View
125
Download
1
Category
Preview:
DESCRIPTION
soalan
Citation preview
Amran Bakar
17
Soalan Topikal ( Kata Ganda)Soalan 1- 10Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai
1Suasana menjadi __________ setelah bekalan elektrik terputus di kawasan perumahan itu.
Agelapgelita
Bkelamkabut
Clintangpukang
DTerang- benderang
2Datuk meletakkan __________ di tengah sawah padi untuk menghalau burung yang suka makan padi.
Apatung-patung
Bpohon-pohon
Corang-orang
Dsibu-sibu
3Bot nelayan itu _________ di tengah laut apabila dipukul ombak.
Ateroleng- oleng
Bterkapai- kapai
Cterhuyung-hayang
Dterkontang-kanting
4_________ saya melecur apabila menghirup kuah sup yang baru direneh oleh ibu.
AJejari
BSesiku
CLelangit
DRerambut
5Rambut adik __________ selepas bangun daripada tidur.
Acompang camping
Bcomot momot
Cserbah serbih
Dkusut masai
6Seekor pelanduk lari __________ apabila dikejar oleh seekor singa.
Alintang- pukang
Bgopoh-gapah
Ckelam-kabut
Dkucar-kacir
7Perasaan para peserta pertandingan itu __________ menunggu keputusan para hakim.
Aberdecit-decit
Bberdebar- debar
Cberdenyut-denyut
Dberdentam-dentum
8Pramugara yang bertugas di dalam kapal terbang _________ belaka.
Agagah-gagah
Bkuat-kuat
Clawa-lawa
Dsegak- segak
9Rumah itu dipasang dengan __________ pada tingkap untuk menjamin keselamatan.
Ajejari
Bkekisi
Csesiku
Dkekuda
10Fikirlah perkara ini __________ sebelum kamu membuat keputusan, kata ayah kepada abang.
Abulat-bulat
Bcepat-cepat
Cbenar-benar
Dmasak-masak
Soalan Topikal ( Penjodoh Bilangan)
Soalan 1- 10
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai
1Danish menebar __________ jala untuk menangkap ikan.
Asehelai
Bsekeping
Cserawan
Dselembar
2Pengacara majlis memulakan majlis dengan _________ pantun.
Asebaris
Bsepatah
Cselembar
Dserangkap
3Dua ________ tembakan polis berjaya menewaskan se _________ perompak.
Adas ... orang
Blaras ... pasukan
Cbutir ... kumpulan
Dpucuk ... gerombolan
4Dia berasa sakit perut selepas makan __________ nangka di kantin pagi tadi.
Asebiji
Bseketul
Csecubit
Dseulas
5Beberapa __________ anggur dan _________ pisang dijual oleh Pak Ali dengan harga yang berpatutan.
Atongkol ...tandan
Bgugus ... sisir
Cbiji ... tandan
Dlonggok ... ikat
6Ibu menyalakan _________ ubat nyamuk sebelum tidur.
Asebatang
Bsegelung
Cselingkar
Dsegulung
7Ayah memotong tebu itu kepada beberapa _________ untuk diberikan kepada adik - adik
Aruas
Bbatang
Cberkas
Dtangkai
8Danish membawa _________ kayu api sementara Daniel memadam beberapa ________ kayu api.
Asepohon ... puntung
Bselonggok ... batang
Cseberkas ... seberkas
Dseberkas ... puntung
9Se _________ tentera sedang berkawat di padang itu.
Akawan
Bpasukan
Ckumpulan
Dgerombolan
10Gulai itu cukup perisa apabila ibu menambah se________ garam ke dalam gulai itu.
Abiji
Bbutir
Ccubit
Dketul
Jawapan Kata Ganda:1. A
2. C
3. A
4. C
5. D
6. A
7. B
8. D
9.B
10. D
Jawapan:
1. C
2.D
3.A
4.D
5.D
6.C
7.A
8.D
9.B
10.C
Recommended