View
60
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
iklan kerja
Citation preview
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
IKLAN JAWATAN KOSONG
Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan
ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah.
Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara
Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-
turut.
A. NAMA JAWATAN :
BIL JAWATAN KLASIFIKASI
PERKHIDMATAN GRED
TARAF
JAWATAN
1. Pegawai Perubatan Perubatan Dan
Kesihatan
UD47/
U48
Tetap
2. Ahli Muzik Bakat Dan Seni B41 Kontrak
3. Pegawai Pertanian Pertanian G41 Tetap
4. Jurutera Kejuruteraan J41 Tetap
5. Pegawai Undang-Undang Perundangan Dan
Kehakiman
L41 Tetap
6. Pegawai Tadbir Pentadbiran Dan
Sokongan
N41 Tetap
7. Pen. Pegawai Kesihatan
Persekitaran/Pegawai
Kesihatan Persekitaran
Perubatan Dan
Kesihatan
U41/
U42
Tetap
8. Akauntan Kewangan W41 Tetap
9. Juruaudit Kewangan W41 Tetap
10. Pegawai Penilaian Kewangan W41 Tetap
11. Penolong Pegawai
Teknologi Maklumat
Perkhidmatan Sistem
Maklumat
F29 Tetap
12. Penolong Pegawai
Perancang Bandar &
Desa
Kejuruteraan J29 Tetap
13. Penolong Pegawai
Undang-Undang
Perundangan Dan
Kehakiman
L29 Tetap
14. Jururawat Perubatan Dan
Kesihatan
U29 Tetap
15. Penolong Pegawai
Kesihatan Persekitaran
Perubatan Dan
Kesihatan
U29 Tetap
BIL JAWATAN KLASIFIKASI
PERKHIDMATAN GRED
TARAF
JAWATAN
16. Penolong Pegawai
Kawalan Alam Sekitar
Sains C27 Tetap
17. Penolong Pegawai Tadbir Pentadbiran Dan
sokongan
N27 Tetap
18. Penolong Pegawai
Penguatkuasa
Pentadbiran Dan
Sokongan
N27 Tetap
19. Penolong Pegawai
Penerbitan
Pentadbiran Dan
Sokongan
N27 Tetap
20. Setiausaha Pejabat Pentadbiran Dan
Sokongan
N27 Tetap
21. Penolong Pegawai
Penilaian
Kewangan W27 Tetap
22. Juruteknik Komputer Perkhidmatan Sistem
Maklumat
FT17 Tetap
23. Pembantu Pertanian Pertanian G17 Tetap
24. Pelukis Pelan Kejuruteraan J17 Tetap
25. Juruteknik
(Ukur Bahan/Awam/
Perancang Bandar &
Desa)
Kejuruteraan J17 Tetap
26. Pegawai Khidmat
Pelanggan
Pentadbiran Dan
Sokongan
N17 Tetap
27. Pembantu Tadbir (P/O) Pentadbiran Dan
Sokongan
N17 Tetap /
Kontrak
28. Pembantu Kesihatan
Awam
Perubatan Dan
Kesihatan
U17 Tetap
29. Pembantu Juruaudit Kewangan W17 Tetap
30. Pembantu Penilaian Kewangan W17 Tetap
31. Pengawal Keselamatan Keselamatan Dan
Pertahanan Awam
KP11 Tetap
B. JADUAL GRED GAJI :
JAWATAN GRED TANGGA GAJI
MINIMUM MAKSIMUM
Jawatan 1 Gred UD47/U48 RM5,007.64 - RM8,356.59
Jawatan 2 Gred B41 RM1,925.75 - RM6,840.16
Jawatan 3 Gred G41 RM1,914.74 - RM6,804.02
Jawatan 4 Gred J41 RM2,359.72 - RM6,896.67
Jawatan 5 Gred L41 RM2,248.08 - RM6,860.55
Jawatan 6 Gred N41 RM1,910.02 - RM6,799.30
Jawatan 7 Gred U41/U42 RM2,259.08 - RM6,909.25
Jawatan 8, 9 & 10 Gred W41 RM1,924.18 - RM6,838.59
Jawatan 11 Gred F29 RM1,745.69 - RM4,439.84
Jawatan 12 Gred J29 RM1,750.82 - RM4,456.92
Jawatan 13 Gred L29 RM1,663.65 - RM4,429.60
Jawatan 14 & 15 Gred U29 RM1,311.58 - RM4,508.20
Jawatan 16 Gred C27 RM1,373.11 - RM4,451.85
Jawatan 17, 18, 19 &
20
Gred N27 RM1,361.14
-
RM4,427.94
Jawatan 21 Gred W27 RM1,366.27 - RM4,433.07
Jawatan 22 Gred FT17 RM952.66 - RM3,299.86
Jawatan 23 Gred G17 RM932.15 - RM3,094.80
Jawatan 24 & 25 Gred J17 RM952.66 - RM3,299.86
Jawatan 26 & 27 Gred N17 RM927.03 - RM3,089.68
Jawatan 28 Gred U17 RM974.88 - RM2,541.06
Jawatan 29 & 30 Gred W17 RM928.74 - RM3,091.39
Jawatan 31 Gred KP11 RM836.90 - RM2,458.15
C. SYARAT-SYARAT LANTIKAN :
Semua jawatan hendaklah terdiri daripada WARGANEGARA MALAYSIA.
JAWATAN 1 ( PEGAWAI PERUBATAN )
(a) Ijazah Sarjana Muda dalam ilmu perubatan serta telah berdaftar sementara
atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia dan mempunyai pengalaman
berkaitan yang luas dalam bidang berkaitan.
( Gaji Permulaan ialah pada Gred UD47 : P1 RM5,007.64 )
(b) Calon yang dilantik di bawah Seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan
telah memenuhi Peraturan-Peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa)
serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia serta
mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkaitan; dan
(c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 2 ( AHLI MUZIK )
(a) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan
diakui mutunya dalam bidang muzik moden dan/atau tradisional.
( Gaji Permulaan ialah pada Gred B41 : P1 RM1,925.75 )
(b) Berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden.
(c) Calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan
kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum
lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan; dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 3 ( PEGAWAI PERTANIAN )
(a) Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian atau Sains Hortikultur yang diiktiraf oleh
oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred G41 : P1 RM2,221.37 )
(b) Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang kimia atau biokimia yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred G41 : P1 RM2,221.37 )
(c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
( Gaji Permulaan ialah pada Gred G41 : P1 RM2,323.57 )
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai
Pertanian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan
untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Pertanian Gred
G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a), (b) dan (c) di
atas.
JAWATAN 4 ( JURUTERA )
(a) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; dan
( Gaji Permulaan ialah pada Gred J41 : P1 RM2,359.72 )
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan).
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Jurutera
adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
dan:-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran
Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 5 ( PEGAWAI UNDANG-UNDANG )
(a) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred L41 : P1 RM2,248.08 )
(b) Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination); dan
( Gaji Permulaan ialah pada Gred L41 : P1 RM2,248.08 )
(c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan).
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai
Undang-Undang adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai
Undang-Undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila
telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) dan (b) di atas.
JAWATAN 6 ( PEGAWAI TADBIR )
(a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred N41 : P1 RM1,910.02 )
(b) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred N41 : P1 RM2,114.43 )
(c) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; dan
( Gaji Permulaan ialah pada Gred N41 : P1 RM2,216.64 )
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir
dan Setiausaha Pejabat Gred N27 adalah layak dipertimbang oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke
jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a), (b) dan (c) di
atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.
JAWATAN 7 ( PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN /
PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN )
(a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
( Gaji Permulaan ialah pada Gred U41 : P1 RM2,259.08 )
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 8 (AKAUNTAN )
(a) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : P1 RM2,650.63 )
(b) Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : P1 RM2,650.63 )
(c) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli
Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : P1 RM2,754.41)
(d) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia; dan
( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : P1 RM2,858.19 )
(e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Akauntan
adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Akauntan Gred W41, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
dan:-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a), (b), (c) dan (d) di
atas.
JAWATAN 9 ( JURUAUDIT )
(a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : P1 RM2,131.73 )
(b) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : P1 RM2,650.63 )
(c) Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : P1 RM2,650.63 )
(d) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli
Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : P1 RM2,754.41)
(e) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia; dan
( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : P1 RM2,858.19 )
(f) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan).
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Juruaudit
adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Juruaudit Gred W41, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
dan:-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a), (b), (c), (d) dan
(e) di atas.
JAWATAN 10 ( PEGAWAI PENILAIAN )
(a) Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah) yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
( Gaji Permulaan ialah pada Gred W41 : P1 RM2,339.29 )
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan).
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai
Penilaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan
untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Penilaian Gred
W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas.
JAWATAN 11 ( PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT )
(a) Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred F29 : P1 RM1,745.69 )
(b) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
( Gaji Permulaan ialah pada Gred F29 : P1 RM1,820.89 )
(c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah
layak diperimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan
pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Gred F29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan
dalam perkhidmatan dan :-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) dan (b) di atas.
JAWATAN 12 ( PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA )
(a) Diploma dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
( Gaji Permulaan ialah pada Gred J29 : P1 RM1,750.82 )
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Perancang
Bandar dan Desa adalah layak diperimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong
Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.
JAWATAN 13 ( PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG )
(a) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji Permulaan ialah pada Gred L29 : P1 RM1,663.65 )
(b) Diploma dalam bidang Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; dan
( Gaji Permulaan ialah pada Gred L29 : P1 RM1,889.26 )
(c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Undang-
Undang) dan Jurubahasa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan
Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29, tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) dan (b) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.
JAWATAN 14 ( JURURAWAT )
(a) Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan
Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia; dan
( Gaji Permulaan ialah pada Gred U29 : P1 RM1,687.59 )
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Jururawat
dan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan
Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas.
JAWATAN 15 ( PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN /
PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN )
(a) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada institusi-institusi latihan Kementerian
Kesihatan Malaysia yang yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; dan
( Gaji Permulaan ialah pada Gred U29 : P1 RM1,687.59 )
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam
adalah layak diperimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas.
JAWATAN 16 ( PENOLONG PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR )
(a) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam, Mekanik atau Elektrik yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred C27 : P1 RM1,749.12 )
(b) Diploma dalam bidang mikrobiologi atau kimia industri yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
( Gaji permulaan ialah pada Gred C27 : P1 RM1,749.12 )
(c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik adalah layak
dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat
secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C27,
tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan :-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) & (b) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.
JAWATAN 17 ( PENOLONG PEGAWAI TADBIR )
(a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1 RM1,361.14 )
(b) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1 RM1,361.14 )
(c) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1 RM1,661.95 )
(d) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1 RM1,737.15 )
(e) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Khidmat
Pelanggan, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Setiausaha Pejabat,
Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan
Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong
Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila
telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a), (b), (c) dan (d) di atas;
atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.
JAWATAN 18 ( PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA )
(a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1 RM1,361.14 )
(b) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1 RM1,361.14 )
(c) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1 RM1,661.95 )
(d) bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia
atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut
serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1 RM1,361.14 )
(e) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :-
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita
tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi
wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm
dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang
diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan
cermin mata;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
(f) calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) dan (b) di atas hendaklah
lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa
adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai
Penguatkuasa Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) dan (b) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.
JAWATAN 19 ( PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN )
(a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1 RM1,361.14 )
(b) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1 RM1,361.14 )
(c) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; dan
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1 RM1,661.95 )
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penerbitan
adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Penerbitan Gred N27,
tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan :- (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) dan (b) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.
JAWATAN 20 ( PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT / SETIAUSAHA PEJABAT )
(a) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1 RM1,361.14 )
(b) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
( Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1 RM1,661.95 )
(c) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 21 ( PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN )
(a) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Tanah atau Pengurusan Harta Benda
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
( Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : P1 RM1,742.28 )
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penilaian adalah
layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan
pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W27,
tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan :-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.
JAWATAN 22 ( JURUTEKNIK KOMPUTER )
(a) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi
maklumat pada peringkat peperiksaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1 RM952.66 )
(b) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1 RM1,010.77 )
(c) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1 RM1,068.89 )
(d) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1 RM1,243.24 )
(e) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya; dan
( Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1 RM1,417.59 )
(f) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 23 ( PEMBANTU PERTANIAN )
(a) Sijil Institut Pertanian, Kementerian Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; dan
( Gaji permulaan ialah pada Gred G17 : P1 RM1,326.94 )
(b) Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 24 ( PELUKIS PELAN )
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan dengan kepujian Seni Lukis atau Lukisan Geometri pada peringkat
peperiksaan tersebut; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1 RM952.66 )
(b) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
Pelukis Pelan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1 RM1,010.77 )
(c) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang
Pelukis Pelan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
( Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1 RM1,068.89 )
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 25 ( JURUTEKNIK ) – UKUR BAHAN/AWAM/PERANCANG BANDAR & DESA
Syarat Juruteknik Ukur Bahan/Awam
(a) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-
politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1 RM1,417.59 )
Syarat Juruteknik Perancang Bandar & Desa
(a) Sijil dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau politeknik-politeknik
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1 RM1,417.59 )
dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 26 ( PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN )
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
( Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1 RM927.03 )
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris
dan boleh mengendalikan komputer).
(b) Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 27 ( PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) )
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
( Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1 RM927.03 )
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam mengendalikan
komputer dan/atau mengambil trengkas).
(b) Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen adalah
layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan
pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Gred N17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan
dalam perkhidmatan dan :-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.
JAWATAN 28 ( PEMBANTU KESIHATAN AWAM )
(a) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta tamat dengana jayanya kursus
latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Kelayakan Pembantu Kesihatan
Awam yang diiktiraf oleh kerajaan; dan
( Gaji permulaan ialah pada Gred U17 : P1 RM974.88 )
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Pejabat,
Atendan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbang oleh
Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke
jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17, tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.
JAWATAN 29 ( PEMBANTU JURUAUDIT )
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan
tersebut; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1 RM928.74 )
(b) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan
(Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1 RM985.13 )
(c) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi
(Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1 RM1,154.33 )
(d) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1 RM1,783.74 )
(e) kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 30 ( PEMBANTU PENILAIAN )
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan
tersebut; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1 RM928.74 )
(b) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institut Penilaian
Negara (INSPEN) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; dan
( Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1 RM1,379.92 )
(c) kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 31 ( PENGAWAL KESELAMATAN )
(a) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred KP11 : P1 RM836.90 )
(b) Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia
yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis
dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred KP11 : P1 RM836.90 )
Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita
tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi
wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan
semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan
cermin mata; dan
(v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
(c) Calon yang memilikki kelayakan di perenggan 1 (c) (i) hendaklah lulus Bahasa
Melaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah /Sijil
Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Pejabat,
Atendan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbang oleh
Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke
jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11, tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas; atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas.
D. UMUR :
Calon bagi lantikan hendaklah berumur :
(a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN
(b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
E. CARA MEMOHON :
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/1/2003 yang
boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan
Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang
permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat
www.mbjb.gov.my.
(b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat
mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah
Am Bab ‘A’ Bil.21 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata
Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.
(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada _ 15 MEI 2013 __
(d) Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan :-
i. salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
ii. salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM);
iii. salinan transkrip pengajian;
iv. salinan sijil Diploma/Ijazah;
v. salinan sijil Amalan/Pendaftaran Perubatan;
vi. salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
vii. salinan kad pengenalan; dan
viii. gambar berukuran pasport terbaru.
dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-
DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU
(e) Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor
Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.
F. CATATAN AM :
(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga.
(b) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung
jawab calon sendiri.
(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari
tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
(HAJI BURHAN BIN AMIN)
Datuk Bandar,
Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Tarikh :
Rujukan : MBJB/U/2010/02/PJW/3
hba/hagk/sa/zab-Iklan Jawatan.
Recommended