View
244
Download
6
Category
Preview:
DESCRIPTION
pati
Citation preview
8/7/2015 KAWALAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA
http://www.moha.gov.my/index.php/ms/kenyataanmediaakhbar/1976kawalanpekerjaasingdimalaysia 1/2
Carian...
Kenyataan Media/Akhbar KAWALAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA
DATO’ SRI MOHAMAD KHALID B. HJ SHARIFF
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI
PUTRAJAYA, 21 NOVEMBER 2014
Kerajaan ketika ini membenarkan lima sektor untuk menggajikan pekerja asing iaitu perkilangan, pembinaan, pertanian, perladangan dan perkhidmatan daripada 15negara sumber seperti Thailand, Kemboja, Nepal, Myanmar, Laos, Vietnam, Filipina, Pakistan, Sri Lanka, India, Indonesia, Bangladesh dan lainlain negara.
Untuk memastikan kehadiran mereka di negara ini memenuhi keperluan pekerjaan, Kerajaan sentiasa memberi perhatian yang serius di dalam memantau pihakberkenaan. Ini termasuk dalam membendung kegiatan jenayah yang melibatkan warga asing sama ada yang datang untuk melancong atau yang berkerja ke negara ini.
Kerajaan melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu melibatkan pelbagai jabatan antaranya seperti polis, Jabatan Imigresen, Pihak Berkuasa Tempatandan lainlain. Walaupun perangkaan jenayah yang dilakukan oleh warga asing ini boleh dianggap kecil iaitu hanya 11.2% jika dibandingkan keseluruhan jenayah Indeksbagi seluruh Negara, namun Kerajaan membuat tindakan untuk membendung semua kemungkinan bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian rakyat tempatan.
Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah merangka pelan dan tindakan jangka pendek dan jangka panjang untuk menanganikehadiran pekerja asing tanpa izin (PATI) ke dalam negara. Tindakan jangka pendek dan berterusan telah dilaksanakan secara Operasi Bersepadu yang bermula padapada Januari 2014 sehingga 20 November 2014, JIM telah melaksanakan operasi seperti berikut:
i) 4,942 premis dan 87,348 warga asing telah diperiksa
ii) 27,161 PATI telah ditangkap
iii) 466 majikan ditahan
Secara umumnya, terdapat empat kesalahan utama yang dilakukan oleh PATI seperti tiada Pas / Permit yang sah, tingggal lebih masa, melanggar Syarat Pas danmenggunakan Pas/ Dokumen Palsu.
Kesalahan Tanpa Pas/ Permit merupakan kesalahan tertinggi yang ditangkap melibatkan 70.3% daripada keseluruhan jenis kesalahan manakala warganegara Indonesiamencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu 36.4% daripada jumlah keseluruhan tangkapan PATI. Sebanyak 466 majikan telah ditangkap di mana kesalahan tertinggiyang dicatatkan adalah melibatkan kesalahan melindungi PATI iaitu sebanyak 252 kes (54.1%). Seramai 59,765 warganegara asing yang melakukan pelbagai kesalahantelah diusir keluar di mana warganegara Indonesia mencatatkan jumlah paling ramai yang diusir iaitu 24,614 (41.2%).
Bagi tujuan jangka panjang untuk menangani masalah PATI, penumpuan diberikan kepada aspek pemantapan dasar, peraturan Standard Operating Procedure (SOP)/sistem sedia ada. Kerajaan juga melaksanakan pendekatan bersepadu bersifat cross cutting meliputi pelbagai kementerian / Jabatan Persekutuan, Kerajaan Negeri danPihak Berkuasa Tempatan.
Antara tindakan jangka panjang yang sedang dan akan dilaksanakan antara lain adalah mengenalpasti kawasan hot spot yang menjadi tumpuan warga asing denganmeningkatkan operasi besarbesaran untuk membenteras kegiatan jenayah di kawasan tumpuan warga asing, mewujudkan Balai/ Pondok Polis di kawasan yangmempunyai kekerapan kejadian jenayah melibatkan warga asing, mengadakan lebih kerap aktivitiaktiviti lain seperti perjumpaan dengan kumpulan masyarakat untuk meningkat dan menyedarkan semua lapisan masyarakat mengenai peranan mereka dalam membantu membanteras PATI.
Kementerian akan mengadakan kerjasama latihan dalam atau luar negara dengan pihak, nongovernmental organizations (NGO’s) seperti International Organizations forMigrants (IOM) dan pihak Imigresen luar negara bagi meningkatkan kompetensi hal ehwal keimigresenan dan keperluan sebenar pemainpemain industry, memantapkanusahausaha risikan dengan sumber dalaman serta entiti risikan luar negara terutamanya daripada negara sumber dan negara jiran, mewujudkan MalaysianImmigration’s Analysis Centre (MIAC) bagi pengumpulan dan penganalisian data serta penyebaran maklumat mengenai pergerakan warga asing dan kawasankawasanserta aktivitiaktiviti yang menyalahgunakan kemudahan Imigresen dan meningkatkan usahausaha kesedaran pada masyarakat tempatan terutamanya kepada melaluiprogram advokasi.
Dengan pelaksanaan pelan jangka pendek dan jangka panjang di atas secara konsisten dan komitment, kerajaan yakin isu dan permasalahan PATI di negara ini akandapat ditangani dengan efisien dan efektif.
Sekian, terima kasih.
#####
Capaian Pengguna
Orang Awam
Warga KDN
Pautan
Utama Maklumat Korporat Maklumat Perkhidmatan Perkhidmatan Online Tender Arkib Bahasa Lain
8/7/2015 KAWALAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA
http://www.moha.gov.my/index.php/ms/kenyataanmediaakhbar/1976kawalanpekerjaasingdimalaysia 2/2
Aduan Integriti Penjawat Awam
Aduan / Kepuasan Pelanggan
Surat Kepada Pengarang
Laporan Aplikasi Online
Borang
Direktori
Penerbitan / Laporan
Keratan Akhbar
Maklumbalas / Komen
Takwim
Lembaga Penapis Filem
Agensi
ISO Ikuti Kami Statistik
Dasar Privasi| Dasar Keselamatan | Penafian | Peta Laman | Bantuan | Soalan Lazim | Soal Selidik Paparan Terbaik Menggunakan Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 7 dan Google Chrome Dengan Resolusi 1024 X 768 pixel
© 2015, Kementerian Dalam NegeriBlok D1 & D2, Kompleks D, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
Tel: 03 8000 8000 | Fax : 0388891613/0388891610 | emel: webmaster[at]moha[dot]gov[dot]my
Tarikh Akhir Kemaskini: Khamis 06 Ogos 2015, 07:53:57.
Recommended