View
221
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
Kertaskerja Bola Baling
Citation preview
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT INSTITUT PERGURUAN
TUANKU BAINUN
TARIKH: 19 OGOS 2010
TEMPAT: IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
1. KERTAS KERJA
2. SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN AM
3. UNDIAN PERLAWANAN
ENCIK MOHAMMAD BIN OTHMAN
GURU PENASIHAT
BOLA BALING KAMPUS TUANKU BAINUN
PERTANDINGAN BOLA BALING
PERINGKAT KAMPUS TUANKU BAINUN
1) NAMA TEMASYA: Pertandingan bola baling
2) TARIKH : 2 Mei 2010
3) TEMPAT : IPG Kampus Tuanku Bainun
4) PENYERTAAN : Setiap pasukan hendaklah menghantar 12 orang peserta
untuk menyertai pertandingan ini.
5) OBJEKTIF
A) Membentuk suasana bekerjasama dan muafakat yang tinggi dikalangan
warga IPG Kampus Tuanku Bainun
B) Membentuk, memelihara dan meningkatkan kecerdasan minda, kecerdasan
jasmani, rohani, emosi dan sosial di kalangan anggota kumpulan
C) Mengeratkan silaturahim dikalangan anggota kumpulan yang bertanding
6) SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
PENYERTAAN
A) Penyertaan terbuka kepada lelaki dan perempuan
B) Setiap pusat dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 25 untuk satu
penyertaan
C) Hanya penuntut IPG Kmpus Tuanku Bainun sahaja yang layak untuk menyertai
pertandingan ini.
D) Penyertaan setiap pasukan dihadkan tidak lebih daripada 12 orang sahaja.
E) Pasukan boleh mendaftar tidak lebih 7 orang pemain dan 5 orang simpanan
F) Pertandingan dianjurkan mengikut jawatankuasa pengelola pertandingan.
G) Penyertaan ini akan menerima hanya 8 pasukan sahaja.
7) PENGADILAN
A) Pengadil bertauliah dilantik untuk mengadili pertandingan ini dalam aspek
teknikal dan peraturan-peraturan lain.
B) Semua keputusan yang dibuat oleh pengadil yang dilantik adalah muktamad
dan kompromi tidak dibenarkan.
8) KETEPATAN MASA
Semua pemain yang bertanding hendaklah melaporkan diri kepada penyelaras
permainan atau pengadil bertugas sekurang-kurangnya 10 minit sebelum permainan
bermula.
.
9) SISTEM PERTANDINGAN
Cara Liga 2 Kumpulan
Pusingan pertama :
Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan
dalam kumpulan A dan naib johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam
kumpulan B.
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan cara
undian.
Pusingan kedua :
Johan kumpulan A akan melawan naib johan kumpulan B.
Johan kumpulan B akan melawan naib johan kumpulan A.
Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
Pemenang akan bertanding untuk menentukan johan dan naib johan.
Pasukan yang kalah akan bertanding untuk menentukan tempat ketiga dan
keempat.
Johan A
Naib Johan B
Johan B
Naib Johan A
Semua permainan dijalankan secara liga.
10)HADIAH
A) Satu piala pusingan hamper berserta sijil akan diberi kepada pasukan yang
memenangi pertandingan ini.
B) Sijil akan diberikan kepada semua pasukan.
11) RAYUAN DAN BANTAHAN
A) Juri rayuan terdiri daripada :
i) Ketua pengadil
B) Bantahan bertulis boleh dibuat oleh pengurus/ketua pasukan dalam tempoh
30 minit selepas perlawanan tamat. Bantahan ini hendaklah dibuat kepada
penyelaras permainan.
C) Penyelaras permainan akan memanjangkan bantahan bertulis bersama wang
bantahan sebanyak RM50.00 kepada juri yang dilantik. Sebarang keputusan
yang akan dibuat adalah MUKTAMAD.
D) Wang bantahan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan DITOLAK.
12)KESELAMATAN PESERTA DAN HARTA BENDA
A) Setiap peserta adalah bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan diri
masing-masing di dalam setiap acara yang disertai.
B) Walau bagaimanapun, pihak pengelola akan mengambil langkah-langkah
yang perlu bagi meminimakan risiko kecederaan peserta di dalam setiap
acara yang dipertandingkan.
C) Pihak pengelola tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan
barang peribadi peserta. Peserta dinasihatkan membawa bersama barang-
barang berharga apabila meninggalkan tempat pertandingan.
13)PERSEDIAAN PESERTA
Pihak Pengelola akan memberikan minuman ringan.
14)ANGGARAN PERBELANJAAN
HADIAH
Tempat pertama = RM 200 X 2 = RM400
Tempat kedua = RM150 X 2 = RM300
Tempat ketiga = RM100 X 2 = RM200
TOTAL = RM900
15)
TENTATIF PROGRAM
PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT INSTITUT PERGURUAN
TUANKU BAINUN
HARI/MASA : 2 MEI 2010
8.OO pg-9.30 pg : Pendaftaran bagi setiap pasukan
9.30 pg-10.30 pg : Perasmian Kejohanan Bola Baling
10.30 pg-10.45pg : Taklimat permainan bagi setiap pasukan
10.45pg-1.30ptg : Perlawanan berlangsung
1.30ptg-2.30ptg : Rehat dan Solat Zohor
2.30ptg-5.30ptg : Perlawanan berlangsung kembali
5.30ptg-5.45ptg : Rehat
5.45ptg-6.30 : Majlis penutupan dan penyampaian hadiah
16)PERATURAN PERMAINAN
1. AM
1.1. Pertandingan ini akan disempurnakan mengikut peraturan
pertandingan bola baling. Pertandingan juga tertakluk kepada
peraturan umum Pertandingan Bola Baling IPG Kampus Tuanku
Bainun.Pasukan yang didapati menggunakan pemain yang tidak
layak (Perenggan 6(c) : Syarat-syarat Penyertaan) akan dibatalkan
penyertaan mereka.
2. PENDAFTARAN PEMAIN
2.1. Tidak lebih DUA BELAS (12) orang pemain layak didaftarkan oleh
setiap pasukan iaitu sekurang-kurangnya TUJUH (7) pemain utama
dan LIMA (5) pemain simpanan.
2.2. Pemain minima seramai LIMA (5) orang.
2.3. Hanya pemain yang didaftar sahaja layak bermain.
2.4. Ketua pasukan hendaklah menyerahkan senarai nama pemain
kepada penyelaras pertandingan 10 minit sebelum tiap-tiap
perlawanan bermula.
2.5. Tiada had penggantian yang boleh dibuat semasa permainan
berlangsung.
2.6. Pemain yang telah diganti boleh masuk semula mengantikan
mana-mana pemain sepasukan yang lain.
3. SISTEM PERTANDINGAN
3.1. Pertandingan akan dijalankan secara liga EMPAT (4) kumpulan.
3.2. Empat pasukan akan bertanding dalam setiap pasukan.
3.3. Johan setiap kumpulan layak ke peringkat separuh akhir.
3.4. Masa penuh permainan peringkat kumpulan bagi peringkat awal
ialah 10-5-10 minit
3.5. Masa bagi suku akhir ialah 12-5-12 minit.
3.6. Masa bagi separuh akhir ialah 15-5-15 minit.
4. PENENTUAN KEMENANGAN
4.1. Penentuan Johan Kumpulan dipusingan awal dan pemenang
tempat pertama, kedua dan ketiga di pusingan akhir adalah
berdasarkan gol yang terbanyak.
4.2. Sekiranya terdapat persamaan gol,keputusan adalah seperti
berikut:
4.2.1. Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak akan
dikira menang
4.2.2. Jika seri, pasukan yang mendapat jaringan yang lebih
banyak dikira menang.
4.2.3. Jika masih seri, lambungan sebanyak tiga kali akan
dilakukan.
5. KELEWATAN
5.1. Tiada masa menunggu yang diperuntukkan.
5.2. Perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.
5.3. Jika terdapat pasukan yang lewat dan tidak cukup pemain,
pasukan itu dikira kalah.
6. ALATAN / PAKAIAN PERMAINAN
6.1. Tiap-tiap pasukan yang bertanding dikehendaki membawa 2 biji
bola baling untuk perlawanan.
6.2. Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 jersi berlainan warna.
Jersi hendaklah bernombor (belakang dan hadapan) antara 1
hingga 20. Ukuran ketinggian nombor di bahagian belakang
mestilah sekurang-kurangnya 20cm dan 10cm di bahagian
hadapan.
6.3. Setiap pemain hendaklah berpakaian sesuai untuk pertandingan
bola baling.
6.4. Semua pemain diwajibkan memakai kasut biasa atau ‘boot’. Kasut
berpaku tidak dibenarkan.
6.5. Kasut ‘boot’ yang mempunyai enam hingga lapan ‘stud’ tidak
dibenarkan dan tinggi ‘stud’ yang dibenarkan tidak melebihi 12mm.
6.6. Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan kain berwarna di
bahagian atas lengan dengan ukuran 4cm.
6.7. Jika berlaku pemakaian jersi yang sama warna sebelum
pertandingan, pasukan yang namanya tercatat dahulu dalam jadual
perlawanan dikehendaki menukar jersi.
7. MENARIK DIRI DAN MENYERLAH KALAH
7.1 Pasukan tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan,
Sekiranya satu pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan
sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang
disertainya akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan
menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil.
8. SINGKIR (KAD MERAH) DAN PEMBATALAN
8.1 Jika pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah dalam
satu-satu perlawanan, dia akan digantung satu perlawanan berikutnya.
8.2 Pemain yang menerima kad merah kerana digantung selama 2 minit
dalam 3 kali berturut-turut, dia hanya tidak dibenarkan bermain untuk
perlawanan itu sahaja dan dibenarkan bermain untuk perlawanan
seterusnya.
8.3 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan dibatalkan, dia tidak
dibenarkan berada di kawasan kejohanan sepanjang pertandingan itu.
9. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan ini akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan yang berkenaan dan keputusan
adalah muktamad. Sila rujuk Peraturan Am.
LAMPIRAN A
JAWATANKUASA PERTANDINGAN
Penaung : Cik Hajjah Rosenah bte Mohd Noor
Penasihat : Encik Mohammad bin Othman
Ketua Pengelola : Muhammad Affan b. Ahmad
Setiausaha : Noor ‘Afifah bt. Md Arifin
Bendahari : Shazuana bt. Mohamad Saad
AJK
Protokol : Nur Ain bt Adnan
Buku Program : Muhammad Afif Yusri b. Yahya
Pertandingan : Muhammad Amirul Ariff b. Baharun
Peralatan : Muhammad Faez b. Mohamad Yusoff
Dokumentasi : Muhammad Faez b. Nurazman Amrullah
Kehakiman : Shahril Fitri b. Johari
Makanan : Muhammad Shafeez b. Rohadan
Keselamatan :
Hadiah :
Tugas khas :
Recommended