View
84
Download
10
Category
Preview:
DESCRIPTION
PRA 3143Kecekapan Pengurusan : Pengurusan Kewangan (Fiscal Management)
Citation preview
KECEKAPAN PENGURUSAN :PENGURUSAN KEWANGAN
NOR IZZAH BINTI A KARIMNURUL IZZATI BINTI SHAMRI
SYAHIRAH BINTI ZAINALABIDINNUR SHAFIEQHAH AMIRA BINTI SHAARI
Konsep
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, bermaksud sumber/ hasil pendapatan kewangan.
Menurut Saayah Abu (2006), pengurusan kewangan termasuklah hal-hal seperti merancang, mencari
kakitangan, memimpin, mengawal, dan mengurus kewangan.
Kewangan
Satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli sumber yang diperlukan untuk membangun pusat
pendidikan awal kanak-kanak. Untuk menukarkan idea menjadi tindakan akhir bagi membangunkan pusat
pendidikan awal kanak-kanak, beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul. Sumber adalah pasif sehinggalah idea dan tenaga manusia menggerakkan
dan menggunakannya untuk mencapai matlamat mereka.
M (Material)
•Untuk bahan yang
digunakan di pusat
tersebut.
E (Equipment)• Untuk peralatan termasuk alat
mainan, dapur, pejabat dan perhiasan.
S (Space)• Untuk tempat/ruang
termasuklah bangunan, taman permainan, susunan hiasan dan
juga insuran.
H (Human energy)•Tenaga
manusia yang merangkumi
pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan manusia untuk
membentuk dan
menyampaikan perkhidmatan.Kategori Sumber
Pusat Pendidikan Kanak-Kanak
Pengurusan Kewangan
Cara menguruskan kewangan semasa bertugas di sekolah jika guru merupakan
guru kelas atau guru prasekolah.
Ia termasuk merancang perbelanjaan yang realistik dan memantau
perbelanjaan supaya bertepatan dengan perkara yang telah dirancang.
Pengurusan Kewangan di
Prasekolah
Peruntukan makanan
Peruntukan wang makan
Peruntukan Perkapita
1. Peruntukan makanan• Perancangaan peruntukan makanan dan minuman.• Perancangan menu bulanan.• Anggaran perbelanjaan bagi:
i. Bahan basah.ii. Bahan kering.
2. Peruntukan wang makan• Guru tidak perlu menggunakan wang peribadi
terlebih dahulu untuk perbelanjaan makan/minum murid-murid.
• Makan minum murid-murid prasekolah hendaklah diuruskan dan disediakan oleh guru kelas prasekolah yang bertugas.
• Pihak pengurusan prasekolah tidak dibenarkan sama sekali menggunakan perkhidmatan kantin/koperasi sekolah dalam pengurusan/penyediaan makan minum murid-murid prasekolah.
3. Peruntukan perkapita• Perancangan perbelanjaan untuk pengurusan dan
pentadbiran hal-hal berkaitan pembelajaran.• Daftar stok bekalan pejabat.
i. Barang kekal.ii. Barang hapus kira.
Perkara-perkara penting dalam
pengurusan kewangan di prasekolah
Cermat menggunakan sumber kewangan
Membuat bajet yang realistik
Memantau perbelanjaan dan
pengawalan
Penyelarasan bajet (timbang tara)
Alternatif untuk menambahkan
sumber
Perkara-perkara penting dalam pengurusan kewangan di prasekolah:
1. Cermat menggunakan sumber kewangan.2. Membuat bajet yang realistik.• Bajet merupakan penjelasan bertulis berkenaan apa
yang ada dalam setiap kategori.• Biasanya dinyatakan dalam kertas kerja cadangan
dan perlu dirancang bagi melihat bagaimana penggunaan sumber dapat mencapai keuntungan yang diharapkan.
• Contoh : Guru perlu menyenaraikan “pendapatan” atau sumber kewangan yang diperolehi dan “perbelanjaan” yang dilakukan
3. Memantau perbelanjaan dan pengawalan.• Melibatkan perbandingan anggaran dan
prestasi sebenar serta membuat perubahan.• Merekod pembelian dan pembayaran di
dalam buku perbelanjaan harian seperti:i. Perbelanjaan bahan basah.ii. Perbelanjaan makanan kering.iii. Pembelanjaan alat / bahan pembelajaran.iv. Perbelanjaan kemudahan.
• Fail rekod kewangan perlu diaudit 3 bulan sekali oleh pemeriksa kira-kira.oSemua perbelanjaan disokong dengan bil atau resit.oSemua resit, bil dan pesanan kerajaan (LO) hendaklah
difailkan mengikut urutan tarikh dan bulan.oResit pembelian yang tidak bernombor siri perlu
dinomborkan dan difailkan dalam bentuk folio.oSemua surat-menyurat seperti surat tuntutan
perbelanjaan bulanan, penyata bank dan lain-lain yang berkaitan dengan akaun perlu disimpan dan difailkan dengan cara yang teratur bagi memudahkan kerja-kerja audit.
oStatus penyata kewangan bagi catatan penerimaan dan perbelanjaan wang peruntukan yang diterima perlu disediakan oleh guru dan dikemaskini pada tiap-tiap bulan.
oPenyata ini perlu disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar pada akhir bulan dan dianggap sebagai dokumen sokongan bagi pengurusan perbelanjaan wang peruntukan prasekolah. Penyata ini juga wajar diteliti dan diperiksa oleh audit sekolah.
oPenyata kewangan ini perlu disediakan di dalam suatu buku tunai khas.
oPada 31 Disember setiap tahun, guru prasekolah perlu menyediakan penyata kira-kira tahunan prasekolah.
4. Tahu bila hendak buat penyelarasan bajet (timbang tara).• Penyelarasan perlu berkaitan kos berubah seperti
bajet makanan basah dan kering, alat tulis dan bahan bantu mengajar.
5. Mencari jalan menambah sumber atau berjimat tanpa mengorbankan kualiti seperti:• Bantuan Per Kapita Prasekolah (Rujuk Surat
Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012)• Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)• Kumpulan Wang Suwa Sekolah
Jenis-jenis Bantuan Yang Diterima
• Bantuan makan murid (RM1.80 sehari bagi Semenanjung / RM2.05 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012, Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid)
• Peruntukan PCG Murid (RM100.00/ murid setahun)• Bantuan Kokurikulum (RM25.00/ murid setahun)• Bayaran Takaful (RM1.50/ murid setahun)
Pemberian Bantuan Per Kapita
• Peruntukan ini hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan dibawa ke tahun hadapan. Peruntukan ini hendaklah diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan.
Geran Pelancaran• Peruntukan ini diberi oleh Bahagian Pembangunan dan
Perolehan Kementerian Pelajaran kepada kelas prasekolah dan sekolah yang baru beroperasi. Kadar adalah ditentukan mengikut kategori sekolah mengikut garis panduan yang disediakan oleh KPM. Bantuan ini akan diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan di bawah lajur Pelbagai dengan menyelenggarakan Akaun Subsidiari. Pengurus sekolah boleh menggunakan peruntukan ini untuk pembelian bahan yang telah disenaraikan oleh BPP, KPM semasa peruntukan diberi.
Panjar Wang Runcit
Ia merupakan sejumlah wang yang membolehkan Pengurus Sekolah membuat pembayaran kecil dengan segera dan perbelanjaan runcit tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada butiran perbelanjaan. Ia boleh juga digunakan bagi memberi pendahuluan wang tunai segera kepada guru yang memerlukan untuk membayar perbelanjaan aktiviti kelas.
Sekian, terima kasih
Recommended