View
16.393
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Kesusasteraan MelayuForm 4D (2010)
Tajuk :Maksud, Persoalan &
Tema
Aspek-aspek Kajian Sajak
oBentuk
oMaksud
oPersoalan
oTema
oCorak
oAliran
oNada
oGaya bahasa
oMemprosa
operutusan
MaksudoDalam menghuraikan maksud, kita mempunyai
kebebasan mengikut fahaman masing-masing.
oSatu rangkap hendaklah dihuraikan dalam satu perenggan dengan huraian yang jelas dan terperinci.
oSetiap ayat, baris, perkataan simbolik dan sebagainya perlu diberikan maksud. Dengan kata lain, ianya menyampaikan suatu mesej dalam bentuk huraian biasa yang dipindahkan daripada satu sajak.
oAda kalanya, latar belakang penulis sajak perlu diketahui bagi menyoking kefahaman pembaca.
PersoalanoSesebuah sajak selalunya mempunyai satu atau
beberapa persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulisnya.
oBiasanya satu rangkap mengandungi satu persoalan. Jika sajak itu mempunyai tiga rangkap, boleh jadi ia mempunyai tiga persoalan.
oSelalunya antara persoalan yang diketengahkan oleh penyajak adalah seperti kemiskinan, rasuah, kebebasan, sosial, cinta, ketuhanan, pelajaran, perperangan dan sebagainya.
oUntuk mendapatkan persoalan, langkah awal yang perlu dilakukan ialah memberikan maksud keseluruhan sajak.
Tema
oTema ialah suatu ide (ekspresif) atau pemikiran (gagasan) pengkarya.
oIanya tidak ditulis (bersifat abstrak).
oTema diperolehi melalui huraian maksud dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak itu.
oDalam hal ini, persoalan yang paling penting boleh disimpulkan menjadi sebuah tema.
Proses Mendapatkan Tema
oProses mendapatkan tema boleh dilihat seperti di bawah ini :
Rangkap 1 → Maksud → Persoalan
Rangkap 2 → Maksud → Persoalan
Rangkap 3 → Maksud → Persoalan
Rangkap 4 → Maksud → Persoalan
TEMA
Sajak : Melayu Islam Beraja
Sejarah Melayu gagah perkasa,Islam menjulang tamadun
bangsa,Raja disanjung taat setia,Calak MIB akar umbinya.
Dihasilkan oleh Zwan (2010)
Aktiviti
oBuat dua kumpulan.
oDengan menggunakan sajak “Kau dan aku” – A. Rahim Hamid, setiap kumpulan dikehendaki membuatkan satu analisis tentang maksud, persoalan dan tema yang terkandung di dalamnya.
oHasil kerja akan dibentangkan dihadapan.
Sajak Kau dan aku – A. Rahim Hamid
Kau adalah bapa yang ingin jadi pemurah
Kau adalah bapa yang ingin jadi pengasih
Jadilah anakmuAnak perkasa yang gagahMata bolanya api yang merahDan kau pun jadi lilin lembut
Di rumahmuAnak-anakmu lebih bersuara
lantangMatamu mampu berkelip-kelip
cumaJiran masih mengatakan kau baik
hatiSenang hatimu menerima pujianKau pun semakin sunyi
Anak-anakmu semakin beraniBerguru liarPada gagak-gagak hitam di rimbaDan kau sedar kini...Langkahmu terbelengguAnakmuu si manis pula pulangBersama cucumu rambutnya perangJiram masih mengatakan kau baik hatisedang hatimu semakin pilu...
Beginilah lumrah alamKau pun tersisih dari anak-anakmuDi pelabuhan waktuKau di sisiku di hujung perjalananmuDan aku pun terpisah
Latihan
oBuatkan satu prosa mengenai sajak “Kau dan Aku”,
oTarikh menghantar ialah pada 24 June 2010 bersamaan dengan 09 Rejab 1431.
Recommended