View
71
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
1.0 PENDAHULUAN
1.1 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU/ REFLEKSI SOROTAN
LITERATUR
Pengalaman mengajar sudah 26 tahun mengajar murid Tahap 1, saya rasa pengalaman
selama ini amat berharga buat saya. Perkara ini bermula dengan perubahan sukatan pelajaran
KBSR 1985 yang mudah bagi murid-murid tahun 1 sehinggalah ke zaman era baru KSSR
perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun setiap kali di dalam kelas, ujian atau
peperiksaan,murid yang bijak sering kali membuat kesilapan dan cuai dalam penggunaan
huruf besar.
Seringkali menjadi persoalan saya, setiap kali para guru membuat latihan dan ujian bulanan
adalah ‘Salin semula ayat-ayat berikut dengan menggunakan tanda baca yang sesuai’. Saya
sering mendapati kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung
telah mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut
setiap kali ujian diadakan. Perkara ini telah terbukti setelah saya membuat analisa item
soalan. Soalan-soalan yang banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid adalah
soalan salin semula ayat dengan menggunakan tanda baca dengan betul. Murid-murid
menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar sekurang-kurang di permulaan ayat dan nama
khas, maka secara tidak langsung kehilangan markah yang amat ketara. Berdasarkan
pemerhatian saya semasa pengajaran dan pembelajaran, punca utamanya ialah sikap murid
yang menganggap bahawa penggunaan huruf besar tidak penting dan kurang faham akan
penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menggunakan “teknik
bulatan” bagi membantu dan mengatasi masalah kurang pemahaman murid dengan
penggunaan huruf besar.
2.0 ISU KEPRIHATIAN / FOKUS KAJIAN
Sewaktu mata pelajaran Bahasa Malaysia, saya mendapati murid-murid masih lagi lemah
dan murid-murid yang pandai pun sering kali membuat kesalahan dalam penggunaan huruf
besar, terutama dalam menulis jawapan kefahaman, menyalin ayat dengan tanda baca yang
betul , menyusun semula ayat dengan urutan yang betul dan sebagainya. Sebagai seorang
guru yang mengajar murid Tahun 2 Effective saya dapat mengesan pencapaian mereka.
Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar amat penting
dalam aktiviti penulisan. Peratus markah dalam subjek Bahasa Malaysia nanti akan terjejas.
Merujukan Sukatan KBSR Bahasa Malaysia Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan terdapat
kemahiran menulis menitik beratkan tanda baca dan penggunaan huruf besar.
Contoh: Pembelajaran Kemahiran Menulis.
3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.
3.2.6-Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas.
3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
3.3.3-Membina dan menulis jawapan dalam bentuk ayat mudah dengan betul berdasarkan
soalan.
3.8 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
3.8.1 Mengeditkan perkataan dalam ayat daripada ejaan dan tanda baca.
3.8.2 Mengeditkan dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda
baca.
Apa yang harus saya lakukan ?
Saya harus membantu murid untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman penggunaan
huruf besar melalui “ Teknik Bulatan” yang dirancangkan. Saya harus fikirkan sesuatu
penilaian yang berfokus berdasakan kriteria yang kebolehtadbiran dan mempunyai
kepentingan bagi membantu guru-guru dengan menggunakan “Teknik Bulatan” dapat
menjadi model bagi guru-guru untuk mangatasi masalah murid-murid.tentang kelemahan
mereka dalam kemahiran penggunaan huruf besar di sekolah nanti. Disamping itu teknik
bulatan juga mempunyai kawalan tentang penggunaannya dari segi kolaborasi dan diterima
kerelevanan kepada pihak sekolah dari segi pencapaian prestasi murid-murid dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Umum
i. Meningkatkan kemahiran dalam penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.
3.2 Objektif Khusus
i. Meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan kata
nama khas.
ii. Mengukuhkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.dengan
menggunakan “Teknik Bulatan”.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan murid-murid daripada Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting,
Kelas yang saya pilih untuk membuat kajian ini ialah kelas Tahun 2 Effective yang terdiri
daripada 38 orang , 20 orang perempuan dan 18 orang lelaki. .Mereka mempunyai
pencapaian yang rendah (kurang dari 40 markah) dalam ujian bulan Mac yang lalu. Dalam
analisis item soalan, kesalahan yang lebih ketara sekali yang dilakukan oleh murid-murid
ialah penggunaan huruf besar dan tanda baca. Saya mengambil keputusan untuk
menggunakan “Teknik Bulatan” untuk mengatasi kelemahan murid-murid dalam penggunaan
huruf besar. Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 , sudah
tentu menjadi tanggungjawab saya untuk mengatasi masalah kelemahan murid-murid tentang
penggunaan huruf besar dalam penulisan.
5.0 TINDAKAN
5.1 PROSEDUR TINDAKAN
Prosedur tindakan kajian yang saya akan buat berdasarkan pendapat Lewin (1946; 1948)
merupakan orang pertama yang mewujudkan kodifikasi (codification) tentang prosedur
menjalankan kajian tindakan. Beliau menyarankan prosedur itu sebagai mempunyai 4
peringkat utama, iaitu:
i. Merancang
ii. Bertindak
iii. Memerhati; dan
iv. Merefleks
Peringkat seterusnya melibatkan pungutan fakta-fakta untuk memantau dan menilai
intervensi itu, iaitu bertindak sebagai penialaian formatif. Lewin (1948) menyatakan
bahawa kesemua ini boleh diwujudkan sebagai satu proses gelungan (spiral)
yangmengandungi perancangan, tindakan, pencarian fakta tentang hasil (outcome)
tindakan yang diambil itu. Zuber-Skerritt (1996) menyarankan bahawa proses gelungan
dalam kajian tindakan sebagai mempunyai i.perancangan strategik; ii. Melaksanakan
pelam; iii. Memerhati, menilai dan menialai sendiri; iv. Refleksi kritikal dan refleksi
sendiri ke atas keputusn (i) dan (iii) dan membuat keputusan tentang gelungan kajian
seterusnya.
McNiff (2002) mencadangkan 8 langkah dalam model kajian tindakan beliau, iaitu;
i. Mengkaji semula amalan semasa (refleksi);
ii. Mengenal pasti satu aspek yang hendak dikaji;
iii. Membayangkan langkah seterusnya (merancang),
iv. Mencuba tindakan/kaedah baru (melaksana),
v. Memantau dan mereflek apa yang berlaku (memerhati);
vi. Mengubah pelan berdasrkan apa yang telah dijumpai,apa yang berlaku dan
meneruskannya.
vii. Menilai tindakan yang telah diubah itu; dan
viii. Menruskan sehingga anda berpuas hati dengan kerja anda (mengulangi
gelungan).
(McNiff, 2002)
5.2 Proses Kajian Tindakan
Proses kajian tindakan oleh ditunjukkan sebagai gelung spiral iaitu satu isu akan menjadi
asas kepada satu isu lain dan satu persoalan yang terjawab akan menjana persoalan-
persoalan baru. Kajian Tindakan melibatkan gelung spiral yang bermula daripada proses
mereflek, diikuti oleh proses merancang, bertindak dan memerhati.Setiap proses pula
mempunyai aktiviti tertentu seperti yang digambarkan dalam Rajah 2.2.
RAJAH 2.2 : PROSES KAJIAN TINDAKAN
GELUNG 1
GELUNG 2
TINJAUAN AWAL-Pengumpul awal data bagi mengesahkan isu/masalah sebenar-Mengenal pasti focus masalah yang menjadi keperihatianan
TERUSKANKE GELUNG
SETERUSNYA(JIKA PERLU)
5.3 Merancang dan Melaksanakan Tindakan
5.3.1 Tinjauan Awal masalah
Semasa membuat tinjauan awal, saya telah mengumpul data dan menggunakan beberapa
instrument kajian. Ia bertujuan untuk mendapat gambaran awal tentang sesuatu masalah
disamping membantu saya memahami masalah yang telah dikenal dengan lebih
mendalam. Sebelum merancang,saya perlu mengenalpasti masalah yang terdapat dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka. Saya boleh mengutip data dengan menggunakan
pelbagai kaedah, contohnya dengan menggunakan soal selidik, menjalankan temubual,
membuat pemerhatian, menjalankan ujian pra, membuat analisis dokumen (hasil kerja
murid, jadual kedatangan, rekod keputusan ujian//peperiksaan, rekod latar belakang
murid dan sebagainya).
Contoh:
Saya telah membuat pemerhatian daripada pemeriksaan buku latihan murid,
menganalisis markah Ujian Bulan Mac sertamerta semasa menjalankan aktiviti dalam
kelas, saya dapati laithan kerja salin semula ayat dengan menggunakan huruf besar
masih tidak dituliskan dengan betul. Mereka masih agi keliru tentang penggunaan huruf
besar. Contohnya: pak abu pergi kerja dengan menaiki kereta. Seharusnya murid-murid
menulis ayat macam ini. Pak Abu pergi kerja dengan menaiki kereta.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat ini, saya membuat rumusan bahawa sesuatu
pelu dilakukan terhadap murid-murid tahun 2 Effective ini untuk membantu mereka
memantapkan penulisan ayat khasnya penggunaan huruf besar dalam penulisan mereka.
5.3.2 Analisis Tinjauan Awal Masalah
Data yang telah dikumpul perlu dinalisis untuk mengenal pasti masalah-masalah yang
dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana masalah-masalah itu
disenaraaaikan mengikut keutamaanya. Antara masalah-masalah diberi keutamaan adalah
seperti berikut:
i. Masalah yang mengongkong kemajuan pembelajaran murid.
ii. Masalah yang menjadi penghalang kepada keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
iii. Masalah yang memerlukan tindakan penyelesaian segera.
Setelah masalah dikenal pasti, saya perlu membuat huraian dari data yang dianalisis dan
persembahkan data dalam bentuk yang sesuai seperti jadual, carta dan sebagainya.
Contoh:
Berdasarkan Ujian Bulan Mac, buku latihan murid serta permerhatian saya dibilik
darjah, saya dapati ramai murid tidak menulis ayat menggunakan huruf besar dengan
betul. Berikut adalah analisis penulisan ayat mengikut format subject-verb agreement.
Jadual 5.1: Analisis penulisan ayat menggunakan huruf besar mengikut format
subject-verb. Agreement.
Nama Menepati Tidak menepati Nama Menepati Tidak
menepati
Murid 1 x Murid 9 x
Murid 2 x Murid 10 x
Murid 3 x Murid 11 x
Murid 4 x Murid 12 x
Murid 5 x Murid 13 x
Murid 6 x Murid 14 x
Murid 7 x x Murid 15 x
Murid 8 x x Murid 16 x
Berdasarkan analisis di dalam Jadual 5.1 di atas, hanya 6 (37.%%) orang murid yang
menjawab menepati menggunakan huruf besar dengan betul di dalam Ujian Mac dan
Buku latihan. Agak menyedihkan apabila saya dapati seramai 10 orang (62.5%) orang
murid tidak menepati apa yang dikehendaki. Mungkin murid-murid ini tidak memahami
dengan baik dan keliru dengan konsep subject-verb-agreement.
5.4 Merancang Tindakan
Merancang tindakan atau intervensi bagi mengatasi masalah yang difokuskan merupakan
proses merancang aktiviti-aktiviti intervensi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah
yang telah dikenal pasti sebagai fokus kajian saya.
Bagi menentukan tindakan intervensi yang hendak dijalankan beberapa perkara berikut
perlu diberi perhatian iaitu:
i. Memastikan matlamat tindakan intervensi selaras dengan objektif kajian.
ii. Menentukan tempoh pelaksanaan bagi setiap aktiviti.
iii. Mengenal pasti bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti.
iv. Menyemak buku latihan untuk menilai tahap perkembangan murid dalam
menguasai kemahiran berkenaan dan dicatat.
v. Menetapkan cara pemantauan dan kaedah penilaian bagi menentukan
keberkesanan tindakan intervensi yang dijalankan seperti ujian, soal selidik, temu
bual, pemerhatian, analisis dokumen dan sebagainya.
vi. Meletakkan penanda aras pencapaian minimum tindakan intervensi untuk
mengesankan keberkesanannya.
vii. Menyediakan borang soal selidik untuk diberikan kepada murid bagi
mendapatkan jawapan yang tepat dan jujur.
5.4.1 Tindakan dan aktiviti yang dirancang
Tindakan yang dicadangkan ialah Teknik Bulatan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia telah dirancang bagi menangani masalah
murid-murid agar dapat mengingati cara penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat.
Antara aktiviti tersebut ialah:
i. Menggunakan Teknik Bulatan dalam melengkapkan ayat dengan menggunakan
huruf besar.
ii. Mengecam penggunaan huruf besar dengan menanda bulatan pada ayat .
iii. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang
bertanda bulatan.
iv. Menyediakan soalan-soalan yang berfokuskan kepada kemahiran yang lebih
khusus dalam penggunaan huruf besar dalam ayat Bahasa Melayu.
v. Mengadakan ujian pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mengenal
pasti keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.
5.4.2 Merancang Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan
1. Mengenal pasti masalah dan pengumplan data 11Mac 2012
2. Menulis proposal Kajian 12 Mac 2012
3. Merancang Tindakan (individu/panitia) 18 Mac 2012
4. Melaksanakan tindakan-Aktiviti 1 23 Mac 2012
5. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1
(dalam panitia)
27 Mac 2012
6. Melaksanakan tindakan-Aktiviti 2 5 April 2012
7. Membincangkan masalah timbul dalam tindakan 2
(dalam panitia)
8 April 2012
8. Melaksanakan tindakan-Aktiviti 3 10 April 2012
9 Membincangkan masalah timbul dalam tindakan 3
(dalam panitia)
12 April 2012
10. Ujian untuk mengesan pencapaian murid 15 Mei 2012
11. Refleksi Kajian 20 Mei 2012
12. Menulis laporan Kajian 21 Mel 2012
13 Pembentangan dapatan kajian 24 Mei 2012
6.0 CARA MENGUMPUL DATA
6.1 Kaedah Pengumpulan data
Kajian tindakan memerlukan asas empirical yang kukuh untuk membolehkan tindakan
yang tepat dijalankan. Oleh itu, pengumpulan data yang sahih amat penting. Dalam
kajian tindakan, guru memungut data menggunakan instrument seperti berikut:
1. Pra ujian / Ujian Pengesanan
2. Soal selidik
3. Temu bual
4. Pemerhatian
5. Ujian
Selain daripada itu, data juga boleh diperoleh daripada Analisis Dokumen.
6.2 Pra Ujian /Ujian Pengesanan
Untuk mengenal pasti murid-murid yang bermasalah saya akan membuat satu Pra Ujian
untuk mengesan murid-murid yang lemah dalam kemahiran penggunaan huruf besar
dalam penulisan, salin balik ayat dengan menggunakan huruf besar dengan betul kepada
murid kelas 2 Effective. Hasil daripada ujian itu nanti saya akan dapat mengenal pasti
murid-murid yang betul-betul bermasalah dalam penggunaan huruf besar.
Aktiviti dijalankan seperti berikut:
Item 1:
1. Membaca ayat mudah dan lengkapkan dengan penggunaan huruf besar.
2. Mengesam penggunaan huruf besar dengan menanda bulatan pada ayat tersebut.
3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang
bertanda bulatan.
Item 2
1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.
2. Salin semula ayat dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai.
(Huruf besar ditanda bulatan pada permulaan ayat sahaja ).
Item 3
1. Membaca ayat-ayat mudah yang diberi tanpa huruf besar.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat
yang sesuai. ( Huruf besar ditanda bulatan untuk memudahkan murid mengecam
huruf besar)
6.3 Soal Selidik
Soal selidik digunakan untuk mendapatkan persepsi responden kajian terhadap
keberkesanaan kajian tindakan. Soal Selidik ini mengandungi 5 item.
CONTOH SOAL SELIDIK:
Soalan Selidik Kajian Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia
Arahan: Tandakan (/) atau tulis ruang yang berkenaan.
1 Pada tahun persekolahan yang lalu, adakah ibu bapa anda berbincang Ya Tidak
a) dengan guru Bahasa Malaysia berkenaan pembelajaran Bahasa Melayu?
b) dengan anda berkenaan masalah pembelajaran Bahasa Malaysia yang dihadapi ?
c) dengan anda tentang pencapaian Bahasa Malaysia anda ?
Bagi soalan 2 isikan ruang berkenaan berdasrkan skala berikut:
1. Tidak Pernah 2.Jarang 3. Kadang-Kadang 4. Selalu
2 Di rumah, bapa saya Skala
a) memastikan saya menyempurnakan kerja rumah bahasa Malaysia yang ditugaskan
b) menolong saya dalam kerja rumah jika saya menghadapi sebarang masalah.
c) memberi hadiah jika saya mendapatkan gred A dalam Bahasa Malaysia.
3 Maklumat asas murid Lelaki Perempuan
1. Jantina
2. Pencapaian Bahasa Melayu : Gred A B C D
Amat Amat
3.Pengetahuan dalam Bahasa Malysia: Baik Baik Sederhana Lemah Lemah
a) Bapa
b) Ibu
4 Taraf Pendidikan: Sarjana Ijazah Diploma STPM SPM
a) Bapa
b) Ibu
5 Pekerjaan:
a) Bapa ( ) Kakitangan kerajaan ( ) Kakitangan swasta
( ) Tiada pekerjaan ( ) Lain-lain (nyatakan)
b) Ibu ( ) Kakitangan kerajaan ( ) Kakitangan swasta
( ) Tiada pekerjaan ( ) Lain-lain (nyatakan)
6.4 Temu Bual
Dalam kajian ini, saya telah menemu bual 3 orang responden yang petah bercakap.
Dalam temu bual ini, soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan
keberkesanan Teknik Bulatan yang dilaksanakan. Temubual ini dilaksanakan selepaskan
selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.
Contoh soalan temu bual adalah seperti berikut:
(i) Apakah pandangan anda terhadap teknik bulatan yang cikgu gunakan semasa
mengajar dalam penulisan ayat denganmenggunakan huruf
besar ?
(ii) Adakah kamu rasa cara ini dapat membantu kamu menulis ayat dengan
menggunakan huruf besar dengan betul ?
(iii) Apakah cadangan kamu untuk membantu cikgu memperbaiki teknik bulatan yang
cikgu gunakan semasa pengajaran tadi ?
Jadual 6.4: Teknik Utama Temu Bual
Teknik Temu Bual Ciri Utama
Berstruktur Soalan disediakan terlebih dahulu dan temu bual dilaksanakan secara formal
Separa Berstruktur Cuma soalan utama disediakan. Soalan susulan berdasarkanjawapan informan.
Tidak Berstruktur Temu bual dijalankan secara tidak formal dengan menggunakan soalan terbuka. Hal ini bertujuan meneroka idea atau perasaan informan.
Untuk menjayakan sesi temu bual, panduan yang saya gunakan adalah seperti berikut:
Tentukan keadaan/suasana yang selesa semasa temu bual.
Pilih masa yang sesuai
Bina hubungan (raport) dengan murid-murid.
Sekiranya perlu, minta kebenaran murid-murid untuk merakamkan sesi temu bual.
Berikan tempoh masa yang sesuai kepada murid-murid untuk menjawab.
6.5 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal.
Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan pemboleh
ubah atau aspek yang dikenal pasti. Pemerhatian perlu dijalankan secara sistematik.
Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan mencatat nota tentang apa yang berlaku di bilik
darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya bagaimana guru dan
bagaimana reaksi murid semasa pengajaran.Teknik yang yang saya akan gunakan untuk
memerhatikan tingkahlaku murid-murid iaitu melalui dua cara:
a) Berstruktur
b) Tidak Berstruktur
a) Pemerhatian Berstruktur
Dalam pemerhatian berstruktur aspek yang hendak diperhatikan dikenal pasti terlebih
dahulu. Saya akan memerhati, mendengar dan merekodkan maklumat berdasarkan set
aktiviti yang telah dikenal pasti. Pemerhatian berstruktur dilakukan dengan menggunakan
senarai semak seperti yang jelas ditunjukkan pada bab penganalisisan data.
b) Pemerhatian Tidak Berstruktur
Dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti atau aspek yang telah dikenal pasti.
Saya perlu menentukan fokus pemerhatian. Fokus ini termasuk tingkah laku murid, body
language semasa pengajaran dan pembelajaran seorang murid atau sekumpulan murid
dan pergerakan dalam bilik darjah. Saya juga perlu menentukan tingakah laku murid
yang ada kaitan dengan isu yang dikaji.
Semasa menjalankan pemerhatian tidak berstruktur, saya boleh meneliti perkara-perkara
seperti yang ditunjukkan pada Rajah 6.5 berikut:
PESERTA
LATAR/ SETTING
TUJUAN
PERLAKUAN SOSIAL
KEKERAPAN & JANGKA
LUKIS RAJAH
Rajah 6.5: Proses dalam Pemerhatian Tidak Berstruktur.
Subjek yang hendak diperhatikan termasuk umur, jantina,kelas dan sebagainya.Hubungan antara murid (akan, saudara dsb).Bilangan murid.
Rupa/bentuk latar seperti susunan kerusi meja,kedudukan murid,papan hitam, OHP,projector LCD
Sebab murid berkumpul.Matlamat anatara murid, sama ada selaras atau bercanggah
Apa yang dibuat?Apa pendorongnya ?Apa kegiatannya?Kadar/ kualiti pelakuanKesan
Bila berlaku ?Berapa kali?Berulang atau tidak ?Mengapa berulang (suasana yang menyebabkannya berulangan) ?
Kedudukan muridMeja guruPintu , tingkapPancaran matahari , dsb
6.6 UJIAN
Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan
mengesan kefahaman murid terhadap penggunaan huruf besar dalam kemahiran menulis
yang dipelajari. Ujian boleh dijalankan secara lisan ataupun bertulis (pada kertas Ujian).
Ujian digunakan untuk membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas sesuatu
rawatan atau program intervensi dijalankan.
Keputusan yang diperoleh daripada boleh ujian boleh menjadi satu indikator yang baik
tentang pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang
telah diajar kepada murid.
7.0 DAPATAN /ANALISIS DAN INTERPRASI DATA
Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, hasil dapatan saya
peningkatan dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan dan
dapat mengurang kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar terutamanya untuk
item 1, item 2 dan item 3.
Murid yang seringkali membuat kesilapan dapat di atasi dengan penggunaan huruf besar
ditanda bulatan dipermulaan ayat. Disamping itu saya telah membuat satu ujian
pencapaian yang lain untuk mengesan sejauhmana keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
Analisis Pencapaian adalah seperti berikut:
MARKAH PENCAPAIAN
UJIAN
PENGESANAN ITEM 1 ITEM 2 ITEM 3
UJIAN
PENCAPAIAN
20-16 22 % 100% 100% 96% 95%
15-10 22% 0% 4% 4% 2.5%
9 - 6 26% 0% 0% 0% 2.5%
5 - 0 30% 0% 0% 0% 0%
Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir.
7.1 ANALISIS DOKUMEN
Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan
kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada
guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Contoh dokumen yang boleh
digunakan:
i. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.
ii. Rancangan Mengajar Harian.
iii. Buku teks dan buku rujukan
iv. Kertas peperiksaan dan ujian bulanan
v. Tugasan dan buku latihan murid.
vi. Rekod pencapaian atau rekod adab
vii. Minit mesyuarat Panitia
viii. Jadual Kedatangan Murid
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya akan mengekalkan kaedah “ Teknik Bulatan” ini untuk pengajaran saya pada masa
hadapan kerana teknik bulatan sangat berkesan dan paling mudah untuk mengajar kemahiran
penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. Pendedahan awal awal adalah perlu supaya
murid tidak menghadapi msalah bila berada di tahap dua nanti. Kaedah ini juga boleh
mengingat daya ingatan murid dalam penggunaan huruf besar dan tanda baca dalam
penulisan ayat.
9.0 REFLEKSI KAJIAN
9.1 Penilaian Pencapaian Pelajar
Kesemua aktiviti yang dirancangkan telah berjalan dengan lancar. Murid didapati lebih
berkeyakinan diri dan juga telah menunjukkan minat dan peningkatan yang positif untuk
belajar. Latihan latih tubi masih perlu menggunakan tanda bulatan pada huruf besar tanpa
arahan daripada guru lagi. Di dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah(PKSR 1,2,3
dan 4,2011) yang lalu, hanya 4 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar pada
permulaan ayat untuk soalan Bahagian C iaitu “Salin semula ayat dibawah dengan
menggunakan tanda baca yang betul. 4 orang daripada murid tersebut adalah murid linus.
Soalan ujian pertengahan dan akhir tahun disediakan oleh Majlis Guru Besar Daerah Kubang
Pasu, Jitra Kedah. Markah yang diperolehi murid tidak berapa cemerlang tetapi dapat
membantu murid yang lemah untuk mendapat gred B dan Gred C . Sekurang-kurangnya
murid dapat lulus dalam ujian Bahasa Malaysia.
9.2 Rumusan Pemerhatian
Sikap murid kurang menumpukan perhatian , tidak ikut arahan dan tidak faham arahan ,
serta sikap tidak ambil berat, kurang keyakinan diri, cuai dan suka tergesa-gesa membuat
latihan dan tanpa berfikir panjang akan melakukan kesilapan menggunakan huruf besar
ditempat yang sepatutnya dapat dikurangkan. Sebagai seorang guru mata Pelajaran Bahasa
Malaysia, guru mata pelajaran dapat membantu pencapaian murid untuk meningkatkan
peratus kelulusan prestasi Bahasa Malaysia. Kesemua program aktiviti yang dijalankan
banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-murid
tersebut. Saya bercadang akan meneruskan program ini dan menambahbaikkan supaya dapat
mengembangkan idea untuk guru-guru yang mengajar Bahasa Malaysia .
10.0 PENUTUP
Matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang
serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan
murid-murid menguasai kemahiran asas 3M. Jadi adalah menjadi tanggungjwab kita untuk
memikul amanah tersebut. Walaupun banyakan kekangan masa dan bebanan tugas semakin
bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Sebagai seorang guru kita buat semampu
yang mungkin supaya semua murid dapat menguasai huruf besar selaras dengan Visi dan Misi
pendidikan berkualiti dan selaras beraskan Kurikulum Pendidikan kebangsaan.
BIBLOGRAFI
Asmah Omar. (1991). Kemahiran berbahasa. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Buku latihan dan aktiviti bahasa Melayu Tahun 2, Dewan Bahasa dan Pustaka
Buku panduan pelaksanaan Program Pemulihan Khas.jabatan Pendidikan Khas.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, Unit Perkembangan Kurikulum Kementeian Malaysia,2003
Manual kajian Tindakan, Bahagaian Perancangan dan Penelidikan Dasar Pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
McNiff, J. (1988). Action Research: Principles and Practice. London: Routledge.
LAMPIRAN 1
CONTOH : BORANG SKOR ITEM
SALIN SEMULA AYAT DENGAN MENGGUNAKAN HURUF BESAR
BILNAMA UJIAN
1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 PENCAPAIAN1 AHMAD ASYRAF HAKIMI BIN M. NORULKHAKIM2 AMMAR BIN NAJMUDDIN3 MOHAMAD AIDIL ADHA BIN MOHAMAD SOBRI4 MOHAMAD NURHIDAYAT BIN MOHAMAD RIZAL5 MOHD ARIF ZAFRAN BIN MOHD SABRI 6 MOHD MUSTAQIM BIN MOHAMAD7 MUHAMAD AIMAN BIN AZMI8 MUHAMMAD ABDUL RASYID BIN RUMLI9 MUHAMMAD AIDIL HAIKAL BIN ASRI10 MUHAMMAD ARIF HAIKAL BIN SHAHRUL AMER11 MUHAMMAD DANIEL HAKIM BIN HISHAM12 MUHAMMAD DANISH BIN IZAMRUL HELMI13 MUHAMMAD FARIS BIN PUZIL14 MUHAMMAD HAIRUL HAFIZ BIN HASBOLLAH15 MUHAMMAD RAIMI HAZIQ BIN HARUN16 MUHD DANIAL AFIF B. MOHD FISOL17 MUHAMMAD SYAFIQ BIN SHAMSHARIZAL18 CHALEEDA A/P PERAK KEROF19 NOOR SHAMILA BINTI RAMLE20 NOR ELIYANA NATASHA BINTI KAMARUDIN21 NOR FARHANA NADHIRAH BINTI ROSLAN22 NUR AINA SYAHIRAH BINTI MOHD RADZI23 NUR AINNATASYA BINTI ABDUL WAHAB24 NUR ATHIRAH BINTI AZMAN25 NUR AZALIEYA EISHA BINTI SUKOR26 NUR AZLINA BINTI ZULKIFLI27 NUR FAIZATUL HUSNA BINTI MOHD ZAMRI28 NUR LIYANA BINTI MD NASER29 NUREEN AISYA MALISSA BINTI SURA PUTRA
KEMAHIRAN MENULIS AYAT
30 NURUL INSYIRAH BINTI MOHD ISMAIL31 NURUL AFIQAH BINTI ZULKIFLI32 MUHD IQBAL BIN YAACOF
LAMPIRAN 2
UJIAN PENGESAN
Salin semula ayat di bawah ini menggunakan huruf besar ditempat yang sesuai.
1. h ari a had yang lalu kami sekeluarga pergi ke p erlis.
…………………………………………………………………………………………
2. a hmad dan a bu sedang bermain bola di padang.
…………………………………………………………………………………………
3. e ncik i mran bekerja sebagai doktor.
………………………………………………………………………………………..
4. b liau bertugas di h ospital k uala l umpur.
……………………………………………………………………………………….
5. n ama kucing m aisara ialah s i p utih.
………………………………………………………………………………………….
LAMPIRAN 3
UJIAN PENCAPAIAN
Nama : ………………………………………………………………..
Kelas : Tahun 2 Effective
Item 1:
Salin semula ayat dibawah dengan tanda baca yang betul.
1. d atuk belikan saya basikal merah.
……………………………………………………………………….
2. a hmad suka makan biskut rasa coklat.
………………………………………………………………………
3. n enek beli ikan dan sayur di pasar.
………………………………………………………………………
4. p ak c ik m an bekerja sebagai doktor gigi.
………………………………………………………………………
5. i bu masak kari ikan bawal.
………………………………………………………………………
(10 markah)
LAMPIRAN 4
Item 2:
Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.
1. sudin johan acara lumba lari.
……………………………………………………………………………………..
2. kakak siram pokok bunga ros.
……………………………………………………………………………………..
3. ayah pergi ke kuala l umpur.
……………………………………………………………………………………..
4. emak pergi ke pasar dengan adik.
…………………………………………………………………………………….
5. a bu, a hmad dan b akar bermain bola sepak.
…………………………………………………………………………………….
LAMPIRAN 5
Item 3
Salin semula petikan dengan huruf besar yang betul.
i ni keluarga m ajid.
e mak majid sedang mencuci pinggan mangkuk.
k akak sedang memotong ikan dengan pisau.
b apa mengangkat air dengan baldi.
m ajid suka menolong emaknya menyapu sampah.
a diknya pula sedang bermain anak patung.
k eluarga m ajid hidup bahagia.
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………................................
………………………………………………………………………………………………