View
366
Download
14
Category
Preview:
DESCRIPTION
Pengajaran Mikro
Citation preview
PENGAJARAN MIKRO
KEMAHIRAN PENGUKUHAN
Disediakan oleh Kumpulan 12 :PPG Pendidikan Islam 1/ Jun 2011
Noor Zulfatul Zahiah binti Abdul Karim691120-08-5586
Rosidah binti Ahmad660409-07-5192
Nooranis binti Abdul Wahab710311-06-5300
Definisi Pengukuhan / Peneguhan
Pengukuhan atau peneguhan merupakan satu teknik
mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi jawapan yang betul atau
menunjukkan prestasi yang baik dalam sesuatu aktiviti
pembelajaran
Kemahiran Pengukuhan
i. Galakkan pelajar menjawab soalan,mengemukakan cadangan dan melibatkan diri dalam perbincangan
ii.Berikan peneguhan melalui pujian dalam bentuk lisan, gred baik, senyuman atau anggukan kepala.
1.0 OBJEKTIF
1.1. Prinsip-prinsip panduan penggunaan kemahiran pengukuhan (peneguhan).
1.2.Objektif-objektif kemahiran pengukuhan (peneguhan)
1.3.Kesan kemahiran pengukuhan (peneguhan) ke atas pengajaran dan pembelajaran
1.4.Komponan- komponan kemahiran pengukuhan (peneguhan).
2.0 KEMAHIRAN PENGUKUHAN.2.1 Merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila
pelajar memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasinya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru memberikan pujian sebagai pengukuhan tingkah laku itu dan menurut Skinner, tingkah laku manusia dibahagi kepada dua :• Tingkah laku responden – tindak balas terhadap stimuli khusus
dari alam sekitar. Pembelajaran secara responden akan wujud selepas satu stimuli baru digunakan bersama-sama stimuli lama.
• Tingkah laku operan – tingkah laku bukan automatik. Merupakan set yang merangkumi contoh-contoh tingkah laku spesifik, beroperasi dan menghasilkan tindak balas yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Boleh di ajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu.
2.0 KEMAHIRAN PENGUKUHAN.2.2 Peneguhan boleh berupa positif atau
negatif. Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Contohnya :GURU : Apakah nombor bercampur, Rahman?RAHMAN : Nombor bercampur terdiri
daripada nombor dan pecahan.GURU : Bagus
2.0 KEMAHIRAN PENGUKUHAN.2.3 Selain itu, terdapat juga peneguhan yang
boleh menyakiti atau menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai, seperti mengejek kesilapan seseorang individu di hadapan orang ramai.contohnya :GURU : Apakah pecahan setara, Ali?ALI : (tidak menjawab)GURU : Ali mungkin sudah lupa bercakap.
2.0 KEMAHIRAN PENGUKUHAN.2.4 Peneguhan tersebut yang digunakan oleh
guru tidak akanmengubah sikap Ali. Sebaliknya, ia akan menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada masa depan.
2.0 KEMAHIRAN PENGUKUHAN.
2.5 Peneguhan boleh diberi dengan cara lisan, gerak isyarat, dampingan, sentuhan dan sebagainya.
3.0 PRINSIP-PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRANPENGUKUHAN (PENEGUHAN)
3.1 Bentuk pengukuhan haruslah diubah dari semasa ke semasa untuk mengekalkan keberkesanan pengukuhan.
3.2 Peneguhan haruslah diberikan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku yang positif.
3.3 Peneguhan negatif seperti mengkritik atau menyindir pelajar haruslah dielakkan.
3.4 Teknik memberi peneguhan hendaklah sepadan dengan umur, jantina dan status sosial pelajar yang berkenaan.
3.5 Peneguhan haruslah diberikan dengan ikhlas dan jujur supaya pelajar yang menerima pengukuhan itu merasa bangga dan mesra.
4.0. OBJEKTIF-OBJEKTIF KEMAHIRAN PENGUKUHAN(PENEGUHAN)
4.1 Memberi galakan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
4.2 Mengukuhkan konsep atau isi supaya kekal dalam ingatan.
4.3 Menggalakkan pelajar yang terlibat serta pelajar-pelajar lain terus menunjukkan tingkah laku yang positif.
4.4 Memupuk semangat keyakinan untuk pelajar yang mewujudkan tingkah laku yang positif.
4.5 Membaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul.
5.0. KESAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN) KE ATASPENGAJARAN & PEMBELAJARAN
5.1 Peneguhan akan membawa semangat ingin belajar.5.2 Pelajar-pelajar akan berusaha memberi tingkah laku yang positif dengan lebih giat lagi.5.3 Pelajar-pelajar lain yang belum menerima peneguhan akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang diharapkan.5.4 Pelajar yang menerima peneguhan akan merasa usahanya telah di hargai oleh gurunya. Semangat keyakinan terhadap
daya pembelajarannya akan bertambah.5.5 Perhubungan di antara guru dengan pelajar akan bertambah erat dan mesra. Aktiviti pengajaran guru akan menjadi satu proses yang
digemari oleh pelajar.
6.0 KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN)
Kemahiran pengukuhan mengandungi beberapa komponen yang penting iaitu :
Komponen lisan Positif
Gunakan Isyarat Positif
Dampingan
Lisan Negatif
Gerakkan Isyarat Negatif
Sentuhan mengikut adat
Komponen lisan Positif
Guru gunakan sebutan :•Bagus / baik / ya/ betul
Guru mengulang jawapan murid
Gunakan Isyarat Positif
Guru menunjukkan
senyuman
Anggukkan kepala
Tepuk tanganAngkat ibu
jari
Dampingan
Mendampingi murid
Berdiri sebelah murid
Duduk di sisi murid
Lisan Negatif
Bukan, salah, tidakKurang lengkap, jawapan buruk
Menyindir
Gerakkan Isyarat Negatif
Menggeleng-gelengkan
kepala
Menunjukkan muka marah
Menggoyangkan tangan
Sentuhan mengikut adat
Menyentuh kepala
Menyentuh bahu
Menyentuh bahagian belakang badan
7.0 CARA PENGENDALIAN PENGAJARAN MIKRO
7.1 Guru pelatih yang memilih latihan pengukuhan sebagai
latihan dalam sesi pengajaran mikro haruslah memahami
semua komponen dan aktiviti pengukuhan yang boleh
digunakan apabila memberi pengukuhan kepada tingkah
laku positif yang ditimbulkan. Untuk menggalakkan pelajar
memberi tingkah laku yang positif, aktiviti pengajaran
harus dirancang berdasarkan strategi pemusatan
pelajar. Soalan- soalan harus disediakan untuk memberi
peluang kepada pelajar menjawab.
8.0 BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN ( PENEGUHAN)
Komponen Kemahiran Pengukuhan
( Peneguhan)
Ada
(sesuai)
Ada
(tidak sesuai)Tiada
Lisan positif
Gerak isyarat positif
Dampingan
Sentuhan
Lisan negatif
Gerak isyarat negatif
Tanda ( / ) dalam ruang yang berkenaan
Recommended