View
219
Download
2
Category
Preview:
DESCRIPTION
Kertas Kerja Hari Sukan
Citation preview
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL
SJKT NATESA PILLAY, TELUK INTAN
32000 PERAK
KERTAS
CADANGANKEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
KALI KE-40
TEMPAT:
PADANG SEKOLAH SJKT NATESA PILLAY
TARIKH :
28 & 29 SEPTEMBER 2014
KERTAS KERJA
PENGELOLAAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
SJKT NATESA PILLAY, TELUK INTAN PERAK.
TAHUN 2014
1. PENGENALAN
Sukan olahraga merupakan aktiviti yang amat menyeronokkan dan menyihatkan badan.
Namun begitu, negara kita ketandusan bakat-bakat muda dalam olahraga terutamanya bagi
peringkat pelapis bawah 12 tahun. Menyedari hakikat ini pihak sekolah telah mengambil
inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda terutamanya di bawah umur 12 tahun untuk
mewakili sekolah ini pada tahun hadapan pada peringkat zon, daerah, negeri dan
kebangsaan sejajar dengan usaha berterusan pihak kerajaan menerusi Kementerian
Pelajaran Malaysia yang mengesyorkan acara-acara sukan dijalankan secara berterusan
sepanjang tahun.
Kejohanan Olahraga Tahunan yang dijalankan ini diharapkan akan dapat disertai oleh
100% warga SJKT NATESA PILLAY, TELUK INTAN. Aktiviti ini yang dijalankan dalam
bentuk pertandingan antara 4 pasukan rumah sukan. Johan keseluruhan akan diberikan
hadiah ganjaran dan sijil penyertaan .
2 . OBJEKTIF
2.1 Memperkembangkan potensi setiap warga SJKT NATESA PILLAY dengan Falsafah
Pendidikan Negara.
2.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti
Sukan secara positif.
2.3 Menjadi pemangkin kepada sasaran PPD dalam aspek Kokurikulum
3 . MATLAMAT
3.1 Menambah lagi bilangan penyertaan pelajar dan guru serta staf ke arah intergrasi
Nasional.
3.2 Membina budaya dan gaya hidup sihat serta mengamalkan Konsep Kegairahan
Bersukan (Passion of Sport ).
4 . TENTATIF PELAKSANAAN
4.1 Dijalankan pada : 29.09.2014 ( Isnin)
30.09.2014 (Selasa)
4.2 Masa : 2.00 petang
4.3 Tempat : Padang SJKT Natesa Pillay
5. JAWATANKUASA INDUK (Rujuk Lampiran 1)
6. TENTATIF PROGRAM (Rujuk Lampiran 2)
7 . PENYERTAAN
7.1 Penyertaan semua pelajar dan guru sebagai pegawai pengelola KECUALI atas arahan
kesihatan.
7.2 Pendaftaran dikira melalui kehadiran pelajar yang akan diambil oleh guru kelas.
7.3 Borang penyertaan (rujuk lampiran 3)
8 . KESELAMATAN
8.1 Menghubungi Balai Polis (Unit Trafik ),Hospital, makluman kerana melibatkan
keselamatan jalan raya dan keselamatan awam.
8.2 Anggota PBSM akan bertugas sebagai pembantu semasa berlakunya kecederaan .
9. HADIAH
9.1 Hanya 3 hadiah akan disedoakan untuk pemenang tempat pertama – ketiga.
9.2 Pasukan rumah yang mengutip kemenangan terbanyak dianggap sebagai JOHAN
KESELURUHAN setelah dicampur dengan mata kejohanan merentas desa.
10 . ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Pendapatan RM Perbelanjaan RM
1 Yuran murid ( 76 org x RM10 ) 760.00 Hadiah
2 Sumb. PIBG i. Medal ( 40 set x RM8 ) 320.00
3 Sumb. Sekolah 330.00 ii. Sukaneka ( 4 acara x RM50) 200.00
4 Persiapan Trek/Padang 100.00
5 Runcit/Alatan 150.00
6 Jamuan Tetamu 200.00
7 Minuman Murid (semasa acara) 20.00
8 Cenderahati Perasmian 40.00
9 Cenderahati Pegawai 30.00
10 Urusetia 20.00
Jumlah 1190.00 Jumlah 1180.00
11. ACARA SUKAN YANG AKAN DIJALANKAN
ACARA PADANG ACARA BALAPAN
Lompat Jauh
Lompat Tinggi
Lontar Peluru
100 meter
200 meter
400 meter
800 meter
4x100 meter
4x400 meter
12. PENUTUP
Kerjasama dari pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung adalah amat
diharapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program yang telah masuk tahun ke
sembilan ini.
Disediakan oleh:
…………………………………(EN.SATHIARAJ A/L ANNAMALAI)
Setiausaha Sukan
SJKT NATESA PILLAY
Disemak oleh:
…………………………………(EN.KANAVATHY A/L MUNUSAMY )
GPK Kokurikulum
SJKT NATESA PILLAY
Disahkan oleh:
…………………………………(EN.GANESON A/L RAMASAMY)
Guru Besar
SJKT NATESA PILLAY
Recommended