View
280
Download
14
Category
Preview:
Citation preview
KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH
MENGENAI IKATAN KIMIA
HAFILAH BINTI OTHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH
MENENGAH MENGENAI IKATAN KIMIA
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya: HAFILAH BINTI OTHMAN (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh :
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 697-B, KG GONG RUSILA 21080 MARANG TERENGGANU
PM. DR. MOHAMMAD YUSOF BIN HJ ARSHAD
Nama Penyelia Tarikh : 17 NOVEMBER 2008 Tarikh : 17 NOVEMBER 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
PENGAKUAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : ……………………………………………………………
Nama Penyelia : PM DR. MOHAMMAD YUSOF BIN ARSHAD
Tarikh : 17 NOVEMBER 2008
KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH
MENGENAI IKATAN KIMIA
HAFILAH BINTI OTHMAN
Laporan projek ini dihasilkan
sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2008
iii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………………………………...
Nama penulis : HAFILAH BINTI OTHMAN
Tarikh : 17 NOVEMBER 2008
iv
DEDIKASI
Khas buat ayahanda dan bonda yang dikasihi,
Othman bin Ismail dan Zainon binti Ibrahim.
Budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,
Berkat doa dan dorongan kalian,
Menjadi penawar dan semangat untukku.
Teristimewa untuk suami yang tercinta,
Mat Yassim bin Mahmood.
Pengorbananmu amat ku hargai,,
Kata perangsangmu ubat paling mujarab buatku,
Akan ku semat ianya dalam kalbuku,
Akan ku ingati sepanjang hayatku.
Dan anak-anak yang disayangi,
Danish Muqri dan Danish Nazrin.
Kalian menjadi sumber inspirasiku,
dalam merempuh liku dan ranjau.
Buat pensyarah-pensyarah, guru-guru, serta teman seperjuangan terutamanya Sy.
Natrah Syahimah yang sentiasa menyokong dan tidak jemu memberi buah fikiran,
ribuan terima kasih ku ucapkan di atas sumbanganmu..
Terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang kalian berikan.
Semoga kalian diberkati Yang Maha Esa untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
v
PENGHARGAAN
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, saya telah dapat
menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini mengikut waktu yang telah
ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada Prof.
Madya Dr. Mohammad Yusof bin Haji Arshad , selaku penyelia PSM yang telah
banyak memberi panduan, bimbingan, teguran dan nasihat tanpa mengenal erti jemu
sepanjang proses perlaksanaan projek ini.
Kerjasama daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia, guru-guru kimia, pelajar serta pihak pentadbir Sekolah
Menengah Kebangsaan Rusila, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara,
Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Marang dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Serating amatlah dihargai.
Selain itu, ucapan terima kasih juga buat semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam mambantu menyiapkan Laporan Projek Sarjana
Muda ini.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kefahaman pelajar dalam menerangkan
konsep asas kimia dalam tajuk Ikatan Kimia. Kajian turut mengenal pasti kerangka
alternatif pelajar yang wujud. Seramai 100 orang pelajar tingkatan empat aliran sains
dari empat buah sekolah menengah di daerah Marang, Terengganu terlibat sebagai
sampel kajian. Soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan
Bahagian B dijadikan sebagai instrumen kajian. Bahagian A terdiri daripada latar
belakang responden manakala bahagian B terdiri daripada 26 item yang menguji
konsep ikatan kimia. Data-data kajian yang dikumpul dianalisis secara manual dan
dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Tahap penguasaan pelajar
ditentukan berdasarkan rujukan kriteria gred yang biasa digunakan iaitu Penilaian
Kriteria Berasaskan Sekolah (PKBS). Secara keseluruhan, kefahaman pelajar
mengenai konsep ikatan kimia adalah pada tahap yang sangat lemah. Beberapa
implikasi kajian dan cadangan dibincang dan dibuat rumusan. Cadangan kajian
lanjutan turut dikemukakan.
vii
ABSTRACT
The purpose of this research was to identify the students’ understanding of
chemistry basic concepts for chemical bond topic. The research was designed to
identify the alternative frameworks of the students. Sample of 100 form four
students from science stream in four Secondary Schools in Marang district,
Terengganu were involved in this study. Questionnaire which consisted of two parts,
Section A and Section B was used as the instrument. Section A consisted of
student’s personal detail while Section B consisted of 26 items on chemical bond
concepts. All the data obtained were analyzed manually and presented in frequency
and percentage. The students’ mastery level is determined by using Penilaian
Kriteria Berasaskan Sekolah (PKBS). The result of this research showed that the
students’ understanding of the concepts is very weak. Some implications and
suggestions to improve the students’ understanding in chemical bond concept were
discussed. Suggestions for further research were given as well.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI GAMBAR RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Pernyataan masalah 5
1.4 Objektif 6
1.5 Persoalan kajian 7
1.6 Kepentingan kajian 7
1.7 Skop kajian 8
1.8 Batasan kajian 8
1.9 Definisi istilah 9
1.10 Penutup 10
ix
2 SOROTAN KAJIAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Sains Dan Kurikulum Sains 12
2.3 Masalah Dalam Mempelajari Kimia 14
2.3.1 Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Sains 14
2.3.2 Kerangka alternatif 16
2.4 Masalah Dalam Mempelajari Topik Ikatan Kimia 19
2.4.1 Masalah melukis gambar rajah titik silang 20
2.4.2 Penggunaan istilah/bahasa yang salah 22
2.4.3 Masalah gambaran konsep abstrak 24
2.4.4 Masalah menulis formula kimia, persamaan
kimia dan simbol kimia 24
2.5 Penutup 26
3 METODOLOGI 27
3.1 Pengenalan 27
3.2 Rekabentuk kajian 27
3.3 Tempat kajian 28
3.4 Subjek kajian
3.4.1 Populasi 28
3.4.2 Sampel kajian 29
3.5 Instrumen kajian 30
3.6 Prosedur kajian 31
3.7 Analisis data 32
3.8 Penutup 33
x
4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 34
4.1 Pengenalan 34
4.2 Kefahaman pelajar dalam melukis gambar rajah
susunan elektron sebatian ionik dan sebatian kovalen 35
4.2.1 Kemahiran pelajar melukis gambar rajah
titik silang bagi sebatian kovalen 36
4.2.2 Kemahiran pelajar melukis gambar rajah
titik silang bagi sebatian ionik 41
4.3 Kefahaman pelajar dalam penggunaan istilah/bahasa
dalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik
dan sebatian kovalen 42
4.3.1 Kemahiran pelajar menerangkan pembentukan
ikatan kovalen 43
4.3.2 Kemahiran pelajar menerangkan pembentukan
ikatan ionik 47
4.3.3 Kefahaman pelajar menentukan jenis zarah yang
terdapat di dalam sesuatu sebatian yang diberikan 49
4.4 Kefahaman pelajar dalam menggambarkan
konsep abstrak 51
4.4.1 Kemahiran pelajar menggambarkan
konsep abstrak tentang tindak balas antara molekul
oksigen dan hidrogen 52
4.4.2 Kemahiran pelajar menggambarkan
konsep abstrak tentang gambaran sebatian tertentu
berbantukan simbol 54
4.4.3 Kemahiran pelajar menggambarkan
konsep abstrak tentang bilangan ion klorin yang
terlibat dalam pembentukan sodium klorida
berbantukan gambar rajah 57
xi
4.4.4 Kemahiran pelajar menggambarkan
konsep abstrak tentang perwakilan gambar rajah
tali dan bola 60
4.4.5 Kemahiran pelajar menggambarkan
konsep abstrak tentang perwakilan ikatan kimia 62
4.4.6 Kemahiran pelajar menggambarkan
konsep abstrak tentang contoh sebatian yang boleh
mewakili gambar rajah tersebut 63
4.5 Kefahaman pelajar dalam menulis formula kimia,
persamaan kimia dan simbol kimia. 64
4.5.1 Kemahiran pelajar menentukan formula kimia
bagi sebatian yang diberikan 65
4.5.2 Kemahiran pelajar menentukan persamaan
kimia yang terlibat berdasarkan gambar rajah 67
4.6 Penutup 68
5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 69
5.1 Pengenalan 69
5.2 Rumusan 69
5.3 Implikasi Kajian 71
5.4 Cadangan 72
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72
5.6 Penutup 73
RUJUKAN 74
LAMPIRAN 80
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Bilangan responden bagi setiap sekolah 29
3.2 Taburan item soal selidik 30
4.1 Taburan responden terhadap item 1a (i), (ii), (iii), (iv) 36
4.2 Taburan responden terhadap item 5 (c) 41
4.3 Taburan responden terhadap item 1b (i), (ii), (iii), (iv) 43
4.4 Taburan responden terhadap item 5 (b) 48
4.5 Taburan responden terhadap item 2b (i), (ii), (iii) 49
4.6 Taburan responden terhadap item 3 52
4.7 Taburan responden terhadap item 4 (a), (b), (c), (d) 55
4.8 Taburan responden terhadap item 5 (a) 57
4.9 Taburan alasan terhadap item 5 (a) bagi jawapan 1 Cl- 58
4.10 Taburan alasan terhadap item 5 (a) bagi jawapan 4 Cl- 59
4.11 Taburan responden terhadap item 7 (a) 61
4.12 Taburan responden terhadap gambar rajah yang diberikan 61
4.13 Taburan responden terhadap item 7 (b) 62
xiii
4.14 Taburan responden terhadap item 7 (c) 63
4.15 Taburan responden terhadap item 2a (i), (ii), (iii) 65
4.16 Taburan responden terhadap item 6 67
xiv
SENARAI GAMBAR RAJAH
NO. GAMBAR RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Tiga aras pembinaan konsep sains 3
xv
SENARAI LAMPIRAN
TAJUK HALAMAN
Borang soal selidik pelajar 80
Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), KPM
Surat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Terengganu
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Falsafah Pendidikan Sains Negara, Pendidikan Sains di Malaysia
memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada
perkembangan individu yang kompetatif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta
dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi. Sains merangkumi
matapelajaran Kimia, Fizik dan Biologi. Kimia adalah satu disiplin dalam sains yang
mengkaji tentang jirim secara makroskopik dan mikroskopik, interaksi antara bahan
dan penghasilan serta penggunaan bahan. Kimia mempunyai kaitan yang rapat
dengan kehidupan manusia (KPM, 2000).
Perkataan Kimia adalah diterbitkan daripada perkataan orang Egypt iaitu
kemia iaitu bagi orang Egypt ia bermaksud tanah hitam Nil. Kaedah saintifik sedang
dikembangkan dan Kimia telah diletakkan ke dalam asas yang kukuh. Robert Boyle
(1627-1691) telah dianggap sebagai orang yang menemukan Kimia Moden
(Newbury, 1965). Mata pelajaran Kimia adalah program dua tahun untuk pelajar
Tingkatan empat dan lima sekolah menengah atas. Ia dirancang untuk membolehkan
pelajar memahami bidang kimia dengan lebih mendalam daripada aspek teori,
konsep serta aplikasinya dalam kehidupan harian.
Kimia adalah salah satu cabang ilmu dalam Sains yang mengkaji bahan yang
terdapat dalam alam semesta serta perubahan yang berlaku terhadap bahan-bahan
tersebut apabila saling interaksi antara satu sama lain (Buni Sunade, 2001). Kimia
merupakan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas yang bertujuan
untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kimia,
kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni.
Kimia juga merupakan bidang yang sangat mencabar dan penting untuk
dipelajari oleh setiap individu. Kimia merupakan asas Sains yang menitikberatkan
stuktur dan perlakuan atom, komposisi dan ciri-ciri sebatian, tindakbalas antara
sesuatu bahan serta peraturan yang menyatukan fenomena-fenomena tersebut kepada
sistem yang komprehensif. Kebanyakan pelajar melihat kimia sebagai sesuatu yang
menyusahkan dan memerlukan imaginasi yang tinggi. Sebenarnya kimia bukannya
suatu bidang yang asing jika hendak dipadukan dengan Fizik dan Biologi.
Pelbagai perubahan telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran dalam
Kurikulum Kimia bagi membantu guru dan para pelajar dalam mengubah persepsi
mereka terhadap mata pelajaran ini. Bermula dengan Kurikulum Kimia Tradisi
berubah kepada Kurikulum Kimia Moden (1972), seterusnya Kimia KBSM (1989)
dan yang terkini Kimia KBSM baru yang disemak semula (2002). Proses
penyemakan ini adalah bertujuan untuk menyambut cabaran terkini dan akan datang
seperti perkembangan sains dan teknologi yang canggih, ledakan maklumat tanpa
sempadan serta ke arah mencapai wawasan 2020.
Salah satu matlamat Kurikulum Kimia adalah bertujuan untuk melahirkan
murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia dan mampu
2
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan
nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan
harian. Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan dengan jelas bahawa Kimia
merupakan satu mata pelajaran yang sangat mustahak dipelajari oleh semua murid
sekolah dan pada semua peringkat sebagai persediaan untuk menjadi generasi yang
akan memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan negara.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kimia merupakan salah satu cabang sains yang mengandungi konsep-
konsep abstrak yang memerlukan aras kognitif yang tinggi untuk mempelajarinya.
Bagi menguasai sains, pelajar perlu menguasai konsep-konsep yang merupakan asas
untuk menguasai prinsip dan hukum-hukum sains yang lebih kompleks. Penguasaan
konsep ini tidak dapat dibina dengan mudah kerana ia memerlukan penguasaan yang
tepat pada ketiga-tiga aras pengkonsepsian itu iaitu aras makroskopik, mikroskopik
dan persimbolan kerana setiap subkonsep ini adalah saling berkaitan dan
mempengaruhi antara satu sama lain. Makroskopik merupakan perkara yang dapat
dilihat, dihidu dan disentuh dan mikroskopik tidak dapat dilihat dan abstrak seperti
atom, elektron dan molekul. Persimbolan pula merujuk kepada suatu simbol sebagai
representasi pengetahuan.
Makroskopik
Mikroskopik Persimbolan
Rajah 1.1 : Tiga aras pembinaan konsep kimia
Pembinaan konsep kimia
3
Kurikulum Sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
menyediakan 14 topik dalam kimia untuk dikuasai oleh para pelajar peringkat
sekolah menengah. Antaranya ialah jadual berkala, ikatan kimia, asid dan bes serta
banyak lagi. Kajian ini akan lebih memfokuskan kepada ikatan kimia. Ikatan kimia
merupakan bab yang ke lima dalam buku teks kimia tingkatan empat. Ikatan kimia
telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ikatan ionik dan ikatan kovalen.
Seluruh dunia ini terdiri daripada bahan yang terbentuk hasil dari ikatan kimia.
Hampir kesemua benda yang dilihat ataupun disentuh dalam kehidupan harian adalah
hasil dari ikatan kimia atau lebih tepat lagi hasil dari banyak ikatan kimia.
Contohnya ialah udara yang disedut, makanan yang dimakan, pakaian yang dipakai
dan lain-lain lagi.
Dalam topik ikatan kimia, perkara yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah
memahami asas pembentukan sebatian, mensintesiskan konsep pembentukan ikatan
ion, mensintesiskan pembentukan ikatan kovalen dan menganalisis sifat sebatian ion
dan sebatian kovalen. Walau bagaimanapun, mengikut pengalaman pengkaji semasa
mengikuti latihan mengajar, pelajar-pelajar sangat sukar untuk menguasai topik
tersebut. Pengkaji telah membuat kesimpulan awal bahawa faktor yang
menyebabkan kesukaran tersebut ialah pelajar-pelajar tidak dapat memahami secara
mendalam dalam topik yang sebelumnya iaitu topik jadual berkala.
Ini kerana topik ikatan kimia memerlukan para pelajar mengetahui cas setiap
unsur yang terlibat dalam pembentukan ikatan kimia. Untuk mengetahui cas setiap
unsur para pelajar perlu menguasai jadual berkala. Selain itu, para pelajar juga tidak
dapat membayangkan dengan tepat bagaimana atom-atom yang terlibat boleh
berikatan antara satu sama lain. Ini kerana pembentukan ikatan contohnya antara
atom sodium (Na) dan atom klorin (Cl) tidak dapat dilihat dengan mata kasar
ataupun secara semulajadi.
Konsep ikatan kimia adalah sesuatu yang abstrak. Memandangkan sesuatu
yang mustahil untuk membina konsep yang lengkap dan mudah difahami, para
4
pelajar dipaksa untuk menerima konsep-konsep tersebut tanpa perbincangan dan
kefahaman yang sebenar-benarnya. Bagi guru-guru, pelajar yang baik ialah pelajar
yang mampu mengingat penerangan secara teori terhadap sesuatu yang mereka tidak
faham. Hal ini menyebabkan para pelajar berlumba-lumba untuk menghafal tanpa
memahamkan konsep-konsep tersebut. Hasil kajian oleh Silberman (1979) telah
membuktikan bahawa kelemahan memahami sesuatu hukum mahupun konsep
merupakan salah satu sebab mengapa pelajar menghadapi masalah dalam
mempelajari subjek kimia.
Di samping itu, terdapat banyak konsep alternatif yang wujud dalam topik
ikatan kimia. Konsep alternatif ini secara terang-terangan menyimpang dari konsep
yang sebenar. Apabila para pelajar menerima konsep alternatif tersebut tanpa
pengetahuan yang sebenar, mereka akan sukar untuk menerima konsep apabila
diberitahu konsep yang sebenar.
Ikatan kimia merupakan tajuk kimia yang kompleks dan memerlukan tahap
pemahaman yang sofistikated (Taber, 1995). Berdasarkan keputusan dalam
peperiksan SPM, ramai pelajar masih keliru menjawab soalan-soalan ringkas
peringkat Kimia KBSM (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1994). Guru-guru
disarankan supaya memberi penekanan kepada tajuk Struktur Atom, Formula Kimia,
Jadual Berkala Unsur dan Ikatan Kimia yang merupakan asas kimia yang perlu
dikuasai pelajar (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004).
1.3 Pernyataan Masalah
Hasil kajian oleh Silberman (1979) telah membuktikan bahawa kelemahan
memahami sesuatu hukum mahupun konsep merupakan salah satu sebab mengapa
pelajar menghadapi masalah dalam mempelajari subjek kimia. Pemahaman konsep
5
yang salah atau lebih dikenali sebagai miskonsepsi seringkali menyebabkan prestasi
pelajar rendah (Aziz, 1992). Masalah dalam pembelajaran kimia tidak terhad kepada
cara-cara untuk menyelesaikan soalan kimia tetapi turut merangkumi masalah
kelemahan konsep kimia (Ogilvie, 1992). Pelajar hanya menggunakan bahasa buku
semata-mata dan tidak dapat membina perkataan sendiri untuk menjelaskan sesuatu
konsep.
Pelajar-pelajar sering menghadapi masalah apabila mempelajari kimia
disebabkan tidak menguasai formula dan persamaan kimia serta simbol kimia
tersebut, malah sering menghadapi salah konsep berkaitan molekul dan ikatan kimia
(Don, 1992). Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menjawab
soalan-soalan peringkat SPM bagi tajuk Ikatan Kimia ialah tidak dapat menulis
susunan elektron bagi ikatan ionik dan ikatan kovalen yang terbentuk, tidak dapat
melukis gambar rajah susunan elektron bagi menunjukkan pembentukan ikatan ionik
dan ikatan kovalen di samping membuat gambaran mental tentang pembentukan
ikatan ini. Selain itu, pelajar masih keliru untuk membezakan ikatan ionik dan ikatan
kovalen dan sifat-sifat sebatian ionik dan kovalen.
Berdasarkan kepada masalah ini, satu kajian dijalankan ke atas pelajar bagi
mengenalpasti sejauh mana tahap penguasaan pelajar-pelajar tingkatan empat di
empat buah sekolah menengah di daerah Marang, Terengganu terhadap topik Ikatan
Kimia.
1.4 Objektif
Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objekif . Objektif kajian ini
adalah seperti berikut:
6
i) Mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai ikatan kimia.
ii) Mengenalpasti konsep alternatif pelajar mengenai ikatan kimia.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan tentang kesukaran pelajar
dalam topik ikatan kimia. Antaranya ialah :
i) Apakah kefahaman pelajar mengenai konsep ikatan kimia?
ii) Apakah konsep alternatif pelajar mengenai konsep ikatan kimia?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian yang dilakukan ini amat berguna dan berfaedah kepada guru-guru
kimia dan pelajar-pelajar. Dapatan kajian ini sangat berguna untuk guru-guru. Ini
kerana guru merupakan orang yang paling kuat mempengaruhi pembelajaran murid.
Setelah membaca kajian ini, guru-guru akan akan dapat mengenal pasti dengan lebih
mendalam lagi tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kesukaran pelajar dalam
topik ikatan kimia. Guru akan lebih memahami situasi pelajar dan akan mencari
jalan untuk mengurangkan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam topik
ini. Selain itu, guru-guru boleh mengubah atau memantapkan strategi pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah agar objektif sebenar tercapai dan tidak wujud lagi
konsep alternatif.
7
Recommended