View
259
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
LAPORAN RINGKAS GOTONG-ROYONG HOSPITAL SRI AMAN BIL 1/2015
TARIKH: 30.01.2015 (Jumaat)
MASA: 0800-1000 PAGI
TEMPAT: Kawasan Hospital Sri Aman
TEMA: Negara Bersih, Rakyat Sihat
Aktiviti-aktiviti:
0745 Pagi: Peserta gotong-royong berhimpun di depan bangunan DHO lama.
Gambar (a): Peserta berhimpun di depan bangunan DHO lama
0815 Pagi: Ucapan aluan oleh penyelaras aktiviti gotong royong Hospital Sri Aman dan disusuli dengan ceramah yang menekankan kepentingan aktiviti gotong-royong. Persekitaran yang bersih adalah amat penting untuk mengelakkan pembiakan wabak penyakit dan meningkatkan efektiviti dan efesien kakitangan di tempat kerja. Oleh itu, kita perlu menyahut seruan kerajaan untuk menjalankan kegiatan gotong-royong di tempat kerja. Kita juga harus bekerjasama dengan Faber untuk menjaga kebersihan persekitaran hospital kita.
0830 Pagi: Zon pembersihan dimaklumkan kepada semua unit/agensi yang terlibat. Selepas itu, aktiviti gotong-royong bermula. Semua peserta mengambil peralatan pembersihan untuk menjalankan aktiviti
pembersihan di zon masing-masing, seperti membersihkan tempat pesakit menunggu, mengutip sampah-sarap, mencangkul dan membersihkan longkang yang tersumbat, menceriakan landskap hospital seperti kerja-kerja “trimming”.
Gambar (b): Pengambilan peralatan pembersihan
Gambar (c): Mengutip sampah di persekitaran Pejabat Farmasi Bahagian Sri Aman
Gambar (d): Pembersihan kuarter hospital
Gambar (e): Pengutipan sampah di persekitaran stor oksigen
Gambar (f): Pembersihan longkang yang tersumbat di depan pintu masuk hospital
Gambar (g): Pembersihan longkang di depan volleyball court
Gambar (h): Pembersihan longkang di depan pagar Unit HDU
Gambar (i): Memotong dahan pokok
1000 Pagi: Gotong-royong telah tamat dan peserta-peserta menikmati jamuan ringan yang disediakan di kantin Hospital Sri Aman.
Gambar (j): Menjamu selera
PENYERTAAN STAF:
UNIT/AGENSI BILANGAN PESERTA
HOSPITAL SRI AMAN 54 ORANG
PEJABAT FARMASI BAHAGIAN SRI AMAN 5 ORANG
FABER 13 ORANG
JUMLAH 72 ORANG
Pembahagian Kawasan Gotong-Royong Hospital:
1. ZON A
KAWASAN UNIT / AGENSI Kawasan Faber Surau Pejabat Farmasi Bahagian Bangunan Lama DHO Bangunan Kantin Kuarters hingga ke Bangunan DHO Pagar Belakang Berdekanan Rumah Mayat
Faber Pengurusan Dewan Bedah (OT) Wad Kenanga (Maternity) Melor 1 Melor 2 Melor 3 Pejabat Farmasi Bahagian
Longkang (moonson drain).
2. ZON B
KAWASAN UNIT / AGENSI Tempat letak kereta Blok Bangunan ETU Blok Bangunan Makmal Blok Bangunan Farmasi Longkang (moonson drain) dari luar gate DHO ke kawasan bawah jejantas.
ETU Makmal Kawalan Infeksi Sajian (dapur) Pendidikan pesakit Rekod Rerubatan
3. ZON C
KAWASAN UNIT/AGENSI Bangunan Hemodialysis Bangunan Psikiatrik Kawasan Cssu Kawasan Klinik Mata Bilik Pemandu (luar) Stor HDU (luar) Volleyball court Longkang dekat pintu masuk ke HDU dan Nurses Hostel.
Hemodialysis (HDU) Psikiatrik (MU) CSSU Klinik Mata Xray Farmasi Rehabilitasi Klinik Pakar Sosial
PENGLIBATAN MDSA:
Semua sampah-sarap telah dilonggokkan di tempat tertentu seperti di kawasan dekat jejantas, kawasan depan bangunan DHO lama dan depan HDU. Sampah-sarap tersebut telah dikutip dan diangkut oleh lori MDSA lebih kurang pada jam 9.30-10.30 pagi pada hari tersebut.
Gambar (k): Lori MDSA mengutip sampah-sarap yang telah dilonggak di persekitaran hospital
Disediakan oleh,
Penyelaras Gotong-Royong Jenny Ha Lung Lung Pegawai Farmasi Y/M Hospital Sri Aman 30/01/2015
Recommended