View
23
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
INFO Terkini
Bil. 39/2014 EDARAN DALAMAN SAHAJA 22 Sept 2014
® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat
Kota Kinabalu, 16 September - Konvoi Kembara Merdeka II SESB, 2014 yang mengelilingi 14 buah daerah di
seluruh Sabah telah melabuhkan tirainya di perkarangan Wisma SESB dengan jayanya. Majlis penutupan
program tersebut berlangsung meriah apabila 70 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja dan vendor
SESB berjaya menamatkan konvoi pada tahun ini. Majlis pada kali ini turut diserikan lagi apabila sebanyak 30
buah motorsikal berkuasa besar dari Kelab Smart Riders dan Labuan Bikers Riders menyertai konvoi. Majlis
penutupan yang berlangsung sempena Hari Malaysia tersebut disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan
Negeri Sabah Y.B Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said. Majlis turut dihadiri Pengarah Urusan Ir. Hj. Abd Razak
Sallim, barisan pengurusan, ketua-ketua jabatan dan presiden serta ahli KPPSESB.
Konvoi yang bermula sejak 10 September itu menjelajah hingga ke Tuaran, Kota Marudu, Kudat, Pitas,
Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Keningau, Tenom, Sipitang, Wilayah Persekutuan Labuan, Beaufort, serta Papar
sebelum tiba di Kota Kinabalu. Seiringan dengan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SESB, Konvoi turut
mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan derma kepada tujuh buah rumah kebajikan dan sekolah di
beberapa daerah yang dilawati bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan serta
menanamkan semangat serta nilai cintakan negara. Konvoi juga turut mengunjungi Tugu-Tugu Peringatan
pahlawan sabah bagi memberikan penghormatan atas perjuangan mereka sebelum ini.
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KEMBARA MERDEKA II 2014
® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat
Y.B. Datuk Rubin Balang menurunkan tandatangan sebagai sokongan terhadap program yang dianjurkan di tenom. Y.B. Datuk Haji Tawfiq Datuk Haji Abu Bakar Titingan membuat pelepasan konvoi di Tawau.
‘Suasana meriah’ Peserta Konvoi singgah membuat lawatan di salah satu pejabat kawasan.
En. Jumat Mohd Sidek ketika menyampaikan sumbangan kepada wakil Gereja Katolik Holy Trinity di Tawau.
Hari ke empat rombongan melawat dan membuat sumbangan di Thirumurugan Temple Tawau.
‘Sokongan Padu’ Program Kembara Merdeka II menerima sambutan dan sokongan luar biasa daripada masyarakat setempat ketika majlis di pejabat kawasan Semporna.
Tn. Azmi Mohd. Azman menyampaikan sumbangan kepada DSP Mohd Firdaus Francis Bin Abdullah di IPD Semporna.
Peserta Konvoi mengabadikan kenangan bersama para penganut di Puu Jih Shih Temple di Tawau.
Sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang di buat di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Sayang Nur Muhammad
Konvoi ketika membuat perhentian dan sumbangan di S.K Simpangan bersama Guru Besar Sekolah.
® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat
Recommended