View
1.388
Download
29
Category
Preview:
DESCRIPTION
Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3
Citation preview
ELEMEN 1
Amira Nur Afiqah binti Agus Salim
Puan Norzima binti Jaafar
Bil. Perkara halam
an
1. Tajuk Kajian
2. Senarai Kandungan
3. Penghargaan
4. Objektif Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Hasil Kajian
6.1 Maklumat Asas Produk
6.2 Latar Belakang
6.3 Kaedah/Cara Penghasilan
6.4 Perkembangan Produk
7. Rumusan
8. Lampiran
9. Rujukan
PENGHARGAAN
Saya, Amira Nur Afiqah binti Agus Salim ingin mengucapkan syukur kehadrat
Allah SWT kerana telah berjaya menyiapkan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3 ini dengan
sempurna. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua
SMK Putrajaya Presint 8 (1) iaitu Puan Hajah Roaini binti Jaafar kerana telah memberi
keizinan beliau untuk menjalankan kajian ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Faridatul
Zaihan binti Abdul Latib dan Agus Salim bin Mokhtar yang banyak memberikan
sokongan dan dorongan sepanjang proses menyiapkan kajian ini.
Tidak lupa juga kepada Pn. Fazzilah binti Haji Mahmudin dan seluruh warga
kerja Fazz Enterprise kerana telah membantu saya dalam memberikan maklumat mengenai
syarikat mereka. Akhir sekali, saya merakamkan ucapan terima kasih ini kepada Pn.
Norzima binti Jaafar kerana telah banyak memberi bimbingan dan dorongan sepanjang saya
menjalankan kajian ini sepanjang saya menjalankan kajian ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan saya menjalankan kajian ini adalah untuk :
Tuntutan syarat untuk menduduki Peperiksaan Bertulis Penilaian Menengah Rendah
tahun 2012.
Mengetahui dan mengenal pasti ciri-ciri, produk industri makanan ringan dengan
lebih mendalam lagi.
Menanamkan perasaan bangga dan bersyukur dalam diri apabila mengetahui bahawa
produk yang dihasilkan mencerminkan identiti masyarakat tempatan dan industri ini
mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Mengenali dengan lebih mendalam industri makanan tempatan yang diwarisi sejak
zaman dahulu.
Berbangga kerana produk tempatan mampu memberikan persaingan dengan produk
dari luar.
KAEDAH KAJIAN
Antara kaedah yang telah saya gunakan bagi menyempurnakan Kerja Kursus Sejarah ini
ialah :
a) Kaedah Lawatan
Pada 19 Mei 2012, saya dan sekumpulan pelajar SMK Putrajaya Presint 8 (1) telah
melawat Fazz Enterprise di Banting, Selangor. Tujuan kami mengikuti lawatan ini
adalah untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan tajuk tugasan saya.
b) Kaedah Temu Ramah
Dalam lawatan tersebut, saya telah berkesempatan menemu ramah Pn. Fazzilah binti
Haji Mahmudin selaku penolong pengurus untuk mengumpul maklumat berkaitan
produk dan operasi Syarikat FAZZ.
c) Kaedah Bacaan
Saya juga telah membaca artikel dalam Harian Kosmo bertarikh 19 September 2008
berkaitan kilang Keropok FAZZ.
d) Kaedah Melayari Internet
Saya juga telah membuka laman web syarikat Fazz Enterprise
(kerepekh.blospot.com) bagi menambahkan maklumat sedia ada.
HASIL KAJIAN
1. Maklumat Asas Produk Tempatan
Pada 19 Mei 2012, saya telah menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai produk
tempatan. Produk yang telah saya kaji ialah kerepek dan makanan ringan yang lebih dikenali
sebagai Kerepek Fazz yang terdiri daripada kategori makanan. Perniagaan Kerepek Fazz
telah diusahakan oleh En. Haji Mahmudin bin Haji Abas di Selangor yang bertempat di
Kanchong Darat, Banting pada 24 Februari 1983.
Syarikat ini merupakan perusahaan perseorangan yang diberi nama Fazz Enterprise.
Pusat jualan Kerepek Fazz terletak di Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ianya terletak kira-
kira 48 kilometer dari rumah saya.
2. Latar Belakang
Pada peringkat awal, Encik Haji Mahmudin bin Haji Abas hanya menjual kerepek
secara sambilan. Ianya dijual dikantin tempat beliau bekerja iaitu di kilang sekitar
kawasan Bandar Sunway. Apabila sambutan agak menggalakkan, beliau berhenti bekerja
di kilang lalu memulakan perusahaan kerepek secara serius.
Syarikat ini merupakan syarikat Sendirian Berhad di mana perusahaan ini dibantu
oleh adik beradik En. Mahmudin. Tetapi sejak tahun 1996, perusahaan ini telah menjadi
perusahaan perseorangan iaitu Fazz Enterprise. Pada tahun 2000, penjenamaan kedai
Kerepek House ditubuhkan. Syarikat ini adalah milik keluarga dan kini telah diambil alih
oleh anak ke-2 beliau iaitu En. Mohd Fazzly b. Hj. Mahmudin. Beliau telah mengambil
alih pengurusan Kerepek House selama 10 tahun.
Menurut Puan Fazzilah binti Haji Mahmudin, modal awal bagi memulakan
perusahaan ini cuma RM2000 sahaja. Kemudian, Encik Haji Mahmudin meminta
bantuan dari Bank Pertanian tetapi niatnya diperlekehkan. Lalu, beliau memohon
pinjaman peribadi atau ‘personal loan’. Dengan pinjaman yang dimohon itulah beliau
memulakan perusahaan kerepek.
Antara kelebihan atau keistimewaan Kerepek Fazz ialah mereka mengetengahkan
identiti setempat. Pusat jualan mereka tidak hanya menjual produk buatan sendiri tetapi
juga mengumpulkan produk IKS (Industri Kecil Sederhana) di sekitar Kuala Langat yang
kemudiannya dijual di Kerepek House.
3. Kaedah/Cara Penghasilan
i) Senarai Peralatan
Berikut merupakan senarai alatan yang digunakan oleh kilang pemprosesan
KEREPEK FAZZ :
No. Alatan Bilangan
1. Dapur menggoreng (manual) 5 buah
2. Mesin pemotong (manual) 3 buah
3. Conveyor (semi auto) 1 buah
4. Mesin Pengering 1 buah
5. Mesin Pengadun 1 buah
6. Mesin Pembungkusan (semi auto) 2 buah
7. Mesin Pembungkusan (manual) 3 buah
ii) Proses/Peringkat Penghasilan
Ubi dikupas secara manual
Digoreng didalam dapur segi empat sebesar 3X8 kaki
Ditapis dan ditoskan sehingga kering
Diletakkan didalam penapis dan ditoskan sehingga kering
Ubi yang telah dikupas dibawah ke mesin
pemotong untuk proses sayatan atau ‘slicing’
Ubi-ubi tersebut kemudiannya dijatuhkan kedalam kolam air untuk
dibilas.
Dibungkus dan dibawah ke
KEREPEK HOUSE
iii) Langkah-langkah Kawalan Mutu
Pihak Fazz Enterprise amat mementingkan kualiti produk. Mereka mengawal
mutu produk bermula dari ladang sehinggalah proses menggoreng kerepek-kerepek
tersebut.
Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengawal mutu produk :
Menggunakan baja tanpa sebarang bahan kimia.
Mengamalkan sistem tanaman bergilir bagi meningkatkan nutrien tanah
dan menyuburkan tanih.
Jarak antara ladang dan kilang mestilah tidak melebihi 30 KM. Perjalanan
yang jauh atau melebihi 30 KM menyebabkan ubi menjadi kecut.
Ubi yang sudah dipetik mestilah diproses dalam masa 24 jam agar kualiti
ubi terjamin.
Pihak Fazz Enterprise akan menggred ubi-ubi tersebut secara manual.
Mereka mengasingkan ubi mengikuti kesesuaian cara penyediaan.
Minyak yang digunakan bagi menggoreng ubi tidak digunakan melebihi 2
kali bagi mengekalkan kualiti produk.
iv) Spesifikasi Produk
Fazz Enterprise menghasilkan produk daripada, ubi, keledek dan pisang.
Produk ubi terdiri daripada :
Kerepek ubi masin, kerepek ubi pedas kering, kerepek ubi manis, kerepek
ubi tawar lemak dan kerepek jejari ubi
Kerepek ubi berperisa BBQ, kerepek ubi berperisa lada hitam, kerepek ubi
berperisa kari, kerepek ubi berperisa tomato, kerepek ubi berperisa balado
(diperbuat menggunakan serbuk cili)
4. Perkembangan Produk
Fazz Enterprise mula beroperasi sejak Februari 1983 iaitu 29 tahun yang lepas.
Selepas membuka kilang dan pusat jualan, pemborong dari Johor dan Negeri Sembilan
membeli produk beliau dan menjual kembali kepada pelanggan mereka.
Pada tahun 1993, Kerepek Fazz dieksport ke United Kingdom, Dubai, Hong Kong
dan Singapore. Tetapi beliau berhenti mengeksport kerepek pada tahun 1996 disebabkan
faktor kekurangan bahan mentah. Kemudian pada tahun 2004, sekali lagi beliau
mengeksport produk ke Australia tetapi menghentikan eksport disebabkan faktor yang
sama.
Menurut Puan Fazzilah Mahmudin, purata pendapatan yang diperolehi hasil dari
jualan produk dalam lingkungan RM300-RM350K sebulan. Dalam tempoh setahun,
pendapatan Kerepek Fazz meningkat sehingga 5 kali ganda pada bulan Ramadhan
sehingga mencecah 1.5 juta.
Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh Fazz Enterprise ialah kekurangan bahan
mentah disebabkan faktor cuaca. Contohnya, ketika musim hujan ladang ditimpa banjir
dan memusnahkan tanaman. Selain masalah kekurangan bahan mentah, pihak Fazz
Enteprise perlu bersaing dengan penduduk tempatan bagi meningkatkan jualan.
Pihak Fazz Enterprise sedang dalam proses membina cawangan baru bagi
menampung pelanggan yang ramai terutamanya apabila tiba bulan Ramadhan. Beliau juga
merancang untuk memperbesar kilang dan menggunakan teknologi yang lebih canggih
pada masa akan datang selain meluaskan pasaran ke seluruh negara.
RUMUSAN
Setelah menjalankan kajian ini, saya telah dapat memahami dengan lebih mendalam
tentang industri penghasilan produk tempatan di negara kita. Hasilnya, saya lebih
peka terhadap produk-produk tempatan yang dihasilkan di negara kita dan telah
menimbulkan rasa syukur dalam diri saya.
Di samping itu, melalui kajian ini juga dapat menonjolkan masyarakat di negara kita
yang kreatif, inovatif, saling menolong, bekerjasama dan bertoleransi. Hal ini
membuktikan bahawa produk yang dihasilkan oleh masyarakat kita mempunyai kualiti
yang tinggi serta keunikannya yang tersendiri. Ia juga menunjukkan bahawa produk
tempatan mampu bersaing dengan barangan import. Secara tidak langsung, perlaksanaan
kerja kursus ini mengajar diri saya untuk menyokong produk tempatan agar negara kita
dapat membangun maju sekaligus mendekatkan lagi kita dengan Wawasan 2020.
Akhir sekali, sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga dengan produk-produk
keluaran tempatan kerana apabila produk tempatan digunakan dengan meluas berbanding
barangan import, ekonomi negara akan dapat mencapai pertumbuhan positif. Hal ini
mampu meningkatkan taraf hidup penduduk sekali gus mengurangkan bilangan penduduk
miskin di negara kita. Oleh itu, kita hendaklah memberikan sokongan padu terhadap
produk tempatan demi kebaikan semua pihak.
Carta Organisasi Kerepek House
Melawat kawasan kajian
RUJUKAN
Dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya telah merujuk kepada beberapa bahan yang
membantu saya. Antaranya ialah :
1. Orang Sumber
Nama : Mohamad Fazzly bin Haji Mahmudin
Umur : 34 tahun
Alamat : Lot 662, Jalan Cempaka, Kanchong Darat, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Pekerjaan : Pengusaha produk makanan tempatan
2. Internet
http://turqoisea zure.blogspot.com/2012/05/elemen-3-kerja-kursus-sejarah-
pmr-2012.html
http://cikgurazak.blogspot.com/2012/02/kerja-kursus-sejarah-pmr-
2012_11.html
Kerepekh.blogspot.com
3. Surat Khabar
Jagatheswary Narayanan, 2008, Harian Kosmo
4. Melawat Tempat Kajian
Lot 662, Jalan Cempaka,
Kanchong Darat, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
LAMPIRAN
Lesen Perniagaan Fazz Enterprise
Logo/Banner tempat kajian
ELEMEN 2Amira Nur Afiqah binti Agus Salim
970611-01-5816
Puan Norzima binti Jaafar
SURAT KHABAR
Oleh JAGATHESWARY NARAYANANn.jagatheswary@kosmo.com.my
Usahawan kampung, Mahmudin Abas mampu meraih pendapatan kasar sehingga RM4.3 juta setahun hasil perniagaan kerepek ubi kayu dan makanan ringan lain. Apakah rahsia di sebalik kejayaan usahawan ini?
BILA sebut sahaja ubi kayu, pasti ramai generasi lama akan terkenangkan zaman 'makan ubi kayu' ketika penduduk Tanah Melayu berada di bawah penjajahan Jepun. Kesukaran mendapatkan beras ketika itu membuatkan penduduk menggantikan nasi dengan ubi kayu untuk meneruskan hidup.
Kini, ubi kayu bukan sekadar satu hidangan yang penuh nostalgia. Kepelbagaian penyediaannya dinikmati oleh generasi muda dan lebih daripada itu, industri menghasilkan kerepek ubi kayu telah mengubah hidup Mahmudin Abas, 53, dari Kampung Kanchong Darat, Banting, Kuala Langat, Selangor.
DOKUMEN
Lesen perniagaan Fazz Enterprise
GAMBAR/ FOTO
ALAMAT : Lot 662, Jln Cempaka, Kanchong Darat,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Banner Ferepek Fazz
SUMBER
INTERNET
Recommended