View
27
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
Laporan Big Gotongroyong
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Kursus Bina Insan Guru disediakan untuk memenuhi keperluan Latihan
Perguruan Pra Perkhidmatan mulai ambilan tahun 2001, di bawah Komponen Asas
Dinamika Guru. Sukatan pelajaran ini menekankan kepada unsur-unsur hidup
bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan Insan Guru
yang berpaksikan kepada Prinsip Rukun Negara. Pembinaan insan guru adalah
asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan bangsa
Negara.
Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa profesion
keguruan adalah mulia. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk
jati diri dan menjadi teladan kepada masyarakat. Justeru, guru harus mampu
menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan situasi serta mampu menangani
cabaran era globalisasi dan sosiolisasi.
Gambar ini mengandungi tiga tema utama iaitu Konsep Dan Ciri-Ciri Dalam
Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru serta Peranan Dan
Tanggungjawab Insan Guru. Ketiga-tiga tema utama ini direalisasikan melalui satu
aktiviti khidmat masyarakat dan diberi pemberatan sebanyak satu jam kredit.
2.0 OBJEKTIF AKTIVITI
Selepas mengikuti Kursus Bina Insan Guru (Aktiviti Khidmat Masyarakat), guru
pelatih dapat;
2.1 Membersihkan serta menceriakan kawasan Jabatan Kemahiran Hidup
supaya dapat mewujudkan satu tempat pembelajaran dan pengajaran yang
kondusif kepada para guru pelatih dan pensyarah.
2.2 Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan
nilai keguruan yang positif.
2.3 Menguasai kemahiran bekerja secara berkumpulan serta memupuk
semangat kerjasama antara satu sama lain.
2.4 Menguasai kemahiran merancang, melaksana, dan menilai aktiviti.
2.5 Membina jati diri yang kukuh serta keterampilan diri yang elok.
2.6 Menghargai alam sekitar dan memupuk kesedaran memeliharanya.
3.0 MAKLUMAT AKTIVITI
3.1 Nama Aktiviti : Aktiviti Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru Fasa II
2013.
3.2 Tarikh Aktiviti : 27 Julai 2013.
3.3 Tempat Aktiviti: Kawasan Latihan Dalam Perkhidmatan, IPG Kampus
Tun Hussein Onn, 83000, Batu Pahat, Johor.
3.4 Jumlah Peserta : 18 Orang
4.0 JADUAL AKTIVITI: (Tertakluk kepada perubahan)
(Sabtu: 27 Julai 2013)
8.00 pagi :Berkumpul di pintu depan Latihan Dalam
Perkhidmatan dan mendengar taklimat daripada
tutor.
8.30 pagi : Pembahagian tugas dan penyediaan alatan.
9.00 pagi : Gotong royong.
12.00 tgh : Makan tengah hari.
1.00 petang : Gotong royong.
5.00 petang : Berkumpul, mengemaskan alatan dan bersurai.
4.0 LAPORAN AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU
A. PRA PERLAKSANAAN
Satu mesyuarat telah diadakan pada 11 Julai 2013, 8.30 malam di BALSIS, IPG
Kampus Tun Hussein Onn untuk membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang
akan dilaksanakan bagi Program Bina Insan Guru ( BIG ) Fasa ll. Aktiviti bagi
Program BIG kali ini meliputi aktivti-aktiviti kemasyarakatan dan kursus yang
mengambil masa selama 8 jam.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua murid opsyen Bahasa Cina (Sekolah
Kebangsaan). Sepanjang mesyuarat ini, kami telah membuat perbincangan
berkaitan dengan:-
i. Pemilihan tempat dan masa Program BIG Fasa ll
ii. Penentuan tarikh perlaksanaan
iii. Penentuan organisasi program
iv. Briefing tentang tugasan setiap jawantankuasa kerja
v. Jadual perlaksanaan
B. SEMASA PERLAKSANAAN
Pada 27 Julai 2013, saya bersama-sama rakan-rakan daripada opsyen BC (SK)
telah menjalankan Aktiviti Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru Fasa II 2013.
Pada pukul 8 pagi, saya dan semua rakan telah berkumpul di hadapan Blok
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Tutor kami iaitu Puan Jamia’aton Soffiah Bte
Harun telah menerangkan manfaat aktiviti khidmat masyarakat kepada kami iaitu
pembinaan insan guru yang merupakan asas pembentukan masyarakat dan
menjadi kerangka kepada pembentukan bangsa Negara.
Seramai 18 orang guru pelatih dalam opsyen saya telah dibahagikan kepada tiga
kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada enam orang. Manakala saya pula
dimasukkan dalam kumpulan pertama yang telah ditugaskan untuk mengelap
tingkap dan lantai bilik staf blok LDP. Kumpulan saya telah dibekalkan dengan
baldi, kain, dan mop. Kami telah menjalankan tugas kami dengan serius dan
bersungguh-sungguh dan telah mengelap tingkap LDP sehingga bersih dan
cerah. Selain itu, ahli kumpulan ini telah menyapu lantai pejabat LDP sehingga
bersih. Selepas itu, kami telah mopkan lantai dalam bilik staf LDP. Dengan
kerjasama daripada ahli-ahli kumpulan saya, kami telah berupaya untuk
membersihkan pejabat LDP dalam masa yang singkat sahaja.
Kumpulan dua iaitu merupakan kumpulan yang ditugaskan untuk mengemaskan
stor LDP yang berselerak dan berhabuk. Terlebih dahulu, rakan-rakan dalam
kumpulan ini telah memindahkan semua barang yang rosak di dalam stor ke blok
Teknologi Pendidikan. Seterusnya, kumpulan ini telah mengemaskan kedua-dua
stor yang dimiliki oleh blok LDP. Selepas itu, ahli kumpulan ini telah
mengeluarkan semua barang dalam almari dan mengelap barang-barang seperti
alat tulis. Semua barangan telah dilaputi oleh habuk dan kotoran. Oleh itu,
terdapat beberapa ahli kumpulan lain yang telah siap menjalankan tugas telah
menggunakan kain penggelap untuk membersihkan semua barangan yang
masih boleh digunakan dalam stor tersebut. Kumpulan ini turut telah
mengklasifikasikan barang-barangan mengikut kategori dengan menggunakan
kaedah “Masking Tape” dan pen marker sebagai label kategori-kategori semua
barangan tersebut.
Tugas mengecat dinding telah diagihkan kepada rakan-rakan dalam Kumpulan
Ketiga. Kumpulan ini telah dibekalkan setin cat yang berwarna biru muda,
peralatan mengecat dan tangga. Oleh sebab bilangan peralatan untuk mengecat
tidak mencukupi, ahli kumpulan ini telah bergilir-gilir mengecat dinding. Kerja-
kerja seperti mengikis berkas-berkas cat yang mengelupas dan membersihkan
dinding perlu dibuat sebelum mengecat. Kumpulan ini telah membersihkan
pelekat pada dinding baru bermula mengecat. Walaupun bilangan ahli dalam
satu kumpulan itu kurang, namun dengan kerjasama dan semangat bekerja yang
tinggi dalam diri setiap individu, kami dapat menyiapkan tugasan yang diberi
dengan sempurna. semua kerja mengecat dalam tempoh masa lebih kurang 3
jam . Semasa ahli kumpulan yang mengecat dinding, ahli kumpulan lain akan
memegangkan tangga supaya ahli kumpulan mereka yang berada tangga tidak
akan jatuh.
Dengan kerjasama semua guru pelatih opsyen BC (SK) dalam aktiviti khidmat
masyarakat, aktiviti ini berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang ceria.
Pada pukul 5.00 petang, kami mengemaskan alatan dan berkumpul. Selepas
penerangan dan upacara daripada tutor kami yang menasihatkan kami
seharusnya menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia
dan nilai keguruan yang positif.
Selepas ucapan daripada tutor kami, kami bersurai.
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ( SWOT )
Strength (Kekuatan)
Para peserta sanggup melibatkan diri dengan aktif dan memberi kerjasama
yang sepenuhnya apabila sedang menjalankan aktiviti pembersihan.
Semangat saling mebantu dan saling bekerjasama turut telah
menyenangkan kerja pembersihan yang agak banyak.
Weakness (Kelemahan)
Kekurangan peralatan pembersihan.
Opportunity (Peluang)
Pengalaman melaksanakan program ini telah membuka peluang kepada
kami untuk menganjurkan program khidmat masyarakat yang dapat
menghubungkan kami ke orang-orang di luar yang memerlukan pertolongan
atau kursus berbentuk akademik yang lebih menarik dan mencabar untuk
murid-murid sekolah rendah pada masa akan datang.
Threat (Halangan)
Bilangan peserta program yang tidak ramai dan kurang berpengalaman
dalam aktiviti mengecat.
6.0 LAMPIRAN:
Kumpulan Pertama: Membersihkan bilik staf Blok LDP.
Kumpulan Kedua: Memindahkan barangan dan mengemaskan stor Blok LDP.
Kumpulan Ketiga: Mengecat bilik kuliah Blok LDP
7.0 REFLEKSI KENDIRI
Saya berasa bersyukur kepada Tahan kerana berpeluang mengikuti Program
Bina Insan Guru fasa ll ini. Program Bina Insan Guru ini dijalankan untuk memupuk
kesedaran para guru tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan, sikap
bekerjasama antara satu dengan lain di samping memberi sumbangan sama ada
dalam bentuk tenaga mahupun wang kepada pihak yang memerlukan dan memupuk
nilai komuniti dalam diri individu. Ini merupakan kali pertama saya mengikuti
program sebegini dan saya berharap program ini boleh memberi satu pengalaman
yang sukar dilupakan dalam kehidupan saya.
Dari awal perancangan hingga ke hari perlaksanaan program , kelihatan semua
ahli dalam setiap jawatankuasa kerja telah menunjukkan semangat bekerjasama
dan member komitmen yang sungguh tinggi membuat persiapan. Walaupun kami
menghadapi masalah kekangan masa namun segala tugasan serta tanggungjawab
yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Setibanya di blok LDP,
tutor kami telah memberikan beberapa patah kata sokongan kepada kami agar kami
bersemangat untuk membersihkan blok LDP itu. Pada ketika itu, saya pun beria-ria
untuk membersihkan dan menceriakan blok LDP dengan sedaya upaya dengan
menyumbangkan tenaga saya dengan sebaik mungkin bagi menjayakan program
ini.
Saya telah menghadapi cabaran ketika melakukan aktiviti mengecat pada hari
tersebut. Ini adalah kerana saya tidak menpunyai pengalaman dalam mengecat.
Pada permulaannya saya tidak mempunyai pengetahuan bahawa cat kapur di
permukaan di dinding perlu dikikis sebelum aktiviti mengecat dibuat. Oleh sebab itu
cat baru yang disapu telah mengelupas. Atas bimbingan dan tunjuk ajar oleh rakan
yang berpengalaman, saya mampu menolong menjalankan tugas ini dengan baik.
Saya merasa gembira kerana mampu melakukan tugasan ini dengan baik. Walau
bagaimanapun,dalam hati saya masih terasa kemahiran pada diri saya masih tidak
mencukupi kerana baju kesayangan penuh dengan bintik-bintik putih ( kesan cat ).
Pengalaman ini boleh saya pratikkan kelak untuk mengecat bilik darjah atau rumah
sendiri.
Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong antara
satu sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah
ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya
adalah sangat penting bagi mewujudkan persekitaran dan suasana sekolah
yang selesa dan kondusif. Ia juga penting bagi memastikan sebarang
pertenglikahan dan persengketaan dapat dielakkan bagi melahirkan alam
persekitaran yang sejahtera dan harmoni. Kesannya, kami berjaya menyiapkan
segala tugas yang diamanahkan kepada kami dalam keadaan suasana yang riang
dan gembira. Jadi, jelaslah di sini bahawa program khidmat masyarakat ini
secara langsung akan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli
kelas kami dan menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab
dan kukuh.
Di samping itu, saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat
bermakna dan penting melalui program khidmat masyarakat ini, iaitu bersosial
dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian
kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan
manusia merupakan golongan yang hidup secara berkumpulan, berorganisasi, dan
bersosial. Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara
komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi
masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan
masalah kita. Dengan mengambil contoh khidmat masyarakat pada kali ini, saya
sempat bersembang dengan beberapa orang pensyarah unit LDP tentang
persekitaran dan bidang tugas kerja mereka. Saya turut telah menerima beberapa
nasihat daripada pensyarah-pensyarah tersebut bahawa komitmen dan perasaan
tanggungjawab yang ditonjolkan sewaktu pelaksanaan aktiviti gotong-royong ini
haruslah dikekalkan dan dipupuk apabila keluar menjadi guru kelak. Secara tidak
langsung melalui perbualan kami, saya berasa pengalaman yang terdapat dalam
diri seseorang pensyarah itu memang tidak ternilai. Oleh itu, saya haruslah bergiat
dengan lebih aktif dan mengisi masa lapang saya dengan lebih bermanfaat agar
saya dapat menimba ilmu dan pengalaman yang tidak terhingga.
Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Hussein Onn kerana telah
menyediakan program khidmat masyarakat ini bersempena dengan kursus Bina
Insan Guru untuk mengisi masa lapang kami dan juga untuk melatih kami untuk
menjadi seorang guru yang sentiasa tabah menghadapi cabaran, berani
menghadapi segala masalah dan meningkatkan semangat kami untuk bertekad
menjadi seorang guru yang dedikasi dan cinta akan pekerjaannya. Ucapan terima
kasih juga tidak lupa ditujukan kepada Puan Jamia’aton Soffiah Bte Harun, tutor
kumpulan kami kerana sanggup mengorbankan masa yang berharga untuk
mengambil berat, membimbing, membantu dan menolong kami. Saya yakin bahawa
tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak, mustahil segala aktiviti yang
dirancang bersempena dengan program khidmat masyarakat ini dapat dijalankan
dengan lancar dan sempurna.
Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan
lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang
sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru
yangberakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan
diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau
rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang. Program ini juga akan dapat
memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik
anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja,
diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar
mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata,
saya berasa seronok dan bersemangat selepas menyertai program khidmat
masyarakat ini. Diharapkan agar aktiviti ini akan dijalankan setiap tahun.
Recommended