View
23
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
EDISI 11: 1 - 31 JUN 2016
LAWATAN DELEGASI DARI THAILAND
Ekspresi Transformasi Ramadhan Yang Dirindui
ms2
Program Khatam Al-Quran Ramadhan (1437H)
Lawatan Delegasi Bangladesh ke JPA
Lawatan Deligasi Asian Productivity Organisation.
ms6
ms5 ms6
PRODUCTIVITY INSTITUTE (FTPI)
2
Ekspresi Transformasi Ramadhan Yang Dirindui PUTRAJAYA, 2 JUN 2016
Majlis Perhimpunan Bulanan JPA
PUTRAJAYA, 10 JUN 2016 - Program Persada
Transformasi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2016 telah diadakan pada 10 Jun 2016 bertempat di Lobi C1,
Kompleks C. Program bertemakan "Berkhidmat Untuk Negara: Betulkan Niat, Syukuri Nikmat, Zahirkan Setia" telah dianjurkan secara bersekali dengan Perhimpunan
Bulanan JPA bagi Jun 2016. Tema ini dipilih bersesuaian dengan bulan Ramadan yang menekankan akan peri
pentingnya pembudayaan nilai-nilai murni yang menjadi asas kepada kejayaan Transformasi Perkhidmatan
Awam. Program persada ini mengetengahkan Inisiatif
Transformasi JPA agar setiap warga JPA peka dan faham dengan Inisiatif Transformasi yang telah
dibangunkan. Pelaksanaan program ini diharapkan berupaya memberi kefahaman dan seterusnya
mewujudkan rasa sepunya di kalangan warga JPA
dalam menjayakan Inisiatif Transformasi JPA 2016. Jumlah pengunjung yang menghadiri Program Persada
Transformasi JPA 2016 ialah seramai 400 orang.
Taklimat Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2016 Sarawak 10 JUN 2016
3
Program Turun Padang Sempena Ramadan di UTC Kuching
KUCHING, SARAWAK, 11 JUN 2016 - YBhg. Tan Sri
Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam hari ini menyampaikan bubur lambuk kepada
penjawat awam dan orang ramai di UTC Kuching sempena
lawatan kerja di Sarawak. Program ini merupakan anjuran
Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Cawangan Sarawak.
Sesi Temu Bual Bersama Pihak Media Prima
15 & 24 JUN 2016 - Biasiswa Yang di-Pertuan Agong
(BYDPA) telah mula diperkenalkan pada tahun 2006 bagi mengiktirafkan kebolehan luar biasa seseorang
calon. Kebiasaanya biasiswa ini dibuka pada bulan Februari atau Mac setiap tahun dan menawarkan 12
tempat untuk calon melanjutkan pengajian di peringkat
pasca ijazah di dalam dan di luar negara, iaitu enam (6) ke peringkat Sarjana dan enam (6) ke peringkat Doktor
Falsafah (Ph.D). Sehingga tahun 2015, seramai 118 orang penerima telah ditaja iaitu 59 orang peringkat
Sarjana manakala 59 orang lagi Ph.D. Antara bidang-
bidang yang ditawarkan adalah; i. Ekonomi; ii. Undang-undang; iii. Sains dan Teknologi; dan iv. Kewangan
Islam. Sesi Temubual bersama pihak Media Prima telah diadakan berlainan tarikh dan rancangan iaitu Malaysia
Hari Ini (15 Jun 2016) Nasi Lemak Kopi O (24 Jun
2016). Ooi Sock Theng, Athirah Mohd Anuar, Bavani A/P Subramaniam dan Tan Shin Yee, mereka adalah
penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2016/2017.
“If we did all the things we are capable of,
we would literally astound ourselves.”
Thomas Edison
4
Lawatan Tapak AIICT Bagi Projek HRMIS 2.0
17 JUN 2016 - Sebagaimana Yang Berbahagia Tan
Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan sedia maklum, JPA telah menyertai Anugerah Inovasi ICT
(AIICT) 2016 yang dilaksanakan oleh pihak MAMPU dengan projek HRMIS 2.0. Setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih di atas komitmen dan
kerjasama semua Pengarah Bahagian yang telah dapat meluangkan masa bagi sama-sama menjayakan sesi
lawatan berkenaan.
“It takes courage to grow up and become who you really are.”
E. E. Cummings
Program Transhare TKPPA (O) Bersama Pegawai Gred 41 dan 44 JPA
16 JUN 2016 - Seramai 63 orang dari perkhidmatan
Kumpulan Profesional menghadiri program tersebut yang berlangsung pada 16 jun 2016 di Dewan
Mezzanine anjuran Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Antara objektif program itu adalah menyediakan
platform menyalurkan idea dan cadangan penambaikan
warga JPA kepada Transformasi Perkhidmatan Awam yang sedang dilaksanakan dan menyediakan platform
luahan rasa berkenaan isu-isu transformasi secara keseluruhan.
5
20 JUN 2016 - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima lawatan delegasi dari Bangladesh Civil Service Administration Academy. Delegasi lawatan tersebut adalah terdiri daripada 28 orang pegawai dari pelbagai kementerian/agensi kerajaan Republik
Bangladesh yang sedang mengikuti 4th Masters in Public Policy and Management (MPPM) Programme,
Bangladesh Civil Service Administration Academy, Ministry of Public Administration, Bangladesh. Tujuan
lawatan adalah untuk mempelajari pengalaman Malaysia dalam melaksanakan transformasi sektor
awam dan juga hal ehwal pengurusan sumber manusia
dalam perkhidmatan awam.
Lawatan Delegasi Bangladesh ke JPA
PUTRAJAYA, 16 JUN 2016 - Majlis berbuka puasa
anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diadakan di Kafe dan Surau Umar Abdul Aziz, C3. Majlis
yang diadakan ini merupakan program tahunan JPA bagi merapatkan hubungan silaturahim dan juga
mengaktifkan lagi interaksi hubungan kerja pegawai
dan kakitangan jabatan. Turut hadir iaitu tetamu
kehormat YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (KPPA) dan YBhg. Puan Sri Asmahan Ismail. Jemputan
Pengurusan Tertinggi JPA dan pasangan, dan seluruh warga JPA.
Majlis Berbuka Puasa JPA Tahun 2016
6
“A little nonsense now and then, is relished by the wisest men.”
Roald Dahl
Lawatan Deligasi Asian Productivity Organisation
26 JUN 2016 - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
menerima lawatan delegasi dari Thailand Productivity Institute (FTPI). Lawatan tersebut adalah terdiri daripada
tiga (3) orang pegawai kanan dari FTPI. Tujuan lawatan
tersebut adalah untuk berkongsi amalan terbaik seperti
Performance Evaluation in the Public Sector dan Leadership Development Program for Public Sector di
Malaysia.
Program Khatam Al-Quran Ramadhan (1437H) 27 JUN 2016
7
Majlis Menandatangani Nota Serahan Tugas TKPPA (O)
27 JUN 2016
Sesi Setulus Ikhlas Aidilfitri Warga JPA
27 JUN 2016
Recommended