View
281
Download
2
Category
Preview:
DESCRIPTION
TEKS MC KOT
Citation preview
Majlis Perasmian Pelancaran Seminar Melonjak Ke Arah Kecemerlangan Guru: Suatu Pengalaman Seorang Tokoh Guru cemerlang
Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan ke-12 Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.TEKS PENGERUSI MAJLIS
ATURCARATEKS SAPAANCATATAN
Peringatan Cue: Peringatan kepada semua hadirin
Semua telefon bimbit hendaklah dimatikan ataupun menggunakan isyarat senyap atau getaran sepanjang berlangsungnya majlis ini bagi mengelakkan sebarang gangguan.
Semua hadirin juga diminta berdiri sebaik sahaja Pengacara Majlis mengumumkan ketibaan para tetamu kehormat.Kerjasama sidang hadirin amat kami hargai. Terima kasih.
ATURCARATEKS SAPAANCATATAN
Ketibaan Tetamu kehormat
Cue: Apabila cue diberikan tetamu masuk ke dewan.
Ketibaan Yang Berusaha ,Puan Siti Rohayu Binti Wahet,
Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Samarahan,
Merangkap wakil Ahli Dewan Undangan Negeri N.15 Muara Tuang.Diiringi oleh Yang Berusaha,
Puan Hamsiah binti Abdullah Masni,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,
Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera,
Salam Satu Malaysia.
Yang Berusaha ,
Puan Siti Rohayu Binti Wahet
Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Samarahan,
Merangkap wakil Ahli Dewan Undangan Negeri N.15 Muara Tuang.Yang Berusaha,
Puan Hamsiah binti Abdullah Masni,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,
Yang Dihormati,
Encik Michael Belekum,
Ketua Unit Kokurikulum merangkap,
Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Olahraga Tahunan ke-12 Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.
Saudara Ramli bin Hassan,
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Tahunan ke-12, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.
Dif dif Jemputan Ketua-ketua jabatan, ketua ketua unit, pensyarah-pensyarah kanan, pensyarah-pensyarah dan guru pelatih yang dikasihi sekalian.
ATURCARATEKS SAPAANCATATAN
Perbarisan Lintas Hormat Cue: Selepas semua kontijen rumah sukan dan unit beruniform bersedia Sepanjang perbarisan lintas hormat, MC akan memperkenalkan:Selamat datang ke Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke 12 Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan.Hadirin sekalian,
Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan perbarisan lintas hormat dari 8 buah kontijen yang terdiri daripada 4 buah kontijen rumah sukan dan 4 buah kontijen unit beruniform.Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Hamsiah Binti Abdullah Masni, Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak untuk menjemput dan mengiringi Puan Siti Rohayu Binti Wahet, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Samarahan bagi menerima tabik hormat daripada kontijen perbarisan.
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.
Kini, lintas hormat yang pertama ialah Kontijen Unit Beruniform Pengakap Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak yang dipimpin oleh Saudara Roma Anak Limit dengan kekuatan seramai 20 orang anggota.
Kini, melangkah segak membuat lintas hormat yang seterusnya ialah Kontijen unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia yang ketuai oleh Saudara Mohamad Fazrul Bin Zulkifli dengan kekuatan anggota seramai 18 orang.
Mendekati khemah utama ketika ini ialah Kontijen unit beruniform Pergerakan Puteri Islam yang dipimpin oleh Saudari Nurul Nadia Binti Redzuan dengan kekuatan seramai 21 orang anggota.Seterusnya, segak beruniform hijau merupakan Kontijen unit beruniform Kadet Remaja Sekolah yang diketuai oleh Saudara Abdul Wahid Bin Hassan dengan kekuatan anggota seramai 20 orang.
Perbarisan lintas hormat diteruskan lagi dengan kontijen rumah rumah sukan yang menyertai Kejohanan pada kali ini.
Dimulakan dengan kontijen Rumah Sukan Rentap yang diketuai oleh Saudara Jack Warrior dengan kekuatan seramai 20 orang anggota.
Diekori rapat ketika ini ialah kontijen Rumah Sukan Temenggong Jugah yang diketuai oleh Saudara Mohd Shah Jeehan dengan kekuatan anggota seramai 28 orang.
Kini, kontijen yang bakal melakukan lintas hormat dihadapan pentas utama ialah kontijen Rumah Sukan Sharif Masahor yang diketuai oleh Saudara Gary Gilbert dengan kekuatan anggota seramai 30 orang.
Dan sekarang merupakan giliran kontijen Rumah Sukan Rosli Dhobi dan untuk pengetahuan sidang hadirin Rumah Sukan Rosli Dhobi ini merupakan Juara Keseluruhan edisi kejohanan yang lalu.
ATURCARATEKS SAPAANCATATAN
Nyanyian lagu Negaraku
Bacaan Doa Cue: Setelah audio dan multimedia bersediaHadirin yang dimuliakan,
Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku dan IPTARKu Gemilang untuk itu hadirin dijemput untuk berdiri bagi bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Cue: Setelah selesai nyanyian lagu NegarakuHadirin dijemput duduk.
Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan ini mempersilakan Saudara Qamarul Aqramin Bin Rosli daripada PISMP Pengajian Sosial 1110, bagi memimpin bacaan doa.
Majlis dengan ini mempersilakan. Cue: Setelah selesai bacaan doa.Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
ATURCARATEKS SAPAANCATATAN
Penyampaian hadiah dan persembahan.Hadirin yang dikasihi sekalian,Agenda majlis diteruskan lagi dengan dua persembahan khas yang bakal menghangatkan lagi suasana majlis kita pada pagi ini.Untuk makluman sidang hadirin persembahan yang bakal kita saksikan sebentar lagi ialah persembahan pasukan sorak bagi Rumah Sukan (1) Rentap dan Temenggong JugahAyuh! Sama-sama kita saksikan.
Cue: Setelah selesai persembahan.Begitulah tadi persembahan yang sungguh menarik daripada pasukan sorak Rumah Sukan Rentap yang diketuai oleh Clarice Veron SaniDan pasukan sorak rumah Temengong yang diketuai oleh ______________________
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang cukup bersemangat itu tadi.Hadirin sekalian,
Seterusnya dijemput Yang Dihormati Encik Michael Belekum Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Tun Abdul Razak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Olahraga Tahunan Ke 12 bagi menjemput dan mengiringi yang Berusaha Puan Hamsiah Binti Abdullah Masni, Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Buat julung - julung kalinya IPG Kampus Tun Abdul Razak mewujudkan acara jemputan khas iaitu
4 x 100 meter yang disertai oleh kuartet terbaik dari setiap Institut Pengajian Tinggi sekitar kawasan Kota Samarahan dan Kuching yang bertujuan untuk mengeratkan ukhwah silaturrahim dan persaingan yang sihat sesama Institusi Pendidikan. Tempat ketiga bagi acara 4 x 100 meter untuk kategori wanita telah dirangkul oleh kuartet
Tempat kedua telah disandang oleh kuartet dari
______________________________________
Manakala Johan bagi acara jemputan 4 x 100 meter telah Berjaya disandang oleh kuartet
Bagi kategori Lelaki pula tempat ketiga telah berjaya disandang oleh kuartet
Manakala tempat kedua telah dimenangi oleh
dan Johan bagi acara jemputan 4 x 100 meter kategori lelaki telah Berjaya dirangkul oleh
Tahniah kepada semua pemenang. Diharapkan talian ukhwah silaturrahim antara Institusi Pendidikan terus dapat disuburkan melalui acara jemputan sukan seperti ini.
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah bagi acara tradisi Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Tun Abdul Razak iaitu acara tarik tali antara 4 buah rumah sukan yang bertanding.
Tempat ketiga telah dimenangi oleh Rumah SukanTempat Kedua dirangkul oleh Rumah Sukan
Tempat Pertama Acara Tarik Tali Bagi kategori wanita telah dimenangi oleh
Seterusnya pula ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara tarik tali kategori lelaki.Tempat ketiga telah disandang oleh Rumah Sukan
Naib Johan jatuh kepada Rumah Sukan
Dan Johan bagi acara tarik tali kategori lelaki telah dimenangi oleh Rumah Sukan
Untuk makluman sidang hadirin,
Bagi acara tarik tali kategori staf, Tempat Kedua telah dimenangi oleh
Dan Juara bagi ketegori ini telah jatuh kepada
______________________________________
Untuk makluman sidang hadirin, Jawatankuasa Pengelola telah menganjurkan pertandingan mencipta logo kejohanan dan telah menerima penyertaan yang amat menggalakkan. Kini diumumkan pemenang bagi pertandingan mencipta logo Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Tun Abdul Razak telah Berjaya dimenangi oleh Saudara Mohd Syakur Hakim Bin Fauzi dari kumpulan PISMP Sains Ambilan Januari 2011.
Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada para pemenang.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Cue: Setelah selesai penyampaian hadiah.Sidang hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi persembahan seni mempertahankan diri iaitu seni silat yang dianggotai oleh kumpulan PPISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Jun 2011. Tanpa melengahkan masa sama sama kita saksikan.
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang penuh bersemangat itu tadi.
Seterusnya, tibalah kita ke agenda yang ditunggu tunggu. Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Puan Siti Rohayu Binti Wahet, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Samarahan merangkap wakil Ahli Dewan Undangan Negeri N.15 Muara Tuang bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang untuk Kejohanan Olahraga Tahunan peringkat IPG Kampus Tun Abdul Razak pada kali ini.
Majlis dengan segala hormat dan takzimnya mempersilakan.
Kini, merupakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara perbarisan lintas hormat Rumah Sukan dan Unit Beruniform.
Tempat Ketiga, bagi badan beruniform dengan mengumpul markah sebanyak ____________
Telah dimenangi oleh
Naib Johan, yang mendapat markah sebanyak
_________________ telah disandang oleh
Johan bagi kategori lintas hormat Unit Beruniform IPG Kampus Tun Abdul Razak dengan markah sebanyak ________________telah diungguli dan dimenangi oleh
Seterusnya pula penyampaian hadiah bagi lintas hormat untuk rumah rumah sukan
Menyandang tempat ketiga dengan markah sebanyak _______________ jatuh kepada
Naib Johan dengan markah sebanyak ________
Telah dimenangi oleh
______________________________________
Johan, bagi acara lintas hormat rumah sukan yang mengumpul markah sebanyak _________
telah menjadi milik
Tahniah kepada pemenang dan bagi yang tidak Berjaya, cuba lagi pada kejohanan yang akan datang.
Kini tibalah saat yang dinanti nantikan iaitu pengumuman secara rasmi Olahragawan dan Olahragawati IPG Kampus Tun Abdul Razak dan juga Juara Keseluruhan bagi Kejohanan Olahraga Tahunan bagi edisi ke 12.
Kelayakan untuk dianugerahkan gelaran Olahragawan dan Olahragawati adalah mengikut kriteria kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak pengelola dan Jawatankuasa Induk Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 12 dan mengikut unjuran daripada Majlis Sukan Negara. Bagi Olahragawan beliau telah Berjaya mendapat _____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
Tanpa melengahkan masa lagi, Anugerah Olahragawan pada edisi kali ini menjadi milikMohamad Abidin Bin Sipek dari Rumah Temenggong Jugah.
Seterusnya adalah penyampaian hadiah bagi Olahragawati. Setelah perbincangan antara ahli jawatankuasa pengelola bersama Majlis Sukan Negeri Sarawak Buat pertama kali dalam sejarah penganjuran sukan IPG kampus Tun Abdul Razak, Olahragawati telah menjadi milik bersama dua orang atlet. Bagi olahragawati yang pertama beliau telah Berjaya mendapat
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
Dengan ini majlis mengumumkan, Olahragawati Pertama menjadi milik Nur Syakilla Binti Mat Duru dari Rumah Sharif Masahor.
Seterusnya, Olahragwati yang kedua, beliau telah Berjaya mendapat
______________________________________
______________________________________
______________________________________
Beliau yang dimaksudkan itu adalah
Saudari Lim Teng Leng juga dari Rumah Sharif Masahor.
Tahniah kepada ketiga - tiga olahragawan dan olahragawati yang telah mengharumkan nama Institut dalam penglibatan sukan.
Saat yang ditunggu kini tiba, majlis akan mengumumkan kedudukan Rumah Sukan bagi Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke 12 Peringkat IPG Kampus Tun Abdul Razak.Diminta semua kapten rumah sukan bersedia.
Tempat keempat, menjadi milik
Tempat Ketiga pula telah disandang oleh
______________________________________
Kini, majlis akan mengumumkan Juara Keseluruhan terlebih dahulu seterusnya nama rumah yang tidak disebut merupakan Naib Juara.
Dengan jumlah emas yang terkumpul adalah sebanyak ________, pingat perak ________ dan pingat gangsa sebanyak _________.
Maka dengan ini diumumkan Juara Keseluruhan Kejohanan Olahraga Tahunan Edisi Ke 12 menjadi milik Rumah Sukan
_____________________________________
Kini dijemput dahulu Rumah Sukan
_____________________________________
Selaku Naib Juara bagi menerima hadiah di pentas utama, dipersilakan.
Dan kini dijemput Juara Keseluruhan Rumah Sukan ____________________ untuk menerima hadiah. Majlis mempersilakan.
Tahniah kami ucapkan atas pencapaian dan kejayaan yang telah dikecapi.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha atas kesudian menyampaikan hadiah itu sebentar tadi.
Hadirin hadirat sekalian,
Majlis kita diteruskan lagi dengan 2 buah persembahan daripada pasukan sorak Rumah Sukan dalam Kejohanan Olahraga Tahunan Edisi ke 12. Mari kita sama-sama saksikan.
Cue: Setelah selesai persembahan.Terima kasih atas persembahan itu tadi yang terdiri daripada Rumah Sukan Sharif Masahor dan Rumah Sukan Rosli Dhobi.
ATURCARATEKS SAPAANCATATAN
Ucapan Pengarah Cue: setelah Pengarah bersedia.Sidang hadirin hadirat yang dihormati sekalian,Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Puan Hamsiah binti Abdullah Masni, Pengarah Institut Perguruan Tun Abdul Razak merangkap Penaung Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-12 untuk menyampaikan ucapan alu aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Cue: setelah ucapan selasai.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atasucapan Bonda Pengarah itu tadi.
ATURCARATEKS SAPAANCATATAN
Ucapan VVIP Cue: setelah VVIP BersediaHadirin dan hadirat sekalian,
Bicara kata disusun rapi,
Pelengkap acara ucapan dipatri,
Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha Puan Siti Rohayu Binti Wahet, bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-12 Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.Majlis dengan segala hormat dan penuh takzimnya mempersilakan. Cue: setelah ucapan selesai.Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.
Majlis mempersilakan Yang Berusaha Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak untuk menjemput dan mengiringi Puan Siti Rohayu Binti Wahet untuk upacara menggunting riben dan menandatangi kain rentang sebagai tanda penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 12 pada tahun ini.
ATURCARATEKS SAPAAN
CATATAN
Upacara Turun Bendera Cue: setelah KRS BersediaHadirin yang dihormati, Sebagai simbolik berakhirnya Penganjuran Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke 12 Peringkat IPG Kampus Tun Abdul Razak di bawah kelolaan Guru Pelatih Ambilan Januari 2010, sama sama kita saksikan upacara penurunan bendera Kejohanan oleh Pasukan Kadet Remaja Sekolah IPG Kampus Tun Abdul Razak dan seterusnya akan diserahkan kepada Yang Berusaha Pengarah, Puan Hamsiah Binti Abdullah Masni sebagai tanda secara rasmi berakhirnya Kejohanan Olahraga Tahunan kali ini.Untuk itu, bagi menyempurnakan upacara ini, Majlis dengan segala hormat dan takzimnya mempersilakan Puan Siti Rohayu Binti Wahet untuk menerima bendera kejohanan dan seterusnya menyerahkan kepada Puan Hamsiah Binti Abdullah Masni, Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak, selaku Tuan Rumah Kejohanan pada tahun ini.
Dengan berakhirnya penyerahan bendera kejohanan itu tadi maka secara rasmi telah berakhirlah Kejohanan Olahraga Tahunan Edisi kali ke 12.Sebagai tanda kenang kenangan dan penghargaan, Majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Hamsiah Binti Abdullah Masni untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha Puan Siti Rohayu Binti Wahet merangkap wakil Ahli Dewan Undangan Negeri N.15 Muara Tuang atas kesudian hadir ke majlis pada hari ini.
Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian hadiah cenderamata itu sebentar tadi.
ATURCARATEKS SAPAANCATATAN
Nyanyian Lagu Kejohanan dan Ibu Pertiwiku Cue: setelah audia dan multimedia bersedia.Hadirin yang dihormati sekalian,Bagi menutup Majlis pada hari ini, dijemput sidang hadirin untuk sama sama bagi menyanyikan lagu Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Tun Abdul Razak dan Ibu Pertiwiku.Majlis mempersilakan.
ATURCARATEKS SAPAANCATATAN
Majlis Tamat/ Bersurai. Cue: setelah audio dan multimedia bersedia.
Asalnya sembilu dari buluh,
Jika dianyam jadikan tampian,
Kami menyusun jari sepuluh,
Salah dan silap
Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Puan Hamsiah binti Abdullah Masni bagi mengiringi Yang Berhormat Dato Mohamad Ali bin Mahmud bagi meninggalkan majlis dan menikmati jamuan di Bilik Teratai. Dif dif jemputan dan Pensyarah di jemput mengiringi bersama.Sesungguhnya, semua yang baik datangnya dari Allah S.W.T, dan kelemahan itu datang daripada diri kami sendiri. Semoga berjumpa lagi pada lain ketika.sekian,Wabilahitaufikwalhidayahws..
MAJLIS TAMAT
PAGE 1
Recommended