View
244
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 1/22
KESEDARAN PELAJAR 4 SPH (PKPG) TERHADAP
AMALAN PEMAKANAN DENGAN KESIHATAN
MISSURIYATI BINTI MASNAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 4/22
KESEDARAN PELAJAR 4SPH (PKPG) TERHADAP
AMALAN PEMAKANAN DENGAN KESIHATAN
MISSURIYATI BINTI MASNAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagi memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
MAC 2004
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 5/22
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah
saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ____________________________
Nama Penulis : MISSURIYATI BINTI MASNAN
Tarikh : ____________________________
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 6/22
DEDIKASI
“Buat suamiku yang tercinta dan dihormati……
Abdul Aziz bin Abdul Samad
Terima kasih atas sokongan dan pengorbananmu.
Buat anak-anak yang kusayangi…….
Ahmad Zubair bin Abdul Aziz
Ahmad Zuhairi bin Abdul Aziz
Anis Batrisyia binti Abdul Aziz
Semoga kalian memperolehi kejayaan
cemerlang di dunia dan akhirat serta menjadi
anak-anak yang soleh dan solehah.
Untuk keluarga dan rakan-rakan……
Segala jasa dan sokongan akan
kukenang selama-lamanya.”
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 7/22
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Syukur
Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, akhirnya saya dapat
menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pensyarah
Pembimbing, Encik Mohd Zolkifli bin Abd. Hamid, yang telah banyak memberikan
bimbingan sewaktu kajian ini dijalankan. Berkat dedikasi dan kesungguhan beliau
segala kerumitan dan permasalahan dapat diatasi.
Tidak lupa buat teman-teman 4 SPH (PKPG) yang telah sudi memberikan
kerjasama sewaktu kajian ini dijalankan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada suami tersayang dan anak-anak yang
sanggup membantu dan banyak berkorban untuk menjayakan penyelidikan ini.
Akhir kata, semoga Allah s.w.t. melimpahkan rahmat dan rezeki ke atas
mereka yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan Laporan Projek Sarjana
Muda ini.
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 8/22
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau kesedaran pelajar 4 SPH
(PKPG), UTM, Skudai tentang amalan pemakanan dan kesihatan mereka.
Memandangkan kajian ini dijalankan hanya kepada pelajar-pelajar ini maka,
keputusan kajian ini adalah terbatas. Ianya bersandarkan kepada maklumat-maklumat
yang diberikan oleh responden dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 57
responden yang diambil sebagai sampel kajian di mana terdiri daripada berlainan
jantina, umur, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan bangsa. Kajian yang
dilakukan adalah berbentuk deskriptif dan data-data yang diperolehi dianalisis
menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, Version 10.0).
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 9/22
ABSTRACT
This survey was carried out to know the awareness of 4 SPH (PKPG)
students about their eating habit and health. Since this survey was carried out for this
segment of students, the study was limited. It just only based upon the information
given by the respondents from the questionaires. There were 57 respondents, who
came from different gender, age, marital status, academic qualification and race,
were chosen as sample. This survey is in descriptive manner and all data obtained
were analysed using the SPSS (statistical Package for Social Sciences, Version 10.0)
software.
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 10/22
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xii
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Istilah 6
1.8.1 Amalan 6
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 11/22
viii
1.8.2 Pemakanan 7
1.8.3 Kesihatan 7
1.8.4 Zat Makanan 7
1.8.5 Makanan Seimbang 8
1.8.6 RDA (Saranan Pengambilan Makanan) 8
1.8.7 Piramid Makanan 8
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Ciri-Ciri Amalan Pemakanan Harian Yang Sihat 10
2.3 Amalan Pemakanan Yang Patut Dielakkan 12
2.3.1 Makanan Segera 12
2.3.2 Makanan Ringan (Snek) 13
2.3.3 Makanan Tambahan (Suplemen) 13
2.3.4 Gula Berlebihan 13
2.3.5 Garam Berlebihan 13
2.4 Pemilihan Makanan 14
2.4.1 Pilih Makanan Yang Asli 14
2.4.2 Pilih Makanan Berketumpatan Nutrien
Yang Tinggi 14
2.4.3 Tingkatkan Pengambilan Buah-Buahan
Dan Sayur-Sayuran 14
2.4.4 Tingkatkan Pengambilan Serat 15
2.5 Makanan Seimbang 15
2.6 Penyakit Berpunca Daripada Makanan 18
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 12/22
ix
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 21
3.2 Rekabentuk Kajian 21
3.3 Tempat Kajian 22
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 22
3.5 Instrumen Kajian 22
3.6 Prosedur Kajian 24
3.7 Kajian Rintis 24
3.8 Jangkamasa Kajian 26
3.9 Kaedah Pengumpulan Data 26
3.10 Analisis Data 27
3.11 Penutup 28
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 29
4.2 Bahagian A :- Latar Belakang Responden 29
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 30
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur
(Tahun) 30
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Taraf
Perkahwinan 31
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Tahap
Pendidikan 31
4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 32
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 13/22
x
4.3 Bahagian B :- Analisis Deskriptif 32
4.3.1 Adakah Pelajar-Pelajar 4 SPH (PKPG)
Mempunyai Pengetahuan Yang Baik
Tentang Amalan Pemakanan Yang Sihat 33
4.3.2 Adakah Pelajar-Pelajar 4 SPH (PKPG)
Menyedari Bahawa Sesetengah Penyakit
Berpunca Daripada Makanan 35
4.3.3 Adakah Pelajar-Pelajar 4 SPH (PKPG)
Mempunyai Kefahaman Yang Baik
Tentang Makanan Seimbang 38
4.3.4 Taburan Responden Mengikut Peratus
Bagi Keseluruhan Persoalan Kajian 41
4.4 Penutup 42
BAHAGIAN LIMA
BAB V RUMUSAN, KESIMPULAN, PERBINCANGAN
DAN CADANGAN
5.1 Rumusan 43
5.2 Kesimpulan 44
5.3 Perbincangan 45
5.3.1 Pengetahuan Tentang Amalan Pemakanan 45
5.3.2 Kesedaran Bahawa Sesetengah Penyakit
Berpunca Daripada Makanan 46
5.3.3 Kefahaman Tentang Makanan Seimbang 46
5.4 Cadangan 47
5.4.1 Pengetahuan Dan Rujukan 47
5.4.2 Cadangan Lanjutan 47
5.5 Penutup 48
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 14/22
xi
LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
Lampiran A Soal Selidik 55 - 60
Lampiran B Alpha Cronbach 61 - 62
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 15/22
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL MUKA SURAT
3.1 Bilangan Item Soalan Mengikut Dimensi Persoalan Kajian 23
3.2 Skor Skala Likert 23
3.3 Skor Skala 3 Markat 243.4 Pengkategorian Nilai Alpha Cronbach (Davis, 1971) 26
3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 27
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 30
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur (tahun) 30
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Taraf Perkahwinan 31
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Tahap Pendidikan 31
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 32
4.6 Taburan Bilangan Dan Peratus Bagi Pengetahuan
Tentang Amalan Pemakanan Yang Sihat. 33
4.7 Taburan Bilangan Dan Peratus Bagi Kesedaran Bahawa
Sesetengah Penyakit Berpunca Daripada Makanan 35
4.8 Taburan Bilangan Dan Peratus Bagi Kefahaman Tentang
Makanan Seimbang 38
4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus Bagi Keseluruhan
Persoalan Kajian 41
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 16/22
xiii
SENARAI SINGKATAN
SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
RDA - Saranan Pengambilan Makanan
SPSS - Statistical Package For Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 17/22
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Malaysia telah mengalami pertumbuhan sosio ekonomi yang pesat sejak dua
dekad lalu. Negara ini juga telah mencapai perkembangan ekonomi yang pesat dengan
kadar inflasi yang rendah dan berjaya menurunkankan kadar kemiskinan di dalam
masyarakat yang berbilang kaum. Perkembangan ini telah mewujudkan perubahan yang
ketara di dalam gaya hidup rakyat Malaysia termasuk cara pemakanan dan corak
pembelian dan penggunaan makanan. Oleh itu, perubahan-perubahan ini telah mengubah
senario pemakanan dan nutrisi di dalam negara ini.
Makanan merupakan keperluan asas yang perlu dipenuhi oleh setiap manusia
yang bernyawa. Oleh itu, makhluk yang bernyawa memerlukan makanan secara
berterusan. Namun begitu, makanan yang mencukupi sahaja tidak cukup untuk
menjamin kehidupan yang sihat lebih-lebih pelajar lagi yang memerlukan penjagaan
kesihatan yang baik. Justeru itu, pengambilan makanan yang baik dan sihat penting
kepada golongan pelajar yang ingin mencapai kejayaan yang cemerlang.
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 18/22
2
Menurut Mohd Azhar (1985), makanan yang seimbang ialah makanan yang
dimakan yang dapat membekalkan zat makanan pada kadar yang betul bagi keperluan
tubuh. Zat yang dimaksudkan ialah bahan kimia yang diperlukan oleh tubuh badan
manusia agar sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu, pengetahuan makanan seimbang perlu
diketahui khasnya kepada pelajar-pelajar. Bukan setakat mengetahui sahaja tetapi
perlulah dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Kefahaman yang baik tentang
makanan seimbang ini boleh membantu pelajar-pelajar dalam pemilihan makanan
mereka sehari-hari.
Tubuh manusia memerlukan lebih daripada 40 jenis zat makanan untuk
kesihatan. Zat makanan yang diperlukan termasuk berbagai jenis vitamin, mineral, asid-
asid amino dan protein, beberapa jenis asid lemak dan sumber kalori untuk tenaga. Zat-
zat makanan perlu daripada pelbagai jenis makanan dan tidak ada satu pun makanan
yang dapat membekalkan kesemua zat makanan dengan lengkap. Makanan
mengandungi pelbagai bahan yang memberi khasiat untuk menjaga kesihatan.
Mengambil 30 jenis makanan dalam seminggu boleh memastikan kepelbagaian tersebut.
Amalan pemakanan yang baik akan menjamin kesihatan yang baik juga. Oleh
itu, sebagai seorang pelajar sudah tentulah mengamalkan tabiat pemakanan yang baik
dengan meningkatkan pengetahuan tentang pemilihan makanan yang seimbang dengan
gaya masakan yang ringkas tetapi penuh berkhasiat. Kesedaran tentang penyediaan
makanan yang seimbang di kalangan pelajar-pelajar adalah penting agar cenderung ke
arah kualiti kehidupan yang sihat dan harmoni.
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 19/22
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Asra Shamsudin, Betty Lim dan Foziah Buang (1995), berpendapat bahawa
perancangan menu yang sesuai untuk sajian makanan yang lengkap, cukup
berkhasiat dan enak adalah sangat penting untuk mencapai tahap kesihatan yang
baik, kepuasan selera dan keseronokan hidup.
Shanaz Mawji (2000), dalam kajiannya membuktikan bahawa penyakit
berbahaya banyak berpunca daripada pemakanan. Contohnya, penyakit berbahaya
seperti koronari jantung yang disebabkan oleh pengambilan makanan berlemak
dengan tahap kolesterol yang tinggi. Pengambilan garam dan gula secara berlebihan
juga menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit.
Menurut Luqman Hakim (2002), kesihatan adalah satu daripada aspek
kehidupan. Kesihatan amat penting bagi setiap manusia. Dengan kesihatan yang baik
kita dapat meneruskan hidup, beribadah, bekerja, belajar dan sebagainya. Perjalanan
hidup dan pemikiran seseorang dapat bergerak aktif dengan lebih lancar lagi.
Bagaimana untuk mendapatkan kesihatan yang baik? Sudah pasti untuk mendapatkan
kesihatan yang baik adalah dengan penjagaan kesihatan dan pemakanan atau menu
yang seimbang.
Baharam Husin et. al. (1996) menyatakan bahawa kepelbagaian dalam
pemakanan adalah penting dalam konsep pemakanan yang sihat. Jeliffe (1969) pula,
berpendapat bahawa pengambilan nutrien yang tidak mencukupi oleh seseorang itu
dipengaruhi oleh faktor-faktor kurangnya pengetahuan tentang makanan. Pemakanan
dikaitkan dengan kesihatan kerana daripadanya zat-zat seperti protein, vitamin,
kalsium, karbohidrat dan lain-lain dihasilkan. Kesemua zat-zat ini diperlukan oleh
tubuh kita. Makan makanan yang berzat untuk mendapat kesihatan yang baik dan
mengikut menu yang ditetapkan di samping tidak mengambilnya secara berlebihan.
Kekurangan makanan boleh mengakibatkan kelaparan manakala kelebihan makanan
boleh mengakibatkan kegemukan. Kedua-duanya boleh menyumbang kepada
pelbagai penyakit.
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 20/22
4
Harold Shryock (1992), menyatakan bahawa hampir semua penyakit
pemakanan adalah penyakit yang biasanya disebabkan oleh kekurangan vitamin,
mineral dan kadang kala protein dalam makanan. Menurut Phuah Kooi Ean (1984),
penyakit dan gejala pemakanan adalah disebabkan sama ada oleh pengambilan
makanan yang berkurangan atau berlebihan atau jenis makanan tertentu dan
ketidakupayaan untuk mengasimilasikan makanan atau jenis makanan tertentu
disebabkan proses-proses penyakit, kekurangan binaan struktur atau kekurangan
penyelarasan bahan kimia.
Berdasarkan kajian Tee E-Siong (1997), petunjuk-petunjuk kesihatan seperti
kadar kelahiran bayi, kanak-kanak dan ibu telah menunjukkan peningkatan yang
tinggi. Walau bagaimanapun, dari sudut lain, terdapat sebahagian besar di kalangan
rakyat negara ini juga telah mengalami penyakit-penyakit yang berkaitan dengan
kelebihan nutrisi seperti obesiti, darah tinggi, koronari jantung dan barah.
Food and Agriculture Organisation (1994), telah membuat kajian dari tahun
1961 hingga 1992, mendapati perubahan di dalam corak penggunaan makanan
berdasarkan jenis-jenis makanan yang boleh diperolehi dalam tempoh kajian
tersebut. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah kurang
menggunakan karbohidrat kompleks terutamanya bijirin sebagai sumber utama
tenaga. Dalam pada masa yang sama juga, makanan yang kaya dengan serat seperti
sayur-sayuran tidak menunjukkan peningkatan. Makanan yang berasaskan minyak
dan lemak, gula dan daging, ikan dan telur pula telah meningkat.
Pelajar-pelajar khasnya 4 SPH (PKPG) hanya memperolehi gaji separuh dan
pendapatan mereka ini terpaksa diagih-agihkan bagi keperluan keluarga yang mana
rata-ratanya sudah berkeluarga. Oleh itu, pelajar-pelajar sering mengabaikan
pengambilan sumber pemakanan yang berkhasiat. Bagi pelajar-pelajar yang
bersuami/beristeri dan mempunyai pendapatan yang tinggi, faktor ekonomi tidak
menjadi masalah kerana mereka mampu membeli makanan mengikut keperluan
nutrien.
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 21/22
5
Menurut Krause dan Mahan (1990), pertengahan umur didefinisikan sebagai
lewat dua puluhan hingga lewat enam puluhan. Peringkat ini merupakan peringkat
yang paling produktif bagi manusia. Ini merupakan masa untuk berjaya dalam
pekerjaan, membesarkan anak, menentukan corak kehidupan, nilai hidup dan sikap
yang akan diwarisi oleh anak-anak. Di peringkat umur begini, kebanyakan mereka
mempunyai kesihatan yang baik tetapi tabiat yang tidak baik seperti amalan
pemakanan yang tidak sihat boleh mengganggu kesihatan.
1.3 Pernyataan Masalah
Para pelajar adalah golongan yang perlu untuk mengetahui sumbangan
pemakanan terhadap kesihatan kerana kepentingannya di dalam menjalani hidup
dalam mencari ilmu pengetahuan yang mana kesihatan yang baik menyumbang
kepada kejayaan yang cemerlang.
Berdasarkan latar belakang masalah dan pernyataan di atas pengkaji
bercadang menjalankan kajian berkaitan dengan kesedaran pelajar-pelajar mengenai
amalan pemakanan dengan kesihatan.
1.4 Objektif Kajian
Terdapat beberapa objektif kajian yang hendak dicapai. Kajian ini adalah
bertujuan untuk :
(i) Mengenalpasti pengetahuan pelajar-pelajar tentang amalan pemakanan.
(ii) Mengetahui kefahaman pelajar bahawa sesetengah penyakit berpunca
daripada makanan.
(iii) Mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai makanan seimbang.
1.5 Persoalan Kajian
(i) Adakah pelajar-pelajar 4 SPH (PKPG) mempunyai pengetahuan yang baik
tentang amalan pemakanan yang sihat?
8/8/2019 MAKANAN SEIMBANG SURYATI
http://slidepdf.com/reader/full/makanan-seimbang-suryati 22/22
6
(ii) Adakah pelajar-pelajar 4 SPH (PKPG) memahami bahawa sesetengah
penyakit berpunca daripada makanan?
(iii) Adakah pelajar-pelajar 4 SPH (PKPG) mempunyai kefahaman yang baik
tentang makanan seimbang?
Recommended