis EF = garis paras ketiak Ukur AG = EH = bahu bahagi 2 Sambung GH
Langkah 2: Membentuk garis leher dan bahu
Aj = 6 cm Aj = 8 cm Aj = io Sambung Aioj, bentuk segi empat Sambung ij dan bentuk garis leher
(seperti dalam rajah) GK turun 2 cm Sambung iK (garis bahu sebenar)
Langkah 3: Membentuk lubang lengan
Km = mH Mn = 2 cm Sambung KnF= bentuk lubang lengan
(guna baris sesiku) Masukkan tanda pola
- Garis tengah hadapan (GTH)- Ira lurus- Label hadapan badan- Garis pemadan
c. Pola lengan padanan rata
Ukuran yang diperlukan
a) Ukuran lengkuk lengan hadapan
b) Ukuran lengkuk lengan belakang
c) Labuh lengan
Langkah Lakaran
Langkah 1: Membuat garis asas Garis AA1=Ukuran labuh lengan Garisan AC = Ukuran tinggi kepala
lengan Buat satu garisan mendatar melalui C AD = Ukuran lengkuk lengan belakang AE = Ukuran lengkuk lengan hadapan EF dan DG selari dengan CA1 DE selari dengan GF
Langkah 2: Membentuk kepala lengan
AD bahagi 4 dan tandakan M, N dan O AE bahagi 4 dan tandakan P, Q dan R MM1 naik 2 cm OO1 turun 0.5 cm PP1 naik 2 cm RR1 turun 1 cm Sambung D1, O1, N, M1, A, P1, Q1,
R1 dan E Gunakan pembaris lengkung untuk
membentu kepala lengan Masukkan tanda pola
- Belakang lengan (B)- Hadapan lengan (H)- Garis tengah lengan (GTL)- Ira lurus
d. Pola Kolar Lurus
Ukuran yang diperlukan
a) Ukuran garis leher belakang
b) Ukuran garis leher hadapan
Langkah Lakaran
Langkah 1: Membuat garisan asas
AB = ½ garis leher badan belakang = ij badan belakang
BC = ½ garis leher badan hadapan = ij badan hadapan
AD = CE = 6.5 cm (tinggi kolar) Sambung ACED bentuk segi empat
Langkah 2: Membentuk kolar lurus
CC1 = naik 1.5 cm Bentuk BC1 EE1 = 2 cm Sambung C1E1 Gunakan pembaris melengkung untuk
membentuk kolar Masukkan tanda pola
- Atas lipatan- Garis tengah kolar (GTK)- Ira lurus- Garis pemadan
ii) Mendraf pola Kaf (mansit 4 segi)
Ukuran yang diperlukan
a) Ukuran pergelangan tangan
Langkah Lakaran
Langkah 1 : Membuat garisan asas
AB = 3 cm
AC = ukuran pergelangan tangan
A C
B D
Catatan : Semua pola perlu ditambah basi kelim
3.4 Membentang fabrik dan menyusun atur pola
a) Sebelum menyusun atur pola, fabrik perlu diseterika untuk mendapatkan permukaan yang rata dan licin.
b) Fabrik perlu dibentang di atas permukaan yang luas dan rata.
c) Kenal pasti sebelah luar dan sebelah dalam fabrik.
d) Kenal pasti juga corak fabrik. Jika corak fabrik satu hala, pola hendaklah disusun mengikut hala coraknya. Skirt daripada fabrik bercorak jalur atau genggang, pastikan coraknya bertemu di kelim.
e) Fabrik dilipat supaya sebelah dalam bertemu dan pola disemat di bahagian sebelah luar fabrik.
f) Semat fabrik dengan jarum peniti supaya tetap kedudukannya.
g) Fabrik boleh dibentang secara lipatan memanjang dengan kedua-dua tepi fabrik bertemu.
h) Fabrik boleh juga dilipat sebelah sahaja secara memanjang. Lebar lipatan ditentukan oleh pola terbesar yang perlu diletakkan.
i) Fabrik boleh dilipat dua dan garisan tepi bertemu di tengah untuk fabrik bidang besar.
j) Pastikan tanda ira lurus pola selaras dengan ira lurus fabrik.
k) Pastikan pola-pola yang ada bertanda lipat betul-betul terletak pada lipatan fabrik.
l) Tanda semua lipatan.
m) Basi jahitan hendaklah ada pada pola. Jika tiada, hendaklah disediakan semasa memotong fabrik.
Menyematkan Pola-Pola.
a) Semat pola-pola terus kepada fabrik, mulai daripada lipatan atau bahagian tengah pola itu, kemudian ratakannya.
b) Elakkan daripada mengangkat fabrik itu.
c) Apabila menyemat pola-pola di atas fabrik, semua jarum peniti hendaklah hala ke dalam. Peniti yang pertama hendaklah mengikut ira lurus. Kemudian sematkan bucu pola menyerong.
d) Sematkan peniti mengikut jarak yang sesuai untuk menetapkan pola, lebih kurang 8 cm pada bahagian lurus dan 2.5 hingga 3 cm pada bahagian berbentuk.
e) Jangan sematkan peniti selari dengan lipatan, tetapi bersudut untuk mengelakkan daripada berkedut
3.5 Menggunting Fabrik
Menggunting merupakan satu proses yang dilakukan selepas menyusun aturkan pola
di atas fabrik. Kerja menggunting perlulah dilakukan dengan cermat dan berhati-hati.
Menggunting fabrik
a) Sebelum gunting, susunkan pola di atas fabrik dengan betul.
b) Tentukan bahawa cara menyusun pola-pola diatas fabrik adalah betul.
c) Gunakan gunting yang tajam.
d) Letakkan tangan kiri di atas pola untuk menetapkannya bila menggunting fabrik.
d) Buka kedua-dua mata gunting sebesar yang sesuai dan gunting dengan gerakan yang sekata supaya tepi-tepi fabrik tidak bergerigi.
e) Jangan angkat fabrik itu ketika menggunting.
f) Ketika menggunting, biar mata yang runcing di hujung terletak di atas meja.
g) Gunting fabrik mengikut pola kertas.
h) Gunakan gunting bergerigi untuk fabrik yang mudah berjerumbai.
.
3.6 Menjahit Pakaian dan Menekan
Memindahkan tanda pola ke fabrik
Jahit kemas tepi semua kepingan fabrik kecuali garis leher
3.6.1 Langkah-langkah Menjahit Blaus
a) Jahit kelim di bahu dengan kelim belah kangkung
b) Menyedia belah kelepet sama lebar dengan meletakkan lapik dalam yang nipis
c) Menyedia, mencantum dan mengemas koalr lurus
d) Menjahit kelim rusuk dengan kelim belah kangkung
e) Menjahit belah lapik kain selari
f) Menjahit lisu beriring
g) Menjahit kaf
h) Menyedia dan mencantum lengan padanan rata
i) Menjahit kelepet baju
j) Menjahit butang dan lubang butang
k) Menekan dengan seterika supaya rata dan kemas
a) Kelim Belah Kangkung
Kelim ini rata dn dijahit dengan satu baris jahitan di sebelah dalam
Kelim ini mudah dibuat dan sesuai untuk semua jenis pakaian dan fabric
Lebar siap kelim ialah 1.2 cm
Proses menjahit kelim belah kangkung
Langkah 1
Temukan sebelah luar fabric
Padankan garisan pemadan
Semat dan jahit jelujur
Jahit mesin tepat pada garis pemadan
Langkah 2
Cabut jelujur
Tekan kelim supaya terbuka dan ratakan dengan seterika
Langkah 3
Kemaskan tepi besi kelim belah kangkung dengan jahitan kemas tepi
b. Menyedia belah kelepet sama lebar
Cara menjahit belah kelepet sama lebar
a) Lipat, jelujur , jahit mesin dan kemaskan tepi lapik ke sebelah dalam (SD)
Semat, jelujur dan mesinkan kelim bahu serta kemaskan besi kelim bahu
b) Lipatkan kelepet belah ke sebelah luar baju di sepanjang garis lipatan
Mesin garis leher dan snip basi kain sepanjang lengkung leher
c) Terbalikkan kelepet belah ke SD baju dan kekalkan belah kelepet dengan jahit
silang pangkah tompok atau jahit sembat
Proses menjahit kelepet sama lebar
1. Tentukan GTH dan GL di fabrik
2. Lipat lapik ke SL pakaian
3. Jahit dengan jahitan mesin dari lipatan hingga GTH
4. Balikkan lapik ke SD pakaian
c. Menyedia, mencantum dan mengemas kolar lurus
Kolar lurus terletak rata di atas pakaian.
Kedua-dua kepingan pola kolar di potong sekali.
LANGKAH 1 - Menyediakan kolar lurus
Langkah 1 : Menyediakan kolar
Temukan sebelah luar fabrik dan semat di garis pemadan
Jahit di kedua-dua tepi kolar di garis pemadan
Trim basi jahitan hingga 0.6 cm
Snip penjuru kolar
Langkah 2 (Meratakan kolar)
Terbalikkan kolar ke sebelah luar dan tekan.
Jelujur pada tepi kolar.
Jelujur tegak pada tengah kolar.
Penyediaan Badan Pakaian
Langkah 3: Menyediakan badan pakaian
Cantum kelim bahu dan kemaskan.
Lekatkan lapik dalam ke bahagian kelepet sama lebar.
Kemas tepi kelepet.
Langkah 4 : Menyediakan belah kelepet sama lebar
Lipat kelepet pada garis lipatan ke sebelah luar.
Jelujur dan jahit mesin pada garis leher dari lipatan ke garis tengah hadapan.
Trim basi leher.
Snip sudut basi leher hingga GTH.
Langkah 5 : Memadan garis bahu dengan kelepet
Terbalikkan kelepet ke sebelah dalam pakaian.
Padankan garis leher lapik ke garis leher badan hadapan.
Padankan hujung kelepet dengan kelim bahu.
Langkah 6 : Mencantumkan kolar ke badan
Letakkan kolar atas pada sebelah dalam pakaian di garis pemadan. Tentukan
hujung kolar terletak di GTH dan garis tengah belakang kolar bertemu dengan
garis tengah badan belakang (GTB).
Jelujur kolar atas pakaian di sepanjang garis leher. Jahit dengan jahitan mesin.
Trim basi jahitan hingga 0.2 cm. Snip basi jahitan.
Langkah 7 : Mengemas kolar
Masukkan basi kelim ke dalam kolar. Letakkan bahagian bawah 0.2 cm di bawah
jahitan mesin.
Semat dan jelujur kolar bawah ke garis leher di sebelah luar.
Jahit mesin dari sebelah dalam pakaian di garis pemadan.
Tekan supaya kolar kemas dan rata.
d) Menjahit belah lapik kain selari
Ciri-ciri belah lapik kain selari
i. Kedua-dua belah sama panjang.
ii. Pangkal belah kukuh dan rata.
iii. Lebar lapik sama pada keseluruhannya.
iv. Bahagian tindih atas dilipatkan ke pakaian dan tindih bawah pula
terletak selari dengan pakaian.
v. Tidak memerlukan lapik dalam.
Proses menjahit belah lapik kain selari
Langkah 1
Sediakan lapik kian selari dengan melipat dua di tengah dan di kedua-dua basi
jahitan. Tentukan lapis bawah lapik hendaklah lebih lebar 2 mm dari lapis atas.
Langkah 2
Gunting belah di garisan pemadan.
Langkah 3
Masukkan tepi belah ke lapisan lapik hingga bertemu di garis pemadan di
sepanjang belah. Semat dan jelujur jika perlu.
Jahit dengan jahitan mesin di tepi lipatan lapik supaya terkena pada semua
lapiasan fabrik.
Langkah 4
Kukuhkan lapik di pangkal belah dengan jahitan mesin berganda.
Tekan lapik tindih atas ke pakaian dan lapik tindih bawah sama selari dengan
fabrik pakaian.
Langkah 5
Tekan dan seterika lapik supaya rata dan kemas bagi dicantumkan dengan kaf
e) Menjahit lisu beriing
Proses membuat lisu beriring
Langkah 1
Pada fabrik tandakan tanda pola untuk lisu. Ada bahagian pada lisu iaitu lebar
atau pemukaan lisu, lipatan bawah dan tegak atau dasar lisu.
Langkah 2
Lipatkan di jahitan tanda (a) dan letakkan atas tapak lisu (b).
Tekan dan semat.
Jelujur tegak di tengah-tangah lisu.
Lisu beriring boleh dibiarkan lepas atau dijahit tepinya.
- Jahit mesin ditepi lipatan
- Jahit mesin 5 mm. Dari tepi lipatan.
- Jahit mesin mengikut tepi lipatan dan tegak dengan lipatan.
- Jahit mesin mengikut tepi lipatan dan tirus ke lipatan.
e) Menjahit kaf
Proses menyudahkan tepi dengan menggunakan kaf
Langkah 1
Sambung kelim di bawah lengan dan kemaskan tepi kelim yang berjerumai.
Fabrik yang lebih dilipat untuk menjadi 2 lisu.
Langkah 2
Potong sejalur fabrik sepanjang ira lurus kepada panjang dan lebar yang
dikehendaki untuk membuat kaf. Temukan sebelah luar fabrik.
Semat, jelujur dan mesin pada garisan pemadan dari poin pemadan dari
hujung ke hujung. Cabut benang jelujur.
Terbalikkan kaf ke sebelah luar dan tekan kelim dengan cermat.
Langkah 3
Temukan sebelah luar berhadapan, semat jelujur serta mesin kaf pada lengan
di sepanjang garisan pemadan di antara tepi yang lurus dan poin pemadan.
Langkah 4
Tarik kaf ke atas tepi lengan. Lipat lipatan dalam kaf sebanyak 5 mm
ke dalam hingga tepat pada jahitan mesin.
Semat, jelujur dan sembat kaf kepada lengan dengan mengaitkan tiap-tiap
jahitan mesin. Cabut benang jelujur dan tekan.
g) Lengan padanan rata
Lengan padanan rata dicantumkan pada lubang lengan.
Lengan padanan rata akan tergantung dengan elok jika ukuran kepada lengan
dibuat melebihi ukuran lubang lengan.
Kedut halus dibuat dan diseratakan dengan elok supaya tidak ada kedut atau lisu
di sebelah luar lengan apabila siap dijahit.
Proses menjahit lengan
Langkah 1 : Menyediakan lengan
Jahit dua barisan jahitan longgar di atas garis pemadan di kepala lengan.
Baris yang pertama dijahit 0.3 cm di atas garis pemadan dan yang kedua
dijahit 0.3 cm di bawah garis pemadan.
Langkah 2 : Menjahit kelim lengan
Tentukan garis pemadan lengan di sebelah luar fabrik.
Jahit kelim dan tekan kelim lengan supaya terbuka.
Langkah 3 : Mengemaskan hujung lengan
Kemaskan hujung lengan dengan kelepet, kun, lapik atau manset.
Langkah 4 : Menyediakan lubang lengan
Sedia badan pakaian.
Cantum kelim bahu dan kemaskan.
Tekan buka kelim.
Cantum kelim rusuk dan kemaskan.
Tekan buka kelim.
Langkah 5 : Mencantumkan lengan
Masukkan lengan ke lubang lengan dengan sebelah luar fabrik bertemu.
Temukan garis tengah lengan (GTL) dengan kelim bahu.
Temukan juga kelim lengan dengan kelim rusuk.
Tentukan tanda imbang hadapan lengan bertemu dengan tanda imbang
hadapan baju dan tanda belakang lengan bertemu dengan tanda imbang
belakang baju.
Sematkan dan jelujur di garis pemadan bahagian lengan.
Langkah 6 : Menjahit lengan
Jahit mesin di garis pemadan lubang lengan untuk memudahkan mengawal
keserataan kedut supaya lengan dapat dijahit dengan elok.
Tindihkan mata jahitan yang akhir di atas mata jahitan yang awal 3 cm hingga
4 cm untuk mengukuhkan kelim.
Langkah 7: Mengemaskan kelim lubang lengan
Kelim lubang lengan dikemaskan dengan jahitan mesin
h) Menjahit kelepet baju
Kelepet yang digunakan ialah kelepet jahit silanh pangkah.
Kelepet ini sesuai untuk kain tebal yang tidak mudah berbulu.
Boleh digunakan di bahagian bawah blaus, frok, skirt, seluar dan sarung.
Proses menjahit kelepet
Gunting fabrik mengikut basi lipatan.
Lipat kelepet ke sebelah dalam mengikut garis kelepet dan jelujur.
Jahit silang pangkah untuk melekatkan kelepet pada pakaian.
i) Menjahit butang dan lubang butang
Langkah 1 : Menanda kedudukan dan saiz lubang butang
Tandakan kedudukan lubang butang tegak di sepanjang garis tengah hadapan
baju dengan jarak yang sama.
Ukuran lubang butang = ukuran garis pusat butang + 3 mm (1/8 inci)
Semat dan jelujurkan lebar lubang butang.
Jahit sebaris jelujur halus pada kedua-dua belah lubang butang.
Langkah 2 : Menggunting lubang butang
Tentukan ukuran lubang butang pada gunting lubang butang dengan skru
gunting.
Tirus hujung mata gunting dari hujung lubang butang yang bulat.
Gunting melintang mulai dari hung lubang butang yang balut.
Langkah 3 : Menanda kedudukan dan saiz lubang butang
Mulakan menjahit dari satu hujung dan terus menjahit lubang butang sehingga
kedua-dua tepi lubang.
Jahit 2 atau 3 jahit lilit kemas di hujung jahitan akhir. Kemudian jahit sebaris
jahit lubang butang yang lurus pada hujungnya.
Susupkan jarum di antara lapisan kain ke hujung yang kedua.
Jahit 2 atau 3 di hujung yang kedua. Kemudian, jahit sebaris jahit lubang
butang yang lurus.
Susupkan jarum di antara lapisan kain dan gunting benang di sebelah dalam
baju.
Langkah 3
Langkah 4 : Menjahit butang tidak bertangkai.
Buat dua mata jahitan jahit kia di tempat butang. Masukkan jarum melalui
satu lubang butang dan keluarkan melalui lubang kedua.
Letakkan sebatang mancis di atas butang dan terus menjahit dengan
melalukan benang di atas mancis.
Jahit tiga atau empat kali kemudian tanggalkan mancis.
Tarik butang ke atas dan lilitkan benang pada tangkai butang hingga ketat.
Cucuk jarum ke sebelah dalam kain dan jahit insang pari pada jahitan
melintang supaya ia menjadi ulat-ulat.
j) Menekan dengan seterika
Teknik menekan yang betul sama pentingnya dengan kemahiran menjahit. Teknik
menekan dan kemahiran menjahit ini saling berkaitan bagi menghasilkan kerja berkualiti
1. Tujuan menekan.
Tujuan menekan adalah untuk memastikan pola dan fabrik yang
digunakan dalam keadaan licin dan rata untuk ketepatan menggunting.
Kerja menekan berterusan pada setiap proses menjahit untuk membantu
pakaian supaya kelihatan licin dan memberi bentuk.
2. Teknik Menekan.
a. Menekan ialah memberikan tekanan buat seketika pada bahagian
yang telah dijahit dengan seterika untuk menghasilkan hasil kerja
yang kemas dan berkualiti.
b. Gunakan suhu yang betul untuk setiap fabrik. Elakkan penggunaan
suhu yang terlalu tinggi kerana suhu yang tinggi akan merosakkan
fabrik.
c. Tekan disebelah dalam fabrik untuk mengelakkan sebelah luar
fabrik rosak.
d. Jika perlu menekan disebelah luar, gunakan kain lapik.
e. Menekan mengikut ira untuk mengelakkan fabrik daripada
memberi.
f. Menekan kelim rata sebelum menekan buka.
g. Lisu pemadan ditekan rata dan menghala ke arah yang sesuai.
h. Tekan kedut lepas dengan menggunakan hujung seterika antara
kedut.
4.0 PERINGKAT PENILAIAN
Setelah menghasilkan pakaian yang telah siap perlulah dinilai. Pada peringkat penilaian
inilah beberapa kriteria penilaian yang telah ditetapkan diambil kira. Kriteria-kriteria
penilaian yang dinilai adalah seperti:
a. Stail, warna dan corak
b. Jenis fabrik
c. Proses jahitan, dan
d. Kos
Tujuan peringkat penilaian yang dilakukan pada akhir proses menyediakan pakaian ini
adalah untuk menentapkan tahap pencapaian mutu kerja yang dihasilkan agar berkualiti
dan bermutu tinggi.
BORANG PENILAIAN
TAJUK TUGASAN – Blaus
ARAHAN:
1. Tandakan (√ ) pada ruang trampil atau tidak trampil2. Murid dikategorikan ‘trampil’ apabila telah mengusai semua kriteria yang
dinyatakan3. Murid hendaklah melakukan semua criteria yang belum dapat dikuasai hingga
trampil
BIL PROSES DAN KRITERIA YANG DIUJI
TRAMPIL TAK TRAMPIL
CATATAN
1 Kelim bahu dan rusuk - Kelim belah kangkungLebar kedua-dua basi kelim samaKelim rata dan terbukaTegangan mata jahitan sesuaiTidak beralur di SL
2 Belah kelepet sama lebarGaris lipatan belah rataLebar belah sama keseluruhannyaDitetapkanBelah sama panjang
3 Garis leher – Kolar lurusPermukaan kolar rataTerletak rata dan kemas di garis leherBahagian kiri dan kanan kolar seimbangKolar sama lebarLapisan bawah kolar tidak kelihatan di tepi kolarCantman kelim kolar tidak beralu
4 Lengan-lengan Padanan RataGTL bertemu garis bahuKelim lengan bertemu kelim rusukLengan tergantung dengan elokBasi kelim lubang lengan dikemaskanCantuman lengan tidak berkedutHujung lengan dikemaskanKedua-dua hujung lengan sama panjang
5 Penyudah tepi - kelepetLebar sama keseluruhanTerletak rataDitetapkan dengan kemas
6 Kancing
Dijahit bersetentanganDijahit kukuhKedudukan betul
7 HiasanJenis hiasan sesuaiKemasKedudukan sesuai
8 Rupa amPilihan fabrik sesuai dengan stail pakaianPilihan warna dan corak sesuai dengan stail pakaianDitekan rataBersihBoleh dipakaiKreativiti
NAMA : ____________________________________
TINGKATAN : ____________________________________
KEPUTUSAN : Trampil / Tak Trampil
DISAHKAN OLEH GURU: ____________________________________
TARIKH : _____________________________________
Pengiraan Kos Blaus
1. Kos Bahan
Bil Alatan dan bahan Kuantiti Kos Seunit (RM) Kos (RM)1 Fabrik kapas 3 meter 3.10/meter 9.302 Benang jahit 1 buku 0.80/ buku 0.803 Lapik dalam ½ meter 4.00/meter 2.004 Butang 4 biji 0.10/biji 0.405 Kertas surih 1 helai 0.50/helai 0.50
Jumlah 11.00
2. Kos upah
Jumlah pekerja Masa Kos sejam Kos (RM)Seorang 3 jam RM3.00 9.00
Jumlah 9.00
3. Kos sampingan
Perkara Kuantiti Kos seunit Kos (RM)Jahit kemas 1 helai blaus RM 3.00 3.00Elektrik - - 0.60
Jumlah 3.60
Kos projek = Kos Bahan + Kos Upah + Kos Sampingan= RM 11.00 + RM 9 + RM 3.60= RM 23.60
4. Jumlah Kos Projek = RM 23.60
BAHAGIAN C: REFLEKSI KENDIRI
Tajuk SPL 2112 Pengajian Pakaian yang telah dipelajari ini memberi pengetahuan
dalam pembuatan tekstil, klasifikasi fabrik dan pembinaan fabrik. Ia mendedahkan
kepada saya tentang pelbagai jenis fabrik yang terdapat di pasaran tempatan dan luar
negara. Pembuatan tekstil yang telah mengalami perubahan membawa pelbagai jenis
pembinaan fabrik.
Yang utamanya, tajuk ini menjadikan saya sebagai guru Kemahiran Hidup wajib
mempelajarinya dengan tujuan dapat dijadikan ilmu untuk diajarkan kepada pelajar di
sekolah. Seterusnya, dalam mempelajari dan membuat kerja amali tentang pakaian, saya
turut dapat berbincang dengan pensyarah dan rakan-rakan tentang pelbagai perkara
seperti proses menjahit, prinsip dalam memilih stail pakaian yang sesuai, memilih dan
membeli fabrik di pasaran, dan bahan keperluan membuat pakaian itu sendiri.
Saya turut mendapat pengetahuan yang baru dalam membuat pakaian. Ia meliputi
proses-proses menjahit pada bahagian pakaian. Teknik-teknik menjahit dilakukan semasa
membuat pakaian sebenar iaitu sluar slek dan T-Shirt. Apa yang menarik bagi diri saya
semasa melakukan kerja amali ialah saya dapat memperolehi banyak pengetahuan
tentang pakaian yang selama ini hanya memilikinya di kedai-kedai atau menempah di
tukang jahit, tetapi ia mengubah diri saya untuk membuat sendiri apa jua jenis pakaian. Ia
menyeronokkan, lebih-lebih lagi melihat hasil dari usaha saya sendiri.
Sebagai akhir penilaian terhadap mata pelajaran ini, maka saya dapat
menyediakan dokumentasi tentang projek membuat pakaian dari peringkat awal sehingga
akhir iaitu dalam penyediaan seluar slek dan s-shirt. Ia menjadi bahan yang amat penting
sebagai panduan saya apabila mengajar di sekolah kelak. Walaupun dokumentasian
projek yang telah saya sempurnakan ini mempunyai beberapa kelemahan dan tidak
sempurna, diharapkan pada masa akan datang ia menjadi panduan dan ingatan khususnya
untuk kegunaan saya sendiri.
Jutaan terima kasih dan syabas kepada pensyarah kami iaitu
Pn Hajjah Norani binti Mohd Noor, serta dua tenaga pengajar lain iaitu Puan Hasnah dan
Puan Suhana yang banyak membantu dan memberi tunjuk-ajar tanpa mengenal erti jemu
sepanjang latihan amali dan teori dilaksanakan. Semua tenaga pengajar kami ini
mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang begitu banyak disamping bersikap
dedikasi, toleransi, mudah menunjuk cara, sering memperbetulkan kesilapan dan
memantau kerja projek tanpa mengira masa dan tenaga.
MASMERA BINTI ATANBP 050079
PKPG KH-UTM 05/06
6. LAMPIRAN
A. GAMBAR BENTANGAN POLA
B. GAMBAR PAKAIAN YANG SIAP DIJAHIT (BLAUS)
BIBLIOGRAFI
Aldrich, W. (1994). Metric Pattern Cutting. 3rd Ed. London: Oxford Blackwell
Scientific Publications.
Aldrich, W. (1994). Metric Pattern Cutting For Children Wear: From 2-14
Years. 2nd Ed. London: Oxford Blackwell Scientific Publications.
Kadolph, S. et al. (1993). Textiles. 7th Ed. New York: Macmillan Publishing
Company.
(2005). Modul Pembelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian. Edaran Nota Kuliah PKPG KH-UTM 04/05
(2003).Modul Pembelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian (Tingkatan 5.,
Kementerian Pendidikan Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum
Wong Siew Fong, Fatimah binti Jailani dan Vickneswary a/p Sithamparappilai (2002).Ekonomi Rumah Tangga (Tingkatan 4).Kuala Lumpur: Gains Print Sdn Bhd
PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (PKPG)PENGKHUSUSAN KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SPL 1122
PAKAIAN DAN FABRIK1
Recommended