View
288
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
1/301
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
2/301
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
3/301
KEPUASAN KERJA GURU-GURU ALIRAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN
VOKASIONAL DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
DI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM
WOO YOKE LING
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL , 2007
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
4/301
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
5/301
iii
Untuk keluarga yang tersayang dan penyelia projek sarjana Cik Sarimah Binti Ismail
yang telah banyak membantu dari segi nasihat dan tunjuk ajar. Jutaan terima kasih
di atas segala pengorbanan yang berpanjangan demi kerjayaanku ini.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
6/301
iv
PENGHARGAAN
Kesungguhan dan sokongan yang konsisten merupakan faktor dominan
penyempurnaan kajian yang dijalankan. Dengan berbekalkan rasa kesyukuran, saya
ingin mengambil kesempatan ini untuk melafazkan jutaan terima kasih kepada Cik
Sarimah binti Ismail, selaku penyelia kajian saya. Sepanjang perlaksanaan kajian ini,
beliau telah mengorbankan masa untuk membimbing dan memberikan tunjuk ajar
dengan berbesar hati. Selain itu, perkongsian ilmu pengetahuan daripada beliau telah
membolehkan saya menyiapkan kajian saya mengikut jangka masa yang ditetapkan.
Seterusnya, sekalung penghargaan ditujukan kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jabatan Pendidikan Teknikal yang telah menyumbangkan maklumat-
maklumat kepada saya. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih disampaikan kepada
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Johor kerana memberi kebenaran
menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-
pensyarah Universiti Teknologi Malaysia khasnya Prof. Dr. Noor Azlan bin Ahmad
Zanzali dan Dr. Baharin bin Abu kerana sudi memberikan pengesahan kepada soal
selidik dalam kajian ini. Tambahan pula, terima kasih perlu diucapkan kepada para
pengetua, guru-guru di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor yang terlibat
dalam pembekalan maklumat penting.
Akhirnya saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-
rakan sepejuangan saya yang sentiasa memberi sokongan moral dalam menjayakan
kajian ini.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
7/301
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
8/301
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
9/301
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN JUDUL i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI SINGKATAN xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
10/301
viii
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Hipotesis Kajian 11
1.7 Kerangka Teori 13
1.8 Kepentingan Kajian 15
1.8.1 Pihak Pentadbir Sekolah 15
1.8.2 Kementerian Pelajaran Malaysia 16
1.8.3 Guru 17
1.9 Skop Kajian 17
1.10 Definisi Istilah 19
1.10.1 Kepuasan Kerja 19
1.10.2 Sekolah Menengah Teknik 20
1.10.3 Guru 20
1.10.4 Aliran Pendidikan Teknikal 21
1.10.5 Aliran Pendidikan Vokasional 21
1.10.6 Pekerjaan 22
1.10.7 Gaji 22
1.10.8 Kenaikan Pangkat 23
1.10.9 Penyeliaan 23
1.10.10 Rakan Sekerja 24
1.11 Rumusan 24
II TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 25
2.2 Kepuasan Kerja 26
2.3 Faktor-Faktor yang Menentukan Kepuasan
Kerja 29
2.3.1 Keadaan Pekerjaan 31
2.3.2 Gaji 33
2.3.3 Kenaikan Pangkat 35
2.3.4 Penyeliaan 37
2.3.5 Rakan Sekerja 38
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
11/301
ix
2.4 Kajian-kajian Lepas Mengenai Faktor-Faktoryang Menentukan Kepuasan Kerja 39
2.4.1 Keadaan Pekerjaan 43
2.4.2 Gaji 46
2.4.3 Kenaikan Pangkat 48
2.4.4 Penyeliaan 49
2.4.5 Rakan Sekerja 52
2.5 Pengaruh Faktor Demografi terhadap
Kepuasan Kerja 53
2.5.1 Jantina 54
2.5.2 Umur 56
2.5.3 Status Perkahwinan 59
2.5.4 Kelulusan Akademik 60
2.5.5 Pengalaman Mengajar 62
2.6 Teori Kepuasan Kerja 65
2.6.1 Teori Kandungan 67
2.6.1.1 Teori Hierarki Maslow 68
2.6.1.2 Teori Dua Faktor Herzberg 71
2.6.2 Teori Proses 76
2.6.2.1 Teori Jangkaan 76
2.6.2.2 Teori Ekuiti 79
2.6.2.3 Teori Penetapan Matlamat 81
2.7 Rumusan 83
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 84
3.2 Kerangka Konsep Kajian 85
3.3 Rekabentuk Kajian 86
3.4 Lokasi Kajian 88
3.5 Populasi dan Sampel Kajian 88
3.6 Instrumen Kajian 90
3.6.1 Pecahan Item 91
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
12/301
x
3.6.2 Skor Permakahan JDI 93
3.7 Kajian Rintis 96
3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik 99
3.8.1 Kesahan 100
3.8.2 Kebolehpercayaan 101
3.9 Prosedur Kajian 102
3.10 Penganalisaan Data 108
3.11 Rumusan 112
IV HASIL KAJIAN
4.1 Pengenalan 113
4.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 115
4.3 Latar Belakang Responden 117
4.3.1 Penganalisaan Responden
Berdasarkan Jantina 117
4.3.2 Penganalisaan RespondenBerdasarkan Umur 118
4.3.3 Penganalisaan RespondenBerdasarkan Status Perkahwinan 119
4.3.4 Penganalisaan RespondenBerdasarkan Kelulusan Akademik
Tertinggi 120
4.3.5 Penganalisaan RespondenBerdasarkan Pengalaman Mengajar 121
4.4 Tahap Kepuasan Kerja Responden dalam
Lima Dimensi Pekerjaan 122
4.4.1 Taburan Responden dalam LimaDimensi Pekerjaan 123
4.4.1.1 Taburan Responden dalam
Dimensi Keadaan Pekerjaan
pada Masa Sekarang 124
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
13/301
xi
4.4.1.2 Taburan Responden dalam
Dimensi Gaji 128
4.4.1.3 Taburan Responden dalam
Dimensi Peluang Kenaikan
Pangkat 131
4.4.1.4 Taburan Responden dalam
Dimensi Penyeliaan 134
4.4.1.5 Taburan Responden dalam
Dimensi Rakan Sekerja 138
4.4.2 Analisis Tahap Kepuasan Kerja
Responden 142
4.5 Pengaruh Faktor Demografi Respondenterhadap Kepuasan Kerja dalam Lima
Dimensi Pekerjaan 145
4.5.1 Perkaitan antara Faktor DemografiResponden dengan Kepuasan Kerja
dalam Lima Dimensi Pekerjaan 146
4.5.1.1 Hipotesis Nol 1 147
4.5.1.2 Hipotesis Nol 2 148
4.5.1.3 Hipotesis Nol 3 150
4.5.2 Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja
dalam Lima Dimensi Pekerjaan
Berdasarkan Faktor Demografi
Responden 151
4.5.2.1 Hipotesis Nol 4 152
4.5.2.2 Hipotesis Nol 5 154
4.5.2.3 Hipotesis Nol 6 158
4.5.2.4 Hipotesis Nol 7 161
4.5.2.5 Hipotesis Nol 8 164
4.6 Susunan Kepentingan Lima Dimensi dalam
Pekerjaan 168
4.7 Ringkasan 169
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
14/301
xii
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 178
5.2 Rumusan Kajian 179
5.2.1 Tahap Kepuasan Kerja Responden
dalam Lima Dimensi Pekerjaan 180
5.2.2 Pengaruh Faktor DemografiResponden terhadap Kepuasan Kerja
dalam Lima Dimensi Pekerjaan 182
5.2.2.1 Perkaitan antara Faktor
Demografi Responden dengan
Kepuasan Kerja dalam Lima
Dimensi Pekerjaan 183
5.2.2.2 Perbezaan Tahap Kepuasan
Kerja dalam Lima Dimensi
Pekerjaan Berdasarkan Faktor
Demografi Responden 184
5.2.3 Susunan Kepentingan Lima Dimensi
dalam Pekerjaan 192
5.3 Perbincangan Kajian 193
5.3.1 Tahap Kepuasan Kerja Responden
dalam Lima Dimensi Pekerjaan 193
5.3.1.1 Keadaan Pekerjaan 195
5.3.1.2 Gaji 198
5.3.1.3 Peluang Kenaikan Pangkat 200
5.3.1.4 Penyeliaan 202
5.3.1.5 Rakan Sekerja 205
5.3.2 Pengaruh Faktor Demografi
Responden terhadap Kepuasan Kerja
dalam Lima Dimensi Pekerjaan 208
5.3.2.1 Jantina 209
5.3.2.2 Umur 212
5.3.2.3 Status Perkahwinan 219
5.3.2.4 Kelulusan Akademik 221
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
15/301
xiii
5.3.2.5 Pengalaman Mengajar 225
5.3.3 Susunan Kepentingan Lima Dimensi
dalam Pekerjaan 229
5.4 Cadangan 232
5.4.1 Cadangan Tindakan 232
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 234
5.5 Kesimpulan 235
RUJUKAN 237
LAMPIRAN 260
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
16/301
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Hipotesis kajian berdasarkan objektif kajian 11
2.1 Cadangan ganjaran untuk pekerja berdasarkan Teori
Hierarki Maslow 71
3.1 Bilangan guru teknikal dan vokasional di Negeri Johor 89
3.2 Bilangan soal selidik yang dikembalikan 90
3.3 Pecahan item bagi setiap pembolehubah faktor kepuasan
kerja 92
3.4 Pecahan item berbentuk positif dan negatif berdasarkan
pembolehubah 93
3.5 Skor pemarkahan JDI 94
3.6 Pemarkahan skor bagi pembolehubah-pembolehubah
pekerjaan dalam JDI 94
3.7 Tahap kepuasan bagi setiap pembolehubah dalam pekerjaan 95
3.8 Tahap kepuasan secara keseluruhan pembolehubah dalam
pekerjaan 96
3.9 Julat nilai Alpha Cronbach dan tahap kebolehpercayaan 98
3.10 Nilai Alfa Cronbach bagi lima dimensi pekerjaan dalam JDI 101
3.11 Nilai Alfa Cronbach bagi lima dimensi pekerjaan dalam
kajian ini 102
3.12 Pembahagian analisis data 108
3.13 Magnitud dan taksiran kekuatan perkaitan 111
4.1 Nilai Alfa Cronbach bagi instrumen kajian 116
4.2 Taburan responden berdasarkan jantina 117
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
17/301
xv
4.3 Taburan responden berdasarkan umur 118
4.4 Taburan responden berdasarkan status perkahwinan 119
4.5 Taburan responden berdasarkan kelulusan akademik tertinggi 120
4.6 Taburan responden berdasarkan pengalaman mengajar 121
4.7 Taburan kekerapan responden bagi dimensi keadaan pekerjaan
pada masa sekarang 124
4.8 Taburan kekerapan responden bagi dimensi gaji 128
4.9 Taburan kekerapan responden bagi dimensi peluang kenaikan
pangkat 131
4.10 Taburan kekerapan responden bagi dimensi penyeliaan 134
4.11 Taburan kekerapan responden bagi dimensi rakan sekerja 138
4.12 Analisis taburan tahap kepuasan kerja responden secara
keseluruhan dan dalam setiap dimensi pekerjaan 142
4.13 Tahap kepuasan responden dalam setiap dimensi pekerjaan 144
4.14 Kolerasi Pearsonantara faktor umur dengan kepuasan kerja
responden dalam lima dimensi pekerjaan 147
4.15 Kolerasi Pearsonantara faktor kelulusan akademik dengankepuasan kerja responden dalam lima dimensi pekerjaan 149
4.16 Kolerasi Pearsonantara faktor pengalaman mengajar dengankepuasan kerja responden dalam lima dimensi pekerjaan 150
4.17 Ujian-t perbezaan kepuasan kerja responden dalam limadimensi pekerjaan berdasarkan faktor jantina 152
4.18 Analisis Varian (ANOVA) Sehala perbezaan kepuasan kerjaresponden dalam limadimensi pekerjaan berdasarkan faktor
umur 154
4.19 Analisis Ujian Tukeyperbezaan kepuasan kerja respondendalam lima dimensi pekerjaan berdasarkan faktor umur 156
4.20 Analisis Varian (ANOVA) Sehala perbezaan kepuasan kerjaresponden dalam lima dimensi pekerjaan berdasarkan faktor
status perkahwinan 158
4.21 Analisis Ujian Tukeyperbezaan kepuasan kerja respondendalam dimensi keadaan pekerjaan pada masa sekarang,
peluang kenaikan pangkat, dan rakan sekerja berdasarkan
faktor status perkahwinan 160
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
18/301
xvi
4.22 Analisis Varian (ANOVA) Sehala perbezaan kepuasan kerjaresponden dalam lima dimensi pekerjaan berdasarkan faktor
kelulusan akademik 162
4.23 Analisis Ujian Tukeyperbezaan kepuasan kerja respondendalam dimensi gaji dan rakan sekerja berdasarkan faktor
kelulusan akademik 163
4.24 Analisis Varian (ANOVA) Sehala perbezaan kepuasan kerjaresponden dalam lima dimensi pekerjaan berdasarkan faktor
pengalaman mengajar 165
4.25 Analisis Ujian Tukeyperbezaan kepuasan kerja respondendalam dimensi peluang kenaikan pangkat dan penyeliaan
berdasarkan faktor pengalaman mengajar 166
4.26 Susunan kepentingan lima dimensi dalam pekerjaan 168
4.27 Ringkasan bagi tahap kepuasan kerja responden dalam lima
dimensi pekerjaan 170
4.28 Ringkasan bagi perkaitan antara faktor demografi respondendengan kepuasan kerja dalam lima dimensi pekerjaan 171
4.29 Ringkasan bagi perbezaan tahap kepuasan kerja dalam lima
dimensi pekerjaan berdasarkan faktor demografi responden 172
4.30 Ringkasan bagi Ujian Tukey 174
4.31 Ringkasan bagi susunan kepentingan lima dimensi dalam
pekerjaan 177
5.1 Ringkasan bagi tahap kepuasan kerja responden dalam limadimensi pekerjaan 180
5.2 Ringkasan bagi perkaitan antara faktor demografi respondendengan kepuasan kerja dalam lima dimensi pekerjaan 183
5.3 Ringkasan bagi perbezaan tahap kepuasan kerja dalam limadimensi pekerjaan berdasarkan faktor demografi responden 185
5.4 Ringkasan bagi Ujian Tukey 187
5.5 Ringkasan bagi susunan kepentingan lima dimensi dalam
pekerjaan 192
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
19/301
xvii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka teori kajian 14
2.1 Model hubungan ketidakpuasan kerja dan penarikan diri dari
profesion 28
2.2 Model Teori Hierarki Maslow 68
2.3 Kaitan antara Teori Hierarki Maslow dan Teori Dua Faktor
Herzberg 73
2.4 Kesan faktor hygienedan faktor motivatorterhadap kepuasan
kerja 74
2.5 Model asas Teori Jangkaan Kemampuan 78
3.1 Kerangka konsep kajian 85
3.2 Prosedur kajian 107
4.1 Taburan jantina responden 117
4.2 Taburan umur responden 118
4.3 Taburan status perkahwinan responden 119
4.4 Taburan kelulusan akademik tertinggi responden 120
4.5 Taburan pengalaman mengajar responden 121
4.6 Taburan tahap kepuasan responden dalam setiap dimensi
pekerjaan 144
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
20/301
xviii
SENARAI SINGKATAN
JDI - Job Descriptive Index
SPSS - Statistical Package for the Social Science
ANOVA - Analisis Varian (ANOVA) Sehala
EPRD - Educational Planning and Research Department
ERG - Existance, Relatedness and Growth
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
21/301
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soal selidik kajian 260
B Surat pengesahan soal selidik kajian 268
C Surat kebenaran menjalan kajian daripada Kementerian
Pelajaran Malaysia 270
D Surat kebenaran menjalan kajian daripada Jabatan
Pelajaran Johor 272
E Surat pengesahan status pelajar 273
F Surat pemohonan penambahan muka surat disertasi sarjana 274
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
22/301
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Di Malaysia, keperluan untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
merupakan satu strategi untuk mengekalkan pertumbuhan yang tinggi serta terus
berdaya saing bagi mencapai Wawasan 2020. Dengan tenaga manusia yang terdidik dan
terlatih, negara akan lebih mudah menghadapi sebarang cabaran pada masa depan.
Sudah terbukti bahawa sesebuah negara itu boleh membangun dan maju jika ia
mempunyai sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi. Oleh
itu, kerajaan telah mula bergerak ke arah melatih pekerja mahir dan separuh mahir untuk
memenuhi pasaran ekonomi masa depan negara.
Untuk menuju ke arah negara maju berasaskan kepada perindustrian,
Kementerian Pelajaran khasnya dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional
telahpun diberi tumpuan. Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah penting untuk
melahirkan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan. Oleh itu,kerajaan
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
23/301
2
telah menyediakan lebih banyak Sekolah-sekolah Teknik dalam Rancangan Malaysia
Kelima dan Rancangan Malaysia Keenam sebagai langkah awal kerajaan bagi
melahirkan tenaga mahir dan separa mahir seperti yang dikehendaki oleh sektor
perindustrian negara (Yahya, 1993).
Lantaran daripada itu, guru merupakan golongan yang mendahului agensi-agensi
lain untuk memainkan peranan aktif dalam melaksanakan pendidikan yang bermutu.
Untuk menentukan matlamat Pendidikan Teknikal dan Vokasional berjaya, tenaga
pengajar teknikal diberi tanggungjawab dan memainkan peranan penting untuk melatih
dan melahirkan generasi muda yang serba berkemahiran. Oleh itu, golongan tenaga
pengajar kini telah diklasifikasikan sebagai golongan terpenting yang
dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan impian dan matlamat negara untuk
menjadi sebuah negara maju menjelang 2020(Ong, 2000).
Arus perubahan yang berlaku di negara kita kini telah menjadikan proses
mendidik pelajar-pelajar sekarang bertambah kompleks. Justeru, matlamat utama
pendidikan masa kini ialah membentuk generasi muda yang mampu menangani cabaran
perubahan pembangunan. Matlamat ini boleh dicapai jika guru-guru pada hari ini peka
terhadap perubahan yang berlaku dan tahu bahawa perubahan ini memerlukan
penyesuaian diri dari pelbagai aspek termasuk tanggungjawab, beban tugas,
penambahan pengetahuan yang harus dipertingkatkan serta peranan yang harus
dimainkan supaya kepuasan kerja dapat dilahirkan dalam profesion mereka.
Oleh itu, isu-isu yang berkaitan dengan kepuasan kerja guru begitu mendapat
perhatian daripada pelbagai pihak sejak kebelakangan ini memandangkan aspek
kepuasan kerja mempunyai perhubungan terus dengan kualiti kerja seseorang. Lebih-
lebih lagi dalam kalangan guru yang jumlahnya dianggarkan seramai 330,000 orang
pada awal tahun 2005. Dengan wujudnya kepuasan kerja dalam profesion perguruan,
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
24/301
3
maka perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan oleh guru-guru akan membawa kepada
peningkatan kualiti dan kecemerlangan pendidikan di negara kita.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kajian mengenai kepuasan kerja mula dilaksanakan sejak 70 tahun dahulu
(contohnya Hoppock, 1935). Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan bagi
menentukan faktor kepuasan dan ketidakpuasan kerja. Antaranya adalah Dworkin
(1987) telah menjalankan kajian ke atas guru-guru di Wilayah Timur Amerika Syarikat
dan mendapati 50 peratus daripada responden akan menukar kerja lain jika diberi
peluang. Menurut penemuan kajian tersebut antara puncanya adalah terlalu banyak
masa diperlukan untuk kerja-kerja perkeranian, gaji yang tidak memuaskan, dan tidak
mendapat kerjasama daripada rakan sejawat. Zembylas (2003) pula telah
mengemukakan beberapa pandangan berhubung dengan faktor yang mempengaruhi
kepuasan kerja. Antaranya adalah keadaan kerja yang tidak menentu, tiada hubungan
yang erat di antara pekerja, penyelia atau pemimpin yang kurang berkesan, dan peluang
kenaikan pangkat yang terhad.
Satu kajian lain yang telah dijalankan oleh Castillo et al.,(1999) mengenai sikap
dan minat terhadap profesion perguruan dalam kalangan guru-guru pertanian di Ohio
telah mendapati bahawa guru-guru tidak puas hati dengan keadaan kemudahan yang
disediakan di sekolah. Guru juga tidak berpuas hati terhadap beban tugas yang kian
bertambah dan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk menyelaraskan
aktiviti yang lebih kreatif. Selain itu, hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa
sebanyak 55% responden kajian memilih profesion perguruan kerana gagal mendapat
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
25/301
4
pekerjaan lain. Perkara yang lebih menyedihkan adalah lebih kurang 47% responden
akan meninggalkan kerjaya ini jika mendapat pilihan lain.
Dasar pembangunan negara yang berteraskan perindustrian amat memerlukan
pekerja mahir dan separa mahir. Namun, pendidik merupakan agen penggerak terakhir
sesuatu dasar yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyalurkan
ilmu-ilmu kemahiran yang dimiliki kepada para pelajar. Guru dari aliran teknikal dan
vokasional merupakan pemangkin utama dalam pendidikan berkosepkan kemahiran.
Golongan guru ini memainkan peranan yang penting dalam menyediakan generasi muda
ke arah dunia perindustrian yang kian berkembang pesat (Zakiah, 2001).
Akan tetapi,pelbagai cabaran dan perubahan telah meletakkan kerjaya
pendidikan menghadapi keadaan yang membimbangkan. Sebagai contohnya, pendidik
sekarang tidak lagi komited dan dedikasi terhadap kerjayanya (Shahri, 1999).
Perubahan yang tidak konsisten ini telah menjadi masalah kepada pendidik sehingga
wujudnya tekanan terhadap pekerjaan itu sendiri. Tekanan kerja yang dihadapi ini akan
memberi kesan kepada emosi, psikomatik dan fizikal pendidik. Ini telah menjadikan
profesion ini kurang diminati dan ramai pendidik berasa tidak puas terhadap profesion
mereka. Akhirnya pendidik-pendidik ini telah membuat keputusan untuk meninggalkan
profesion mereka (Nobile dan McCormick, 2005). Dalam kajian Lim (2005) telah
membuktikan bahawa sesetengah guru memang mengalami perasaan tertekan dan telah
memikirkan atau mengambil keputusan untuk berhenti atau bersara sebelum sampai
umur persaraan. Ini disebabkan ketidakpuasan kerja kerana peranan yang kabur
terhadap kerja dan beban kerja yang tinggi. Kesatuan Profesional Perguruan
Kebangsaan (KPPK) Edisi Khas November 2004 telah melaporkan bahawa persatuan itu
sentiasa berusaha mengurangkan beban kerja guru kerana kepuasan kerja guru yang
tertekan serta terbeban di sekolah adalah agak serius.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
26/301
5
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia dalam laporan Pembangunan
Pendidikan 2001-2010, kekurangan guru di sekolah menengah terutama di kawasan luar
bandar bagi matapelajaran-matapelajaran kritikal seperti Bahasa Inggeris, Sains dan
teknikal perlu diatasi dengan menyediakan bilangan guru yang berkualiti di sekolah-
sekolah tersebut. Walaupun pada masa kini graduan yang memiliki kelayakan untuk
bertugas sebagai pendidik telah memenuhi keperluan tenaga pengajar di negara, namun
masih wujud masalah kemiskinan tenaga pengajar di kawasan-kawasan pendalaman (Sin
Chiew Jit Poh, Mei 25, 2006). Ini adalah disebabkan para pendidik yang mempunyai
kelayakan yang tinggi tidak rela berkhidmat di kawasan luar bandar yang menghadapi
masalah kekurangan kemudahan pengajaran. Senario ini berlaku kerana pendidik-
pendidik ini adalah tidak puas hati dengan kemudahan dan keadaan fizikal di sekolah-
sekolah tersebut. Ini secara langsung telah mengakibatkan tercetusnya isu kekurangan
tenaga pengajar yang berkualiti dan berpengalaman berkhidmat di kawasan pendalaman
ini.
Di samping itu, peluang kenaikan pangkat dalam dunia perguruan adalah terlalu
kecil. Mengikut kajian kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pendidikan hanya lapan
peratus iaitu 19,200 daripada 240,000 orang guru dinaikkan pangkat pada tahun 2000
(EPRD, 2000). Ini bermakna hampir 220,000 orang guru iaitu 92 peratus guru tidak
diberi perhatian. Menurut Jaafar (1997), pekerja akan menghargai kerja yang menarik
minat dan berpeluang membentuk kebolehan serta mendapatkan kenaikan pangkat
mereka. Sebuah artikel yang dipaparkan dalam Sunday StarEducation, seorang guru
meletak jawatan selepas lebih 20 tahun berkhidmat di sekolah awam kerana tidak puas
hati dengan sistem yang diamalkan di sekolah. Berikut merupakan komen beliau:
Through the years I carried on as a teacher despite being
disillusioned and demotivated. Finally, I decided to leave.I am a
happier person now working for the private sector.
(Sunday Star Education, Ogos 26, 2001)
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
27/301
6
Pada masa yang sama, pengetua yang bertindak sebagai pemimpin sekolah
memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan perjalanan urusan sekolah secara
berkesan. Ciri-ciri yang dimiliki oleh penyelia dan corak penyeliaannya akan memberi
kesan terhadap kepuasan kerja guru (Futrell, 1983). Corak penyeliaan yang diamalkan
oleh pengetua kadang-kala akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru
dan seterusnya akan menjejaskan perhubungan guru dengan pengetua yang akan
mempengaruhi komitmen guru terhadap tugasan yang diberikan (collmer, 1990).
Selain daripada hubungan dengan pengetua, perhubungan antara guru juga
adalah penting. Konflik dalam kalangan guru akan menjejaskan prestasi kerjaya
seseorang guru. Semua guru harus bersedia bekerjasama untuk melaksanakan tugas
pengajaran dan pembelajaran (Markandan, 1984). Di samping itu, perhubungan guru
dengan staf sokongan sekolah juga akan mempengaruhi kepuasan kerja guru (Holdway,
1978).
Oleh itu, kajian mengenai kepuasan kerja adalah penting disebabkan ini
merupakan salah satu faktor untuk memperolehi hasil kerja yang optimal. Bagi
seseorang yang mempunyai kepuasan dalam pekerjaan tentunya akan terpupuk satu
semangat dan komitmen yang mampu membantu dalam penyelesaian tugasan harian
pekerjaan mereka. Maka, semangat tersebut bukan saja mampu membantu dalam
produktiviti kerja malahan kualiti kerja juga dapat ditingkatkan. Hasil kajian yang
didapati oleh Mohan Raju dan Srivastava (1999) menunjukkan bahawa pekerja yang
mencapai tahap kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan adalah lebih komitmen terhadap
tugas yang dijalankan. Kenyataan ini telah disokong oleh Shann (2001) yang
menyatakan bahawa kepuasan kerja merupakan penentu kepada komitmen terhadap
pekerjaan. Beliau menegaskan bahawa pihak pengurusan sekolah perlu berusaha bagi
memenuhi kepuasan kerja guru supaya komitmen guru terhadap organisasi sekolah
dapat dihasilkan. Guru yang mempunyai kepuasan tinggi adalah guru yang berkesan
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
28/301
7
dan dapat menghasilkan pelajar yang lebih bermotivasi dan dapat mempertingkatkan
pencapaian pelajar (Mertler, 1992).
Kepuasan dalam pekerjaan akan mempengaruhi keputusan seseorang pekerja itu
sama ada untuk meninggal atau mengekal dalam profesion mereka (Hagedorn, 1996,
1998; Mallam, 1994; McBride et al., 1992; and Nienhuis, 1994). Guru teknikal dan
vokasional memainkan peranan yang mempunyai sedikit perbezaaan berbanding dengan
guru-guru akademik yang lain. Kemahiran yang dimiliki oleh guru-guru di Sekolah
Teknik dan Vokasional telah menyumbangkan peluang kepada mereka untuk
menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan industri dengan mendapat gaji dan
kebajikan yang lebih memuaskan daripada profesion perguruan. Menurut kajian yang
telah dijalankan di Amerika mendapati bahawa terdapat 41.3% tenaga pengajar dalam
bidang industri dan teknikal berhasrat untuk meninggalkan profesion perguruan untuk
menceburkan diri dalam profesion yang lain (Sanderson, Phua, dan Herda, 2000).
Sekiranya masalah ketidakpuasan guru ini berterusan, bidang pendidikan bukan
sahaja akan mengalami masalah guru yang tiada komitmen, tidak dedikasi, dan tidak
profesional malahan akan kehilangan tenaga pengajar yang berkualiti dan seterusnya
akan menjejaskan produktiviti dan kualiti Pendidikan Teknik dan Vokasional (Ruhland,
2001).
Walau bagaimanapun, didapati bahawa kebanyakan kajian tempatan mengenai
kepuasan kerja hanya tertumpu kepada guru-guru akademik biasa sahaja. Antaranya
adalah seperti kajian yang dijalankan oleh Bahtiar (1998) untuk mengkaji kepuasan
kerja dalam kalangan guru Sekolah Menengah Daerah Kuantan. Kajian Shahri (1999)
yang mengenai kepuasan kerjaya juga telah dijalankan ke atas guru-guru di sekolah
rendah dan sekolah menengah di Negeri Sarawak. Satu lagi kajian yang dijalankan oleh
Naseem Bibi (2003) juga telah tertumpu kepada guru-guru akademik biasa dimana
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
29/301
8
sampelnya adalah melibatkan guru-guru di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan
Daerah Batu Pahat. Kajian-kajian mengenai kepuasan kerja guru dalam bidang teknikal
dan vokasional adalah berkurangan khasnya di Negeri Johor. Maka pengkaji telah
menjalankan kajian bagi mengkaji kepuasan kerja guru-guru teknikal dan vokasional di
Sekolah-sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor.
1.3 Pernyataan Masalah
Daripada latar belakang yang dihuraikan di atas, jelas menunjukkan bahawa
terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan ketidakpuasan kerja seperti
keperluan masa terlalu lama di pejabat, gaji yang rendah, peluang kenaikan pangkat
yang terhad, beban kerja yang merunsingkan, tekanan kerja, corak penyeliaan yang tidak
mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan, dan hubungan dengan rakan sekerja
yang tidak mesra. Memandangkan guru-guru teknikal dan vokasional menjadi aset
penting yang dipertanggungjawabkan dalam menghasilkan sumber tenaga manusia yang
diperlukan oleh negara, maka golongan guru ini perlu diberi perhatian khususnya dalam
pembekalan input yang sesuai bagi meningkatkan kepuasan kerja. Dengan wujudnya
kepuasan kerja dalam kalangan guru akan membawa komitmen dalam menjalankan
tugas dan tanggungjawab di sekolah kerana darjah kesungguhan bekerja seseorang akan
menurun apabila sampai had dan dalam situasi ketidakpuasan.
Oleh itu, pengkaji telah menjalankan satu kajian mengenai kepuasan kerja guru-
guru teknikal dan vokasional di 10 buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor.
Dalam kajian ini penyelidik telah mengkaji tahap kepuasan kerja guru-guru teknikal dan
vokasional dengan menfokuskan kepada lima dimensi yang berkait rapat dengan
pekerjaan guru, di antaranya adalah kepuasan terhadap keadaan pekerjaan pada masa
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
30/301
9
sekarang, kepuasan terhadap gaji yang diterima, kepuasan terhadap penyeliaan,
kepuasan terhadap peluang kenaikan pangkat, dan kepuasan terhadap rakan sekerja.
Selain itu, pengkaji juga telah menyelidik tentang pengaruh faktor demografi guru-guru
teknikal dan vokasional terhadap kepuasan kerja dalam lima dimensi pekerjaan ini. Di
sini, pengkaji telah melihat dari dua aspek iaitu pengkaji ingin mengetahui perkaitan
faktor demografi guru dengan kepuasan kerja. Di samping itu, pengkaji juga ingin
mengetahui perbezaan kepuasan kerja yang wujud di antara faktor demografi guru yang
berlainan . Antara faktor demografi yang terlibat adalah jantina, umur, status
perkahwinan, kelulusan akademik, dan pengalaman mengajar. Akhirnya pengkaji telah
menentukan tahap kepentingan lima dimensi dalam pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan
pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekerja
mengikut susunan keutamaan.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini telah memberi tumpuan terhadap tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-
guru teknikal dan vokasional. Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru teknikal dan vokasional diSekolah-sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim dalam lima
dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang
kenaikan pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja.
ii. Mengenalpasti pengaruh faktor demografi guru-guru teknikal dan vokasionalseperti jantina, umur, status perkahwinan, kelulusan akademik, dan pengalaman
mengajar terhadap kepuasan kerja guru di Sekolah-sekolah Menengah Teknik di
Negeri Johor Darul Takzim dalam lima dimensi pekerjaan iaitu keadaan
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
31/301
10
pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan
rakan sekerja.
iii. Mengenalpasti tahap kepentingan lima dimensi dalam pekerjaan iaitu keadaanpekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan
rakan sekerja yang mempengaruhi kepuasan kerja guru-guru teknikal dan
vokasional di Sekolah-sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim
mengikut susunan keutamaan.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini telah meninjau secara terperinci mengenai beberapa persoalan kajian. Di
antaranya ialah:
i. Apakah tahap kepuasan kerja guru-guru teknikal dan vokasional di Sekolah-sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim dalam lima dimensi
pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan
pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja?
ii. Adakah faktor demografi guru-guru teknikal dan vokasional seperti jantina,umur, status perkahwinan, kelulusan akademik, dan pengalaman mengajar
mempengaruhi kepuasan kerja guru di Sekolah-sekolah Menengah Teknik di
Negeri Johor Darul Takzim dalam lima dimensi pekerjaan iaitu keadaan
pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan
rakan sekerja?
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
32/301
11
iii. Apakah tahap kepentingan lima dimensi dalam pekerjaan iaitu keadaanpekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan
rakan sekerja yang mempengaruhi kepuasan kerja guru-guru teknikal dan
vokasional di Sekolah-sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim
mengikut susunan keutamaan?
1.6 Hipotesis Kajian
Kajian ini telah menumpukan kepada beberapa hipotesis berdasarkan objektif kajian
seperti berikut:
Jadual 1.1 Hipotesis kajian berdasarkan objektif kajian
Objektif Kajian Hipotesis Kajian
i. Mengenalpasti tahap kepuasan
kerja guru-guru teknikal danvokasional di Sekolah-sekolahMenengah Teknik di Negeri Johor
Darul Takzim dalam lima dimensi
pekerjaan iaitu keadaan pekerjaanpada masa sekarang, gaji, peluang
kenaikan pangkat, penyeliaan, dan
rakan sekerja.
-
ii. Mengenalpasti pengaruh faktor
demografi guru-guru teknikal danvokasional seperti jantina, umur,
status perkahwinan, kelulusan
akademik, dan pengalamanmengajar terhadap kepuasan kerjaguru di Sekolah-sekolah
Menengah Teknik di Negeri Johor
Darul Takzim dalam lima dimensi
pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan
pada masa sekarang, gaji, peluangkenaikan pangkat, penyeliaan, dan
rakan sekerja.
Ho 1: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara kepuasan
kerja guru-guru teknikal dan vokasional di Sekolah-sekolahMenengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim dalam lima
dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa
sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, danrakan sekerja dengan faktor umur.
Ho 2: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara kepuasan
kerja guru-guru teknikal dan vokasional di Sekolah-sekolah
Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim dalam lima
dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masasekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan
rakan sekerja dengan faktor kelulusan akademik.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
33/301
12
Ho 3: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara kepuasan
kerja guru-guru teknikal dan vokasional di Sekolah-sekolahMenengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim dalam lima
dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa
sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan
rakan sekerja dengan faktor pengalaman mengajar.
Ho 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kepuasan
kerja guru-guru teknikal dan vokasional di Sekolah-sekolah
Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim dalam lima
dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masasekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan
rakan sekerja berdasarkan faktor jantina.
Ho 5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kepuasan
kerja guru-guru teknikal dan vokasional di Sekolah-sekolah
Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim dalam lima
dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa
sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, danrakan sekerja berdasarkan faktor umur.
Ho 6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kepuasankerja guru-guru teknikal dan vokasional di Sekolah-sekolah
Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim dalam lima
dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masasekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan
rakan sekerja berdasarkan faktor status perkahwinan.
Ho 7: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kepuasan
kerja guru-guru teknikal dan vokasional di Sekolah-sekolahMenengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim dalam lima
dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa
sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan
rakan sekerja berdasarkan faktor kelulusan akademik.
Ho 8: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kepuasankerja guru-guru teknikal dan vokasional di Sekolah-sekolah
Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim dalam lima
dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa
sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan
rakan sekerja berdasarkan faktor pengalaman mengajar.
iii. Mengenalpasti tahap kepentinganlima dimensi dalam pekerjaan
iaitu keadaan pekerjaan pada
masa sekarang, gaji, peluang
kenaikan pangkat, penyeliaan, danrakan sekerja yang mempengaruhi
kepuasan kerja guru-guru teknikaldan vokasional di Sekolah-
sekolah Menengah Teknik di
Negeri Johor Darul Takzimmengikut susunan keutamaan.
-
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
34/301
13
1.7 Kerangka Teori
Kepuasan kerja adalah perasaan positif individu terhadap pekerjaan manakala
ketidakpuasan merujuk kepada perasaan negatif seseorang individu terhadap profesion
mereka (Spector, 1997).
Kerangka teori kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru bidang teknikal dan
vokasional adalah berdasarkan Teori Dua Faktor Herzberg. Pengkaji menggunakan
Teori Dua Faktor Herzberg sebagai asas kajian kerana mendapati dalam sistem
dorongan, teori tersebut mempengaruhi ciri-ciri situasi kerja di samping mempunyai
kaitan dengan ciri-ciri individu berdasarkan Teori Hierarki Keperluan Maslow (Jaafar,
1992). Herzberg et al., (1959) telah menghasilkan Teori Dua Faktor yang
mengkategorikan faktor yang mempengaruhi kepuasan dan ketidakpuasan kerja iaitu
faktor motivatordan faktorhygiene.
Faktor motivatoradalah berkaitan dengan keadaan kandungan kerja yang
menjadi sumber utama dorongan. Faktor ini jika tidak wujud tidak akan mempengaruhi
kepuasan kerja tetapi kehadirannya akan memberi kepuasan kerja. Faktor motivatorini
merangkumi pencapaian, pengiktirafan terhadap pencapaian, kerja itu sendiri,
tanggungjawab, kenaikan pangkat, dan pertumbuhan. Sekiranya dikaitkan dengan
Hierarki Keperluan Maslow (1954), faktor motivatorini adalah untuk mencapai
keperluan yang berada pada tahap yang lebih tinggi. Bagi faktor hygieneyang timbul
disebabkan oleh perhubungan pekerja dengan organisasi pula, apabila faktor ini tidak
dipenuhi, pekerja akan berada pada tahap ketidakpuasan kerja dan sekiranya faktor ini
dipenuhi pekerja akan bersikap neutral. Antara faktor hygienetermasuklah polisi
organisasi, penyeliaan, hubungan interpersonal, keadaan pekerjaan, gaji, dan jaminan
pekerjaan.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
35/301
14
Untuk mendapatkan maklumat mengenai kepuasan kerja dalam kalangan guru-
guru teknikal dan vokasional, hanya lima dimensi pekerjaan berdasarkan faktor
motivatordan faktor hygienedigunakan. Pembolehubah dalam faktor motivator yang
telah dikaji adalah peluang kenaikan pangkat manakala dalam faktor hygienepula,
pembolehubah yang terlibat adalah keadaan kerja, gaji, penyeliaan dan rakan sekerja.
Faktor-faktor ini merupakan pembolehubah bebas dan akan mempengaruhi tahap
kepuasan kerja guru-guru teknikal dan vokasional. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka
teori dalam bentuk gambarajah.
Teori Dua Faktor Herzberg
FaktorHygiene
Polisi organisasi Penyeliaan Hubungan interpersonal Keadaan pekerjaan Gaji Jaminan pekerjaan
FaktorMotivator
Pencapaian Pengiktirafan terhadap
pencapaian
Kerja itu sendiri Tanggungjawab Kenaikan pangkat Pertumbuhan
Nota:
Perkataan yang dihitamkan adalah dimensi pekerjaan yang dikaji dalam kajian ini
Rajah 1.1 Kerangka Teori Kajian
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
36/301
15
1.8 Kepentingan Kajian
Pendidikan pada alaf baru ini amat mementingkan aspek gabungan ilmu
pengetahuan dan kemahiran, maka Pendidikan Teknik dan Vokasional memainkan
peranan yang semakin penting bagi mencapai hasrat tersebut. Seiringan dengan corak
pendidikan ini, guru-guru teknikal dan vokasional semakin mendapat perhatian dari
semua pihak. Kepuasan kerja merupakan satu aspek penting yang perlu dikaji untuk
mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam profesion perguruan ini. Ini kerana kepuasan
kerja mempunyai hubungan dengan pencapaian matlamat organisasi sekolah. Langkah-
langkah yang positif perlu dilakukan bagi menangani keadaan dan masalah yang
berkaitan dengan status dan kepuasan kerja dalam profesion perguruan supaya
perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan oleh guru-guru ini tidak menjejaskan kualiti
dan kecemerlangan pendidikan. Oleh itu, hasil kajian ini adalah penting kepada
beberapa pihak yang berkaitan seperti yang dinyatakan di bawah.
1.8.1 Pihak Pentadbir Sekolah
Dengan hasil kajian mengenai kepuasan kerja guru-guru teknikal dan vokasional
yang diperolehi, ia turut dijadikan panduan kepada pihak pentadbir sekolah untuk
membuat penilaian dan perancangan terhadap sekolah masing-masing supaya dapat
mewujudkan suasana kerja yang mampu memberikan kepuasan kepada guru-guru di
sekolah mereka.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
37/301
16
Selain itu, dengan merujuk kepada hasil kajian ini, diharapkan pihak pentadbiran
sekolah akan memberi perhatian yang serius terhadap faktor yang sering menyebabkan
ketidakpuasan kerja guru dan seterusnya mengambil pelbagai langkah efektif yang
menyeluruh untuk mengurangkan tahap ketidakpuasan kerja yang dialami oleh guru-
guru. Dengan ini dapat memulihkan keyakinan guru-guru terhadap profesion mereka
serta mengekang guru daripada bersara awal atau berhijrah ke profesion lain.
1.8.2 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan kepada Jabatan Pendidikan
Teknikal di Kementerian Pelajaran Malaysia agar dapat memberikan perhatian terhadap
perkara-perkara yang menjadi permasalahan dalam kepuasan kerja guru dan
mendapatkan jalan penyelesaiannya. Dengan ini, guru-guru dalam bidang teknikal dan
vokasional akan sentiasa berpuas hati dengan kerjaya mereka dan seterusnya kualiti
perkhidmatan dapat dipertingkatkan. Di samping itu, kajian ini juga dapat memberi
maklumat untuk mengesan unsur yang positif atau kekuatan dalam pengurusan sekolah
yang boleh dijadikan panduan untuk perkembangan pengurusan sumber manusia dalam
era globalisasi multimedia ilmu untuk melahirkan generasi guru bestari khususnya
dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional menjelang alaf akan datang. Maka
matlamat organisasi sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dicapai.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
38/301
17
1.8.3 Guru
Hasil kajian ini juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada guru-guru dan
pendidik-pendidik agar mereka dapat mengesan punca dan mengetahui langkah bagi
mengatasi masalah yang berkaitan dengan kepuasan kerja mereka sendiri. Diharapkan
dengan dapatan yang diperolehi, guru akan bekerja dengan penuh dedikasi dan
seterusnya kepuasan yang tinggi dapat dibina serta dikekalkan dalam profesion
perguruan mereka.
Akhir sekali, dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi asas kepada penyelidik
lain yang berminat dalam melihat kepuasan kerja dalam kalangan guru. Justeru, kajian
ini dapat memberi sedikit sumbangan yang membina dari aspek teoritikal dan praktikal
dalam dunia pendidikan di samping menguatkan lagi bukti-bukti tentang kepentingan
faktor-faktor kepuasan kerja yang telah dikemukakan dalam kajian-kajian lepas.
1.9 Skop Kajian
Kajian ini telah melibatkan kesemua 10 buah Sekolah Menengah Teknik di
Negeri Johor iaitu:
i. Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah
ii. Sekolah Menengah Teknik Perdagangan
iii. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru
iv. Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri
v. Sekolah Menengah Teknik Kluang
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
39/301
18
vi. Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi
vii. Sekolah Menengah Teknik Muar
viii. Sekolah Menengah Teknik Segamat
ix. Sekolah Menengah Teknik Pontianx. Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat.
Sampel kajian yang dipilih adalah guru-guru yang mengajar bidang teknikal dan
vokasional sahaja di semua Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor. Terdapat
jumlahnya sebanyak 326 orang guru teknikal dan vokasional telah terlibat dalam kajian
ini, di antaranya terdapat seramai 110 orang guru adalah daripada bidang teknikal dan
216 orang guru adalah daripada bidang vokasional.
Teori Dua Faktor Herzberg yang mengutarakan dua faktor yang mempengaruhi
kepuasan kerja iaitu faktor motivatordan faktor hygienetelah digunakan dalam kajian
ini. Penglibatan teori ini hanya terbatas kepada lima dimensi pekerjaan daripada faktor
motivatordan faktorhygieneiaitu pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan
pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja.
Kelima-lima dimensi pekerjaan ini adalah sebagai pembolehubah bebas
sementara tahap kepuasan kerja guru-guru dalam lima dimensi ini merupakan
pembolehubah bersandar. Di samping itu, terdapat lima faktor demografi guru yang
telah dikaji untuk mengenalpasti keberkesanan faktor-faktor ini dalam mempengaruhi
kepuasan kerja guru dalam lima dimensi pekerjaan. Antara lima faktor demografi guru
yang terlibat adalah jantina, umur, status perkahwinan, kelulusan akademik, dan
pengalaman mengajar.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
40/301
19
1.10 Definisi Istilah
Definisi bagi konsep-konsep yang digunakan dalam kajian ini adalah:
1.10.1 Kepuasan Kerja
Kepuasan kerja dapat diertikan sebagai tindak balas emosi dan perasaan suka
atau tidak seseorang pekerja terhadap sesuatu kerja. Ia adalah pengembangan naluri
keseronokan seseorang pekerja yang boleh diperoleh daripada pekerjaan. Dinham and
Scott (2000) menerangkan kepuasan kerja merupakan satu perasaan yang diperoleh
daripada sesuatu tugas sebagai menepati nilai kerja yang berselarasan dengan keperluan
individu. Manakala Locke (1976) mendefinisikannya sebagai satu keseronokan atau
emosi positif secara langsung hasil daripada peghormatan atau pengalaman kerja
seseorang.
Kepuasan kerja guru dalam kajian ini merujuk kepada darjah keseronokan yang
diperolehi hasil daripada tugas atau kerja seseorang guru teknikal dan vokasional.
Kepuasan kerja ini juga melibatkan perasaan positif atau negatif seseorang terhadap
pekerjaannya. Maka kepuasan kerja yang dinikmati oleh seseorang guru adalah berbeza
daripada persepsi guru yang berlainan. Dalam kajian ini, kepuasan kerja dalam lima
dimensi pekerjaan berdasarkan Teori Dua Faktor Herzberg iaitu keadaan pekerjaan pada
masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja telah
dikaji dengan menggunakan soal selidikJob Descirptive Index(JDI).
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
41/301
20
1.10.2 Sekolah Menengah Teknik
Sekolah Menengah Teknik adalah satu institusi pendidikan yang menawarkan
jurusan atau kursus dalam Aliran Pendidikan Teknikal, Aliran Pendidikan Vokasional,
dan Latihan Kemahiran (Kementerian Pendidika Malaysia, 2003). Terdapat sebanyak
10 buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor telah terlibat dalam kajian ini iaitu:
i. Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah
ii. Sekolah Menengah Teknik Perdagangan
iii. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru
iv. Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri
v. Sekolah Menengah Teknik Kluang
vi. Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi
vii. Sekolah Menengah Teknik Muar
viii. Sekolah Menengah Teknik Segamat
ix. Sekolah Menengah Teknik Pontianx. Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat
1.10.3 Guru
Guru merupakan orang yang mampu mengajar atau mendidik dengan baik bagi
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan (Yaakub Isa, 1994). Dalam kajian
ini, guru yang dimaksudkan adalah guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran teknikal dan vokasional di 10 buah Sekolah Menengah
Teknik di Negeri Johor. Terdapat jumlahnya seramai 326 orang guru yang terdiri
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
42/301
21
daripada 110 orang guru aliran teknikal dan 216 orang guru aliran vokasional telah
terlibat dalam kajian ini.
1.10.4 Aliran Pendidikan Teknikal
Aliran Pendidikan Teknikal merupakan satu aliran pendidikan di Sekolah
Menengah Teknik yang memberikan pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi
kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang tersebut dan
mengekalkan kecenderungan ini supaya membolehkan mereka melanjutkan pengajian
dalam bidang yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) (Kementerian
Pendidika Malaysia, 2003). Aliran Pendidikan Teknikal dalam kajian ini adalah
merujuk kepada guru-guru yang mengajar dalam bidang teknikal iaitu Kejuruteraan
Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Pertanian, Perdagangan,
Ekonomi Rumah Tangga (Pengurusan makanan), dan Ekonomi Rumah Tangga
(Pengajian pakaian) di Sekolah-sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor.
1.10.5 Aliran Pendidikan Vokasional
Aliran Pendidikan Vokasional merupakan satu aliran pendidikan di Sekolah
Menengah Teknik yang menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas
bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian, pertanian dan perdagangan. Aliran ini
bertujuan membina asas yang kukuh untuk pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang
teknikal dan vokasional (Kementerian Pendidika Malaysia, 2003). Aliran Pendidikan
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
43/301
22
Vokasional dalam kajian ini adalah merujuk kepada guru-guru yang mengajar dalam
bidang vokasional iaitu bidang Ketukangan Kejuruteraan ( Elektrik, Elektronik, Amalan
Bengkel Mesin, Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Automotif, Binaan Bangunan, serta
Penyejukan dan Penyaman Udara), Ekonomi Rumah Tangga (Rekaan Fesyen dan
Membuat Pakaian, Seni Kecantikan, Asuhan Kanak-kanak, serta Bakeri dan
Konfeksioneri), Perdagangan (Pengurusan Perniagaan), dan Pertanian (Hortikultur
Hiasan, Kejenteraan Ladang, dan Pengurusan Ladang) di Sekolah-sekolah Menengah
Teknik di Negeri Johor.
1.10.6 Pekerjaan
Pekerjaan merupakan keadaan kerja yang dipikul, situasi dan persekitaran yang
wujud di sekitar guru serta dalam proses menjalankan tugas, fungsi dan peranannya di
sekolah (Ainon, 2003). Dalam kajian ini, pekerjaan merupakan salah satu
pembolehubah yang telah dikaji untuk mengenalpasti kepuasan guru-guru teknikal dan
vokasional terhadap keadaan pekerjaan mereka pada masa sekarang.
1.10.7 Gaji
Gaji boleh ditakrifkan sebagai upah, ganjaran atau pendapatan yang diperolehi
oleh seseorang atas balasan kerja yang telah dilakukan mengikut syarat-syarat yang telah
dipersetujui sebelum melakukan kerja tersebut (Kamus Dewan, 1997). Gaji dalam
kajian ini adalah pendapatan atau ganjaran yang diperolehi oleh responden pada setiap
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
44/301
23
bulan mengikut kategori atau tangga gaji masing-masing hasil daripada kerja yang telah
dilakukan. Gaji merupakan salah satu pembolehubah yang telah dikaji untuk
mengenalpasti kepuasan guru-guru teknikal dan vokasional terhadap gaji yang mereka
terima sekarang.
1.10.8 Kenaikan Pangkat
Dalam konteks ini, kenaikan pangkat ialah sebarang peluang dan kemajuan yang
ditawarkan atau dialami oleh guru-guru teknikal dan vokasional yang akan membawa
kepada kedudukan dan status di samping gaji, tanggungjawab dan kuasa yang lebih
tinggi dalam jawatan itu. Kenaikan pangkat dalam kajian ini merupakan salah satu
pembolehubah yang telah dikaji untuk mengenalpasti kepuasan guru-guru teknikal dan
vokasional terhadap peluang kenaikan pangkat dalam profesion mereka.
1.10.9 Penyeliaan
Penyeliaan didefinisikan sebagai segala fungsi dan aktiviti yang dilakukan oleh
pihak pengurusan sekolah dalam memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan
mengikut masa yang telah ditetapkan (Al Ramaiah, 1999). Dalam kajian ini, penyeliaan
merupakan salah satu pembolehubah yang telah dikaji untuk mengenalpasti kepuasan
guru-guru teknikal dan vokasional terhadap penyelia dan bentuk-bentuk penyeliaan
dalam pekerjaan mereka.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
45/301
24
1.10.10 Rakan Sekerja
Rakan sekerja ditakrifkan sebagai individu atau kumpulan yang bekerja bersama-
sama, mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama atau hampir sama dalam
sesebuah organisasi atau dalam situasi persekitaran yang serupa (Haraby,1988).
Keadaan ini termasuklah orang yang setaraf, di bawah atau di atas mengikut struktur
organisasi, agensi atau pertubuhan. Maka dalam kajian ini rakan sekerja termasuklah
pihak pengurusan seperti pengetua dan guru penolong kanan, guru-guru, dan kakitangan
kumpulan sokongan. Rakan sekerja merupakan salah satu pembolehubah yang telah
dikaji untuk mengenalpasti kepuasan guru-guru teknikal dan vokasional terhadap rakan
sekerja mereka.
1.11 Rumusan
Dalam bab ini telah memberikan pengenalan secara keseluruhan terhadap kajian
yang telah dijalankan. Antaranya termasuklah latar belakang bidang yang dikaji dan
masalah-masalah yang dihadapi. Terdapat tiga objektif yang perlu dicapai dalam kajian
ini. Manakala tiga persoalan kajian telah dibentuk bagi memberikan panduan kepada
pengkaji melaksanakan kajian ini. Selain itu, terdapat lapan hipotesis yang berkaitan
dengan lima faktor demografi guru-guru teknikal dan vokasional telah dibentuk bagi
menguji kesannya terhadap kepuasan kerja guru-guru ini. Pada masa yang sama,
kepentingan kajian dan batasan kajian juga telah dinyatakan di mana kajian ini telah
melibatkan kesemua 10 buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor yang terdiri
daripada 110 orang guru teknikal dan 216 orang guru vokasional. Pada bahagian akhir
bab ini telah menyatakan definisi bagi beberapa istilah penting yang digunakan dalam
kajian ini.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
46/301
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kajian ini dibuat untuk mengenalpasti kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru
teknikal dan vokasional serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Beberapa kajian
terdahulu yang berkaitan telah diperjelaskan dalam bab ini. Antara aspek yang telah
dibincangkan dalam bab ini adalah latar belakang kajian kepuasan kerja, faktor-faktor
bagi kepuasan dan ketidakpuasan kerja, tinjauan kajian-kajian lepas yang berkaitan
dengan faktor-faktor yang menentukan kepuasan kerja dan pengaruh faktor demografi
terhadap kepuasan kerjaserta teori-teori kepuasan kerja. Bahan-bahan kajian yang
meliputi bidang-bidang lain selain daripada bidang pendidikan turut dimuatkan kerana
kebanyakan teori motivasi dan asas kepuasan kerja adalah berpunca daripada bidang
kerjaya lain selain daripada bidang pendidikan lagipun khasnya untuk guru teknikal dan
vokasional. Ini bermakna kepuasan kerja dalam bidang pendidikan bagi guru teknikal
dan vokasional perlu diterokai dengan lebih luas dan mendalam.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
47/301
26
2.2 Kepuasan Kerja
Kepuasan kerja merupakan satu bidang kajian yang luas. Ini telah menyebabkan
kajian yang berkaitan dengan isu kepuasan kerja dan pengekalan dalam profesion
perguruan menjadi fokus kajian sejak tahun 1930 (Chapman, 1984; Chapman dan
Hutcheson, 1982; Chapman dan Green, 1986; Chapman dan Lowther, 1982; Cole, 1983;
Knight dan Bender, 1978; McBride, Munday dan Tunnell, 1992; Miller 1974; Reilly dan
Welton, 1979; dan U. S. Department of Education, 1997). Pada tahun 1976, Locke telah
menjangkakanterdapat sebanyak 3350 artikel atau disertasi yang telah dihasilkan
berkaitan dengan bidang kepuasan kerja. Oshagbemi (1999) menyatakan bahawa
kajian-kajian yang dijalankan mengenai kepuasan kerja telah mencapai dua kali ganda
daripada apa yang dijangkakan oleh Locke.
Kajian Howthorne merupakan satu kajian awal yang dijalankan untuk mengkaji
keberkesanan perubahan keadaan fizikal dalam mempengaruhi produktiviti sesuatu
organisasi. Daris dan Shackleton (1975) dalam Abu (1994) menyatakan bahawa kaedah
eksperimen yang digunakan dalam kajian Howthrone tidak dapat mewakili keadaan
sebenar dalam sesebuah organisasi pekerjaan. Mereka menuduhkan bahawa
peningkatan produktiviti pekerja adalah disebabkan oleh para pekerja sedar bahawa
kajian sedang dijalankan terhadap mereka. Akan tetapi, pengkaji dalam kajian
Howthrone menegaskan bahawa peningkatan produktiviti pekerja adalah disebabkan
oleh pesekitaran yang mesra di tempat kerja (Howarth1984). Pesekitaran mesraini
wujud akibat daripada hubungan yangrapat antara pekerja danpekerja dengan penyelia.
Hoppock (1935)turut menjalankan kajian awal mengenai kepuasan kerja di
mana mereka mendapati pekerja berasa puas dengan pekerjaan mereka dan sebaliknya
terdapat juga pekerja yang tidak puas dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Dengan
ini, faktor yang memberi kepuasan kerja dan ketidakpuasan kerja adalah faktor yang
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
48/301
27
sama. Herzberg et al., (1959) tidak menyetujui pendapat Hoppock dengan pendapatnya
bahawa kepuasan kerja atau ketidakpuasan kerja adalah hasil daripada faktor-faktor
yang berbeza. Seterusnya wujud Teori Dua Faktor Herzberg yang popular dalam
menilai aspek kepuasan kerja bagi menjelaskan pendapatnya.
Hasil kajian terdahulu mengenai kepuasan kerja telah menarik minat para
pengkaji untuk mendalami kajian dalam bidang ini. Signifikan bagi kajian kepuasan
kerja adalah hasilnya dapat memberikan sumbangan maklumat yang berfaedah terhadap
perkembangan organisasi dan pekerja. Menurut Oshagbemi (1999), kepuasan kerja
merupakan satu bidang kajian yang penting disebabkan ia berkait rapat dengan aspek
fizikal dan emosi pekerja. Pernyataan ini selaras dengan pendapat Smith (1957) yang
telah dikemukakan 40 tahun dahulu yang menyatakan bahawa kajian terhadap kepuasan
kerja merupakan penyelidikan yang penting disebabkan ia telah memberikan satu
sumbangan asas terhadap motivasi pekerja dan memberi kesan terhadap kesihatan
manusia. Oleh itu, pengkaji-pengkaji telahpun menjalankan kajian mengenai kepuasan
kerja dalam organisasi yang berlainan disebabkan kepuasan kerja adalah faktor penentu
bagi produktiviti sesuatu organisasi. Selain itu, kepuasan kerja juga adalah penyebab
utama yang mempengaruhi prestasi kerja pekerja, menyebabkan pekerja ponteng kerja,
dan meninggalkan profesion mereka (Oshagbemi, 1999). Ini adalah selaras dengan
model yang telah dihasilkan oleh Putman (2002) yang menunjukkan bahawa seseorang
menarik diri daripada profesion mereka adalah berhubung kait dengan ketidakpuasan
dalam pekerjaan mereka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
49/301
28
Faktor
ketidakpuasan kerja
Persekitaranfizikal pekerjaan.
Persekitaran sosial Hubungan
interpersonal
Beban kerja Jawatan pekerjaan
Menarik diri
daripada
profesion
Manifestasi
menarik diri
daripada profesion
Perubahan sikap Menarik diri
secara fizikal
Menarik dirisecara psikologi
Ketidakpuasan
kerja
Rajah 2.1Model Hubungan Ketidakpuasan Kerja dan Penarikan Diri dari Profesion
(SumberPutman, 2002)
Dalam kajian yang telah dilaksanakan dalam sektor pendidikan, kepuasan kerja
guru juga telah menjadi satu bidang yang paling diminati oleh pengkaji. Lester (1988)
telah mengumpulkan sebanyak 1063 kajian yang mengenai kepuasan kerja guru dari
tahun 1976 hingga 1986. Menurut beliau, kajian dalam bidang ini akan bertambah dari
tahun ke tahun. Pelbagai kajian yang dilaksanakan terhadap kepuasan kerja telah
menfokuskan kepada beberapa aspek yang berlainan. Menurut klasifikasi yang
dilakukan oleh Lester (1988), terdapat sembilan bidang yang selalunya dikaji dalam
kajian mengenai kepuasan kerja, antaranya adalah guru baru, guru sekolah rendah, guru
sekolah menengah, guru yang mengajar subjek tertentu, tenaga pengajar di kolej,
motivasi guru, hubungan antara guru dengan pihak pengurusan, tekanan guru dan aspek
pengajaran. Hasil bagi kajian yang lepas telah memberikan sumbangan yang penting
dalam bidang kepuasan kerja sama ada kepuasan kerja guru secara keseluruhan ataupun
kepuasan dalam aspek-aspek tertentu.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
50/301
29
2.3 Faktor-Faktor yang Menentukan Kepuasan Kerja
Memandangkan guru merupakan golongan yang penting dalam organisasi
sekolah, maka segala tuntutan mereka perlu dilayan. Sebarang ketidakpuasan yang
wujud pada guru akan menjejaskan kualiti kerja yang disumbangkan dan seterusnya
mempengaruhi produktivitinya. Oleh itu, kepuasan kerja sering menjadi tumpuan kajian
pada masa kini sama ada di luar mahupun di dalam negara kita.
Terdapat dua jenis kepuasan, iaitu kepuasan kerja dan kepuasan kehendak.
Kepuasan kerja ini menumpukan kepada aspek kewangan atau gaji dan peluang
kenaikan pangkat, tetapi kepuasan kehendak adalah berkaitan dengan konsep yang
disarankan oleh Maslow tentang hierarki keperluan manusia.
Locke ( 2005) telah mendapati bahawa ciri-ciri yang penting untuk kepuasan
kerja bagi pekerja di peringkat pertengahan dan atasan ialah kenaikan pangkat, kejayaan
dalam kerja dan kelicinan aliran kerja. Orang-orang yang terlibat dengan kepuasan kerja
individu di peringkat atasan atau pertengahan ialah dirinya sendiri dan juga orang-orang
bawahannya. Tetapi untuk pekerja-pekerja di peringkat rendah, sumber-sumber
kepuasan mereka ialah gaji, jumlah kerja, suasana tempat kerja dan hubungan mesra
dengan pihak pentadbir. Pekerja di peringkat rendah mendapat kepuasan melalui
organisasi secara keseluruhannya, dan bukan ke atas orang-orang tertentu di tempat
kerja.
Durham (1984) telah merumuskan bahawa terdapat beberapa faktor yang
mengakibatkan keadaan ketegangan dalam kalangan guru. Di antara faktor tersebut
ialah situasi kerja yang tidak menyenangkan, stail kepimpinan pengetua yang bercorak
autokrasi, hubungan yang tidak mesra dalam kalangan staf, dan kemudahan asas yang
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
51/301
30
tidak memuaskan. Manakala Ruhland (2001) telah menyenaraikan beberapa faktor yang
mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan tenaga pengajar di kolej teknikal.
Menurutnya di antara faktor tersebut adalah jaminan kerja, keadaan kerja yang selesa,
layanan majikan yang saksama, peluang kenaikan pangkat, membuka peluang untuk
melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan mendapat pengiktirafan.
Dalam satu kajian lain yang dijalankan oleh Ghazali (1990) untuk mengenalpasti
punca-punca yang mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah
rendah dan menengah di Negeri Kedah telah menghasilkan penemuan yang menarik. Di
antaranya adalah
i. Kebanyakan guru-guru bukan Melayu menyatakan rasa tidak puas hati terhadapkenaikan pangkat dan gaji.
ii. Guru dari kawasan luar bandar tidak berpuas hati dengan kelengkapan sekolah.
iii. Guru yang berumur serta mempunyai pengalaman mengajar yang lamamenunjukkan tahap kepuasan kerja yang tinggi jika dibandingkan dengan guru
muda.
iv. Guru rasa kecewa kerana tidak diberi peluang dalam proses membuat keputusan.
v. Guru sekolah rendah daripada kawasan bandar mempunyai tahap kepuasan yanglebih tinggi jika dibandingkan dengan guru-guru sekolah menengah di bandar.
Dalam kajian ini, untuk mendapatkan hasil kajian mengenai kepuasan kerja
dalam kalangan guru-guru bidang teknikal dan vokasional, hanya lima dimensi dalam
pekerjaan dikaji iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
52/301
31
pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja. Dimensi-dimensi ini merupakan pembolehubah
bebas yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja guru-guru teknikal dan vokasional.
2.3.1 Keadaan Pekerjaan
Keadaan pekerjaan adalah segala bentuk hubungan faktor fizikal, psikologi,
sosial, keadaan dan kejadian yang berlaku di sekeliling yang mempengaruhi organisasi
dan pekerja (Ahmad Shukran, 1997). Perkara-perkara seperti peluang untuk
menggunakan kemahiran dan kebolehan individu, peluang untuk mendapatkan
pengetahuan baru, darjah kreativiti, kesukaran kerja, jumlah kerja, tanggungjawab,
tekanan untuk prestasi, kawalan ke atas cara melaksanakan tugas, dan pengayaan kerja
merupakan sifat-sifat kerja yang berkaitan dengan minat dan kepuasan kerja individu
(Edwin, 1995).
Nilai kerja seseorang iaitu nilai-nilai yang dicari untuk mendapatkan kepuasan
dalam kerjanya, mempunyai kaitan dengan keperluan asas individu itu sendiri (Ernest
dan Jama, 2004). Menurut Maslow (1960), kepuasan kerja memang dapat diperoleh jika
individu yang terlibat merasakan kerja itu betul-betul menyeronokkan dan bermakna.
Dengan sebab itu seseorang berhak memilih jenis pekerjaan yang diminatinya.
Kerja yang boleh dilaksanakan tanpa banyak menggunakan usaha, kemahiran
atau pemikiran adalah dianggap sebagai tidak mempunyai cabaran mental. Keadaan ini
akan menimbulkan rasa bosan kerana proses mental yang terlibat semasa bekerja gagal
untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadapnya (Carrell dan Elbert, 1974). Oleh itu,
Sergiovanni (1967) mendapati pekerjaan itu sendiri bukan pendorong kepada guru
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
53/301
32
kerana kebanyakan kerja guru adalah bersifat rutin. Di sini, jelas ternyata bahawa jika
terdapat banyak variasi dalam kandungan atau sifat tugas, kepuasan kerja akan
diperoleh. Maka kerja yang diberi kepada guru-guru hendaklah memberi cabaran
mental dan tidak rutin supaya cabaran yang diterima akan membawa lebih kemajuan.
Sekiranya guru diberi tanggungjawab yang memerlukan sesuatu hasil yang
membanggakan, ini akan membawa kepuasan kepadanya kerana dirinya sendiri terlibat
untuk mendapatkan kejayaan itu. Ini adalah berselarasan dengan pendapat Edwin
(1978) yang menyatakan kejayaan ke atas kerja, penyelesaian sesuatu masalah atau
dapat mempertingkatkan prestasi merupakan faktor utama yang menentukan kepuasan
kerja. Jadi, adalah baik jika pengetua menyediakan tugas yang bukan sahaja
mempunyai cabaran mental, tetapi kerja yang mampu untuk dilaksanakan dengan
berjaya oleh guru-guru untuk mendapatkan kepuasan. Manakala menurut Hilgard
(1972), individu yang terlibat semasa menjalankan tugas tidak semestinya mencapai
kejayaan akhir tetapi memadai dengan menikmati kemajuan berperingkat-peringkat
semasa melaksanakan tugas dari mula hingga akhir.
Walau bagaimanapun, tidak semua pekerja mencari cabaran dan tanggungjawab,
jadi tidaklah bemaksud pengayaan kerja akan menghasilkan kepuasan kepada semua
orang. Sekiranya guru yang tidak bertanggungjawab diminta melibatkan diri untuk
melaksanakan tugas itu, beliau tidak akan berasa puas walaupun tugas itu membawa
kejayaan. Ini disebabkan mungkin terdapat guru yang inginkan kenaikan gaji, inginkan
keperluan sosial, dan guru-guru yang begini mungkin tidak akan berasa puas jika diberi
tugas yang diubahsuai atau ditukar bentuknya. Lagipun kedua-dua jenis pekerja ini
tidak mempunyai tanggapan yang sama tentang kerja, jadi guru-guru yang tidak
mengharapkan kerja yang memerlukan cabaran mental tidak akan menghasilkan tugas
yang sama kualiti, kuantiti dan kepuasan jika dibandingkan dengan guru yang
mengharapkan kerja yang demikian.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
54/301
33
Orientasi ke arah faktor-faktor motivasi adalah berkaitan dengan penyempurnaan
pelbagai set keperluan. Selalunya motivasi intrinsik adalah untuk menyempurnakan
keperluan untuk perkembangan diri dan penyempurnaan diri, seperti di dalam hierarki
Maslow yang disebut keperluan aras tertinggi. Manakala motivasi ekstrinsik pula
berkaitan dengan penyempurnaan keperluan di aras terendah dalam hierarki Maslow
iaitu fisiologi, keselamatan dan kasih sayang. Carrell dan Elbert (1974) mendapati
individu yang menekankan faktor-faktor intrinsik semasa dalam lingkungan umur
pertengahan akan menumpukan pula kepada faktor-faktor ekstrinsik apabila hampir
bersara. Ini disebabkan saluran untuk mendapatkan motivasi intrinsik telah hampir
tertutup maka individu berkenaan akan menukar haluan kepada aspek-aspek ekstrinsik
dalam kerja. Tetapi menurut Straus (1974) pula, keperluan untuk penyempurnaan
kendiri mungkin merupakan ciri-ciri keperluan individu yang mempunyai latar belakang
pendidikan yang tinggi.
2.3.2 Gaji
Gaji merupakan ganjaran atau insentif yang diberikan mengikut kelayakan atau
ketentuan seseorang berdasarkan jenis tugas (Baharum, 1998). Gaji pada satu ketika
dulu pernah dikatakan merupakan faktor utama untuk menimbulkan motivasi dan
kepuasan kerja. Kepuasan dari segi aspek gaji akan dilihat oleh individu sebagai fungsi
gaji yang diterima bersesuaian dengan input dan output individu itu jika dibandingkan
dengan orang lain. Individu yang merasakan gajinya dibayar kurang daripada
sepatutnya akan sentiasa berasa tidak puas hati dengan gaji yang diterimanya (Ahmad
Shukran, 1997). Menurut Teori Persamaan Adams, orang yang menerima gaji
berlebihan juga mungkin akan berasa tidak puas sama seperti individu yang menerima
gaji kurang juga.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
55/301
34
Apabila kompensasi dari segi kewangan selaras dengan penyempurnaan,
pengiktirafan, perkembangan dan sifat kerja, maka ia akan bertindak bersama-sama
dengan faktor-faktor ini untuk menentukan motivasi dan kepuasan. Tetapi punca
kewangan begini mungkin menghasilkan beban kerja yang bertambah dan apabila
kedudukan kewangan tidak berselarasan dengan faktor-faktor yang disebutkan tadi, gaji
akan menjadi faktor ketidakpuasan kerja pula seperti yang dinyatakan oleh French
(1982), pendapatan bukan sahaja menjadi pendorong tetapi juga merupakan satu
daripada faktor yang mengakibatkan ketidakpuasan kerja. Itulah sebabnya terdapat
individu yang lebih gemar memilih kerja yang mudah dan kurang mencabar walaupun
gaji yang diterimanya kecil. Keadaan sebegini juga berlaku dalam kalangan guru-guru
yang tidak menerima tawaran untuk dinaikkan pangkat walaupun gaji yang ditawarkan
lebih tinggi.
Sebenarnya kenaikan gaji adalah untuk menyempurnakan keperluan fizikal
individu. Wang juga menjadi simbol kejayaan sumber untuk pengiktirafan, dan juga
untuk mendapatkan nilai-nilai hidup yang lain. Bagi sesetengah orang, gaji adalah
simbol status. Manakala bagi yang lain pula merasakan bahawa wang dapat memberi
kebebasan bertindak dalam apa juga aspek kehidupan. Kadang-kala permintaan untuk
gaji yang sesuai adalah semata-mata untuk mendapatkan layanan yang adil dan saksama.
Keperluan untuk gaji yang bersesuaian juga adalah berkaitan dengan aspek
sosioekonomi dan ini membuktikan kenyataan yang mengatakan manusia walau di tahap
mana dia berasa masih perlukan lebih wang. Keperluan sebegini bukanlah merupakan
pendorong lagi tetapi sebagai satu desakan untuk mencapai motif yang berkaitan dengan
status, pengiktirafan, dan keperluan ego seseorang.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
56/301
35
2.3.3 Kenaikan Pangkat
Kenaikan pangkat adalah perkara penting dalam karier manusia kerana ia diiringi
oleh peningkatan kuasa, status, insentif, gaji, dan tanggungjawab. Oleh itu, kenaikan
pangkat merupakan peluang untuk individu mencapai tahap kedudukan yang lebih baik
dan meningkatkan status individu (Baharum, 1998). Kenaikan pangkat juga merupakan
satu cara atau penghargaan yang diberikan kepada pekerja untuk mengiktirafkan kerja-
kerja yang dilakukan oleh seseorang. Maka seseorang itu akan berasa puas terhadap apa
yang didapatinya dan ini akan meningkatkan lagi azamnya untuk mencapai kejayaan
yang lebih cemerlang (Abdul Rahman, 1997).
Menurut Lawler dan Porter (1967), aras kedudukan adalah berkaitan dengan
sikap atau tingkah laku pekerja. Antara punca keinginan untuk kenaikan pangkat adalah
seperti berikut:
i. Untuk mendapatkan situasi sosial terutama sekali bagi mereka yang mempunyaiimej sendiri berdasarkan pandangan dan tanggapan orang lain.
ii. Untuk memperolehi pendapatan yang lebih tinggi bagi mencapai taraf hidupyang lebih baik.
iii. Bagi mendapatkan perkembangan psikologi dengan mendapatkan lebihtanggungjawab.
iv. Untuk mendapatkan layanan yang adil dan saksama apabila orang lain yangmempunyai ciri-ciri yang sama dengannya telahpun diberi kenaikan pangkat.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
57/301
36
Terdapat pandangan yang menyatakan kebanyakan kakitangan di peringkat
tinggi adalah lebih puas dalam pelbagai aspek kerja. Ini disebabkan mereka adalah
lebih bertujuan, lebih mengetahui, dan mempunyai prestasi kerja yang tinggi jika
dibandingkan dengan kakitangan di peringkat rendah. Maka, adalah wajar untuk
dipertimbangkan kenaikan pangkat seseorang supaya prestasi yang dihajatkan dapat
diwujudkan.
Akan tetapi, setelah Sergiovanni (1967)melaksanakan Teori Keperluan Dua
Faktor Herzberg dalam kalangan guru telah mendapati bahawa pencapaian dan
pengiktirafan merupakan faktor motivasi yang paling penting bagi guru jika
dibandingkan dengan pekerjaan itu sendiri, peningkatan dan tanggungjawab. Dengan
adanya dua faktor ini, rasa kepuasan akan wujud dan dapat mempertingkatkan prestasi
yang mampu membantu pencapaian matlamat sekolah. Beliau telah sengaja
meninggalkan dimensi peluang berkembang kerana baginya profesion perguruan tidak
menawarkan banyak peluang untuk perkembangan kepada guru. Bagi guru yang terlalu
ghairah tentang dimensi ini, lebih baik meninggal profesion ini.
Kebiasaannya kenaikan pangkat ini adalah berdasarkan kepada prestasi kerja,
tahap pendidikan, pengalaman perkhidmatan, pihak atasan, dan laporan kesihatan
(Mohd. Yusof, 1997). Oleh itu, pihak pengurusan dan pentadbiran adalah penting bagi
menentukan kriteria yang betul-betul adil bagi menimbangkan kenaikan pangkat kerana
aras kedudukan dalam organisasi adalah mempunyai kaitan yang positif dengan
kepuasan kerja. Pihak berkuasa perlu menggunakan faktor-faktor merit dan kebolehan
untuk menaikkan pangkat guru-guru ke tahap yang lebih tinggi seperti menjadi
pengetua, penolong kanan dan juga pegawai-pegawai atasan. Tetapi, adalah penting
untuk dijelaskan kepada seseorang bahawa kenaikan pangkat adalah bermakna
bertambahnya tanggungjawab dan kesulitan kerja (Dunnette, 1967). Maka seseorang
individu haruslah bersiap sedia untuk melaksanakan tugas yang lebih kompleks dan
mencabar supaya kepuasan kerja dapat dihasilkan terhadap kerjayanya.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
58/301
37
2.3.4 Penyeliaan
Penyeliaan merupakan salah satu faktor yang menentukan kepuasan dan
ketidakpuasan kerja seseorang individu (Abdul Rahman, 1997). Ini adalah kerana
prestasi yang ditunjukkan oleh seseorang pekerja akan diselia oleh ketua mereka. Proses
penyeliaan adalah berfungsi untuk memastikan objektif organisasi dilaksanakan
mengikut perancangan pihak pentadbiran. Melalui penyeliaan, pihak pentadbiran dapat
memastikan segala tugas yang diberikan kepada seseorang pekerja dapat dilaksanakan
dengan sempurna dan cekap serta mendapat hasil seperti yang dijangkakan (Al
Ramaiah, 1999). Perlakuan yang akan memberi kesan positif ke atas kepuasan kerja
ialah sikap penyelia seperti bertimbang rasa, tidak berat sebelah, adil dan sebagainya.
Sebaliknya, pekerja akan mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk berhenti
kerja atau beralih ke sektor lain jika penyelia tidak bertimbang rasa (Abdul Rahman,
1997). Penyelia yang mempunyai sikap adil, memahami serta tidak berat sebelah akan
disukai dan dihormati. Sikap ini penting bagi menggalakkan pekerja yang rendah
prestasinya untuk bekerja dengan lebih baik.
Menurut Likert (1966), pekerja lebih suka jika ketua yang memimpinnya
berorientasikan pekerja. Ini termasuklah ketua yang mempunyai sifat ramah dan mesra,
memuji dan menggalakkan prestasi yang baik, mendengar rayuan dan pandangan
pekerja, serta memberi perhatian kepada diri dan kerja mereka akan meningkatkan
kepuasan kerja pekerja. Ini disebabkan pekerja ingin dihormati dan dilayani dengan adil
dan saksama. Keadaan ini telah dibuktikan dalam kajian Pinder (1984) yang mendapati
bahawa salah satu faktor yang menyebabkan ketidakpuasan dalam kerja ialah sifat
penyelia yang tidak mahu mendengar masalah dan pandangan pekerja dan gagal
membantu atau memberi pertolongan apabila diperlukan. Kajian juga mendapati
bahawa pekerja yang mendapat markah penilaian yang lebih tinggi adalah lebih berpuas
hati dengan penghargaan dan penyeliaan ketua mereka. Sebaliknya penyeliaan yang
terlalu kerap akan menyebabkan kepuasan kerja yang rendah (Hamzah, 1994).
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
59/301
38
2.3.5 Rakan Sekerja
Rakan sekerja merujuk kepada individu atau kumpulan di mana individu itu
bekerja bersama-sama dalam sesuatu organisasi sama ada pada tahap professional yang
sama, pihak atasan atau bawahan mengikut struktur hierarki dalam organisasi itu
(Locke, 1976).
Aktiviti kumpulan dalam institusi pendidikan telah menawarkan peluang untuk
individu berurusan dengan rakan sekerjanya. Kerja-kerja yang memerlukan penglibatan
ramai pekerja yang bekerja dalam satu kelompok akan mempengaruhi sikap seseorang
itu. Abdul Rahman (1997) menyatakan bahawa pengasingan seseorang ke dalam
kumpulan yang lain disebabkan oleh rekabentuk kerja itu akan menyebabkan
ketidakpuasan kerja berlaku. Pernyataan ini disokong oleh Herzberg et al., (1959) yang
mendapati rakan sekerja telah menjadi salah satu faktor yang penting dalam penentuan
kepuasan kerja dan meningkatkan produktiviti kerja. Dapatan Herzberg ini adalah
selaras dengan pendapat Stoner dan Wankel (1989) yang menyatakan hubungan sosial
yang wujud di antara para pekerja adalah penting dalam memberi dorongan bekerja.
Di samping itu, Putai Jin (1993) berpendapat bahawa keadaan yang mesra dan
rapat, saling bantu-membantu serta persahabatan yang erat dapat meningkatkan motivasi
dan prestasi kerja. Faktor lain seperti kecekapan rakan sekerja, kepercayaan dan
penghormatan daripada rakan sekerja juga dapat meningkatkan kepuasan kerja. Pada
masa yang sama, Sylvia dan Hutchison (1985) juga mendapati bahawa faktor
setiakawan, kecekapan rakan sekerja, sifat prihatin rakan sekerja, kerjasama,
kepercayaan rakan sekerja dan penghormatan rakan sekerja mempunyai perkaitan
signifikan yang positif dengan kepuasan kerja.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
60/301
39
2.4 Kajian-kajian Lepas Mengenai Faktor-Faktor yang Menentukan Kepuasan
Kerja
Kajian-kajian yang berhubungan dengan kepuasan kerja telah menjadi tumpuan
para penyelidik sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan jumlahnya telah meningkat
setiap tahun. Ini disebabkan kepuasan kerja merupakan faktor penentu bagi produktiviti
dan kualiti sesebuah organisasi. Pernyataan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan kajian
Ostroff (1992) yang dijalankan terhadap guru dari 298 buah sekolah. Beliau mendapati
bahawa organisasi yang mempunyai ramai pekerja yang berpuas hati dengan kerjayanya
adalah lebih efektif daripada organisasi yang mempunyai kurang pekerja yang berpuas
hati dengan kerjayanya. Hal ini disebabkan pekerja yang berpuas hati dengan
kerjayanya biasanya merupakan pekerja yang produktif dan memberi komitmen yang
tinggi terhadap kerjayanya. Oleh itu, individu pekerja seharusnya disediakan dengan
pembolehubah-pembolehubah kepuasan kerja yang mereka lakukan.
Selain daripada Teori Herzberg yang menyatakan pandangannya terhadap aspek
kepuasan dan ketidakpuasan pekerjaan, Hoppock juga telah meneruskan usaha
penyelidikan khususnya dalam bidang kepuasan kerja. Kajian awal yang dijalankan
oleh Hoppock (1935) telah membuat perbandingan antara 100 orang guru yang
berkepuasan dan 100 orang guru yang ketidakpuasan terhadap profesion mereka. Dalam
kajian beliau telah mendapati bahawa terdapat enam faktor yang membawa kepada
kepuasan guru iaitu jaminan dalam pekerjaan, kesetiaan seseorang guru, status sosial
dan ekonomi guru, reaksi guru terhadap keadaan ketidakpuasan, bidang pekerjaan, dan
penilaian pihak atasan.
Dalam kajian terkini yang dijalankan bukan sahaja fokus kepada persepsi
individu terhadap pekerjaan mereka, tetapi juga memberikan perhatian terhadap nilai
sesuatu kerja di mana ia juga merupakan aspek penting yang perlu dikaji secara luas.
8/13/2019 Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal
61/301
40
Dinham dan Scott (1998) telah menyokong Teori Herzberg dan menyatakan bahawa
kepuasan kerja guru adalah satu perasaan dinamik yang lahir terhadap kerjaya mereka.
Pengkaji ini juga menegaskan bahawa kehadiran dan ketidakhadiran sesuatu aspek
dalam pekerjaan akan mempengaruhi kepuasan pekerja terhadap kerjaya mereka.
Guru berusaha untuk mengurangkan rasa jemu dalam menghadapi tugas mereka
supaya dapat melaksanakan tugas dalam suasana kepuasan kerja. Kegagalan guru untuk
mencapai kepuasan kerja ini mendatangkan fenomena yang digelar tekanan kerja.
Wright (2001) telah menjalankan kajian ke atas 45 orang guru dan mendapati faktor
yang menyebabkan kepuasan kerja guru rendah adalah faktor gaji, faedah dan pekerjaan,
pengiktirafan, harga diri, dan autonomi (Ahmad Sukran, 1997). Di samping Wan
Zulkifli (1993) telah menjalankan kajian mengenai kepuasan kerja terhadap 132 orang
pensyarah di maktab perguruan. Keputusan kajiannya menunjukkan pensyarah-
pensyarah maktab perguruan tidak puas hati dengan pekerjaan mereka. Mereka juga
tidak berpuas hati dengan keadaan kerja, gaji, peluang kenaikan pangkat, pengiktirafan,
dasar, dan pentadbiran organisasi.
Maznah et al., (1990) telah membuat kajian terhadap 2433 orang guru sekolah
menengah di Malaysia mengenai persepsi guru terhadap faktor yang mendorong mereka
untuk menunjukkan prestasi kerja. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru
menganggap aspek gaji dan kenaikan pangkat merupakan faktor penting yang
mendorong mereka untuk bekerja. Di samping itu, amalan pengurus yang baik dan adil
serta menglibatkan guru dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas mereka
juga adalah penting dalam mendorong guru menjalankan tugas mereka. Pada masa yang
sama, Mohd Yusof (1997) telah mengkaji kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru
Sekolah Menengah Teknik Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur. Dalam kajiannya
Job Descriptive Index(JDI) telah digunakan untuk mengukur kepuasan responden
dalam aspek keadaan pekerjaan, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan rakan
sekerja serta kepuasan kerja keseluruhan. Keputusan kajiannya menunjukkan bahawa
8/13/2019 Kep
Recommended