View
267
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
i
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MODUL PENDIDIKAN ISLAM
PIMKD2033
PENGAJIAN SIRAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA PENDIDIKAN (PDPM)
MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)
ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Hak Cipta
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cetakan November 2018 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
iii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak Pengarang
i
Kandungan ii Panduan Pelajar ii Pengenalan v Agihan Tajuk dan Unit vi
UNIT 1 PENGENALAN ILMU SIRAH 1
UNIT 2 MASYARAKAT DUNIA SEBELUM KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW
4
UNIT 3 KEHIDUPAN RASULULLAH SAW SEBELUM DILANTIK MENJADI RASUL
8
UNIT 4 FASA PERMULAAN DAKWAH SEHINGGA PERISTIWA HIJRAH KE MADINAH
28
UNIT 5 PENGAJARAN DARI FASA DAKWAH DAN JIHAD SELEPAS HIJRAH SEHINGGA FATHUL MAKKAH
38
UNIT 6 FASA PERKEMBANGAN ISLAM DI SEMENANJUNG TANAH ARAB SEHINGGA KEWAFATAN RASULULLAH SAW
70
UNIT 7 KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DALAM PEMBANGUNAN UMMAH
77
Bibliografi 81 Panel 82 Simbol 83
KANDUNGAN MUKA SURAT
iv
PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini. SASARAN KURSUS Pelajar Program Diploma (PDPM) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri. JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan (PDPM) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran. PEMBELAJARAN DALAM TALIAN Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil daripada Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.
PANDUAN PELAJAR
v
SUSUNAN UNIT MODUL Modul pembelajaran ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima elemen asas yang konsisten: 1. Hasil Pembelajaran Unit 2. Sinopsis 3. Kandungan Unit 4. Penulisan berkaitan kandungan unit 5. Refleksi/ Latihan Panduan pelaksanaan interaksi bersemuka secara dalam talian bagi tajuk yang berkaitan disediakan juga. Walau bagaimanapun, pensyarah mengajar perlu menyediakan bahan bacaan atau nota tajuk tersebut untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus seperti yang dinyatakan dalam MK. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar pelajari secara interaksi bersemuka, modul pembelajaran dan dalam talian.
vi
PENGENALAN Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan kurikulum dalam Pendidikan Islam untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah . HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan definisi, kepentingan, sumber rujukan Ilmu sirah dan keadaan masyarakat
dunia sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW
2. Menganalisis fasa-fasa kehidupan Rasulullah SAW sebelum dan selepas dilantik menjadi
Rasul
3. Menghasilkan produk berkaitan kepimpinan guru dengan kepimpinan Rasulullah SAW
dengan berkesan secara berkumpulan
vii
AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna
Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
KESELU-
RUHAN
DALAM MK
45 JAM
INTERAKSI BERSEMUKA
60%
27 JAM MODUL
40%
18 JAM KULIAH
40%
18 JAM
DALAM
TALIAN
20%
9 JAM
1. Pengenalan Ilmu Sirah
Definisi Sirah (K)
Kepentingan Sirah dan faedah mempelajarinya (M)
Sumber penulisan Sirah dan rujukanya yang sahih (K)
Penulisan Orientalis Barat terhadap Sirah (K)
3 1 - 2
2. Masyarakat Dunia Sebelum Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Masyarakat Arab Jahiliyyah (M)
Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliyyah (DT)
Masyarakat Arab di antara dua tamaddun (M)
o Tamadun Rom o Tamadun Parsi
3 1 2
3. Kehidupan Rasulullah SAW sebelum dilantik menjadi Rasul
Kelahiran dan Penyusuan (M)
Zaman Kanak-kanak dan remaja Rasulullah SAW (M)
Pekerjaan Rasulullah SAW (K)
Perkahwinan Rasulullah SAW (K)
Peristiwa Hajar Aswad (K)
Berkhulwah di Gua Hira’ (K)
5
2
1
2
viii
Nilai Pendidikan yang boleh diikuti pada fasa kehidupan Nabi Muhammad sebelum menjadi rasul (DT)
4. Fasa Permulaan Dakwah Sehingga Peristiwa Hijrah Ke Madinah
Penurunan wahyu pertama (M)
Dakwah secara sulit dan terang (K)
Penentangan dan penyeksaan (M)
Hijrah ke Habsyah (K)
Tahun Kesedihan (M)
Dakwah ke Taif (K)
Isra’ dan Mikraj (DT)
Perjanjian Aqabah I dan II (M)
Iktibar daripada fasa permulaan dakwah Islamiyyah (DT)
9 3 2 4
5. Pengajaran dari Fasa Dakwah dan Jihad Selepas Hijrah Sehingga Fathu Makkah
Peristiwa Hijrah (M)
Persaudaraan Ansar dan Muhajirin (M)
Piagam Madinah (M)
Perang Badar al-Kubra (K)
Perang Uhud (K)
Perang Ahzab (K)
Perjanjian Hudaibiyah (DT)
Pengutusan surat kepada raja-raja (M)
Perang Mu’tah (K)
Fathu Makkah (DT)
10 4 2 4
6. Fasa Perkembangan Islam di Semenanjung Tanah Arab sehingga kewafatan Rasulullah SAW
Perang Hunain (M)
Perang Tabuk (M)
Haji Widak (K)
Pengutusan tentera Usamah (M)
7 3 4
ix
Nota: K - Kuliah, T - Tutorial, M - Modul, DT - Dalam Talian
Kewafatan Rasulullah SAW (K)
7. Kepimpinan Rasulullah SAW dalam pembangunan Ummah
Rasulullah SAW sebagai Ketua Negara (K)
Rasulullah SAW sebagai Ketua Keluarga (K)
Rasulullah SAW sebagai Da’ie dan Murabbi (K)
Pengurusan strategik Rasulullah SAW (DT)
Komunikasi Berkesan Rasulullah SAW (DT)
Nabi mengurus tekanan perasaan (stress) dan kesihatan (DT)
8 5 3
JUMLAH 45 JAM 18 JAM 9 JAM 18 JAM
1
HASIL PEMBELAJARAN
SINOPSIS
Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah konsep, definisi, kepentingan dan
faedah mempelajari Sirah, sumber penulisan dan rujukan yang sahih serta penulisan orentalis
Barat terhadap Sirah. Di samping asas-asas agama dalam bidang Sirah yang menjadi
sandaran perbincangan, pendapat-pendapat sarjana Islam turut diambil kira dalam
memahami kandungan pengajian ilmu Sirah.
KERANGKA TAJUK
1.1 Definisi Sirah
1.2 Kepentingan Sirah dan Faedah Mempelajarinya
1.3 Sumber penulisan Sirah dan rujukan yang sahih
1.4 Penulisan orientalis Barat terhadap Sirah
1.5 Tugasan
UNIT 1
PENGENALAN ILMU SIRAH
Di akhir topik ini, pelajar dapat :-
1. Menjelaskan konsep dan definisi sirah
2. Menjelaskan kepentingan dan faedah mempelajari Sirah.
3. Menjelaskan sumber penulisan dan rujukan Sirah yang sahih.
4. Menghuraikan tujuan dan kesan penulisan orientalis Barat
terhadap Sirah.
2
1.1 Definisi Sirah
Sirah bermaksud perjalanan, keadaan dan situasi seseorang. Sirah daripada sudut bahasa
bermaksud perjalanan keadaan dan situasi seseorang. Ia berasal daripada perkataan ‘saara’
( يسير) ’yasiiru‘ , (سار) yang bermakna berjalan.
As-Sibai’e (2004) mendefinisikan Sirah dari sudut istilah bererti perjalanan hidup, iaitu
keadaan kehidupan Rasulullah SAW. daripada zaman kelahirannya sehinggalah kepada
kewafatan baginda SAW. dan juga perkembangan Islam itu sendiri. Sirah Rasulullah SAW
menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yang dimuliakan Allah SWT dengan risalah-
Nya. Namun ia tidak mengeluarkan baginda daripada sifat kemanusiaannya. Kehidupan
baginda tidak disertakan dengan dongeng-dongeng, juga tidak ditokok tambah dengan sifat
ketuhanan.
Sirah Rasulullah SAW meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiliki manusia. Ia
menceritakan kepada kita perjalanan hidup Rasulullah SAW selaku pemuda yang amanah
dan berakhlak mulia. Ia turut menceritakan perjalanan hidup Rasulullah SAW sebagai
pendakwah, ketua negara, ketua keluarga, panglima perang, pendidik, sahabat yang
mengasihi .
Kesimpulannya, sirah Rasulullah SAW meliputi semua aspek kemanusiaan dalam
masyarakat.Ini menjadikan baginda contoh teladan terbaik dalam kehidupan kita.
1.2 Kepentingan Sirah dan Faedah Mempelajarinya
Adakah Sirah Rasulullah SAW. ini penting kepada kita? Sirah Rasulullah SAW. adalah
sesuatu yang amat penting bagi setiap orang Islam. Ia menggambarkan keseluruhan
kehidupan manusia yang paling di sayangi Allah S.W.T. yang juga merupakan kekasihNya.
Antara kepentingan Sirah kepada umat Islam :
1. Supaya lebih memahami Kitab Allah dan mengecapi roh al-Qur’an.
2. Ia menjadi medium untuk mengumpulkan seberapa banyak sumber maklumat dan
pengajaran Islam, sama ada masalah yang berhubung dengan akidah, hukum-hakam
atau yang berhubung kait dengan akhlak.
3. Memahami faktor, kesan dan ibrah setiap peristiwa yang berlaku di zaman
Rasululullah SAW.
3
4. Mengenali tokoh-tokoh yang terkemuka dan berjasa pada zaman awal Islam,
menghargai dan mencontohi perjuangan mereka.
5. Memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat tentang keunggulan
peribadi Rasulullah SAW.
6. Mempelajari gerak-geri, tingkah laku dan keperibadian Rasulullah SAW .
7. Supaya mendapat gambaran (tasawwur) yang jelas tentang hakikat Islam yang wujud
dalam hidup Nabi Muhammad SAW sehingga kita dapat mencontohi baginda.
8. Mendalami ilmu tentang Sirah Nabawiyyah dengan tujuan mendapatkan tafsiran yang
sebenar untuk mengetahui hakikat mengenai Islam.
1. Sebagai seorang pendidik huraikan bagaimana anda menjelaskan kepentingan Sirah
Nabawiyah kepada pelajar secara berkesan.
2. Bincangakan kesan tidak mempelajari Sirah Nabawiyah kepada masyarakat Islam hari
ini.
4
HASIL PEMBELAJARAN
Sinopsis
Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai asal usul masyarakat
Jahiliyah, ciri-ciri masyarakat Jahiliyah dan kedudukan masyarakat Arab dalam tamadun Rom
dan Parsi.
KERANGKA TAJUK
2.1 Masyarakat Arab Jahiliyyah
2.2 Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyyah
2.3 Masyarakat Arab di Antara Dua Tamadun
UNIT 2 MASYARAKAT DUNIA SEBELUM KELAHIRAN NABI
MUHAMMAD SAW
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i. Menjelaskan asal usul masyarakat Jahiliyah.
ii. Menghuraikan ciri-ciri masyarakat Jahiliyah.
iii. Menghuraikan kedudukan masyarakat Arab dalam tamadun Rom dan
Parsi.
5
2.1 Masyarakat Arab Jahiliyah
Sebelum kita membincangkan perjalanan hidup Rasulullah SAW dengan lebih terperinci, ada
baiknya kita menyingkap terlebih dahulu kehidupan masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi
Muhammad SAW.
Sebelum kedatangan risalah Nabi Muhammad SAW , kebanyakan masyarakat Arab
menyahut seruan Nabi Ismail a.s apabila baginda mengajak mereka kepada agama bapanya
Nabi Ibrahim a.s. Mereka menyembah Allah dan mengesakanNya serta mengamalkan ajaran
agamaNya. Namun setelah masa yang panjang berlalu mereka mulai lupa ajaran tersebut.
Kesesatan mereka bermula apabila mereka mula terpengaruh dengan ajaran yang dibawa
oleh peminpin Bani Khuza’ah iaitu ‘Amru bin Luhay. Pada satu ketika Amru telah membawa
balik berhala Hubal dari negeri Syam dan meletakkannya di dalam Kaabah. Dia mengajak
penduduk Mekah supaya menyembah berhala tersebut. Kesesatan mereka semakin tidak
terbendung apabila berhala terdapat di merata rata tempat di bumi Hijaz termasuk di sekitar
Masjidil Haram. Tiga berhala tertua dan terbesar mereka iaitu Manah terletak di persisiran
Laut Merah, al-Latta di Taif dan al-Uzza di Wadi Nakhlah. Ketika peristiwa Pembukaan Mekah,
Rasulullah SAW telah memusnahkan semua berhala di sekitar kaabah berjumlah tiga ratus
enam puluh berhala dan baginda memerintahkan dibawa keluar dari masjid dan dibakar.
Kesesatan orang-orang Arab dalam penyembahan berhala ternyata jelas apabila mereka
mengamalkan adat resam dan tradisi tertentu dalam ritual mereka. Antaranya :
Berdoa kepada berhala-hala untuk mendapatkan hajat
Menunaikan haji kepada berhala serta bertawaf mengelilinginya
Menyembelih dan berkorban untuk berhala
Mengkhususkan sesuatu makanan dan minuman kepada berhala
Masyarakat Arab ketika itu melakukan semua perkara tersebut dengan kepercayaan bahawa
berhala-berhala itu dapat menghampirkan mereka kepada Allah dan menyampaikan hajat
mereka kepada Allah, sebagaimana yang dirakamkan dalam al-Quran :
“ Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah seekat-dekatnya” (az-Zumar : 3)
6
2.3 Masyarakat Arab Antara Dua Tamadun
Bangsa-bangsa yang hidup di sekitar Tanah Arab sebelum kedatangan Islam dikuasai oleh
dua tamadun yang besar iaitu Tamadun Rom dan Tamadun Parsi.
Tamadun Rom – Kerajaan Rom ketika itu terkenal dengan semangat penjajahan dan bergelut
dalam persengketaan agama dengan pihak Kristian di negeri Syam (Syria) dan Mesir.
Kerajaan ini berada dalam keadaan huru hara dan kucar kacir sehingga menyebabkan
kemerosotan ekonomi dan tekanan hidup kepada rakyat jelata. Tamadun ini meliputi wilayah
Rom Byzantine.
Tamadun Parsi – Kerajaan Parsi ketika itu tidak aman kerana adanya pertembungan agama
dengan falsafah yang beraneka corak. Pembesar dan pemerintah pada keseluruhannya
menganut agama Majusi. Tamadun ini meliputi wilayah Iran.
Semenanjung Arab – Semenanjung Arab ketika itu merupakan satu kawasan yang tenang,
jauh dan terpencil dari gejala huru hara seperti yang berlaku di Kerajaan Rom dan Parsi.
Bangsanya tidak pernah merasai kemewahan dan kemajuan seperi di Parsi dan tidak
mempunyai sebarang kekuatan tentera. Mereka juga tidak menganut sebarang falsafah dan
ideologi yang beraneka ragam seperti Greek Tua.
Empayar Rom Byzantine dan empayar Parsi Sassanid menganggap bangsa Arab bukan
merupakan ancaman besar bagi mereka pada ketika itu. Ini berdasarkan keadaan logistik,
bentuk muka buminya yang berbukit, kegiatan harian orang Arab dan maklumat yang
diperolehi daripada mereka yang tinggal di sempadan tanah Arab. Bangsa Arab ketika itu
dikenali sebagai bangsa yang liar, keras dan suka membuat kekacauan di sempadan wilayah
kedua-dua empayar. Struktur masyarakatnya yang sukar ditadbir oleh kedua-dua empayar
dan kawasannya yang mempunyai hasil bumi yang sangat sedikit menyebabkan kedua-
dua empayar tidak berminat untuk menakluk semenanjung tanah Arab. Disebabkan itulah
kedua-dua kerajaan menubuhkan kerajaan campuran yang bertindak
sebagai kerajaan pengaman dan penampan daripada kekacauan bangsa Arab. Untuk itu,
kerajaan Lakhmid didirikan di Hirah bagi mewakili empayar Parsi manakala
kerajaan Ghassan (berpusat di Damsyiq) ditubuhkan sebagai lambang kuasa empayar Rom.
Kedudukan Semenanjung Arab yang terletak di pertengahan kedua-dua emapayar tersebut
hanya dikenali sebagai pusat persinggahan para peniaga yang berulang alik ketika
berurusniaga.
7
LATIHAN
Apakah maksud ‘jahiliyah moden’ ? Bincangkan isu tersebut dengan menghubungkaitkan dengan kesan terhadap pembangunan ummah.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. Whatsapp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu
sesi.
B. Tajuk Pembelajaran : Masyarakat Dunia Sebelum Kelahiran Nabi Muhammada SAW.
i. Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliyyah.
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Aspek Sosial
ii. Aspek Ekonomi
iii. Aspek Akhlak
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
8
HASIL PEMBELAJARAN
SINOPSIS
Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan bermula dari kelahiran Rasulullah SAW
sehingga peristiwa berkhulwah di Gua Hira’. Di samping itu, dalam unit ini juga akan
dibincangkan nilai-nilai pendidikan yang boleh diikuti pada fasa kehidupan Nabi sebelum
baginda dilantik menjadi Rasul.
KERANGKA TAJUK
3.1 Kelahiran dan penyusuan Nabi
3.2 Zaman kanak-kanak dan remaja Rasulullah SAW
3.3 Pekerjaan Rasulullah SAW
3.4 Perkahwinan Rasulullah SAW
3.5 Peristiwa Hajar Aswad
3.6 Berkhulwah di Gua Hira’
3.7 Nilai pendidikan yang boleh diikuti pada fasa kehidupan Nabi Muhammad
sebelum menjadi Rasul
UNIT 3 KEHIDUPAN RASULULLAH SAW SEBELUM DILANTIK
MENJADI RASUL
Di akhir topik ini, pelajar dapat:
i. Menceritakan sejarah kelahiran, penyusuan, zaman kanak-kanak dan
remaja serta pekerjaan Rasulullah SAW.
ii. Menceritakan sejarah perkahwinan Rasulullah SAW, peristiwa Hajar
Aswad dan berkhulwah di Gua Hira’ .
iii. Membincangkan nilai-nilai pendidikan yang boleh diambil pada fasa
kehidupan Rasulullah SAW sebelum dilantik menjadi Rasul.
9
3.1 KELAHIRAN DAN PENYUSUAN
Tanda-Tanda Kenabian Nabi Muhammad SAW
Nabi Muhammad bin Abdullah merupakan Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T
kepada sekelian umat hingga hari kiamat. Baginda menjadi yatim semasa dua bulan dalam
kandungan ibunya, kerana bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib telah wafat di Yathrib.
Baginda dilahirkan di kota Mekah pada hari Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun gajah, yakni tahun di
mana Abrahah al-Asyram menyerang Mekah dan menghancurkan Ka’bah. Peristiwa ini telah
dirakamkan oleh Allah SWT dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Fil:
Maksudnya: “Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Apakah kamu tidak memperhati kan bagaimana Tuhan mu telah bertindak terhadap tentera bergajah. 1. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan ka’bah) itu sia-sia 2. Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong 3. Yang melempari mereka dengan batu yang berasal dari tanah yang terbakar 4. Lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat 5”.
a. Api Sembahan Kaum Majusi di Parsi Terpadam
Kaum Majusi adalah golongan yang menyembah api, mereka menggangap api adalah tuhan
mereka. Di Parsi (Iran) mereka telah membina satu obor yang besar dan api yang mereka
nyalakan di dalam obor berkenaan menjadi tuhan mereka dan meyakini bahawa api tersebut
tidak akan padam buat selama-lamanya. Namun tanggapan mereka silap kerana semasa
Nabi SAW hendak dilahirkan, secara tiba-tiba api sembahan mereka terpadam dan ini
menyebabkan semua masyarakat Parsi terkejut, maka rahib mereka menyatakan bahawa ia
adalah suatu petanda satu perkara besar telah berlaku.
b. Aminah Bermimpi Supaya Anak dalam Kandungan Diberi Nama Muhammad
Ibu kepada Nabi SAW, Aminah bt. Wahab adalah seorang wanita yang solehah, beliau kerap
bermimpi bertemu dengan seorang berjubah putih dan meminta beliau memberi nama anak
dalam kandungannya dengan nama Muhammad (yang terpuji). Sememangnya nama itu tidak
10
ada sebelum kelahiran baginda SAW. Apabila baginda dilahirkan, semua orang memuji nama
tersebut kerana keindahannya dan belum ada seorang pun waktu itu yang bernama
Muhammad.
3.2 ZAMAN KANAK-KANAK DAN REMAJA RASULULLAH SAW Setelah dilahirkan, Rasulullah SAW telah menyusu dari ibunya selama tiga hari, kemudian
baginda telah disusui pula oleh hamba kepada Abu Lahab iaitu Thuwabatul Islamiyyah selama
beberapa hari. Abu Jahal gembira dengan keadaan itu dan telah memerdekakannya. Selepas
daripada itu baginda SAW telah disusui pula oleh HalimatusSa’diah selama empat tahun.
Kisah penyusuan yang paling masyhur ialah kisah penyusuan Rasulullah SAW dengan ibu
susuannya Halimatus Sa’diah.
Sememangnya menjadi budaya orang Arab bangsawan akan menyerahkan anak-anak
mereka kepada orang-orang kampung untuk disusui bila mereka melahirkan anak. Golongan
bangsawan Arab menghantar anak-anak mereka ke kampung-kampung adalah bertujuan
untuk (1) memberi biah yang segar di kampung, (2) Melatih mereka dengan bahasa Arab yang
fasih (3) Mengajar anak-anak dengan sifat keberanian.
Puak Bani Saad termasuklah Halimatus Sa’diah telah datang mencari anak kecil untuk
disusui, akhirnya beliau mendapat seorang anak yatim yang bernama Muhammad. Semasa
membawa Nabi SAW pulang ke rumahnya, beliau mendapati susu badannya banyak.
Semenjak Nabi Muhammad SAW tinggal bersamanya banyak berlaku perkara-perkara yang
luar biasa, diantaranya ialah kambing ternakannya membiak dengan banyaknya dan juga
peristiwa dada Nabi SAW dibedah.
Tujuan Nabi di Hantar ke Desa
Pada kebiasaan golongan bangsawan Arab, setiap kanak-kanak yang dilahirkan ketika
usianya lapan hari, kanak-kanak tersebut dihantar menyusu dan diasuh di desa. Apabila
berumur tujuh atau lapan tahun, maka barulah dibawa pulang. Tujuannya ialah supaya:
1. Tubuh kanak-kanak itu menjadi sihat, cergas dan kuat, kerana di desa udaranya lebih
bersih daripada di kota.
2. Kanak-kanak itu mempelajari bahasa Arab asli (Arab fusha) dan boleh bertutur dengan
fasih, kerana di kota, khususnya kota Makkah, bahasa Arabnya sudah tercemar
dengan terdapatnya ramai bangsa asing di situ.
3. Kanak-kanak itu terlatih dengan kesusahan. Apabila dewasa nanti dia akan merasa
lebih bertanggungjawab terhadap masyarakat.
11
Kesan Pembentukan Diri dan Pengalaman di Desa
1. Ketika diasuh di desa Nabi SAW dididik dengan akhlak yang mulia dan mempelajari
pelbagai ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, Nabi SAW menjadi seorang yang
lembut tutur kata, bersifat timbang rasa, amanah dan sabar. Di samping itu, Nabi SAW
juga memperolehi pelbagai kemahiran. Antaranya ialah dapat menguasai bahasa Arab
dengan baik, pandai mengembala kambing dan pandai bergaul dengan masyarakat.
2. Dalam tempoh beberapa tahun bersama-sama keluarga Halimatus-Sa’diah dan
saudara-saudara susuannya, memelihara kambing serta bersama-sama menjalani
kehidupan orang Badwi, telah meninggalkan kesan “tarbiyyah” yang mendalam
kepada diri Nabi SAW. Sehingga biasalah Baginda dengan kesederhanaan yang jauh
dari sifat-sifat kepura-puraan.
3. Mengenai keadaan hidup yang dilengkongi oleh fitrah serta kefasihan bahasa yang
menjadi keistimewaan Bani Sa’ad, Nabi pernah bersabda:
انا اعربكم، انا قريشي، واسترضعت في بني سعد بن بكر“ Akulah orang yang paling berada dalam suasana keaslian “Arab”, aku seorang dari
Quraisy, aku menyusu di kalangan Bani Sa’ad bin Bakr.”
Dada Baginda SAW Dibedah Sewaktu kecil, Baginda SAW telah di jaga oleh ibu susuannya iaitu Halimatus Sa’diah dari
kabilah Saad. Suatu hari ketika Baginda sedang bermain dengan kawan-kawannya, telah
datang kepadanya seorang lelaki (malaikat Jibril a.s) bertemu dengan Baginda. Orang itu
membaringkan Baginda dan telah membedah dada Baginda tanpa bantuan alatan moden,
dikeluarkan hati Baginda dan dibasuh dengan air zam-zam dalam bekas emas. Kanak-kanak
yang sedang bermain bersama Baginda merasa ketakutan lalu pergi memberitahu peristiwa
yang berlaku kepada Halimatus Sa’diah. Terkejut dengan cerita yang sukar dipercayai itu,
Halimatus Sa’diah telah bergegas mendapatkan Muhammad SAW, apabila beliau sampai di
tempat kejadian, orang yang membedah dada Baginda sudah tiada dan Muhammad SAW
kelihatan terkejut dengan apa yang terjadi kepada Baginda. Selepas peristiwa berkenaan,
Halimatus Sa’diah dengan berat hati telah menghantar Baginda SAW ke pangkuan ibunya
kerana bimbang peristiwa sama akan berulang kembali.
Kumpulan Awan Memayungi Baginda Ketika Berjalan Nabi SAW sentiasa berjalan dan dipayungi oleh awan, inilah satu mukjizat terhadap Baginda.
Sebagaimana yang diceritakan oleh Maysarah, orang kepecayaan Khadijah, semasa
mengikuti rombongan perniagaan ke Syam bersama Nabi SAW. Beliau menyatakan bahawa
12
semasa dalam perjalanan bersama Muhammad SAW keadaan di sekitarnya redup kerana
dibayangi oleh awan yang sentiasa mengekori Baginda SAW.
Peristiwa Kewafatan Bapa Nabi Riwayat Abdullah tidak banyak di catat dalam sejarah. Namun begitu, kisah menarik
mengenainya ialah ketika beliau masih kanak-kanak, beliau hampir dikorbankan untuk
berhala. Tuhan telah menyelamatkannya apabila bapanya Abdul Mutalib menggantikannya
dengan 100 ekor untuk mengelakkan kejadian itu berlaku. Abdullah terkenal sebagai seorang
ahli perniagaan. Beliau sering berulang-alik dari Makkah ke Syam untuk menguruskan
perniagaannya.
Selepas beberapa bulan berkahwin beliau meneruskan perniagaannya ke Syam.
Sekembalinya dari Syam beliau jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia di Yathrib
(Madinah), pada ketika itu isterinya sedang mengandungkan Nabi selama kira-kira dua bulan.
Abdullah meninggal dunia ketika berusia 25 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Madinah
juga. Beliau meninggalkan sedikit harta untuk bekalan anaknya yang akan lahir itu iaitu lima
ekor unta, beberapa ekor kambing dan seorang pembantu rumah yang bernama Ummu
Aiman. Jika diukur daripada harta yang ditinggalkan itu, jelaslah bahawa Abdullah bukanlah
seorang yang terlalu kaya atau seorang yang terlalu miskin tetapi keadaannya sederhana
sahaja.
Peristiwa Kewafatan Ibu Nabi
Setelah beberapa tahun yang penuh dengan keberkatan dan kesan baik di dalam jiwa
bersama-sama dengan keluarga Halimahtus-Sa’diah, maka Nabi pulang kepangkuan
bondanya. Suatu ketika Aminah berhajat untuk menziarahi pusara suaminya yang meninggal
di Yathrib. Di kalangan keluarganya Bani an-Najar dengan diiringi oleh khadamnya Ummu
Aiman menuju ke tempat yang jauhnya 500 km perjalanan dengan kenderaan di masa itu.
Sudah tentu pengembaraan itu merupakan perjalanan yang jauh kepada seorang perempuan
dan anaknya. Setelah sebulan berada di sana, mereka pun berangkat pulang ke Makkah.
Dalam perjalanan pulang Aminah telah jatuh sakit lalu meninggal dunia di satu tempat
bernama Abwa’, maka tinggallah Nabi menjadi yatim piatu dan pulang ke Makkah.
Ak
ti 7.2
Kesan Kewafatan Bapa dan Ibu
13
Kesan dari peristiwa ini, Nabi telah hidup tanpa sokongan ibu dan bapa. Baginda hanya
bangkit memikul tanggungjawab dengan bantuan seluruhnya dari Allah SWT. Nabi juga telah
menjadi seorang yang tabah menghadapi ujian, disayangi dan dihargai oleh anggota keluarga
yang lain serta pandai hidup berdikari.
a. Disayangi Dan Dihargai Perasaan kasih sayang Abdul Muttalib terhadap cucunya semakin mendalam. Layanan
istimewa telah diberikan kepada Nabi. Kemana saja dia pergi Nabi dibawa bersamanya.
Sehinggalah di dalam majlis perjumpaan di kalangan pembesar Quraisy pun dia membawa
cucunya bersama. Ketika duduk berhampiran kaabah bersama-sama pembesar Quraisy
Abdul Muttalib membenarkan Nabi berada di atas hamparannya. Keadaan inilah
menyebabkan Baginda merasa terhibur dan perasaan sedih serta hibanya beransur pulih.
Kesemuanya ini adalah nikmat yang dikurniakan Allah kepada Baginda, Seperti firman Allah
yang bermaksud :
“Bukankah Dia mendapatimu seorang yang yatim, lalu Dia melindunginya.”
(Surah al-dhuha : 6)
2. Ketinggian Peribadi Kewafatan bapa dan ibu Nabi menyebabkan Baginda mendapat tarbiyyah ilahi secara terus.
Oleh itu, Nabi sentiasa dipelihara oleh Allah dari segi ketinggian peribadi dan akhlak sehingga
Baginda tidak boleh ditembusi sedikit pun oleh telatah orang-orang muda di zamannya.
Ketinggian maruah dan kemurniaan akhlaknya telah menjadi buah mulut penduduk Makkah.
Mereka mengelarnya dengan gelaran Al-Amin yang bermaksud orang yang sangat
dipercayai.
3. Hidup Berdikari Nabi menghadapi alam remajanya dengan tarbiyyah meletakkan diri Baginda tidak
bergantung kepada orang lain. Nabi pernah memelihara kambing untuk nafkah hidup.
Baginda pernah bersabda:
كنت ارعى الغنم قرربط مكة“Aku memelihara kambing di kawasan pengembalaan Makkah.”
Sesungguhnya mencari nafkah dengan titik peluh sendiri itulah rezeki yang paling berkat di
sisi Allah.
Pengalaman Nabi Bersama Datuk
14
Apabila Baginda dikembalikan ke Makkah, datuknya yang sangat tua memeliharanya dengan
baik dan memberikan perhatian serta kasih sayang terhadapnya. Orang tua itu mempunyai
sebuah kerusi panjang bagi dirinya yang terletak di bawah lindungan Kaabah dan semua
anaknya kerap datang ke situ serta duduk di atas tanah sekelilingnya sebagai tanda hormat.
Tetapi apabila Nabi datang, datuknya mendudukannya di atas kerusi panjang itu bersamanya
dan meletakkannya di atas bahu serta menunjukkan tanda cinta dan sayang kepada cucunya.
Sehingga tiada seorang pun yang berani mencadangkan kepada orang tua itu agar
meletakkan Nabi di bawah bersama bapa saudaranya.
Peristiwa Kematian Datuk Nabi Selepas ibunya dikebumikan, Nabi pun kembali dengan perasaan yang sangat sedih bersama
hambanya Ummu Aiman ke Makkah. Tidak lama kemudian, datuknya yang telah terlalu tua
dan sangat mengasihi serta memberi perhatian yang besar terhadapnya pun meninggal dunia
ketika Baginda berusia lapan tahun. Nabi berasa begitu sedih sehingga Baginda mengikuti
keranda datuknya yang sedang di usung sambil menangis di sepanjang jalan. Kematian Abdul
Mutalib merupakan satu pukulan ke atas Bani Hashim kerana tiada seorang pun dari anak-
anak lelakinya yang dapat mengantikan tempat beliau. Tidak ada seorang Quraisy pun yang
dapat menandingi sifat-sifatnya dari segi pemikiran, keperibadian, keadilan dan kekuatan. Di
samping itu, tiada seorang pun yang mendapat kedudukan yang begitu tinggi dan dimuliakan
oleh bangsa Arab. Sebelum kematiannya, Abdul Mutalib telah mengamanahkan anaknya Abu
Talib supaya menjaga Nabi dengan baik.
Kesan Kematian Datuk ke atas Diri Nabi Nabi menerima ujian Allah dengan sabar dan yakin apa yang berlaku ke atas dirinya
mempunyai hikmah. Walaupun Nabi sayang kepada datuknya, kesedihan Baginda tidak
berpanjangan. Bahkan Baginda tabah menghadapi dugaan yang besar itu. Di samping itu,
Baginda menjadikan peristiwa tersebut sebagai cabaran untuk meneruskan kehidupan
selepas itu.
1. Bersifat Sabar Walaupun Nabi berasa begitu sedih sekali dengan peristiwa kematian datuknya sehingga
Baginda mengikuti keranda datuknya yang sedang di usung sambil menangis sepanjang
jalan. Namun, Baginda tetap bersabar dan tidak bersedih sepanjang masa.
2. Bersifat Tabah
15
Ketabahan Nabi ketika berhadapan ujian dan dugaan dalam usia begitu muda. Apabila
Baginda telah kehilangan tempat bergantung dan tidak dapat di bayangkan pilu serta
sedihnya hati Nabi pada waktu itu.Kesedihan terhadap kehilangan bapanya masih belum
hilang di hati, ibunya pula yang meninggal. Selepas itu, datuk yang begitu menyayangi
Baginda pula meninggal seperti pepatah Melayu:
3. Menjadikan Peristiwa itu Sebagai Cabaran. Kematian datuk yang dikasihi dan menjadi tempat Nabi berteduh telah menjadi cabaran
kepada kehidupan Baginda. Namun begitu, Nabi telah menjadikan peristiwa kematian
datuknya sebagai satu cabaran bagi meneruskan kehidupan.
Pengajaran dari Peristiwa yang Mendukacitakan Nabi Menurut Al-Buti di dalam kitabnya Fiqh Al Sirah: Bahawa peristiwa-peristiwa kewafatan
ayahanda, kemudian bonda dan berikutnya datuknya bukanlah secara kebetulan semata-
mata, tetapi mengandungi hikmah-hikmah yang besar yang di takdirkan oleh Allah yang maha
mengetahui. Di sana tidak ada alasan bagi orang-orang yang mahu mengambil kesempatan
bagi memperkecilkan Islam dan Nabi, kalau-kalau mereka boleh menuduh dan mempunyai
alasan kononnya dakwah dan sifat-sifat yang dimilikinya adalah pengaruh dari ayah, ibu dan
datuknya yang menjadi bangsawan Arab ketika itu. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku
sesudah orang-orang tuanya meninggal dunia secara bertalu-talu. Kemudian ia dipelihara
dalam kalangan Bani Sa’ad. Tiada gangguan manusia dalam mentarbiyyahkan Nabi, tetapi di
tarbiyyahkan oleh Tuhan yang maha suci dari segala kecurangan dan kelemahan. Dalam
suasana yang jauh dari perasaan tamakkan pangkat dan harta dunia atau kepentingan
duniawi yang lain.
Menyayangi Datuk dan Nenek Nabi menunjukkan contoh bagaimana baginda melayan orang-orang tua dengan baik dan
menghormati mereka.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan
ucapkanlah “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua
telah mendidik aku sewaktu kecil”
(Al-Isra’ -24)
“Sudah jatuh di timpa tangga”
16
Pemeliharaan Nabi Oleh Bapa Saudara
Keperibadian Abu Talib
Abu Talib memelihara Nabi bersama-sama anaknya. Beliau bersungguh-sungguh
menunaikan janjinya untuk memelihara dan menjaga Nabi seperti yang diharapkan oleh Abdul
Mutalib. Walaupun Abu Talib mempunyai ramai anak, namun beliau tetap menyayangi dan
bertanggunggjawab ke atas anak saudaranya itu. Abu Talib memang sudah terkenal sebagai
seorang manusia yang baik hati dan penuh bertanggungjawab terhadap kaum keluarganya.
Walaupun beliau bukanlah seorang yang kaya dan mewah. Dengan sebab itulah Abdul
Muttalib menyerahkan Nabi kepada beliau. Sikap kasih-sayang Abu Talib terhadap Nabi tidak
ubah seperti kasih-sayang Abdul Muttalib terhadap Nabi. Ketika bersamanya Nabi tidak
pernah berkecil hati terhadap Abu Talib, malahan Baginda sentiasa membantunya dalam
urusan di rumah dan di luar rumah.
Pengalaman yang Diperolehi Nabi semasa Bersama Beliau
Di antara pengalaman yang diperolehi Nabi semasa tinggal bersama bapa saudara Baginda
ialah:
1. Baginda telah berkerja sebagai pengembala kambing untuk mendapatkan upah.
Daripada upah itu Baginda dapat juga meringankan beban yang di tanggung oleh Abu
Talib.
2. Pergi ke negeri Syam untuk menguruskan perniagaannya di sana. Usia Baginda pada
ketika itu 12 tahun.
3. Pemergian Baginda ke Syam telah memberikan pengajaran dan pengalaman yang
cukup banyak kepada Baginda. Selain berpeluang melihat tempat-tempat menarik di
sana, Baginda juga berpeluang mengenali masyarakat luar dan mengikuti berita-berita
orang Rom. Di samping itu, Baginda juga dapat meninjau sejauh mana kebenarannya
agama Nasrani dan agama-agama lain yang dianuti oleh penduduk Syam.
4. Baginda juga melakukan perniagaan di Makkah dan di pasar-pasar yang berdekatan
seperti Ukaz, Majannah dan Dhu al-Majaz. Di sana Baginda berkesempatan
menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pidato, syair dan sajak daripada
pemidato-pemidato dan penyair-penyair Arab, Yahudi dan juga Nasrani.
17
Keadaan Nabi di Pelihara oleh Bapa Saudara Baginda
Semasa berada di bawah pemeliharaan bapa saudara, Baginda telah di asuh dan di jaga
dengan baik. Perubahan positif telah banyak berlaku dalam pelbagai segi ke atas diri Baginda
samaada kecerdasan akal, perkembangan jasmani, mempunyai sakhsiah yang unggul dan
kekuatan kerohaniah.
1. Kecerdasan Akal
Baginda telah menyaksikan peristiwa perjanjian al-Fudul yang dimenterikan di rumah
Abdullah bin Jad’an. Di dalam perjanjian tersebut mereka berjanji memberi pertolongan
kepada orang yang lemah dan dizalimi di Makkah serta berusaha untuk membasmikan
kezaliman di Makkah. Nabi sungguh kagum dengan perjanjian ini walaupun berlaku di zaman
jahiliah. Ini membuktikan Nabi mempunyai kecerdasan akal untuk memilih kebenaran
walaupun masih remaja.
2. Perkembangan Jasmani
Dalam lengkongan usia 14 atau 15 tahun, Nabi telah menyertai peperangan di antara Quraisy
dengan Qais. Baginda menyertai peperangan tersebut dengan memungut anak-anak panah
musuh untuk bapa saudaranya. Pengalaman ini mentarbiyyahkan Nabi dengan sifat
kepahlawanan dan kesabaran di medan perang.
3. Kekuatan Rohaniyyah
Dapat dilihat ketika Baginda menghadapi ujian, di mana Nabi menjadi orang yang paling tahan
menghadapinya, samaada ujian tekanan atau ujian kemewahan. Ketika menghadapi musuh
dan segala ancaman, Bagindalah orang yang paling berani dan tahan cabaran. Ketika Islam
memperolehi kemenangan terdapat banyak kemewahan dan kekayaan. Namun dengan
kekuatan roh menjadikan Baginda tidak bergelumang dan cenderung serta tidak dapat
dipengaruhi oleh sesiapapun supaya tunduk kepada kebendaan. Hati Baginda hanya
bergantung kepada Allah.
4. Sakhsiah yang Unggul
Semasa Nabi mula memasuki gerbang kedewasaan dan keremajaan. Baginda mula
bertungkus-lumus dan menyingsing lengan mencari rezeki halal, seharian menternak
kambing. Nabi pernah menceritakan: “Dahulu pernah aku menternak kambing penduduk
Makkah dengan upahnya beberapa karat sahaja”
18
Allah telah mengawal dan mengawasi zaman keremajaan Nabi. Oleh itu Baginda tidak pernah
menyeleweng seperti pemuda-pemuda lain dan berhubung dengan hal ini Baginda sendiri
menceritakan kepada kita mafrumnya: “Aku tidak pernah teringat hendak melakukan seperti
mana yang dilakukan oleh sebahagian besar orang-orang jahiliyyah, kecuali dua kali tetapi
dielak dan dijauhkan oleh Allah. Lepas itu aku tak ingat-ingat lagi hinggalah aku diutuskan”.
Kesan Pengalaman Nabi Bersama Bapa Saudaranya.
1. Baginda memahami erti keperitan dan ujian dalam kehidupan.
2. Mempunyai sifat yang mulia, akhlak yang baik, bencikan kemungkaran, berani dan
menerima segala kebaikan.
3. Mempunyai daya juang dan jati diri yang utuh.
4. Baginda lebih suka hidup berdikari berbanding dengan mengharapkan bantuan orang
lain.
5. Baginda berminat dalam bidang perniagaan dan menternak kambing.
6. Baginda berminat untuk menambah ilmu pengetahuan terutama pidato, syair dan
sajak.
3.3 PEKERJAAN RASULULLAH SAW
Semasa Kecil Membantu Bapa Saudara
Semasa Muhammad b. Abdullah berumur enam tahun, ibunya Siti Aminah meninggal dunia.
Oleh itu, Nabi Muhammad dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib ketua Mekah. Walaupun,
Abdul Muttalib ketua Mekah, tetapi hidupnya miskin kerana hartanya dihabiskan memberi
khidmat dan melayan tetamutetamuKaabah.
Daripada itu, boleh dikatakan sejak kecil Nabi Muhammad belajar kehidupan fakir miskin dan
menjadi anak muda yang tahan lasak serta berhemah tinggi. Nabi Muhammad juga menjadi
orang yang benarbenar tahu bagaimana kehidupan fakir miskin.Nabi Muhammad sentiasa
menemani datuknya Abdul Muttalib dalam majlis-majlisnya. Selama dua tahun Nabi
Muhammad menghadiri semua majlis Abdul Mutalib yang sentiasa menerima kunjungan demi
kunjungan daripada semua pembesar Arab. Ini merupakan suatu persediaan Allah kepada
junjungan besar SAW belajar cara bersosial.
Selepas Nabi Muhammad berumur lapan tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Nabi
Muhammad dibela pula oleh bapasaudaranya AbuTalibyang juga ketua Mekah,
menggantikan ayahnya Abdul Muttalib. Abu Talib, disebabkan beliaumempunyai
19
tangggungan anak yang ramai, kehidupannya lebih miskin kalau dibandingkan dengan
kehidupan ayahnya.Ramai anak-anak beliau yang bekerja untuk membantu meringankan
beban yang ditanggung oleh ayah mereka, termasuklah juga junjungan SAW yang bekerja
dengan sepupu Baginda,mengembala kambing. Baginda tidaklah dibesarkan dalam
kehidupan yang mewah, tetapi dalam kehidupan yang susah, Baginda terpaksa berdikari
sejak daripada Baginda kecil lagi. Ini menjadikan Baginda seorang yang berhemah tinggi serta
tidak mengharapkan pertolongan dan bantuan orang lain.
Tugasan Baginda menyebabkan Baginda sentiasa berada diluar kota Mekah,di padang pasir
untuk menjaga kambing-kambing peliharaan Baginda. Kadang-kadang berhari-hari dan
bermalam-malam Nabi Muhammad tidak balik ke Mekah. Hidup dipadang pasir berseorangan
jauh dari pada kesibukan dan hiruk-pikuk orang ramai adalah juga suatu proses pendidikan
kepada Baginda SAW. Baginda akan belajar mengasihi haiwan atau binatang-binatang
ternakan.
Selain daripada itu, kebanyakan masa Baginda berseorangan, ini memberi peluang kepada
Baginda untuk memerhati serta memikirkan tentang kebesaran pencipta dengan
memerhatikan kejadian matahari, bulan, bintang, pertukaran siang dan malam serta segala
disekelilingnya. Dalam masa yang sama, dapat menilai diri sendiri.Ini menjadikan Baginda
seorang yang banyak berfikir serta bijak dan peka dalam menilai diri serta perubahan
sekeliling. Jika Baginda berada di kota atau di bandar Mekah kesibukan kehidupan dan hiruk
pikuk bising di bandar tidak memberi ruang kepada Baginda untuk memerhati serta
memikirkan kejadian alam, apatah lagi untuk menilai diri sendiri.
Semasa Remaja : Berniaga/ Usahawan
Bapa saudara Baginda, AbuTalib dalam masa yang sama sibuk berniaga. Ketika Baginda
berumur 12 tahun, AbuTalib telah bercadang untuk keluar berniaga ke Syam. Apabila Nabi
Muhammad SAW mengetahui rancangan bapa saudara Baginda, Baginda meminta keizinan
untuk bersama-sama menyertai misi perdagangan bapa saudara Baginda. Memahami
keinginan Baginda, Abu Talib akhirnya membenarkan Baginda sama-sama menyertai misi
dagang teresbut. Inilah merupakan kali pertama Rasullullah keluar dari pada kota Mekah.
Sebelum sampai ke Syam, rombongan dagang tersebut telah berhenti rehat berhampiran
gereja, iaitu rumah ibadat Kristian. Ketika itu, ketua paderi gereja tersebut iaitu, Buhaira telah
memerhati rombongan tersebut daripada jauh. Beliau merasa amat pelik,ini kerana sepanjang
perjalanan,rombongan tersebut sentiasa diliputi awan.
20
Buhaira yang merasa kehairanan, betul-betul ingin berkenalan dengan ahli-ahli rombongan
tersebut dan mengetahui rahsia di sebalik kejadian awan yang sentiasa memayungi mereka.
Lantas, beliau mengarahkan orang-orangnya menyediakan makanan yang banyak dan
menjemput semua ahli rombongan makan ditempatnya. Beliau juga berpesan semua ahli
rombongan dijemput tanpa ada pengecualian seorangpun. Semua ahli rombongan telah
menyertai jamuan makan Buhaira kecuali Rasullulah, ini memandangkan Bagindalah yang
paling muda, maka Baginda ditinggalkan untuk menjaga barangbarang mereka. Buhaira telah
memerhati satu persatu setiap ahli rombongan, tiada seorangpun yang menarik perhatian
beliau,lantas beliau menanyakan kepada ketua rombongan tentang kedatangan kesemua ahli
rombongan. Kemudian mereka teringat tentang seorang budak muda yang ditinggalkan untuk
menjaga barangbarang mereka. Buhaira meminta supaya dijemput sama budak tersebut
untuk samasama menyertai jamuan tersebut.
Memang benar, apabila Buhaira berjumpa sahaja dengan Rasulullah, beliau merasai
keistimewaan yang terdapat pada diri Baginda. Apabila beliau berbual dengan Nabi
Muhammad, Buhaira ada bertanyakan beberapa soalan kepada Baginda, oleh kerana
kebiasaan orang Arab untuk bersumpah dengan al-Latta dan al-Uzza, Buhaira menggunakan
sumpah ini apabila bertanya Rasulullah sekalipun beliau sendiri tidak beriman dengan al-Latta
dan al-Uzza.Buhaira berkata, “Demi al-Latta dan al-Uzza, aku ingin bertanya kepadaka mu”.
Jawab Baginda, “Minta maaf pendeta, kamu jangan tanya aku dengan nama al-Latta dan al-
Uzza, demi Tuhan tidak ada yang paling aku benci lebih daripada al-Latta dan al-Uzza.”
Muhammad tidak pernah menyembah atau sujud kepada berhala sejak kecil walaupun itulah
suasana kehidupan keluarga dan kaumnya ketika itu.
Buhaira berkata,“Kalau begitu,aku bertanya kepada kamu dengan nama Allah.”
Baginda menjawab “Ya, tanyalah aku dengan nama Allah”.
Banyak soalan yang telah ditanya oleh Buhaira, kesemuanya membenarkan apa yang
disangka-sangka oleh Buhaira. Akhir sekali Buhaira meminta melihat belakang Nabi
Muhammad. Sahlah sangkaannya, Buhaira dapat melihat Khatamun Nubuwwah iaitu tanda
lahir Allah mengutuskan nabi dan rasul untuk manusia yang ada di belakang Muhamamad.
Selepas itu Buhaira bertanya kepada Abu talib,“Apa ikatan kamu dengan anak ini?
Abu Talib mengatakan,“Ini adalah anak saya”. Buhaira berkata,“Tidak sepatutnya ayahnya
masih hidup”.
Abu Talib berkata, “Ya benar! Ayahnya sudah meninggal dunia, ini anak saudaraku”.
21
Di situ Buhaira menasihatkan AbuTalib supaya membawa Nabi Muhammad bin Abdulah
segera pulang ke Mekah, ini kerana dibimbangi jika Baginda dibawa ke Syam, orang-orang
Yahudi akan menemui Baginda dan akan membunuhnya. Disebabkan misi perdagangannya
belum selesai, Abu Talib telah mengupah orang untuk membawa kembali Rasullulah ke
Mekah dan dia meneruskan perjalanan hingga ke Syam tanpa membawa bersama
Rasullulah.
3.4 PERKAHWINAN RASULULLAH SAW Siti Khadijah binti Khuwailid adalah seorang wanita kaya daripada keturunan suku Abdul Uzza
bin Qusai bin Kilab di Mekah ketika itu. Kekayaan Siti Khadijah adalah menyamai perniagaan
semua orang Quraisy yang lain. Kejujuran dan keperibadian mulia Rasullulah telah menarik
hati Siti Khadijah untuk menawarkan Baginda menguruskan perniagaan beliau ke Syam.
Rasullulah telah menerima tawaran tersebut dan telah bertolak ke Syam dengan ditemani
salah seorang pekerja Siti Khadijah iaitu Maisarah.Benarlah kata orang, jika ingin mengenali
peribadi sebenar seseorang itu, dengan musafir bersama-sama.
Sepanjang perjalanan Maisarah telah merasai keunggulan akhlak Rasullulah. Sifat
penyayang,serta berlemah lembut dengan setiap orang yang ditemui sepanjang pergaulan
Baginda dengan mereka telah betulbetul menarik perhatian Maisarah. Maisarah juga telah
melihat kejadian yang lebih pelik sepanjang perjalanan, iaitu awan sentiasa menaungi mereka
dari pada panas terik matahari.
Dalam perjalanan ke Syam itu, rombongan yang bersama dengan Rasullulah, telah berhenti
rehat berdekatan dengan rumah ibadat paderi Buhaira yang ditemui Baginda sebelum ini,
semasa Baginda menyertai misi dagang dahulu bersamasamaAbu Talib, bapa saudara
Baginda. Tapi ketika ini, Buhaira telah meninggal dunia.Paderi lain yang telah menggantikan
Buhaira, paderi itu juga meyedari perkara yang sama, iaitu awan sentiasa mengiringi
perjalanan Rasullulah dan Maisarah. Rasullulah juga tidak berhenti di tempat biasa yang
rombongan dagang biasanya berhenti rehat, tetapi Baginda berhenti rehat di tempat lain, iatu
disebatang pokok yang berdekatan. Apabila Baginda bernaung di bawahnya, paderi tersebut
telah melihat dahan dan ranting-ranting pokok bergerak menaungi Rasullulah daripada
cahaya matahari.
Perkara ini menimbulkan tanda tanya kepada paderi tersebut, siapakah gerangan mereka ini,
lalu paderi telah datang untuk bertemu dengan Maisarah dan pelbagai soalan telah ditanya
pada Maisarah. Paderi tersebut kemudiannya menunjukkan kepada Maisarah pokok yang
menjadi tempat Nabi Muhammad berteduh.
22
Paderi kemudiannya berkata, “Hanya seorang nabi sahaja yang berteduh di bawah pokok ini”.
Maisarah menjadi bertambah pelik mendengar hal ini. Bahkan di sepanjang perjalanan dan
sepanjang mereka berada di Syam, pelbagai perkara ajaib yang disaksikan oleh Maisarah.
Akhlak Baginda,kasih sayang Baginda, kemampuan Baginda berhadapan dengan semua
lapisan semua orang, belas kasihannya kepada orang miskin dan kejujurannya menyebabkan
semua orang datang kepadanya.
Hasil daripada pergaulan yang mesra, jujur dalam tutur kata, prihatin dengan keperluan
pelanggan menyebabkan misi perniagaan Siti Khadijah kali ini yang diterajui oleh Rasullulah
telahmencapai objektif dan berjaya meraih keuntungan yang berlipat kali ganda mengatasi
rombongan dagang lain. Misi kali mencatatkan keuntungan tertinggi berbanding dengan misi
perniagaan yang dihantar sebelumnya.
Kita telah lihat Rasulullah telah dilatih oleh Allah untuk menghadapi situasi yang pelbagai,
antaranya; pergaulan dengan orang miskin, dengan pembesar iaitu semasa Baginda bersama
dengan datuk Baginda, Abdul Muttalib, situasi dalam peperangan , semasa Baginda tinggal
bersamasama dengan Abu Talib yang merupakan ketua Quraisy ketika itu, menggembala
kambing, cabaran hidup berdikari, interaksi dengan hamba atau pekerja bawahan, dan alam
sekitar iaitu semasa perjalanan Baginda bersama-sama Maisarah, dan seterusnya
mengendalikan harta atau perniagaan. Ini merupakan antara persediaan Allah untuk
memantapkan lagi keperibadian Baginda untukmemikul tanggungjawab suci di kemudian hari
sebagai seorang rasul,utusan Allah.
Hasil daripada perniagaan kali ini, menjadikan Siti Khadijah sangat senag hati dengan
Rasullulah.Ini ditambah pula dengan cerita-cerita yang dibawakan oleh Maisarah tentang
ketinggian akhlak serta kebijaksanaan Rasullulah dalam menguruskan perniagaan.
Pengalaman-pengalaman semasa perjalanan mereka juga diceritakan Maisarah kepada Siti
Khadijah. Ini menambahkan lagi kekaguman beliau kepada Rasullulah. Kekaguman ini,
menarik hati Siti Khadijah untuk menjadi isteri kepada Rasullulah. Rasulullah ketika itu masih
lagi bujang dan umur Baginda dua puluh lima tahun, sementara umur Siti Khadijah adalah Siti
Khadijah adalah seorang wanita mulia, baik hati,cantik,kaya dan daripada golongan
bangsawan. Segala keistimewaan terdapat pada beliau, ini menarik ramai pembesar Mekah
berminat untuk memperisterikan beliau, tetapi beliau menolaknya.Tetapi kekaguman beliau
dengan keunggulan peribadi Rasullulah telah membuka hati Siti Khadijah untuk berkahwin.
Beliau kemudiannya menghantar wakil kepada Rasullullah untuk menyampaikan hasrat
beliau.
23
Akhirnya berkahwinlah Siti Khadijah dengan Rasullulah. Abu Talib yang menguruskan
perkahwinan bagi pihak Rasullulah dan mengetuai majlis akad nikah. Tempoh perkahwinan
Rasullullah dengan Siti Khadijah sehingga Siti Khadijah kembali ke rahmatullah berlangsung
adalah selama dua puluh lima tahun. Dalam tempoh perkahwinan ini, Rasullulah hanya
beristerikan Siti Khadijah. Hanya selepas kematian Siti Khadijah dan umur Baginda ketika itu
lima puluh tahun barulah Rasullullah berkahwin dengan isteri-isteri Baginda yang lain.
Hasil perkahwinan Baginda dengan Siti Khadijah, Baginda dianugerahi dua orang anak lelaki,
Qasim dan Abdullah dan empat orang perempuan. Anak lelaki ketiga Baginda dilahirkan oleh
Mariah Qibtiah. Kesemuanya meninggal semasa mereka kecil lagi. Manakala, anak-anak
perempuan pula adalah Ruqayah, Zainab, Ummu Kalthum dan Fatimah. Kesemuanya mereka
hidup sampai ke zaman Islam.
Siti Khadijah adalah seorang isteri yang sangat banyak berkorban kepada Rasullulah dan
perjuangan suci Islam. Dengan harta dan kedudukan yang dipunyai beliau, beliau banyak
membantu ke arah perjuangan suci suaminya dalam menyebarkan ajaran suci Islam. Selepas
mengahwini Siti Khadijah, Rasullulah terus menguruskan perniagaan istei Baginda, tetapi
Baginda tidak lagi keluar menggembara mengetuai misi dagang, Baginda hanya
menguruskannya dari Kota Mekah sahaja.
3.5 PERISTIWA HAJAR ASWAD
Dalam tempoh itu juga banjir besar telah melanda Kota Mekah sehingga menyebabkan
Kaabah hampir runtuh. Kabilah-kabilah Arab berpakat membina semula Kaabah,masing-
masing menyumbang duit dalam usaha membaik pulih Kaabah. Selepas dana terkumpul,
timbul masalah baru, iaitu mereka tidak mempunyai kepakaran untukmembina semula
Kaabah, memandang pembinaan Kaabah daripada batu bata. Rumah orang Arab Mekah
pada masa itu, daripada tanah,mereka tidak mempunyai kepakaran membina rumah daripada
batu bata.
Akhirnya mereka menemui orang boleh membantu mereka membina binaan daripada
batu,selesai daripada pembinaan timbul pula masalah yang baru iaitu, meletakkan Hajarul
Aswad ketempatnya kembali. Masing-masing puak berebut untuk meletakkanya. Pada
meletakkan peluang untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya merupakan satu
kemuliaan yang besar, masing-masing ingin memiliki kemuliaan tersebut. Peperangan antara
empat suku Arab Mekah, iaitu; Bani Quraisy, Bani Auf, Bani Abdul Dar dan Bani Makhzum,
hampir tercetus hasil daripada perebutan tersebut. Akhirnya mereka memutuskan untuk
24
mencari hakim bagi meredakan perebutan tersebut. Hakim memutuskan orang yang pertama
kali masuk ke Masjidil haram, dialah yang akan memutuskan siapayang paling layak
meletakkan kembali Hajarul Aswad itu ke tempatnya.
Masing-masing menunggu dengan penuh debaran siapakah gerangan yang pertama kali
memasuki Masjidil Haram. Apabila melihat Nabi Muhammad bin Abdullah merupakan orang
yang pertama memasuki Masjidil Haram, masing-masing menarik nafas lega. Ini kerana
Rasullullah disenangi oleh semua pihak, Baginda dikenali sebagai al-Amin (amanah, orang
yang paling dipercayai). Kesemua pihak bersetuju dengan perlantikan Rasullullah orang yang
bertanggungjawab untuk menyelesaikan pertelingkahan mereka.
Rasullullah dengan kebijaksanaan Baginda menyelesaikan pertelingkahan dengan dengan
penuh aman damai dan memuaskan hati semua pihak. Rasullullah membuka serbannya,
kemudian meletakkan Hajarul Aswad di tengah-tengah serban dan kesemua ketua suku
mengangkat serban ini bersama-sama dari penjuru masing-masing. Apabila sampai ke
penjuru Kaabah,Rasullullah meletakkan Hajarul Aswad ketempatnya yang asal.
Kebijaksanaan dalam pengadilan dalam peristiwa Hajarul Aswad telah berjaya
menyelamatkan kaum Quraisy daripada peperangan saudara antara mereka.
3.6 BERKHULWAH DI GUA HIRA’ Sekarang, mari kita pelajari tajuk-tajuk sirah tahun empat bermula dengan tajuk peristiwa di
gua Hira’ (rujuk Rajah 4.1) dengan melihat permulaan wahyu diturunkan.
Permulaan Wahyu
Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti (1991) menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW. telah
menuju ke gua Hira’ yang terletak di sebuah bukit yang dikenali dengan Jabal Nur di bahagian
sebelah barat laut Makkah untuk mengasingkan diri. Di sanalah baginda beribadah kepada
Allah s.w.t. Tujuan baginda SAW. mengasingkan diri di Gua Hira’ adalah untuk:
Beribadat kepada Allah s.w.t berdasarkan syariat Nabi Ibrahim a.s. yang berupa solat,
zikir dan lain-lain;
Mengasingkan diri daripada suasana Jahiliah yang bermaharajalela di Bumi Makkah;
dan
Membersihkan jiwa sambil bertafakur memikirkan kebesaran Ilahi.
25
Nabi Muhammad SAW. berulang alik dari rumah ke gua Hira’ (Rajah 6.2) selama beberapa
bulan. Pada suatu hari baginda mendapat mimpi yang benar iaitu ternampak cahaya seperti
pancaran sinar yang terang di waktu pagi yang memberi tanda akan datangnya kebaikan.
Pada 17 Ramadan tahun 610M, sedang baginda beribadah di gua Hira’ datanglah malaikat
Jibril a.s membawa wahyu daripada Allah s.w.t., lalu mengajar baginda membaca. Maka
berlakulah dialog antara Nabi Muhammad SAW. dan malaikat Jibril a.s. seperti berikut:
Jibril: Bacalah! (wahai Muhammad).
Muhammad: Saya tidak pandai membaca !
Malaikat Jibril memeluk Nabi Muhammad SAW. dengan kuat, kemudian melepaskannya dan
menyuruh lagi baginda membaca. Jibril a.s. telah mengulangi sebanyak tiga kali tetapi Nabi
Muhammad SAW. tetap menjawab bahawa baginda tidak tahu membaca. Lalu malaikat Jibril
a.s membaca ayat 1 hingga 5 dari Surah al-ÂAlaq sebagai ayat-ayat yang pertama diturunkan
Tuhan. Lima ayat tersebut bermaksud:
Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan
perantaraan kalam (menulis,membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya.
(al-Alaq 96: 1-5)
Setelah itu, Rasulullah SAW. pun pulang dalam keadaan ketakutan lalu menemui Khadijah
binti Khuwailid r.ha dirumahnya, sambil berkata: “Selimutkanlah daku! selimutkanlah daku!”.
Baginda SAW. lantas diselimutkan sehingga hilang rasa gerun dan takut. Akhirnya, baginda
SAW. menceritakan kepada Khadijah tentang peristiwa aneh yang berlaku ke atas dirinya,
lalu Khadijah r.ha berkata: “Tak mungkin. Demi Allah, Allah tidak sekali-kali akan menghina
kamu. Kamu menyambung silaturrahim, menanggung pihak yang lemah, memberi
pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang
hak”.
Rasulullah SAW. terus di bawa oleh Khadijah menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin
Abdul Uzza, sepupu Khadijah dan penulis kitab Injil dalam bahasa Al-Ibrani lantaran beliau
merupakan penganut agama Kristian di zaman Jahiliah. Baginda SAW. telah menceritakan
peristiwa yang telah baginda alami semasa di gua Hira’. Lantas Waraqah yang ketika itu telah
tua dan buta berkata: “Ia adalah Namus (pembawa wahyu, iaitu Jibril) yang pernah turun
kepada nabi Musa a.s”.
26
Alangkah baiknya kalau aku masih muda remaja dan kuat. Semoga aku masih hidup ketika
kaum kamu mengusirmu keluar”. Nabi SAW. bertanya: “Apakah mereka akan mengusirku“.
Lalu Waraqah itu menjelaskan: “Ya! Tiada seorang lelaki yang datang membawa seperti apa
yang kamu bawa, pasti akan dimusuhi. “Sekiranya aku sempat dengan hari itu, aku akan
menolong kamu semampuku”. Namun, tidak berapa lama setelah itu, Waraqah pun meninggal
dunia sebelum sempat menunaikan hajat murninya itu.
Kesimpulannya, peristiwa Nuzul al-Quran merupakan satu rakaman sejarah dalam
kehidupan Nabi Muhammad SAW. Nuzul al-Quran ini seterusnya terjadi berperingkat-
peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa
Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan bersamaan 610M, ketika usia Nabi
Muhamad SAW. 40 tahun. Perkataan Al-Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke
bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. maka ia memberi
makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Pengajaran Kisah
Mustafa al-Siba`ie (2004) menghuraikan beberapa pengajaran dan iktibar yang dapat anda
ambil daripada peristiwa agung turunnya wahyu pertama ini.
Antaranya adalah seperti berikut:
a) Apabila Allah ingin mendorong seseorang hamba berdakwah kepada kebaikan dan
pengislahan, Dia akan memasukkan ke dalam hatinya, rasa benci kepada kesesatan
dan kerosakan yang dilakukan oleh masyarakatnya.
Nabi Muhammad SAW. tidak pernah bercita-cita menjawat tugas kenabian dan kerasulan.
Apa yang Allah s.w.t ilhamkan kepada Baginda hanyalah rasa cinta untuk berkhulwah
melakukan ibadat. Allah mengilhamkan perasaan tersebut sebagai proses pembersihan dan
persediaan rohani untuk memikul bebanan risalah. Sekiranya Baginda SAW. bercita-cita
memperolehi kenabian, nescaya Baginda tidak takut malah bersedia ketika wahyu diturunkan
kepadanya, tetapi yang berlaku sebaliknya. Pentingnya merujuk kepada orang yang berilmu
untuk kepastian terhadap perkara penting yang berlaku. Rasul SAW. sebenarnya telah
mendapat kepastian bahawa Baginda adalah Rasul, setelah melihat Jibril a.s. Namun
kepastian itu menjadi lebih kuat setelah Waraqah bin Naufal menegaskan perkara itu kepada
Baginda SAW. Ini menunjukkan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan kita agar kita tidak
sesat dan silap arah pedoman.
27
3.7 NILAI PENDIDIKAN YANG BOLEH DIIKUTI PADA FASA KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SEBELUM MENJADI RASUL
Dalam Talian
LATIHAN
Bincangkan proses pendidikan yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW untuk
membina perwatakan seorang pemimpin.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. Whatsapp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran : Kehidupan Rasulullah SAW sebelum dilantik menjadi Rasul.
i. Nilai-nilai pendidikan yang boleh diikuti pada fasa kehidupan Nabi Muhammad SAW
sebelum menjadi rasul.
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
iv. Pembangunan akal
v. Nilai spiritual/kerohanian/emosi
vi. Kemahiran jasmani/kecekapan fizikal
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
v. Semakan kehadiran
vi. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
vii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
viii. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
28
HASIL PEMBELAJARAN
Sinopsis
Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan adalah bermula dari sejarah penurunan
wahyu pertama sehingga Perjanjian Aqabah I dan II . Dalam unit ini juga akan dibincangkan
iktibar daripada fasa permulaan dakwah Rasulullah SAW.
KERANGKA TAJUK
4.1 Penurunan wahyu pertama
4.2 Dakwah secara sulit dan terang
4.3 Penentangan dan penyeksaan
4.4 Hijrah ke Habsyah
4.5 Tahun Kesedihan
4.6 Dakwah ke Taif
4.7 Isra’ dan Mikraj
4.8 Perjanjian Aqabah I dan II
4.9 Iktibar daripada fasa permulaan dakwah Islamiyyah
UNIT 4 FASA PERMULAAN DAKWAH SEHINGGA
PERISTIWA HIJRAH KE MADINAH
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i. Menceritakan peristiwa penurunan wahyu pertama , dakwah secara sulit
dan terang, penentangan dan penyeksaan serta hijrah ke Habsyah.
ii. Menceritakan tahun kesedihan, dakwah ke Taif, isra’ mikraj dan Perjanjian
Aqabah I dan II
iii. Menghuraikan iktibar daripada fasa permulaan dakwah Islamiyyah.
29
4.1 PENURUNAN WAHYU PERTAMA
Penurunan wahyu pertama menandakan bermulanya tugas Nabi Muhammad SAW yang
berat iaitu menyampaikan risalah Allah yang suci. Ini merupakan satu perancangan Allah
yang hebat kerana Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling sesuai menerima tugas
mulia ini. Semenjak dari usia remaja masa baginda banyak diisi dengan memikirkan masalah-
masalah sosial yang berlaku di sekelilingnya sehingga menyebabkan baginda sering
berulang-alik ke Gua Hira’ dan berkhulwah di dalamnya. Ini juga menandakan bermulanya
cabaran dakwah Nabi kepada bangsanya sendiri di Mekah.
4.2 DAKWAH SECARA SULIT & TERANG
Nabi Muhammad SAW. telah menjalankan dakwah secara sulit dan terang-terangan dalam
menunaikan tanggungjawab baginda menyebarkan ajaran Islam. Sub topik seterusnya akan
menceritakan tentang orang terawal memeluk Islam, dakwah Nabi secara sulit dan terang-
terangan serta pengajaran kisah daripada dakwah tersebut.
Orang Terawal Memeluk Islam
Mustafa al-Siba`ie (2004) menerangkan bahawa orang pertama yang beriman dengan
Baginda dan memeluk Islam ialah isteri Baginda, Khadijah r.ha.,kemudian sepupu Baginda,
Ali r.a. Ketika itu Ali masih kanak-kanak berumur 10 tahun. Kemudian diikuti pula oleh bekas
hamba Baginda, Zaid bin Harithah. Dakwah Islam ini akhirnya disambut baik pula oleh
beberapa tokoh yang berkedudukan dalam masyarakat Mekah iaitu: Abu Bakar as-Siddiq,
Uthman binbin Affan, al-Zubair bin al-Awwam, ÂAbd. Rahman bin Auf dan Sa’ad bin Abi
Waqqaf r.hum. Hamba sahaya yang mula-mula sekali memeluk Islam pula ialah Bilal bin
Rabah al-Habsyi. Proses wahyu terhenti dan perintah berdakwah semula dijelaskan seperti
beikut:
a) Wahyu Terhenti
Kemudian wahyu terhenti untuk seketika. Berlaku perselisihan riwayat tentang tempohnya.
Yang paling lama ialah tiga tahun dan paling singkat ialah enam bulan. Riwayat enam bulan
itulah yang sahih. Ketika tempoh terputusnya wahyu, Rasulullah SAW. merasa amat susah
hati dan dukacita.
30
b) Perintah Berdakwah Bermula
Baginda menyangka Allah telah meninggalkannya setelah memilihnya untuk tugas risalah
yang mulia. Namun. selepas itu, wahyu kembali turun kepada Baginda, sebagaimana yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari,
daripada Nabi SAW Ketika aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba aku mendengar satu suara
daripada langit. Aku mengangkat pandanganku. Rupa-rupanya ia adalah malaikat yang telah
datang kepada aku di Gua Hira'. Malaikat itu sedang duduk di atas kerusi di antara langit dan
bumi. Aku merasa takut kepadanya, lantas aku pulang. Aku berkata: Selimutkan aku. Akhirnya
Allah Taala telah menurunkan firmanNya yang bermaksud:
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada
umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan
pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah
engkau jauhi”
(al-Muddathir 74:1-5)
Dakwah Nabi Secara Sulit
Dr. Ramadhan al-Buti (1991), menjelaskan peringkat dakwah secara sulit sebagaimana
berikut: Dakwah Islam bermula di Makkah secara rahsia atau sulit. Ini bermakna Rasullulah
SAW. mengembangkan ajaran Islam secara sembunyi-sembunyi dan menyampaikan kepada
orang-orang yang rapat dengannya terlebih dahulu. Baginda juga memperkenalkan Islam di
kalangan orang yang dipercayai dari segi penerimaan (akalnya). Peringkat dakwah secara
rahsia ini berlangsung selama tiga tahun. Faktor utama pendekatan secara rahsia adalah bagi
mengelakkan kejutan terhadap golongan musyrikin yang begitu taksub dengan sembahan
berhala sekian lama.
Lokasi rahsia tempat umat Islam berkumpul pada tempoh tersebut adalah di rumah al-Arqam
bin Abi al-Arqam. Hasilnya, beberapa orang lelaki dan wanita yang terkenal dengan pemikiran
yang matang dan jiwa yang sejahtera, telah memeluk Islam. Bilangan mereka yang memeluk
Islam mencapai kira-kira 40 orang dan kebanyakan mereka adalah di kalangan golongan fakir
dan hamba yang tiada kedudukan di mata kaum Quraisy Makkah.
Dakwah Nabi Secara Terang-terangan
Dakwah Nabi secara terang-terangan telah berlansung seperti berikut: Setelah tiga tahun
berlalu dakwah secara sulit dan bilangan umat Islam kian bertambah, maka akhirnya Allah
31
s.w.t telah memerintahkan RasulNya untuk menyampaikan dakwah Islam secara terang-
terangan. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai
Muhammad) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu”
(al-Hijr 15:94)
Ekoran dakwah secara terang-terangan itu, bermulalah peringkat menyakiti orang-orang
mukmin yang baru memeluk Islam. Bahkan Rasulullah SAW. turut disakiti dan ada yang
terbunuh syahid. Orang-orang musyrik berasa bimbang apabila Rasul mendedahkan
kebatilan pemikiran mereka, membongkar kecacatan tuhan-tuhan mereka dan
mengemukakan agama baru kepada mereka sedangkan agama Islam mengajak kepada
pengabdian diri kepada Tuhan yang Esa serta tidak dapat dilihat oleh mata dan pandangan,
sedangkan Dia yang Maha Mengetahui akan sekalian makhlukNya.
Pada suatu hari, Rasul SAW. berdiri di bukit Sofa, menyeru satu persatu keluarga Quraisy.
Baginda mengajak mereka kepada Islam danmeninggalkan penyembahan berhala. Baginda
memotivasi mereka kepada syurga dan memberi amaran tentang neraka. Ekoran dakwah itu,
Abu Lahab menengking Baginda: „Celaka kamu, adakah untuk ini kamu mengumpulkan
kami.”
Puak Musyrikin Quraisy ingin bertindak ke atas Rasul SAW, namun bapa saudara Baginda,
Abu Talib melindunginya. Beliau enggan menyerahkan Baginda kepada mereka. Setelah
Quraisy beredar, Abu Talib meminta Baginda untuk mengendurkan dakwahnya. Baginda
menyangka bapa saudaranya tidak lagi mahu membantunya, maka Baginda mengucapkan
kata-katanya yang masyhur ini:
Demi Allah, wahai bapa saudaraku! Kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku
dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini, sekali-kali aku tidak akan
meninggalkannya sehinggalah Allah memenangkannya atau aku binasa kerananya„.
Mustafa al-Siba’ie (2004) menghuraikan beberapa pengajaran dan iktibar yang dapat kita
ambil daripada peringkat dakwah secara sulit dan terang-terangan. Antaranya diterangkan
seterusnya:
Dakwah adalah proses pemulihan dalam masyarakat yang menimbulkan sesuatu yang
janggal terhadap kepercayaan dan mentaliti kebanyakan orang ramai, pendakwah tidak perlu
menyampaikannya secara lantang.
32
Tindakan menangguh teknik berdakwah secara terang-terangan sehinggalah sebilangan
manusia telah meyakini dakwah tersebut dan sanggup berkorban di jalan dakwah adalah
tanda kebijaksanaan Nabi SAW. Pendekatan dakwah secara berhikmah dan berperancangan
adalah faktor kejayaan dakwah Baginda Nabi SAW. hingga Islam berkembang ke seluruh
pelusuk dunia kini.
4.3 PENENTANGAN DAN PENYEKSAAN
Nabi Muhammad SAW. dan para sahabat di zaman permulaan Islam menghadapi tentangan
yang sangat hebat daripada musuh-musuh Islam. Penentangan dan penyeksaan ke atas
Rasulullah SAW dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti penyeksaan fizikal, tekanan mental
dan pemulauan . Ada yang diazab dan diseksa kaum Musyrikin Makkah, namum mereka tetap
berpegang dengan akidah mereka. Ini menjadi bukti kejujuran iman dan keikhlasan pegangan
akidah mereka. la juga menunjukkan ketinggian jiwa dan rohani mereka.
Ketegasan Rasulullah SAW. kepada bapa saudara Baginda Abu Talib dan keengganan
Baginda menerima tawaran harta dan takhta yang ditawarkan oleh Quraisy menjadi bukti
kebenaran dakwah dan kerasulan Baginda. la juga menjadi bukti kesungguhan Baginda
membawa petunjuk kepada seluruh umat manusia.
Seorang pendakwah mestilah mengambil berat tentang kaum kerabatnya. Dia perlu
menyampaikan dakwah dan kebenaran kepada mereka. Namun, sekiranya mereka menolak,
dia akan mempunyai alasan di hadapan Allah dan manusia terhadap kerosakan dan
kesesatan kaum kerabatnya itu.
Kita selaku umat Nabi Muhammad SAW. wajib bersyukur dengan nikmat agung di sebalik
penyebaran dakwah kepada kita. Kesabaran dan ketabahan mereka di jalan dakwah wajar
dijadikan contoh dan ikutan generasi sepanjang zaman.
4.7 PERJANJIAN AQABAH I DAN II Perjanjian ‘Aqabah adalah salah satu peristiwa penting dalam Islam. Ianya akan dikupas lanjut
dalam subtopik seterusnya.
Perjanjian ‘Aqabah Pertama (Tahun ke 11 Kerasulan)
Aqabah merupakan sebuah lokasi ibadat haji (masy’ar al-Haram) di Mina,Bandar Makkah al-
Mukarramah. Jaraknya kira-kira 10 kilometer daripada Masjid al-Haram, Makkah. Perjanjian
33
‘Aqabah pertama ini adalah hasil daripada pemelukan enam orang dari penduduk Yathrib
(Madinah) di musim haji tahun ke-11 kerasulan baginda Nabi Muhammad SAW. Mereka yang
berada di Mina ketika itu sanggup dan bersedia menerima ajaran ‘baru’ ketika itu dan berjanji
kepada Rasulullah untuk menyebarkan risalah Islam di Madinah, apabila mereka telah pulang
daripada menunaikan haji kelak berbanding kaum Musyrikin Makkah yang memandang
‘lekeh’ ajakan Nabi kepada agama Islam yang murni ini.
(b) Tahun Ke 12 Kerasulan
Hasilnya, pada musim haji berikutnya, bertepatan bulan Zulhijjah tahun ke-12 selepas
kerasulan baginda Nabi Muhammad SAW, bersamaan Julai 621 Masihi, seramai 12 orang
lelaki termasuk 5 orang yang telah bertemu Rasulullah di tahun lepas telah tiba ke Makkah.
Tujuh orang yang baru ini termasuk:
i. Muaz bin al-Harith Ibn ʹAfa al-Najjari al-Khazraji
ii. Zakwan bin Abd al-Qais Banu Zuraiq al-Khazraji
iii. Ubbadah bin al-Samit daripada Bani Ghanam al-Khazraji
iv. Yazid bin Thaʹlabah sekutu Bani Ghanam al-Khazraji
v. al-Abbas bin ‘Ubadah daripada Bani Salim al-Khazraji
vi. Abu al-Haitham bin Bani ‘Abd al-Tihan al-Asyhal al-Ausi
vii. Uwaim bin Saʹidah Bani Amru bin Auf al-Ausi
Dua yang akhir adalah daripada kabilah al-Aus manakala yang lain sebelumnya daripada suku
al-Khazraj. Mereka kesemua telah bertemu dengan Rasulullah di Mina, terus berjanji dengan
Rasulullah SAW berdasarkan Bai’ah al-Nisaʹ (Isi-isi Perjanjian Wanita), iaitu corak perjanjian
yang dimeteraikan dengan kaum wanita semasa pembukaan kota Makkah. Al-Imam al-
Bukhari meriwayatkan dari Ubbadah bin al-Samit bahawa Rasulullah SAW telah berkata
kepada mereka: “Ayuh mari berjanji denganku, untuk kamu:
i. Tidak menyekutukan Allah dengan sebarang sesuatu
ii. Tidak mencuri
iii. Tidak berzina
iv. Tidak membunuh anak-anak kamu
v. Tidak melakukan pembohongan dengan mendakwa anak-anak yang mereka pungut
di jalan sebagai anak sendiri
vi. Tidak mengengkari aku pada kebaikan sesiapa di antara kamu yang menunaikannya
maka balasannya adalah dari Allah s.w.t dan sesiapa yang melanggarnya lalu
dihukum maka itu adalah kaffarah baginya di dunia. Tetapi, sekiranya Allah
melindunginya, maka itu terserah kepada Allah dan sekiranya Allah
mengampunkannya maka itu adalah nasib baiknya”.
34
Sambung Ubbadah r.a “Dengan itu aku pun berjanjilah dengannya”. Dalam riwayat lain
menyebut: ʺMaka kami pun berjanji dengannya di atas dasar ituʺ.
Perjanjian Aqabah Kedua
(a) Tahun Ke-13 Kerasulan
Pada musim haji, bulan Zulhijjah tahun ke-13 selepas kerasulan pula, bersamaan Jun 622
Masihi, datang pula rombongan seramai 70 orang lebih kaum muslimin penduduk Yathrib,
bersama-sama kumpulan haji musyrikin bagi melaksanakan ibadat haji. Dalam perjalanan itu,
mereka memikirkan nasib Rasulullah SAW dan para Sahabat sudah tidak aman lagi di
Makkah bahkan sentiasa menjadi buruan Kuffar Makkah dan diancam keselamatannya.
Sebaik sahaja mereka tiba di Makkah, mereka telah membuat beberapa pertemuan sulit
dengan Rasulullah hingga berakhir dengan persetujuan kedua belah pihak untuk mereka
bertemu lagi di pertengahan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah), di persimpangan
berhampiran ‘Aqabah di mana upacara Jamrah atau ibadat melontar dilakukan di sana.
Pertemuanitu juga di dalam suasana rahsia di tengah malam gelap gelita. Di sini, salah
seorang pemimpin Ansar untuk memberi laporan mengenai pertemuan yang bersejarah lagi
penuh berkat itu, yang telah mengubah perjalanan masa dalam detik pertembungan di antara
Islam dan penyembahan berhala, Kaab bin Malik al-Ansari r.a telah menceritakan:
“Kami telah keluar ke tempat haji, sebelumnya kami telah pun membuat perjanjian dengan
Rasulullah untuk bertemu di ʹAqabah pada pertengahan hari-hari Tasyriq. Pada malam yang
kami janjikan itu, Abdullah bin Amru bin Hiram salah seorang ketua pimpinan kami dan orang
yang kami muliakan, telah kami rencanakan satu perjumpaan yang sengaja kami rahsiakan
daripada kaum sebangsa kami yang masih musyrik lagi, yang turut bersama untuk
mengerjakan haji. Pada malam itu, kami telah berbincang dengan Abdullah bin Amru. Kata
kami; ”Wahai Abu Jabir! Tuan adalah salah seorang pemimpin kami dan tokoh yang kami
muliakan, sebenarnya kami tidak rela engkau dicampakkan ke dalam api neraka sebagai
bahannya di suatu hari esok, dengan itu kami menyeru kepada Islam. Seterusnya kami
ceritakan tentang pertemuan kami dengan Rasulullah di Aqabah. Kata Kaab tanpa berlengah:
”Abdullah bin ’Amru lantas mengucap dua kalimah syahada dan beliau turut serta di
pertemuan ʹAqabah, di mana beliau telah dilantik menjadi naqib dan ketua”.
Sambung Kaab lagi: “Di malam itu, kami segera tidur bersama-sama kaum kami di samping
peralatan perjalanan, sehingga apabila berlalu sepertiga malam, kami pun keluar dari
perkarangan khemah untuk menemui Rasulullah SAW dengan penuh berhati-hati bak burung
puyuh melalui denainya, hinggalah kami semuabertemu dan berkumpul di persimpangan al-
’Aqabah. Kami yang berjumlah 73 orang lelaki dan 2 orang wanita iaitu; Nusaibah binti Kaab
35
yang dikenali sebagai Ummu ʹAmmarah dari kabilah Bani Mazin bin Najar yang kedua ialah
Asma’ binti Amru dikenali sebagai Ummu Hani’ dari kabilah Bani Salamah. Akhirnya, kami
semua pun berkumpul di persimpangan yang dijanjikan,menunggu ketibaan Rasulullah. Tepat
pada masanya, Rasulullah pun datang, dengan diiringi al-Abbas bin Abd al-Muttalib, yang
masih lagi dengan agama kaumnya, namun beliau rela menyertai dan menyokong urusan
anak saudaranya itu dan beliau pula orang pertama bercakap di dalam majlis itu”.
Jawab Kaab: “Kami menegaskan kepada al-Abbas: Sekarang kami hendak dengar dari
Rasulullah, ayuh Rasulullah sebutkan apa sahaja kewajipan kami untuk dirinya (SAW) dan
untuk Tuhannya sekehendak hati Rasulullah (SAW).” Jawapan Kaab itu menggambarkan
keazaman yang memuncak, keyakinan, keberanian, keimanan dan keikhlasan yang bersifat
infiniti di dalam rangka menanggung beban tanggungjawab yang amat agung itu, di samping
mereka sudah menyangka dan mengambil kira risiko yang bakal menimpa mereka kelak.
Akhirnya, Baginda Rasulullah SAW pun membentangkan isi-isi perjanjian dan dipersetujui
oleh pihak al-Ansar.
(b) Isi-isi Perjanjian ‘Aqabah Kedua
Imam Ahmad r.a telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a bahawa daku berkata; “Wahai
Rasulullah, di atas apakah yang akan kami berjanji dengan Tuan?” Jawab Rasulullah, kamu
berjanji untuk:
i. Mendengar dan mematuhi dalam keadaan sibuk mahupun lapang.
ii. Berinfaq semasa susah dan senang.
iii. Menyeru kepada maʹruf dan mencegah kemungkaran.
iv. Berjuang kerana Allah tanpa mempedulikan ancaman orang.
v. Menyokong aku setibanya aku di kalangan kamu nanti, mempertahankan aku seperti
mana kamu pertahankan diri dan anak isteri kamu, sebagai balasan, adalah syurga
Allah di akhirat nanti.
Pengajaran Kisah
Mustafa al-Siba’ie (2004) telah menghuraikan beberapa pengajaran dan iktibar daripada
perjanjian ‘Aqabah ini. Antaranya adalah seperti berikut :
a) Penduduk Madinah bertemu Rasulullah dengan menunjukkan taat setia, semangat
yang tinggi dan pengorbanan yang jitu ke atas baginda untuk membela baginda
daripada ancaman kaum kafir Quraisy melalui perjanjian ‘Aqabah Pertama dan Kedua.
Ia berfungsi sebagai jaminan dan pemangkin kelancaran dakwah Islam di zaman
permulaannya.
36
b) Kerahsiaan yang diamalkan oleh kaum muslimin dari Yathrib biarpun bersama
rombongan kaum Musyrikin dari tempat yang sama termasuk kerahsiaan perjanjian
daripada dihidu musuh Islam di Makkah adalah strategi dakwah yang efektif demi
menjaga keselamatan diri dan kemaslahatan dakwah Islam itu sendiri.
c) Perjanjian yang dilakukan menyebabkan bilangan dan kekuatan umat Islam
bertambah. Seterusnya dapat membantu Rasulullah dalam mempertahankan
kedaulatan agama Islam di samping menjamin syiar Islam berkembang ke seluruh
Semenanjung Tanah Arab.
d) Perpaduan dan persaudaraan kerana Allah s.w.t yang ditunjukkan dalam kisah
perjanjian ‘Aqabah ini adalah teras kejayaan umat Islam dalam mengembangkan
dakwah.
e) Melalui kerjasama bulat dan perjanjian sepakat, maka umat Islam Makkah (Muhajirin)
berjaya meraih jaminan politik dan kewangan yang kukuh serta paling kurang,
sokongan moral penduduk Madinah.
4.8 IKTIBAR DARIPADA FASA PERMULAAN DAKWAH ISLAMIYYAH
Dalam talian
LATIHAN
1. Perincikan bentuk-bentuk penentangan yang dilakukan oleh musyrikin Mekah
terhadap Rasulullah SAW dan orang Islam.
2. Huraikan ketabahan tokoh-tokoh sahabat Nabi yang menerima ancaman dan
penentangan daripada musyrikin Quraisy sehingga dapat membuktikan keimanan
mereka disisi Allah.
37
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
B. Media Digunakan
iii. Whatsapp
iv. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran : Fasa Permulaan Dakwah Sehingga Peristiwa Hijrah ke Madinah
1. Isra’ Mikraj
2. Iktibar daripada fasa permulaan dakwah Islamiyah.
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Kepentingan peristiwa Isra’ Mikraj
ii. Strategi dakwah dalam masyarkat
iii. Bagaimana menangani cabaran dakwah
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
38
HASIL PEMBELAJARAN
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai peristiwa hijrah
Rasulullah SAW ke Madinah dan peristiwa- peristiwa yang berkaitan dengannya serta perang-
perang yang berlaku selepas peristiwa hijrah. Dalam tajuk ini juga akan dibincangkan
Perjanjian Hudaibiyah dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada Fathu Makkah.
KERANGKA TAJUK
5.1 Peristiwa Hijrah
5.2 Persaudaraan Ansar dan Muhajirin
5.3 Piagam Madinah
5.4 Perang Badar al-Kubra
5.5 Perang Uhud
5.6 Perang Ahzab
5.7 Perjanjian Hudaibiyah
5.8 Pengutusan surat kepada raja-raja
5.9 Perang Mu’tah
5.10 Fathu Makkah
UNIT 5 Pengajaran dari Fasa Dakwah dan Jihad Selepas Hijrah sehingga Fathu Makkah
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i. Menjelaskan kronologi peristiwa Hijrah , Piagam Madinah dan persaudaraan
Muhajirin dan Ansar.
ii. Menghuraikan perang-perang yang berlaku selepas peristiwa Hijrah.
iii. Menghuraikan peristiwa Fathu Makkah dan kesannya.
39
5.1 PERISTIWA HIJRAH
Hijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari
segi istilah sejarah pula, hijrah bermaksud perpindahan Nabi Muhammad SAW dan umat
Islam dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada 12 Rabi’ul Awal tahun ke-14 kerasulan
bersamaan tahun 622 Masihi sebagai mentaati perintah Allah dan demi memastikan dakwah
Islam terus berjalan.
Latar Belakang Hijrah
Peristiwa hijrah telah menjadi satu titik peralihan kepada dakwah Nabi SAW bersama para
sahabat dan strategi bijak bagi memacu perkembangan agama Islam di Semenanjung Tanah
Arab dan dunia umumnya. Penghijrahan ini dilakukan secara rahsia bagi mengelak dari
diketahui oleh musyirikin Makkah. Orang-orang Islam berpindah dalam kumpulan yang kecil.
Nabi SAW sendiri hanya ditemani oleh Saiyidina Abu Bakar r.a sebelum bertolak ke Madinah.
Awal Muharam tahun pertama Hijrah bersamaan 16 Julai tahun 622 Masihi adalah permulaan
peristiwa Hijrah berlangsung dan Baginda SAW bersama Saidina Abu Bakar r.a telah tiba di
Qubaʹ, pintu masuk Madinah, pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun pertama Hijrah bersamaan
24 September 622 Masihi. 12 Rabiul Awal ini sama tepatnya dengan tarikh kelahiran dan
kewafatan baginda bagi membuktikan ketentuan Ilahi Yang Maha Kuasa.
Faktor Berlakunya Hijrah
(a) Bai’ah Aqabah
Termeterainya Perjanjian ʹAqabah mengundang dan membuka jalan yang penuh bergaya
bagi proses Hijrah dalam sejarah Islam. Melalui perjanjian ini, Nabi telah meraih sambutan
dan jaminan keselamatan penduduk Madinah bagi memastikan kelangsungan dakwah dan
syiar Islam. Dalam Perjanjian ’Aqabah pertama, hanya 12 orang yang terlibat; manakala
dalam Perjanjian ’Aqabah kedua, bilangannya telah meningkat kepada 73 orang. Orang
Madinah bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup memberi perlindungan kepada
Nabi dan umat Islam. Pelawaan tapak dan pentas baru bagi Islam berpijak dan berkembang
adalah bibit-bibit utama kejayaan proses hijrah ini.
40
(b) Tekanan Musyrikin Makkah Tekanan atau ancaman dari musyrikin Makkah telah mendorong Nabi dan umat Islam
berhijrah ke Madinah. Nabi dan orang-orang Islam bukan sekadar telah dihina, diejek, diseksa
dan dipulau, malah Nabi Muhammad SAW sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang
musyrikin mula menunjukkan penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara
terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka dari segi politik, ekonomi dan sosial akan
terjejas di samping mereka adalah penyembah berhala yang tegar di bawah kongkongan
sistem jahiliah yang mereka ciptakan sendiri. Tekanan ini boleh membantutkan usaha
penyebaran dakwah Islam sedangkan risalah murni ini mesti diteruskan. Justeru, Makkah
bukanlah lokasi yang kondusif bagi aktiviti dakwah dan pelaksanaan syariat Islam di saat itu
hinggalah Allah mengizinkan umat Islam berhijrah ke Madinah sebagai pusat penyebaran
Islam yang baru.
(c) Penolakan Dakwah di Taif Apabila Rasulullah SAW mendapati penentangan yang amat kuat di Makkah, maka baginda
pun mencuba nasib untuk berdakwah kepada penduduk di Taif pula. Rupa-rupanya, Bani
Thaqif di Taif pun menolak dakwah Islam daripada Nabi Muhammad SAW, bahkan respon
mereka seawal ketibaan Nabi adalah terlalu buruk hingga baginda dilontarkan batu yang
membawa kecederaan tubuh baginda yang mulia yang ditemani Zaid bin Harithah r.a ketika
itu. Namun Nabi tidak kenal kecewa dan putus asa. Setelah penduduk Taif menolak dakwah
Islam ini, maka Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain, iaitu Madinah. Kedatangan
penduduk Madinah ke Makkah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan menyebarkan
Islam memberi satu gambaran yang baik kepada Nabi. Sebenarnya, penduduk Taif ternyata
tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat
dengan orang Quraisy di Makkah.
(d) Kematian Abu Talib dan Khadijah Kematian Abu Talib dan Khadijah telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk
berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan ke atas Nabi. Khadijah adalah seorang
isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Nabi dan orang
Islam. Abu Talib pula walaupun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi dari
ancaman.
41
(e) Mencari Tempat Baru untuk Berdakwah Nabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan
sambutan daripada penduduk Makkah kurang menggalakkan. Sikap penduduk Makkah amat
mengecewakan. Di Makkah selama 13 tahun, bilangan yang menerima Islam agak kecil
berbanding Madinah. Oleh itu, adalah diharapkan hijrah ke Madinah membawa kegemilangan
prospek dakwah Islam.
(f) Persediaan Penduduk Madinah Menerima Nabi Persediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana. Di
samping itu, penduduk Madinah berharap Nabi dapat memberi sinar perdamaian terhadap
perbalahan antara orang Arab dan Yahudi, juga antara orang Arab dan Arab, khususnya
antara Aus dan Khazraj. Perbalahan ini berpunca daripada perebutan kuasa di Madinah.
(g) Lokasi Madinah Yang Strategik Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat
sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi sebagai pusat
perdagangan dan perkembangan ekonomi serantau. Dengan ini, Madinah bukan sahaja
dapat dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi penyebaran dakwah tetapi juga
politik dan ekonomi.
(h) Agama Penduduk Madinah Hampir dengan Agama Samawi
Penduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi,
terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan ini
memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi. Lagipun,
penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semula jadi yang lebih lembut berbanding penduduk
Makkah.
(i) Perintah dan Perancangan Allah s.w.t Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam
berhijrah. Hakikatnya, hijrah adalah perancangan Allah s.w.t yang lebih hebat menandingi tipu
daya musuh Islam, sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Dan ingatlah (wahai Muhammad), tatkala orang-orang kafir (Makkah) membuat tipu daya
terhadapmu bagi menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu sedangkan Allahlah
yang menggagalkan tipu daya mereka kerana Allah sebaikbaik yang menggagalkan tipu
daya”. (al-Anfal : 30)
42
Ayat tersebut mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin
Makkah terhadap Nabi. Dalam pada itu, wahyu ini memberi isyarat perancangan Allah dan
perintahNya kepada Nabi supaya segera berhijrah ke Madinah bagi menghindari tipu muslihat
kaum kafir musyrikin Makkah. Ini membuktikan bahawa Islam amat menitik beratkan pelan
strategik masa depan lantaran kebenaran yang dilaksanakan tanpa perancangan pasti
dikalahkan oleh kebatilan yang penuh strategi dan perancangan. Di samping itu, hijrah
merupakan titik peralihan yang amat penting bagi Nabi Muhammad SAW sendiri dan
perkembangan Islam di seluruh dunia.
5.2 PERSAUDARAAN ANSAR DAN MUHAJIRIN
Konsep Program Persaudaraan
Hj. Zainal Arifin Abbas (1970) menyebutkan bahawa Program Persaudaraan Antara Muhajirin
(golongan Muslimin yang berhijrah ke Makkah) dan Ansar (golongan Muslimin yang
membantu di Madinah) berlangsung setelah 5 atau 8 bulan baginda menetap di Madinah.
Program ini dilancarkan oleh Nabi SAW melibatkan 40 hingga 50 persaudaraan di mana dua
orang terlibat dalam satu saudara. Persaudaraan ini bukan sekadar ikatan berbentuk lahiriah,
namun ia adalah ikatan persaudaraan berteraskan keimanan kepada Tuhan dan RasulNya.
Justeru, mereka yang bersaudara berhak mendapatkan hak perwarisan daripada saudaranya
pada permulaan ia dilancarkan. Namun, hak perwarisan sesama saudara seislam telah
dimansuhkan dengan sistem faraid yang lebih kemas dan teratur setelah itu.
Muhammad Al-Ghazaliy (1996) menambah bahawa program murni ini melibatkan kelompok
umat Islam sesama sendiri dengan dibina atas dasar persaudaraan yang sempurna. Program
Persaudaraan ini bermaksud: “Persaudaraan yang mampu mengikis perasaan keakuan
dalam diri, hingga setiap individu akan bertindak dan bergerak dengan ruh dan semangat
kekitaan hingga sanggup berkhidmat demi kemaslahatan dan aspirasi masyarakat Madinah
seluruhnya”.
Objektif Program Persaudaraan
Terdapat beberapa objektif yang murni di sebalik program persaudaraan yang dilancarkan
Nabi Muhammad SAW antaranya:-
(a) Melenyapkan fanatisme kesukuan atau semangat Asabiyah Jahiliah yang berpaksikan
pengabdian diri kepada lain daripada Allah s.w.t. Ini kerana persaudaraan yang digagaskan
43
Rasulullah SAW berteraskan keimanan yang tulus kepada Allah dan bertunjangkan Islam
yang murni. Melalui program ini, runtuhlah anasir-anasir kedaerahan dan sikap perkauman.
(b) Menghapuskan sengketa dan memadamkan api permusuhan selama ini antara kaum Aus
dan Khazraj di Madinah dengan melibatkan pihak ketiga iaitu kaum Muhajirin daripada
Makkah. Dengan itu, hubungan Aus dan Khazraj akan menjadi bertambah intim dan akrab.
(c) Mewujudkan persaudaraan yang berbentuk amali dan praktikal yang mementingkan
kebajikan atau kemaslahatan bersama sekali gus mengikis perasaan ‘Ananiah’ atau keakuan
lantaran persaudaraan sejati bukan sekadar bermodalkan ucapan puitis dan kata-kata yang
indah tetapi berhajatkan pengorbanan dan bakti luhur yang tercurah kepada saudara
seislamnya.
(d) Mengelakkan campurtangan dan eksploitasi puak Yahudi yang mengapiapikan
permusuhan antara Aus dan Khazraj selama ini bagi menjual senjata-senjata peperangan dan
dalam masa yang sama mengautkan keuntungan daripadanya.
(e) Mewujudkan semangat bantu-membantu atas kebajikan dan ketakwaan terutama kepada
golongan yang masih daif dan lemah seperti kaum Muhajirin yang baru berhijrah ke Madinah
tanpa sebarang sumber kehidupan dan ekonomi yang kukuh. Melalui program ini, kaum Ansar
boleh membantu kaum Muhajirin dengan bantuan kewangan, penginapan atau logistik dan
makan pakai mereka. Imam al-Bukhari ada meriwayatkan ketulusan hati Saad bin al-Rabi’ r.a
daripada Ansar yang sanggup mengorbankan apa sahaja harta miliknya kepada Abdul
Rahman bin Auf r.a dengan kata Saad; “Aku adalah di kalangan golongan Ansar yang
mempunyai banyak harta. Oleh itu, hartaku ini akan kubahagikan kepada dua bahagian. Satu
bahagian untukmu dan satu bahagian lagi untukmu. Aku juga mempunyai dua orang isteri.
Lihatlah yang mana satu yang engkau berkenan. Sebutkan sahaja namanya. Akan kuceraikan
untukmu agar apabila tamat iddahnya nanti, bolehlah engkau mengahwininya”. Abdul
Rahman bin Auf r.a lantas menjawab; “Semoga Allah memberkati keluarga dan kekayaan
dikau! Daku hanya ingin tahu di manakah letaknya pasar di kota kalian? Aku ingin berniaga
di sana!”.
Pengajaran Daripada Program Persaudaraan
Secara umumnya, dapatlah kita mempelajari perkara-perkara berikut daripada Program
Persaudaraan di Madinah ini, antaranya :
44
5.3 PIAGAM MADINAH Piagam Madinah juga adalah salah satu elemen penting dalam sejarah Islam. Huraiannya
adalah seperti pada tajuk-tajuk kecil yang berikut:
Konsep Piagam Madinah dan Isi-isinya
Sai’d Hawwa (1991) antara lain menyebutkan bahawa Piagam Madinah yang dikenali sebagai
Sahifah al-Madinah, adalah perlembagaan bertulis yang pertama diiktiraf di dunia. Sebuah
dokumen yang disusun oleh Nabi Muhammad SAW bagi mengikat perjanjian formal antara
dirinya dengan semua suku-suku dan kaum-kaum penting di Yathrib (Madinah) di tahun 622
Masihi. Tujuan utama Sahifah ini antaranya untuk menyatukan Bani ʹAus dan Bani Khazraj
dan menetapkan sejumlah hak-hak dan kewajiban-kewajiban bagi kaum Muslim (Muhajirin
dan Ansar), Musyrikin Arab dan kaum Yahudi (Bani Nadir, Bani Qainuqa’ dan Bani Quraizah),
dalam komuniti ummah yang merdeka dan berdaulat serta bertanggungjawab memelihara
keamanan negara Madinah. Isi-isi kandungan piagam Madinah adalah seperti dalam Jadual
6.1.
Isi Kandungan Piagam Madinah
Semua penduduk Madinah mengakui Rasulullah sebagai ketua negara.
Mengakui Muhajirin dan Ansar sebagai satu umat yang bertanggungjawab
terhadap Allah, Rasul dan umat Islam.
Mengakui kewujudan orang Yahudi dalam kelompok masing-masing dan
orang musyrikin di Madinah.
Setiap kaum mempunyai kebebasan beragama dan mengamalkan cara hidup
masing-masing dalam suasana hidup bersama.
Semua penduduk bertanggungjawab terhadap keselamatan negara Madinah
daripada serangan musuh.
Orang Yahudi dibenarkan hidup dalam cara mereka sendiri dalam suasana
menghormati orang Islam dan mereka tidak dibenarkan melindungi nyawa
dan harta Musyrikin Quraisy.
Semua penduduk tidak boleh menyakiti, menzalimi dan memusuhi antara
satu sama lain sebaliknya mereka mesti hidup tolong-menolong untuk
pembangunan, ekonomi dan keselamatan masyarakat.
Setiap kaum hendaklah merujuk kepada Rasulullah SAW sebagai ketua
negara apabila timbul sebarang masalah atau permusuhan sesama mereka.
45
Mana-mana pihak dilarang mengadakan hubungan dengan pihak luar
terutama dengan Musyrikin Makkah dan sekutu mereka.
Piagam ini mempunyai kuasa melindungi semua pihak yang mempersetujui
dan mempunyai hak mengambil tindakan terhadap sesiapa yang
melanggarnya.
Kesan Positif Setelah Piagam Madinah Termeterai
Hikmah daripada piagam Madinah, penduduk Madinah yang berbilang bangsa dan agama
hidup bersatu padu. Selain itu, ajaran Islam yang murni dan akhlak nabi yang terpuji menarik
minat golongan musyrikin untuk memeluk Islam. Maka syiar Islam pun berkembang. Bilangan
umat Islam pula semakin bertambah sekali gus memperkukuhkan negara Islam Madinah di
persada Tanah Arab dan setanding kerajaan dunia semasa ketika itu seperti Rom dan Parsi.
Perbandingan sebelum dan selepas Piagam Madinah yang termeteri dalam melihat kesan
positif perjanjian tersebut, dapatlah anda lihat dalam Jadual 6.2 di bawah ini.
Perbandingan sebelum dan selepas Piagam Madinah
Aspek Perbandingan
Sebelum Piagam Madinah Selepas Piagam Madinah (Kesan Positif)
Perkembangan Islam
Dakwah Islam terhalang dan sukar diterima masyarakat.
Islam tersebar pesat dan terbentuknya negara Islam negara Madinah.
Kerjasama antara kaum
Kaum-kaum di Madinah saling bermusuhan.
Mereka hidup bersatu-padu dan aman-damai.
Ekonomi Ekonomi agak mundur. Ekonomi bertukar jadi semakin maju dan stabil.
Kehidupan Rakyat
Umat Islam menderita, disiksa dan tiada pembelaan mahupun perlindungan.
Umat Islam berada dalam keamanan, makmur dan terjamin keselamatan
Pengajaran Daripada Pembentukan Piagam Madinah
Piagam Madinah terakam dalam lebaran tamadun kemanusiaan sebagai undang-undang
bertulis yang diiktiraf sebagai yang terawal dalam sejarah dunia. Daripada peristiwa besar
dalam Sirah Rasul berupa pembentukan Piagam Madinah ini, dapatlah kita rumuskan
beberapa pengajaran penting antaranya:
46
i. Negara tanpa undang-undang, ibarat manusia tanpa pedoman, manusia akan sesuka
hatinya melakukan pelbagai jenayah tanpa rasa segan dan malu. Hawa nafsu
dijadikan Tuhan sebagai bertentangan dengan suruhan Ilahi. Perasaan kemanusiaan
akan pudar dan hilang. Oleh itu, mewujudkan negara berperaturan adalah amat wajar
demi keselamatan rakyat seluruhnya.
ii. Rasulullah SAW sebagai pembimbing umat menyebarkan dakwah kepada penduduk
Madinah melalui kebijaksanaannya memimpin dengan mewujudkan Piagam Madinah.
Justeru, umat Islam seharusnya mencontohi Nabi dalam segenap aspek kehidupan
termasuk pentadbiran negara yang berdaulat dan merdeka.
iii. Peraturan dan undang-undang yang terlaksana mewujudkan iklim politik yang stabil
dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Peningkatan ekonomi penduduk Madinah
dapat dirasai, berbanding sebelumnya. Ini disebabkan ramai pedagang-pedagang
berhijrah ke Madinah untuk berniaga dalam keadaan selamat dan mendapat hasil
yang menguntungkan setelah diyakini politik negara itu yang stabil.
iv. Persefahaman dan undang-undang yang kemas menyeragamkan hubungan
masyarakat setempat dan merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum. Dengan
Piagam Madinah, terbukti kehidupan masyarakat Madinah yang majmuk tersebut
bertambah harmoni dan jauh daripada api sengketa atau permusuhan dalaman antara
komuniti setempat.
v. Undang-undang seharusnya meletakkan Allah s.w.t dan RasulNya sebagai tonggak
tertinggi, agar wujudlah negara yang dijoloki sebagai Baldatun Taibatun wa Rabbun
Ghafur. Dengan itu, terhasil sebuah negara yang dinaungi rahmat dan berkat daripada
Allah Yang Maha Kuasa. Penduduk Madinah mentaati Rasulullah dalam peristiwa ini
sebagai ketua dalam negara sekali gus menjadikan syariat Islam sebagai sumber
perundangan yang paling utama.
5.4 PERANG UHUD Pengalaman pahit yang dirasakan oleh kaum Quraisy dalam perang Badar telah menyisakan
luka mendalam lagi menyakitkan. Betapa tidak, walaupun jumlah mereka jauh lebih besar dan
perlengkapan perang mereka lebih banyak, namun ternyata mereka harus menanggung
kerugian yang banyak. Lebih menyakitkan, mereka juga kehilangan tokoh-tokoh terkemuka
yang terkorban dalam Perang Badar. Rasa sakit ini mendorong mereka melakukan aksi balas
dendam terhadap kaum Muslimin. Sehingga terjadilah beberapa peperangan setelah Perang
Badar
47
. Perang Uhud termasuk di antara peperangan dahsyat yang terjadi akibat api dendam ini.
Disebut perang Uhud karena perang ini berkecamuk di dekat gunung Uhud. Sebuah gunung
dengan ketinggian 128 meter kala itu, sedangkan sekarang ketinggiannya hanya 121 meter.
Bukit ini berada di sebelah utara Madinah dengan jarak 5,5 km dari Masjid Nabawi.
Waktu Kejadian
Para Ahli Sirah sepakat bahwa perang ini terjadi pada bulan Syawwâl tahun ketiga hijrah
Rasulullâh Salallahu ‘Alaihi Wassalam ke Madinah. Namun mereka berselisih tentang
harinya. Pendapat yang yang paling masyhûr menyebutkan bahwa perang ini terjadi pada hari
Sabtu, pertengahan bulan Syawwal.
Penyebab Perang
Di samping perang ini disebabkan oleh api dendam, ada juga penyebab lain yang juga penting
iaitu misi menyelamatkan jalan perdagangan mereka mereka ke Syam dari kaum Muslimin
yang dianggap sering mengganggu. Mereka juga berharap boleh memusnahkan kekuatan
kaum Muslimin sebelum menjadi sebuah kekuatan yang dikhawatirkan akan mengancam
keberadaan kaum Quraisy.
Jumlah Pasukan
Kaum Quraisy sejak dini telah mempersiapkan pasukan mereka. Barang dagangan dan
keuntungan yang dihasilkan oleh Abu Sufyân beserta rombongan yang selamat dari sergapan
kaum Muslimin dikhususkan untuk bekal pasukan mereka dalam perang Uhud. Untuk
menyukseskan misi mereka dalam perang Uhud ini, kaum Quraisy berhasil mengumpulkan 3
ribu pasukan yang terdiri dari kaum Quraisy dan suku-suku yang loyal kepada Quraisy seperti
Bani Kinânah dan penduduk Tihâmah. Mereka memiliki 200 pasukan berkuda dan 700
pasukan yang memakai baju besi. Mereka mengangkat Khâlid bin al-Walîd sebagai
komandan sayap kanan, sementara sayap kiri di bawah komando Ikrimah bin Abu Jahal.
Mereka juga mengajak beberapa orang wanita untuk membangkitkan semangat pasukan
Quraisy dan menjaga mereka supaya tidak melarikan diri. Sebab jika ada yang melarikan diri,
dia akan dicela oleh para wanita ini. Tentang jumlah wanita ini, para Ahli Sirah berbeda
pendapat. Ibnu Ishâq rahimahullah menyebutkan bahwa jumlah mereka 8 orang, al-Wâqidi
rahimahullah menyebutkan 14 orang, sedangkan Ibnu Sa’d rahimahullah menyebutkan 15
wanita.
48
Apabila mengetahui kedatangan Quraisy untuk menyerbu kaum Muslimin di Madinah,
Rasulullah SAW mengajak para Sahabat bermusyawarah untuk mengambil tindakan terbaik.
Apakah mereka tetap tinggal di Madinah menunggu dan menyambut musuh di kota Madinah
ataukah mereka akan menyongsong musuh di luar Madinah?
Rasulullah SAW cenderung mengajak para Sahabat bertahan di Madinah dan melakukan
perang kota, namun sekelompok kaum Anshâr radhiallahu'anhum mengatakan ; “Wahai
Nabiyullâh! Sesungguhnya kami benci berperang di jalan kota Madinah. Pada jaman jahiliyah
kami telah berusaha menghindari peperangan (dalam kota), maka setelah Islam kita lebih
berhak untuk menghindarinya. Tahanlah mereka (di luar Madinah) !"
Rasulullah SAW bersiap untuk berangkat. Beliau mengenakan baju besi dan segala peralatan
perang. Setelah menyadari keadaan, para Sahabat saling menyalahkan. Akhirnya, mereka
mengatakan:
“Rasulullah SAW menawarkan sesuatu, namun kalian mengajukan yang lain. Wahai Hamzah, temuilah Rasulullah SAW Wasallam dan katakanlah, “Kami mengikuti pendapatmu”.
Hamzah r.a pun datang menemui Rasulullah SAW dan mengatakan, ‘Wahai Rasulullâh,
sesungguhnya para pengikutmu saling menyalahkan dan akhirnya mengatakan, ‘Kami
mengikuti pendapatmu.’ Mendengar ucapan paman beliau ini, Rasulullah SAW bersabda :
‘Sesungguhnya jika seorang Nabi sudah mengenakan peralatan perangnya, maka dia tidak akan menanggalkannya hingga terjadi peperangan’.
Keputusan musyawarah tersebut adalah menghadang musuh di luar kota Madinah. Ibnu
Ishâq rahimahullah dan yang lainnya menyebutkan bahwa ‘Abdullâh ibnu Salûl setuju dengan
pendapat Rasulullah SAW untuk tetap bertahan di Madinah. Sementara at-Thabari
membawakan riwayat yang berlawanan dengan riwayat Ibnu Ishâq r.a, namun dalam sanad
yang kedua ini ada orang yang tertuduh dan sering melakukan kesalahan. Oleh karena itu,
al-Bâkiri dalam tesisnya lebih menguatkan riwayat yang dibawakan oleh Ibnu Ishaq r.a.
Para Ulama Ahli Sirah menyebutkan bahwa yang memotivasi para Sahabat untuk
menyongsong musuh di luar Madinah yaitu keinginan untuk menunjukkan keberanian mereka
di hadapan musuh, juga keinginan untuk turut andil dalam jihad, karena mereka tidak
mendapat kesempatan untuk ikut dalam Perang Badar.
Sementara, Rasulullah SAW lebih memilih untuk tetap tinggal dan bertahan di Madinah,
karena Beliau ingin memanfaatkan bangunan-bangunan Madinah serta memanfaatkan orang-
orang yang tinggal di Madinah.
49
Pelajaran Dari Kisah
Kaum Muslimin yang sedang berada di daerah, jika diserbu oleh musuh, maka mereka tidak
wajib menentang kedatangan musuh. Mereka boleh tetap memilih bertahan di rumah-rumah
mereka dan memerangi musuh di sana. Ini jika strategi ini diharapkan lebih mudah untuk
mengalahkan musuh. Hal ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam
Perang Uhud.
5.6 PERANG AHZAB
Peperangan Ahzab berlaku di Bulan Syawal. Berlakunya Perang Ahzab pada tarikh 7 Syawal,
tahun 5 Hijrah selepas kesedihan yang teramat sangat menimpa kaum Muslimin dalam
Peperangan Uhud yang telah mengakibatkan gugurnya ramai para syuhada.
Sebelum itu terjadi pertempuran antara orang Islam dan beberapa orang ahli kitab yang
berjiran di Madinah disebabkan oleh pelanggaran syarat perjanjian mereka dengan Rasulullah
SAW. Beberapa puak di antara mereka seperti Banu Al-Nadir dan lain-lain telah diusir oleh
Nabi.
Perang Ahzab atau Khandak, pada tahun kelima selepas Hijrah adalah perang yang
mengumpulkan 10,000 orang tentera musyrikin (kafir) dari sekitar tanah Arab untuk
memerangi Nabi SAW di Madinah.
Pihak Musyrikin tidak memerlukan banyak usaha untuk memujuk penduduk kafir Makkah
dalam satu pasukan ketenteraan. Mereka dengan pantas telah bersetuju dan tanpa ragu-ragu
telah membentuk 4,000 pejuang. Tentera ini telah ditambah dengan 6,000 dari Ghatafan,
Saleem, dan suku kaum yang lain. Oleh itu, sepuluh ribu kuat berarak ke arah Madinah.
Jumlah tersebut adalah lebih ramai daripada 3,000 bilangan penduduk Madinah termasuk
kanak-kanak, kaum wanita dan golongan tua.
Parit
Rasululullah SAW menerima berita pencerobohan yang akan berlaku beberapa hari lagi telah
bermesyuarat dengan para sahabat mengambil cadangan bernas daripada Salman Al-Farisi
untuk menggali parit di bahagian Utara bagi menghalang penceroboh daripada memasuki
Kota Madinah. Bahagian lain di sekitar Madinah dikelilingi oleh gunung-ganang dan kebun-
kebun kurma yang menyukarkan kaum musyrikin memasuki kota Madinah.
Selepas sempurna penggalian tersebut dalam tempoh enam hari, maka sepertimana yang
dijangka sebuah ketumbukan besar kaum kafir Quraisy (Musyrikin Quraisy) bergabung
dengan kaum-kaum musyrikin di sekitar Kota Makkah telah tiba di hadapan parit tersebut.
50
Menyaksikan parit, penceroboh terkejut dan sedar bahawa ia telah menjadi sukar bagi mereka
untuk memasuki Madinah. Oleh itu, mereka berpendapat bahawa perlu untuk terus
mengepung Madinah dan bukannya menyerang secara langsung.
.Di sini dapat diringkaskan bahawa usaha yang dilakukan oleh kaum Musyrikin untuk
menyeberangi parit itu tidak berjaya. Peperangan terbatas hanya dengan melepaskan anak
panah. Walaupun begitu terdapat enam orang dari pihak Muslimin dan 10 orang dari pihak
Musyrikin yang terbunuh.
Khianat
Dalam keadaan yang tegang itu, Bani Quraizah iaitu kaum Yahudi yang tinggal di Madinah
telah dihasut oleh Huyai bin Akhtab untuk memerangi kawasan tempat tinggal di Madinah
yang didiami oleh golongan wanita dan anak-anak kecil. Mereka telah melanggar janji mereka
dengan Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص dengan membuat keputusan tersebut. Beberapa orang Yahudi dilihat
cuba menyusup masuk untuk menyerang dari belakang.
Tindakan khianat mereka adalah satu kejutan yang menakutkan kepada umat Islam. Dengan
melanggar perjanjian, komuniti ini memberikan tentera kafir kuasa tambahan dan peralatan.
Ia menjadi kewajipan umat Islam untuk menambah baris pertahanan mereka.
Dalam pada itu, dengan keperwiraan yang ditunjukkan oleh Shafiyyah binti Abdul Muthalib,
beliau berjaya membunuh mereka dan Bani Quraizah yang melihat dari jauh menjangka
Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص juga telah meletakkan askar pertahanan dari belakang. Keadaan menjadi
selamat seketika dan dalam situasi sedemikian menyebabkan mereka hanya menyediakan
makanan kepada tentera-tentera Quraisy.
Ketakutan Orang Munafik
Terdapat ramai orang-orang munafik di kalangan umat Islam yang menyebarkan khabar angin
yang menakutkan, menambah kegentaran kepada takut orang-orang Islam. Al-Quran
memberitahu kita krisis psikologi masyarakat Islam yang hidup dalam tempoh itu:
Firman Allah SWT:
ن فوقكم ومن أسفل منكم وإذ زاغت البصار وبلغت القلوب ي إذ جاءوكم م
ه الظنونا ﴿ ﴾ هنالك ابتلي المؤمنون وزلزلوا زلزالا ١٠الحناجر وتظنون باللـ
ه ﴾ وإذ يقول المن١١شديداا ﴿ ا وعدنا اللـ رض م افقون والذين في قلوبهم م
ا ﴿ نهم يا أهل يثرب ل مقام لكم ١٢ورسوله إل غرورا ﴾ وإذ قالت طائفة م
51
نهم النبي يقولون إن بيوت نا عورة وما هي بعورة إن فارجعوا ويستأذن فريق م
ا ﴿ ١٣يريدون إل فرارا
“Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: “Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja”. Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: “Wahai penduduk Yathrib (Madinah), tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah”. Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: “Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan”, pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).”
(Surah Al-Ahzab; Ayat 10-13) .
Setelah mendengar berita yang merungsingkan tersebut Rasulullah SAW telah menghantar
wakilnya untuk mencari kebenaran tentang peristiwa tersebut. Apabila ternyata kesahihan
berita tersebut, khabar ini tersebar dalam kalangan tentera yang menjaga di barisan hadapan.
Kemudian sebahagian daripada tentera memohon izin untuk pulang mempertahankan anak-
anak dan isteri mereka di rumah.
“Allahuakbar! Bergembiralah wahai orang-orang muslimin dengan kemenangan dan
pertolongan daripada Allah SAW.” Sabda baginda selepas diam seketika.
Bantuan Allah SWT
Rasulullah SAW merancang untuk menghantar beberapa pasukan untuk menjaga di barisan
belakang dan menghantar beberapa pasukan untuk mengucar-kacirkan tentera musyrikin di
barisan hadapan. Namun rancangan Rasulullah SAW tidak diterima oleh beberapa orang
Sahabat setelah Rasulullah SAW memberitahu rancangan ini adalah pendapatnya dan bukan
wahyu daripada Allah SWT.
Kemudian Allah SWT telah membuat keputusan yang sekaligus menghina dan memecah-
belahkan musuh dengan mendatangkan Nua’im bin Mas’ud. Beliau adalah seorang yang
berpengaruh dalam kalangan Bani Quraizah dan orang musyrikin Quraisy.
Beliau menyatakan keislamannya di hadapan Rasulullah SAW dan bersedia membantu untuk
memecahbelahkan tentera musyrikin. Dan kemudiannya Rasulullah SAW menyerahkan
perancangan dan strategi memecahbelahkan mereka kepada Nua’im, maka beliau telah
melaga-lagakan antara Bani Quraizah dan Bani Quraisy.
Apabila mengetahui bahawa barisan mereka telah berpecah belah, mereka khuatir dan telah
hilang semangat untuk berperang memandangkan kemungkinan berlaku peperangan sesama
52
sendiri dan tiada kesatuan antara mereka. Pada masa yang sama Rasulullah SAW dan para
sahabat berdoa kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan agar pasukan musuh
dikalahkan.
Akhirnya Allah SWT menurunkan para malaikat yang datang berupa angin taufan mencabut
kesemua khemah-khemah musuh dan memporak-perandakan gerakan mereka. Allah SWT
juga mengirimkan malaikat yang menyusupkan perasaan takut di pihak musuh.
Firman Allah SWT:
عليكم إذ جاءتكم جنود فأرسلنا عليهم أيها ٱلذين ءامنوا ٱذكروا نعمة ٱلل ا ي ريحا
ا بما تعملون بصيرا ا لم تروها وكان ٱلل وجنودا“Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikaruniakan) kepadamu ketika datang kepadamu bala tentera, lalu KAMI kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.”
(Surah Al-Ahzab; Ayat 9)
.
Rasulullah SAW menghantar wakil untuk melihat keadaan musuh dan ternyata tiada
seorangpun dalam kalangan mereka yang tinggal melainkan kesemuanya telah melarikan diri
ke Makkah.
Peperangan ini telah bermula pada 5 Syawal dan telah berlangsung selama sebulan. Perang
Ahzab bukanlah peperangan yang membawa kepada kerugian dan keuntungan melainkan ia
adalah perang saraf semata-mata. Tiada pertempuran hebat yang berlaku di antara kedua
belah pihak.
Namun dalam catatan sejarah Islam, ia adalah peperangan yang sangat tegang, yang
berakhir dengan kekalahan di pihak Musyrikin. Peperangan ini memberi petunjuk bahawa
sebesar manapun kekuatan ketenteraan yang ada pada negara Arab Musyrikin, ia tidak
sanggup untuk melawan kekuatan kecil yang sedang mekar di bumi Madinah.
Disebabkan perkara ini Rasulullah SAW bersabda; “Sekarang kitalah yang akan menyerang
mereka dan mereka tidak akan menyerang kita. Kitalah yang akan mendatangi mereka.”
Allah SWTberfirman:
ٱلمؤمنين ٱلقتال وكا ا وكفى ٱلل ٱلذين كفروا بغيظهم لم ينالوا خيرا قويا ورد ٱلل ن ٱلل
ا عزيزا
“Dan Allah telah menghalau kembali orang-orang (angkatan tentera) yang kafir itu yang keadaan mereka penuh geram dan marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak memperoleh sebarang keuntungan. Dan Allah selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan. Dan adalah Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
(Surah Al-Ahzab; Ayat 25)
53
5.7 PERJANJIAN HUDAIBIYAH Muhammad al-Ghazaliy (1996) menjelaskan bahawa Perjanjian Hudaibiyyah adalah sebuah
perjanjian yang diadakan di sebuah tempat di antara Madinah dan Makkah pada bulan Mac
628 masihi bersamaan bulan Zulkaedah tahun ke-6 Hijrah.
Latar Belakang Perjanjian dan Faktor-Faktornya
(a) Latar Belakang Perjanjian Hudaibiyah Perjanjian Hudaibiyah berlangsung susulan daripada ketibaan Baginda Nabi Muhammad
SAW yang ingin melaksanakan ibadat umrah dan menemui kaum kerabat mereka di Makkah
pada tahun enam Hijrah. Inilah ziarah Masjid al-Haram yang julung-julung kali mereka ingin
laksanakan setelah mereka berhijrah dari Makkah ke Madinah. Ziarah umrah ini sekali gus
bertujuan memadamkan sikap monopoli kaum Musyrikin Makkah terhadap pengurusan
Masjid Haram Makkah sedangkan ia merupakan pusaka Nabi Allah Ibrahim bersama anaknya
Ismail a.s. Mereka bertolak ke Makkah dengan 1400 orang dan 70 ekor unta korban.
Rombongan itu telah tiba di Zul Hulaifah, untuk memulakan ihram umrah dan memakai kain
ihram. Sambil bertalbiah “Labbaika Allahumma Labbaika...!!” di tengah-tengah padang pasir,
umat Islam ketika itu begitu bersemangat menuju ke Baitul ‘Atiq (Kaabah). Namun,
sesampainya mereka di ‘Asafan, kira-kira 3.5 kilometer dari Makkah, tibalah berita bahawa
kaum Musyrikin telah bersumpah tidak akan membenarkan kemaraan umat Islam memasuki
Makkah, bahkan mereka telah bersiap dengan angkatan perang yang dipimpin oleh Khalid
bin al-Walid. Untuk itu, Saidina Usman bin ‘Affan telah dihantar kaum Muslimin bagi
menjelaskan tujuan kedatangan mereka kepada pihak Musyrikin.
(b) Faktor-faktor Utama Perjanjian Hudaibiyah Terdapat tiga faktor utama terjadinya Perjanjian Hudaibiyah iaitu:
(i) Desas-desus Kematian Usman bin Affan Rombongan umrah terpaksa menukar haluan perjalanan dan akhirnya berhenti di Hudaibiyah,
tempat di mana unta Nabi bernama Quswa’ telah dihentikan oleh Allah s.w.t. Tiba-tiba timbul
desas-desus kematian Usman. Bai’ah al-Ridwan dilaksanakan di bawah pohon Samra
sebagai tindak balas Muslimin terhadap kematian Usman. Berita palsu sengaja diada-adakan
untuk melemahkan semangat orang-orang Islam, bahkan jauh di sudut hati Musyrikin
kegentaran mereka terhadap umat Islam.
54
(ii) Kaum Musyrikin Memohon Untuk Berunding Bagi Mengelakkan Serangan Umat Islam Sebenarnya Saidina Usman selamat dan dia dikembalikan juga kepada umat Islam, setelah
kaum Musyrikin mendengar Baiah al- Ridwan yang cukup tekad dan berani itu. Sebagai
perundingan ke arah mencari kejernihan, akhirnya, perjanjian damai dimeterai dan
peperangan atau pertumpahan darah dihindari. Orang musyrikin menghantar utusan bernama
Budail bin Warqa’, Urwah bin Mas’ud dan Suhail bin ‘Amru. Suhail bin ‘Amru membuat
perjanjian dengan Rasulullah SAW dan Ali bin Abi Talib r.a sebagai jurutulis.
(iii) Peperangan Demi Peperangan Sebelumnya Sebelum perjanjian Hudaibiyah ini termeterai, kedua-dua belah pihak menyaksikan siri
peperangan yang berakhir dengan kematian meliputi Perang Badar, Uhud, Khandaq dan
sebagainya. Justeru, perjanjian ini dibuat bagi meredakan api peperangan daripada lebih
marak dan gelombang permusuhan daripada lebih besar melanda.
Isi-Isi Perjanjian Hudaibiyah
a) Gencatan senjata selama 10 tahun.
b) Umat Islam dibenarkan melakukan ibadat umrah pada tahun hadapan dengan
bermukim selama tiga hari dan membawa senjata bersarung.
c) Kedua-dua belah pihak bekerjasama dalam kebaikan.
d) Orang Quraisy yang masuk Islam wajib dikembalikan kepada kaumnya di Makkah.
e) Mana-mana orang Islam yang murtad dan lari kepada pihak Musyrikin tidak wajib
dikembalikan kepada Nabi.
f) Kedua-dua belah pihak bebas menjalinkan hubungan atau perjanjian dengan mana-
mana kabilah Arab tanpa melibatkan urusan peperangan.
5.8 PENGUTUSAN SURAT KEPADA RAJA-RAJA
Oleh kerana risalah Islam diturunkan untuk seluruh dunia dan umat manusia seperti yang
terkandung dalam surah Saba’ ayat 28, Nabi Muhammad saw mengutuskan surat dan wakil
kepada raja, pemimpin serta ketua negara dan kaum yang berlainan untuk mengajak mereka
kepada Islam. Sesetengah mereka menerima seruan baginda dan memeluk Islam, namun
terdapat beberapa yang lain menunjukkan sikap biadap dan angkuh.
Langkah berani Rasulullah saw ini menunjukkan bahawa baginda menyedari tanggungjawab
besar yang digalas oleh baginda sebagai Utusan Allah yang terakhir di bumi ini. Dengan itu
baginda melakukan sepenuh usaha untuk menyampaikan Islam kepada seberapa ramai
55
orang di seluruh dunia ini tanpa mengira pangkat dan kedudukan mereka. Tiada contoh lain
dalam sejarah di mana para Nabi dan Rasul mengajak raja dan pemerintah negara dan
bangsa lain untuk memeluk agama Tauhid. Hanya Rasulullah saw sahaja yang pernah
melakukkannya.
Raja Habsyah
Rasulullah saw mengutuskan Amru bin Umaiyah al-Damri sebagai wakil menemui Raja
Habsyah. Raja Habsyah adalah raja beragama Kristian yang bernama Asyam ibn Al-Jabr atau
lebih dikenali dengan Raja Najasyi. Raja Najasyi memeluk Islam selepas menerima risalah
Rasulullah saw dan membalas surat baginda saw.
Surat Rasulullah saw kepada Raja Najasyi
Raja Bahrain
Untuk Raja Bahrain, Rasulullah saw mengutuskan Ala ibn Hadrami sebagai wakil dengan
membawa surat kepada Raja Bahrain. Raja Bahrain pada ketika itu adalah Munzir ibn
Sawi(atau Sa’adi). Sepertimana Raja Najasyi, Munzir ibn Sawi memeluk Islam.
Raja Oman
‘Amr ibn al-‘As diutuskan menemui pemerintah Oman dengan membawa sepucuk surat.
Kedua-dua raja Oman, Jayfar dan Abd(atau Abbed) ibn Julandi memeluk Islam.
Pemerintah Damsyik
56
Rasullulah saw mengutuskan Shuja ibn Wahb al-Asdi dengan membawa surat menemui
pemerintah Damsyik dan gabenor Syria yang bernama Munzir bin Harith ibn Abi Shimr al-
Ghassani. Pada mulanya, mereka memberi respon yang kurang sopan dengan mengugut
untuk menyerang Madinah. Namun, selepas itu, mereka kembali tenang setelah dipujuk oleh
Shuja ibn Wahb al-Asdi. Mereka melayan utusan Rasulullah saw dengan sopan dan penuh
hormat. Walaubagaimanapun, mereka tidak memeluk Islam.
Pemerintah Yamamah
Sulait ibn ‘Amr Amri dihantar sebagai wakil Rasulullah saw menemui pemerintah Yamamah.
Pemerintah Yamamah ketika itu adalah Hauza ibn Ali. Beliau beragama Kristian. Beliau
menyatakan persetujuan untuk memeluk Islam namun dengan syarat dijadikan pemerintah
bagi separuh negara Islam. Walaubagaimanapun, beliau meninggal dunia beberapa hari
setelah beliau menyatakan syaratnya.
Raja Iskandariah
Hatib ibn Abi Balta’ah diutus sebagai wakil Rasulullah saw untuk menemui pemerintah
Iskadariah, Jarih ibn Mathew atau lebih dikenali Raja Muqauqis. Beliau berjanji akan
mempertimbangkan perkara ini dan menyimpan surat Rasulullah saw dengan penuh hormat
dalam sebuah peti yang diperbuat daripada gading. Beliau juga mengirim hadiah kepada
Rasulullah saw sebagai tanda persahabatan.
Maharaja Rom
Dihyah bin Khalifah al-Kalbi dihantar sebagai wakil menemui Maharaja Rom, Heraklius. Beliau
bertanya kepada Abu Sufyan yang kebetulan berada di sana kerana mengetuai rombongan
perdagangan Quraisy tentang peribadi, keturunan, kedudukan sosial, dan kejujuran
Rasulullah saw. Beliau berasa terharu dengan surat Rasulullah saw dan melayan wakil
baginda saw dengan penuh hormat. Ada riwayat menyatakan beliau memeluk Islam secara
sembunyi namun riwayat yang lain menyatakan beliau tetap kafir sehingga menemui ajal.
57
Surat Rasulullah saw kepada Heraklius
Raja Parsi
Abdullah bi Huzaifah dihantar dengan membawa surat menemui Khasroe Pervez. Raja Parsi
ini bergitu marah selepas membaca surat tersebut lalu mengoyakkannya. Beliau berasa
terhina kerana menganggap salah seorang ‘rakyatnya’ iaitu Rasulullah saw berani menulis
namanya sebelum nama beliau. Apabila Abdullah bin Huzaifah kembali ke Madinah dan
memberitahu Raja Parsi telah mengoyak surat tersebut, baginda lantas menyatakan kerajaan
dan empayar Khosroe Pervez bakal musnah sebagaimana beliau mengoyak surat baginda.
Lain-lain Pemimpin
Selain daripada Raja Najasyi, Raja Oman dan Raja Bahrain yang sememangnya diyakini
memeluk Islam, beberapa pemerintah yang lain juga diberi hidayah oleh Allah Taala untuk
menerima seruan Rasulullah saw. Antara mereka adalah :
Thumamah dari Najd – memeluk Islam pada tahun ke-6 Hijrah.
Jabla, pemerintah Ghassan – memeluk Islam pada tahun ke-7 Hijrah.
Ferda ibn Umro Khizai – memeluk Islam pada tahun ke-5 Hijrah. Beliau
bagaimanapun dibunuh atas arahan daripada pemerintah Kaisar Rom.
Kedar, pemerintah Daumatul Jandal – memeluk Islam pada tahun ke-9 Hijrah.
Dzul Kala ibn Himyar, Raja Himyar – juga memeluk Islam pada tahun ke-9 Hijrah.
Diriwayatkan selepas memeluk Islam, beliau membebaskan 18,000 orang hamba
dalam satu hari.
(Fakta ini dipetik daripada buku Rahmatul –lil- Alameen oleh Qazi Muhammad Sulaiman
Salman Mansoorpuri, Jilid 1)
58
5.9 PERANG MU’TAH
Perang Mu'tah terjadi pada bulan Jamadil Awal tahun ke-8 H. Di dalam perang ini, Rasulullah
SAW telah menghantar 3,000 pahlawan elit Islam untuk bertempur dengan pasukan Romawi.
Pertempuran Perang Mu'tah ini berlaku di Karak di mana pada hari ini terletak di dalam negara
Jordan. Baginda mengangkat Zaid bin Haritsah sebagai panglima perang dan bersabda,"Jika
Zaid gugur, maka Ja'far bin Abi Thalib akan menggantikan tempatnya, jika Ja'far gugur, maka
Abdullah bin Rawahah akan menggantikan tempatnya"
Para pahlawan Islam pun berangkat dengan disertai Khalid bin Al-Walid yang baru memeluk
Islam setelah Perjanjian Hudaibiyyah. Di dalam perjalanan, mereka telah mendapat informasi
bahwa Malik bin Zafilah telah mengumpulkan 100,000 tentara sementara Heraklius sendiri
datang dengan 100,000 tentara. Berita ini menyebabkan pasukan Islam berbeza pendapat
apakah harus mereka terus berperang atau mengirim utusan untuk meminta bantuan
tambahan dari Rasulullah.
Namun Abdullah bin Rawahah terus maju ke hadapan kaum Muslimin dan berkata dengan
lantang dan berani,"Wahai sekelompok kaum! Demi Allah! Sesungguhnya apa yang kalian
benci jestru itulah yang kalian cari, iaitu syahid! Kita keluar memerangi musuh bukan kerana
jumlah atau kekuatan atau berdasarkan jumlah, tetapi kita memerangi mereka demi Dinul
Islam, yang Allah telah memuliakan kita dengannya."
"Oleh kerana itu berangkatlah! Sesungguhnya di tengah kita ada dua kebaikan; "menang atau
syahid"!
Kata-kata ini telah membakar semangat mereka, lalu mereka pun berangkat dengan penuh
keimanan untuk menggempur musuh semata-mata kerana Allah. Maka terjadilah peperangan
di tempat yang bernama Mu'tah, di mana di tempat inilah Allah telah membeli beberapa jiwa
kaum Muslimin untuk dibayar dengan syurgaNya.
Sejumlah 3,000 pasukan Islam berjuang habis-habisan melawan 200,000 tentera musuh.
Satu perbandingan yang tidak masuk akal jika difikirkan secara logik. Tetapi itulah hakikat
umat Islam, umat yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dibantu olehNya pada
setiap peperangan. Umat yang hidup di dunia ini hanya untuk Allah. Zaid bin Haritsah,
merupakan panglima perang terus maju menggempur pasukan musuh dengan membawa
bendera Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam di tangan.
Akhirnya sebatang tombak menembusi tubuhnya dan beliau akhirnya gugur. Bendera segera
diambil oleh Ja'far bin Abi Thalib, seorang pemuda yang baru berusia 33 tahun. Ketika musuh
59
telah mengepung kudanya dan mencederai tubuhnya, Ja'far tanpa ragu dan hirau akan
kesakitan turun dan terus menuju ke tengah-tengah musuh mengayunkan pedangnya. Tiba-
tiba seorang tentera Romawi datang dan berhasil memukulnya. Pukulan itu menyebabkan
tubuh Ja'far terbelah dua dan beliau syahid menemui Tuhannya. Bendera lalu disambar oleh
Abdullah bin Rawahah dan terus dibawa dengan menunggang kuda menuju ke tengah
musuh. Beliau juga turut syahid menyusuri kedua sahabatnya. Bendera lalu diambil oleh
Tsabit bin Arqam seraya berteriak, "Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah disekeliling
seseorang."
Lalu kaum Muslimin pun berkumpul mengelilingi Khalid bin Al-Walid dan bendera Nabi terus
diserahkan kepada Khalid yang kemudian terus memimpin pasukan. Perlantikan ini
dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas perlantikannya, Khalid bertindak dengan
menyelamatkan tentera Islam daripada diasak hebat oleh tentera Rom.
Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang
beserta taktik untuk melakukan keriuhan di barisan belakang, taktik ini berjaya mengelirukan
barisan hadapan tentera Byzantine. Hasilnya. Khalid berjaya mengundurkan tentera Islam
sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh. Sembilah bilah pedang Khalid Al Walid
telah patah semasa bertarung. Dari situlah dia diberi gelaran Saifullah atau Pedang Allah.
Selepas itu, Khalid Al Walid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha
untuk menyebarkan Islam di Parsi dan di dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine.
Begitulah sedikit kisah perjuangan golongan awal yang merupakan generasi terbaik umat
Islam dengan membawa bendera Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam. Bendera yang
menjadi rebutan para sahabat untuk memegangnya di setiap peperangan. Bendera yang
menyaksikan berapa banyak sahabat telah syahid demi mempertahankannya.
Bendera yang dipegang erat oleh para sahabat agar ia tidak jatuh menjamah bumi. Bendera
yang benar-benar dipertahankan oleh para pemimpin dan pejuang dari kaum Muslimin yang
mulia sebagai syi'ar Islam. Bendera yang bagi setiap orang yang mengucap syahadah,
mereka sanggup mati kerananya dan dalam setiap perjuangan, semata-mata kerana Allah
S.W.T. Inilah bendera kalian wahai saudaraku. Inilah bendera kita, umat Muhammad yang
dimuliakan! Allah hu Akbar!!
60
5.10 FATHU MAKKAH
Latar Belakang Sejarah Pembukaan Makkah
Pembukaan Kota Suci Makkah atau disebut dalam bahasa Arab sebagai Fathu Makkah (مكة
merupakan peristiwa yang terjadi pada tahun 630 masihi bertepatan 10 Ramadan tahun (فتح
8 Hijriah, di mana Muhammad berserta 10,000 pasukan bergerak dari Madinah menuju ke
Makkah dan kemudian menguasai Makkah secara keseluruhan, sekali gus menghancurkan
berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Kaabah. Ibn al-Qaiyim (t.th) telah
menyebutkan:
“la adalah satu pembukaan teragung yang dengannya Allah memuliakan agamaNya, RasulNya, tenteraNya dan partiNya yang beramanah, dengannya juga Allah telah menyelamatkan negeri-negeriNya dan rumahNya yang telah pun ditetapkan sebagai tempat hidayah untuk seluruh alam sarwajagat, menyelamatkan dari tangan-tangan kafir dan musyrikin, ianya pembukaan yang turut bergembira olehnya penghuni-penghuni langit, lanjutan kemuliaannya melimpah ke angkasa cakerawala hingga dengannya maka berduyun-duyunlah manusia menganut agamaNya, hingga denganNya wajah bumi terukir seribu senyuman mekar”.
Sebab-sebab yang Membawa Pembukaan Makkah
Faktor utama kepada pembukaan Makkah adalah pengkhianatan Bani Bakar dan sekutu
mereka kaum Musyrikin Quraisy terhadap perjanjian Hudaibiyah. Perjanjian yang termeterai
pada tahun 6 Hijrah itu, antara lain telah menggariskan suatu syarat perjanjian berupa:
”Sesiapa yang ingin menyertai Muhammad dan bersekutu dengannya, beliau berhak berbuat demikian dan sesiapa yang ingin berpihak dengan Quraisy dan bersekutu dengannya beliau berhak berbuat demikian. Mana-mana kabilah yang bersekutu dengan mana-mana pihak maka dia dianggap sebagai sebahagian dari kumpulan itu sekali gus mana-mana pelanggaran ke atas kabilah yang menyertai mana-mana dua pihak tadi adalah dianggap sebagai pelanggaran ke atas pihak lawannya”.
Berdasarkan syarat ini maka Bani Khuza’ah telah bersekutu dengan Rasulullah dan umat
Islam, manakala Bani Bakar pula menyertai Quraisy. Dengan itu, kedua-dua kabilah ini
menikmati keamanan dan kesejahteraan, sedangkan sebelum ini kedua-duanya saling
bermusuhan dan membalas dendam yang diwarisi sejak zaman jahiliah lagi. Dengan
kedatangan Islam dan termeterainya perjanjian keamanan al-Hudaibiah maka tersemai benih-
benih perdamaian dan keamanan di antara semua pihak. Namun demikian, perjanjian
dilanggar juga. Banu Bakar masih tetap hendak membalas dendam, di mana Naufal bin
Muawiyah bersama jemaahnya Bani Bakar telah keluar di bulan Sya’ban tahun ke-8 Hijrah,
lantas menyerang Bani Khuza’ah di malam hari, sedangkan mereka di masa itu sedang
berada di kawasan berair yang dikenali sebagai ”al-Watir”.
61
Dalam kejadian berkenaan, Banu Bakar telah berjaya membunuh orang-orang Khuza’ah.
Sebagai lanjutan dan serangan balas, maka terjadilah pertarungan danpeperangan di antara
keduanya hingga seterusnya pihak Musyrikin Quraisy di Makkah telah bertindak
menghulurkan bantuan senjata kepada sekutunya Bani Bakar. Bukan setakat itu sahaja,
malah beberapa tokoh Quraisy telah turut serta di dalam peperangan berkenaan dengan
berselindung di sebalik kegelapan malam, hingga mereka berjaya membawa Bani Khuzaʹah
ke dalam kawasan al- Haram Makkah. Oleh yang demikian maka berkatalah Banu Bakar:
”Wahai Naufal! Sekarang kita telah memasuki kawasan al-Haram. Ingatlah, Tuhanmu!
Ingatlah Tuhanmu! Lantas tawanan Bani al-Khuza’ah mencelah: Wahai Bani Bakar! Tiada
Tuhan di hari ini, kamu sudah pun membalas dendam kesumat kamu itu. Aku bersumpah,
sebenarnya kamu telah melakukan pencabulan di kawasan Haram ini, tidakkah di sini sudah
terbayar dendam kamu itu?”.
Setelah Bani Khuzaah melangkah masuk ke kawasan Makkah, mereka terus mendapat
perlindungan di rumah Budail bin Warqa’ al-Khuza’i dan rumah kawan setia mereka yang
dikenali sebagai Rafie’. Amru bin Salim al-Khuza’i terus meluru ke Madinah bagi menemui
Rasulullah. Sesampainya beliau di sana, beliau pun mempersembahkan kepada Rasulullah
SAW hasratnya melalui madahnya, sedang pada masa itu Rasulullah sedang duduk berbual
di dalam masjid bersama-sama kaum muslimin.
Rasulullah SAW terus menjawab: ”Engkau dibela wahai Amru, kemudian baginda
diperlihatkan mendung merintangi langit, maka katanya lagi: Awan berarak itu, pembuka
pertolongan kalian”. Tidak berapa lama kemudian tiba pula Budail bin Warqa’ al-Khuza’i
bersama beberapa orang dari Khuza’ah, di mana mereka menemui Rasulullah melaporkan
bilangan mereka yang terkorban dalam serangan itu dan penyertaan langsung oleh Quraisy
membantu Banu Bakar, kemudian mereka pun pulang semula ke Makkah. Begitulah
pengkhianatan Banu Khuza’ah dan Musyrikin Makkah terhadap perdamaian Hudaibiyah
akhirnya membawa kepada persiapan umat Islam untuk mengadili pengkhianatan itu melalui
pembukaan Makkah.
Pihak Musyrikin Ingin Memperbaharui Perjanjian
Tidak syak lagi, puak kafir Quraisy dengan tindakannya bersama-sama dengan sekutunya
Bani Bakar itu, jelas lagi bersuluh merupakan suatu pencerobohan kepada perjanjian dan
pengkhianatan kepada perdamaian yang dimeterai bersama dalam Perjanjian Hudaibiyah
lalu. Dalam kegusaran, kafir Quraisy mula menyedari kesalahan yang mereka lakukan itu,
sekali gus merasai buruk padah daripada tindakan mereka di luar batasan. Untuk itu, mereka
62
memanggil permesyuaratan untuk sidang tergempar. Keputusannya ialah menghantar
pimpinan mereka Abu Sufian pada masa itu, untuk ke Madinah bagi memperbaharui
perdamaian.
Rasulullah (SAW) memberitahu kepada sekalian sahabatnya apa yang akan dilakukan oleh
Quraisy dalam usaha mengatasi pengkhianatan mereka itu dengan sabdanya: ”Kamu akan
didatangi Abu Sufian untuk mengemaskan perjanjian al-Hudaibiah itu, malah memohon untuk
dilanjutkan lagi tempohnya”. Abu Sufian terus bergerak ke Madinah sebagaimana keputusan
yang mereka persetujui, beliau bertemu dengan Budail bin Warqa’ dalam perjalanan pulang
dari Madinah ke Makkah. Abu Sufian terus bertanya Budail: ”Kamu ini dari mana?” Abu Sufian
mengesyaki yang beliau ini datang menemui Rasulullah (SAW). Jawab Budail: ”Aku
bersiarsiar dengan Khuzaʹah di sekitar pantai tadi dan di sekeliling lembah-lembah ini”. Tanya
Abu Sufian yang penuh meragui: ”Bukankah kamu datang menemui Muhammad?” Kata
beliau: ”Tidaklah”. Setelah Budail berlepas ke Makkah, Abu Sufian berkata kepada teman
yang mengiringiriya: ”Kalaulah Budail ini datang dari Madinah pasti tunggangannya memakan
makanannya (alaf) yang mengandungi biji-biji al-Madinah”.
Dengan itu beliau terus ke tempat najis unta dipecahkannya, memang beliau dapati bijian al-
Madinah di dalam kandungan najis, maka kata Abu Sufian: ”Aku bersumpah demi Allah,
Budail telah menemui Muhammad”. Walau bagaimanapun, Abu Sufian terus ke Madinah,
pertama beliau datang menemui anak perempuannya, Ummu Habibah, setibanya di hadapan
Ummu Habibah beliau pun mengayakan diri untuk duduk di atas hamparan Rasulullah (SAW),
apa lagi Ummu Habibah pun menggulung hamparan tadi, maka kata Abu Sufian: “Kenapa
wahai anakku apakah kau membencikan daku?” Maka jawab Ummu al- Mukminin: ”Itu adalah
hamparan Rasulullah, kau ini musyrik najis. Jawab Abu Sufian: ”Selepas kau berpisah dari
ku, kau telah terkena sihir.
Dengan itu beliau keluar dari situ dan terus menemui Rasulullah SAW, Abu Sufian menegur
baginda, tetapi Rasulullah tidak menjawab sepatah apa pun, kemudian beliau menemui Abu
Bakar, meminta jasa baik beliau untuk menyampai hasratnya kepada Rasulullah SAW tapi
jawab Abu Bakar: ”Aku tidak boleh berbuat apa pun, lantas beliau pergi menemui Umar dan
beliau meminta Umar menolongnya dalam hal itu, maka jawab Umar: ”Apakah aku ini yang
akan menjadi orang tengah untuk kamu? Demi Allah, kalaulah aku tidak mempunyai apa pun
selain debu-debu, namun dengannya pun cukup untuk ku tentangi kamu, pasti aku lakukan.
Kemudian beliau datang menemui Ali bin Abi Talib, di masa itu Fatimah sedang duduk di
sampingnya, manakala anaknya Hasan sedang merangkak di hadapannya, kata Abu Sufian:
63
“Wahai Ali, sebenarnya kaulah orang paling mengasihi daku, di hari ini aku datang
memerlukan pertolonganmu, janganlah membiarkan daku pulang dengan hampa sahaja,
daku memerlukan kau menjadi orang tengah, untuk menyampaikan hasrat ku kepada
Muhammad, kata Ali pula: ”Celaka kau! Hai Abu Sufian, sebenarnya Rasulullah sudah
berazam hendak melakukan sesuatu di mana kami tidak berhak untuk berbicara dengannya
lalu beliau berpaling ke arah Fatimah dengan berkata: ”Boleh tak engkau menyuruh anak
engkau ini melindungi manusia ramai, maka dengan itu beliau akan menjadi penghulu seluruh
bangsa Arab hingga ke akhir zaman? Jawab Fatimah: Demi Allah mana boleh anak ku ini
berbuat demikian, malah tiada siapa yang boleh menghalang Rasulullah SAW daripada
bertindak.
Pada masa itu, Abu Sufian terasa dunia menjadi gelap dan berkata kepada Ali bin Abi Talib
dalam keadaan serba kebingungan dan putus asa: ”Wahai Abu al- Hasan, aku mendapati
keadaan semakin meruncing, cuba kau nasihatkan daku. Jawab Ali: ”Demi Allah, aku tak
tahulah apa nasihat yang baik untuk kau, kerana kau sendiri adalah pemimpin Banu Kinanah,
ayuh pergilah pinta perlindungan daripada orang ramai, kemudian pulanglah ke tanah airmu.
Tanya Abu Sufian: ”Apakah itu boleh memberi sesuatu yang baik untuk ku? Jawab Ali: ”Demi
Allah, aku tidak menyangkademikian, cuma aku tidak ada nasihat selain dari itu. Lantas Abu
Sufian pun beredar dari situ menuju ke masjid, di sana beliau melaung: ”Wahai kalian, daku
memohon perlindungan kalian, kemudian dia terus memecut untanya dan beredar”. Setibanya
di pangkuan Quraisy, beliau terus disoal dengan kata mereka: ”Apa yang kau capai. Jawab
beliau: ”Aku menemui Muhammad untuk berbicara dengannya dan demi Allah, tak sepatah
yang dijawabnya, setelah itu aku menemui Ibnu Abi Quhafah, beliau pun sama, tidak suatu
pun yang ku perolehi, kemudian terus kepada Umar Ibni al-Khattab: Ku dapati beliau musuh
yang rendah profail, kemudian ku temui Ali bin Abi Talib, beliau adalah yang terlembut di
antara kesemua. Beliau telah menasihati ku melakukan sesuatu, namun demikian aku pun
tak pasti apakah pendapatnya itu boleh memberi sesuatu kebaikan? Tanya mereka: ”Apakah
nasihat beliau kepada kamu?ʺ Kata Abu Sufian: ”Beliau menyuruh aku meminta
perlindungandaripada orang ramai, maka aku pun buatlah seperti yang beliau syorkan itu.
Tanya hadirin: ”Apakah Muhammad telah mempersetujuinya? Jawab Abu Sufian: Tidak. Kata
hadirin: ”Celaka kau, penasihat kau itu tak lebih dari menambahkan cemuhan orang terhadap
kau. Jawab Abu Sufian: ”Tidak! Demi Allah sebenarnya aku tak ada pilihan kecuali itu sahaja.
Pergerakan Tentera Islam Ke Arah Makkah
Sepuluh hari terakhir bulan Ramadan tahun ke-8 Hijrah Rasulullah pun bergerak keluar dari
al-Madinah menuju ke Makkah dengan bala tentera seramai 10,000 orang yang kesemuanya
64
dari kalangan para sahabat. Rasulullah meneruskan perjalanannya dalam keadaan berpuasa.
Orang ramai pun turut berpuasa, hinggalah apabila baginda sampai ke al-Kadid, kawasan air
yang terletak di antara ’Asafan dan al-Kadid, baginda membuka puasanya, maka sekalian
tentera pun turut berbuka. Dari situ Baginda terus bergerak hingga sampai ke ”Mar al-Zahran
dikenali juga sebagai Wadi Fatimah. Semasa Rasulullah singgah di situ, waktu sudah hampir
Isyak.
Di situlah Rasulullah memerintah tentera berkhemah, mereka menyalakan api, kira-kira ribuan
api yang dinyalakan. Dari Mar al-Zahran tentera Islam menuju ke Makkah dengan memerintah
al-Abbas supaya membawa Abu Sufian ke suatu lembah untuk memerhati pergerakan tentera
Islam dari atas tebing cerun bukit. Al-Abbas pun membawa Abu Sufian ke sana. Bila tiba di
situ, terdapat satu kabilah dengan panji-panjinya lantas beliau bertanya: ”Wahai Abbas itu
siapa? Maka jawab Abbas seperti katanya: ”Itu Sulaim!, maka sampuk beliau: ”Apa peduli aku
dengan Sulaim. Lepas itu berlalu pula kabilah yang lain, maka tanya Abu Sufian: ”Siapa
mereka itu? Jawabal-Abbas: ”Itu Muzainah!. Kata Abu Sufian: ”Apa peduli aku dengan
Muzainah. Hingga selesai semua Kabilah berlalu di situ dan diakhirnya Rasulullah memintas
dari situ dalam satu kontinjen tentera yang serba hijau yang terdiri daripada kaum Muhajirin
dan Ansar. Dengan pandangan tajam Abu Sufian berkata: ”Subhanallah, siapa mereka ini
wahai al-Abbas?. Jawab al-Abbas: ”Yang itulah Rasulullah bersama kaum Muhajirin dan
Ansarnya. Maka kata Abu Sufian: ”Tak seorang punberdaya berhadapan dengan mereka ini.
Sambungnya lagi: Demi Allah! Wahai Abu al-Fadhl, ”kerajaan anak saudara mu ini sudah
menjadi agung di hari ini. Kata al-Abbas: ”Wahai Abu Sufian! Itu adalah ”kenabian.Jawab
beliau: “Ya, itulah satu anugerah”.
Sewaktu Rasulullah melalui di hadapan Abu Sufian, al-Abbas berkata kepadanya;”Ayuh
selamatkan kaum kau. Abu Sufian pun bergegas pulang ke Makkah, sesampainya beliau ke
sana, terus beliau melaung sekuat-kuatnya: ”Wahai kalian Quraisy, itu dia Muhammad telah
datang dengan tenteranya yang belum pernah ku saksi sebelum ini, maka sesiapa yang
berlindung di rumah Abu Sufian beliau adalah selamat, lantas isterinya Hindun binti ’Utbah
menuju ke arahnya lantas menarik misainya dan berkata: ”Bunuh si gemuk yang tak berguna
ini, hodoh sungguh pengawal peninjau ini. Kata Abu Sufian pula: ”Binasalah kamu, di hari ini
jangan kamu bersombong diri, kerana hari ini baginda telah datang dengan bala tentera yang
belum pernah dilihat seramai ini, Ayuh cepat, siapa yang berlindung di rumah Abu Sufian
beliau adalah selamat. Jawab orang-orang Quraisy: ”Celaka engkau, apa yang boleh
menyelamatkan kami sekiranya kami berada di dalam rumah mu ini?. Sambung Abu Sufian:
”Siapa yang masuk ke dalam rumahnya dan mengunci dari dalam, beliau juga terselamat dan
sesiapa memasuki al-Masjid beliau juga selamat. Dalam pada itu, segolongan Quraisy yang
65
singkat pemikiran berkumpul dengan Ikrimah bin Abi Jahal, Safwan bin Umaiyah dan Suhail
bin Amru. Tempat itu dikenali sebagai al-Khandamah bertujuan memerangi kaum muslimin.
Di antara mereka ada seorang dari kabilah Banu Bakar bernama Hamas bin Qais, beliau
sebelum ini bertugas mengumpul senjata, di suatu hari pernah ditanya oleh isterinya: ”Kenapa
kamu menyediakan apa yang ku lihat ini?. Jawab beliau: ”Kesemua ini untuk Muhammad dan
sahabat-sahabatnya. Jawab isterinya: ”Tak ada suatu pun yang boleh menghalang
Muhammad dan sahabat-sahabatnya.
(a) Tentera Islam di Zi Tawa
Rasulullah SAW telahpun bergerak hingga sampai ke Zi Tuwa atau Zi Tawa, semasa berjalan
Rasulullah SAW sentiasa menunduk kepalanya merendah diri kepada Allah. Di situlah
Rasulullah menyusun tenteranya, Baginda meletakkan:
(i) Arah Utara
Al-Zubair bin al-Awwam diletakkan di sebelah utara, bersama-sama beliau ialah Panji
Rasulullah, beliau diarah supaya memasuki Makkah dari sebelah atas di mana panji itu
dipacakkan di al-Hajjun, beliau menunggu di situ hinggalah Rasulullah sampai.
(ii) Arah Selatan
Khalid bin al-Walid di sebelah kanan bersama-sama dengan beliau ialah Aslam, Salim,
Ghaffar, Muzainah, Juhainah dan beberapa kabilah-kabilah Arab yang lain. Diarahnya Khalid
supaya memasuki Makkah dari sebelah bawah, dengan pesanannya: “Kalau kamu dapati ada
orang-orang Quraisy yang menghalang kamu, kamu boleh bunuh mereka, hinggalah kamu
menemui daku di al-Safa”.
(iii) Arah Timur
Abu Ubaidah bin al-Jarrah memimpin tentera pejalan kaki yang tidak membawa peralatan
perang, beliau diarah supaya mengambil jalan ”Butun al-Wadi, bergerak hingga bertemu dan
berdepan dengan Rasulullah di Makkah.
(iv) Arah Barat
Dari arah barat pula, Baginda Nabi Muhammad SAW telah meletakkan Saad bin Ubadah dan
Ali bin Abi Talib bersama tenteramereka. Dengan itu, genaplah keempat-empat penjuru, telah
dikuasai tentera Rasulullah SAW.
66
(b) Tentera Islam Memasuki Makkah
Setiap pasukan tentera Islam yang dibahagikan itu mengambil laluan masing-masing yang
telah diarah kepada mereka. Adapun Khalid dan sahabat-sahabatnya tetap menundukkan
sesiapa sahaja yang menghalang, namun dua orang dari sahabatnya iaitu Kurz bin Jabir al-
Fihri dan Khanis bin Khalid bin Rabi’ah telah terkeluar dari kumpulannya, di mana mereka
telah mengambil jalan lain menyebabkan mereka dibunuh. Golongan Quraisy yang singkat
pemikiran telah bertembung dengan Khalid bin al-Walid dan sahabat-sahabatnya di al-
Khandamah. Justeru, berlakulah satu pertarungan kecil hingga terbunuh 12 orang musyrikin
dan berakhir dengan kekalahan Quraisy. Khalid terus mara menggeledah penjuru Makkah,
akhirnya beliau sampai ke hadapan Rasulullah di al-Safa. Manakala al-Zubair maju ke
hadapan hingga sampai ke Al-Hajjun, di tepi masjid al-Fatah di mana beliau memacak panji
Rasulullah (SAW). Beliau kemudiannya tidak ke mana-mana hinggalah Rasulullah datang.
(c) Rasulullah Memasuki Al-Masjid Al-Haram
Setelah itu, Rasulullah pun bangun sedang kaum Muhajirin dan al-Ansar mengelilingi baginda
dan memasuki masjid. Baginda terus menuju ke Hajar al-Aswad dan menyentuhnya dengan
tangan baginda, kemudian bertawaf mengelilingi Kaabah, baginda menjatuhkan berhala-hala
sebanyak 360 buah dari atas Kaabah, dengan busar panah (suatu riwayat –tongkatnya) yang
di tangannya sambil berkata seperti dalam firman Allah yang bermaksud :
”Kebenaran telah datang dan kebatilan menghilang, sesungguhnya kebatilan itu telah terpadam.”
(al-Isra’: 81)
Serentak dengan bacaan ayat-ayat mulia itu, maka berhala-hala pun jatuh dan tumbang,
hancur berderai-derai. Rasulullah melakukan tawaf di sekeliling Kaabah dengan menunggang
kenderaannya, di masa itu bertawaf dengan menunggang kenderaan belum diharamkan lagi
di dalam syarak.
(d) Ucapan Rasulullah Sebaik Bersolat di dalam Kaabah
Baginda Rasulullah SAW setelah itu, menutup pintu Kaabah sedang baginda di dalam Kaabah
bersama Usamah dan Bilal, di situ baginda berdiri dengan membelakang pintu Kaabah,
apabila baginda melangkah ke depan dengan jarak tiga hasta baginda berhenti di situ, jadi
dua tiang sebelah kirinya dan satu tiang berada di sebelah kanan baginda. Di belakang
baginda tiga tiang, kerana al-Haram di masa itu didirikan atas enam batang tiang. Baginda
bersolat di situ, setelah baginda berjalan-jalan di dalam Kaabah, bertakbir di setiap
penjurunya, menyebut kalimah Tauhid, kemudian barulah baginda membuka pintunya, di
67
masa itu Quraisy sedang memenuhi ruang masjid secara bersaf menunggu apa yang hendak
dilakukan oleh Rasulullah ke atas mereka. Rasulullah memegang pintu Kaabah, sedang
khalayak Quraisy menunggu di bawah, dengan sabdanya:
”Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, benar janjiNya, membantu hambaNya, mengalahkan golongan Ahzab sendiriNya, ingatlah setiap warisan lama, setiap warisan Jahiliah samada harta benda atau darah kesemuanya di bawah kakiku ini, kecuali penjaga Baitullah dan pemberi minum kepada Jemaah Haji. Ingatlah, pembunuhan tanpa hak adalah dendanya terlalu berat, iaitu seratus ekor unta, empat puluh darinya sedang sarat mengandung. Wahai kalian Quraisy, sesungguhnya Allah telah pun melenyapkan dari kamu kesombongan jahiliah, sikap bermegahan dengan baka keturunan, sebenarnya manusia adalah dari Adam sedang Adam adalah dari tanah”. Kemudian baginda membaca ayat: ”Wahai manusia sesungguhnya Kami ciptakan kamu sebagai lelaki dan perempuan, dan Kami ciptakan kamu berbangsa-bangsa berkabilah-kabilah untuk kamu berkenalan, sesungguhnya yang termulia dari kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Bijaksana”.
(al-Hujuraat: 13)
(e) Kemaafan yang Tiada Tolok Bandingnya
Rasulullah menyambung ucapan baginda dengan sabdanya yang bermaksud:
“Wahai kalian Quraisy, apakah yang kamu fikirkan akan ku lakukan terhadap kamu semua? Jawab mereka: “Tentulah baik, kerana saudara seorang yang mulia anak kepada saudara yang mulia”. Maka jawab Rasulullah: Sesungguhnya aku berkata kepada kalian seperti Yusof telah berkata kepada saudara-saudaranya: Tiada tempelak ke atas kamu di hari ini! Pergilah! Kamu semua adalah bebas.
Rumusan
Pembukaan Kota Suci Makkah adalah hadiah terbesar yang dikurniakan Allah s.w.t
kepada umat Islam yang sanggup berkorban meninggalkan kota tersebut semasa
hijrah yang lampau.
Rakyat yang baik adalah hasil daripada teladan dan contoh daripada pimpinan yang
terbaik. Abu Sufian adalah pimpinan Quraisy Makkah yang asalnya menentang
dakwah Islam. Namun, apabila di‘pegang’ oleh Rasulullah SAW, maka seluruh
masyarakat turut mengikuti jejak langkah pimpinan mereka.
Kemaafan yang paling agung adalah di saat seseorang itu paling berkuasa
menjatuhkan hukuman kepada pesalahnya. Nabi Muhammad adalah seorang insan
mulia teladan yang tiada setaranya di dunia ini.
68
1. Rumuskan peristiwa dan ibrah peperangan berikut dengan menggunakan peta
pemikiran i-Think :
i. Perang Badar
ii. Perang Uhud
iii. Perang Ahzab
iv. Perang Muktah
LATIHAN
69
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. Whatsapp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran : Pengajaran dari Fasa Dakwah dan Jihad Selepas Hijrah Sehingga
Fathu Makkah
i. Perjanjian Hudaibiah
ii. Fathu Makkah
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Kebijaksanaan Rasulullah SAW merancang strategi semasa peristiwa
Perjanjian Hudaibiyah dan Fathu Makkah .
ii. Hubungkaitkan kebijaksanaan Rasulullah SAW merancang strategi dengan
peranan guru .
iii. Sifat mulia Rasulullah SAW dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiah dan Fathu
Makkah yang wajar dicontohi para pendidik.
iv. Kesan peristiwa Fathu Makkah terhadap perkembangan Islam.
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
70
HASIL PEMBELAJARAN
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai perincian Perang
Hunain dan Perang Tabuk. Dalam tajuk in juga akan dibincangkan perutusan tentera Usamah
bin Zayd.
KERANGKA TAJUK
6.1 Perang Hunain
6.2 Perang Tabuk
6.3 Pengutusan Tentera Usamah
UNIT 6 Fasa Perkembangan Islam di Semenanjung Tanah Arab sehingga kewafatan Rasulullah SAW
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i. Memperincikan peristiwa Perang Hunain dan Perang Tabuk
ii. Memperincikan pengutusan tentera Usamah.
iii. Menghuraikan ibrah peristiwa Perang Hunain
71
6.1 Perang Hunain
Perang ini berlaku bulan Syawal tahun 8 Hijrah selepas pembukaan kota Mekah ( Ramadhan
8 Hijrah). Peperangan ini berlaku akibat rasa dendam dan tidak puas hati puak Hawazin dan
Thaqif terhadap kejayaan orang Islam dalam peristiwa Pembukaan Kota Mekah. Puak-puak
ini semakin rasa tercabar apabila ramai pembesar Quraisy yang sebelum ini memusuhi
Rasulullah telah menyebelahi baginda dan memeluk Islam.
Sebagai langkah awal, ketua puak Hawazin , Malik bin Auf telah mengumpul satu angkatan
tentera yang besar yang turut disertai ahli keluarga (anak isteri) dan harta benda masing-
masing.Tindakan Malik bin Auf ini mendapat teguran dari Durayd bin al-Simah, seorang
veteran perang , tetapi teguran tersebut disangkal oleh Malik bn Auf dengan alasan perang
tersebut adalah untuk mempertahankan keluarga, harta dan anak isteri.
Rasulullah SAW menerima berita tentang pergerakan musuh lalu baginda mengutuskan Abu
Hadrad al-Aslami untuk mengintip tentera musuh dengan menyusup dan tinggal bersama-
sama mereka untuk mendapatkan mendapatkan berita dan melaporkan kepada Rasulullah
SAW.
Pada hari Sabtu 6 Syawal tahun 8H, Rasulullah SAW meninggalkan Mekah bersama 12,000
anggota tentera Islam, 2000 daripadanya adalah dari kalangan penduduk Mekah yang baru
memeluk Islam. Keberangkatan Rasulullah SAW bersama tenteranya diketahui oleh Malik
bin Auf, lalu beliau mengarahkan bala tenteranya bersedia dengan bersembunyi di tempat-
tempat yang tersembunyi di Wadi Hunayn. Apabila tentera Islam sampai di Wadi Hunain,
mereka telah diserang secara tiba-tiba oleh pihak musuh dari tempat persembunyian mereka
yang menyebabkan tentera Islam bertempiaran lari menyelamat diri bersama kuda-kuda
tunggangan mereka. Tentera Islam terpaksa berundur dan berpatah balik. Ianya benar-benar
satu kekalahan teruk bagi tentera Islam.
Menyedari tentera Islam berundur akibat serangan tentera musuh, Rasulullah SAW dengan
segera bertindak memacu keldainya dengan pantas sambil melaungkan “ Akulah sebenar-
benar Nabi, akulah putera Abdul Mutalib”. Ketika itulah baginda menonjolkan keberanian
Hunayn ialah lembah berhadapan dengan Dzul Majaz, jaraknya dengan Mekah dari Arafah lebih 20 batu
72
sebenar baginda sebagai panglima perang. Abu Sufian yang ketika itu baru memeluk Islam
dan al-Abbas berusaha menahan keldai baginda supaya tidak bergerak terlalu pantas. Lantas
baginda mengarahkan al-Abbas, bapa saudara baginda, memanggil para sahabat dalam
kalangan Muhajirin ( yang menyertai Bai’atul Ridhwan) dan Ansar dengan jeritan yang kuat.
Maka tentera Islam mula bergabung kembali dengan jumlah yang jauh lebih sedikit (100
hingga 200 orang) berbanding dengan jumlah tentera yang asal. Namun begitu, tentera Islam
bertempur dengan hebat melawan kekuatan tentera kuffar. Dalam pertempuran yang sengit
itu Rasulullah SAW mengambil segenggam tanah lalu dilemparkan ke arah muka musuh
sehingga mengaburkan pandangan mereka dan akhirnya mereka mula berundur. Tentera
Islam berjaya merampas harta benda, senjata dan kenderaan tentera musuh.
Peristiwa ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam Surah at-Taubah ayat 25 – 26.
“ Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam medan-medan
perang dan di medan Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan
yang ramai, maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu
sedikitpun...”
Rasulullah SAW mengarahkan semua harta rampasan dikumpulkan di Ja’ranah dan melantik
Mas’ud bin Amru al-Ghifari sebagai penjaga harta rampasan tersebut. Baginda
membahagikan harta rampasan setelah selesai peperangan. Namun begitu baginda melewat-
lewatkan pembahagian harta tersebut dengan harapan ada puak Hawazin yang akan datang
menemuinya untuk bertaubat atau memeluk Islam. Jika demikina baginda akan
mengembalikan harta tersebut kepada mereka tetapi malangnya ia tidak berlaku. Justeru
baginda membahagi-bahagikan harta tersebut sebagai memenuhi desakan para pemimpin
kabilah dan bangsawan-bangsawan Mekah. Golongan pertama diberikan harta rampasan
ialah orang-orang yang dijinakkan hati mereka kerana baru memeluk Islam. Mereka mendapat
peruntukan yang banyak daripada harta rampasan itu.
Pembahagian harta tersebut mendatangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Ansar
kerana mereka tidak mendapat bahagian daripada harta rampasan tersebut. Memandangkan
mereka turut serta bertempur menentang tentera kuffar dalam Perang Hunain ini maka
mereka merasa berhak mendapat bahagian mereka. Diriwayatkan Saad bin Ubadah telah
datang menemui Rasulullah bagi mewakili orang-orang Ansar. Lalu Rasulullah bertanya
kepada Saad , “ Jadi kamu berpihak kepada kepada siapa wahai Saad?” Jawab Saad, “wahai
Rasulullah, sudah tentu aku berpihak kepada kaumku”. Lantas Rasulullah mengarahkan Saad
mengumpulkan semua orang Ansar untuk bertemu Rasulullah. Rasulullah berdialog dengan
orang-orang Ansar dan mengingatkan kembali kedudukan mereka sebelum kedatangan
Rasulullah SAW ke Madinah. Antaranya , Rasulullah SAW meminta kepastian daripada orang
73
Ansar dengan bertanya: “ Tidakkah kamu rela hati wahai sekalian orang Ansar membiarkan
mereka membawa pergi kambing dan unta sedangkan kamu membawa pulang Rasulullah ke
kampung halaman kamu ?” Rasulullah SAW menambah lagi, “ kalaulah manusia melalui satu
lorong dan orang Ansar pula melalui lorong yang lain, nescaya aku akan melalui lorong orang
Ansar. Ya Allah, rahmatilah orang-orang Ansar, anak-anak orang Ansar dan cucu cicit orang
Ansar”. Mendengar kata-kata baginda orang Ansar menangis dan berkata, “ Kami rela
Rasulullah SAW sebagai bahagian untuk kami”. Kemudian mereka pun beredar.
Pihak musuh yang tewas telah berpecah belah. Ada yang lari ke Taif, ke Nakhlah dan ke
Awtas.
6.2 Perang Tabuk
Pembukaan Kota Mekah merupakakan puncak kejayaan dakwah Rasulullah SAW bersama
orang-orang Islam dalam . Ia telah membuktikan kebenaran Islam apabila ramai pembesar-
pembesar musyrikin Quraisy Makkah yang memeluk Islam .
Namun begitu, umat Islam masih belum merasa lega kerana di sana masih ada lagi musuh
yang mengancam umat Islam iaitu kerajaan Rom. Kerajaan Rom ketika itu merupakan
kerajaan yang paling kuat. Bermulanya ancaman tentera Rom terhadap Islam apabila tentera
Rom membunuh utusan Rasulullah, al-Harith bin Umayr al-Azdiy yang membawa surat
kepada pemimpin Basra. Setelah pembunuhan tersebut, Nabi mengutuskan operasi Zayd bin
Harithah yang akhirnya berlaku pertempuran hebat dengan tentera Rom di Mu’tah.
Perang ini berlaku pada bulan Rejab tahun 9 hijrah di musiam panas yang paling tinggi. Ia
berpunca apabila tersebar berita di Madinah tentang persediaan tentera Rom untuk
melancarkan peperangan besar menentang tentera-tentera Islam. Ini menimbulkan
kebimbangan dalam kalangan umat Islam terutama Rasulullah SAW sehingga baginda
meninggalkan isteri-isteri baginda buat seketika untuk merancang strategi menghadapi
tentera Rom.
Cabaran utama Rasululullah SAW ketika itu ialah musim kemarau yang kuat sehingga
menyebabkan umat Islam ketika itu hidup dalam serba kekurangan menghadapi bencana dan
kekurangan bekalan. Tambahan pula dalam masa yang sama buah kurma yang sudah mula
masak, yang menyebabkan umat Islam ketika itu lebih memilih untuk memetik buah kurma
dan berteduh di bawah pohon-pohonnya. Di samping itu, jarak pemergian untuk berhadapan
dengan tentera Rom amat jauh dan jalan yang ditempuhi penuh dengan ranjaunya.
74
Dalam kepayahan tersebut Rasulullah SAW mengambil keputusan untuk tidak melengah-
lengahkan tindakan terhadap tentera Rom sebelum tentera Rom sampai dan menggempur
negara Islam. Setelah Rasulullah SAW mengambil keputusan tersebut, baginda
mengisytiharkan kepada para sahabat supaya bersiap sedia untuk berperang. Baginda
mengutuskan utusan untuk mengajak kabilah-kabilah Arab dan penduduk Mekah untuk turut
sama menyertai peperangan tersebut. Orang Islam menyahut seruan tersebut dan berlumba-
lumba mempersiapkan diri untuk berperang dalam waktu yang singkat. Sahabat-sabat
Rasululullah SAW seperti Saidina Uthman bin Affan menyediakan kelengkapan unta
sebanyak 900 ekor, seratus ekor kuda dan wang ringgit. Begitu juga sahabat yang lain , Abdul
Rahman bin Auf membwa 200 uqiyah perak manakala Saidina Abu Bakar pula
menyumbangkan semua hartanya bernilai 4000 dirham.
Setelah lengkap persediaan menghadapi peperangan, Rasulullah SAW bergerak ke Tabuk
bersama 30 000 pejuang (jumlah tenter terbesar dalam peperangan Islam). Sesampainya di
Tabuk, mereka bermarkaz di sana. Rasulullah SAW bangun berucap dengan ucapan yang
bernas shingga ia benar-benar menaikkan semangat tentera Islam.
Sementara itu di pihak tentera Rom , mereka mula merasa takut dan gerun dengan kemaraan
tentera Islam yang ramai di bawah kepimpinan Rasulullah SAW. Mereka tidak berani untuk
mara dan bertembung denga tentera Islam malah mula berpecah-pecah dalam kawasan
sempadan negeri mereka. Akhirnya tentera Rom berundur.
Tentera Islam pulang dari Tabuk dengan mendapat kemenangan dan pertolongan dari Allah.
Mereka tidak perlu menghadapi tentangan tentera Rom. Misi peperangan ini mengambil masa
selama lima puluh hari. Dua puluh hari Rasulullah SAW menetap di Tabuk sementara
selebihnya ialah masa perjalanan pergi dan balik. Peperangan ini adalah peperanga terakhir
yang disertai oleh Rasulullah SAW.
6.3 Pengutusan Tentera Usamah Pengutusan tentera Usamah merupakan misi ketenteraan terakhir sebelum kewafatan
Rasulullah SAW. Pada bulan Safar tahun 11 Hijrah , Rasulullah SAW telah mempersiapkan
sepasukan tentera yang besar. Baginda melantik Usamah bin Zayd bin Harithah untuk
mengetuai pasukan tersebut bagi menundukkan keangkuhan kerajaan Rom yang membunuh
rakyatnya yang memeluk Islam.
75
Namun begitu, orang ramai mula memperkatakan tentang panglima perang yang dilantik iaitu
Usamah kerana terlalu muda lalu meminta agar misi Usamah ditangguhkan. Namun
Rasululah tetap meneruskan usaha ini kerana yakin dengan kebolehan Usamah
memandangkan ayahnya juga adalah panglima perang dan dikasihi Rasulullah SAW.
Akhirnya pasukan ini keluar sampai ke al-Juruf. Namun begitu , berita yang membimbangkan
tentang kesihatan Rasulullah SAW menyebabkan misi ini tertangguh dan ia akan menjadi misi
kenteneraan pertama di bawah kepimpinan khalifah Abu bakar as-Siddiq.
6.4 Kewaafatan Rasulullah SAW
Kira-kira 3 bulan selepas kembali daripada menunaikan haji wada’, Nabi Muhammad SAW
menderita sakit yang cukup serius. Baginda kali pertama mengadu akan kesakitannya
semasa di rumah Ummul Mukminin, Maimunah. Baginda sakit selama 10 hari, kemudian
akhirnya wafat pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal ketika berusia 63 tahun.
Sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW, baginda meminta kepada para isterinya untuk
dirawat di rumah Aisyah. Aisyah mengusap badan Nabi Muhammad SAW sambil membaca
surah Al- Widzatain (Surah Al-Falaq dan An-Nas ). Nabi Muhammad SAW memanggil anak
perempuan baginda Fatimah lalu berbisik, kemudian Fatimah menangis. Nabi memanggilnya
kembali dan berbisik kemudian Fatimah tersenyum. Setelah Nabi Muhammad wafat, Fatimah
memaparkan bahawa ia menangis sebab diberitahu bahawa baginda akan wafat, dan
tersenyum sebab menerima bisikan bahawa dirinya adalah ahli keluarga pertama yang akan
menyusul beliau.
Rasululullah SAW wafat di ribaan isteri baginda Saidatina Aisyah r.a. Pada saat-saat akhir
hayat Rasulullah SAW, Saidanina Aisyah secara samar-samar masih mendengar baginda
bersabda :"Bersama orang- orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah". Lalu baginda berdoa:
" Ya Allah, pertemukan aku dengan Ar - Rafiiqul - A'laa ( Allah ) " . Saidatina Aisyah tahu
bahawa baginda waktu itu disuruh memilih , dan beliau pun memilih Ar - Rafiiqul - A'laa (
Allah). Akhirnya waktu wafatnya Nabi Muhammad pun tiba pada hari itu. Baginda wafat pada
waktu Dhuha dan ada yang mengatakan pada waktu tergelincirnya tengah hari.
76
1. Rumuskan peristiwa dan ibrah perkara berikut dengan menggunakan peta pemikiran i-Think :
i. Perang Hunain
ii. Perang Tabuk
iii. Haji Wada’
2. Kemukakan intipati khutbah terakhir Rasulullah SAW.
3. Hubungkaitkan intipati khutbah tersebut dengan kehidupan masyarakat Islam hari ini.
4. Ceritakan reaksi para sahabat Rasulullah SAW apabila mendengar berita kematian baginda.
LATIHAN
77
HASIL PEMBELAJARAN
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai kepimpinan
Rasululullah SAW sebagai ketua negara, pemimpin keluarga dan sebagai dai’e dan murabbi.
Dalam tajuk ini juga akan dibincangkan pengurusan strategik Rasulullah SAW, komunikasi
berkesan Rasulullah dan bagaimana Nabi mengurus tekanan atau stress.
KERANGKA TAJUK
7.1 Rasulullah SAW sebagai Ketua Negara
7.2 Rasulullah SAW sebagai Ketua Keluarga
7.3 Rasulullah SAW sebagai Da’ie dan Murabbi
7.4 Pengurusan Strategik Rasulullah SAW
7.5 Komunikasi Berkesan Rasulullah SAW
7.6 Nabi mengurus Tekanan Perasaan (Stress) dan Kesihatan
7.7 Tugasan
UNIT 7 KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DALAM
PEMBANGUNAN UMMAH
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i. Menghuraikan kepimpinan Rasulullah SAW sebagai ketua
negara,pemimpin keluarga dan sebagai dai’e dan murabbi
ii. Menghuraikan pengurusan strategik Rasulullah SAW
iii. Menghuraikan cara Nabi mengurus tekanan perasaan dan kesihatan
78
7.1 Rasulullah SAW Sebagai Ketua Negara
Kepimpinan Rasulullah SAW telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila
baginda berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara ketua – ketua suku Arab Mekah yang
hampir menumpahkan darah iaitu meletakkan semula batu hitam atau Hajarul aswad
dipenjuru Kaabah. Kepimpinan baginda semakin terserlah selepas baginda dilantik menjadi
Rasul apabila baginda dapat menyempurnakan tugas-tugas kepimpinan demi kepentingan
umat Islam. Antara tugas-tugas tersebut adalah :
1. Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah melalui
perjanjian Aqabah pertama dan kedua.
2. Mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu Sahifah Madinah.
3. Diktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui sahifah Madinah.
4. Mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar.
5. Mengadakan hubungan diplomatik contohnya menghantar perwakilan Islam ke
Habsyah, Rom, Parsi dan Mesir.
6. Memperkenalkan sistem Syura ( permesyuaratan) untuk membuat keputusan dalam
semua bidang secara kolektif.
7.2 Rasulullah Sebagai Ketua Keluarga
Keluarga Rasulullah SAW adalah keluarga yang paling utama, paling bahagia, dan paling
mendatangkan barakah di tengah sejarah umat manusia. Dari keluarga inilah kebahagiaan
seluruh umat manusia akan terus mengalir hingga akhir zaman. Antara ciri-ciri ketua keluarga
yang ditunjukkan Rasulullah SAW yang perlu dicontohi masyarakat Islam hari ini ialah :
1. Suami, bapa dan datuk yang paling penyayang.
2. Bersama-sama dengan isteri baginda menguruskan rumahtangga.
3. Membimbing ahli keluarga berteraskan agama.
4. Lebih mementingkan ilmu berbanding kemewahan hidup.
5. Menyantuni isteri-isteri baginda dengan adil.
6. Tenang dan bijak menangani konflik rumahtangga.
79
7.3 Rasulullah Sebagai Dai’e dan Murabbi
Rasulullah SAW merupakan contoh dai’e dan murabbi terulung. Sifat-sifat mulia dan
kriteria-kriteria berkualiti yang dimiliki baginda sebagai da’ie dan murabbi wajar diterapkan
dalam jiwa pendakwah masa kini. Bayangkan betapa hebatnya pendekatan dakwah
Baginda sehinggakan keadaan masyarakat yang serba jahiliyyah akhirnya diterangi dengan
sinaran Nur Islam. Malah akhlak Mazmumah yang meliputi kaum arab Mekah pada ketika
itu, akhirnya berubah menjadi akhlak Mahmudah dan seterusnya berkembanglah agama
Islam sehingga kini. Sebagai seorang Rasul yang diutuskan untuk memimpin penyampaian
wahyu Allah SWT, Rasulullah S.A.W menghadapi rintangan yang amat berat iaitu
memerangi akidah batil dan adat jahiliyyah kaum Musyrikin pada ketika itu.
Harus diingati bahawa sekadar mencontohi pakaian dakwah Rasulullah S.A.W sahaja tidak
mencukupi, jika tidak disusuli dengan keperibadian mulia yang dizahirkan oleh Baginda
S.A.W terutamanya dalam mendekatkan mereka yang baru berjinak-jinak dengan agama
Islam. Perbanyakanlah memberi contoh teladan yang terbaik dan menzahirkan
keperibadian mulia seperti yang ditunjukkan melalui tabiat kepimpinan Rasulullah S.A.W.
Pendekatan Da’wah bil Hal yang menyerupai pepatah Inggeris, “Actions speak louder than
words” haruslah diterapkan dalam jiwa pendakwah masa kini. Antara kriteria-kriteria
berkualiti yang ditunjuukan Nabi adalah :
1. Sabar
2. Menunjukkan contoh dari aspek perkataan mahu pun perbuatan
3. Menghormati dan menghargai orang lain.
4. Berpandangan jauh
5. Menggunakan pelbagai pendekatan dakwah/strategi
6. Membalas kejahatan denga kebaikan.
LATIHAN
1. Bincangkan pendekatan-pendekatan dakwah yang boleh anda lakukan dalam
menangani kepelbagaian latarbelakang murid di sekolah.
80
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. Whatsapp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran : Kepimpinan Rasulullah SAW dalam pembangunan Ummah
i. Pengurusan strategik Rasulullah SAW
ii. Komunikasi berkesan Rasululullah SAW
iii. Nabi mengurus tekanan perasaan (stress) dan kesihatan.
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Contoh dan aplikasi pengurusan strategik Rasulullah SAW dalam pendidikan.
ii. Contoh dan aplikasi komunikasi berkesan Rasulullah dalam kerjaya seorang
guru.
iii. Cara Nabi mengurus tekanan perasaan dan kesihatan dan aplikasinya dalam
kerjaya seorang guru.
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
81
BIBLIOGRAFI
Al-Buti, Muhammad Sa’id Ramadan. (2008). Fiqh Al-Sirah. Jld. 1. Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar.
Al-Buti, Muhammad Sa’id Ramadan. (2008). Fiqh Al-Sirah. Jld. 2. Shah Alam : Dewan Pustaka
Fajar. Al-Buti, Muhammad Sa’id Ramadan. (2008). Fiqh Al-Sirah. Jld. 3. Shah Alam : Dewan Pustaka
Fajar. Ahmad Mohd. Salleh. (2011). Kurikulum metodologi dan pedagogi pengajian Islam: KPLI
Pengajian islam & j-QAF (Edisi Kedua). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Al-Ghazali. (2013). Mutiara Ihya Ulumuddin. (Al-Syeikh Muhammmad Jamaluddin Al-Qasimi
Ad-Dimasqi. Terj.) Shah Alam: Illusion Network. Al-Mubarakfuri, Safiyyu Al-Rahman. (2016) Al-Rahiq al-Makhtum. Terj: Muhammad Ramzi
Omar. Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islam Malaysia. As-Syibaie, Mustafa. (2004). Sirah Nabi Muhammad SAW Pengajaran dan Pedoman, Kuala
Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam
Tingkatan 1-5. Kuala Lumpur: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Sya’rawi, Muhammad Mutawalli.(2007).As-Sirah An-Nabawiyah. Terj: Muhammad Zuhirsyam
& Hasanuddin Dollah .Puchong : Berlian Publications Sdn Bhd. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM. (2015). Bahagian Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.
82
PENYELARAS MODUL PDPP
Bil. Nama Pegawai Akademik
1 Othman bin Loman Bidang Pendidikan Islam
PANEL PENGGUBAL PDPP
PIMKD2033 PENGAJIAN SIRAH
Bil. Nama Kelayakan Akademik
1 Dr Rosidah Binti Jemain
Doktor Falsafah (Pengajian Islam) UKM Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam) UKM Sarjana Muda (Pengajian Islam) UKM Diploma Pendidikan, (Pendidikan Islam) MPI
2 Zulina Binti Ahmad Zawawi
Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam) UM Sarjana Muda Pengajian Islam (Tamadun Islam), UKM Diploma Pendidikan, UKM
83
SIMBOL PEMBELAJARAN Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang dinyatakan
Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).
Gunakan bahan-bahan multimedia.
Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.
Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.
84
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA. Bahan Pembelajaran Pembelajaran dalam talian
Media Sosial
Recommended