View
329
Download
1
Category
Preview:
DESCRIPTION
kkk
Citation preview
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
16109 PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU KELANTAN
ANJURAN
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
KELOLAAN
PISMP SEMESTER 2 SAINS
TARIKH
01 OKTOBER 2012
TEMPAT
PADANG INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KERTAS KERJA
PERMAINAN KANAK-KANAK
(BOLA TAMPAR)
1.0 PENGENALAN
Kesihatan dan kecergasan adalah di antara keperluan asas bagi pencapaian
kejayaan dan kesejahteraan dalam segala kegiatan kehidupan seharian seseorang
untuk sepanjang hayat.
Permainan kanak-kanak merupakan permainan yang mempunyai peranan
penting dalam Pendidikan Jasmani bagi murid-murid di sekolah rendah. Walaupun
objektif jangka pendek permainan kanak-kanak adalah untuk menghiburkan murid-
murid, tetapi permainan kanak-kanak memberi sumbangan yang baik dan berkesan
terhadap perkembangan kognitif, minda serta perkembangan diri murid-murid.
Permainan ini dapat mendedahkan murid-murid kepada kemahiran asas dalam
permainan dan sukan.
Permainan kanak-kanak ini dapat membantu kanak-kanak memahami aktiviti
sekitar mereka. Kanak-kanak ini belajar melalui penglibatan secara terus dan
pengalaman langsung. Sekiranya perlaksanaan permainan ini dibuat dengan berkesan
akan melahirkan murid yang cemerlang baik dari segi akademik serta sahsiah yang
tinggi dalam menempuh cabaran yang mendatang sebagai seorang murid yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
Permainan kanak-kanak terdiri daripada empat kategori iaitu sasaran, pukulan,
jaring dan dinding dan serangan/kawasan. Dalam permainan kanak-kanak, murid-
murid dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran dalam permainan asas seperti
kriket, bowling, skuasy, bola sepak, bola tampar dan sebagainya. Selain daripada itu,
murid-murid juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam sesuatu permainan
selain dapat menjadi lebih kreatif, meningkatkan kesihatan, dapat fokus terhadap
sesuatu perkara, merangsang otak kiri untuk membuat keputusan dengan cepat dan
banyak lagi faedah yang lain boleh diperolehi melalui permainan kanak-kanak ini.
2.0 MATLAMAT
Matlamat utama mempelajari permainan kanak-kanak ini ialah:
i. Memupuk semangat kesukanan dalam diri guru pelatih dan dapat
diterapkan kepada murid-murid kelak.
ii. Memberi keyakinan diri kepada setiap guru pelatih untuk mengajar
Pendidikan Jasmani dengan menarik dan kreatif pada masa kelak.
iii. Membantu guru pelatih untuk mencapai pencapaian sosial dan
kemanusiaan dalam diri.
iv. Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian
dalam permainan.
v. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan
dan perlakuan motor.
vi. Menguasai konsep aktiviti permainan kanak-kanak mengikut kemampuan
diri.
3.0 OBJEKTIF
i. Memenuhi sukatan pelajaran subjek Pergerakan Asas (PJM 3102) bagi
program PISMP Semester Dua.
ii. Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan integrasi sosial agar setiap
individu dapat mencapai pembangunan yang optimum dan dapat memberi
sumbangan kepada masyarakat.
iii. Meningkatkan kecergasan jasmani keseluruhan murid supaya mereka boleh
melakukan kerja-kerja hariannya dengan cekap dan kreatif.
4.0 BUTIRAN PENGELOLAAN
4.1 Tarikh : 01 Oktober 2012
4.2 Hari : Isnin
4.3 Masa : 7.45 a.m – 12.00 p.m
4.4 Tempat : Padang IPG Kota Bharu
5.0 KUMPULAN SASARAN
Guru pelatih PISMP Semester Dua yang mengikuti subjek elektif 1 Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan.
6.0 AHLI JAWATANKUASA
6.1 JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Tn. Hj. Hashim bin Deraman
Pengarah,
IPG Kampus Kota Bharu
Penasihat : Tn. Hj. Dr. Mohd Aziz Bin Mohd Din
Timbalan Pengarah
IPG Kampus Kota Bharu
Ketua Jabatan : Tn Haji Aziz Bin Jaafar
Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan
Pensyarah Penasihat : En. Che Kamaruddin B. Che Mamat
Pengerusi : Mohd Nor B. Mat Rahim
Naib pengerusi : Noraini Bt Annur
Setiausaha 1 : Nur Izni Syamimi Bt Mohd Lazim
N/Setiausaha 2 : Muhammad Naim B. Saadon
Bendahari : Nurul Mardhiah Bt. Mohamad
6.2 JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi : Mohd Nor B. Mat Rahim
Naib pengerusi : Noraini Bt Annur
Setiausaha 1 : Nur Izni Syamimi Bt Mohd Lazim
N/Setiausaha 2 : Muhammad Naim B. Saadon
Bendahari : Nurul Mardhiah Bt. Mohamad
Ahli Jawatankuasa
AJK Aktiviti
1. Chiew Sing Hui
2. Badiuzzaman B. Mohd Saupi
3. Selvi a/p Segaran
4. Tee Ling Hsia
AJK Hadiah & Cenderahati
1. Clement Jong Khai Boon
2. Nurul Hazwani Bt. Idrus
3. Ayisy Hariz B. Sukiman
AJK Brosure
1. Ong Hui Hui
2. Thaatchayani a/p Muralle
3. Zaira Nur Hidayah Bt. Jamhari
Pertandingan dan Kepegawaian
1. Gene Ng May Hung
2. Lui Wan Sing
Teknik dan Statistik
1. Liu Wei Yen
AJK Keselamatan
1. Ahmad Khusairi B. Ariffin
AJK Persegaran
1. Tan Guo Liang
7.0 TENTATIF PROGRAM
01 Oktober 2012 (Isnin)
MASA PERKARA
7.35 am - 7.45 am Kehadiran pensyarah dan guru pelatih
7.45 am - 8.00 am Taklimat permainan kanak-kanak.
8.00 am – 8.20 am Senaman Aerobik
8.25 am - 11.30 am Permainan kanak-kanak dimulakan.
11.30 am - 12.00 a.m Majlis Penutupan
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
1. Sumber Kewangan
BIL SUMBER JUMLAH
1. Kutipan Ahli
RM 10 Setiap orang
RM 10 X 20
= RM 200
2. Perbelanjaan
BIL PERBELANJAAN RM
1. Persegaran 60
2. Kain 7
3. Span 30
4. Kapur 3
5. Hamper 60
Jumlah Ringgit Malaysia 160
9.0 PENUTUP
Berbekalkan semangat dan tujuan yang baik, diharapkan dengan penganjuran
Permainan Kanak-kanak ini mampu memberi pengalaman dan pengetahuan yang
bermakna kepada setiap guru pelatih untuk diguna dan dipraktikkan di sekolah kelak.
Secara tersiratnya, semoga penganjuran kali ini mampu mengeratkan hubungan
silaturrahim antara semua guru pelatih. Diharapkan penganjuran ini dapat membuka
mata semua guru pelatih betapa pentingnya permainan kanak-kanak sebagai asas
untuk pelajar menguasai kemahiran – kemahiran dalam permainan di samping
meningkatkan emosi pelajar. Selain itu, diharapkan penganjuran ini mampu
menyediakan model guru masa hadapan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
_____________________________ ______________________________
( NUR IZNI SYAMIMI BT MOHD LAZIM ) (MOHD NOR B. MAT RAHIM)
Setiausaha, Pengerusi,
Jawatankuasa Pengelola, Jawatankuasa Pengelola,
Permainan Kanak-kanak. Permainan Kanak–kanak.
’Bola Tampar’ ’Bola Tampar’
Disahkan oleh,
_____________________________
(EN. CHE KAMARUDDIN B. CHE MAMAT)
Pensyarah Penyelaras,
Permainan Kanak-kanak. ,
‘Bola Tampar’
Diluluskan oleh,
(TN. HJ. AZIZ B. JAAFAR)
Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
IPG Kampus Kota Bharu.
BORANG PENYERTAAN
PERMAINAN KANAK – KANAK (BOLA TAMPAR)
ANJURAN PISMP SEMESTER 2 SAINS
OPSYEN : __________________________________________
NAMA KETUA : __________________________________________
NO.TELEFON : __________________________________________
BIL NAMA NO I/C
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
Tandatangan Pengurus Pasukan : _____________________
PERATURAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Bola tampar
1. Peraturan Am Permainan
i. Setiap pasukan merangkumi 6 orang pemain termasuk 1 pemain
simpanan.
ii. Pemain boleh diganti – ganti.
iii. Pemain hendaklah berpakaian sukan yang lengkap dan seragam . Warna
pakaian adalah bargantung kepada setiap pasukan.
iv. Pemain hendaklah mendaftarkan diri kepada pihak urusetia terlebih
dahulu sebelum bermain.
v. Semua pelajar digalakkan bermain.
vi. Pemenang adalah kumpulan yang mengumpul mata tertinggi sepanjang
permainan.
2. Peraturan Semasa Permainan
1. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar 6 pemain termasuk 1 orang
pemain simpanan
2. Permulaan untuk menservis akan ditentukan dengan undian iaitu balingan
duit syiling. Kumpulan yang memenangi undian tersebut akan memulakan
servis dan dikenali sebagai ‘pihak mula’ manakala kumpulan yang kalah
dalam pengundiaan dikenali sebagai ‘pihak lawan’
3. Setiap peserta perlu menservis dan menampan bola hanya di dalam petak
yang telah disediakan.
4. Mata akan diberikan apabila bola yang diservis oleh pihak mula tidak berjaya
ditampan dan dikembalikan semula pihak lawan dengan syarat bola jatuh
tidak melebihi garisan gelanggang perlawanan. Maka, pihak mula mendapat
mata. Begitula sebaliknya.
5. Mata juga akan diberikan kepada pihak lawan jika mereka berjaya
menampan bola yang dihantar oleh pihak mula dan kemudiannya tidak
berjaya ditampan kembali pihak mula. Begitula sebaliknya.
6. Jika bola yang ditampan oleh mana-mana pihak jatuh melebihi garisan
gelanggang, maka mata akan diberikan kepada pihak sebelah.
7. Setiap mata yang dikutip akan diberikan 1 mata
8. Masa perlawanan adalah selama 5 minit bagi 1 set permainan.
9. Perlawanan akan berhenti rehat selama 1 minit sebelum memulakan set
kedua
10.Perlawanan akan berlangsung dalam 2 set permainan iaitu selama 11 minit
termasuk masa rehat
11.Pemenang akan ditentukan melalui jumlah kutipan mata tertinggi bagi kedua-
dua set permainan
12.Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat dan
rayuan tidak akan dilayan.
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PERMAINAN
1. Permainan dimulakan dengan setiap ketua kumpulan dikehendaki untuk memilih
dan membuat undian masing-masing dengan menggunakan duit syiling
2. Pengadil akan melambung duit syiling tersebut dan menyambutnya kembali.
Kumpulan yang memenangi undian tersebut (pihak mula) akan memulakan
permainan
3. Semua para peserta mengambil posisi masing-masing dengan keadaan bersedia
iaitu berdiri di dalam petak masing-masing yang telah disediakan.
4. Bola akan diservis oleh pasukan mula menuju ke pihak lawan. Pihak lawan
dikehendaki untuk membalas servis tersebut dengan menampan kembali ke
gelanggang pihak mula tanpa bola jatuh ke tanah
5. Jika bola yang diservis oleh pihak mula tidak dapat dibalas dan ditampan pihak
lawan, mata akan diberikan kepada pihak mula.
6. Perlawanan akan berlangsung selama 5 minit bagi setiap set permainan dan
diberikan rehat selama 1 minit
7. Pemenang akan dikira melalui pungutan mata tertinggi selepas tamat
perlawanan
8. Sekiranya berlaku seri, masa tambahan diberikan selama 2 minit.
PELAN KEDUDUKAN PELAKSANAAN PERMAINAN
JARING (NET)
GELANGGANG (KAWASAN) PERMAINAN
SKITTLE (KON)TAPAK PEMAIN BIASA
TAPAK KETUA PASUKAN
SENARAI ALATAN
BIL ALATAN KUANTITI
1. Bola kapas 4
2. Botol 8
3. Kapur 1 kotak
4. Jaring 2
5. Kertas mahjong 6 keping
6. Fisrt aid 1
7. Marker 3
8. Meja 1
9. Scoreboard 1
10. Whiteboard pen 2
JADUAL PERLAWANAN
Recommended