View
325
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
PANDUANPELAKSANAAN AKTIVITI KEROHANIAN
SELEPAS UPSR DAN PMR SEKOLAH-SEKOLAHKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TAHUN 2012M/1433H
Disediakan oleh :
Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam
Bahagian Pendidikan Islam
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
4 SEPTEMBER 2012
1
Kata-Kata Aluan
PengarahBahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia
Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Taala, pemilik dan penguasa alam seluruhnya. Selawat dan salam kesejahteraan ke atas Baginda Muhammad SAW, penghulu para anbiya’ wal mursalin, pemberi syafaat kepada insan dan penterjemah akhlak Qurani yang hakiki dan sejati.
Pihak sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah pada waktu ini sedang bersiap sedia bagi menghadapi peperiksaan besar iaitu Peperiksaan UPSR dan PMR yang menjadi pengukur utama para pelajar di semua sekolah di seluruh Malaysia. Dengan berakhirnya kedua-dua peperiksaan besar ini, para pelajar terdedah kepada kelompangan masa yang perlu diisi oleh pihak sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan mampu mengelakkan mereka daripada terdedah dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral di luar sekolah.
Sehubungan itu, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, merangka panduan pelaksanaan aktiviti kerohanian sebagai cadangan bagi pihak sekolah dalam merangka dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk para pelajar. Melalui kepelbagaian pengisian rohani, diharapkan para pelajar mendapat manfaat yang optimum daripada pengisian aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian tersebut.
Akhir kalam, saya berharap agar semua pentadbir sekolah tidak mengira sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah akan sama-sama menjayakan pelaksanaan aktiviti berbentuk kerohanian selepas peperiksaan UPSR dan PMR ini.
Sekian, wassalam.
(HJ ABDULLAH BIN MD. DIN )
2
PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI KEROHANIAN SELEPAS UPSR DAN PMR
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TAHUN 2012M/1433H
1. PENGENALAN
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian Selepas UPSR dan PMR Sekolah-
Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2012 diwujudkan bagi
memberikan pendedahan kepada pihak sekolah mengenai cadangan aktiviti-aktiviti
kerohanian yang boleh dilaksanakan bagi memenuhi kelompangan masa khususnya
bagi para pelajar yang telah selesai menjalani peperiksaan UPSR dan PMR.
2. OBJEKTIF
i. Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan para pelajar dengan pengaplikasian
aktiviti-aktiviti kerohanian.
ii. Melahirkan generasi pelajar yang mampu mengamalkannya serta menghayati
setiap ilmu dan pengetahuan tentang agama Islam dalam kehidupan harian
mereka.
iii. Mengukuhkan aspek kerohanian dalam diri para pelajar terutama dalam
menggarap aspek syukur dan cinta kepada agama Islam.
3. SASARAN
Para pelajar lepasan UPSR (bagi sekolah rendah) dan lepasan PMR (bagi sekolah
menengah).
4. TEMPAT
Premis sekolah atau kawasan sekitar yang bersesuaian.
3
5. CADANGAN AKTIVITI
UPSR PMR
1. Qiyamullail
2. Khemah Ibadat
3. Kerja-kerja kebajikan (lawatan)
4. Pertandingan tilawah
5. Gotong-royong perdana
6. Ceramah awal remaja
7.Pertandingan mencipta buku skrap
8. Lukisan mural
9.Tayangan video kisah para nabi/
kisah teladan
1. Qiyamullail
2. Khemah Ibadat
3. Kerja-kerja kebajikan (lawatan)
4. Pertandingan tilawah
5. Gotong-royong perdana
6. Kursus/ seminar ;
i. Perundangan syarak
ii. Perkahwinan
iii. Amali haji
iv. Sembelihan
v. Pengurusan jenazah
vi. Solat ketika peperangan (Khauf)
7. Pertandingan mencipta buku skrap
8. Lukisan mural
9.Tayangan video kisah para nabi/ kisah
teladan
(Sila rujuk kepada Lampiran 1)
6. KAEDAH PELAKSANAAN
Pelaksanaan dijalankan selepas peperiksaan UPSR dan PMR.
7. PELAPORAN
Semua laporan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah perlu diisi dalam
Borang Maklum Balas dan hendaklah dihantar ke Bahagian ini untuk perhatian Ustaz
Mohd Zamri bin Mohamed Noor (Tel : 03-83217276 / 013-9212082 Fak : 03-
83217337) atau e-mail zamri.noor@moe.gov.my
(Sila rujuk kepada Lampiran 2)
4
8. PERKARA YANG DIPOHON
Bahagian ini memohon semua Guru Besar sekolah rendah dan Pengetua sekolah
menengah seluruh Malaysia mengambil maklum dan bekerjasama untuk
melaksanakan serta menjayakan Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian Selepas UPSR
dan PMR Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2012. Diharap
pihak sekolah terutamanya para pelajar dapat manfaat yang paling maksima
daripada pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.
Disediakan oleh :
Unit Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam
Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia
5
Lampiran 1
1. QIAMULLAIL
Masa : 30 minit
Objektif :
1. Melatih pelajar bermunajat untuk bangun malam.
2. Pelajar dapat menghayati kepentingan zikir-zikir munajat.
3. Melahirkan rasa rendah diri kepada Allah di kalangan pelajar.
Kaedah Pelaksanaan :
1. Pelajar membuat saf di surau dalam kumpulan yang ditetapkan oleh fasilitator.
2. Ketua fasilitator mengajak semua peserta muhasabah diri tentang kesalahan
lalu.
3. Pelajar bersama-sama berzikir taubat sambil dipesan mengingati kesalahan
dan dosa yang telah dilakukan.
4. Ketua fasilitator memberi taklimat cara menunaikan solat taubat dan
tujuannya.
5. Bersama-sama mendirikan solat taubat dan menyambung zikir munajat.
6. Ketua fasilitator memberi taklimat cara menunaikan solat witir dan tujuannya.
7. Bersama-sama menunaikan solat witir serta berzikir sambil menunggu azan
Subuh.
2. KHEMAH IBADAT
Masa : 2 hari 1 malam
Objektif :
1. Melahirkan pelajar yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
2. Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi anatar mereka di samping
meningkatkan tahap keyakinan diri.
3. Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan mampu memikul tanggungjawab
serta boleh memimpin.
Kaedah Pelaksanaan :
1. Para pelajar mengikuti aktiviti perkhemahan di padang sekolah atau di mana-
mana kawasan rekreasi.
2. Pelajar di dedahkan dengan pelbagai aktiviti dengan bantuan para fasilitator.
6
Cadangan tentatif program :
HARI PERTAMA
8.00 pg - Pendaftaran
8.30 pg - Taklimat Program/ Pembahagian Kumpulan
9.00 pg - Ice Breaking
10.15 pg - Minum pagi
10.30 pg - Ceramah 1 (Konsep bersuci dalam perspektif Islam)
11.45 pg - Bengkel 1(Amali Istinjak)
12.45 tgh - Makan tengahari/ Solat Zuhur
2.00 ptg - Bengkel 2 (Amali wuduk)
3.30 ptg - Bengkel 3 (amali Tayammum)
4.30 ptg - Minum petang/ Solat Asar
5.00 ptg - Latihan Malam Kesenian Islam
6.00 ptg - Riadah
7.10 mlm - Solat Maghrib/ Kuliah
9.15 mlm - Persembahan Malam Kesenian Islam
11.15 mlm - Muhasabah diri
12.00 mlm - Tidur
HARI KEDUA
4.30 pg - Qiyamullail/Solat Subuh/ Kuliah
7.00 pg - Riadah
8.15 pg - Solat sunat Dhuha
8.30 pg - Ceramah 2 (Falsafah solat : Pembentukan peribadi Muslim)
9.30 pg - Bengkel 4 (Azan dan Iqamah)
10.30 pg - Minum pagi
10.45 pg - Bengkel 5 (Amali solat)
11.45 pg - Bengkel 6 (Amali mandi wajib)
12.45 tgh - Makan tengahari
1.15 ptg - Solat Zuhur/ Kuliah
2.00 ptg - Khidmat masyarakat
3.30 ptg - Majlis penutup
4.30 ptg - Bersurai
7
3. KERJA-KERJA KEBAJIKAN (LAWATAN)
Masa : 1 hari
Objektif :
1. Mewujudkan hubungan yang erat antara pelajar dengan anggota masyarakat.
2. Mendedahkan pelajar kepada kerja-kerja amal dan aktiviti kebajikan.
Kaedah Pelaksanaan :
1. Pelajar di bahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan bergerak ke
beberapa lokasi berbeza seperti hospital, rumah orang-orang tua, rumah anak
yatim dan sebagainya.
2. Setiap kumpulan bergerak dengan bas ke setiap lokasi pilihan dan
melaksanakan kerja-kerja kebajikan di lokasi tersebut.
3. Setiap pelajar perlu merekodkan setiap aktiviti yang dilaksanakan di lokasi
tersebut dan menyatakan impak yang boleh diperolehi daripada pelaksanaan
setiap aktiviti tersebut.
4. PERTANDINGAN TILAWAH
Masa : 1 hari
Objektif :
1. Melahirkan pelajar yang bukan sahaja menguasai bidang akademik tetapi juga
mahir dalam pembacaan ayat-ayat suci al-Quran.
2. Mewujudkan suasana menghayati ayat-ayat al-Quran dan kandungannya
dalam diri pelajar.
Kaedah Pelaksanaan :
1. Pihak sekolah menganjurkan Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat kelas/
tingkatan dan terbuka (turut melibatkan guru dan kakitangan sekolah)
8
5. GOTONG-ROYONG PERDANA
Masa : 1 hari
Objektif :
1. Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih untuk pelajar.
2. Melahirkan suasana kondusif untuk para pelajar menjalani proses Pengajaran
dan Pembelajaran.
3. Memupuk minat pelajar untuk menjaga kebersihan khususnya di kawasan
sekolah.
Kaedah Pelaksanaan :
1. Pihak sekolah menganjurkan Gotong-royong Perdana dengan melibatkan
para guru, pihak Pertubuhan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta agensi awam
dan agensi swasta yang berkaitan.
2. Pihak sekolah menyarankan agar semua pelajar turut menjemput ibu bapa
mereka untuk sama-sama menjayakan Gotong-royong Perdana ini.
6. CERAMAH/KURSUS/SEMINAR
Masa : 2 jam (ceramah) dan 1 – 2 hari (kursus/ seminar)
Objektif :
1. Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam
menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran alaf akan datang.
2. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang sesuatu isu yang perlu
mereka tahu sebagai persediaan untuk menghadapi hari mendatang.
3. Melahirkan kesedaran kepada para pelajar terhadap sesuatu isu yang
dibincangkan dalam ceramah/ kursus/ seminar.
Alatan : alat tulis, kertas
Kaedah Pelaksanaan :
1. Penceramah ditetapkan oleh pihak sekolah.
2. Disarankan agar diadakan soalan kuiz (ceramah) dan pelaporan (kursus/
seminar).
9
7. PERTANDINGAN MENCIPTA BUKU SKRAP
Masa : 1 minggu
Objektif :
1. Menonjolkan nilai kreativiti dan inovasi dalam diri pelajar.
2. Menerapkan nilai kerjasama antara pelajar dalam kumpulan.
Alatan : alat tulis, kertas
Kaedah Pelaksanaan :
1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mencipta buku skrap.
2. Tema bagi buku skrap yang dihasilkan itu ditetapkan oleh pihak sekolah.
3. Setiap kumpulan diberikan tempoh masa seminggu untuk menyiapkan buku
skrap tersebut.
8. PERTANDINGAN LUKISAN MURAL
Masa : 2 minggu
Objektif :
1. Menonjolkan nilai kreativiti dan inovasi dalam diri pelajar.
2. Menerapkan nilai kerjasama antara pelajar dalam kumpulan.
Alatan : Peralatan melukis mural
Kaedah Pelaksanaan :
1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melukis mural.
2. Lokasi untuk melukis mural tersebut adalah di sekitar kawasan sekolah dan ia
ditetapkan oleh pihak sekolah.
3. Setiap kumpulan diberikan tempoh dua seminggu untuk menyiapkan lukisan
mural tersebut.
10
9. TAYANGAN VIDEO KISAH PARA NABI/KISAH TELADAN
Masa : 2 minggu
Objektif :
1. Memaparkan kepada pelajar tentang kisah para nabi/ kisah teladan untuk
dijadikan renungan bersama dan diambil iktibar daripadanya.
Alatan : Video kisah para nabi/ kisah teladan
Kaedah Pelaksanaan :
1. Video tentang kisah para nabi/ kisah teladan di pilih oleh pihak sekolah.
2. Pelajar diminta untuk menyenaraikan semua unsur teladan yang boleh
diperolehi daripada kisah-kisah tersebut.
11
Lampiran 2
Borang Maklum Balas
Pelaksanaan Aktiviti Agama Selepas UPSR dan PMR
Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2012
1. Nama Sekolah : .......................................................................................
2. Alamat Sekolah : .......................................................................................
3. No. Telefon : .......................................................................................
4. E-mail Sekolah : .......................................................................................
Bil AktivitiTarikh
Pelaksanaan
Jumlah
Pelajar
Terlibat
Catatan
Cadangan/Komentar
........................................................................................................................................
...........................................................................................................................
Tandatangan Guru Besar/Pengetua
.........................................
( ) Cop sekolah
Tarikh : ............................
Nota : Sila isi dan kembalikan ke Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak, Pengurusan Dakwah dan
Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk perhatian Ustaz
Mohd Zamri bin Mohamed Noor (Tel : 03-83217276 / 013-9212082 Fak : 03-83217337) atau e-mail
zamri.noor@moe.gov.my
12
13
Recommended