View
572
Download
9
Category
Preview:
DESCRIPTION
sejarah form 1,2,3
Citation preview
1
http://tokohadiguru.blogspot.com/2012/04/komitmen-yang-tinggi-dalam_4967.html
2
3
4
Tarikh : 13 Februari 2013
Hari : Rabu
Alamat tempat lawatan : Km 4, Lororng 4, Kampung Bukit Piatu, Daerah Melaka
Tengah, Melaka.
Tujuan lawatan : Mempelajari cara-cara pembuatan kraf rotan En. Ishak.
Bukti :
5
6
7
Nama ; En Ishak b. Kassim
No k/p ; 591006-04-5673
Umur : 52 tahun.
Alamat lengkap : Km 4, Lorong 4, Kampung Bukit Piatu, Daerah Melaka Tengah, Melaka
TAJUK KAJIAN ;
8
SENARAI KANDUNGAN
BIL TAJUK M/S
1 TAJUK KAJIAN
2 SENARAI KANDUNGAN
3 PENGHARGAAN
4 OBJEKTIF KAJIAN
5 KAEDAH KAJIAN
9
6 HASIL KAJIAN
Maklumat asas.
Latar belakang.
Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat
Prospek
7 RUMUSAN
8 LAMPIRAN
9 RUJUKAN
PENGHARGAAN
Setitistinta, penaberbicara…
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t kerana saya akhirnya Berjaya menyiapkan
tugasan Kerja Kursus Sejarah PMR 2013 dengan lancar.
Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada kedua-dua ibu dan bapa saya
iaitu En. Ab Hamid b Kamat dan Pn Rahmah bt Tasrip kerana telah mengorbankan masa
serta wang ringgit untuk saya menyiapakan folio ini
Rakaman ucapan terima kasih juga buat guru Sejarah 3 Beta iaitu Cik Rohani bt Saud
kerana telah member dorongan serta bimbingan sepanjang proses folio ini disiapkan.
10
Sudah pastinya folio ini tidak akan terhasil tanpa kerjasama dan info penting daripada
En. Ishak b. Kassim dan warga kerja yang telah memberikan kerjasama yang baik
sepangjang proses temubual yang telah dilakukan pada bulan Februari yang lepas.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan iaitu Nur Arifah Najihah bt.
Ibrahim serta Nur Syahirah bt. Ahmad yang telah banyak berkongsi idea dan pendapat
kepada saya.
Semoga kita Berjaya membanggakan MOZAC tercinta. E-Fusion 100% straight A’s
in PMR 2013!
OBJEKTIF KAJIAN
Berpandukan tugasan Kerja Kursus Sejarah PMR 2013, tajuk yang telah ditetapkan
oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah Kegiatan Ekonomi
Tradisional, Saya telah memilih untuk membuat tajuk berkaitan kraf rotan.
Berikut adalah antara objektif kajian yang saya perolehi:
Mengetahui cara pembuatan kraf rotan.
11
- Dengan berlakunya kajian ini, saya dapat mengetahui cara-cara pembuatan kraf
rotan dengan lebih mendalam lagi.
Dapat mengeratkan hubungan silahturahim
- Hal ini disebabkan, semasa saya menjalankan kajian ini saya memerlukan
maklumat daripada semua pihak. Secara yidak langsung, saya dapat mengeratkan
hubungan dikalangan masyarakat setempat.
Memupuk nilai patriotisme dalam diri.
- Hal ini adalah untuk memastikan generasi yang akan datang tidak akan melupakan
bidang ekonomi tradisional yang sebegini rupa.
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian dalam melaksanakan tugasan ini bagi
Mendapatkan maklumat yang tepat dan lengkap.
1. TEMU RAMAH
Saya telah menemuramah En. Ishak b. Kassim serta beberapa orang
pekerjanya di bengkelnya yang terletak di Bukit Piatu, Melaka pada hari Rabu
bersamaan dengan 13 Februari 2013 yang lalu.
12
2. LAWATAN DAN PEMERHATIAN
Saya telah pun mengadakan lawatan ke bengkel pembuatan kraf rotan ini.
Sepanjang lawatan tersebut, saya telah memperolehi banyak maklumat asas seperti
asa usul bidang ini ditubuhkan, sumbangan kegiatan ini terhadap keluarga dan
masyarakat serta prospek kajian ini.
3. MELAYARI INTERNET
Saya telah menggunakan laman web tersebut sebagai rujukan bagi saya
menyiapkan kerja kursus ini http://tokohadiguru.blogspot.com/2012/04/biodata-ishak-
bin-kassim.html
13
14
Nama/ Jenis Kegiatan Ekonomi
Nama diberi, En Ishak b. Kassim. Bidang yang diceburi ialah bidang kraf anyaman
rotan. Bidang ini dilakukan di Bukit Piatu, Melaka. En. Ishak melakukan kerja-kerja
pembuatan bakul rotan di bengkelnya yang terletak berhampiran dengan rumahnya.
Bidang ini memerlukan kecekapan mata dan kesabaran yang tinggi untuk memastikan
hasil kerja yang dihasilkan kemas dan menarik minat si pelanggan untuk membelinya.
Sejarah / Asal Usul Kegiatan Ekonomi
Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek
moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur
budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis,gerak, dan warnanya. Barang-
15
barang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Bahan yang
digunakan tidak terhad. Kebanyakan barang-barang kraf ini pada asalnya dihasilkan adalah
untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha
mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga
penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan.
Bagi En Ishak, bidang inilah yang mampu menyara keluarganya. Beliau mula bergiat
aktif dalm bidang ini pada tahun 1986 ketika En Ishak berumur 25 tahun. Bidang ini
merupakan bidang turun temurun yang diwarisi oleh keluarganya.
Lokasi / Tempat Kajian
Beliau melakukan bidang ini di bengkelnya sendiri yang terletak Lorong 4 Km 4,
Bukit Piatu 75150, Melaka.
Pihak yang mengusahakan / Individu / Kelompokmasyarakat yang mengusahakan
Beliau mengusahakan bidang ini secara individu dan dibantu oleh isterinya. Lalu,
bidang ini dikembangkan melalui cara demo yang dilakukan oleh beliau.
16
17
Tujuan dijalankan
Tujuan bidang ini dilakukan adalah untuk menyara pendapatan keluarga. Selain itu,
En. Ishak berharap jika beliau meneruskan bidang ini, bidang ini tidak akan dilupakan oleh
masyarakat madani yang akan datang. Bidang ini juga merupakan aktiviti yang dilakukan
oleh beliau sebagai aktiviti untuk mengisi masa lapang.
Peralatan / Kaedah yang digunakan
18
Pembaris Paku Tukul Playar muncung tirus Penebuk pusat Gam Air Pisau Pewarna Pemotong sisi
Produk yang dihasilkan
19
Kos Pengendalian
Bagi memulakan bidang kraf rotan ini, En Ishak telah menggunakan wang yang
berjumlah RM 500 lagi sebagai modal pendahuluan. Bidang ini tidak memerlukan modal
yang banyak kerana ia hanya menggunakan rotan sebagai bahan utama.
20
SUMBANGAN / PENGARUH KEPADA
KELUARGA ATAU MASYARAKAT
21
Penerusan Tradisi Keluarga
Encik Ishak Kassim tidak pernah mengenal erti jemu untuk menurunkan kemahiran
Anyaman Rotan kepada golongan muda yang berminat untuk mempelajari kemahiran ini .
Sesiapa sahaja yang berminat mendekati Encik Ishak Kassim terutama pekerja-
pekerja Kraf Rotan Ishak akan sedikit sebanyak menimba ilmu pembuatan dan menjadi
harapan beliau agar kemahiran ini akan diwarisi oleh seseorang. Buktinya, beliau mempunyai
empat (4) orang pekerja tetap yang berkemahiran.
Beliau turut menerima pelatih-pelatih Sijil dan Diploma dari Institut Kraf Negara
(IKN) untuk program praktikal dan latihan Industri bermula sekitar tahun 2004 hingga kini.
Selain itu beliau turut menerima pelatih dari MARA dan Politeknik untuk program praktikal.
Beliau juga menerima pelatih Latihan Jangka Pendek yang dijalankan oleh
Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka untuk menimba lebih ilmu pembuatan anyaman
bakul rotan .
22
Prasarana / Rangkaian Perniagaan
Sesuai dengan strategi perniagaan Kraf Rotan Ishak, Encik Ishak Kassim telah
menghasilkan produk mengikut segmen pasaran yang ingin diterokai samada untuk golongan
biasa, pertengahan atau eksklusif. Susun atur bilik pameran dan jualan produk Kraf Rotan
Ishak di bengkel pembuatan beliau disusun mengikut rekabentuk produk anyaman rotan
untuk pelbagai variasi pelanggan yang datang.
Pada tahun 2009, karya seni beliau telah dipilih oleh Kerajaan Malaysia untuk
dipasarkan di Gedung Membeli Belah Harrods, London.
Peluang Pekerjaan
Bagi pendapat En Ishak, peluang pekerjaan terbuka luas lebih-lebih lagi bagi remaja
yang tidak mempunyai pekerjaan tetap disebabkan tidak mempunyai kelulusan yang tinggi,
tetapi yang menyedihkan remaja zaman sekarang langsung tidak berminat untuk melakukan
kerja-kerja sebegini rupa. Bagi mereka, kerja-kerja sebegini tidak menguntungkan malahan
membosankan.
SumberPendapatan
23
Sumber pendapatan beliau bergantung kepada permintaan pelanggan berdasarkan
ukuran saiz dan bentuk. Kebiasaannya, beliau akan mendapat sejumlah wang di antara RM
6000 hingga RM 300 000.
24
Cabaran / Kekangan yang dihadapi
Sepanajang En Ishak mengendalikan bidang ini, beliau telah pun menghadapi beberapa cabaran. Antaranya ialah persaingan harga. Perkara ini berlaku apabila beliau terpaksa bersaiang dengan pembuatan kraf tangan yang lain dari segi harga dan kualiti yang dihasilkan.
Selain itu, beliau juga terpaksa menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja disebabkan kebanyakkan remaja sekarang tidak mempunyai minat untuk menceburui bidang ini.
Di samping itu, kekurangan bahan mentah seperti rotan turut ditempuhi oleh beliau sewaktu beliau sedang cuba berjinak-jinak dengan bidang ini.
Akhir sekali, masalah dari segi kewangan juga perlu beliau tempuh sewaktu beliau mula menceburui bidang ini.
Penglibatan pihak luar / Galakan kerajaan atau swasta
Bermula pada tahun 1980an beliau banyak menyumbangkan bakti mengembangkan
kemahiran seni pembuatan kraf anyaman rotan melalui beberapa agensi dan pertubuhan
antaranya:
- RISDA Negeri Sembilan
- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
- KEMAS Kuala Lumpur
- Pusat Serenti Tampin
- Maktab Perguruan Melayu Melaka
- Kolej Komuniti Pahang
25
Beliau turut membantu mempromosikan barangan kraf anyaman rotan dengan
menyertai beberapa siri pameran dan demonstrasi di dalam dan luar negara termasuklah yang
dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia.
Beliau juga sering melibatkan diri dalam kursus dan bengkel yang dianjurkan oleh
pihak FELDA, RISDA, FELCRA, MEDEC, BIKS, SIRIM, MECD, ITM, Pusat
Pembangunan Usahawan Malaysia serta pihak Kraftangan Malaysia khususnya.
Bermula pada tahun 1990, beliau sering menerima jemputan jualan, demonstrasi dan
pameran dalam program promosi sepanjang tahun anjuran Kraftangan Malaysia terutama
Hari Kraf Kebangsaan.
Reaksi / Penerimaan Masyarakat
Penerimaan masyarakat dalam kampung terhadap bidang ini tidak begitu
memberangsangkan kerana kurangnya minat dalam diri masing-masing. Tetapi, bidang yang
dilakukan ini mendapat sambutan yang hangat di kalangan masyarakat yang lain sehingga
berjaya membawa bidang ini ke persada antarabangsa.
Saranan dan Harapan
Beliau berharap agar bidang ini tidak ditelan arus zaman dengan harapan generasi muda yang akan datang dapat mendalami dan mengetahui apa itu kraftangan dan apa itu rotan.
Selain itu, beliau juga berharap agar dapat mengadakan promosi dan demo agar beliau dapat menarik minat remaja sedikit demi sedikit untuk menceburui bidang ini.
26
27
Sepanjang kerja kursus ini disiapkan, saya telah mempelajari ilmu baru mengenai
bidang kraf rotan ini. Berdasarkan maklumat yang telah saya perolehi bidang yang dilakukan
oleh En. Ishak ini telah pun berjaya sehingga ke peringat dalam dan luar negeri. Wujudnya
perasaan bangga kerana masih ada lagi bidang sebegini berjaya sebegitu rupa.
Selain itu, pihak-pihak tersebut begitu gigih berusaha bagi memajukan indrusti ini
biarpun banyak halangan yang menimpa dari segi persaingan, tenaga kerja, keperluan bahan
mentah malahan dari segi kewangan.
Berkat daripda kesungguhan beliau, beliau telah pun dianugerahi tokoh adiguru
anyaman rotan pada tahun 2011 dan tukang ulong pada tahun 2012. Disebabkan itu, beliau
telah pun meerunkan tradisi ini kepada anak-anak muda supaya tradisi ini dapat dikekalkan.
Kita sebagai penyambung tradisi bertanggungjawab untuk mengekalkan tradisi ini
di tanah air supaya tidak ditelan arus kemodenan. Jangan anggap kerja semudah ini hanya
untuk orang-orang yang tidak berkemampuan tetapi jadikan ia sebagai satu permulaan ke
arah kejayaan.
Akhir sekali, sama-samalah kita menjaga tradisi ini supaya tidak dilupakan.
28
29
Lampiran 1
GAMBAR
30
Biodata En. Ishak b. Kassim
31
Sijil ini dianugerahkan kepada En. Ishak b. Kassim oleh pihak UNESCO.
32
Kraf rotan ini mengambil masa lebih kurang 3 minggu untuk disiapkan.
33
Saya (di tengah) bersama dua orang rakan lain sedang mempelajari membuat tapak
sesebuah bakul.
34
Lampiran 2
LAKARAN
35
Contoh lakaran bakul yang telah dihasilkan oleh En. Ishak b. Kassim.
36
Lampiran 3
LAIN-LAIN
LAMPIRAN
37
38
Bahan utama bagi menghasilkan kraf rotan.
39
RUJUKAN
Melawat tempat kajian
Kraf tangan Ishak
Lorong 4, KM 4, Bukit Piatu 75150, Melaka
Orang sumber
En Ishak b. Kassim
52 tahun
Lorong 4, KM 4, Bukit Piatu 75150, Melaka
Internet
http://tokohadiguru.blogspot.com/2012/04/biodata-ishak-bin-kassim.html
http://tokohadiguru.blogspot.com/2012/04/sumbangan-dalam-pembangunan-
industri_19.html
40
TUGASAN 2
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan
unsur patriotism berdasarkan soalan di bawah.
Soalan :
Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa
Malaysia berikan pendapat anda.
Ekonomi tradisional membawa maksud ekonomi sara diri. Kegiatan ini kebiasaannya
berlaku di kawasan luar Bandar. Selalunya, aktiviti ini dilakukan oleh masyarakat melayu
yang terkenal dengan anyaman dan kuih-muih tradisional yang digemari oleh ramai pihak.
Ekonomi ini bermula semasa pemerintahan British lagi apabila mereka mewujudkan ekonomi
moden. Tetapi, masyarakat melayu berdegil dan terus-terusan melakukan kegiatan mereka
seterusnya mewujudkan sistem dwiekonomi yang terdiri daripada ekonomi moden dan
ekonomi tradisional. Kita patut berbangga sebagai rakyat Malaysia (UP 1) kerana budaya
yang sedemikian masih diamalkan di negara kita.
Perkukuhan semangat nasionalisme bangsa Malaysia dalam kegiatan ekonomi
tradisional sangat penting supaya ekonomi tradisional tidak dilupakan. Kita bersyukur
sebagai warganegara (UP 2) kerana masyarakat zaman sekarang tidaklah hanya mengenali
41
apa itu McDonald, KFC dan PizzaHut sekurangnya mereka masih mengenali kuih muih
tradisi nenek moyang mereka. Zaman para ibu berharap agar berlakunya kesinambungan
yang akan dilakukan dalam tradisi ini oleh anak-anak mereka.
Selain itu kita hendaklah bersatu padu dan harmoni (UP 3). Pihak kerajaan
bertanggungjawab untuk memajukan ekonomi ini ke persada antarabangsa dengan cara
mempromosikan di media-media massa, lawab web sosial dan akhbar-akhbar di negara kita.
Perkara ini sepadan dengan slogan ‘CUTI-CUTI MALAYSIA’ apabila para pelancong
datang ke Malaysia dan mengenali budaya di sini. Ditambahkan lagi dengan peluang
pekerjaan terhadap golongan imigran mampu meningkatkan ekonomi negara.
Pengusaha kegiatan ekonomi tradisional perlu berkelakuan sopan, bertatasusila
dan berhemah tinggi (UP 4) ketika berurusan dengan pelanggan.Sikap ini dapat menarik
pelanggan lebih-lebih lagi pelanggan dari luar negara membeli barangan atau mendapatkan
bentuk perkhidmatan yang ditawarkannya. Hubungan baik dengan pelanggan dapat
mempamerkan kepada pelanggan bahawa bangsa Malaysia mempunyai tatatertib yang baik.
Oleh itu, sama-samalah kita tabah menghadapi cabaran (UP 5) untuk memelihara
ekonomi di Malaysia, tidak kiralah dari segi moden mahupun tradisional supaya tidak ditelan
dek arus kemodenan.
42
43
44
45
46
Recommended