Korban

Preview:

DESCRIPTION

Pendidikan Islam Tingkatan 4

Citation preview

IBADAT KORBAN

1. Pengertian : Menyembelih binatang ternakan al-An’am pada Hari Raya Aidiladha (Qurban) dan Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah S.W.T.

2. Dalil: Firman Allah swt : “ Maka bersembahyanglah kamu kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kerana-Nya” ( Surah Al-Kauthar : 2 )

3. Hukum korban:a. Sunat muakkad : Sangat dituntut bagi orang Islam yang mampu.b. Wajib : Bagi sesiapa yang bernazar.

4. Syarat sah korban :a. Penyembelih adalah orang Islam.b. Binatang sembelihan :

i. Binatang yang halalii. Binatang Al An’amiii. Cukup umuriv. Tidak cacatv. Diniatkan korban kerana Allah

5. Umur binatang korban :a. Biri-biri : Umur 1 tahun atau lebihb. Kambing : 2 tahun atau lebihc. Lembu/Kerbau : 2 tahun atau lebihd. Unta : Umur 5 tahun atau lebih

6. Kadar korban :a. Kambing, biri-biri dan kibas untuk satu bahagian korban sahaja.b. Lembu, kerbau dan unta boleh dibahagi kepada 7 bahagian.

7. Syarat sah waktu sembelihan : Bermula dari terbit matahari pada 10 Zulhijjah, selepas solat sunat Hari Raya Aidiladha hingga sebelum terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.

8. Pembahagian daging korban:a. Wajib sedekah kepada fakir miskin.b. Harus sedekah kepada orang kaya.c. Haram sedekah kepada orang kafir.d. Harus tuan korban memakan daging korban kecuali korban nazar (haram makan).

9. Hikmah korban :a. Tanda kesyukuran, ketaatan dan keimanan seseorangb. Didik jiwa bertimbang rasa, simpati dan saling menyayangi dalam masyarakatc. Rapatkan hubungan silaturahimd. Lahir rasa gembira di Hari Kebesaran Islam – sedekah kepada si miskine. Mengingati sejarah dan iktibar – pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail.