View
10.447
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
BURUNG HELANG SIMBOL PULAU LANGKAWI
Pulau Langkawi terletak di negeri Kedah. Merupakan sebuah
pulau yang menarik. Pulaunya begitu cantik dan mempunyai
lagenda yang unik. Lagenda Mahsuri merupakan lagenda yang
terkenal di Langkawi. Pulau Langkawi juga di kelilingi oleh 99
buah pulau yang menarik seperti pulau Tuba,Tepor dan
sebagainya. Pantai Pasir Hitam juga agak menarik untuk
dilawati kerana pasirnya berwarna hitam. Selain dari
itu ,tempat lain yang menarik adalah seperti Padang Matsirat,
Beras Terbakar,Telaga Tujuh, Telaga Air Panas ,Makam
Mahsuri dan lain-lain lagi. Pulau ini juga adalah pulau bebas
cukai.
Kepulauan Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau tropika di
persisiran pantai barat laut Semenanjung Malaysia, kira-kira 20
kilometer dari Kuala Perlis dan 51 kilometer dari Kuala Kedah. Pulau
yang paling dikenali ramai ialah Pulau Langkawi.
Pulau ini dianugerahi dengan warisan yang begitu unik dan penuh
cerita-cerita hikayat perkasa, sang burung raksasa dan puteri-puteri
jelita dari kayangan. Antara lagenda yang palin popular ialah Lagenda
Mahsuri. Malah baru-baru ini keturunan Mahsuri yang ketujuh telah
kembali seketika ke tanah tumpah neneknya itu. Sebuah pulau yang
dianggap syurga tropika yang kaya dengan tumbuhan khatulistiwa dan
didiami oleh habitat-habitat yang terpelihara, Langkawi wujud dengan
tidak ada tolok bandingnya diantara kepulauan yang sedia ada di Asia
Tenggara.
Dengan sejarah ilmu alamnya bermula dari 500 juta tahun dahulu,
pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan
merangsangkan imaginasi pengujung dengan tanda-tanya. Di sini
dihiasi indah oleh rangkaian stalaktit dan stalagmit menjemput mereka
yang berani untuk menjelajahi dan membuka tirai rahsia dalaman gua-
gua ini.
Pantai yang putih bersih dan cuaca yang ceria sesuai untuk pencinta
alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan menjalankan
aktiviti sukan laut serta menghargai kehidupan laut yang
mengasyikkan.
Dataran Lang merupakan mercu tanda yang baru di Langkawi.
Ia terletak berhampiran dengan jeti Kuah. terdapat sebuah
tasik yang indah, restoran, jejambat, jeti dan teres yang
berbumbung. Kedudukannya yang berdekatan dengan pantai
menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung
untuk menikmati makan malam yang indah. Di samping itu,
pertunjukan kebudayaan turut diadakan di situ.
Tarikan utama dataran tersebut ialah arca seekor burung
helang. Menurut legenda, Langkawi mendapat nama dari
perkataan "Lang" yang merupakan nama pendek bagi
"Helang". Manakala "Kiwi" mengikut istilah Melayu kuno
bermaksud Coklat, maka Langkawi bermaksud Helang Coklat.
Dataran tersebut amat indah terutama di waktu malam. Arca
Helang ini terletak di tempat yang straregik bagi mengucapkan
"Selamat Datang" kepada pengunjung.
Makam Mahsuri terletak di sebelah kampung kira-kira 12
kilometer dari bandar Kuah. Ia merupakan peringatan ke atas
pengorbanan Mahsuri, si jelita dari perkampungan itu telah
dituduh melakukan perkara sumbang. Mahsuri dijatuhkan
hukuman bunuh dan ditikam sehingga mati dengan sebilah
keris
Menurut legenda, Mahsuri berdarah putih dan di saat-saat
menemui ajalnya, beliau telah bersumpah ke atas pulau ini
yang mana ia tidak akan maju dan bahagia selama tujuh
generasi. Sama ada dongeng atau metos, tujuh generasi telah
pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus
pembangunan yang begitu pesat sekali.
Waktu lawatan : 7.30 pagi hingga 6.00 petang.
Bayaran masuk : Dewasa => RM 2.00.
: Kanak-kanak => RM 1.00.
Taman ini mengandungi pokok-pokok bunga dan buah-buahan
tempatan yang memberikan satu pemandangan yang cantik
dengan latar belakang bangunan warisan Malaysia. Di
dalamnya terdapat beberapa contoh kraftangan tradisional
Malaysia dan bahan-bahan kebudayaan.
Waktu lawatan : 8.00 pagi sehingga 11.00 malam.
Bayaran masuk : Dewasa => RM 5.00.
: Kanak-kanak => RM 2.50.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Tel : 04 - 966 4222.
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau
Langkawi, dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau, merupakan
tasik yang terbesar di Pulau Langkawi. Deretan bukit-bukau
dan gunung-ganang di sekeliling tasik kelihatan seolah-olah
seperti tubuh wanita hamil yang sedang berbarin. Tasik dan
pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu.
Legenda bermula dengan percintaan puteri kayangan yang
mengahwini putera bumi. Anak sulung putera tersebut mati
selepas dilahirkan. Maka dengan rasa sedih beliau telah
mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut. Sebelum
pulang ke kayangan, beliau berdoa mulai dari saat itu, setiap
perempuan yang inginkan anak akan dikurniakan anak
sekiranya mandi di tasik ini.
Merupakan taman laut yang pertama diwujudkan di pantai
barat Semenanjung Malaysia. Pulau Payar kaya dengan flora
dan fauna serta spesies organik laut yang menarik. terdapat
banyak spesies ikan dan organisma laut yang hampir pupus
hidup di sini.
Taman laut Pulau Payar menawarkan pantai yang putih bersih
dan kejernihan air laut yang dapat memikat hati setiap
pengunjung ke sini.
Terletak di Barat Laut Pulau Langkawi, Telaga Tejuh ialah
satu keindahan semulajadi. Ia diberi nama Telaga Tujuh kerana
terdapat 7 kolam semulajadi. Kehijauan sekelilingnya
memberikan sentuhan mistik kepada para pengunjung.
Lagenda menyatakan bahawa bidadari pernah datang ke sini
untuk mandi
Di sini kita boleh menyaksikan pelbagai hidupan laut yang
ditempatkan di dalam tangki kaca. Ia terletak di pantai Cenang
dan merupakan pusat tarikan baru di pulaulegenda ini.
Terdapat lebih kurang 5000 jenishidupan laut dipamerkan di
dalam lebih kurang 100 tangki kaca yang berbagai-bagai jenis
dan saiz.
Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung, pari
tropika dan penyu hijau. Terowong sepanjang 15 meter telah
dibina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat
keindahan hidupan laut yang dipamerkan.
Waktu lawatan : 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.
Bayaran masuk : Dewasa => RM 15.00.
: Kanak-kanak => RM 10.00.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Tel : 04 - 955 6100.
KAMPUNG AIR HANGAT
Terletak di atas tanah berkeluasan empat ekar di sekeliling
Telaga Air Hangat, Kompleks yang moden ini mempunyai tiga
pancutan air pancut air panas, 18 meter panjang mural baru
sungai yang menggambarkan lagenda Langkawi. Kompleks ini
terletak 14 km dari bandar Kuah
TEMPAT PENGINAPAN
DATARAN LANG
MAKAM MAHSURI
TAMAN LAGENDA
TASIK DAYANG BUNTING
PULAU PAYAR
TELAGA TUJUH
UNDER WATER WORLD LANGKAWI
Recommended