View
230
Download
12
Category
Preview:
DESCRIPTION
Pendidikan/Education
Citation preview
PENDAHULUAN
Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang pengenalan kepada tajuk kajian.Perbincangan dimulakan
dengan menganalisis masalah dan keperluan kajian, tujuan, objektif dan soalan berkaitan
kajian dan definisi istilah-istilah utama berkaitan kajian.Sampel kajian terdiri daripada 4
orang murid Tahun 3A dari salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Gua Musang,
Kelantan.
Latar belakang kajian berkisar tentang sukatan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dalam aspek kemahiran teknik penjarian rekoder dalam kalangan murid
Tahun 3A.Kajian tertumpu kepada mengenal pasti kelemahan murid dan punca
kelemahan tersebut.Ujian diagnostik telah dijalankan ke atas sampel kajian bagi
mengukur pengetahuan awal, didapati murid tidak mempunyai pengetahuan dan
kemahiran asas dalam penjarian not rekoder. Setelah mengenal kelemahan-kelemahan
tersebut, beberapa sesi rawatan atau intervensi telah dijalankan ke atas murid.Selesai
menjalani rawatan atau intervensi tersebut, satu analisis telah dijalankan bagi mengukur
tahap pencapaian murid.Sekiranya, sesi rawatan belum mencapai tahap ditetapkan, maka
sesi rawatan keseterusnya akan dilaksanakan sehingga sampel kajian mencapai pada yang
ditetapkan.
1
Latar Belakang kajian
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Pendidikan Muzik dan
membekalkan alat muzik rekoder di semua di semua sekolah rendah sejak tahun
1983.Matlamat utama kurikulum muzik digubal adalah untuk memperkembangkan
potensi serta bakat dan kualiti individu dari segi nilai estatika muzik dan etika melalui
pengalaman muzik.Guru-guru yang ditugaskan untul mengajar muzik ialah guru dari
lepasan maktab perguruan dan institusi perguruan.Kebanyakan guru muzik telah ini telah
didedahkan kepada teknik pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan latihan-latihan
dan kemahiran yang semasa mengikuti kursus di maktab dan institusi perguruan. Selain
itu, guru-guru ini juga pernah mengikuti beberapa bengkel dan kursus muzik tradisional
dan moden termasuk rekoder.
Muzik merupakan satu saluran sejagat yang membolehkan manusia meluahkan
perasaan dan memperlihatkan identiti masing-masing.Hal ini jelas menunjukkan tentang
keperluan pengajaran dan pembelajaran muzik bagi murid-murid di sekolah
rendah.Maka, sekolah merupakan medium utama yang paling sesuai untuk memberi
pendedahan tentang kemahiran-kemahiran muzikal dalam pengembangan bakat individu
terutamanya kanak-kanak.Salah satu elemen yang wajib dipelajari dalam konteks
Pendidikan muzik di Malaysia melalui Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentafsiran
adalah elemen kemahiran permainan rekoder.
Aktiviti tiupan rekoder telah wujud dalam sistem pendidikan di Malaysia sejak
penjajahan British lagi.Johami Abdullah dalam bukunya yang berjudul Pendidikan Muzik
2
Semasa (2012) telah menjelaskan bahawa aktiviti tersebut telah diadakan di beberapa
buah sekolah khususnya di bandar-bandar utama pada zaman tesebut.Sehingga kini,
aktiviti tersebut masih lagi ditekankan dalam senarai kemahiran muzikal yang perlu
dipelajari di sekolah selain aktiviti nyanyian dan lain-lain lagi.
Aktiviti permainan rekoder merupakan salah satu elemen yang perlu murid
pelajari seperti yang terkandung dalam Sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) .Untuk itu, terdapat beberapa perkara asas yang perlu mereka kuasai iaitu teknik-
teknik asas dalam permainan rekoder seperti postur, penglidahan, tiupan dan penjarian.
Saya telah membuat tinjauan awal tentang kesilapan yang dilakukan oleh murid
tahun 3 di sebuah sekolah rendah. Didapati segelintir murid menggerakkan jari mereka
pada not-not yang tidak tepat.Murid juga tidak mahir menguasai penjarian not B, A,dan
G. Saya berpendapat faktor pendekatan dan kaedah guru yang mengajar mata pelajaran
pendidikan muzik mempengaruhi situasi tersebut berlaku.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Mata pelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah merupakan satu subjek dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah ( KSSR) yang mana KBSR akan berakhir pada tahun 2015, ia telah dirancang
dan dilaksanakan bagi memastikan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan
serta melalui pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran demi untuk menghasilkan
sesuatu pengalaman yang membolehkan murid-murid dan memberi pengalaman
3
mengendalikan pelbagai alat muzik bercorak amali dan diajar pada tahap 1 di semua
sekolah rendah seluruh negara.
Menurut Mok Song Sang (1997), pakar-pakar pendidikan telah membuat kajian
iaitu 75% daripada maklumat yang diperolehi oleh manusia adalah melalui deria
penglihatan, 13% melalui deria pendengaran dan selebihnya melalui deria sentuh dan
bau.. Oleh yang demikian, pengajaran not rekoder bernombor dan permainan ketingting
memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan
untuk memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran.
Saya rasa terpanggil untuk membantu murid-murid saya supaya mereka dapat
menguasai kemahiran asas bermain alat perkusi dengan betul. Bagi saya, jika mereka
tidak dapat menguasai kemahiran asas bermain rekoder dari awal, maka apabila mereka
berada pada tahap yang seterusnya, ianya akan menimbulkan banyak masalah kepada
murid itu sendiri dan juga guru yang terlibat untuk mengajar mereka.
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Dunn dan Dunn (1992), ia
menunjukkan pelajar mempunyai sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran apabila
pengajaran disesuaikan dengan pendekatan pembelajaran mereka. Ini menunjukkan
pendekatan yang digunakan oleh pendidik ketika proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan akan memberi kesan kepada sikap pelajar terhadap pendekatan tersebut.
Oleh itu, saya telah mencari dan mengenal pasti pendekatan yang sesuai dengan kajian
yang dilaksanakan ini.
4
Pengalaman saya mengajar selama 19 tahun di dalam bidang pendidikan muzik sekolah
rendah ia amat bermakna kepada saya. Segala pengalaman bertugas yang dilalui samada
secara induktif ataupun deduktif di dalam kelas dapat diguna pakai untuk diadaptasikan
terhadap murid dengan harapan peningkatan kemahiran mencapai sasaran pencapaian
murid ke tahap maksimum.
Saya telah ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Muzik bagi tahap 1 dan juga 2.
Walaupun demikian, saya hanya mengajar murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 di salah
sebuah sekolah rendah di daerah Gua Musang Kelantan.Saya akan membuat kajian
terhadap Tahun 3A bagaimana sistem penjarian bernombor dan permainan ketingting
dapat mempercepatkan lagi kemahiran bermain rekoder.Murid-murid kelas ini
merupakan murid yang pertengahan dalam semua mata pelajaran.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran bermain rekoder di kelas melalui
pemerhatian, saya telah mendapati beberapa orang murid tidak menguasai kemahiran
penjarian not rekoder dengan betul dan baik. Saya mendapati mereka gagal membuat
penjarian rekoder dan menghasilkan tiupan pic yang tepat kerana murid tidak dapat
mengingat penjarian not hendak dimainkan oleh mereka. Ia akan menambahkan lagi
kesukaran semasa ingin memainkan melodi lagu dan semerta. Hal ini dibuktikan dengan
keputusan ujian amali bermain rekoder yang diberikan oleh saya kepada 4 orang murid
daripada Tahun 3A, tidak dapat memainkan rekoder dengan penjarian dan pic yang tepat
mengikut kriteria seperti di atas.
5
Penghasilan peniupan kualiti ton yang baik adalah bergantung kepada lima cara iaitu
teknik postur, embouchure, penglidahan, pernafasan dan penjarian. Semua teknik ini
sangat membantu dalam penghasilan kualiti ton yang baik. Kegagalan murid membuat
penjarian akan menjejaskan sesuatu kualiti ton yang baik untuk persembahan. Sekiranya
masalah ini berterusan, mereka akan sukar untuk memainkan dan meniup not-not pada
melodi skor dan menghasilkan pic yang sumbang.
Saya juga mendapati tempoh masa 30 minit yang diperuntukan di dalam
seminggu sahaja untuk pengajaran pendidikan muzik sekolah rendah pada masa kini
sedikit sebanyak mempengaruhi permasalahan kemahiran bermain rekoder dalam kelas.
Kekurangan masa dan latihan intensif akan menyebabkan murid menghadapi masalah
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Saya mendapati permasalahan ini juga berlaku adalah kerana pembelajaran
bermain rekoder adalah merupakan subjek dan kemahiran yang baru diperkenalkan
kepada murid-murid di sekolah. Selain itu, masalah ketiadaan memiliki rekoder sendiri
dan pengaruh tinggal di kawasan kampung tidak menggalakkan murid untuk meminati
bidang bermain rekoder. Ketiadaan guru opsyen muzik dalam bidang kemahiran bermain
rekoder juga mempengaruhi permasalahan ini. Guru yang bukan opsyen muzik yang
kurang pendedahan dan tidak mahir dalam kemahiran bermain rekoder.
Oleh itu, saya berminat untuk menggunakan kaedah bernombor dan permainan
ketingting dalam menyelesaikan dengan cara menggantikan nama-nama penjarian not
6
dengan sistem nombor dengan bahan bantu mengajar iaitu penggunaan permainan
ketingting.Ia bertujuan untuk memudahkan sampel kajian mengingat penjarian not
rekoder.
Kajian ini dijalankan ke atas murid tahun 3A di salah sebuah sekolah kebangsaan,
di daerah Gua Musang, Kelantan.Kajian ini juga melibatkan proses soal selidik, ujian pra,
ujian pos dan pemerhatian murid-murid yang terlibat dalam kajian ini.
7
FOKUS KAJIAN
Isu Kajian
Kajian ini dijalankan adalah berfokuskan kepada permasalahan penjarian not asas
rekoder oleh murid- murid tahun 3.Kajian ini penting bagi murid-murid tahap 1 dalam
perkembangan bakat dan minat mereka dalam seni muzik seperti yang disarankan dalam
sukatan pelajaran Pendidikan muzik KSSR.Tambahan pula, sampel kajian mempunyai
pengetahuan asas tentang konsep penjarian rekoder yang amat terhad.Mereka hanya akan
mengingat dan memainkan not-not mudah seperti yang telah diajar oleh guru-guru
mereka di sekolah.Pengetahuan tersebut tidak dikembangkan lagi dengan memainkan
beberapa lagu mudah yang mampu menguji kefahaman dan ingatan mereka di dalam
kelas.
Kesilapan utama dan kerap dilakukan mereka adalah:
• Segelintir murid kerap lupa atau tidak dapat mengingati not yang telah dipelajari
sebelumnya setelah diperkenalkan dengan not-not yang baharu.
• Murid keliru dengan not-not yang telah dipelajari apabila disuruh menunjukkan
penjarian dan meniupnya apabila diajar dengan menyebut huruf not tersebut
sahaja.
8
Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran,
kefahaman, penguasaan dan ingatan murid terhadap not-not asas yang diperkenalkan
dalam pembelajaran rekoder di sekolah rendah dengan menggunakan kaedah
pernomboran dan permainan ketingting atau ting-ting.Dapatan dari kajian ini kelak serba-
sedikit dapat memangkinkan cetusan idea kreatif dan inovatif guru-guru pendidikan
muzik dalam menghasilkan pelbagai kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.
Objektif Kajian
a) Objektif Am
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun 3A menguasai
kefahaman dan ingatan mereka dalam penjarian not asas permainan rekoder dalam
Pendidikan Muzik
b) Objektif Khusus
i. Membantu murid-murid menguasai kemahiran penjarian rekoder not- not asas
permainan rekoder B, A, dan G.
ii. Membantu murid mengingati not asas permainan rekoder not B, A dan G.
9
Persoalan Kajian
Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah:
1. Adakah kaedah bernombor dan permainan ketingting membantu penguasaan
murid dalam kemahiran penjarian rekoder?
2. Adakah kaedah tersebut mampu membantu murid mengingat not asas permainan
rekoder?
10
Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru Pendidikan Muzik dalam pengajaran
dan pembelajaran mereka khususnya dalam penjarian not-not asas untuk topik
permainan rekoder.
Kepentingan kajian ini adalah untuk membantu murid-murid khususnya murid
Tahap 1 dalam mengingat dan menguasai penjarian nit-not asas dalam permainan
rekoder.Selain itu, kajian ini juga dapat membantu guru pendidikan muzik dalam
menyelesaikan masalah penjarian murid yang lambat atau kurang cekap dalam
permainan rekoder.Dapatan ini juga dapat membantu guru-guru Pendidikan Muzik dalam
menghasilkan idea-idea yang kreatif berdasarkan pengalaman yang dimiliki oleh mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Definisi Istilah Utama
Meningkatkan
Mengikut laman Gerbang Maya Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan
meningkat membawa maksud meninggikan kedudukan, taraf dan lain-lain.Maksud lain
meningkatkan adalah membesarkan pengeluaran dan lain-lain.
11
Kemahiran
Laman Gerbang Maya Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menyatakan kemahiran
sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu.Maksud lain bagi perkataan
tersebut adalah kemampuan untuk mencapai dengan jayanya sesuatu yang mana
memerlukan pengetahuan yang khusus atau kebolehan atau kecekapan.
Penjarian
Istilah penjarian dalam muzik mengikut laman Gerbang Maya kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka dinyatakan sebagai teknik menggunakan jari dalam permainan alat muzik,
khususnya alat tiupan, alat bertali dan papan nada.
Not
Istilah not dalam laman Wikipedia terbahagi kepada dua. Pertama, not adalah tanda yang
digunakan dalam notasi muzik untuk mewakili tempoh yang relatif dan kelangsingan
bunyi, manakala yang kedua, not adalah bunyi nada itu sendiri.
Asas
Asas membawa maksud kepada sesuatu yang terjadi sandaran atau pendukung kepada
sesuatu yang lain bagi sesuatu perbuatan seperti tindakan, kesimpulan, tuduhan dan lain-
lain (Laman Maya Dewan Bahasa dan Pustaka).Istilah lain bagi asas adalah
membangunkan pada peringkat permulaannya, menubuhkan atau membangunkannya.
12
Rekoder
Laman The Free Dictionary menjelaskan rekoder sebagai sejenis seruling yang
mempunyai lapan lubang jari dan pemipit seperti wisel.
Pembelajaran
Robert M. Gagne dalam bukunya yang bertajuk The Condition of Learning, pembelajaran
yang dinyatakan sebagai perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan
tetapi tidak dsembahkan oleh pertumbuhan.Morgan dan King dalam bukunya,
Introduction to Psychology (1975) mentakrifkan pembelajaran sebagai perubahan
tingkahlaku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau
akibat latihan yang dijalaninya.
Kaedah
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), kaedah mempunyai dua maksud. Yang
pertama ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau
yang biasa) dan yang kedua ialah mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip
tertentu).Dalam buku Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi Untuk Kursus Diploma
Perguruan semester 3 karya Mok (2002), kaedah didefinisikan sebagai cara atau
peraturan membuat sesuatu. Kaedah juga merujuk kepada satu siri tindakan guru yang
sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka
pendek.Selain itu, kaedah juga bermaksud cara mendekati sesuatu objektif pelajaran
dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.Kaedah yang dimaksudkan dalam
13
kajian ini ialah tindakan yang dijalankan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai
objektif kajian iaitu meningkatkan kebolehan murid mengingat penjarian not rekoder.
Nombor
Dalam laman Maya Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, nombor dimaksudkan sebagai
tanda yang dinyatakan dalam bilangan atau angka.
Ketingting
Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga Dewan Bahasa dan Pustaka, Ketingting dimaksudkan
dengan permainan lompat-lompat oleh kanak-kanak.
Permainan
Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga Dewan Bahasa dan Pustaka, permainan dimaksudkan
sebagai sesuatu yang digunakan untuk bermain, sesuatu untuk bermain-main sahaja,
mainan.
Batasan Kajian
Sampel kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 4 orang murid Tahun
3A di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Gua Musang sahaja.Pembelajaran
rekoder bukan satu pembelajaran yang baharu bagi mereka, namun pengaplikasiannya
14
dalam bentuk amali tidak pernah dijalankan oleh guru pendidikan muzik mereka.Oleh itu,
kajian ini hanya terbatas kepada teknik kemahiran penjarian rekoder dalam not B, A, dan
G major sahaja.
Rumusan
Di dalam bab ini, pengkaji menghuraikan tentang latar belakang permasalahan,latar
belakang kajian, persoalan, objektif dan kepentingan kajian yang akan digunakan dalam
kajian sebenar kelak.Antara lain, bab ini merumuskan kemungkinan keberkesanan
kemahiran teknik penjarian not rekoder yang digunakan.
Melalui bab ini juga diharapkan guru lebih memahami matlamat pengajaran dan
pembelajaran rekoder serta bertindak merancang pendekatan dan kaedah pengajaran
berpandukan objektif.Bagi pihak murid pula diharapkan dapat membantu dalam
meningkatkan lagi kemahiran penjarian not rekoder, sekali gus mengembangkan lagi
bakat dan kemahiran mereka sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.
15
SOROTAN LITERATUR
Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang tinjauan beberapa kajian lepas yang dilakukan oleh
pengkaji-pengkaji yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran muzik sebelum ini.Aspek
penguasaan dan minat murid dalam pembelajaran dan aspek keperluan kemahiran guru
dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan
Muzik telah diambil sebagai bahan perbincangan.Hal ini penting kerana dalam mengajar
sesuatu kemahiran seperti kemahiran bermain rekoder, guru tersebut haruslah mempunyai
setidak-tidaknya pengetahuan asas dalam permainan tersebut bagi mencapai objektif
pengajaran.
Kajian Lepas
Johami Abdullah dalam bukunya yang berjudul Pendidikan Muzik Semasa ( 2010 ) ada
menyatakan bahawa pada era penjajahan British dalam pendidikan, pihak berkuasa telah
menentukan bahawa setiap sekolah Inggeris mempunyai sekurang-kurangnya seorang
guru yang mahir bermain piano atau mempunyai latar belakang formal dalam sistem
muzik barat.Kenyataan tersebut sudah cukup untuk menjelaskan tentang kepentingan
seorang guru yang mahir dalam bidang muzik bagi mata pelajaran tersebut.
16
Menurut Albert Bandura ( 1925), manusia secara semulajadi belajar melalui proses
peniruan atau pemerhatian.Maka, jelaslah di sini bahawa guru yang mahir dalam sesuatu
perkara yang diajar adalah diperlukan agar pemerolehan ilmu yang berkesan dalam
proses pembelajaran dapat dialami oleh murid.Hal ini menguatkan lagi tentang keperluan
guru mahir untuk mengajar elemen permainan rekoder dalam mata pelajaran Pendidikan
Muzik.
David Ausubel ( 1918-2008 ) dalam teori pembelajaran Advance Organizer
menyatakan bahawa pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui penggunaan bahan
yang bermakna.Dalam hal ini, istilah bahan dalam bentuk teks atau penyampaian
guru.Oleh itu, sejajar dengan elemen yang ingin diterapkan dalam sukatan Pendidikan
Muzik KSSR, guru tersebut perlulah bijak dan mahir dalam menyampaikan
pengajarannya, lebih-lebih lagi dalam mengajar dalam sesuatu kemahiran muzikal seperti
permainan rekoder.
Di bawah pengajaran ekspositori, Ausubel ( 1968 ) menyatakan bahawa proses
utama dalam pembelajaran ialah subsumpsi, iaitu menggabungkan maklumat baharu ke
dalam maklumat yang sedia ada dengan membuat perkaitan idea baharu dengan idea
sedia ada.Hal ini menjelaskan bahawa guru berkemahiran perlu kreatif dalam membuat
reka bentuk atau kaedah atau pendekatan baharu bagi sesuatu topik pengajaran agar
kefahaman dan ingatan murid dapat ditingkatkan.
17
Puan Khairul Bariah binti Haroen dan lain-lain dalam Modul Pendidikan Muzik
menyatakan bahawa pendekatan Dalcroze menekankan prinsip jika seorang guru itu
berkebolehan melaksanakan tugas pengajaran dengan berkesan.Maka, guru itu dianggap
mampu menyampaikan pengajaran dengan berkesan serta dapat membantu muridnya
berkembang.
Mengikut Nik Shaliza binti Nik Ahmad dalam kajiannya yang bertajuk Masalah
Pengajaran dan Pembelajaran Rekoder di Kalangan Murid Tahun Empat di sekolah
rendah (2010), seorang guru haruslah mempunyai kepakaran, kemahiran dan
menggunakan beberapa teknik, kaedah dan pendekatan yang bersesuaian dengan
keperluan dan keupayaan muridnya dalam menyampaikan pengajaran yang berkesan.
Pemikiran divergen adalah pemikiran yang asli, berdaya cipta dan cepat
memberikan tindak balas.Adalah diharapkan agar seorang guru mempunyai pemikiran
seperti ini dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajarannya di bilik
darjah.Guilford ( 1959 ) mengenal pasti empat ciri pemikiran divergen seperti:
a) Kepelbagaian : Berupaya menghasilkan pelbagai idea untuk sesuatu
situasi yang spesifik.
b) Fleksibel : Menggunakan perspektif yang berbeza untuk menghasilkan
pelbagai cara penyelesaian masalah.
c) Keaslian : Berupaya untuk memikirkan idea-idea baharu yang berguna
dan praktikal.
d) Terperinci : Berupaya untuk menjelaskan sesuatu secara terperinci.
18
Carl Orff ( 1995-1982 ) telah membahagikan pendekatan dalam pembelajaran muzik
kepada empat fasa iaitu, mencari sendiri ( penerokaan ), mengajuk balik ( imitasi ),
improvisasi dan mencipta.Dalam kesemua fasa ini, Orff telah menyarankan agar guru-
guru mengaplikasikan segala aktiviti irama badan bersama pembelajaran nyanyian dan
bermain alat muzik peralatan genderang, Orff lebih difokuskan dalam fasa ketiga dengan
menggunakan alatan muzik berpic iaitu zylofon, metalfon, glockenspiel dan rekoder.
Nik Shaliza binti Nik Ahmad ( 2010 ) telah memperkukuhkan lagi kenyataan
tentang pendekatan Carl Orff melalui rujukan kajian lepas oleh Encik Ali Kutty bin
Mohamed dan lain-lain dalam tesis bertajuk Keberkesanan kaedah Carl Orff dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Rekoder Tahun Empat.Dalam kajian tersebut, beliau ada
menulis bahawa Brigitte Warner( 1991 ) menyatakan penggunaan rekoder bukanlah satu
kebetulan dalam kumpulan alat-alat “Schulwerk”.Ia adalah salah satu perkusi di dalam
ensemble Orff yang menyerupai suara manusia kerana tonnya dihasilkan melalui
pernafasan.
Nik Shaliza binti Nik Ahmad dan lain-lain dalam tesisnya yang bertajuk Masalah
Pengajaran dan Pembelajaran Rekoder Dalam Kalangan Murid Tahun Empat di Sekolah
ada menulis,maklumat yang didapati daripada internet http://www.capecod.net” A good
recorder method, one pedagogically, musically and historically sound, wiil get any
reasonably deligent and motivated off to a good start”.
19
Oleh itu, jelaslah bahawa kemahiran seseorang guru dalam melaksanakan sesuatu
pengajarannya adaalah amat diperlukan.Bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik
khususnya, faktor pengetahuan asas atau pengalaman dalam menyertai sesuatu
persembahan dapat memberikan pengajaran bermakna kepada murid.Hal ini kerana
kedua-dua faktor tersebut sudah cukup bagi membantu murid-murid dalam
mengembangkan sesuatu kemahiran mereka, lebih-lebih lagi dalam permainan alat.
Dun dan Dun ( 1981 ) telah membahagikan jenis pembelajaran dalam modelnya
kepada dua kelompok, iaitu pelajar global dan pelajar analitis.Pelajar global adalah jenis
pelajar yang lebih suka kepada persekitaran belajar yang fleksibel dengan lampu yang
tidak terang, muzik dan tempat duduk yang selesa dalam persekitaran yang tidak
formal.Antara senarai pelajar dalam jenis pelajar global adalah pelajar auditori.bagi
pelajar ini, intonasi suara, pitch, kelajuan dan butiran-butiran lain sangat penting bagi
mereka memahami makna tersirat apabila mendengar sesuatu.Oleh itu, guru seharusnya
mengaplikasikan segala aktiviti yang sesuai dengan murid jenis ini bagi mencapai
objektif pengajaran yang total.
Abraham Maslow ( 1943 ) sangat menekankan tentang kepentingan proses
perkembangan potenssi yang sedia ada pada individu.Menurut beliau, proses yang
membawa motivasi kepada seseorang individu dinamakan sempurna kendiri melalui
susunan piramid tatatingkat.Sempurna kendiri ini pula ditakrifkan sebagai suatu proses
berterusan yang diusahakan individu tersebut secara peribadi untuk memperkembangkan
lagi potensi, bakat, dan kebolehan yang sedia ada ke satu tahap yang paling maksimum.
20
Konsep ini telah disambut baik oleh golongan pendidik muzik kerana konsep ini banyak
berkaitan dengan muzik ( Johami Abdullah, 2010 ).
Menurut teori Jean Piaget ( 1972 ), beliau telah mengatakan bahawa kanak dalam
lingkungan umur 7 hingga 12 tahun berada dalam peringkat operasi konkrit di mana
mereka mula berfikir secara logik dan konkrit.Bahan-bahan maujud amat berkesan dalam
meningkatkan penaakulan kanak-kanak di sekolah rendah.Hal ini kerana murid-murid
peringkat sekolah rendah masih belum menyelesaikan masalah secara abstrak atau
pembelajaran yang dilaksanakan secara dalaam bentuk hipotesis.Oleh itu, guru perlu
menggunakan alat bantu mengajar atau permainan untuk membantu murid dalam
memahami sesuatu pembelajaran.
Menurut Dewey (1852-1859) seperti yang dinyatakan dalam Johami Abdullah
(2010) menyatakan proses pembelajaran kanak-kanak mesti mengambil kira aspek
keseronokan mereka.Sekiranya murid berasa seronok ketika menjalankan sesuatu aktiviti,
apa yang dialami akan diingati lebih lama lagi.
21
KESEMPURNAAN KENDIRI ( Kreativti,Penyelesaian Masalah,
Menerima Kenyataan,Spontan, Keperibadian )
KEYAKINAN DIRI ( Keyakinan,Pengiktirafan,
Penghargaan )
KASIH SAYANG ( Penerimaan Kasih Saying Dari Keluarga
Dan Rakan-Rakan )
KESELAMATAN DIRI ( Bebas Daripada Ancaman Fizikal Dan Emosinal,Harta Benda
Keluarga )
KEPERLUAN FISIOLOGI
( Makan,Minim,Udara,Tempat Tinggal,Berkumuh )
Rajah1. Hierarki Keperluan Maslow
Dalam bidang pendidikan, Carl Rogers ( 1902-1987 ) terkenal dengan teori pembelajaran
pengalaman ( experiantal learning ).Menurut beliau, setiap insan mempunyai daya dan
keinginan yang tinggi untuk belajar. Beliau juga telah mengkatogorikan pembelajaran
kepada dua, iaitu pembelajaran kognitif yang menurut tanggapannya tidak bermakna dan
pembelajaran pengalaman.Pembelajaran kognitif ini ditakrifkan sebagai pembelajaran
akademik semata-mata, manakala pembelajaran pengalaman melibatkan aplikasi
pengetahuan, contohnya pembelajaran kemahiran seperti kemahiran bermain rekoder.
22
Menurut Nik Shaliza binti Nik Ahmad dalam tesisnya ada menyebut bahaawa Profesor
Madya Dr. Rohani Abdullah dalam buku Panduan Kurikulum Prasekolah menyatakan
yang mana pembelajaran rekoder dapat membantu perkembangan kognitif yang
menyeluruh dalam kalangan murid-murid.Pembelajaran ini juga dapat meningkatkan
kemahiran meniup rekoder mengikut not dan teknik yang betul dalam menghasilkan pic,
ritma dan rentak yang bersesuaian.Di samping itu, permainan ini juga dapat
meningkatkan daya dan kemahiran pendengaran dalam kalangan murid-murid.
Rumusan
Pembelajaran rekoder merupakan elemen penting yang diberi penekanan dalam
Pendidikan Muzik di peringkat sekolah rendah khususnya seperti yang terkandung dalam
sukatan pelajaran Pendidikan Muzik.Perancangan dan perlaksanaan yang kreatif dan
berkesan dapat menarik minat murid-murid dalam memperlajari penjarian not-not asas
rekoder lebih-lebih lagi dalam memainkan lagu-lagu mudah.
Maka, guru amat memainkan peranan penting dalam penglibatan Pendidikan
Muzik.Seharusnya guru mempunyai kemahiran yang mendalam untuk mencapai proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
23
METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang rekabentuk serta kaedah pelaksanaan penyelidikan,
kumpulan sasaran, huraian prosedur perlaksanaan dan instrumen berkaitan prosedur
pengumpulan data.Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui
soal selidik, senarai semak dalam penilaian amali dan pemerhatian.
Reka Bentuk Kajian
Bagi melicinkan kajian ini, saya telah mengadaptasikan Model Reka Bentuk Kajian
Stephen Kemmis ( 1983 ) sebagai panduan sepanjang mencari dan dan mengumpul
maklumat dalam kajian.Dalam reka bentuk kajian, terdapat bahagian-bahagian penting
yang ditunjukkan dalam kitaran.Bahagian-bahagian tersebut menunjukkan rancangan,
tindakan, pemerhatian dan refleksi.Proses kajian tindakan Stephen Kemmis bermula
dengan saya menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang
hendak ditangani. Seterusnya, saya menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi
masalah yang dihadapinya.
24
seterusnya saya melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya,
saya terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan
pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak
dapat diatasi, maka saya bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua ( Cycle
2 ) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua, saya mesti mereflek dan
membuat adaptasi terhadap pelan tindakan.
Rajah 2. Model Reka Bentuk Kajian Stephen Kemmis ( 1983 )
Kumpulan Sasaran
Kajian ini memfokuskan kepada murid-murid Tahun 3 A di salah sebuah sekolah
kebangsaan di daerah Gua Musang, Kelantan.
25
Murid yang menjadi sampel kajian ini ialah 4 orang murid Tahun Tiga di sekolah
tersebut.Murid ini terdiri daripada 2 lelaki dan 2 perempuan.Kajian ini melibatkan murid
Tahun Tiga sahaja kerana pada peringkat tersebut murid-murid didedahkan kepada not
asas iaitu not B, A, dan G major mengikut Dokumen Standard Kurikulum Standard
Sekolah Rendah ( 2015 ).
Sampel kajian ini telah dipilih melalui ujian diagnostik yang telah
dijalankan.Pemilihan murid tersebut adalah berdasarkan markah terendah yang diperoleh
murid dalam ujian tersebut.Hal ini dilakukan untuk mengetahui kesignifikan dalam
mengenal pasti punca kelemahan murid dalam kemahiran penjarian not asas rekoder
TAHUN 3 A
SEKOLAH KEBANGSAANRENOK BARU
JUMLAH
Lelaki 2 2
Perempuan 2 2
Jumlah 4 4
.
Jadual 1. Bilangan Sampel Kajian Mengikut Jantina
Prosedur Pelaksanaan Tindakan
26
Mendiagnosis
Dalam peringkat ini,pengkaji telah melaksanakan beberapa tindakan bagi mengenal pasti
kelemahan-kelemahan yang dialami murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan.Selain itu, saya turut mendapatkan pandangan guru pembimbing bagi
mengukuhkan lagi dapatan masalah, iaitu masalah penjarian dalam perrmainan
rekoder.Maka, satu ujian diagnosis telah dilaksanakan pada peringkat ini bagi mengenal
pasti sampel kajian dalam kajian ini.
Merancang
Setelah memilih sampel kajian, saya telah merancang beberapa aktiviti bagi menguji
tahap kemampuan mereka dengan lebih mendalam.Ujian seperti ujian pra dan ujuian pos
serta borang soal selidik bakal diberikan kepada 4 orang sampel kajian tersebut.Selain
itu, kaedah bernombor juga dilaksanakan ke atas mereka.
Melaksana
Pada peringkat ini, instrumen ujian pra, ujian pos dan soal selidik telah
dilaksanakan.Seperti yang telah dinyatakan, saya hanya mengadaptasi Model Kajian
Tindakan Stephen Kemmis dalam kajian ini.Maka, ujian pra, ujian pos dan soal selidik
dilakukan secara berperingkat dalam perlaksanaannya.Selain itu, kaedah bernombor yang
diperkenalkan juga dilaksanakan ke atas sampel kajian dalam sesi rawatan atau
intervensi.
27
Menilai
Peringkat ini, saya telah menilai dan menganalisis dapatan daripada semua instrumen
yang digunakan.Saya dapat mengenal pasti keberkesanan kaedah yang diketengahkan
dalam kajian ini melalui keputusan dapatan tersebut.
Refleksi
Peringkat ini merupakan peringkat penilaian ke atas kajian yang dilaksanakan.Saya telah
memperoleh keputusan kajian dan merumuskan hasil kajian ini.Maka, segala
penambahbaikan dapat disenaraikan dan disarankan dalam kajian yang akan datang.
Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan empat kaedah pengutipan data iaitu:
Ujian Pra
Ujian Pra bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal tentang pengetahuan murid-
murid terhadap kemahiran penjarian rekoder yang betul.Keputusan ini digunakan untuk
mengukur sejauh mana kebolehan sampel kajian dalam teknik penjarian yang betul.
Nota Lapangan
Catatan yang dibuat semasa menjalankan temu bual atau pemerhatian.
28
Soal Selidik
Saya menggunakan borang selidik yang dijawab oleh sampel kajian.Soalan yang
disediakan merangkumi minat murid terhadap permainan rekoder dan tahap kemahiran
murid.Soal selidik ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan
dalam penjarian rekoder.Mereka dikehendaki menanda jawapan pada ruang yang
disediakan.
Ujian Pos
Ujian pos dilakukan pada peringkat akhir proses kajian.Ujian ini dijalankan ke atas
sampel pada akhir kajian.Dapat yang diperoleh dapat mengukur keberkesanan kajian
selepas rawatan atau intervensi dijalankan.
Pemerhatian
Pemerhatian dibuat oleh saya semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan serta
semasa meniup rekoder.Tujuannya adalah untuk mengenal pasti kelemahan murid yang
tidak dapat dikesan melalui ujian pra dan ujian pos.Saya juga membuat catatan tentang
kesilapan dan kelemahan murid semasa meniup rekoder.
Temu bual
Temu bual juga dilakukan oleh saya untuk mendapatkan kajian yang
mendalam.Seringkali dalam kajian, ada banyak maklumat yang tidak dapat diperoleh
29
melalui kaedah pemerhatian, dokumentasi atau pun catatan diari seseorang. Saya perlu
berhubung melakukan hubungan “face to face”.Responden perlu ditemubualkan untuk
mengetahui perasaan dan pendapat serta sikap mereka terhadap kajian dan tindakan yang
diambil.
Pengumpulan Data
Kajian ini menggunakan instrument kajian yang dibina sendiri oleh saya.Kaedah ujian
diagnostik digunakan untuk mendapat maklumat awal berkaitan tahap penguasaan
kemahiran permainan rekoder sampel kajian .Dalam kajian ini, saya menggunakan teknik
kuantitatif dan kualititatif.
Pengumpulan data dibuat berdasarkan ujian pra, ujian pos, borang soal selidik,
catatan nota lapangan dan pemerhatian.Segala maklumat dan data dianalisis melalui
perisian Program Micrasoft Word 2010 dan Microsoft Excel 2010.
Rumusan
Kesimpulannya, bab ini menerangkan tentang kaedah kajian yang digunakan, pemilihan
responden kajian, reka bentuk kajian, pengumpulan data dan prosedur analisis data.
Melalui kajian ini, saya dapat mengenal pasti punca masalah murid tahun tiga
dalam penjarian rekoder dalam teknik yang betul dalam kalangan murid di salah sebuah
sekolah kebangsaan di daerah Gua Musang, Kelantan.
30
HURAIAN DAN ANALISIS DATA
Pengenalan
Bab ini menumpukan kepada huraian analisis dan dapatan kajian.Data-data yang terdiri
daripada ujian pra, ujian pos dan soal selidik telah dikumpulkan untuk dianalisis.Kajian
ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan kaedah bernombor dan
permainan ketingting dalam meningkatkan kemahiran penjarian not asas murid Tahun
Tiga dalam permainan rekoder.Perisian program Microsoft Excel dan Microsoft Word
2010 digunakan untuk menguji kesignifikan data dalam ujian pra dan ujian
pos.Keputusan kedua-dua ujian yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk jadual dan
carta bar.
Maklumat Sampel Kajian
Sampel kajian ini terdiri daripada 4 orang murid tahun tiga di salah sebuah sekolah
kebangsan di daerah Gua Musang, Kelantan bagi tahun 2015. Jadual 2 menunjukkan
latar belakang murid yang berkaitan dengan sampel kajian.
31
Profil Sampel Kajian Frekuensi ( Bilangan ) Peratusan( % )
Kelas
5 Pintar 4 orang 100 %
Jantina
Lelaki
Perempuan
2 orang
2 orang
50 %
50 %
Jadual 2. Profil Sampel Kajian Berdasarkan Bilangan dan Jantina
Jadual di atas menunjukkan sejumlah 4 orang sampel kajian yang terdiri daripada murid-
murid Tahun 3A yang belajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Gua Musang,
Kelantan. Analisis kategori jantina memaparkan sejumlah 2 orang murid lelaki dan 2
orang murid perempuan.Sampel kajian yang dipilih terdiri daripada murid dari pelbagai
tahap kebolehan iaitu cerdas, sederhana dan lemah berdasarkan kriteria kedudukan
nombor di dalam kelas sewaktu peperiksaan lepas.
Keputusan Maklumat Borang Soal Selidik dan Pemerhatian
Berikut adalah keputusan kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti persoalan
permasalahan yang di hadapi oleh sampel kajian dalam minat sampel kajian terhadap
32
pembelajaran rekoder dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik, pendekatan yang
digunakan oleh saya dan pengetahuan asas berkaitan rekoder dan penjarian.
Keputusan Pemerhatian
Bil Perkara yang dinilai
Sebelum Selepas
Ya Tidak Ya Tidak
1. Dapat melakukan penjariaan not asas B, A dan G dengan betul.
//// ////
2. Dapat mengingat memainkan keratan latihan yang diberi.
//// ////
3. Dapat mengingat not-not asas permainan rekoder.
//// ////
4. Dapat memegang rekoder dengan betul.
//// ////
Jadual 3. Perbandingan Keputusan Kekerapan Senarai Semak
Nota:Tandakan ( / ) dalam kotak yang disediakan
Analisis borang senarai semak sebelum dan selepas menunjukkan perubahan yang
positif.Sebelum ini, sampel kajian tidak dapat melakukan penjarian not asas,tidak dapat
memainkan keratan latihan dan tidak dapat mengingati not-not asas rekoder.Selain
daripada itu juga, dari pemerhatian awal saya, sampel kajian memegang rekoder dengan
teknik yang salah.
33
Selepas berlakunya proses rawatan atau intervensi, sampel kajian dapat menguasai
kemahiran penjarian not asas B, A dan G, sekali gus dapat memainkan keratan lagu dan
mengingati not asas rekoder selepas menggunakan kaedah bernombor dan permainan
ketingting.
Aspek A ( Minat Sampel Kajian Terhadap Pembelajaran Rekoder )
Untuk menjawab soalan kajian pertama iaitu: Apakah persepsi murid Tahun Tiga A
terhadap mata pelajaran Pendidikan Muzik dan pembelajaran rekoder ? Dapatan kajian
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.
Bil. Item AS S TS ATS
1. Pendidikan Muzik adalah mata pelajaran yang saya minati.
2(50)
2(50)
2. Saya seronok belajar kemahiran rekoder dalam Pendidikan Muzik.
2(50)
2(50)
3. Saya sentiasa membuat latihan penjarian not asas rekoder semasa masa lapang.
2(50)
2(50)
4. Semakin banyak saya membuat latihan penjarian,semakin saya menyukainya.
4(100)
5. Saya berasa bangga apabila dapat memainkan keratan skor lagu menggunakan rekoder dengan betul.
3(75)
1(25)
6. Saya akan cuba memain semua keratan skor lagu yang diberikan.
1(25
1(25)
2(50))
7. Keratan skor lagu dapat dimainkan jika saya mainkan rekoder dengan penjarian yang betul.
3(75)
1(25
8. Saya sentiasa menanti pembelajaran muzik rekoder dalam pendidikan Muzik di sekolah.
1(25)
3(75)
9. Saya akan berlatih dengan kawan semasa memainkan keratan skor lagu yang diberikan.
1(25)
1(25)
2(50)
10. Kaedah penjarian not rekoder dalam pendidikan muzik amat bermakna buat saya.
1(25)
3(75)
11. Saya akan bertanya dengan guru apabila menghadapi masalah dalam penjarian not asas rekoder.
1(25)
3(75)
34
Jadual 4. Bilangan dan peratusan perspesi sampel kajian Tahun 3 A mengikut item minat terhadap pembelajaran rekoder dalam Pendidikan Muzik
Nota: ( % ) AS = Amat Setuju
S = Setuju TS = Tidak Setuju
ATS = Amat Tidak SetujuDari Jadual 5, susunan urutan tentang minat terhadap pembelajaran rekoder dalam
Pendidikan Muzik mengikut peringkat amat setuju dan setuju adalah ditunjukkan dalam
Jadual 5.
No. Bilangan dan Peratusan Item Amat Setuju dan Setuju
4 Semakin banyak saya membuat latihan penjarian,semakin saya menyukainya.
4 (100)
5 Saya berasa bangga apabila dapat memainkan keratan skor lagu menggunakan rekoder dengan betul.
3 (75)
7 Keratan skor lagu dapat dimainkan jika saya mainkan rekoder dengan penjarian yang betul.
3 (75)
8. Saya sentiasa menanti pembelajaran muzik rekoder dalam pendidikan Muzik di sekolah.
3 (75)
10. Kaedah penjarian not rekoder dalam pendidikan muzik amat bermakna buat saya.
3 (75)
3. Saya sentiasa membuat latihan penjarian not asas rekoder semasa masa lapang.
2 (50)
2. Saya seronok belajar kemahiran rekoder dalam Pendidikan Muzik.
2 (50)
1. Pendidikan Muzik adalah mata pelajaran yang saya minati. 2 (50)
6. Saya akan cuba memain semua keratan skor lagu yang diberikan.
1 (25)
9. Saya akan berlatih dengan kawan semasa memainkan keratan skor lagu yang diberikan.
1 (25)
11 Saya akan bertanya dengan guru apabila menghadapi masalah dalam penjarian not asas rekoder.
1 (25)
Jadual 5 . Susunan urutan item minat terhadap pembelajaran rekoder dalam pendidikan muzik mengikut bilangan dan peratusan bagi sampel kajian Tahun 3 A.
35
Nota : ( % ) Peratusan adalah dalam kurungan.
Jadual 5 di sebelah menunjukkan 3 item mendapat persetujuan paling tinggi daripada
sampel kajian Tahun 3A.Ini bermakna mereka menunjukkan minat dalam pembelajaran
permainan rekoder yang dijalankan di sekolah.
Item 4 mendapat persetujuan sebanyak 100% menggambarkan bahawa mereka
sangat gemar apabila mereka membuat latihan penjarian not rekoder setelah mereka
memahami teknik penjarian yang betul berbantukan kepada kaedah bernombor dan
pemainan ketingting.
Manakala item 5 juga mendapat peratusan iaitu sebanyak 75% apabila dapat
memainkan keratan skor lagu menggunakan rekoder.Ini menyatakan tentang
kesungguhan dan kerjasama antara satu sama lain dan minat sampel kajian dalam
permainan rekoder.Item 7 juga mendapat peratusan yang sama iaitu sebanyak 75%.Ini
menggambarkan bahawa sebahagian besar mereka percaya bahawa kaedah yang
digunakan dalam penjarian not dapat membantu sampel kajian membawa pemahaman
tentang penjarian not rekoder yang betul.
Sementara item 1, 2, dan 3 masing-masing mendapat persetujuan sebanyak 50%
daripada sampel kajian bahawa sampel kajian seronok dan bersedia untuk belajar dan
berlatih untuk meningkat pemahaman mereka terhadap permainan rekoder. Pada
36
keseluruhan peratusan skor dalam jadual 3 menunjukkan kesebelasan item mendapat
persetujuan yang tinggi kira-kira 75% dan setuju sebanyak 25% daripada sampel kajian
Tahun 3A di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Gua Musang,Kelantan.
Aspek B (Pendekatan Guru )
Untuk menjawab soalan kajian kedua iaitu: Apakah Pendekatan yang digunakan oleh
guru dapat meningkatkan ingatan dan kefahaman sampel kajian dalam penjarian not asas
rekoder?, dapatan kajian adalah seperti berikut yang ditunjukkan dalam jadual 4.
Bil. Item AS S TS ATS
1 Guru pendidikan Muzik sentiasa memberi motivasi dan semangat untuk terus berlatih penjarian rekoder.
3 1
2 Pengajaran guru dalam kemahiran not asas rekoder menarik minat saya.
1 3
3 Guru pendidikan muzik banyak menunjukkan contoh penjarian not asas rekoder.
2 2
4 Guru Pendidikan Muzik sentiasa mengajar penjarian not asas rekoder dengan alat bantu mengajar yang sesuai
1 3
5 Saya suka belajar penjarian not asas rekoder kerana ia mudah difahami.
2 2
6 Guru Pendidikan Muzik saya sentiasa bersungguh dan bersemangat untuk mengajar penjarian not asas.
3 1
7 Guru Pendidikan Muzik saya sentiasa menerangkan pelbagai kaedah penjarian not asas rekoder dengan jelas.
4
8 Latihan keratan skor lagu untuk penjarian not asas rekoder diberikan adalah mencukupi.
3 1
9 Kaedah yang digunakan dalam penjarian not asas rekoder mudah diingati.
2 2
Jadual 6. Bilangan dan peratusan persepsi sampel kajian Tahun 3 A terhadap pengajaran kemahiran rekoder dalam pendidikan muzik.
37
Nota: ( % ) AS = Amat Setuju S = Setuju TS = Tidak Setuju
ATS = Amat Tidak SetujuJadual 4 sebelah menunjukkan keputusan soal selidik tentang persepsi sampel kajian
Tahun 3A terhadap pendekatan guru dalam pengajaran kemahiran rekoder mengikut amat
setuju dan setuju adalah seperti jadual berikut:
Bil Bilangan Dan Peratusan Item Amat Setuju Dan Setuju
7 Guru Pendidikan Muzik saya sentiasa menerangkan pelbagai kaedah penjarian not asas rekoder dengan jelas.
4(100)
1 Guru pendidikan Muzik sentiasa memberi motivasi dan semangat untuk terus berlatih penjarian rekoder.
3(750
6 Guru Pendidikan Muzik saya sentiasa bersungguh dan bersemangat untuk mengajar penjarian not asas.
3(75)
2 Pengajaran guru dalam kemahiran not asas rekoder menarik minat saya. 3(75)
4 Guru Pendidikan Muzik sentiasa mengajar penjarian not asas rekoder dengan alat bantu mengajar yang sesuai
3(75)
8 Latihan keratan skor lagu untuk penjarian not asas rekoder diberikan adalah mencukupi. 3(75)
3 Guru pendidikan muzik banyak menunjukkan contoh penjarian not asas rekoder. 2(50)
5 Saya suka belajar penjarian not asas rekoder kerana ia mudah difahami. 2(50)
9 Kaedah yang digunakan dalam penjarian not asas rekoder mudah diingati. 2(50)
Jadual 7. Susunan urutan item pendekatan guru dalam pengajaran kemahiran rekoder mengikut bilangan dan peratusan bagi sampel kajian Tahun 3 A.
Nota( % ) Peratusan adalah dalam kurungan.
38
Jadual 5, item 7 mendapat persetujuan yang tinggi iaitu 100% daripada murid Tahun 3
A.Ini bermakna pada persepsi murid bahawa guru sentiasa mengguna pelbagai
pendekatan untuk bagi menambahkan pemahaman dan ingatan murid terhadap penjarian
rekoder not asas. Juga didapati item 1 dan 6 mendapat persetujuan yang tinggi kira-kira
75% kedua-dua item ini.Peratusan telah menggambarkan saya sentiasa memberi motivasi
dan semangat kepada sampel kajian untuk menambahkan kemahiran dalam penjarian not
asas rekoder bagi tahap 1 tahun 3.
Maka, beberapa langkah telah diambil oleh saya untuk memantapkan lagi
kemahiran mereka selepas ujian pra dilakukan sama ada dalam bentuk pemerhatian
secara khusus atau secara bertulis. Walau bagaimanapun, hasil daripada kutipan data
tersebut telah menunjukkan pendekatan yang digunakan dalam pengajaran not asas
rekoder dapat menarik dan menambahkan kemahiran dalam penjarian not asas rekoder
sebanyak 75%.
Dari dapatan maklumat menerusi borang selidik ini, adalah jelaslah bahawa
sampel kajian sebenarnya meminati mata pelajaran Pendidikan Muzik, malahan
bertambah pengetahuan dan kemahirannya apabila mendapat tunjuk ajar dan bimbingan
daripada guru. Selain itu, penerapan kaedah dan teknik yang diaplikasikan guru amat
memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bakat dan kemahiran mereka,
selain mampu membina daya tarik yang positif terhadap segala isi pengajaran yang
hendak disampaikan.
39
Ujian Pra dan Ujian Pos
a) Keputusan Ujian Pra
Setelah melakukan diagnostik terhadap kumpulan sasaran, maka 4 orang murid daripada
Tahun 3 A telah dipilih sebagai sampel kajian dalam kajian kes ini.Satu set ujian pra telah
dilakukan bagi membuktikan kelemahan mereka dalam kemahiran penjarian rekoder
dengan kandungan soalan berunsur struktur kemahiran not rekoder.Sebanyak tiga soalan
yang berbentuk sruktur dan gambar rajah telah disediakan.Soalan ini akan menguji murid
tentang pengetahuan murid terhadap penjarian not rekoder.Dalam ujian pra juga, pengkaji
menyediakan soalan yang berkaitan teknik memegang rekoder dan penjarian not rekoder,
kesemua soalan diberi markah penuh 10 markah.Satu skala gred pencapaian telah
ditetapkan oleh saya bagi menentukan aras pencapaian sampel kajian.Gred adalah terdiri
dari A, B, C, D dan E, manakala ukuran tahap pencapaian diletakkan kepada lima
peringkat iatu:
MARKAH GRED TAHAP
9-10 A Amat Baik
6-8 B Baik
4-5 C Serdahana
2-3 D Lemah
0-1 E Sangat lemah
Jadual 8 . Skala Gred Ujian Pra
40
Hasil dapatan sampel kajian mengikut gred adalah seperti berikut :
Sampel Kajian Markah Peratus Gred Tahap
R1 4/10 40 B Serdahana
R2 2/10 20 D Lemah
R3 4/10 40 B Serdahana
R4 2/10 20 D Lemah
Jadual 9. Markah Sampel Kajian Bagi Ujian Pra
Berdasarkan jadual di atas, sampel kajian 1 dan 3 mendapat 4 markah iaitu 40 % yang
membawa kepada gred B dan berada pada tahap serdahana. Sampel kajian 2 pula
mendapat markah sebanyak 2 iaitu dalam peratusan 20 % dan berada pada tahap lemah,
Merujuk kepada sampel kajian dan 4 mendapat markah sebanyak 2 markah iaitu
bersamaan dengan 20 % dan berada pada tahap lemah.Merujuk kepada markah tersebut
saya dapati sampel kajian tidak dapat menjawab soalan struktur yang mengandungi
gambar rajah rekoder dengan nama not yang tepat.Ini telah membuktikan bahawa sampel
kajian tidak dapat mengingat not yang telah dipelajari sebelum ini, Pemerhatian awal
yang telah dilakukan juga murid-murid ini memang tidak tahu dan ingat membuat
penjarian rekoder.Saya juga telah melakukan ujian diagnostik terhadap murid Tahun 3 A
secara pemerhatian amali mendapati bahawa sampel kajian juga memegang rekoder
dengan teknik yang salah.Keadaan ini juga memberi kesan terhadap penjarian
41
rekoder.Hal ini menyebabkan saya memikirkan kaedah yang sesuai mencari jalan
penyelesaian bagi masalah ini.
Analisis ujian pra
Bil. Item Bilangan Jawapan
Betul Salah1 Teknik memegang rekoder dengan betul. 2 3
2 Imbangan rekoder dan postur. 0 5
3 Kedudukan not B pada rajah 5 0
4 Kedudukan not A pada rajah 0 5
5 Kedudukan not G pada rajah 0 5
Jadual 10. Bilangan Jawapan Yang Betul Dan Salah Mengikut Soalan
Seperti yang dinyatakan dalam ujian pra yang mana soalan ini terdiri daripada soalan
objektif dan soalan berbentuk struktur yang berpandukan kepada rajah yang tersedia
dalam soalan pra.
Item 1 menguji sampel kajian yang berkaitan dengan teknik memegang
rekoder.Berdasar dari analisis yang dibuat ramai yang tidak tahu teknik memegang
rekoder dengan betul.Bila ditanya perkara yang berkaitan teknik memegang rekoder,
responden menyatakan tangan kanan berada di sebelah atas dan ada sebaliknya.Teknik
memegang rekoder dengan betul mempengaruhi kualiti ton sesuatu not.Hasil daripada
analisa juga mendapati item 2 soalan yang berkaitan dengan imbangan rekoder dan postur
sampel kajian masing-masing menjawab 2 betul dan 3 salah.Saya menjelaskan kepada
42
sampel kajian tentang imbangan rekoder iaitu yang berkaitan dengan ibu jari kiri dan ibu
jari kanan. Ada sampel kajian menyatakan bibir atas antara bahagian yang terlibat dalam
imbangan rekoder.
Perkara yang difokuskan ialah item yang berkaitan dengan item 3, 4, dan 5. Soalan
yang berkaitan dengan item 3 masing-masing mendapat 5 betul. Ini dapat menunjukkan
kepada saya secara keseluruhan bahawa sampel kajian mengetahui tentang penjarian not
B yang mudah diingati.
Item 4 pula, tiada seorang responden dapat menjawab dengan betul tentang
penjarian not A. Berkaitan dengan soalan item 5, semua sampel kajian tidak dapat
menjawab soalan yang berkaitan dengan penjarian not G.Saya dalam hal ini, sampel
kajian mesti dirawat menggunakan kaedah yang dicadangkan oleh saya iaitu penggunaan
sistem bernombor dan permainan ketingting bagi menambah kemahiran dan kecekapan
penjarian rekoder.
43
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 50
1
2
3
4
5
6
BetulSalah
Rajah 3. Carta Keputusan Ujian Pra Mengikut Soalan
Petunjuk
Paksi menegak -- bilangan jawapanPaksi melintang –Jumlah soalan
Rajah 4.Penjarian Rekoder Sistem Nombor
44
Berpandukan kepada rajah 5 iaitu item 3, berdasar kepada ujian pra yang telah dilakukan
oleh saya.separuh sampel kajian dapat menjawab dengan tepat kerana saya beranggapan
bahawa item 3 amat senang untuk diingati dan melakukannya. Hal ini, kerana ini ialah
not yang pertama dipelajari oleh mereka.
Hal ini juga boleh dikaitkan dengan perkembangan fizikal murid pada tahap
ini.Tidak sama seperti KBSR yang mana murid-murid pertama kali diperkenalkan dengan
rekoder di tahun empat, tetapi dalam sukatan KSSR yang baru, murid di tahun tiga sudah
diperkenalkan dengan permainan rekoder.
b) Keputusan Ujian Pos
Satu ujian pos telah dilakukan pada minggu akhir program internship di salah sebuah
sekolah kebangsaan di daerah Gua Musang, Kelantan.Ujian pos ini dilaksanakan
bertujuan untuk menilai hasil yang diperoleh setelah beberapa sesi rawatan atau
intervensi dilaksana dalam kemahiran penjarian not rekoder. Seperti perlaksanaan ujian
pra, satu standard permarkahan bagi ujian ini telah ditetapkan mengikut tahap kebolehan
murid.
45
Jadual 11. Skala Gred Ujian Pos
Berdasarkan sesi rawatan yang telah dijalankan, sampel kajian telah menunjukkan
peningkatan yang berbeza dalam pengetahuan dan kemahiran asas penjarian rekoder,
khususnya dalam teknik penjarian not B, A, dan G. Hasil dari dapatan ini bagi ujian pos
ini dapat dilihat melalui markah ujian pos yang dilaksanakan.
Sampel Kajian Markah Peratus Gred Tahap
R1 10/10 100 A Amat Baik
R2 8/10 80 B Baik
R3 10/10 100 A Amat Baik
R4 6/10 60 B Baik
Jadual 12. Markah Sampel Kajian Bagi Ujian Pos
46
MARKAH GRED TAHAP
9-10 A Amat Baik
6-8 B Baik
4-5 C Serdahana
2-3 D Lemah
0-1 E Sangat lemah
Jadual 10 di atas jelas menunjukkan bahawa markah tertinggi adalah 100%. Kesemua
sampel kajian dapat menjawab soalan dengan tepat setelah mereka menjalani rawatan
dengan kaedah yang diperkenalkan oleh saya. sampel kajian 2 mendapat 90 markah
keseluruhan, saya telah membuat analisa jawapan yang salah terhadap sampel kajian 2,
iaitu soalan yang berkaitan dengan postur semasa meniup rekoder.
Jumlah soalan yang disediakan adalah sebanyak lima soalan. Kesemua soalan
tersebut adalah berbentuk objektif.Berdasarkan kepada keputusan di atas juga, sampel
kajian telah memahani sepenuhnya teknik penjarian not rekoder dengan tepat berbanding
sebelum mereka menjalani proses rawatan.
Bil. Item Bilangan Jawapan
Betul Salah1 Teknik memegang rekoder dengan betul. 5 0
2 Imbangan rekoder dan postur. 4 1
3 Kedudukan not B pada rajah 5 0
4 Kedudukan not A pada rajah 5 0
5 Kedudukan not G pada rajah 5 0
Jadual 13. Bilangan Jawapan Betul dan Salah Mengikut Soalan
Berdasar kepada Jadual 11 di atas, sampel kajian telah menunjukkan peningkatan
pemahaman yang tinggi dalam penjarian not rekoder B, A, dan G. Hal ini dapat dilihat
berdasarkan kepada item 3, 4, dan 5.Untuk soalan yang berkaitan dengan imbangan
47
rekoder dan postur hanya satu sampel kajian yang masih gagal memahami dalam
imbangan dan postur semasa meniup rekoder.
Saya telah menyediakan soalan yang berkaitan kemahiran penjarian rekoder
dengan agak terhad kerana saya berpendapat ini adalah objektif khusus yang ditumpu
terhadap murid Tahun 3A dalam permasalahan mereka dalam permainan rekoder pada
usia sampel kajian pada ketika ini.Dengan kemahiran penjarian yang sampel kajian
peroleh dari sesi rawatan ini, mereka sekurang-kurang dapat memainkan satu keratan
lagu yang mengandungi not B, A, dan G. Seterusnya saya juga telah melakukan ujian
amali terhadap sampel kajian yang dipilih dengan mereka memainkan sebuah lagu ‘Mary
Had A Little Lamb’.
Gambar 1. Aktiviti Memainkan Lagu
48
c) Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
Setelah mengalami beberapa sesi rawatan, sampel kajian telah menunjukkan perbezaan
markah yang ketara dalam kedua-dua ujian tersebut.Berikut adalah hasil keputusan
perbandingan markah ujian pra dan ujian pos yang dilalui oleh sampel kajian.
Jadual 14.Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos
Berdasarkan kepada jadual di atas.Hasil yang diperoleh dari ujian pos menunjukkan
peningkatan yang ketara pada keseluruhan markah sampel kajian.Sampel kajian 4
menunjukkan peningkatan yang paling ketara di antara semua sampel kajian yang
menjalani ujian pos ini. sampel kajian 4 menunjukkan peningkatan sebanyak 80%
sekali gus membawa kepada peralihan gred dari D kepada A.Berdasar jadual itu juga
keputusan menunjukkan sampel kajian 1 dan 3 menunjukkan peningkatan sebanyak
60% dan membawa kepada perubahan gred B kepada gred A. Manakala sampel kajian
2 menunjukkan peningkatan sebanyak 70% dalam ujian pos.Keputusan ini
49
Ujian Pra Ujian Pos
Sampel Kajian Markah
PeratusGred
Markah Peratus Gred Peningkatan
R1 4 40 B 10 100 A 60%
R2 2 20 D 9 90 A 70%
R3 4 40 B 10 100 A 60%
R4 2 20 D 10 100 A 80%
membuktikan rawatan yang dilakukan kepada sampel kajian berjaya meningkat
penguasaan mereka kemahiran rekoder.
S. Kajian 1 S.Kajian 2 S.Kajian 3 S.Kajian 4
0
2
4
6
8
10
12
Ujian PraUjian Pos
Rajah 5. Carta Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut S.Kajian
Petunjuk :
Paksi x (melintang) = RespondenPaksi y (menegak) = Markah
d ) Keputusan Temu Bual
SkripGuru : Apakah perasaan kamu selepas membuat penjarian rekoder dengan menggunakan
kaedah nombor dan permainan ketingting?
Murid : Amat menarik dan seronok sekali.
Guru : Kenapakah kamu mengatakan ia menarik dan seronok?
Murid : Kerana ia mudah untuk diingati dan teruja bila dapat membuat penjarian sambil Bermain permainan ketingting.
Guru : Pada pendapat kamu, adakah cara menyebut nombor dalam penjarian amat membantu Menguasai penjarian not rekoder?
Murid : Ya ! amat membantu saya membuat penjarian not.
Guru : Adakah kamu berasa seronok bila melihat melihat kawan kamu membuat sambil Digabungkan dengan permainan ketingting?
Murid : Saya rasa tidak sabar untuk melakukannya seperti saya kawan saya lakukan dalam Permainan ketingting.
Guru : Adakah kamu dapat memainkan lagu yang telah disediakan dengan not yang kamu
50
Sudah kuasai?Murid : Dapat.
Jadual 15. Skrip Temu Bual Hasil dari temu bual menunjukkan sampel kajian amat tertarik dengan kaedah nombor
dan permainan ketingting dalam penjarian not asas rekoder.Ternyata sampel kajian amat
mudah untuk mengingati not dengan menggunakan kaedah tersebut.Belajar sambil
bermain juga membukti kanak pada usia ini amat sesuai serta seronok dan tidak
menjemukan mereka untuk terus belajar dengan mengguna pendekatan sesuai bagi
menambah sesuatu kemahiran khususnya dalam permainan rekoder.
Nota Lapangan
“Keempat-empat sampel kajian dapat melakukan penjarian not B, A, G dengan
menggunakan kaedah nombor dan ketingting. Mereka juga mudah mengingat untuk
menbuat penjarian not B, A, dan G.Dengan bantuan carta latihan bagi ketiga-tiga not
tersebut.Pada akhir sesi kajian, sampel kajian telah disediakan satu tugasan yang
berkaitan dengan ketiga-tiga not tersebut.Sampel kajian dikehendaki mencipta satu
ciptaan sendiri dalam satu lembaran kerja,di mana mereka terlebih dahulu menulis
ciptaan dan seterusnya memainkan ciptaan mereka.Penguasaan sampel kajian dalam
kemahiran penjarian di mana salah daripada mereka telah menulis kembali lagu dikir
barat “Wau Bulan”. ( NL30915)
Jadual 16. Catatan Nota Lapangan
51
Analisis nota lapangan menunjukkan semua sampel kajian dapat menguasai kemahiran
penjarian not asas B,A, dan G dan mudah mengingati not-not tersebut.
Perlaksanaan Aktiviti
Perlaksanaan Aktiviti 1
Hasil daripada dapat ujian pos, saya telah melaksanakan beberapa kaedah terhadap
sampel kajian, Aktiviti pertama yang dilaksanakan ialah”menyebut nombor“, dalam
kaedah ini sampel kajian diminta menyebut nombor bagi menggantikan not rekoder,
sebagai contoh, ” not B 01” perlu disebut kuat beberapa kali bagi menguatkan ingatan
mereka dan begitu seterusnya kepada not A dan G.Sebelum itu, saya telah menerangkan
Gambar 2. Sesi Menyebut Nombor Penjarian Not
kepada sampel kajian tentang sistem nombor di jari untuk mengganti nama not rekoder
dengan berpandukan kepada gambar rajah kepada sampel kajian.Kali ini, sampel kajian
dikehendaki menyebut nombor sambil menutup lubang-lubang pada rekoder. Dalam
kaedah nombor ini, jumlah lubang rekoder yang ditutup merupakan nombor yang
52
digunakan bagi menggantikan not yang dihafal, gambar rajah juga disediakan bagi
memudahkan sampel kajian melakukan penjarian not, satu carta keratan latihan juga
dipapar untuk melatih sampel kajian meniup not-not yang telah dipelajari.
Gambar 3. Kaedah Nombor Penjarian Rekoder
Perlaksanaan Aktiviti 2
Bagi perlaksanaan Aktiviti 2, saya telah menjalankan aktiviti bermain ketingting yang
telah disediakan di sudut bilik. Sampel kajian telah ditunjuk cara aturan permainan
ketingting bersama rekoder. Setiap sampel kajian diberi tiga kali peluang untuk
53
Gambar 4 . Permainan Ketingting Bernombor
membaling ke dalam petak dengan menggunakan token plastik. Setiap petak telah
diletakkan dengan kad not bernombor seperti dalan gambar 4.Setiap balingan ditentukan
oleh sampel kajian petak yang mana satu dikehendakinya.Sebagai contoh, sampel kajian
telah membaling token ke dalam petak dan sampel kajian akan melompat secara
lompatan ketingting menuju ke dalam petak dan meniup not dengan kaedah nombor.
Gambar 5 . Aktiviti Permainan Ketingting
Perlaksanaan Aktiviti 3
Aktiviti 3 merupakan kaedah menyebut nombor not bagi keratan latihan rekoder.Setiap
keratan mempunya not penjarian yang berbeza.Dengan bimbingan saya, sampel kajian
melakukan penjarian sambil membuat latihan meniup terhadap not-not terlibat.Saya
memastikan setiap sampel kajian telah menguasai not-not tersebut sebelum meneruskan
kepada aktiviti yang berikutnya.
54
Seterusnya, sampel kajian memainkan lagu yang telah disediakan untuk mereka.Tujuan
utama adalah untuk menguji kesemua sampel kajian terhadap kemahiran penjarian not-
not rekoder dengan kaedah nombor.Kemahiran penjarian sampel kajian akan membantu
mereka dalam kelancaran meniup lagu mudah dengan bimbingan dan tunjuk cara saya.
Gambar 6 . Keratan Latihan dan Lagu
Bagi menambahkan lagi pemahaman sampel kajian dalam permainan rekoder.
Sampel kajian telah disediakan dengan aktiviti menulis abjad not rekoder dalam lembaran
kerja dan dalam masa yang sama sampel kajian mencipta melodi sendiri dan memainkan
dengan rekoder.Hasil dari kaedah yang telah digunakan dalam kajian ini, didapati sampel
kajian juga dapat memainkan lagu-lagu kegemaran mereka.Salah seorang sampel kajian
meminta kebenaran untuk menulis not-not yang terlibat dalam lagu seni dikir barat
Kelantan” Wau Bulan”. Saya memerhatikan bagaimana sampel kajian menulis not-not
yang terlibat dalam lagu tersebut meniup dan menulis not-not lagu di atas kertas.Ini
telah membukti bahawa kaedah yang diperkenal telah berjaya dirawat.
55
Gambar 7. Skor Lagu Pada Baluk
Gambar 8. Aktiviti Mencipta Melodi
56
Gambar di atas menunjukkan keempat-empat sampel kajian sedang melakukan
aktiviti.Saya telah mencatat nota yang berkaitan dengan kemahiran penjarian kaedah
bernombor dan ketingting.Catatan nota lapangan dilakukan untuk mendapat maklumat
tentang perubahan yang berlaku setelah sampel kajian menjalani rawatan atau
intervensi.Catatan nota lapangan ini adalah kesahan maklumat terhadap kaedah yang
digunakan.
57
RUMUSAN DAN IMPLIKASI
Pengenalan
Bab ini membincangkan hasil keputusan kajian yang telah dilaporkan dalam bab sebelum
ini.Empat bahagian telah dipecahkan bagi menerangkan aspek ringkasan kajian,
perbincangan dapat kajian, implikasi kajian dan cadangan kajian lanjutan untuk
meningkatkan kemahiran dalam permainan rekoder dalam kalangan murid Tahun 3A.
Ringkasan Kajian
Kajian ini telah dijalankan secara tinjauan interaksi di salah sebuah sekolah kebangsaan
di dearah Gua Musang, Kelantan.Kemahiran teknik penjarian dalam kalangan murid-
murid Tahun 3 telah dipilih sebagai tema kajian. sampel kajian yang telibat adalah dalam
kalangan murid-murid Tahun 3A yang terdiri daripada 2 murid lelaki dan 2 murid
lelaki.Data kajian dikumpulkan berpandukan kepada set instrumen yang dibina oleh saya
sendiri.Gabungan pelbagai method dan triangulasi ( Bell.1993 ) diaplikasikan
merangkumi kaedah tinjauan, penyemakan dokumen dan amali bagi mengesahkan data
yang dikumpul dalam kajian ini.
58
Instrumen kajian berbentuk ujian diagnostik, pemerhatian, ujian pra dan ujian pos telah
dipilih bagi membantu dalam kajian ini. Perbincangan bersama pensyarah penyelia selain
panduan manuskrip dari laman sesawang dan buku panduan guru menjadi sumber
rujukan dalam penghasilan skrip ujian pra dan ujian pos yang dilaksanakan. Borang soal
selidik juga telah dibina oleh penyelidik berdasarkan contoh yang didapati dari buku
Pendidikan Muzik Tahun Tiga KSSR bagi mendapatkan persepsi minat murid terhadap
permainan rekoder dan pendekatan yang digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Muzik.Segala skrip dan binaan borang telah
ditunjukkan kepada pensyarah penyelia bagi mendapatkan pengesahan.
Umumnya, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu penguasaan
kemahiran murid-murid dalam penjarian rekoder. sekali gus mengembangkan bakat dan
potensi mereka dalam permainan alat muzik rekoder.Secara tersiratnya, kajian ini juga
dijalankan bagi meningkatkan kefahaman murid terhadap not-not asas rekoder pada tahap
1 iaitu Tahun tiga.Selain itu juga, kajian ini turut bertujuan mengubah persepsi murid
bahawa mata pelajaran Pendidikan Muzik adalah mudah dan menyeronokkan. Dengan
perlaksanaan kaedah dan pendekatan yang mudah, objektif-objektif yang disenaraikan
adalah tidak mustahil untuk dicapai. Malahan, dapatan ini juga mampu membantu guru
opsyen dan bukan opsyen dalam pengajaran kemahiran rekoder kelak.
59
Perbincangan Dapatan Kajian
Kajian ini telah menghasilkan satu dapatan yang berkaitan dengan penguasaan kemahiran
penjarian not rekoder dalam kalangan murid Tahun 3A.Bahagian ini akan
membincangkan tentang sebab dan akibat serta kaitan cabaran pendidikan pada masa
kini, di samping usaha-usaha lain yang dilakukan bagi meningkatkan kemahiran
penjarian murid dalam permainan rekoder.
Albert Bandura ( 1925 ) ada menyatakan bahawa manusia secara semula jadi
belajar melaui proses peniruan atau pemerhatian. Maka, jelaslah di sini bahawa guru yang
mahir dalam sesuatu perkara yang diajar adalah diperlukan agar pemerolehan ilmu yang
berkesan dalam proses pembelajaran dapat dialami oleh murid. Hal ini menguatkan lagi
tentang keperluan guru mahir untuk mengajar elemen permainan rekoder dalam mata
pelajaran Pendidikan Muzik.
Selain itu, Tokoh David Ausubel ( 1918-2008 ) dalam teori pembelajaran
Advance Orginzer menyatakan bahawa pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui
penggunaan bahan yang bermakna. Dalam hal ini, istilah bahan yang dimaksudkan boleh
dalam bentuk teks atau penyampaian guru. Oleh itu, sejajar dengan elemen yang ingin
diterapkan dalam sukatan Pelajaran Pendidikan Muzzik KSSR, guru tersebut perlulah
bijak dan mahir dalam menyampaikan pengajarannya lebih-lebih lagi dalam mengajar
sesuatu kemahiran muzikal seperti permainan rekoder.
60
Faktor masa merupakan antara faktor penting dalam melahirkan murid yang mahir dan
berbakat dalam pelbagai elemen pembelajaran. Kajian ini telah menunjukkan bahawa
masa yang panjang mampu meningkatkan kefahaman murid dan kemahiran murid
dalaam sesuatu perkara, khususnya dalam permainan rekoder.Ternyata pencapaian yang
berkualiti secara berterusan dalam sistem pendidikan berkait rapat dengan budaya masa
yang diamalkan oleh guru, selain penghayatan secara menyeluruh dan ikhlas terhadap
bidang yang dipertanggungjawabkan.
Muzik merupakan elemen yang diminati oleh kanak-kanak selain seni lukis.
Maka, tidak hairanlah mata pelajaran pendidikan muzik menjadi salah satu mata
pelajaran yang perlu diajar di sekolah, khususnya di sekolah rendah.Hasil dapatan
daripada soal selidik jelas menunjukkan bahawa 80 % murid menjadikan mata pelajaran
ini sebagai mata pelajaran yang diminati dan menghiburkan. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab seorang pendidik muzik untuk menyediakan pelbagai kemahiran muzikal
kepada murid dalam menambahkan pengalaman selain mengembangkan bakat dan
potensi muzikal mereka, khusunya dalam bidang permainan alat muzik rekoder.
Tokoh Carl Orff ( 1895-1982 ) merupakan ahli falsafah yang paling berpengaruh
daalam dunia muzik kanak-kanak. Beliau percaya bahawa muzik perlu dipelajari kanak-
kanak seperti mereka mempelajari bahasa ibunda. Teknik dengar dan ajuk sebelum
diterjemahkan kepada bentuk simbol yang membentuk tulisan bahasa tersebut perlulah
digunakan dalam konteks mempelajari muzik. Hal ini membuktikan lagi bahawa kaedah
pernomboran dan permainan ketingting yang diterapkan dalam kajian ini adalah
61
bertepatan dengan tahap penerimaan murid-murid terhadap kemahiran muzikal mereka
dalam permainan rekoder.
Nik Shaliza Nik Ahmad dalam kajiannya bertajuk’Masalah Pengajaran dan
Pembelajaran Rekoder Murid Tahun 4’, ada menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti muzik
termasuk permainan rekoder dapat membantu menggalakkan perkembangan sosio-emosi,
kognitif, fizikal dan kreativiti kanak-kanak.Kemahiran bermain rekoder ini sebenarnya
mampu menggalakkan perkembangan secara menyeluruh dalam kognitif murid-murid
melalui teknik penjarian yang betul.Selain menyajikan pengalaman dan keseronokan,
permainan rekoder juga mampu meningkatkan daya dan kemahiran pendengaran murid-
murid di sekolah.
Implikasi Kajian
Implikasi Kepada Guru
Melalui kajian ini, satu dapatan sama ada secara langsung atau tidak langsung telah
dihasilkan sebagai pemangkin kepada usaha guru dan pendidik baik di sekolah mahupun
di institusi pendidikan yang lebih tinggi kepada pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Kaedah-kaedah yang dibina dan disusun dapat membantu guru untuk mencapai
tahap kepakaran dalam sesuatu bidang, khususnya dalam pendidikan muzik.
Kajian ini telah membuktikan akan kepentingan tahap harapn atau ekspetasi guru
dala sesi pengajaran dan pembelajaran mampu menyumbangkan kepada kejayaan dan
62
keberkesanan dalam aspek yang hendak di capai. Dalam kes ini, kejayaan seorang murid
dalam permainan rekoder melalui teknik penjarian mudah yang diterapkan menjadi
sumber rujukan atau kajian lanjutan. Tenaga pendidik harus sedar akan kepentingan nilai
tanggungjawab dan sensitiviti dalam setiap aspek yang digubal agar tidak dikesampingan.
Implikasi Kepada Murid
Murid adalah alat utama yang perlu dipertanggungjawabkan dalam konteks institusi
pendidikan rendah. Setiap murid wajib diberikan pendedahan awal, pengetahuan asas
dan kompleks selain pengalaman bermakna sepanjang tempoh pembelajarannya di
sekolah, khususnya di sekolah rendah. Maka, seseorang guru itu perlu memainkan
peranannya sebagai pendidik agar mereka mampu mendapat dan merasai kesemua aspek
penting di alam persekolahan. Dalam kajian ini, aspek kemahiran bermain alat muzik
rekoder merupakan salah satu elemen yang perlu didedahkan kepada murid seperti
termaktub dalam Dokumen Standard Pendidikan Muzik KSSR.Oleh hal yang demikian,
saya terpanggil dan bertanggungjawab dalam memantapkan kemahiran muzikal mereka
melalui teknik penjarian rekoder. Pelbagai kaedah dan aktiviti yang diperaktikkan dalam
kajian ini sebenarnya berupaya menarik minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan
Muzik. Pendekatan yang mudah dan menarik merupakan perinsip utama dalam amalan
pengajaran guru yang harus diterapkan. Faktor minat terhadap pengajaran guru mampu
mewujudkan daya magnet terhadap murid untuk meminati perkara yang diajarnya. Hal
ini dapat dibuktikan melalui peningkatan keputusan ujian pra dan pos seperti yang
ditunjukkan dalam bab sebelum ini.
63
Pengalaman guru adalah yang terbaik bagi proses pembelajaran seseorang. Kenyataan
yang berbaur pepatah itu harus dipersetujui kerana melalui pengalaman, murid mampu
belajar perkara baharu, di samping mengelak perkara negatif yang pernah dialami
sebelum ini. Bersesuaian dengan empat cabang aspek yang difokuskan dalam Dokumen
Standard Sekolah Rendah yang merangkumi Modul 1 iatu Pengalaman Muzikal, Modul 2
iaitu Penghasilan Muzik, Modul 3 Apresiasi Muzik dan Modul 3 berkaitan dengan
Membaca dan Menulis Notasi Muzik. Murid seharusnya diberikan pengalaman dalam
mana-mana kemahiran muzikal seperti permainan alat muzik selain daripada rekoder.
Maka, Kajian ini diharapkan dapat memberikan pengalaman bermakna kepada murid
sebagai permulaan kemahiran murid dalam permainan rekoder.
Implikasi Kepada Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
Guru besar sekolah memainkan pelbagai peranan dalam usaha untuk meningkatkan
tanggungjawab guru terhadap pelaksanaan kurikulum dan pedagogi. Keputusan kajian ini
menunjukkan beberapa pemboleh ubah yang signifikan telah mempengaruhi pengajaran
dan pembelajaran guru. Guru besar yang bertindak sebagai pemimpin kurikulum dan
pedagogi bertanggungjawab untuk meningkatkan profesionalisme guru-gurunya iaitu
membantu proses perkembangan guru-gurunya untuk mencapai tahap kepakaran dalam
setiap bidang pelajaran yang diajarnya.
Sebagai pemimpin akademik, guru besar bertanggungjawab memastikan guru-
guru mereka ditugaskan untuk mengajar subjek yang tepat kerana ketepatan ini didapati
menyumbang secara langsung kepada prestasi pengajaran guru dan pembelajaran. yang
64
berkualiti dan latihan dalam perkhidmatan yang menyeluruh ialah antara program yang
dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Satu pendekatan bagi perkembangan kakitangan guru ialah dengan mengadunkan
pengalaman pembelajaran guru-guru atau tenaga pengajar dengan amalan harian mereka.
Ini dapat dilakukan dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti di sekolah atau institusi
pendidikan. Aktiviti-aktiviti yang membolehkan guru atau tenaga pengajar berinteraksi
dengan murid-muridnya bukan sahaja dapat memberi peluang mereka meningkatkan
kemahiran bahkan pengetahuan mereka dalam pelbagai keperluan belajar. Oleh itu, usaha
untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah atau tenaga pengajar di institusi pendidikan
haruslah diberi perhatian yang sewajarnya.
Cadangan Kajian Lanjutan
Berdasarkan kepada batasan kajian ini, beberapa syor dicadangkan untuk atau
penyelidikan akan datang berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu, seperti cadangan
demografi dan lain-lain.Kajian ini berbentuk deskriptif bagi mengenal pasti masalah
pembelajaran rekoder dalam kalangan murid Tahun 3. Bilangan sampel kajian dalam
kajian yang dipilih berjumlah kecil selepas melalui ujian saringan yang dilaksanakan
sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Masa kajian ini juga adalah
terbatas. Maka, diharapkan agar cadangan berkaitan aspek-aspek berikut
dipertimbangkan sekali gus dapat dilaksanakan oleh pengkaji atau penyelidik akan
datang.Kajian ini hanya terhad kepada warga sekolah salah sebuah sekolah di daerah Gua
Musang, Kelantan yang membawa maksud guru dan murid sebagai sampel kajian.
65
Namun, saya telah menfokuskan murid sebagai bahan dalam kajian ini tanpa melibatkan
guru. Maka, kajian sama boleh dilaksanakan ke atas kelas-kelas yang terlibat dengan
aktiviti permainan rekoder dalam Pendidikan Muzik. Malahan, penglibatan negeri lain
dalam perlaksanaan kajian ini juga digalakkan bagi mendapat keputusan kajian yang
lebih tekal dan jitu dalam aspek kemahiran penjarian rekoder dalam kalangan murid-
murid Tahun Tiga.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya hanya menfokuskan kepada kemahiran
penjarian rekoder sahaja dalam kajian ini.Oleh itu, kajian ke atas teknik dan kemahiran
asas lain dalam permainan rekoder boleh dilaksanakan untuk mendapatkan hasil yang
lebih padu ke atas permasalahan yang mungkin timbul ke atas murid dalam pembelajaran
rekoder. Antara teknik lain yang disarankan sebagai tajuk kajian lanjutan adalah
berkaitan dengan nyanyian, permainan alat perkusi dan sebagainya.
Faktor demografi yang berbeza turut dicadangkan dan diperluaskan lagi kajian ini
pada masa akan datang. Lokasi kajian dan pembabitan murid yang berbeza dapat
memantapkan lagi pengaplikasian kaedah nombor dan permainan ketingting dalam
pembelajaran dan pengajaran teknik penjarian rekoder pada masa akan datang. Selain itu,
kaedah yang pelbagai seperti kaedah temu bual juga boleh dipraktikkan dalam kajian
akan datang, di samping penggunaan instrumen dan reka bentuk yang berbeza dalam
pengumpulan data kajian, maka dengan adanya kajian lanjutan ini, diharapkan agar
kemahiran penjarian murid dalam permainan rekoder dapat diperkemaskan lagi.
66
Sesungguhnya, guru-guru bertanggungjawab dalam memperbaiki usaha dan
meningkatkan amalan pengajaran mereka Dalam setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran. Maka, pendekatan dan kaedah baharu yang dicetuskan bagi memantapkan
lagi teknik penjarian dalam permainan rekoder ini adalah amat diharapkan. Selain dapat
membuat perbandingan keadah, kajian ini juga dapat menjadi sumber rujukan dalam
penambahbaikan bagi kajian akan datang.
Jesteru itu, kajian dan penyelidikan seterusnya haruslah mengambil kira syor-syor
yang telah dikemukakan bagi memantapkan lagi kemahiran murid dalam permainan
rekoder. Sewajarnya syor-syor tersebut wajar diperrtimbangkan kerana matlamat akhir
kita adalah meningkatkan dan memperkembagkan lagi mata pelajaran Pendidikan Muzik
dalam kalangan murid di sekolah rendah khususnya dalam permainan rekoder.
diharapkan agar cadangan kajian lanjutan ini mampu memberi gambaran yang jelas
kepada para pengkaji dalam perkembangan kemahiran permainan rekoder dalam
kalangan murid-murid.
Rumusan
Perbincangan dapatan kajian ini telah menjelaskan kepada kita betapa keberkesanan
kaedah dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik
berteraskan tujuan dan objektif yang betul mampu memberi kesan positif terhadap
penguasaan murid dalam permainan rekoder menggunakan teknik penjarian yang betul.
Jelaslah bahawa pendekatan yang diamalkan oleh guru sememangnya memberi impak
terbesar dalam pembelajaran murid.Maka, usaha mempelbagaikan kaedah dan
67
pendekatan dalam penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran harus diperhebatkan
lagi bagi memantapkan murid dengan sesuatu kemahiran. Saranan pelaksanaan kajian
dalam kalangan guru dari masa ke semasa yang dianjurkan oleh kerajaan tidak harus
dipandang enteng dan mudah, lebih-lebih lagi dalam konteks penguasaan murid dalam
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Maka, diharapkan agar semua pihak iaitu
pendidik pentadbir dan pihak bertanggungjawab dapat membuat anjakan paradigma
seiring dengan perubahan global dalam bidang pendidikan dan pemesatan kecanggihan
teknologi masa kini.
68
RUJUKAN
C. H. Lee. (2004).Pendidikan Muzik KBSR Tahun 4.Penang : Rhythm Distributor Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka.(2002).Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Johami Abdullah @ Joe Chelliah , (2010).Pendidikan Muzik Kontemporari Edisi Kedua . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2012).Instrumen Pentafsiran Berasaskan Sekolah Dunia Muzik Tahun 3. Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah.Dunia
Muzik Tahun Tiga .Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003) Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2013).Modul Kursus Penyelidikan Tindakan l. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakriah Syed Ahmad. (2009 ). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar.
Nik Shaliza binti Nik Ahmad (2010). Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Rekoder Di Kalangan Murid Tahun Empat di Sekolah Rendah. Kota Bharu : Open University Malaysia.
Khairul Bariah binti Haroen .(2006). Pengenalan Pendidikan Muzik. Selangor Darul Ehsan : Open University Malaysia.
Cikgu Huda.(2009).actionresearch.dilayari 27 September 2015 http://cikguhuda-actionresearch.blogspot.my/2009/05/reka-bentuk-kajian- tindakan.html.
69
LAMPIRAN
Soal Selidik
70
Ujian Diagnostik
71
72
73
Penjarian not dan skor latihan
74