View
392
Download
13
Category
Preview:
Citation preview
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
NOTA PENERANGAN
JAMBOREE DI UDARA (JOTA)
KEBANGSAAN
JOTA - Jamboree On The Air
2
Apa itu JOTA?
Apabila seseorang pengakap bercadang untuk menemui pengakap dari negara-negara
seluruh dunia, mereka tentu berfikir untuk menghadiri Jamboree Dunia, tetapi tidak ramai
yang tahu bahawa setiap tahun, lebih dari satu juta pengakap dari seluruh pelusuk dunia
‘berkumpul’ di udara menggunakan gelombang radio melalui Jamboree Di Udara atau
Jamboree On The Air (JOTA). Lebih unik lagi, pengakap tidak perlu keluar negara untuk
menyertai JOTA Dunia. JOTA Dunia diadakan pada bulan Oktober setiap tahun.
JOTA ialah satu program di mana Pengakap berhubungan antara satu sama lain
menggunakan Radio Amatur. Di peringkat dunia, JOTA telah diadakan sejak 1957. Pada
tahun 2014, iaitu setelah 57 tahun, lebih dari 1.3 juta Pengakap dari seluruh dunia telah
mengambil bahagian. Bilangan ini semakin bertambah dari tahun ke tahun. Sebilangan
perhubungan pertama melalui JOTA berterusan kemudiannya dengan email dan surat
menyurat antara pasukan-pasukan pengakap tersebut.
Tidak seperti Jamboree daratan yang mempunyai syarat dari segi usia, JOTA terbuka kepada
semua peringkat umur. Syarat yang ketara cuma penggunaan Radio Amatur mewajibkan
pengendalinya mempunyai lesen yang sah. Ramai pemimpin dan juga ahli pengakap yang
mempunyai lessen tersebut. Walaubagaimanapun, pemegang lessen radio amatur ini ada
di mana-mana dan bersedia membantu dengan hati terbuka. Di Malaysia, seseorang yang
tidak mempunyai lesen, dibenarkan untuk mengendalikan peralatan komunikasi Radio
Amatur dengan pengawasan pemegang lessen yang sah. Maka adalah lebih mudah bagi
pengakap untuk bercakap sendiri ketika JOTA dan bertukar-tukar maklumat antara satu
sama lain.
Bermula dari tahun 2014, iaitu apabila Ibupejabat World Organization of Scout Movement
(WOSM) mula beroperasi dari Kuala Lumpur, Malaysia menjada stesen JOTA yang paling
berprestij untuk dihubungi menggantikan stesen di Geneva.
Maklumat yang biasa ditukar antara stesen adalah:
• Nama
• Umur
• Lokasi (QTH)
• Sekolah atau pasukan
• Pangkat dalam pasukan
• Hobi dan sebagainya
JOTA - Jamboree On The Air
3
Pada kebiasaannya, perhubungan dijalankan dengan bercakap menggunakan mikrofon.
Akan tetapi, cara-cara perhubungan yang lain seperti senarai di bawah, juga digunakan
ketika JOTA.
• Slow Scan TV atau SSTV
• Amateur TV atau ATV
• Orbiting Satellite Carrying Amateur Radio atau OSCAR
• Packet radio atau komunikasi menggunakan modem tanpa telefon - PSK-31
• Radio Teletype atau RTTY
• Earth-Moon-Earth, atau EMEs
JOTA Kebangsaan Malaysia
JOTA Kebangsaan Malaysia dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)
bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pengakap Malaysia secara
lokal sebelum menyertai JOTA pada peringkat global. Ia juga diharapkan semuga dapat
menjadi platform kepada pengakap untuk meminati hobi Radio Amatur yang tidak dapat
dinafikan akan memberi manfaat besar dalam membina sahsiah diri dan pengetahuan setiap
pengakap. Baik dari sudut kepengakapan, pembelajaran disekolah maupun kehidupan
sehari-hari. JOTA Malaysia pertama telah diadakan pada tahun 2008 sempena menyambut
ulang tahun ke 100 kepengakapan di Malaysia.
Bagaimana untuk menyertai JOTA?
Oleh kerana setiap stesen memerlukan pengendali Radio Amatur berlesen, maka perkara
yang pertama yang perlu dilakukan adalah mendapatkan khidmat mereka sebagai Ketua
Stesen (Station Master). Ini boleh dilakukan dengan menghubungi persatuan Radio Amatur
berhampiran tempat anda. Layari laman web MARTS di www.marts.org.my untuk keterangan
lanjut. MARTS adalah persatuan Radio Amatur di Malaysia yang diikhtiraf oleh badan dunia,
IARU. Senarai lain-lain persatuan radio amatur yang dilampirkan di akhir dokumen ini juga
diharap dapat membantu. Pengendali Radio Amatur amat sayang dan bangga dengan hobi
mereka ini dan biasanya sanggup membantu mana-mana pasukan pengakap tanpa apa-apa
bayaran. Mereka mungkin mencadangkan pengakap-pengakap untuk datang ke stesen di
rumah mereka atau mereka akan membawa peralatan mereka ke lokasi pasukan atau kem.
JOTA - Jamboree On The Air
4
Peraturan Perlesenan
Pengendali stesen radio amatur memperolehi lesen mereka dari Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau dalam bahasa inggerisnya Malaysian Communication
and Multimedia Commission (MCMC). Mereka perlu menduduki dan lulus Peperiksaan Radio
Amatur (Radio Amateur Examination – RAE) untuk mendapat lesen kelas B. Disamping lulus
RAE tersebut, pemegang lesen kelas A pula perlu lulus ujian praktikal Kod Morse. Mereka
perlu mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ketat dalam mengendalikan
stesen mereka. Walaupun pengakap dibenarkan untuk mengendalikan sendiri peralatan
radio, pemegang lesen yang menjadi Ketua Stesen JOTA adalah pegawai yang
bertanggungjawab terhadap stesen tersebut dan kendalian pengakap hanyalah boleh
dilakukan dibawah kehadiran dan seliaan pemegang lesen berkenaan.
Adalah satu kemestian untuk semua pengakap diberi taklimat oleh
pemegang lesen berkenaan sebelum mengendalikan radio untuk
mengelakkan peraturan dan undang-undang tersebut dilanggari.
INGATAN: Pemegang lesen adalah RAJA di stesennya.
Syarat-syarat dan peraturan-peraturan
Terdapat beberapa syarat dan peraturan-peraturan yang perlu diikuti:
• Semua pengendali stesen wajib mematuhi syarat-syarat yang
dikenakan terhadap lesen-lesen mereka.
• Stesen perlu memanggil "CQ Jamboree" atau menjawab penggilan
tersebut dari pasukan lain untuk berhubung.
• Mana-mana frekuensi yang dibenarkan boleh digunakan, akan tetapi adalah
disyorkan supaya frekuensi JOTA Dunia digunapakai untuk kemudahan
perhubungan.
• Amalkan kesopanan dan tatacara komunikasi yang betul pada setiap masa
memandangkan pancaran radio tersebut boleh menjangkau ke luar negara. Berfikir
sebelum bercakap sesuatu di mikrofon radio.
• Gunakan Bahasa Inggeris sebolehnya ketika beroperasi di semua jalur terutamanya
di jalur HF.
• JOTA bukanlan pertandingan. Asasnya bukanlah untuk mencari pasukan yang
mendapat perhubungan yang terbanyak pada hujung minggu tersebut walaupun
bilangan stesen yang berjaya dihubungi perlu disebutkan di dalam laporan yang perlu
dihantar ke Penganjur Kebangsaan sesudah JOTA ini selesai.
JOTA - Jamboree On The Air
5
Penganjur Kebangsaan
Sejak JOTA Malaysia yang Pertama, Krew Kelana Komunikasi (KelKom) Ibu Pejabat PPM,
telah dipertanggungjawabkan untuk menganjur dan memantau perjalanan JOTA Malaysia
setiap tahun.
“Callsigns” Stesen Pengakap
Setiap pemegang lesen radio amatur mempunyai nombor pendaftaran yang dikenali sebagai
‘Callsign’. Dua huruf atau angka pertama adalah khas menandakan pengenalan negara dan
huruf-huruf atau angka-angka seterusnya adalah pengenalan individu pemegang lesen
tersebut. SKMM telah menguntukkan ‘callsign’ acara khas kepada PPM untuk digunakan di
setiap acara Pengakap, dengan format seperti berikut:
9M4SJx
Dimana: 9M4 adalah prefix callsign untuk Malaysia
S untuk perkataan Scouts J untuk Jamboree x adalah huruf mengikut pendaftaran
kenderaan bagi negeri di mana stesen berkenaan beroperasi
Contohnya: untuk Kuala Lumpur – 9M1CSW, Ipoh 9M1CSA, Pulau Pinang 9M1CSP, Alor
Setar 9M1CSK dan sebagainya. Sekiranya terdapat lebih dari satu stesen di mana-mana
negeri, huruf lain yang belum terpakai hendaklah digunakan dan diberitahu kepada semua
stesen lain. Semua urusan penggunaan callsign ini adalah dibawah KelKom.
Walaubagaimanapun, kepada pengendali Radio Amatur, adalah lebih manis untuk
menggunakan callsign sendiri ketika berhubung dengan stesen jarak jauh. Callsign yang
diuntukkan kepada WOSM adalah 9M4WSB dan callsign acara 9M4S sementara Ibupejabat
PPM di Rumah BP akan tetap menggunakan callsign 9M2PPM.
Sila berhubung dengan Krew Kelana Komunikasi untuk mendaftar callsign acara khas untuk
tempat anda. Gunakan email kelkom@scouts.my dengan menyatakan lokasi stesen itu
beroperasi dan nama serta callsign pemegang lesen Kelas A yang bertanggungjawab. Sila
nyatakan juga nombor telefon pemegang lesen Kelas A untuk tujuan pengesahan. Untuk
stesen yang hanya mempunyai pemegang lesen Kelas B, stesen tersebut boleh
menggunakan callsign pemegang lesen tersebut dan mematuhi syarat-syarat lesen kelas
tersebut.
JOTA - Jamboree On The Air
6
Siapa layak untuk mengambil bahagian dalam JOTA
JOTA mengalu-alukan penyertaan dari semua lapisan umur pengakap dan juga peminat
serta pendokong hobi radio amatur :
• Pemimpin dan Pengakap Kanak-kanak, Muda, Remaja dan juga Kelana
• Pandu Puteri dan juga pasukan beruniform sekolah yang lain
• Bekas Pengakap dan Pemimpin
• Peminat dan Pengendali Radio Amatur
• Sesiapa sahaja (termasuk orang awam serta ibubapa) yang berminat mengetahui
aktiviti pengakap yang unik ini.
Masa
JOTA Dunia diadakan pada hujung minggu penuh
pertama buan Oktober setiap tahun, dari jam 12.01
pagi Sabtu hingga 12.00 tengah malam Ahad. JOTA
Malaysia pada kebiasaannya diadakan dari jam 9.00
pagi hari sabtu sehingga 5.00 petang hari Ahad dalam
bulan Mei bersempena hari Telekomunikasi sedunia.
Tarikh dan masa sebenar setiap tahun yang bergantung kepada faktor-faktor semasa,
akan dimaklumkan dalam surat siaran berkenaan JOTA tersebut kepada semua
Ketua Pesuruhjaya Negeri.
Frekuensi
Frekuensi panggilan JOTA yang akan digunakan adalah seperti berikut:
Jalur SSB (phone) CW (Morse code)
80-meter 3.740 MHz 3.590 MHz 40-meter
7.090 MHz 7.030 MHz
20-meter 14.290 MHz 14.070 MHz
17-meter 18.140 MHz 18.080 MHz
15-meter 21.360 MHz 21.140 MHz
12-meter 24.960 MHz 24.910 MHz
10-meter 28.390 MHz 28.190 MHz
Untuk jalur 2m, frekuensi tempatan yang boleh digunakan untuk saluran panggilan (calling
channel) ialah 145.300 (V24) dan Link Kebangsaan kepunyaan MARTS untuk kommunika
JOTA - Jamboree On The Air
7
seluruh negara. Frekuensi pancarulang terdekat dengan kawasan anda boleh didapati dari
laman web www.marts.org.my atau bertanya kepada pengendali radio amatur tempatan.
Cadangan Aktiviti
Berbagai program dan aktiviti boleh dijalankan sempena JOTA walaupun pada asasnya,
perhubungan radio adalah teras kepada aktiviti ini. Antara tiga pilihan bagaimana
menjalankan JOTA dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh dijalankan di dalamnya adalah:
1. Rumah Terbuka JOTA
• Stesen beroperasi di sekolah atau tempat yang di tetapkan
• Jemputan kepada semua pasukan berunifom yang lain dan juga orang awam (ibu
bapa/keluarga)
• Adakan Pameran berkenaan JOTA, Pengakap dan Radio Amatur
• Adakan Ceramah Pengenalan JOTA, Pengakap dan Radio Amatur
• Adakan permainan berkaitan Radio Amatur
• Tidak Bermalam
2. Perkhemahan JOTA
• Adakan perkhemahan.
• Bermalam
• Aktiviti dan permainan berasaskan komunikasi: o Komunikasi Radio Amatur (Kod
Q dan lain-lain) o Komunikasi Bendera Semaphore o Komunikasi Kod MORSE o
Dan sebagainya
• Pertandingan berasaskan perkara di atas
• Ceramah berkenaan radio amatur
• Tayangan video berkenaan radio amatur
• Perhubungan di setiap waktu (malam, awal pagi, pagi, tengahari, petang)
• Jemputan kepada pasukan berunifom lain
• Jemputan kepada ibubapa dan orang awam
• Aktiviti kepengakapan yang lain – ujian lencana dan sebagainya.
3. Lawatan ke stesen radio amatur
• Dalam kumpulan yang kecil
• Membuat temujanji dengan pemegang lesen radio amatur
• Berkunjung ke rumah beliau ketika JOTA berlansung
JOTA - Jamboree On The Air
8
• Membawa dokumen penerangan ini untuk ditinggalkan sesalinan kepada beliau
• Mempelajari dengan bertanya kepada beliau tentang radio amatur
• Mencuba berkomunikasi dengan kebenaran beliau
• Bersopan, berunifom penuh dan peka terhadap adap-adap menjadi tetamu
• Mengucapkan terima kasih dan memberi cenderahati
• Selalu ingat bahawa beliau adalah RAJA di stesen itu dan semua Pengakap mesti
menurut perintah beliau
Sebelum JOTA:
• Hubungi dan dapatkan persetujuan sekurang-kurangnya seorang pemegang
lesen radio amatur kelas A untuk mengambil bahagian dan menjadi Ketua Stesen
ketika JOTA.
• Hubungi pemimpin masyarakat untuk acara perasmian. Ianya penting untuk
publisiti dan juga mendedahkan Pengakap kepada tatacara protokol dan
berinteraksi dengan orang yang penting dan dihormati masyarakat.
• Rancangkan aktiviti yang mana hendak dilakukan. Contohnya perkemahan.
• Tentukan pengisian dan acara program.
• Sediakan barang-barang kenangan seperti lencana JOTA, QSL Card dan
sebagainya sekiranya belanjawan mengizinkan.
• Belajar asas peraturan dan cara penggunaan radio amatur
• Latih cara bercakap menggunakan mikrofon radio.
Ketika JOTA:
• Jangan sekali-kali mengingkari sebarang arahan Ketua
Stesen. Beliau bertanggungjawab penuh terhadap stesennya.
• Jemput ibubapa dan masyarakat sekeliling untuk menyaksikan program JOTA.
• Cuba belajar sebanyak mungkin daripada Ketua Stesen dan
pemegangpemegang lesen yang lain berkenaan radio dan cara-cara
berkomunikasi.
• Membaca beberapa ayat yang tertulis di atas sekeping kertas (skrip) tidak
memberi apa-apa erti kecuali memahaminya. Cuba berkomunikasi cara anda
sendiri tanpa melanggar etika komunikasi radio amatur.
• Arahkan setiap pengakap membuat dan menyimpan buku log sendiri sepanjang
JOTA. Masukkan nama, callsign yang digunakan, alamat, dan maklumat penting
JOTA - Jamboree On The Air
9
yang lain berkenaan stesen yang telah dihubungi. Terangkan kegunaan buku log
ini supaya setiap pengakap menghargai setiap catatan yang dibuatnya.
• Sediakan satu peta Malaysia dan mungkin satu peta dunia (sekiranya ada set
HF). Tandakan kedudukan setiap stesen yang berjaya dihubungi atau didengari
diatas peta tersebut.
• Lukiskan garisan dari setiap stesen yang dihubungi ke lokasi anda untuk
mendapatkan sebuah “Peta Hubungan” (Contact Map)
• Jemput pihak media ke stesen anda untuk dibuat liputan akhbar.
• Jangan lupa untuk mengambil gambar berkenaan aktiviti tersebut terutama
gambar pengakap berunifom penuh sedang berhubung dengan stesen-stesen
lain.
Selepas JOTA:
• Berehat dengan sempurna sebelum menyediakan laporan dan menghantarnya
dengan gambar- gambar ke ibupejabat.
• Membuat perbincangan ‘post-mortem’ dan bersedia untuk JOTA yang akan
datang.
• Menghantar surat-surat penghargaan kepada pihak yang membantu menjayakan
stesen JOTA anda terutamanya pihak di luar Pengakap.
Laporan
• Tidak perlu menghantar buku log (JOTA bukan pertandingan)
• Permudahkan maklumat yang dihantar, hanya berkenaan dengan Pengakap,
Radio Amatur dan perhubungan yang dibuat ketika JOTA.
• Laporan ringkas hendaklah menggunakan format yang dilampirkan. Ianya perlu
mengandungi:
o Nama Pasukan atau Sekolah yang menganjurkan.
o Callsign yang di gunakan
o Perhubungan yang berjaya dan juga yang hanya didengari
o Bilangan penyertaan
o Kejadian yang menarik
o Gambar (kumpulan kecil) pengakap sedang menjalankan aktiviti
terutamanyasedang berhubung melalui radio.
JOTA - Jamboree On The Air
10
o Pasukan-pasukan digalakkan juga untuk mengambil gambar video dan
menggunakan perkhidmatan perkongsian video sediada seperti
Youtube, Google dan sebagainya untuk berkongsi dengan pengakap
yang lain.
• Laporan tersebut (sebaiknya dalam bentuk digital atau soft copy menggunakan
CD) perlu dihantar ke Ibu Pejabat PPM Kebangsaan sebelum 31 Oktober untuk
JOTA Dunia dan sebelum 15hb Jun untuk JOTA Malaysia. Laporan dari negeri-
negeri ini nantinnya akan dicantumkan menjadi Laporan Kebangsaan.
• Sijil Penyertaan (sekiranya ada) akan di beri mengikut bilangan penyertaan yang
dilaporkan. Walaubagaimanapun, sijil-sijil boleh juga dikeluarkan oleh sekolah,
daerah atau negeri yang berkenaan sendiri.
• Semua laporan hendaklah dihantar kepada:
KREW KELANA KOMUNIKASI IBUPEJABAT
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
"Rumah B-P", Jalan Hang Jebat
50150 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
Atau email ke kelkom@scouts.my (saiz setiap fail terhad kepada 10MB sahaja)
JUMPA ANDA DI UDARA
2. Kelantan En Azuddin 019 958 3580
3. Johor E n Den Atan 019 658 8927
JOTA - Jamboree On The Air
Senarai Persatuan-persatuan Radio Amatur di
Malaysia
(Sila dapatkan maklumat terkini di laman web)
MARTS
Malaysian Amateur Radio
Transmitters’ Society
P.O.Box 10777,
50724 - Kuala Lumpur, Malaysia
Web: www.marts.org.my
Email: admin@marts.org.my
MARES Malaysia
Malaysian Amateur Radio Emergency
Services Society
Seksyen 6, Jalan Tinggi (6/12)
4600 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Web: www.mares.org.my
Email: admin@mares.org.my
NESRAC Negeri Sembilan Radio
Amateur Club
Balai Penghulu Mukim Ampangan
Jalan Dato Muda Linggi,
70400 Ampangan,
Seremban, Negeri Sembilan.
Web: www.nesrac.org.my
PEMANCAR
Kelab Radio Amatur dan Rekreasi
Terengganu
No. 1977 , Lorong Haji Muda , Kg. Belukar
Jambu , 21080 Kuala Terengganu.
Web: www.pemancar.org
ASTRA
Persatuan Radio Amator Melayu
Utara Semenanjung Malaysia P.O. Box 52,
11700 Gelugor,
Pulau Pinang,
Malaysia
Web: www.astra.org.my
Email: astramalaysia@hotmail.com
PERAMAH Persatuan Radio Amatur
Negeri Pahang
No 21, Lorong BDK 1/8,
Bandar Damansara
Kuantan, 26100 Kuantan.
Pahang Darul Makmur
Web: www.peramah.org.my
PARTS
Perak Amateur Radio Transmitters’
Society
No. 6 Persiaran Perindustrian Pengkalan
13, Kawasan Perindustrian Pengkalan
31500 Lahat Ipoh, Perak. Web:
www.parts.org.my
PENGAKAP KELANA KOMUNIKASI
IBUPEJABAT PPM
1. WP E n Ahmad Razif 019 382 8534
Krew Kelana Komunikasi Ibu Pejabat Laporan JOTA Malaysia
LAPORAN STESEN JOTA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Jamboree-on-the-Air/Jamboree On The Internet (JOTA-JOTI) Malaysia 2016
Laporan JOTA anda yang lengkap adalah PENTING kepada Persekutuan Pengakap
Malaysia. Laporan ini hendaklah dihantar dan MESTI diterima oleh Pejabat ini pada
atau sebelum 30 Ogos 2016 Maklumat ini diperlukan oleh PPM untuk seterusnya
menghantar laporan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, dan juga untuk
membuat pembaikan dalam kendalian JOTA di masa akan datang .
NAMA DAERAH/NEGERI :
NO KUMPULAN.:
CALLSIGN : NAMAPEMEGANG LESEN AMATUR:
BILANGAN STESEN YANG BERJAYA DIHUBUNGI: BILANGAN NEGERI :
BERHUBUNG DENGAN NEGARA LUAR? ADA TIADA BILANGAN:
BILANGAN PESERTAJOTA DI STESEN ANDA:
PENGAKAP: PANDU PUTERI/PASUKAN BERUNIFOM LAIN:
RADIO AMATUR: PELAWAT:
BILANGAN STESEN YG DIHUBUNGI :
SILA GUNAKAN LAMPIRAN UNTUK LAPORAN PENUH
(Isi laporan: sila nyatakan konfigurasi stesen radio anda, peralatan yang digunakan, masalah yang dihadapi, perkara
menarik yang berlaku dan perkara atau cadangan yang dirasakan penting untuk tahun hadapan) BERSAMA INI
DISERTAKAN:
Gambar-gambar Aktiviti* (dengan keterangan) LAPORAN INI DISEDIAKAN OLEH:
Aturcara Aktiviti Nama:
Keratan Akhbar Tandatangan:
* Gambar dalam format digital adalah digalakkan.
Sila hantar laporan ini kepada:
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
LAPORAN INI DISEMAK DAN DISAHKAN OLEH:
Tandatangan:
"Rumah B-P",Jalan Hang Jebat Nama:
50150 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
(U/P: Tn. Hj. Razif – PIP JOTA-JOTI) Jawatan:
Atau email jota@scouts.my (Hendaklah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri)
Recommended