View
2
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1
LAPORAN TAHUNAN 2018 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI & MASYARAKAT (BJIM)
USM memperkukuhkan kolaborasi dengan pihak luar untuk meningkatkan usaha aktiviti-aktiviti
penyelidikan, pembangunan profesional dan kesarjanaan untuk memenuhi keperluan kedua-dua
pihak iaitu universiti dan industri/ masyarakat. Sepanjang 2018, USM telah mensasarkan untuk
meningkatkan lebih banyak kumpulan masyarakat yang berkolaborasi dengan kepakaran yang
ada dalam meningkatkan kualiti hidup mereka. Bukan sahaja di peringkat tempatan dan
antarabangsa, tetapi juga pada peringkat dunia, USM berkolaborasi dengan pelbagai pihak untuk
memastikan proses keilmuan dapat dimanfaatkan untuk membawa perubahan dalam masyarakat
di negara ini.
Untuk itu sebanyak 20 perjanjian persefahaman ditandatangani dengan pelbagai pihak tempatan
dan antarabangsa, pewujudan 38 industri baharu dan 63 projek baharu terhasil, antaranya adalah
dalam industri semikonduktor, peralatan perubatan dan juga industri kecil sederhana (IKS).
Sementara itu USM memastikan sasaran Sustainable Development Goals (SDG) turut dicapai
terutamanya dalam 10 daripada 17 matlamat dalam SDG yang melibatkan 1,232 komuniti, 192
di peringkat nasional dan 9 di peringkat antarabangsa.
1.0 Kolaborasi Akademia-Industri (4. Driving Talent Excellence) Sepanjang 2018, USM telah menjalinkan sebanyak 22 kolaborasi melaksanakan kolaborasi
akademia-industri dengan berbagai pihak luar. Kolaborasi ini telah menghasilkan empat (4)
impak utama iaitu penyelidikan, latihan industri, akademik/ biasiswa dan penajaan kewangan.
Antaranya ialah kejayaan USM dalam mencipta sejarah pembinaan Bandar Kontena
Terbesar di dunia. Bandar Kontena seluas 340 ekar yang melibatkan penggunaan tenaga
solar dengan kos hampir RM90 juta. Ia adalah hasil daripada kolaborasi C&M Renewable
Energy Technology Sdn. Bhd., Kementerian Pendidikan, Smart Win Property Sdn. Bhd. dan
Kumpulan GDTC. Selain itu, antara pihak-pihak luar yang telah menjalinkan kolaborasi
dengan USM dan impak adalah seperti dalam gambarajah di bawah:
2
Kolaborasi Akademia-Industri 2018
3
Secara ringkas kolaborasi ini telah memberi impak yang sangat positif kepada USM. Antaranya:-
2.0 Program Latihan Industri (Internship) (2.0 Ensuring Distinguished Students’ Learning and Living Experience) Seramai 2288 pelajar USM berpeluang untuk menjalani latihan industri di syarikat/
organisasi terkemuka termasuk di luar negara antaranya Kawai Corporation, Jepun dan
Intel Technology Sdn. Bhd. Ia adalah hasil daripada hubungan/kolaborasi dengan pihak
luar. Ia merupakan pendedahan awal kepada pelajar untuk kesiapsediaan pelajar
menghadapi dunia pekerjaan.
4
Program Latihan Industri Pelajar 2018
3.0 UNIMAKER Makeathon Competition (2.0 Ensuring Distinguished Students’ Learning and Living Experience)
UNIMAKER Makeathon Competition 2018 adalah inisiatif daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dengan kerjasama universiti awam Malaysia (UA) [USM sebagai hos untuk Zon
Utara] telah berlangsung bermula dari bulan Julai hingga September 2018. UNIMAKER adalah
Makeathon selama 48 jam untuk pelajar berfikir, berinovasi, mencipta dan membangunkan
penyelesaian yang inovatif untuk Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR).
5
UNIMAKER Makeathon Competition 2018
4.0 CEO Faculty Programme 2.0 ‘Coached by the Pros’ (4.0 Driving Talent Excellence) Enam (6) orang pensyarah muda dari USM telah terpilih untuk menjalani sandaran di lima
(5) industri selama enam (6) bulan sekaligus merapatkan hubungan industri-akademia.
Sandaran ini diharapkan dapat membawa lebih banyak manfaat kepada Universiti dari segi
kemajuan teknologi, peluang kerjasama dalam penyelidikan, penempatan latihan industri
dan peluang pekerjaaan di syarikat-syarikat tersebut.
Felo CEO Faculty Programme 2.0 Musim ke-2
o Juara (RM 80,000) Whatever, USM (inovasi
Farmlogy: Precision farming with IoT)
o Naib Juara (RM50,000)
4dynamo, USM (inovasi Intelligent and Responsive Imaging System, IRIS)
6
5.0 Pencapaian Jaringan Industri dalam Angka
Pencapaian Jaringan Industri 2018
6.0 USM Prihatin (Projek Libatsama Komuniti) (7. Ensuring Financial Sustainability “Supporting Excellence Through Financial Sustainability”) Seiring dengan halatuju Sustainable Development Goals (SDG), jaringan dengan
komuniti diperkukuhkan dengan penglibatan sebanyak 31 projek libatsama universiti-
komuniti dengan jumlah pembiayaan dari geran komuniti (Penyelidikan Translasional)
sebanyak RM715,069.00. Projek ini telah meninggalkan impak kepada banyak pihak
seperti yang digambarkan dalam rajah dibawah.
38 Industri Baharu
20 MoA/MoU
RM4,886,496.30 Janaan Kewangan
63 Projek Baharu 20 PTJ
31 Pensyarah Terlibat
PENCAPAIAN JARINGAN INDUSTRI
7
6.1 Pengiktirafan Kepada Warga (3. Embracing our Alumni “I am USM”) Majlis Penyampaian Sijil Kecemerlangan & Sijil Penghargaan Libatsama Universiti
Komuniti/Industri diadakan bagi mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada
warga USM serta warga luar yang terlibat secara aktif dan sukarela dalam
aktiviti/program/projek libatsama komuniti yang telah atau sedang dijalankan di
luar tugas hakiki tanpa menerima apa-apa bayaran dan elauan subsidi. Pihak USM
juga telah mewujudkan Anugerah Kepimpinan Masyarakat (AKM) sebagai
kategori dalam Anugerah Sanggar Sanjung (ASS).
8
7.0 Program AKEPT Competency and Enhancement Programme (ACEP):
Perkongsian Amalan Terbaik Libatsama Universiti-Komuniti (4.0 Driving Talent Excellence) Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) melantik Universiti Sains Malaysia
(USM) iaitu BJIM untuk melaksanakan Program ACEP: Perkongsian Amalan Terbaik
Libatsama Universiti-Komuniti. Melalui program yang dilaksanakan peserta yang terdiri
daripada ahli akademik dari 20 UA akan diberi pendedahan tentang kaedah-kaedah
merangka projek dalam aktiviti hands-on dan minds-on iaitu Relating, Experiencing,
Applying, Cooperating dan Transfering. Sebanyak RM120,000.00 peruntukan telah
disalurkan kepada USM untuk melaksanakan program kepada 20 UA di Malaysia.
9
8.0 Program Pusat Inovasi Komuniti (CIC) (2.0 Ensuring Distinguished Students’ Learning and Living Experience) Program Pusat Inovasi Komuniti (CIC) merupakan inisiatif kerajaan melalui kerjasama
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Universiti Sains Malaysia (USM)
sebagai menggalakkan usaha sama bermanfaat berdasarkan landasan kerjasama yang
diwujudkan untuk membolehkan pemegang taruh (kerajaan, akademia, industri dan
komuniti setempat) bersama-sama mengembleng tenaga secara Collective Impact
melalui pendekatan Quadruple Helix bagi membentuk satu negara bangsa yang benar-
benar berwibawa serta berminda par excellence. Impak program kepada USM dan
komuniti seperti berikut:
10
Program ini juga telah disenaraikan bagi penilaian MEA 2017 dalam kategori institusi
sebagai program libatsama komuniti yang bercirikan elemen–elemen keusahawanan,
keterangkuman dan kemampanan. Rakan kerjasama CIC iaitu Pihak Berkuasa
Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah dijemput untuk berkongsi hasil pelaksanaan
program CIC kepada panel penilai.
11
9.0 Program University Community Internship (UCI) (2.0 Ensuring Distinguished Students’ Learning and Living Experience) Seramai 3 orang pelajar dari PPTI telah menjalani internship dibawah BJIM dan melalui
UCI pelajar telah dibekalkan latihan secara in House Training oleh pembekal latihan yang
dikenal pasti oleh BJIM dan seterusnya pelajar ditempatkan di lapangan melibatkan projek
komuniti BJIM agar dapat berperanan untuk memindahkan ilmu kepada kumpulan
sasaran. Impak program ialah:
10.0 Program Keusahawan Sosial (WUS101)
(2.0 Ensuring Distinguished Students’ Learning and Living Experience) USM mengintergrasikan libatsama komuniti dalam program akademik melalui
pelaksanaan Program Keusahawanan Sosial iaitu model keusahawanan yang tidak
hanya mementingkan keuntungan, malah menekankan kepada pewujudan masyarakat
yang berimpak positif dan saksama. Keusahawanan sosial sebagai satu pendekatan
inovatif ke arah transformasi sosial masyarakat.
12
11.0 Asia-Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) (1. Achieving Global Prominence “Bringing USM to the World, and the World to USM”)
APUCEN adalah inisiatif USM untuk memposisikan universiti di peringkat global dengan
mewujudkan jaringan kerjasama antara universiti-universiti dan entiti-entiti luar negara bagi
usaha libatsama komuniti dalam usaha memakmurkan masyarakat sejagat. USM
mengetuai 95 institusi daripada 20 buah negara. Dua keahlian baru yang menyertai
APUCEN bagi tahun 2018 iaitu Kiel University dan Ho Chi Minh City University of Economics
and Finance.
Empat (4) objektif yang ingin dicapai oleh APUCEN adalah:
1) perkongsian jaringan kepakaran antara ahli-ahli
2) memupuk konsep dan nilai libatsama komuniti kepada staf dan pelajar institusi
pengajian tinggi
3) membina keupayaan kerjasama (capacity building) universiti-komuniti
4) menyediakan platform untuk projek flagship bersama ahli
Kiel University
Ho Chi Minh City University of Economics and Finance
13
11.1 Kerjasama Serantau melalui APUCEN APUCEN telah menerima pengiktirafan daripada BIG TENT GLOBAL COMMUNIQUE, sebuah
jaringan universiti dan komuniti di bawah UNESCO untuk Institusi Pengajian Tinggi dan UN
SDG. APUCEN adalah salah satu daripada sebelas jaringan terbesar di dunia.
11.2 Program dan Aktiviti APUCEN Bagi mencapai objektif tersebut, pada tahun 2018, USM telah menghantar 3 orang pensyarah
untuk menjalani latihan di Kanada di bawah bimbingan Prof. Budd L. Hall sebagai sebahagian
syarat untuk menjadi UNESCO Knowledge 4 Change (K4C) untuk memahami bagaimana
menjalankan libatsama komuniti berimpak tinggi dengan efektif. Selain itu, APUCEN telah
mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun 2018 yang menepati semua objektif
penubuhan APUCEN.
14
12.0 Pusat Kebudayaan Jepun Kyoto University of Foreign Studies (KUFS-USM)
(1. Achieving Global Prominence “Bringing USM to the World, and the World to USM”) USM memperkukuhkan hubungan antara Malaysia – Jepun melalui penubuhan Pusat
Kebudayaan Jepun (KUFS-USM) selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur 2.0.
Pengukuhan jalinan kerjasama ini dilaksanakan melalui program dan aktiviti pertukaran
budaya. Kolaborasi program bersama Universiti-universiti daripada Jepun adalah seperti
berikut:
15
Program dan aktiviti kebudayaan Jepun yang telah dilaksanakan pada tahun 2018 adalah
seperti berikut:
Impak program dan aktiviti kebudayaan Jepun yang telah dilaksanakan serta jumlah penglibatan
peserta bagi kesemua program adalah seperti dibawah:
16
PENUTUP
Jaringan industri dan masyarakat terus diperkukuhkan pada tahun 2018 dalam usaha meletakkan
nama USM sebagai sebuah universiti yang menjadikan universiti-industri-komuniti sebagai
agenda utama. Sebagai penghubung antara universiti-industri dan komuniti pencapaian bahagian
ini sangat membanggakan dengan jaringan industri yang dibina terutama melibatkan syarikat dan
kilang-kilang di Pulau Pinang dan program berimpak yang melibatkan komuniti khasnya bagi
masyarakat golongan B40 ke arah kecemerlangan USM dalam memenuhi agenda transformasi
negara.
Recommended