View
236
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
UTM KUALA LUMPUR
1 LAPORAN TAHUNAN 2014
UTM KUALA LUMPUR
2 LAPORAN TAHUNAN 2014
KANDUNGAN MUKASURAT Falsafah, Misi, Visi 3
Perutusan Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur 4
Struktur Organisasi UTM Kuala Lumpur 5
LAPORAN SEKOLAH
Statistik Kakitangan UTM KL 6
Statistik Mahasiswa 7
Pembangunan 8
Anugerah dan Pencapaian 10
Aktiviti Berimpak Tinggi 16
Laporan Perpustakaan : Koleksi dan Perolehan 32
UTM KUALA LUMPUR
3 LAPORAN TAHUNAN 2014
FALSAFAH, MISI, VISI
Falsafah Hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi. Maka Universiti
Teknologi Malaysia berusaha secara menyeluruh dan bersepadu
memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk
kesejahteraan dan kemakmuran sejagat sesuai dengan kehendakNya.
Visi Menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan dan teknologi inovatif
demi pengkayaan khazanah negara.
Misi Diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf
dunia.
UTM KUALA LUMPUR
4 LAPORAN TAHUNAN 2014
PERUTUSAN PENGARAH KAMPUS UTM KUALA LUMPUR
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL) sentiasa berjalan seiring dengan hala tuju UTM
untuk menjadi universiti bertaraf global dan bersama memastikan Pelan Global Universiti (PGU) 2020
mencapai matlamatnya.
Sebagai Graduate Focused, lima sekolah / institut yang beroperasi di UTM KL iaitu International
Business School (IBS), Razak School of Engineering and Advanced Technology (Razak School),
Advanced Informatics School (AIS), Perdana School of Science, Technology & Innovation Policy
(Perdana School) dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) berfokus
menawarkan kursus Pasca Ijazah dan Diploma Eksekutif. Beberapa kursus Sarjana Muda dan
Diploma akan ditamatkan penawarannya mulai sesi hadapan. Hanya MJIIT sahaja yang akan
meneruskan penawaran tiga kursus Sarjana Muda.
UTM KL terus berusaha menyemarakkan budaya ilmu di kalangan warganya dan masyarakat.
Beberapa ceramah dan perkongsian ilmu oleh tokoh-tokoh ilmuan ternama di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa aktif dijalankan. Tidak ketinggalan juga
penganjuran seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pembinaan projek mega di UTM KL iaitu Kompleks Penginapan Pelajar (Student Accommodation
Complex) yang dibina mulai Julai 2013 dan dijangka siap pada tahun 2016 berjalan seperti yang
dijadualkan. Projek bernilai RM 171.5 juta ini menempatkan 7 tingkat podium dan 4 menara yang
menyediakan bilik penginapan dilengkapi dengan kemudahan serba moden.
Selaku Pengarah Kampus, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua warga UTM KL atas kerjasama dan kegigihan yang tinggi bagi memenuhi hasrat dan
tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun 2014 ke arah kejayaan dan keunggulan UTM.
Prof. Dr. Hamdani Saidi Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur
UTM KUALA LUMPUR
5 LAPORAN TAHUNAN 2014
STRUKTUR ORGANISASI UTM KUALA LUMPUR
UTM KUALA LUMPUR
6 LAPORAN TAHUNAN 2014
STATISTIK STAF UTM KUALA LUMPUR
UTM KUALA LUMPUR
7 LAPORAN TAHUNAN 2014
STATISTIK MAHASISWA
UTM KUALA LUMPUR
8 LAPORAN TAHUNAN 2014
PEMBANGUNAN
KEMAJUAN PEMBINAAN PROJEK
STUDENT ACCOMMODATION
COMPLEX (SAC)
UTM KUALA LUMPUR
Bil. Maklumat projek Kerja di tapak
Rancang Sebenar
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
8.1
i)
ii)
iii)
iv)
8.2
i)
ii)
iii)
iv)
9.
10.
Tarikh milik tapak : 22/7/2013
Tarikh siap : 21 Julai 2016
Tempoh siap : 36 bulan
Kos projek : RM 171.5 juta
Kawasan pembangunan : 4.28 ekar
Keluasan lantai (GFA) : 72947 m2
Bilangan parker disediakan :
i) Kereta – 719 lot
ii) Motosikal – 762 lot
Komponen bangunan :
Podium
Aras 1 - 2 – Ruang niaga & pengurusan
Aras 3- 5 – Parkir kenderaan
Aras 6 – Dewan Serbaguna & Arena boling
Aras 7 – Rumah Kelab, gymnasium, kolam
renang
4 blok menara (500 unit kediaman)
Blok 1 – 22 tingkat – 150 unit – jenis 2 bilik
Blok 2 – 13 tingkat – 50 unit – jenis 3 bilik
Blok 3 – 11 tingkat – 118 unit – jenis studio
Blok 4 – 14 tingkat – 182 unit – jenis studio
Pembiayaan : Pinjaman KWSP
Lain-lain
Kerja struktur
- Blok 1 – Aras 9
- Blok 2 – Aras 8
- Blok 3 – Aras 6
- Blok 4 – Aras 6
- Podium – Aras 7
Kerja Arkitektural
-Dinding dalaman
Kerja M & E
-Cold water & sanitary
plumbing
Kerja struktur
- Blok 1 – aras 1 -2
- Blok 2 – Aras 3
- Blok 3 – Aras 4
- Blok 4 – Aras 3 – 4
- Podium – Aras 3
Kerja Arkitektural
-Dinding dalaman
Kerja M & E
-Sanitary plumbing
UTM KUALA LUMPUR
9 LAPORAN TAHUNAN 2014
i)
ii)
11.
Kelulusan mendirikan bangunan
- Kelulusan penuh belum diperoleh
- Tunggu kelulusan serahan jalan &
tukar syarat tanah. Dalam tindakan
KPM dan JKPTG / PTGWP. Tempoh
kebenaran khas akhir berakhir pada
15/5/2015.
Permohonan lanjutan masa
- No. 1 – mohon 203 hari
- No. 2 – mohon 101 hari
Kemajuan kerja (mingguan)
Rancang
Sebenar
Cepat / lewat
23.63 %
19.80 %
-3.83 %
UTM KUALA LUMPUR
10 LAPORAN TAHUNAN 2014
ANUGERAH & PENCAPAIAN
Dr Mohd Nazri bin Kama, Pensyarah Kanan, UTM AIS telah mengharumkan nama
UTM dengan pencapaian anugerah di Korea. Beliau telah memenangi dua
anugerah iaitu Automobil Order of Merit dan Software Order of Merit di 2014 World
Inventor Award Festival South Korea. Beliau telah mencipta satu produk baru iaitu
"A Universal Electric Vehicle Charger for Standard and Rapid Charging System :
Japan Specif ication Compliance” (My EV).
MyEV telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan Penyiaran
Program Promosi Produk Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) melalui New Straits Times.
Program yang bermula pada bulan November 2014 ini melibatkan 30 produk R & D
daripada institusi pengajian tinggi. Tiga produk UTM telah dipilih, salah satu
daripadanya adalah MyEV.
UTM KUALA LUMPUR
11 LAPORAN TAHUNAN 2014
Sebagai pengiktirafan kepada pencapaian yang berimpak tinggi dua orang staf
akademik UTM AIS iaitu Yg. Bhg. Dato’ Dr. Norbik Bashah bin Idris dan Dr. Mohd Nazri
bin Kama, telah menerima anugerah Inovasi Produk & Pengkomersilan, Citra
Karisma bagi tahun 2014.
Mereka telah menerima wang tunai berjumlah RM10,000.00, sijil pencapaian dan
sebuah piala iringan. Produk MyEV telah berjaya mencipta nama di peringkat
antarabangsa dan dengan secara tidak langsung meletakkan nama UTM
dipersada antarabangsa.
UTM KUALA LUMPUR
12 LAPORAN TAHUNAN 2014
PENERIMA ANUGERAH
1. Dr. Mohd Nazri Kama (UTM AIS)
: Automobile Order of Merit and Software Order of Merit di 2014 World
Inventor Award
Festival, South Korea. Produk : A Universal Electrical Vehicle Charger for Standard
and Rapid Charging System : Japan Specification Compliance.
2. Dato' Prof. Dr. Norbik Bashah & Dr. Mohd Nazri Kama (UTM AIS)
: Anugerah Produk Inovasi & Commercialisation di Citra Karisma Ceremony 2014.
Tempat: UTM Johor Bahru
3. Puan Hafiza binti Abas (UTM AIS)
: Gold Award, Projek : Quick Response (QR) Code for Online Video Tutorial Repository
(OVTR) di Conference Competition Exhibition National Level 2014. Tempat :
Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang, 24 – 25 Jun 2014
4. Puan Hafiza binti Abas (UTM AIS)
: Gold Award, Projek : Online Screencast videos through QR Code : Awareness of M-
Learning among in-service Teachers di National University Carnival on e-Learning
2014 (NUCel 2014).Tempat : SACC Shah Alam Convention Centre, 14-15 Nov 2014
5. Prof. Dr. Azizah Abdul Manaf & Puan Hafiza binti Abas (UTM AIS)
: Bronze Award, Projek : WEB 2.0 : Ideas, Technologies and Implications For E-Crime
Investigation and Incident Response Management Subject di National University
Carnival on e-Learning 2014 (NUCel 2014).Tempat : SACC Shah Alam Convention
Centre, 14-15 Nov 2014
6. Prof. Madya Wardah binti Zainal Abidin & Puan Hafiza binti Abas (UTM AIS)
: Bronze Award, Projek : UTM student E-Portfolio Service di National University Carnival
on e-Learning 2014 (NUCel 2014).Tempat : SACC Shah Alam Convention Centre,
14- 15 Nov 2014
UTM KUALA LUMPUR
13 LAPORAN TAHUNAN 2014
EIMARACE BERJAYA DENGAN BERGAYA, UTM KL MENJUARAI KESELURUHAN
PERTANDINGAN
Program tahunan EIMARace telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Kejituan, MJIIT dan Persatuan Pelajar Mekanikal Kejituan (Premech). Ia merupakan program
tahun kelima dan telah berjaya diadakan dua pusingan iaitu pusingan pertama di Litar
Pulau Dato’ Sagor Perak dan pusingan kedua di Litar Maktab Teknik PDRM, Muar Johor.
Selain keunikan menganjurkan dua pusingan, EIMArace kali ini bukan sahaja telah berjaya
menambahkan bilangan peserta tetapi juga berjaya menganjurkan dua kategori yang
berbeza iaitu kategori 250cc dan ketegori tradisi iaitu 150 cc. Tahun ini, pasukan dari UTM
Razak School (UTM KL) telah berjaya menjadi johan keseluruhan untuk kategori 130 cc
manakala untuk kategori 250 cc pasukan yang diwakili oleh pelajar Premech, buat pertama
kalinya menyertai program EIMARace telah berjaya merangkul tempat ketiga keseluruhan.
UTM KUALA LUMPUR
14 LAPORAN TAHUNAN 2014
SISTEM PENGURUSAN KUALITI PEJABAT PENDAFTAR UTM KUALA LUMPUR
(PPUTMKL) BERJAYA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN ISO 9001: 2008
Pada 5 Mac 2014, secara rasmi PPUTMKL telah diberikan pengiktirafan ISO 9001:2008 oleh
pihak SIRIM QAS International bagi skop perkhidmatan pengurusan modal insan,
keselamatan dan pentadbiran. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ini melibatkan
49 prosedur termasuk 1 Manual kualiti, 6 Prosedur SPK, 11 Prosedur Aktiviti dan 31 Arahan
Kerja. Inisiatif untuk mendapatkan pengiktirafan ISO 9001:2008 adalah hasil daripada
kesedaran tentang kepentingan untuk memberikan perkhidmatan dan produk yang
berkualiti kepada semua pelanggan PPUTMKL yang terdiri daripada pelanggan misi,
pelanggan proses, pelanggan dalaman dan pelanggan luaran.
UTM KUALA LUMPUR
15 LAPORAN TAHUNAN 2014
KONVENSYEN KIK UTM KE-10 2014
Pejabat Pendaftar UTM KL buat julung kalinya telah menghantar wakil Kumpulan Inovatif &
Kreatif (KIK) Perintis ke Konvensyen KIK UTM kali ke 10 yang berlangsung pada 10 hingga 12
November 2014.
Penyertaan kali pertama dengan tajuk projek ‘Pencarian Fail Peribadi Arkib Ambil Masa
Yang Lama’ telah berjaya mencuri perhatian para juri dan pemerhati konvensyen dengan
membuahkan hasil dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik Kategori
Pengurusan dan pem enang Anugerah Emas di Pemenang berjaya menggondol hadiah
wang tunai berjumlah RM500 dan piala kemenangan.
Perintis diketuai oleh Pn. Noraini bt. Ramli dan dibantu oleh En. Muhammad Ridhwan bin
Othman, En. Mohd Rushidi bin Shaari, Pn. Latifah bt Md Yatim, Pn. Nurul Farhana bt. Sufian,
Cik Ainul Adla bt. Ab. Jalil, Pn. Yanti Hajar bt Hamzah, En. Mohd Norazlan bin Mohd Nazari,
Pn. Sahidar bt Ab. Sahir dan Pn. Suhanim bt Mohd Zaki.
UTM KUALA LUMPUR
16 LAPORAN TAHUNAN 2014
AKTIVITI BERIMPAK TINGGI
3RD INTERNATIONAL CONFERENCE ON ENGINEERING BUSINESS MANAGEMENT
(ICEBM)
UTM Razak School dan Advanced Technology and Graduate School of Business
Administration (GSBA), Meiji University telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa kali
Ketiga mengenai Engineering Business Management (EBM) 2014. Persidangan ini bertujuan
untuk menyediakan satu forum bagi ahli akademik dan penyelidik untuk bertukar idea dan
meneroka perkembangan terbaru dalam bidang Kejuruteraan, Perniagaan dan
Pengurusan. Persidangan tersebut dapat membina rangkaian, kerjasama dan usaha
bersama di kalangan peserta.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON SUSTAINABLE URBAN DESIGN
FOR LIVABLE CITIES (SUDLIC 2014) SUDLiC 2014 telah diadakan pada 11 -13 November 2014 di UTM Kuala Lumpur. Seminar ini
bertujuan untuk menjadi platform antarabangsa dalam berkongsi idea dan teknologi antara
industri dan universiti. Melalui program ini, semoga ia dapat meningkatkan pemahaman dan
penyelidikan dalam bidang reka bentuk bandar yang mampan dan pembinaan bangunan
hijau serta dari bidang-bidang berkaitan.
UTM KUALA LUMPUR
17 LAPORAN TAHUNAN 2014
GOP@JAPAN MENGGALAKKAN MAHASISWA UTM KL DALAM BERKONGSI
TEKNOLOGI TERMAJU DENGAN MAHASISWA UNIVERSITI TSUKUBA
Program GOP@Japan (Sakura’14) telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa,
Kolej Siswa Jaya, UTM KL dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan swasta. Majlis
perasmian program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Rafidah bin Aziz, selaku Pengerusi
Air Asia X.
Objektif utama pelaksanaan program adalah untuk memberi pendedahan dan
pengetahuan tentang teknologi termaju terutamanya Teknologi Hijau kepada mahasiswa.
Selain itu, program ini juga diharap dapat membentuk budaya sihat dalam diri mahasiswa,
khususnya dengan mencontohi budaya masyarakat Jepun yang memiliki disiplin diri yang
tinggi, berintegriti, beretika serta kaya budi pekerti.
UTM KUALA LUMPUR
18 LAPORAN TAHUNAN 2014
SISWA@KETEREH’14 – SISWA PRIHATIN
Pusat Khidmat Amal & Aktiviti Masyarakat Parlimen Ketereh (KHADAM KETEREH) dan
Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) menganjurkan Program Mesra Siswa Perdana 2014.
600 orang mahasiswa telah menyumbang bakti sebagai jawatankuasa penggerak,
fasilitator dan peserta. Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri
Idris bin Haji Jusoh. Beliau berkata, ‘Melalui program ini, mahasiswa dapat melihat dan
merasai cara hidup masyarakat desa.’ Budaya tempatan seperti wayang kulit dapat
dipertontonkan.
Kembara Motivasi Tan Sri Annuar Musa disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah.
Treasure Hunt, Gotong-royong, Sukan Rakyat, Selawat Perdana dan Malam Kebudayaan
memeriahkan program. Sebagai tanda perihatin, mahasiswa UTM KL menyumbangkan
wakaf di Kampung Chengal.
UTM KUALA LUMPUR
19 LAPORAN TAHUNAN 2014
ASIMILASI MANTAP FAKTOR UTAMA KEJAYAAN PROGRAM LIBATSAMA
KOMUNITI DI PADANG, INDONESIA
Program CE@Padang atau lebih dikenali sebagai Rafflesia’14 telah dilaksanakan oleh
mahasiswa UTM KL di bawah bimbingan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni (HEMA) dan
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UTM-CTC). Ia juga mendapat kolaborasi daripada
Politeknik Universitas Andalas dan Komuniti Penduduk Nagari Koto Rantang, daerah Batang
Palupuh, Bukittinggi, Indonesia.
Majlis Pembukaan Program telah dirasmikan oleh Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI),
YB. Senator Datuk Seri Mohd Ali bin Hj. Mohd Rustam dan Wakil Gabenur Sumatera Barat,
Bapak Kassim.
Antara aktiviti adalah sesi berkhatan, pemeriksaan kesihatan rumah ke rumah, ‘bedah
rumah’, tutorial fun with science dan juga perkongsian teknologi komputer kepada
murid/guru sekolah dasar di sana.
UTM KUALA LUMPUR
20 LAPORAN TAHUNAN 2014
HASIL JUALAN AMAL PROGRAM FIESTA’14: ‘GIVE FROM THE HEART’ MELEBIHI
SASARAN
Mahasiswa Kediaman Siswa Jaya (KSJ) dengan usaha sama Pusat Transformasi Komuniti
Universiti (UTM-CTC) dan Unit Pengurusan Makmal Universiti (UPMU) telah menganjurkan
Program UTM-Engage: ‘Give from the Heart’. Program ini turut mendapat kerjasama
daripada Persatuan AnNajjah Selangor serta beberapa warga prihatin UTM KL.
Ia berkonsepkan kepada jualan amal barang-barang terpakai yang telah disumbangkan
oleh pelbagai pihak. Hasil jualan telah diserahkan kepada Tabung Dana Gaza pada Majlis
Sambutan Ambang Merdeka & Penutupan Fiesta Terbuka KSJ.
Sebahagian daripada barangan tersebut juga telah diberikan kepada sejumlah 45 orang
penghuni Rumah Kebajikan Nuri, Setiawangsa. Mereka diberi keistimewaan untuk memilih
kelengkapan baju sempena Raya Haji yang bakal tiba.
UTM KUALA LUMPUR
21 LAPORAN TAHUNAN 2014
KONVENSYEN KEPIMPINAN MUDA NUSANTARA (NUSA ’14)
Pada 19-21 Disember 2014, Konvensyen Kepimpinan Muda Nusantara (NUSA ’14) telah
berlangsung di Akademi Kenegaraan Birotatanegara, Kuala Lumpur. Program telah disertai
seramai 250 orang peserta daripada lima (5) buah IPTA iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti
Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai tuan rumah.
Konvensyen ini turut dihadiri oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad (Bekas Perdana Menteri
Malaysia) yang telah menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Halatuju Melayu Islam Menjelang
Wawasan 2020’.
UTM KUALA LUMPUR
22 LAPORAN TAHUNAN 2014
SYARAHAN UMUM OLEH PROF. DR TU WEIMING
KUALA LUMPUR, 10 Januari 2014 – Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (UTM
CASIS), telah menganjurkan syarahan umum bertajuk “Doctrine of the Mean and
Moderation in the Context of Regional Multiculturalism” oleh Prof. Dr. Tu Weiming.
Beliau merupakan Profesor Falsafah dan Pengarah Institut Kajian Lanjutan Humanistik di
Peking University, Profesor Penyelidikan di Universiti Harvard dan Fellow Akademi Amerika
Sastera dan Sains.
Sebagai penyokong utama “Third Epoch of Confucian Humanism”, beliau sentiasa
melibatkan diri dalam tafsiran klasik Confucian, dan pada masa yang sama menjalankan
penilaian daripada perspektif perkembangan budaya global pluralis untuk penyuburan
semula kebudayaan Cina melalui transformasi tradisi kreatif.
Pelbagai topik telah dibahaskannya, termasuklah "Kebudayaan China", "Dialog Antara
Tamadun", “Reflection on the Enlightenment Mentality” dan “Third Epoch of Confucian
Humanism”.
UTM KUALA LUMPUR
23 LAPORAN TAHUNAN 2014
SYARAHAN UMUM BERKENAAN “THE ECONOMIC TRANSFORMATION OF
MALAYSIA” OLEH PROFFESOR DR. DIEGO ADOLFO COMIN, HARVARD BUSINESS SCHOOL
KUALA LUMPUR, 15 Januari 2014 - UTM International Business School (UTM IBS) telah
menganjurkan Syarahan Umum bertajuk “The Economic Transformation Of Malaysia” oleh
Profesor Dr. Diego Adolfo Comin dari Harvard Business School.
Pada 21 September 2010, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Program
Transformasi Ekonomi (ETP). Ia dapat dilihat sebagai program teras di negara ini yang
menjadi pelan transformasi ekonomi menyeluruh untuk menggerakkan ekonomi Malaysia ke
dalam ekonomi berpendapatan tinggi.
Negara telah memasuki tahun ke-4 pelaksanaan ETP telah membantu meningkatkan dan
menjadi pemangkin kepada ekonomi negara. Dengan syarahan umum ini, beliau memberi
maklumat agar rakyat perlu memahami dengan lebih mendalam untuk meningkatkan
pelaksanaannya untuk berfikir secara kritikal dan memahami intipati teras program.
UTM KUALA LUMPUR
24 LAPORAN TAHUNAN 2014
SYARAHAN KEPIMPINAN OLEH YBHG. TAN SRI RAFIDAH AZIZ
KUALA LUMPUR, 20 Februari 2014 – Sebagai sebahagian daripada Siri Syarahan Kepimpinan
anjuran MJIIT, YBhg. Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi Air Asia X dan Mantan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri 1987-2008, telah menyampaikan syarahan
bertajuk “Japan-Malaysia Relations beyond the Look East Policy”.
Beliau menyentuh mengenai hubungan Malaysia-Jepun yang dinamik secara serantau dan
global. Beliau juga menasihatkan agar mahasiswa dapat berfikir secara inovatif untuk
pembangunan Malaysia bagi mencapai Wawasan 2020.
UTM KUALA LUMPUR
25 LAPORAN TAHUNAN 2014
CASIS SATURDAY NIGHT LECTURE SERIES
KUALA LUMPUR, 5 April 2014 – Yang Mulia Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas
mengingatkan kembali perihal adab. Adab itu bukanlah mainan bicara tilikan nazar. Akan
tetapi, ilmu yang benar menerangkan akan kedudukan yang sah bagi tiap-tiap maujud itu,
yang dengannya kedudukan yang haq bagi dirinya sendiri juga diketahui.
Tan Sri Prof. menjelaskan makna perkataan “Dīn” yang dihurainya selama lebih 40 tahun lalu
bukanlah terhasil daripada angan-angan dan tilikan buta, tetapi pengamatan yang teliti
daripada al-Qur’ān beserta anugerah petunjuk dan ilham daripada Ilahi. Maka tidaklah
wajar sekiranya seorang murid itu hanya setelah mendengar slogan-slogan bahawa “Dīn”
itu lebih tepat diterjemah sebagai “way of life” atau “cara hidup” terus sahaja membuat
keputusan bahawa tentu sekali ini terjemahan yang lebih tepat, yang lebih meliputi
keseluruhan makna kalimah itu.
Ilmu mengenai Islam tidaklah harus dihadkan semata-mata kepada ilmu fiqh, tetapi
haruslah merangkumi keseluruhannya yang meliputi fiqh, kalam dan tasawwuf. Cabaran
pembangunan yang begitu pesat dalam dunia hari ini tidaklah harus memalingkan kita
daripada pembangunan diri insan yang secara peribadi itu.
UTM KUALA LUMPUR
26 LAPORAN TAHUNAN 2014
NEW ZEALAND WEEK 2014
KUALA LUMPUR, 25 Mac 2014 – Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur menjadi tuan
rumah kepada seminar “Guardianship and Economic Development: Indigenous Community-
Based Eco-Tourism”, sempena sambutan New Zealand Week 2014.
Ia bertujuan untuk memberi peluang mempelajari ekonomi, budaya, masyarakat dan
pemuliharaan daripada eko-pelancongan masyarakat Kaitiakitanga di Māori.
Seminar tersebut telah dihadiri oleh Dr. Pita Sharples, Menteri Dalam Negeri, Māori, New
Zealand dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Seri Moham ed Nazri bin Tan Sri
Abdul Aziz.
Penemuan hubungan budaya antara New Zealand dan Malaysia dapat dik ongsi bersama
untuk pembangunan ekonomi seterusnya dapat mengukuhkan kerjasama pada masa
hadapan.
UTM KUALA LUMPUR
27 LAPORAN TAHUNAN 2014
BUKU TUN ABDULLAH AYUB : RIWAYAT SEORANG PENTADBIR (KETUA
SETIAUSAHA NEGARA 1979-1981) DILANCAR
KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2014 – Universiti Teknologi Malaysia telah mengadakan majlis
pelancaran buku Tun Abdullah Ayub; Riwayat Seorang Pentadbir (Ketua Setiausaha Negara
1979-1981) hasil karya Datin Seri Fatini Yaacob dan Toh Puan Anna Abdul Ranee. Karya ini
telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan
Malaysia.
Tun Abdullah Ayub adalah tokoh-tokoh pentadbir yang memainkan peranan penting
merealisasikan dasar-dasar kerajaan di sebalik nama-nama besar negarawan iaitu Perdana
Menteri Malaysia.
Beliau dilantik sebagai KSN dan Pengerusi NEB (1 Januari 1979 – 3 Januari 1981) dan
Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam (1981-1991). Beliau turut memegang beberapa
jawatan seperti Pengerusi SPPK Sdn Bhd (1971-84), Lembaga Pengarah Perbadanan negeri
Johor (1971-2001), Pro-Canselor UTM (1998-2011) dan Senator Dewan Negara (2001-2004).
Sehingga kini dalam usia 87 tahun, beliau masih menjadi Pengerusi Koperasi Sedar Berhad,
Pasir Panjang Laut, iaitu koperasi yang ditubuhkan untuk kemajuan dan penyatuan warga
kampungnya.
UTM KUALA LUMPUR
28 LAPORAN TAHUNAN 2014
Sesungguhnya nama Abdullah Ayub begitu sinonim dengan kecem erlangan perkhidmatan
awam. Prestasi perkhidmatannya yang cemerlang sewaktu berkhidmat dengan kerajaan
dan setelah bersara, mewajarkan beliau ditempatkan sebagai salah seorang pentadbir
yang terbilang pernah dilahirkan oleh negara.
Sesungguhnya, penerbitan buku ini dapat memperkayakan khazanah keilmuan negara, di
samping pemangkin dalam memumpuk sikap dedikasi, bertanggungjawab, berintegriti, dan
patriotik demi berkorban dan berbakti untuk agama, bangsa dan negara.
UTM KUALA LUMPUR
29 LAPORAN TAHUNAN 2014
KOMITMEN TINGGI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) TERHADAP USAHA
PEMELIHARAAN KEPELBAGAIAN BIO DAN KHAZANAH NEGARA
GERIK, PERAK, 23 SEPTEMBER 2014 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan
Program Sambutan Penyelidikan TRANSROYAL UTM 2014 bertempat di Kampung Sg. Raba,
Temenggor, Perak.
Program ini dianjurkan oleh UTM dengan kerjasama universiti tempatan dan antarabangsa
serta pelbagai agensi kerajaan di peringkat negeri dan daerah.
Program sambutan ini direncanakan susulan penyelidikan berimpak tinggi pelbagai bidang
yang sedang giat dilaksanakan secara bersepadu terutama melibatkan teknologi geo -
spatial moden yang dihubung jalinkan bagi mengenalpasti permasalahan sebenar berkait
dengan ekosistem terrestrial (hutan) dan akuatik (tasik) dan seterusnya menyokong kajian
pengurusan sumberjaya, pembangunan lestari dan perubahan iklim.
Tanggungjawab yang besar inilah yang tersandang di bahu serta diusahakan dengan
penuh tekun oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dengan
kerjasama strategik rakan-rakan penyelidik daripada pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT)
tempatan dan luar negara, selain agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.
Sebanyak empat tonggak utama penyelidikan dikenalpasti bagi kajian UTM-Royal Belum
iaitu (1) geo-keselamatan; (2) geo -kelestarian; (3) geo-biodiversiti dan ekosistem dan; (4)
teknologi luar bandar.
UTM KUALA LUMPUR
30 LAPORAN TAHUNAN 2014
ADVANCED SENIOR MANAGEMENT PROGRAM 2014
BERSAMA PROFESSOR DAVID YOFFIE, HARVARD BUSINESS SCHOOL
KUALA LUMPUR, 19 November 2014 – UTM International Business School telah menganjurkan
“Advanced Senior Management Programme 2014” bersama Professor dari Harvard Business
School, David B. Yoffie.
Ia bertujuan untuk membangunkan kemahiran pengurusan dan membuat keputusan
pengurus, selaras dengan pemikiran pengurusan kontemporari.
Program ini dijalankan khas untuk kakitangan pengurusan, pengurus kanan dan pengarah
syarikat-syarikat yang menyediakan permintaan pasaran dengan memajukan pengetahuan
pengurusan.
Program selama 2 hari membolehkan para peserta untuk mempelajari cara penyelesaian
masalah jangka pendek. Selain itu, ia menyediakan proses intensif penilaian sendiri dengan
bertujuan untuk memperolehi kemahiran analitikal dan strategik bagi memacu inovasi,
prestasi dan membuat keputusan yang berkesan di seluruh organisasi.
UTM KUALA LUMPUR
31 LAPORAN TAHUNAN 2014
MALAYSIA’S HUMAN CAPITAL TOWARDS A HIGH-INCOME ECONOMY
KUALA LUMPUR, 3 Disember 2014 – UTM International Business School dan Harvard Business
School Alumni Club of Malaysia telah menganjurkan ceramah oleh YB Encik Khairy
Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan. Tajuk ceramah ‘Malaysia’s Human Capital Towards A
High-Income Economy’ menyentuh berkenaan pendekatan Malaysia ke arah ekonomi
berpendapatan tinggi.
Ekonomi Malaysia perlu melihat keseimbangan antara ekonomi modal dan ekonomi rakyat.
Ekonomi Modal merujuk kepada pengurusan dan dasar dari perspektif makro ekonomi. Ini
akan memudahkan negara untuk menetapkan sasaran utamanya dan menanda aras
dengan negara-negara lain.
Ia termasuklah dalam pengurusan ekonomi berasaskan modal, pertumbuhan KDNK,
pendapatan per kapita, pelaburan swasta, pasaran modal, keuntungan korporat, penilaian
dan kredit, indeks Bursa dan nilai saham.
UTM KUALA LUMPUR
32 LAPORAN TAHUNAN 2014
LAPORAN PERPUSTAKAAN : KOLEKSI & PEROLEHAN
Jumlah Bahan di UTM Reading Stations
Jumlah bahan di Reading Stations UTM KL sehingga Disember 2014 adalah sebanyak
3,840 buah bahan berbanding 3,590 pada tahun 2013. Iaitu pertambahan sebanyak 250
buah bahan. Ia merangkumi bahan Buku dan juga Jurnal.
Unit Perolehan
Pada tahun 2014, Unit Perolehan Perpustakaan UTM KL telah diberi tanggungjawab untuk
menguruskan peruntukan sebanyak RM1,000,000.00 bagi tujuan perolehan bahan baru
berbanding RM500,000.00 yang diterima pada tahun 2013. Unit Perolehan Perpustakaan UTM
KL turut menerima peruntukan tambahan sebanyak RM150,000.00 untuk pembangunan
koleksi Ocean Thermal Energy Centre (OTEC)
0.00
500,000.00
1,000,000.00
1,500,000.00
500,000.00
1,150,000.00
JUMLAH BAJET DITERIMA (RM)
2013 2014
UTM KUALA LUMPUR
33 LAPORAN TAHUNAN 2014
AGIHAN PERUNTUKAN
Peruntukan RM1,150,000.00 yang diterima telah diagihkan seperti berikut
AIS 65,000.00
IBS 140,000.00
PERDANA SCHOOL 55,000.00
RAZAK SCHOOL 100,000.00
MJIIT 300,000.00
UTMSPACE - PPD 40,000.00
CAIRO 80,000.00
IKG 50,000.00
CASIS 70,000.00
OTEC 200,000.00
FICTION 5,000.00
REFERENCE 45,000.00
AGIHAN PERUNTUKAN PUTM KL 2014 (RM)ADVANCED INFORMATICS SCHOOL (AIS)
INTERNATIONAL BUSINESS SCHOOL (IBS)
PERDANA SCHOOL OF SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION POLICY (PERDANA SCHOOL)RAZAK SCHOOL OF ENGINEERING AND ADVANCED TECHNOLOGY (RAZAK SCHOOL)
MALAYSIA - JAPAN INTERNATIONAL INSTITUTE OF TECHNOLOGY (MJIIT)
SCHOOL OF PROFESSIONAL AND CONTINUING EDUCATION - FULLTIME DIPLOMA (UTMSPACE - PPD)CENTRE FOR ARTIFICIAL INTELLIGENCE AND ROBOTICS (CAIRO)
INSTITUTE OF NOISE AND VIBRATION (IKG)
CENTRE FOR ADVANCED STUDIES ON ISLAM, SCIENCE AND CIVILISATION (CASIS)
OCEAN THERMAL ENERGY CENTRE (OTEC)
FICTION KL
REFERENCE KL
UTM KUALA LUMPUR
34 LAPORAN TAHUNAN 2014
PENERIMAAN BAHAN Penerimaan bahan yang berjumlah 2,299 naskhah merangkumi pesanan bahan yang
dibuat pada tahun 2013 dan 2014. Jumlah penerimaan bagi tahun 2014 adalah sebanyak
2,299 judul dan naskhah berbanding 1,718 pada tahun 2013.
UNIT BIBLIOGRAFIK Unit Bibliografik (UB) merupakan salah satu bahagian yang bertanggungjawab di dalam
aktiviti memproses bahan dan maklumat untuk pembangunan koleksi Perpustakaan UTM.
Unit Bibliografik bertanggungjawab untuk memproses bahan yang diterima dari Unit
Perolehan untuk dikatalog, dilabel dan dihantar ke Unit / Perpustakaan Cawangan bagi
ditempatkan di rak dan seterusnya bagi kegunaan pengguna. Peningkatan bahan yang
dikatalog telah menambah stok Perpustakaan UTM KL kepada 109,458 judul.
0
500
1,000
1,500
2,000
2,500 1,718
2,299
NASKHAH
2013
2014
UTM KUALA LUMPUR
35 LAPORAN TAHUNAN 2014
PENGUNJUNG PERPUSTAKAAN MENARA RAZAK
Bilangan pengunjung Perpustakaan Menara Razak meningkat dari 1604 orang pada tahun
2013 kepada 2470 orang pada tahun 2014.
UTM KUALA LUMPUR
36 LAPORAN TAHUNAN 2014
PERPUSTAKAAN MJIIT
Perpustakaan MJIIT telah beroperasi pada Jun 2013. Fungsi perpustakaan adalah untuk
memenuhi keperluan pengguna terutama para pelajar dan staf akademik MJIIT. Aktiviti
sepanjang tahun adalah termasuk menerima cadangan pembelian daripada pensyarah
MJIIT, mengkatalog bahan hadiah dan urusan pinjaman bahan.
JUMLAH PENGUNJUNG
Jumlah pengunjung ke Perpustakaan MJIIT telah mempunyai peningkatan berbanding 2013
dengan 2014 iaitu daripada 553 kepada 1137 orang.
UTM KUALA LUMPUR
37 LAPORAN TAHUNAN 2014
JAWATANKUASA TEKNIKAL LAPORAN TAHUNAN UTM KL 2013
PENGARANG
Puan Siti Salamah Mohd Shihab
EDITOR
Puan Mirahani Maris
PEREKA
Encik Muhaimin Sulong Tuah
JURUGAMBAR
Encik Muhammad Faiz Mahmood
Recommended