View
8
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya adalah
memadaidari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN
TARIKH : 25 JUN 2012
KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP KONSEP PERSAMAAN KIMIA
DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT
NARUL AKMAL BINTI MOHAMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
Memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2012
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : NARUL AKMAL BINTI MOHAMAD
Tarikh : 25 JUN 2012
DEDIKASI
Teristimewa buat:
Ayahda dan Bonda tersayang ,
Mohamad bin Jusoh
&
Azizah binti Yusof
Terima kasih atas segala pengorbanan dan didikanmu
Adik-beradik yang disayangi,
Serta rakan yang sentiasa di sampingku memberi dorongan
Terima kasih atas segalanya
Dan buat para pensyarah yang dihormati dan dikasihi,
Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang dihulurkan tanpa
mengenal erti jemu
PENGHARGAAN
Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini sama
ada secara langsung ataupun tidak langsung. Disini penyelidik ingin mengambil
kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat penyelia projek PM
Aziz bin Nordin atas segala bimbingan, tunjuk ajar serta dorongan yang telah diberikan
selama ini.
Selain itu, sekalung budi kepada Pn Zuraida serta pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Tun Mamat di atas kerjasama yang diberikan dalam menjalankan kajian di
sekolah tersebut. Di samping itu terima kasih juga kepada para pelajar yang juga
memberi kerjasama menjawab soalan soal selidik yang telah disediakan.
Tidak dilupakan sama sekali kepada ahli-ahli keluarga tersayang serta sahabat-
sahabat yang dikasihi yang telah sama-sama membantu memberi dorongan, semangat
serta motivasi. dalam menjayakan projek ini. Jutaan terima kasih buat kalian semua.
Sesungguhnya jasa serta pengorbanan kalian semua amatlah dihargai kerana
tanpa dorongan serta bantuan dari pihak-pihak yang dinyatakan di atas, sudah tentu
projek ini tidak dapat dilengkapkan dalam masa yang ditetapkan. Justeru, sekali lagi
jutaan terima kasih buat semua.
ABSTRAK
Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahaman
pelajar terhadap konsep persamaan kimia dalam kalangan pelajar tingkatan empat.
Antara aspek yang dikaji adalah kefahaman pelajar terhadap konsep persamaan kimia
yang melibatkan konsep asas kimia dalam persaman kimia, konsep persamaan kimia
yang melibatkan proses menimbangkannya, dan juga yang melibatkan penukaran
perkataan kepada simbol. Turut dikaji juga dalam kajian ini adalah masalah-masalah
yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami konsep ini. Seramai 117 orang pelajar
tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat telah terlibat dalam
menjawab soalan soal selidik dalam kajian ini. Dapatan kajian telah dianalisis secara
manual juga dengan menggunakan perisisan SPSS. Berdasarkan dapatan kajian, ianya
menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep ini masih lagi majoritinya di
tahap yang rendah. Daripada hasil kajian yang diperoleh, beberapa cadangan telah
dikemukakan untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep ini serta
cadangan untuk kajian lanjutan yang akan datang.
ABSTRACT
This research was conducted to determine the students’ understanding toward chemical
equation concepts among form four students. Aspects studied are the level of
understanding toward chemical equation that involves basic concepts of chemical
equation, balancing chemical equation, and also to change the chemical equation
sentence form to chemical symbols. This research also studied the problems that faced
by the students to understand this concepts. This study involved 117 form four students
at Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat. The data was analyzed manually and
also using SPSS software. The results showed that majority of the students’
understanding level are still at low level. From the result, several suggestions are
provided to enhance students’ understanding toward chemical equation and also for
further research.
KANDUNGAN
BAB PERKARA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGAKUAN PENYELIA ii
HALAMAN JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix-xv
SENARAI JADUAL xvi
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI SINGKATAN xviii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1-2
1.2 Latar belakang masalah 3-4
1.3 Pernyataan masalah 5-6
1.4 Objektif kajian 6
1.5 Persoalan kajian 7
1.6 Kepentingan kajian 8
1.7 Skop kajian 9
1.8 Batasan kajian 9
1.9 Definisi operasi 10
1.9.1 Kefahaman 10
1.9.2 Konsep 10
1.9.3 Persamaan kimia 11
1.9.4 Formula kimia 11
1.10 Penutup 11
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 12-13
2.2 Konsep asas kimia 13
2.2.1 Konsep mol 14
2.2.2 Unsur, Molekul dan rumus kimia 14-16
LAMPIRAN (JADUAL 2.1 &2.2) 17-19
2.3 Membentuk persamaan kimia 19-20
yang seimbang
2.3.1 Langkah membina 20-21
persamaan kimia yang
seimbang
2.3.2 Perbezaan subskrip dan pekali 21
2.4 Kajian tentang persamaan kimia 22-23
2.5 Kajian Luar Negara tentang kimia 23-25
2.6 Masalah dalam memahami konsep 25-26
persamaan kimia
2.7 Penutup 27
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 28
3.2 Reka bentuk kajian 29
3.3 Tempat kajian 29
3.4 Populasi dan sampel kajian 30
3.5 Instrumen kajian 30-31
3.6 Jangka masa kajian 32
3.7 Prosedur kajian 32-33
3.8 Kajian rintis 33
3.9 Analisis data 34
3.10 Penutup 34
BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 35
4.2 Latar belakang responden 36-39
4.3 Tahap kefahaman pelajar 39-41
terhadap konsep persamaan kimia
4.3.1 Penguasaan konsep 41-49
persamaan kimia mengikut
susunan aspek item
4.4 Salah konsep pelajar terhadap 50-51
konsep persamaan kimia
4.5 Masalah dalam mempelajari 52-56
konsep persamaan kimia
4.6 Penutup 57
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 58
5.2 Perbincangan 59
5.2.1 Tahap kefahaman pelajar 59
terhadap konsep persamaan kimia
5.2.1.1 Kefahaman pelajar terhadap 59-61
konsep persamaan kimia yang
melibatkan konsep-konsep asas
5.2.1.2 Kefahaman pelajar terhadap 61
konsep persamaan kimia yang
melibatkan proses mengimbangkan
5.2.1.3 Kefahaman pelajar terhadap konsep 62
persamaan kimia yang melibatkan
penukaran perkataan kepada simbol kimia
5.2.1.4 Salah konsep pelajar tehadap konsep 63
persamaan kimia
5.2.1.5 Masalah-masalah yang dihadapi pelajar 64
dalam mempelajari konsep persamaan kimia.
5.3 Rumusan 65
5.4 Implikasi kajian 66
5.5 Cadangan kajian lanjutan 67
5.6 Penutup 68
RUJUKAN
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Nama-nama dan lambang unsur 17-18
2.2 Contoh molekul dan rumus molekul 19
4.1 Maklumat latar belakang pelajar 37
4.2 Tahap kefahaman pelajar terhadap konsep persamaa kimia 40
4.3 Skor markah yang diperoleh bagi item 1 42
4.4 Skor markah yang diperoleh bagi item 2 43
4.5 Skor markah yang diperoleh bagi item 3 44
4.6 Skor markah yang diperoleh bagi item 4 dan 5 45
4.7 Skor markah yang diperoleh bagi item 6 46
4.8 Skor markah yang diperoleh bagi item 7 47
4.9 Skor markah yang diperoleh bagi item 8 48
4.10 Salah konsep dalam formula bahan tindak balas 50
4.11 Salah konsep dalam penukaran ayat kepada simbol kimia. 50
4.12 Salah konsep dalam menyeimbangkan persamaan kimia 51
4.13 Taburan kekerapan dan peratusan terhadap masalah yang 53-54
dihadapi pelajar
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Peratusan pelajar mengikut gred 38
4.1 Peratusan pelajar mengikut tahap kefahaman 40
dalam konsep persamaan kimia
SENARAI SINGKATAN
EPRD - Bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan
KBSM - Kurikulum bersepadu sekolah menengah
SPSS - Statistical Package for the Social Sciences
KBSR - Kurikulum bersepadu sekolah rendah
PSM - Projek sarjana muda
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sains merupakan suatu bidang yang wujud merangkumi ilmu
pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai-nilai murni. Kimia pula adalah
salah satu cabang bidang sains yang mengkaji bahan yang terdapat dalam alam
semesta, ciri-ciri bahan serta perubahan yang berlaku terhadap bahan-bahan tersebut
apabila saling berinteraksi antara satu sama lain (Low See Neo et al., 2005). Di
sekolah menengah, Kimia merupakan satu subjek wajib bagi pelajar yang
mengambil aliran sains tulen. Hal ini kerana, banyak kerjaya yang berkaitan dengan
bidang sains memerlukan individu yang mempunyai pengetahuan kimia sebagai
asasnya. Sebagai contoh, kerja-kerja di makmal, bahagian industri makanan, industri
cat, industri rawatan air dan sebagainya (Low See Neo et al., 2005).
Menurut Falsafah Pendidikan Sains Negara:
“pendidikan di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi
tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tegas dan
berdaya saing serta dapat menguasaiilmu sains da berketrampilan teknologi”
Di sini kita dapat lihat bahawa petikan di atas memberi gambaran
terhadap generasi masa hadapan yang perlu melengkapkan diri dengan ilmu sains
dan mempunyai kemahiran dalam mengendalikan teknologi. Ini sejajar dengan
hasrat kerajaan yang ingin mencapai kemajuan sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Bagi merealisasikan hasrat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
menggubal kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) untuk pelajar sekolah
rendah dan kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM) untuk pelajar sekolah
menengah yang lebih menfokuskan kepada sains dan teknologi.
Untuk melahirkan individu yang celik sains dan mampu berfikiran kreatif
dan kritis dengan mengaplikasikan ilmu sains dalam kehidupan harian, pelbagai
aspek perlu diambil kira antaranya masalah yang wujud dalam pembelajaran sains,
peranan pendidik dan cara individu belajar bagi memastikan objektif pendidikan
Negara dapat dicapai.
1.2 Latar belakang masalah
Kimia merupakan satu mata pelajaran yang sukar dikuasai kerana ia
mengandungi banyak konsep yang abstrak yang bukan menjadi kebiasaan pelajar.
Konsep ini juga amat sukar diterangkan kerana pelajar tidak mendapat gambaran
sebenar melalui mata kasar contohnya konsep susunan atom di dalam tiga keadaan
jirim. Seperti yang kita tahu susunan atom di dalam pepejal lebih teratur, di dalam
cecair pula atom tidak tersusun dengan teratur manakala dalam keadaan gas susunan
atom adalah lebih rawak. Namun ini adalah dilihat secara teori dan tiada dapat
dibuktikan dengan mata kasar.
Menurut Mary B. Nakhleh kesukaran memahami konsep kimia
menyebabkan pelajar tidak berminat mempelajari kimia dan menjadikan kimia
sebagai mata pelajaran yang sukar dan membosankan (Nakhleh, 1992). Guru sebagai
penyampai ilmu perlu mencari jalan terbaik untuk menyampaikan konsep ini dengan
menggunakan contoh yang sesuai. Dalam persamaan kimia misalnya perlu
mengingatkan pelajar bahawa bilangan atom reaktan sama dengan bilang atom hasil
untuk menghasilkan persamaan yang seimbang.
Konsep boleh ditakrifkan sebagai idea, proses fenomena atau gagasan
yang mempunyai ciri sepunya (Abu Hassan, 2001). Dalam mata pelajaran kimia
konsep persamaan kimia merupakan salah satu konsep asas dalam pemahaman
konsep kimia yang lain iaitu konsep mol, formula kimia, pembentukan kation dan
anion, pertukaran ayat kepada simbol dan hasil tindak balas. Namun terdapat pelajar
yang lemah dalam pemahaman konsep ini malah ada juga yang salah konsep.
Terdapat tiga aras dalam pemahaman konsep kimia iaitu aras
mikroskopik, aras makroskopik dan aras persimbolan (Treagust & Chittleborough,
2001). Penguasaan ketiga-tiga aras pengkonsepan ini dapat membantu pelajar
menguasai sesuatu konsep. aras makroskopik merupakan dilihat, dihidu atau
disentuh. Di dalam konsep persamaan kimia aras ini merujuk kepada reaktan dan
hasil tindak balas. Manakala aras mikroskopik tidak dapat dilihat seprti pergerakan
atom atau molekul dan juga bilangan atom yang terlibat dalam tindak balas kimia
yang membentuk persamaan kimia walau bagaimanapun bilangan atom yang terlibat
ini dapat dikira melalui perkadaran dan aras persimbolan merujuk kepada suatu
simbol sebagai representasi pengetahuan contohnya setiap unsur kimia dapat ditulis
dalam bentuk simbol.
Konsep mol, pengoksidaan dan penurunan, ikatan kimia dan tindak balas
kimia merupakan topik yang sukar (Hackling & Garnett, 2003). Kesemua topik inilah
yang membentuk persamaan kimia di mana pelajar perlu mahir dalam konsep mol
dan perlu memahami sesuatu tindak balas kimia. Tindak balas kimia transfomasi
sesuatu bahan melalui tindak balas dengan bahan yang lain dan membentuk hasil
tindak balas iaitu suatu bahan yang baru. Bilangan dan spesis atom yang terlibat
dalam tindak balas tidak berubah. Contohnya dalam tindak balas pembakaran:
CH4 + 2O2 CO2 + 2H2O
Tindak balas ini dapat dilihat dengan jelas apabila dipersembahkan secara
simbolik iaitu dalam bentuk pesamaan kimia. Persamaan kimia ini dapat
memudahkan sesuatu tindak balas di mana ia menunjukkan jumlah bahan reaktan dan
hasil tindak balas mestilah sama seperti persamaan di atas. Oleh sebab itu persamaan
kimia perlulah seimbang.
1.3 Pernyataan masalah
Kajian yang dijalankan ini cuba menfokuskan tentang tahap kefahaman
pelajar terhadap kosep persamaan kimia. Ramai pelajar didapati tidak dapat
menguasai konsep ini. Kesukaran dalam matematik menjadi faktor pelajar tidak dapat
menguasai konsep ini di mana kemahiran matematik diperlukan untuk mengimbangi
persamaan kimia dalam sesuatu tindak balas. Ketakutan dalam mempelajari
matematik selalunya akan berpindah kepada kimia, dimana dalam konsep kimia juga
melibatkan pengiraan (Hackling & Garnet, 2003).
Masalah kesukaran menguasai konsep ini juga berpunca daripada pelajar
tidak dapat menguasai konsep-kopsep lain yang membentuk persamaan kimia
contohnya pelajar sukar mengingati simbol-simbol kimia. Terdapat juga pelajar yang
tidak tahu nama unsur-unsur. Ini lebih menyulitkan untuk membentuk persamaan
kerana selain dari mengenali unsur-unsur kimia pelajar perlu mengetahui kewujudan
kation dan anion dan bagaimana ion-ion ini terbentuk.
Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan ramai pelajar tidak dapat
membentuk persamaan kimia yang baik. Antara kesalahan yang biasa dilakukan oleh
pelajar adalah tidak mengetahui hasil tindak balas. Pelajar juga tidak menulis
persamaan kimia yang seimbang yang mewakili susunan atom (Nakhleh, 1992).
Pelajar perlu memahami tindak balas balas kimia untuk memudahkan pelajar
membentuk persamaan kimia.
Setiap pelajar mempunyai cara tersendiri dalam mempelajari sesuatu
konsep. Namun, tidak semua cara yang digunakan dapat membantu individu
menguasainya malah jika tersalah cara pelajar boleh tersalah konsep. Menurut
Krajcik, cara penyampaian guru juga menjadi faktor pelajar dapat memahami sesuatu
konsep (Krajcik, 2001). Contohnya dalam konsep persamaan kimia guru perlu
menerangkan perbezaan antara number subskrip dan dan bilangan atom dalam
Sesuatu tindak balas bagi mengelakkan salah konsep.
1.4 Objektif kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman
pelajar terhadap konsep persamaan kimia. Antara objektifnya adalah:
1. Mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap konsep persamaan yang
melibatkan konsep asas kimia dalam tindak balas kimia.
2. Mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap konsep persamaan kimia yang
melibatkan proses mengimbangkannya.
3. Mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap konsep persamaan kimia yang
melibatkan penukaran perkataan kepada simbol.
4. Mengenal pasti masalah-masalah yang timbul dalam memahami konsep
persamaan kimia.
1.5 Persoalan kajian
Bagi memenuhi objektif kajian ini, persoalan kajian yang ingin
dikemukakan adalah seperti berikut:
1. Apakah kefahaman pelajar terhadap konsep persamaan yang melibatkan konsep
asas kimia?
2. Apakah kefahaman pelajar terhadap konsep persamaan kimia yang melibatkan
proses mengimbangkannya?
3. Apakah kefahaman pelajar terhadap konsep persamaan kimia yang melibatkan
penukaran perkataan kepada simbol?
4. Apakah masalah-masalah yang timbul dalam memahami konsep persamaan
kimia?
Recommended