View
260
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
MASALAH YANG SERING DIHADAPI OLEH GURU PELATIH 3SPM DAN 3SPT,
UTM SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR BAGI SESI 2007/2008
NORAZWANA BINTI HAJI DATIM
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama penulis : NORAZWANA BINTI HAJI DATIM
Tarikh : 25 APRIL 2008
DEDIKASI
Untuk yang dikasihi dan yang disayangi, Ayah dan Ibuku,
Tuan Haji Datim bin Haji Norit dan Puan Hajah Aisah binti Haji Palani,
Segala jasa dan pengorbanan kalian,
Mendidik dan membesarkanku,
Takkan kulupakan sehingga ke akhir hayatku,
Doa kalian yang sentiasa mengiringi langkahku,
Menjadi penguat untukku meneruskan perjalanan hidup ini.
Untuk suamiku yang kucintai,
Mohamad Khalid bin Haji Hassan,
Dan juga bayiku yang bakal kulahirkan,
Semoga kasih sayang kita berkekalan hingga ke akhir hayat.
Untuk kakak dan adik-adik yang sentiasa kurindui,
Juga buat keluarga mertuaku,
Terima kasih diatas segala galakan dan dorongan kalian.
Untuk rakan-rakan seperjuanganku,
Semoga persahabatan kita tidak berakhir disini,
Segala kenangan pahit dan manis kita bersama,
Sentiasa kukenang selamanya.
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapat saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dengan izin dariNya jua, dapat saya
menempuh segala rintangan dalam menyiapkan tugasan ini.
Berjuta penghargaan saya hulurkan kepada pensyarah pembimbing saya, Prof Dr
Noor Azlan bin Ahmad Zanzali yang banyak memberikan tunjuk ajar, dorongan, nasihat
dan bimbingan sepanjang menyediakan projek penyelidikan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan juga saya hulurkan kepada ahli keluarga saya yang
sentiasa memberi sokongan dan doa agar saya sentiasa tabah dalam menghadapi segala
cabaran sepanjang bergelar seorang siswi di Universiti Teknologi Malaysia.
Tidak lupa juga semua rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa berada disisi
disaat saya memerlukan bantuan untuk menyiapkan tugasan ini.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh
guru pelatih 3SPM dan 3SPT semasa latihan mengajar bagi semester 1, sesi 2007/2008.
Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertumpu kepada empat aspek utama iaitu
kesediaan diri guru pelatih, penyediaan Rancangan Mengajar, penggunaan Alat Bantu
Mengajar (ABM), dan kerjasama daripada pihak sekolah. Seramai 49 orang pelajar
daripada kursus 3SPM dan 3SPT dipilih sebagai responden. Instrumen yang digunakan
dalam kajian ini ialah soal selidik yang disediakan mengikut skala Likert dan sesi
temubual. Data-data dalam kajian ini telah dikumpul dan dianalisis dengan
menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS Versi 13.0 for Windows)
berdasarkan kaedah peratusan, kekerapan dan min. Hasil kajian menunjukkan kesediaan
diri guru pelatih, penyediaan Rancangan Mengajar, penggunaan Alat Bantu Mengajar
(ABM), dan kerjasama daripada pihak sekolah berada pada tahap tinggi.
ABSTRACT
This study was carried out in order to determine the problems that the 3SPM’s
and 3SPT’s have faced during the teaching practical on semester 1, session 2007/2008.
This is a descriptive study and emphasized on four main aspects which are the readiness
of the practical teachers, the preparation of the lesson plan, the usage of teaching
methods, and the cooperation from the school’s organization. There are 49 respondents
have been chosen from the 3SPM’s and 3SPT’s students for this research. The
instruments used in this research are the questionnaires prepared according to Likert
scale and the interview session. The data collected from the research was analyzed using
Statistical Package of Social Science (SPSS Version 13.0 for Windows) based on
percentage, frequency and min method. Results yielded from the research shows that the
readiness of the practical teachers, the preparation of the lesson plan, the usage of
teaching methods, and the cooperation from the school’s organization at the high level
according to the mean value.
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Rasional Kajian 5
1.7 Kepentingan Kajian 6
1.8 Skop/Batasan Kajian 6
1.9 Definisi Kajian
1.9.1 Masalah 7
1.9.2 Guru Pelatih 7
1.9.3 Latihan Mengajar 8
1.10 Penutup 8
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Latihan Mengajar 9
2.3 Objektif Latihan Mengajar 11
2.4 Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Guru
Pelatih Semasa Latihan Mengajar 12
2.5 Penutup 16
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 17
3.2 Reka Bentuk Kajian 17
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 18
3.4 Instrumen Kajian 18
3.5 Prosedur Kajian 20
3.6 Penganalisaan Data 20
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 22
4.2 Analisis Data Bagi Soal Selidik
4.2.1 Bahagian A (Maklumat Diri Responden)
4.2.1.1 Jantina 23
4.2.1.2 Bangsa/Agama 24
4.2.1.3 Kursus 24
4.2.1.4 Pusat Penempatan LM 25
4.2.1.5 Bilangan Waktu Mengajar
Semasa LM 26
4.2.1.6 Subjek Yang Diajar Semasa
LM 26
4.2.1.7 Keputusan LM 27
4.2.2 Bahagian B
4.2.2.1 Kesediaan Diri Pelatih 28
4.2.2.2 Persediaan Rancangan
Mengajar 33
4.2.2.3 Penggunaan ABM 38
4.2.2.4 Kerjasama Dari Pihak Sekolah 41
4.3 Penutup 44
BAB 5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 46
5.2 Rumusan 46
5.2.1 Rumusan Berdasarkan Latar Belakang
Responden 47
5.2.2 Rumusan Berdasarkan Item-item Soal
Selidik 48
5.3 Perbincangan 49
5.3.1 Perbincangan Berkaitan Soal Selidik
5.3.1.1 Kesediaan Diri Pelatih 50
5.3.1.2 Persediaan Rancangan
Mengajar 51
5.3.1.3 Penggunaan ABM 52
5.3.1.4 Kerjasama Dari Pihak Sekolah 53
5.3.2 Perbincangan Berkaitan Sesi Temubual 54
5.4 Cadangan
5.4.1 Guru Pelatih 57
5.4.2 Pihak Sekolah 58
5.4.3 Penyelia LM 58
5.4.4 Pihak Fakulti 59
5.4.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59
5.5 Penutup 60
BIBLIOGRAFI 61
Lampiran A – C 64 – 70
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual Pemeringkatan Likert 18
3.2 Nilai min dan tahap penilaian responden
terhadap soal selidik 21
4.1 Jantina responden 23
4.2 Bangsa / Agama 24
4.3 Kursus responden 24
4.4 Pusat penempatan LM responden 25
4.5 Bilangan waktu mengajar responden
semasa LM 26
4.6 Subjek yang diajar oleh responden
semasa LM 26
4.7 Keputusan LM responden 27
4.8 Kesediaan diri pelatih 28
4.9 Persediaan Rancangan Mengajar 33
4.10 Penggunaan Alat Bantu Mengajar 38
4.11 Kerjasama dari pihak sekolah 41
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat Bantu Mengajar
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
LM - Latihan Mengajar
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
ROS - Rancangan Orientasi Sekolah
SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)
SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Kimia)
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPP - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Fizik)
SPSS - Statistical Package for Social Science
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris
USA - United States of America
UTHM - Universiti Tun Hussien Onn, Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
3SPM - Pelajar Tahun 3, Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Matematik)
3SPT - Pelajar Tahun 3, Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer
Serta Pendidikan (Matematik)
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 64
B Surat Pengesahan Pelajar 69
C Soalan-soalan ketika sesi temubual 70
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah satu universiti yang
menawarkan pelbagai kursus pendidikan bagi pelajar-pelajar yang berminat untuk
menceburi bidang perguruan di Fakulti Pendidikan. Kursus yang ditawarkan terdiri
daripada subjek teras dan subjek elektif. Oleh kerana pelajar-pelajar ini merupakan bakal
guru, maka langkah pertama untuk menyediakan mereka sebagai seorang guru ialah
mereka perlu menjalani pengajaran mikro sebagai prasyarat sebelum keluar menjalani
Latihan Mengajar (LM) yang sebenar di sekolah.
LM ini merupakan satu komponen yang sangat penting dalam sesuatu program
latihan perguruan. Melalui LM, guru pelatih berpeluang untuk menimba pengetahuan
dan kemahiran baru dalam bidang perguruan serta mempraktikkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran yang telah dipelajari di dalam suasana bilik darjah yang sebenar.
Setiap guru pelatih telah ditanamkan dalam sanubari mereka bahawa semua
manusia mempunyai keinginan untuk berjaya dalam hidup. Sikap dan keyakinan inilah
yang menerbitkan motivasi yang tinggi apabila mereka berada di medan pendidikan
2
dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang guru. Pelaksanaan sesuatu tugas dengan
penuh tanggungjawab akan mencapai kecemerlangan dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya.
Ketika menjalani LM, guru-guru pelatih ini akan berdepan dengan masalah-
masalah yang menuntut kebijaksanaan mereka dalam mencari jalan penyelesaiannya.
Masalah-masalah ini mungkin akan memberi kesan terhadap proses pengajaran yang
sebenarnya amat subjektif dan bersifat peribadi. Walaubagaimanapun, ia bergantung
kepada guru-guru pelatih itu sendiri untuk mengenalpasti cara yang dapat memupuk
minat dan kebolehan serta dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaannya.
Oleh itu, penyelidik bercadang untuk menjalankan satu penyelidikan bagi
mengenalpasti masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru pelatih UTM
semasa menjalani LM di sekolah.
1.2 Latarbelakang Masalah.
Dewasa ini, profesyen perguruan sering mendapat perhatian masyarakat kerana
peranannya yang begitu signifikan dalam membentuk generasi akan datang. Perubahan
mendadak dan terkini, dasar pendidikan negara telah membawa perubahan besar dalam
sistem pendidikan kita.
Menurut Hussein Hj. Ahmad (1993: 293), sekolah memainkan peranan sebagai
agen penyaluran budaya dan ilmu, kemahiran dan keterampilan serta kepercayaan dan
3
sistem nilai, selain institusi keluarga. Sesuatu budaya itu berubah bergantung kepada
proses kesinambungan suatu generasi kepada generasi yang lain. Justeru sekolah dan
guru-guru yang mempunyai cita-cita, aspirasi, semangat dan motivasi juga akan turut
berubah. Ini memandangkan tugas guru yang tiada batas geografinya yang meliputi
seluruh negara memerlukan sumbangan bererti dan pengorbanan mereka untuk
melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia
sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
Kebelakangan ini pelbagai masalah sering ditimbulkan berkaitan dengan
bebanan tugas, kebajikan, motivasi dan kepuasan kerja dikalangan guru-guru. Pelbagai
pendedahan telah dibuat didalam media massa bagi melepaskan perasaan sama ada dari
kalangan guru itu sendiri mahupun dari pihak persatuan guru.
Masalah ini juga dialami oleh para guru pelatih ketika menjalani LM. Menurut
Md. Arif bin Mohd Yunus (1995), kadangkala masalah yang dihadapi ini boleh
mempengaruhi mutu pengajaran guru-guru pelatih dan seterusnya mempengaruhi sikap
guru-guru pelatih terhadap kerjayanya pada masa hadapan. Beliau juga berpendapat
kebanyakan masalah yang dihadapi oleh guru pelatih adalah berkisar mengenai:
(i) kesediaan diri pelatih,
(ii) persediaan rancangan mengajar,
(iii) penggunaan alat bantuan mengajar yang berkesan,
(iv) kerjasama dari guru-guru sekolah,
(v) mengendalikan alat-alat di makmal.
Walaupun perkara tersebut berlaku, hakikatnya bebanan masalah yang dialami
itu akan mempercepatkan lagi proses kematangan dan pengalaman sehingga melahirkan
kejituan dalam proses pengajaran dan pengurusan seseorang guru pelatih . Semua ini
4
bagi memenuhi kehendak Dasar Pendidikan Negara untuk bersaing dalam dunia yang
serba mencabar ini.
1.3 Pernyataan Masalah
Di dalam dunia yang serba moden ini, terdapat pelbagai masalah yang bakal
dihadapi oleh seorang guru pelatih ketika berada di sekolah. Tambahan pula, bidang
perguruan merupakan satu bidang baru yang bakal dilalui oleh setiap guru pelatih dan
mereka tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam mengharungi kehidupan
sebagai seorang guru. Oleh itu, penyelidik bercadang untuk menjalankan satu
penyelidikan yang berkaitan dengan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru
pelatih semasa menjalani LM.
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh guru pelatih UTM semasa
menjalani latihan mengajar dalam aspek:
(i) kesediaan diri pelatih,
(ii) penyediaan Rancangan Mengajar,
(iii) penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM),
(iv) kerjasama dari pihak sekolah.
5
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru pelatih UTM semasa
menjalani latihan mengajar dalam aspek:
(i) kesediaan diri pelatih,
(ii) penyediaan Rancangan Mengajar,
(iii) penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM),
(iv) kerjasama dari pihak sekolah.
1.6 Rasional Kajian
Ketika berhadapan dengan dunia pendidikan yang semakin mencabar ini, tugas
sebagai seorang guru bukanlah suatu tugas yang mudah. Pelbagai masalah dilalui oleh
guru-guru dalam menyempurnakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada
mereka. Isu bebanan masalah yang ditanggung oleh setiap guru ini bukanlah suatu
perkara baru didalam dunia pendidikan sekarang. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh
pihak kerajaan mahupun swasta dalam menangani masalah-masalah yang sering timbul
tetapi masih terdapat rungutan daripada guru-guru terbabit. Guru-guru pelatih juga tidak
akan dapat lari daripada masalah ketika menjalani latihan mengajar di sekolah
memandangkan mereka masih baru didalam bidang perguruan ini. Oleh kerana itulah,
penyelidik bercadang untuk menjalankan satu penyelidikan tentang masalah-masalah
yang sering dihadapi oleh guru-guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar di
sekolah.
6
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan yang tertentu.
Diantaranya adalah seperti berikut:
1.7.1 untuk membantu Fakulti Pendidikan, UTM sebagai garis panduan memperbaiki
program sedia ada,
1.7.2 untuk membantu pensyarah-pensyarah dan penyelia LM supaya dapat
memberikan bimbingan yang lebih membina kepada pelatih-pelatih semasa LM,
1.7.3 untuk panduan dan persediaan bakal guru-guru pelatih yang sedia ada dan yang
akan menjalani LM.
Oleh yang demikian, data yang diperolehi amat berguna untuk dijadikan panduan
kepada guru pelatih supaya dapat mempersiapkan diri dalam mengharungi segala
cabaran semasa menjalani LM di sekolah.
1.8 Skop / Batasan Kajian
Didalam kajian ini, penyelidik memilih pelajar-pelajar Tahun 3, kursus SPM dan
SPT, UTM yang menjalani latihan mengajar pada Sesi 1, 2007/2008. Seramai 49 orang
responden dipilih bagi kedua-dua kursus ini bagi menjawab borang soal selidik
manakala seramai 6 orang responden dipilih untuk ditemubual.
7
1.9 Definisi Kajian
1.9.1 Masalah
Menurut Md. Arif bin Mohd Yunus (1995), masalah bermaksud sesuatu yang
memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran
(kesulitan).
Masalah yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah sesuatu perkara yang berlaku
sehingga menimbulkan kesukaran dan ianya perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin.
1.9.2 Guru Pelatih
Menurut Md. Arif bin Mohd Yunus (1995), guru pelatih bermaksud pelajar-
pelajar di maktab perguruan yang bakal menjadi guru.
Guru pelatih yang dimaksudkan pada kajian ini ialah pelajar-pelajar Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang
bakal menjadi guru.
8
1.9.3 Latihan Mengajar
Menurut Mok Leo dan Lee (1988), “Latihan mengajar merujuk kepada situasi
apabila seorang guru pelatih itu dihantar ke sekolah untuk mencuba dan mempraktikkan
kemahiran mengajar dan memainkan peranan sebagai seorang guru. Dengan ini jelas
menunjukkan bahawa penekanan dibuat pada aspek penggunaan atau mempraktikkan
ilmu pengetahuan atau kemahiran yang telah dipelajari sebelum penuntut itu menjalani
latihan mengajar. Penuntut ini di anggap sudah bersedia dan lengkap dengan disiplin
ilmu sebagai seorang guru”.
Latihan mengajar yang dimaksudkan pada kajian ini ialah suatu situasi dimana
setiap guru pelatih dihantar ke sekolah untuk menimba pengetahuan dan pengalaman
didalam bidang perguruan sebelum bergelar seorang guru sepenuhnya.
1.10 Penutup
Oleh itu, kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti
masalah yang sering dihadapi oleh guru pelatih UTM semasa menjalani LM di sekolah.
Kajian ini juga diharapkan dapat memberi panduan yang berguna kepada guru pelatih
supaya sentiasa bersedia dalam menghadapi semua cabaran semasa menjalani LM.
Walaupun tempoh menjalani LM ini hanya selama 12 minggu, ianya dapat dijadikan
gambaran sebenar kepada profesyen perguruan yang bakal dihadapi oleh setiap guru
pelatih apabila telah tamat belajar kelak.
Recommended