View
237
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
MANUAL PENGGUNA
SISTEM PENGURUSAN KURSUS ONLINE PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
Tarikh Dikemaskini : 18 November 2011
2
KANDUNGAN
PENGENALAN SISTEM ………………………………………………………………………………
OBJEKTIF SISTEM ……………………………………………………………………………………..
MODUL PENGGUNA & MODUL PENILAIAN
MODUL PENGGUNA ………………………………………………………………..
Laman Utama ………………………………………………………………..
Katalog & Permohonan Kursus ……………………………………….
Semak Permohonan ……………………………………………………….
Bantuan ………………………………………………………………………….
MODUL PENILAIAN
Penilaian Kursus dan Penilaian Penceramah …………………
4
4
6
6
7
16
18
19
4
PENGENALAN SISTEM
Sistem ini dibangunkan berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005.
Ia bertujuan memudahkan kakitangan kerajaan membuat permohonan dan semakan
permohonan kursus dengan lebih efisien. Sistem ini dibangunkan selaras dengan
kehendak kerajaan bagi mewujudkan penyampaian dan penyimpanan maklumat yang
lebih bersistematik, tersusun dan selamat seiring dengan perkembangan teknologi
terkini yang menekankan kepentingan pembangunan sumber manusia dalam sektor
awam. Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap
anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri dengan sikap (attitude),
kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian melalui program
pembangunan kompetensi & pembelajaran berterusan.
OBJEKTIF SISTEM
Memberi kemudahan kepada kakitangan SUK dalam permohonan kursus secara
online.
Menyediakan maklumat yang terkini mengenai aktiviti kursus kepada warga SUK.
Mengurangkan bebanan tugas oleh pegawai dalam pengurusan kursus yang
sebelum ini dilakukan secara manual.
Memastikan pengurusan dan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik.
6
MODUL PENGGUNA
1. LAMAN UTAMA
Gambarajah 1.0 : Laman Utama
Gambarajah 1.0 akan dipaparkan apabila pemohon mengakses sistem ini.
Untuk paparan terbaik sila gunakan pelayar web Internet Explorer 8.0 ke atas
dengan resolusi 1024 x 768.
Laman Utama mengandungi pengenalan kepada sistem, papan kenyataan
yang akan memaparkan pengumuman terkini yang dibuat oleh Pentadbir
sistem (Unit Latihan) dan Login untuk login kepada Modul Penilaian oleh
peserta kursus dan login kepada Modul Pentadbir oleh pentadbir sistem.
Selain itu, pengguna boleh mendapatkan katalaluan baru jika pengguna
terlupa katalaluan semasa hanya dengan klik pada ruangan Lupa Katalaluan
dan lengkapkan maklumat yang diperlukan. Kemudian katalaluan baru akan
dihantar kepada email pengguna.
Papan Kenyataan
Login Pentadbir
Pengenalan Sistem
Lupa Katalaluan
7
2. KATALOG & PERMOHONAN KURSUS
Gambarajah 2.0 : Katalog & Permohonan Kursus
Dalam menu Katalog & Permohonan Kursus seperti gambarajah 2.0 di atas,
semua kursus yang telah didaftarkan di dalam sistem mengikut tahun semasa
akan dipaparkan.
Pemohon boleh membuat carian nama kursus atau kategori kursus atau kedua-
dua sekali di dalam ruangan carian yang disediakan.
Untuk melihat maklumat kursus klik pada , gambarajah 2.1 akan
dipaparkan.
Ruangan carian
8
Gambarajah 2.1 : Paparan maklumat kursus
Untuk membuat permohonan kursus klik pada , gambarajah 2.2 akan
dipaparkan. Pemohon perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan di dalam
ruangan yang disediakan dan tekan butang cari.
Jika pemohon baru pertama kali membuat permohonan, gambarajah seperti 2.3
akan dipaparkan tetapi jika pemohon pernah membuat permohonan dan rekod
pemohon terdapat di dalam pangkalan data sistem gambarajah 2.4 akan
dipaparkan.
11
Gambarajah 2.4 : Paparan maklumat pemohon yang terdapat di dalam sistem
Pemohon boleh kemaskini maklumat peribadi pada ruangan [Kemaskini profil]
seperti gambarajah 2.5.
Kemaskini Profil
12
Gambarajah 2.5 : Paparan kemaskini profil pemohon
Setelah maklumat pemohon dikemaskini, klik butang kemaskini dan kotak mesej
seperti gambarajah 2.6 akan dipaparkan.
Gambarajah 2.6 : Pemberitahuan rekod telah dikemaskini
Katalaluan boleh diubah
13
Selain kaedah yang diterangkan di atas, pengguna juga boleh mengemaskini
profil melalui menu Kemaskini ‘ ’yang terdapat pada menu bar
antaramuka utama sistem.
Klik ‘OK’ dan sistem akan kembali ke paparan maklumat peribadi pemohon
seperti gambarajah 2.4. Klik untuk meneruskan permohonan kursus.
Kemudian gambarajah 2.7 akan dipaparkan. Pemohon perlu memasukkan
katalaluan untuk mengesahkan permohonan kursus yang dibuat. Katalaluan lalai
(default) yang ditetapkan oleh sistem adalah nombor kad pengenalan pemohon.
Pemohon boleh menukar katalaluan pada paparan kemaskini profil seperti
gambarajah 2.5.
Gambarajah 2.7 : Paparan pengesahan permohonan kursus
Masukkan Katalaluan
diruangan ini
14
Jika katalaluan yang dimasukkan betul, rekod permohonan akan disimpan dan di
emailkan kepada email ketua jabatan pemohon. Kemudian gambarajah 2.8 akan
dipaparkan. Jika katalaluan yang dimasukkan salah gambarajah 2.9 akan
dipaparkan.
Gambarajah 2.8 : Paparan jika permohonan telah diterima oleh sistem
Gambarajah 2.9 : Paparan kotak mesej jika katalaluan salah
15
Pemohon boleh membuat pilihan samada untuk mencetak atau menyimpan slip
permohonan. Sekiranya pemohon memilih untuk mencetak slip permohonan
gambarajah 2.10 akan dipaparkan. Jika pemohon memilih untuk menyimpan slip
permohonan gambarajah 2.11 akan dipaparkan.
Gambarajah 2.10 : Paparan slip permohonan untuk dicetak
Gambarajah 2.11 : Paparan slip permohonan untuk disimpan dalam format PDF
16
3. SEMAK PERMOHONAN
Gambarajah 3.1 : Paparan semak permohonan
Pada menu semak permohonan, pemohon boleh menyemak status permohonan
kursus yang telah dibuat dengan memasukkan nombor kad pengenalan
diruangan carian nombor kad pengenalan seperti dalam gambarajh 3.1.
Jika pemohon pernah membuat permohonan kursus, gambarajah 3.2 akan
dipaparkan. Semua kursus yang dimohon dalam tahun semasa akan dipaparkan.
Pemohon boleh melihat status kursus yang dimohon pada ruangan status.
17
Gambarajah 3.2 : Paparan senarai kursus
Jika pemohon tidak pernah membuat permohonan kotak mesej seperti
gambarajah 3.3 akan dipaparkan.
Gambarajah 3.3
18
4. BANTUAN
Gambarajah 4.1 : Bantuan
Pada menu bantuan seperti gambarajah 4.1, pemohon boleh menghubungi
alamat dan nombor telefon seperti yang dinyatakan jika terdapat sebarang
masalah semasa menggunakan sistem ini.
Manual pengguna juga boleh dimuat turun pada ‘link’ seperti yang ditunjukkan di
dalam gambarajah 4.1.
Manual pengguna
19
MODUL PENILAIAN
Modul ini disediakan untuk memudahkan peserta kursus membuat penilaian
kursus dan penilaian penceramah bagi setiap kursus yang dihadiri. Hanya
pemohon yang Berjaya terpilih untuk menyertai kursus yang dimohon dan hadir
dengan jayanya kursus ini layak membuat penilaian ini.
Untuk membuat capaian terhadap modul ini, peserta kursus hendaklah
memasukkan No MyID dan Katalaluan pada ruangan Login atau klik pada menu
Penilaian seperti gambarajah 5.0. No MyID dan Katalaluan ini sama seperti yang
digunakan semasa peserta membuat permohonan kursus tersebut.
Gambarajah 5.0
Masukkan No MyID
dan Katalaluan
Klik disini dan Masukkan
No MyID dan Katalaluan
20
Setelah Login gambarajah seperti 5.1 akan dipaparkan :
Gambarajah 5.1 : Antaramuka Modul penilaian
Klik pada menu penilaian, terdapat dua pilihan iaitu penilain kursus dan
penceramah seperti gambarajah 5.2. Jika permohonan kursus tersebut tidak
berjaya atau telah disahkan Berjaya oleh pentadbir sistem (Unit Latihan) tetapi
peserta tidak hadir, maka kursus tersebut tidak akan disenaraikan seperti dalam
gambarajah 5.3.
Gambarajah 5.2
21
Gambarajah 5.3
Jika permohonan peserta telah disahkan berjaya oleh pentadbir sistem (Unit
Latihan) dan peserta telah menghadiri kursus tersebut, gambarajah 5.4 akan
dipaparkan.
Gambarajah 5.4
Pilih nama kursus untuk membuat penilaian dan klik . Gambarajah 5.5
akan dipaparkan. Peserta boleh mengisi borang penilaian kursus ini dan klik
Untuk membuat penilaian penceramah langkah yang sama dilakukan seperti
membuat penilaian kursus. Gambarajah 5.7 menunjukkan borang penilaian
penceramah.
Tiada kursus
dipaparkan
Kursus yang telah
dihadiri
22
Gambarajah 5.5 : Paparan borang penilaian kursus
Setiap peserta dibenarkan untuk membuat sekali sahaja penilaian bagi setiap
kursus. Jika peserta membuat penilaian kedua untuk kursus yang sama, kotak
mesej seperti gambarajah 5.6 akan dipaparkan. Begitu juga dengan penilaian
23
penceramah. Jika peserta membuat penilaian kali ke dua, kotak mesej seperti
gambarajah 5.8 akan dipaparkan.
Gambarajah 5.6 : Paparan kotak mesej jika
peserta pernah membuat penilaian kursus
Gambarajah 5.7 : Paparan borang penilaian penceramah
Recommended