View
229
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
KESEDIAAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UNTUK MENCEBURI BIDANG
KEUSAHAWANAN
MILAWATI BINTI MOHD DIAH
Universiti Teknologi Malaysia
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KESEDIAAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UNTUK MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN.
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya MILAWATI BINTI MOHD DIAH
(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: Dr. YAHYA B. BUNTAT NO 22, KAMPUNG TERENTANG, Nama Penyelia 72200 BATU KIKIR, N. SEMBILAN. Tarikh:_9.11.2007 Tarikh: 9. 11. 2007
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”.
Tandatangan : ………………………………………….
Nama Penyelia : Dr. Yahya b. Buntat
Tarikh : …………9. 11. 2007………………….
i
KESEDIAAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UNTUK MENCEBURI BIDANG
KEUSAHAWANAN.
MILAWATI BINTI MOHD DIAH
Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2007
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………….
Nama Penulis : Milawati Binti Mohd Diah
Tarikh : ..................9.11.2007...........
iii
DEDIKASI
Ditujukan Khas Untuk
Ayahanda
Allahyarham Mohd Diah b. Ali
Bonda
Allahyarhamah Halimah binti Pechok
Zaharufuddin b. Shariff
Hj. Banuar
Fatimah binti Mohd Diah
Ahsri b. Mohd Diah
Suriati binti Jaafar
Dr. Yahya b. Buntat
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia,
taufik dan HidayahNya, maka saya dapat menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam
untuk junjungan Rasullullah S.A.W serta para sahabat baginda.
Dalam usaha menyiapkan Projek Sarjana Muda ini, saya ingin merakamkan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi yang tidak terhingga kepada
Dr. Yahya b. Buntat yang sentiasa berusaha memberi bimbingan, sokongan dan
dorongan sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Keikhlasan serta
dedikasi beliau amat saya kagumi.
Buat seluruh cendiakawan Universiti Teknologi Malaysia, terima kasih
diucapkan di atas ilmu yang dicurahkan kepada saya. Jasa kalian akan dikenang
sepanjang masa.
Rakaman terima kasih juga kepada rakan-rakan sepejuangan dan sesiapa yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu dalam menyiapkan projek ini.
Semoga Allah membalas jasa baik yang telah disumbangkan.
Wassalam.
Milawati Binti Mohd Diah.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar tahun
akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk menceburi bidang
keusahawanan dari 4 aspek iaitu kurikulum, minat, motivasi dan sikap. Seramai 95
pelajar dari kursus Awam, Elektrik, Mekanikal (Jentera) dan Kemahiran Hidup
(A/E/J/H) di Fakulti Pendidikan telah dipilih keseluruhan sebagai responden kajian.
Set soal selidik pula mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A mengenai latar
belakang responden dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian yang digunakan
sebagai instrumen kajian ini. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.96.
Hasil kajian ini dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package For Social
Science) 15.0 untuk mendapatan kekerapan,peratusan dan min. Hasil dapatan kajian
menunjukkan semua aspek yang dikaji berada pada tahap tinggi dan memainkan
peranan penting kepada kesediaan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia untuk menceburi bidang keusahawanan.
vi
ABSTRACT
This research was conducted in order to identify students’ preparation to be
an entrepreneur in several aspects. This research highlighted the various contributing
aspects such as curriculum, interest, motivation and attitude. 95 students form Civil,
Electrical, Mechanical and Kemahiran Hidup (A/E/J/H) course in Faculty Of
Education University Technology Malaysia were selected as respondents for this
study. A set of questionnaire comprising 2 sections, section A on the respondent’s
particulars and section B consisted statement on the research scope were used as
research instrument. The reliability of the instrument is α = 0.96. Data were
processed and analyzed by using SPSS (Statistical Package For Social Science) 15.0
for windows to obtain frequencies, percentages and means. Result showed that all the
aspect was studied at high level. All of the aspects students were identified as critical
factor in influencing students’ preparation to be an entrepreneur.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS -
PENGESAHAN PEYELIA -
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DIDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop dan Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
viii
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 12
2.2 Kurikulum 12
2.3 Motivasi 14
2.4 Minat 15
2.5 Sikap 16
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 20
3.2 Rekabentuk Kajian 20
3.3 Tempat Kajian 21
3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 21
3.5 Instrumen Kajian 22
3.6 Keesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik 24
3.7 Kajian Rintis 25
3.8 Batasan Kajian 26
3.9 Prosedur Kajian 27
3.10 Analisis Data 28
3.11 Penutup 29
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 30
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 31
4.2.1 Jantina 31
4.2.2 Umur
4.2.3 Program
4.2.4 Pengalaman Berniaga
4.2.5 Ahli Keluarga Yang Terlibat Dengan
Perniagaan
31
32
33
33
ix
4.2.6 Perbandingan jantina dengan
pengalaman berniaga
4.2.7 Perbandingan pengalaman berniaga
dengan latar belakang ahli keluarga
yang terlibat dengan perniagaan.
34
35
4.3 Analisis Data Bahagian B 35
4.3.1 Analisis Tahap Kesediaan Kurikulum
Keusahawanan Membantu Pelajar
Melengkapkan Diri Untuk Menjadi
Seorang Usahawan.
4.3.2 Analisis Data Bagi Tahap Kesediaan
Pelajar Dari Segi Minat Dalam
Mempersiapkan Diri Untuk Menceburi
Bidang Keusahawanan
4.3.3 Analisis Data Bagi Tahap Kesediaan
Pelajar Dari Segi Motivasi Dalam
Mempersiapkan Diri Untuk Menceburi
Bidang Keusahawanan
4.3.4 Analisis Tahap Kesediaan Pelajar Dari
Segi Sikap Dalam Mempersiapkan Diri
Untuk Menceburi Bidang
Keusahawanan
36
39
42
44
4.4 Rumusan Analisis Tahap Kesediaan
Kurikulum, Minat, Motivasi dan Sikap Pelajar
Tahun Akhir (A/E/J/KH), Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia Untuk
Menceburi Bidang Keusahawanan.
47
4.5 Penutup 49
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 50
5.2 Perbincangan Hasil Dapatan 50
x
5.2.1 Meninjau keberkesanan kurikulum yang
ditawarkan dalam membentuk kesediaan
pelajar untuk menceburi bidang
keusahawanan.
5.2.2 Meninjau sejauhmana minat dapat
membantu pelajar bersedia menceburi
bidang keusahawanan.
5.2.3 Meninjau kesediaan motivasi diri
pelajar sebelum menceburi bidang
keusahawanan.
5.2.4 Meninjau kesediaan pelajar dari segi
sikap dalam melengkapkan diri untuk
menjadi seorang usahawan.
51
55
55
57
5.3 Rumusan Hasil Kajian 59
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 61
5.5 Kesimpulan 62
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA
SURAT
2.1 Modul pengajaran Perdagangan dan Keusahawanan
SPE 3002
13
3.1 Jumlah pelajar tahun akhir fakulti pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
22
3.2 Taburan item berdasarkan persoalan kajian 23
3.3 Jadual pemeringkatan skor skala lima pilihan
jawapan
24
3.4 Nilai Alpa Cronbach 25
3.5 Pemeringkatan Skala Likert 28
3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan peratus 29
3.7 Tahap penilaian responden berdasarkan min 29
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 32
4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 32
4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Berniaga 33
4.5 Taburan Responden Mengikut Ahli Keluarga Yang
Terlibat Dengan Perniagaan
34
4.6 Taburan Perbandingan Jantina Responden Dengan
Pengalaman Berniaga
34
xii
4.7 Taburan Responden Mengikut Perbandingan
Pengalaman Berniaga Dengan Latar Belakang Ahli
Keluarga Yang Terlibat Dengan Perniagaan.
35
4.8 Analisis Peratusan Dan Min Bagi Kesediaan Pelajar
Dari Segi Kurikulum Keusahawanan Untuk
Membantu Pelajar Melengkapkan Diri Menjadi
Seorang Usahawan
36
4.9 Analisis Peratusan Dan Min Bagi Kesediaan Pelajar
Dari Segi Minat Dalam Mempersiapkan Diri Untuk
Menceburi Bidang Keusahawanan
39
4.10 Analisis Peratusan Dan Min Bagi Kesediaan Pelajar
Dari Segi Motivasi Dalam Mempersiapkan Diri
Untuk Menceburi Bidang Keusahawanan
42
4.11 Analisis Peratusan Dan Min Bagi Kesediaan Pelajar
Dari Segi Sikap Dalam Mempersiapkan Diri Untuk
Menceburi Bidang Keusahawanan
45
4.12 Analisis Min Bagi Tahap Kesediaan Kurikulum,
Minat, Motivasi Dan Sikap Pelajar Tahun Akhir
Fakulti Pendidikan Untuk Menceburi Bidang
Keusahawanan
47
xiv
SENARAI SINGKATAN
% - Peratus
ƒ - Frekunsi
α - Alpha cronbach
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
KS - Kurang Setuju
TS - Tidak Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
SPSS - Statistical Package For Social Science
SPA - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
SPE - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
SPJ - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Jentera)
SPH - Ijazah Sarjana Muda teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)
A - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
E - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
J - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Jentera)
H - Ijazah Sarjana Muda teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Keusahawanan adalah satu-satunya bidang yang sentiasa releven dalam setiap
era. Bergeraknya dunia ini dari segi pembangunan dan perkembangan teknologi
hinggalah ke dunia fesyen serta gaya hidup adalah permulaannya dari usaha para
usahawan yang terlibat dalam keusahawanan.ia bersesuaian dengan maksud
usahawan menurut (Morningstar & Tropman, 1989); ( Scanlan&Flexman, 1990)
difinisi seorang usahawan adalah seseorang yang memikirkan satu idea atau
keperluan baru dan menghasilkan kepuasan dan pulangan yang lumayan. (Zaidatul
Akmaliah Bt Lope Pihie, 1997) Usahawan dikenal pasti sebagai orang yang
mempunyai tingkah laku inovatif dan akan mempraktikkan pengurusan stategik
dalam perniagaannya.
Bidang keusahawanan adalah bidang yang sangat luas capaiannya. Menurut
Webster’s New World Dictionary, keusahawanan adalah satu perniagaan yang
sentiasa menjadikan risiko sebagai sumber keuntungan. Aktiviti yang sentiasa
bersandarkan kepada perniagaan dan keuntungan, juga kemampuan menerima risiko
untuk membentuk kejayaan. Kemampuan untuk mengambil risiko bukanlah
bermakna ia bertindak secara membuta tuli tetapi ia lebih membawa maksud kepada
2
keberanian untuk membebaskan diri dan bertindak tegas untuk keluar dari keadaan
yang kucar kacir.
Sudin (1997) mentakrifkan keusahawanan sebagai proses pencarian,
pengembelingan dan pemanfaatkan kurniaan Allah untuk faedah diri sendiri, ummah
dan makhluk Allah yang lain menurut Al-Quran dan Al-Sunnah. Merujuk kepada
surah Al-Baqarah 2:198 bermaksud tidak ada dosa bagimu untuk mencari
kurnia(hasil dari perniagaan) dari tuhan mu. Dikukuhkan lagi oleh hadis Rasulullah
S.W.A yang bermaksud 9/10 rezeki adalah datangnya dari sumber perniagaan. Jika
kita imbas kembali Rasulullah juga adalah seorang usahawan yang membawa barang
niaga untuk diniagakan di beberapa pasar di asia barat.
Diantara subbidang yang terdapat dalam keusahawanan ini adalah usahawan
tani, sebagai contoh di bahagian perladangan,akuakultur, pemprosesan makanan dan
sebagainya. Usahawan di bidang teknologi pula adalah industri pembuatan yang
paling meluas sekali rangkaiannya termasuklah bidang elektronik mahu pun dalam
bidang awam(civil engineering). Usahawan di bidang kreatif seperti fesyen pakaian,
Andaman dan juga penghasilan aksesori kegunaan seharian. Usahawan di bidang
kewangan seperti insuran dan bank, meluasnya bidang keusahawanan ini mencakupi
juga bidang kesihatan rekriasi dan sebagainya.
Menurut Martin, Mckenzie,Friedman (1998) keusahawanan adalah individu
yang membina dan menggerakkan perniagaannya sendiri. Ini bermaksud usahawan
seseorang yang benar-benar dapat memahami dan melihat peluang-peluang yang
terdapat dipersekitarannya dan mereka mengekspoitasikan segala bentuk kebendaan
yang ada disekitar mereka untuk menjana kepada terhasilnya kejayaan mereka.
Seorang ahli ekonomi (R.Cantillon, 1775) mendefinasikan usahawan sebagai seorang
yang memulakan sesuatu.Usahawan adalah seorang individu yang mendapatkan
faktor-faktor pengeluaran dan menggabungkannya untuk menghasilkan barangan
yang kemudiannya dijual dipasaran.
Mc Graw-Hill (1995) usahawan bukan keturunan tetapi ia boleh dibentuk.
Setiap individu boleh menjadi usahawan yang berjaya jika ada kemahuan. Menurut
(Prof. Mohd Taib Hj. Dora, 2002) terdapat tiga faktor untuk membangunkan budaya
3
usahawan iaitu faktor modal, faktor motivasi dan faktor pembangunan sumber
manusia.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Habibah Elias (1997) manusia hendaklah
didik dan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dari peringkat muda lagi
supaya sikap berdikari boleh dipupuk. Pendidikan keusahawanan juga boleh
membina minat individu menceburkan diri mereka dalam bidang
keusahawanan.(Utusan Malaysia, 27.1.06) lebih 60 peratus siswazah menganggur
berminat menjadi usahawan.jika dilihat dari statistic ini maka bukan sedikit
siswazah ini berminat untuk menjadi seorang usahawan tetapi mengapa minat
mereka tinggal minat sahaja. Adakah minat mereka kerana minat melihat sahaja
perjalanan keusahawanan yang dijalankan oleh orang lain tetapi mereka tidak
menggerakkan diri mereka untuk melangkah dan mencari sumber-sumber untuk
menggerakkan minat mereka dan mencapai kejaayaan melalui minat yang terlalu
murni itu. Minat yang tidak berserta dengan tindakan ia masih lagi sia-sia dan berada
dalam fantasi. Jika keadaan itu berlaku ia adalah sesuatu yang sia-sia.
Keinginan dari minat ini menjana motivasi individu tersebut untuk
melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ini. Terdapat beberapa faktor yang
menjana motivasi individu untuk menjadi seorang usahawan diantaranya untuk
menambah wang, untuk kebebasan bekerjaya, untuk dihormati, untuk mendapatkan
cabaran dan kepuasan peribadi dan kerja yang sedia ada tidak menghasilkan
kemajuan. Motivasi adalah satu keperluan untuk mendorong manusia mencapai
kejayaan. Antara ciri-ciri tingkah laku yang perlu ada pada seorang usahawan adalah
tekun berusaha, rajin dan gigih, tabah hati , menetapkan target untuk berjaya,
tumpuan pada masa depan, tidak bergantung kepada nasib dan juga seorang yang
bertanggungjawab.
Seorang yang sentiasa berusaha dengan tidak kenal penat dan lelah untuk
mengejar kejayaan kemushkilan berlaku apabila siswazah di Malaysia ini mengeluh
kerana tidak mempunyai pekerjaan dan sanggup menunggu sambil bertupang daku
mengharapkan yang pipih datang melayang dan yang bulat datang bergolek-golek di
depan mereka. Secara amnya mereka yang mempunyai latar belakang motivasi yang
cukup baik tetapi alah dengan keadaan dan terbuntu oleh permasalahan. Satu
4
sentuhan perlu di berikan kepada mereka yang termenung ini agar mereka tersentak
dari mimpi yang panjang dan mampu membuka mata dan peluang untuk mereka
dalam bidang keusahawanan ini.
Sebenarnya sikap boleh dibentuk mengikut teori tingkah laku. Sikap dan
tindakan mencerminkan kejayaan seseorang usahawan. Bagaimakah kesediaan para
siswazah ini untuk menyerapkan sikap-sikap yang perlu ada pada seorang usahawan.
Setiap apa yang dilakukan adalah perlu disertakan dengan keyakinan yang tinggi dan
kematangan fikiran.
Ciri-ciri sikap yang perlu ada pada usahawan adalah sentiasa bertenaga dalam
melakukan sebarang kerja menurut kajian (Kuehl dan Lambing, 1990) masa bekerja
bagi pemilik-pemilik perniagaan adalah melebihi 60 jam seminggu. Bekerja keras
siang dan malam adalah menjadi lumrah kepada usahawan. Yang kedua adalah sikap
bertanggungjawab kepada komitmen yang ada. Bersedia dalam apa juga keadaaan
yang akan terjadi. Menerima kegagalan secara positif dan bersedia menerima
kritikan. Seorang usahawan juga perlu mempunyai yakin kendiri.
Yakin kendiri bermaksud seseorang percaya boleh mencapai apa yang
dihajatkan tetapi bukan dengan cara yang pasif atau pun secara aggresif tetapi
dengan cara yang tegas. Yang keempat pula berkeinginan untuk berjaya di mana
mereka sentiasa gemar kepada risiko yang sederhana dan menjadikan sesuatu itu
berhasil dan bukan menanti sesuatu terjadi tanpa usaha sendiri. Seseorang usahawan
tidak menyatakan kegagalan mereka sebagai kalah tetapi adalah sebagai satu
permulaan untuk kejayaan yang seterusnya. Usahawan juga perlu kreatif dan inovatif
dalam membina kerjaya mereka dan mereka haruslah ada sikap seorang pemimpin
yang baik.
5
1.2 Latar belakang Masalah
Keusahawanan adalah satu bidang yang menjana kualiti wang dalam
kehidupan. Ia juga adalah aktiviti perniagaan, pengembelingan harta dan sumber-
sumber tenaga untuk kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat. Namun apa yang
mengecewakan masyarakat di Malaysia masih lagi terpengaruh dan bergantung
dengan prosa kata belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat kerja yang baik di
masa depan terutama sekali adalah dikalangan kaum bumiputra. Maka kesannya
sekarang adalah terlalu ramai keluaran universiti atau lebih biasa dipanggil siswazah
tiada perkerjaan. Jika di bidang pendidikan pula ramai pelajar yang telah
menghabiskan pengajian mereka mengeluh kerana pihak kementerian tidak
memanggil mereka untuk penempatan.
Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh (Utusan Malaysia 26.05.05)
terdapat seramai 80.000 siswazah menganggur dinegara ini. Manakala (Utusan
Malaysia, 18.03.06) menyatakan bilangan siswazah yang dikeluarkan semakin
bertambah manakala peluang pekerjaan tidak bertambah. Maka makin ramailah
siswazah yang menganggur dan tidak mendapat pekerjaan yang sesuai dengan
kelulusan mereka. Jika di ikut pepatah melayu rezeki itu tidak datang menggolek.
Usaha adalah perlu untuk perubahan dan merubahkan keadaaan. Jika kata asasnya
sahaja sudah ada perkataan usaha maka sesiapa sahaja yang berusaha adalah
usahawan. Tetapi yang membezakan usaha-usaha tersebut adalah cara dan
kemampuan individu dalam menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.
Adakah mereka mahu berusaha mencari pekerjaan dengan makan gaji atau mereka
berusaha untuk menjana pekerjaan untuk diri mereka sendiri dan juga untuk orang
lain.
Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, pepatah ada
menyatakan betapa individu perlu melakukan perubahan yang penuh berisiko untuk
mendapatkan keuntungan dan juga kejayaan. Begitu juga dengan dunia
keusahawanan, sepatutnya para siswazah ini lebih kretif dalam berfikir bagaimana
untuk mengekploitasikan segala kemudahan yang ada untuk melahirkan kejayaan
namun kebanyakkan mereka lebih suka bergantung kepada kerja makan gaji dan
6
sanggup melahu menunggu peluang datang di depan mata. Ada juga antara mereka
memberikan alasan tidak pandai berniaga dan malu untuk berniaga, ada juga antara
mereka menyatakan tiada bakat untuk menjadi usahawan.
Apa yang memburukkan lagi permasalahan bagi kursus pendidikan di institut
pengajian tinggi apabila satu penyataan yang dikeluarkan oleh salah satu surat khabar
utama (Utusan Malaysia, 16.11.05) melaporkan, pelajar institut pengajian tinggi
aliran pendidikan tidak dijanjikan penempatan selepas tamat pengajian. Maka bakal-
bakal guru mesti mula memikirkan apa langkah yang patut diambil dari
permasalahan ini. Mungkin bagi aliran teknik dan vokasional mempunyai sedikit
opsyen atau pilihan untuk sekurang menjadi juruteknik selepas habis pengajian.
Tetapi yang mengambil jurusan yang tidak kritikal tidak mempunyai pilihan yang
baik selain hanya menganggur mahupun cuma bekerja sebagai operator pengeluaran.
1.3 Pernyataan Masalah
Pelbagai masalah timbul apabila terlalu ramai siswazah dikeluarkan namun
peluang pekerjaan pula adalah terhad, terutama aliran pendidikan yang mempunyai
masalah dalam penempatan selepas tamat pengajian. Peluang yang terbuka luas
sekarang ini adalah dalam bidang keusahawanan, oleh itu pengkaji ingin membuat
satu tinjauan tentang kesediaan pelajar tahun akhir fakulti pendidikan untuk
menceburi bidang keusahawanan dari segi isi kurikulum yang dipelajari, minat,
motivasi dan sikap pelajar.
1.4 Objektif kajian
Kajian ini bermatlamat mendapatkan maklum balas pelajar program Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Awam,Elektrik,Jentera dan
7
Kemahiran Hidup di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia tentang tahap
kesediaan pelajar tahun akhir fakulti pendidikan untuk menceburi bidang
keusahawanan.
Objektif kajian ini adalah:
1. Meninjau keberkesanan kurikulum yang ditawarkan dalam membentuk
kesediaan pelajar menceburi bidang keusahawanan.
2. Meninjau sejauhmana minat dapat membantu pelajar bersedia menceburi
bidang keusahawanan.
3. Meninjau kesediaan motivasi diri pelajar sebelum menceburi bidang
keusahawanan.
4. Meninjau kesediaan pelajar dari segi sikap dalam melengkapkan diri
untuk menjadi seorang usahawan.
1.5 Persoalan Kajian
Berikut adalah soalan-soalan kajian yang digunakan oleh penyelidik untuk
mendapatkan maklum balas daripada responden.
1. Apakah kurikulum keusahawanan yang ditawarkan mampu membantu
pelajar melengkapkan diri untuk menjadi seorang usahawan?
2. Apakah minat dapat mempengaruhi pelajar mempersiapkan diri untuk
menceburi bidang keusahawanan?
3. Apakah pelajar bersedia dari segi motivasi untuk menceburi bidang
keusahawanan?
8
4. Apakah pelajar bersedia dari segi sikap untuk menjadi seorang usahawan?
1.6 Kepentingan kajian
Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada:
i. Fakulti Pendidikan
Memberi maklumat kepada pihak Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia tentang tahap kesediaan pelajar tahun akhir fakulti
pendidikan untuk menceburi bidang keusahawana sekaligus membolehkan
pihak fakulti merancang modul yang bersesuaian untuk para pelajar.
ii. Pensyarah
Maklumat yang diperolehi dalam kajian ini boleh dijadikan panduan
oleh pensyarah-pensyarah untuk mempertingkatkan prestasi pengajaran
berdasarkan kelemahan-kelemahan dan kekuatan pelajar tentang subjek
keusahawanan.
iii. Pelajar
Menjadi bahan rujuk kepada pelajar tentang bagaimana minat,
motivasi dan sikap dapat membentuk individu menjadi seorang usahawan.
Maklumat daripada kajian ini boleh membantu pelajar mengenalpasti
motivasi dan sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang usahawan.
Semoga hasil kajian ini dapat membantu mempertingkatkan kesediaan bakal
usahawan dari aspek kurikulum, minat, motivasi dan sikap untuk menjadi seorang
usahawan.
Recommended