View
295
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
Senarai Kod Kursus Ditawarkan
Citation preview
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
KOD KURSUS : TMX 1010
NAMA KURSUS : PENGKOMPUTERAN PENGGUNA AKHIR
TAJUK PROJEK : My School Website
NAMA KUMPULAN : SINEMATHREE
BIL NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK
1. MOHAMAD FAEZ BIN MOHD IBRAHIM 421002. ENGKU MOHAMAD ZUHAIRI BIN CHE ENGKU
JALIL41122
3. MUHAMMAD IKHWAN SYAFIQ BIN RAHIM 42462
NAMA PENSYARAH : MOHAMAD ZAMHARI
TARIKH HANTAR : 29 NOVEMBER 2013
1
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKASURATRUMUSAN ESEKUTIFPENGENALANOBJEKTIFWEBSITE SMK TG AMPUAN INTAN
1. APA ITU WEBSITE2. JENIS WEBSITE
HALAMAN WEBSITE1. HALAMAN UTAMA (HOME)2. HALAMAN KEDUA (ABOUT)3. HALAMAN KETIGA (GALLERY)4. HALAMAN KE EMPAT (CONTACT)5. HALAMAN KE LIMA (MORE)5.1 VIDEO5.2 PENCAPAIAN5.3 PENGUNJUNG5.4 PELAJAR5.5 UNIT KAUNSELINGKESIMPULANLAMPIRAN
2
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
RUMUSAN ESEKUTIF
Sekolah SMK Tengku Ampuan Intan merupakan salah sebuah sekolah menengah aliran biasa
daripada 15 buah sekolah menengah yang terdapat di daerah Hulu Terengganu.Setiap sekolah
mempunyai sejarahnya sendiri termasuklah sekolah SMK Tengku Ampuan Intan.Antara 15
buah sekolah di daerah Hulu Terengganu,SMK Tengku Ampuan Intan merupakan salah satu
sekolah yang mempunyai kels pendidikan khas yang menempatkan pelajar-pelajar
istimewa.Selain SMK Tengku Ampuan Intan,sekolah lain yang menempatkan pelajar-pelajar
istimewa ialah SMK Seri Berang Dan SMK Ajil.Oleh itu,Dengan terbinanya laman web ini,ia
mungkin akan dapat membantu menyampaikan maklumat kepada para pelajar dan masyarakat
di sekitar kawasan tersebut.Bagi menjadikan laman web sekolah ini lebih menarik,kami
meletakkan beberapa buah gambar untuk dijadikan sebagai tatapan orang ramai.Kami juga
meletakkan maklumat alamat,no telefon dan maklumat penting yang lain untuk masyarakat
setempat mendapatkan maklumat yang lebih tepat serta serba sedikit tentang perkembangan
sekolah ini.
3
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
PENGENALAN
Sekolah ini dibuka pada tahun 1955 sebagai Sekolah Rendah Inggeris, dan diberi
nama Tengku Ampuan Intan School (TAIS), mengambil sempena nama gelaran Tengku
Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Setia Raja, yang dilantik sebagai Tengku Ampuan
Besar Terengganu pada 6 Jun 1949, setelah berkahwin dengan Sultan Ismail Nasiruddin Shah
(Sultan Terengganu) pada tahun 1944. Pada tahun 1961, TAIS dijadikan Sekolah Menengah
Inggeris terulung di daerah ini. Kemudian pada tahun 1964 sebuah sekolah menengah
kebangsaan didirikan bersebelahan TAIS. Untuk beberapa tahun, kedua-dua sekolah
menengah ini bersaing antara satu sama lain dengan dua orang Guru Besar / Pengetua yang
berlainan.
Pada tahun 1971, kedua-dua sekolah menengah ini digabungkan di bawah seorang
pengetua, tetapi masih mempunyai dua aliran (Melayu dan Inggeris) dan dinamakan Sekolah
Menengah Tengku Ampuan Intan (SMTAI). Pada tahun 1980, Sekolah Menengah Aliran
Inggeris telah ditukar kepada aliran Melayu sepenuhnya dan keadaan ini kekal hingga
sekarang dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan
(SMKTAI) pada tahun 1997. Sekolah menengah ini, pada mulanya menampung pelajar-
pelajar dari 30 buah sekolah ‘feeder’ (Feeder School) dari semua mukim di daerah Hulu
Terengganu.
Bagaimanapun setelah SMK Landas dibuka pada tahun1971, SMK Ajil dan SMK
Matang pada tahun 1984 dan SMK Menerong pada tahun 1993, mengurangkan lagi sekolah-
sekolah ‘feeder’ ini kepada 12 buah sekolah sahaja. Sekolah-sekolah itu ialah SK Kuala
4
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
Berang, SK Tengku Ampuan Intan, SK Telaga, SK Pauh, SK Lerek, SK Dura, SK Pasir
Nering, SK Dusun, SK Bukit Gemuruh, SK Kemat, SK Padang Setar dan SK Langgar.
Apabila SMK Seri Berang dibuka pada tahun 2002 dan SMK Jenagor dibuka pada tahun 2004
jumlah ‘Feeder School’ semakin berkurangan. Pada tahun 2005 hanya pelajar yang mendapat
5A dan 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dari seluruh daerah Hulu
Terengganu akan ditempatkan di SMKTAI. Pada tahun 2006 apabila SMK Tersat dibuka
sekolah ini mula menjalani satu sesi persekolahan sahaja.
Dengan adanya website ini,pihak kami berharap agar kami dapat memberi sedikit
sebanyak makluma tentang sekolah ini.Kami juga berharap agar dengan kewujudan website
sekolah ini,dia akan dapat lagi membantu perhubungan dan komunikasi antara
masyarakat,pelajar dan cikgu.
5
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
OBJEKTIF
Kertas kerja ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah website SMK Tanjung Ampuan
Intan bagi memenuhi hasrat murni seperti berikut:
• Memudahkan perhubungan secara langsung antara pelajar dengan guru ketika bukan
sesi pembelajaran.
• Membolehkan pihak pentadbir sekolah atau guru-guru untuk menyampaikan
maklumat kepada pelajar.
• Memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai latar belakang SMK Tanjung
Ampuan Intan
6
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
WEBSITE SMK TENGKU AMPUAN INTAN
1. Apa itu Website?
Website atau “world wide web” merupakan satu halaman perkhidmatan yang mengumpul dan
mengandungi pelbagai informasi yang disediakan melalui jalur internet sehingga boleh
diakses di seluruh dunia selagi disambung dengan jaringan internet. Website juga merupakan
sebuah Komponen yang mengandungi teks, gambar, suara animasi sehingga menjadi media
informasi yang menarik untuk dilawati. Website SMK Tengku Ampuan Intan dijadikan
sebagai halaman perkhidmatan yang mengumpul segala maklumat berkenan SMK Ampuan
Intan sama ada semasa atau sejarah yang dahulu. Website SMK Tengku Ampuan Intan
mengandungi pelbagai maklumat yang memudahkan masyarakat sekeliling untuk mendapat
maklumat mengenai sekolah tersebut. Selain itu, website ini boleh digunakan kepada bekas-
bekas pelajar SMK Tengku Ampuan Intan untuk berhubung lagi dengan pihak sekolah dan
sesama mereka sendiri.
7
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
2 Jenis Website SMK Tengku Ampuan Intan
Website mempunyai tiga 3 jenis iaitu website Statik, Website Dinamis dan Website Interaktif.
Jenis website yang digunakan untuk menghasilkan Website SMK Tengku Ampuan Intan
adalah Website Dinamis.
SMK Tengku Ampuan Intan akan menggunakan Website SMK Tengku Ampuan Intan untuk
memuat naik segala maklumat baru mengenai sekolah tersebut agar warga SMK Tengku
Ampuan Intan dapat mengetahui lebih lanjut maklumat yang ingin disampaikan. Selain itu
para pengunjung boleh berkomunikasi secara sendiri kepada pihak sekolah apabila ingin
melakukannya tanpa perlu untuk datang ke sekolah jika ingin mengetahui maklumat tentang
sekolah tersebut. Selain itu, terdapat pelbagai keistimewaan yang membuat Website tersebut
lebih menarik dari website yang line.
8
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
HALAMAN WEBSITE
1. Halaman Utama ( HOME )
Halaman utama bagi website Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan ini
mengandungi maklumat semasa bagi sekolah tersebut. Segala maklumat yang ingin
disampaikan oleh Pihak Pentadbir sekolah kepada pelajar ataupun ibu bapa akan diletakkan di
halaman utama. Halaman utama ini bertujuan untuk memudahkan semua warga sekolah dan
ibu bapa yang melawati website tersebut untuk mencari maklumat semasa yang akan
disampaikan oleh pihak pentadbir tanpa mencari di halaman lain. Pelajar-pelajar juga dapat
mengetahui aktiviti-aktiviti semasa yang dianjurkan dan menyertai aktiviti tersebut. Hal ini
demikian dapat membantu pelajar aktif dalam kokurikulum dan kurikulum di sekolah.
9
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
2.HALAMAN KEDUA (ABOUT)
Halaman kedua ini mengandungi maklumat-maklumat tentang SMK Tengku Ampuan
Intan . Sebagai contohnya halaman ini dapat mengetahui sejarah awal sekolah ,visi dan misi,
lirik lagu sekolah dan majalah sekolah. Pengunjung yang ingin tahu tentang SMK Tengku
Ampuan Intan boleh melayari halaman ini untuk mengetahui maklumat lebih terperinci
mengenai sekolah ini. Halaman ini sangat membantu warga sekolah yang baru seperti guru-
guru, staff serta pelajar mendapat maklumat lebih lanjut mengenai sekolah tersebut. Sebagai
contohnya, pelajar baru boleh mengenali sejarah sekolah, visi dan misi, menghafal lagu
sekolah tersebut sebelum masuk ke sekolah. Maka, halaman ini memberi banyak faedah
kepada warga sekolah dan pengunjung lain yang minat terhadap sekolah ini.
10
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
3.Halaman ketiga (Gallery)
Gambar-gambar yang diambil semasa aktiviti berlangsung di sekolah dimuat naik di website
SMK Tengku Ampuan Intan untuk dijadikan tatapan kepada para pengunjung. Gambar-
gambar tersebut juga dijadikan sebagai memori untuk sentiasa diingati oleh pelajar yang
terlibat. Dari gambar tersebut kita dapat melihat aksi-aksi yang lucu dan menarik.
11
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
4.Halaman keempat (Contact)
Halaman contact ini merangkumi tentang alamat sekolah, nombor telefon sekolah, alamat
email, faks, peta sekolah, dan borang cadangan. Halaman ini bertujuan untuk memudahkan
para pengunjung mengetahui alamat Sekolah Tengku Ampuan Intan . Di samping itu dalam
halaman ini dinyatakan nombor telefon untuk memudahkan mereka hendak menghubungi
pihak Sekolah tersebut. Bagi menarik lagi kami meletakkan peta yang menunjukkan
kedudukan sekolah tersebut agar lebih memahaminya.
12
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
5.Halaman Tambahan (More)
Halaman tambahan ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu:
5.1: VIDEO
Video yang telah dimuat naikkan adalah tentang aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Sebagai contohnya, pertandingan kompang yang disertai oleh pelajar, gelagat
guru-guru sekolah tersebut dan sebagainya. Video in dapat dijadikan sebagai kenangan dan
warga sekolah yang tidak dapat hadir untuk aktiviti dapat melawati video tersebut.
13
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
2. PENCAPAIAN
SMK Tengku Ampuan Intan telah mencapai kejayaan dalam akademik dan kokurikulum
seperti Konvensyen 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan Johan Kategori Satu, Pasukan BSMM
mewakili sekolah dalam pertandingan Kawad Kaki menjadi Johan. Dalam kategori akademik
pula, penyampaian insentif kepada pelajar SPM dan PMR yang mendapat cemerlang dan
sebagainya. Melalui ini, kita dapat mengetahui pelajar-pelajar sekolah ini sentiasa aktif dalam
akademik dan kokurikulum.
14
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
5.3: PENGUNJUNG
Halaman ini mempunyai borang soal selidik mengenai pendapat tentang sekolah ini supaya
dapat memperbaiki kelemahan sekolah ini. Selain itu terdapat juga borang untuk menyertai
kumpulan SMK Tengku Ampuan Intan . Kumpulan ini sangat membantu kepada bekas
pelajar yang ingin menyertai sekolah ini dan untuk mengetahui perkembangan sekolah ini.
15
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
5.5: UNIT KAUNSELING
Halaman kaunseling ini bertujuan menarik minat para pelajar sentiasa hadir ke bilik
kaunseling. Unit kaunseling ini dapat membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah
dalam pelajaran dan masalah peribadi. Di samping itu ,pihak kaunseling juga menganjurkan
program-program seperti Minggu Kerjaya, Kempen Sekolah Rumahku, Motivasi PMR dan
SPM dan sebagainya.
16
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, laman web SMK Tengku Ampuan Intan telah berjaya dihasilkan.
Kita telah mempelajari cara untuk mencipta laman web sekolah tersebut. Kami telah
menggunakan pelbagai teknik untuk mempercantik dan menarik minat pengunjung untuk
melayari laman web sekolah hasil kami. Kami juga membuat rujukan dari laman web,
majalah ,buku dan sumber lain-lain. Secara tidak langsung, ahli kumpulan lain juga dapat
mengenali lebih tentang sekolah SMK Tengku Ampuan Intan . Laman web ini banyak
membantu pengunjung lebih mengenali kehebatan sekolah tersebut. Sebagai contohnya,
aktiviti – aktiviti yang dianjurkan dan pencapaian yang diperoleh. Akhir sekali, dengan
adanya website ini dapat membantu semua warga SMK Tengku Ampuan Intan
berkomunikasi tentang perkembangan sekolah melalui laman ini.
17
Laporan website SMK TENGKU AMPUAN INTAN
LAMPIRAN
18
Recommended