View
222
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
BERTAJUK PERGERAKAN DAN SOKONGAN PADA MANUSIA
BAGI MATAPELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN LIMA
NUR SAJIDAH BINTI OSMAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
ii
iii
DEDIKASIDEDIKASIDEDIKASIDEDIKASI
Segala puji bagi ALLAH S.W.T yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...Segala puji bagi ALLAH S.W.T yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...Segala puji bagi ALLAH S.W.T yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...Segala puji bagi ALLAH S.W.T yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Khas buat mak dan abah tersayang...Khas buat mak dan abah tersayang...Khas buat mak dan abah tersayang...Khas buat mak dan abah tersayang...
TTTTerima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayangmu...erima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayangmu...erima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayangmu...erima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayangmu...
Demi untuk melihat kejayaan dan kebahagiaan hidupku...Demi untuk melihat kejayaan dan kebahagiaan hidupku...Demi untuk melihat kejayaan dan kebahagiaan hidupku...Demi untuk melihat kejayaan dan kebahagiaan hidupku...
Buat adindaku Angah dan Adik,...Buat adindaku Angah dan Adik,...Buat adindaku Angah dan Adik,...Buat adindaku Angah dan Adik,...
Dorongan dan harapan kalian untuk melihat kejayaanku tidak akan aku lupakan,Dorongan dan harapan kalian untuk melihat kejayaanku tidak akan aku lupakan,Dorongan dan harapan kalian untuk melihat kejayaanku tidak akan aku lupakan,Dorongan dan harapan kalian untuk melihat kejayaanku tidak akan aku lupakan,
Semoga kalian akan mengikut jSemoga kalian akan mengikut jSemoga kalian akan mengikut jSemoga kalian akan mengikut jejak langkahku...ejak langkahku...ejak langkahku...ejak langkahku...
Untuk meniti tangga ke puncak menara gading...Untuk meniti tangga ke puncak menara gading...Untuk meniti tangga ke puncak menara gading...Untuk meniti tangga ke puncak menara gading...
Buat temanBuat temanBuat temanBuat teman----teman seperjuangan...teman seperjuangan...teman seperjuangan...teman seperjuangan...
Kenakalan dan keikhlasan kalian...,Kenakalan dan keikhlasan kalian...,Kenakalan dan keikhlasan kalian...,Kenakalan dan keikhlasan kalian...,
mewarnai hidupku dengan kebahagiaan dan keceriaan...mewarnai hidupku dengan kebahagiaan dan keceriaan...mewarnai hidupku dengan kebahagiaan dan keceriaan...mewarnai hidupku dengan kebahagiaan dan keceriaan...
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan terutama sekali buat Tuan Haji.Muslim Bin Jonid di
atas segala tunjuk ajar, bimbingan, nasihat dan dorongan yang sentiasa diberikan
sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.
Tidak lupa juga buat P.M.Dr. Arba’at Bin Hassan selaku pensyarah pembimbing
kedua yang juga banyak membantu dalam menyiapkan projek ini.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada En.Mohd.Noor Bin Marwan dari S.M.K
Sri Perhentian dan Pn.Molilitta Bt.Mian dari S.M.K Dato’ Mohd.Yunos Sulaiman kerana
sudi untuk memberi kerjasama dalam menyempurnakan projek ini.
Akhir sekali, buat kesemua orang perseorangan yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Penghargaan juga ditujukan
buat para penilai yang terlibat. Tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan yang
banyak memberi dorongan dan sokongan dan sama-sama memberi panduan sepanjang
projek ini dilaksanakan. Jasa kalian tetap dikenang.
v
ABSTRAK
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi memberi satu impak yang
mendalam terhadap amalan pengajaran guru terutamanya penggunaan media pengajaran
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hasil perkembangan ini memberi
ruang kepada guru untuk menggunakan sepenuhnya potensi yang ada pada sesuatu media
pengajaran dengan lebih berkesan. Kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan
sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia
menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario pembelajaran
yang lebih menyeronokkan. Menurut Dick W & Reiser, R.A (1989), arahan yang
berkesan ialah arahan yang membolehkan pelajar mempelajari kemahiran , pengetahuan
dan sikap yang spesifik. Arahan yang berkesan juga akan menimbulkan keseronokan
kepada pelajar. Oleh itu, media yang digunakan perlulah mempunyai rangsangan yang
pelbagai dan mengintegrasikan kelima-lima elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio,
video dan animasi. Selain bertujuan untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan,
perisian modul ini juga berfungsi untuk menarik minat pelajar, mengekalkan minat dan
motivasi serta menggalakkan pelajar melibatkan diri secara lebih aktif dalam proses
pembelajaran. Isi kandungan bagi perisian modul ini juga adalah bersifat tempatan dan
selaras dengan sukatan pelajaran terkini. Integrasi pelbagai perisian seperti Power Point
Office XP, Ulead Gif Animator, Sonic Foundry Sound Forge, Ulead Cool 3D dan
beberapa perisian lain, maka terhasilah perisian modul ini.
vi
ABSTRACT
The development of information, communication and technology has given a
deep impact towards the teaching practice especially in the usage of teaching media in
teaching and learning process. This development has given a space for teachers to use all
the potential of teaching media in effective way. The characteristic and ability of this
media to impart the information in the swift, accurate and attractive way which can
stimulate the learning scenario to be more effective and enjoyable. According to W &
Reiser, R.A (1989), effective instruction is instruction that enables students to acquire
specified skills, knowledge, and attitudes. Effective instruction is also an instruction
which will makes students enjoy their learning. Therefore, the media must have a various
interactive approach and integrate all five elements in multimedia either text, graphic,
audio, video or animation. Besides the goals to create an effective learning. Hopefully,
with the production of this modules software, it can attract and gain students interest and
motivation during the lessons. This production of modules software is basically based on
local content and features. This modules software was developed by several authoring
tools like Power Point Office XP, Ulead Gif Animator, Sonic Foundry Sound Forge,
Ulead Cool 3D and other software.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Kepentingan Projek 7
1.6 Skop Projek 7
viii
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 8
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Definisi Perisian Modul
Alat Bantu Mengajar (ABM) 11
2.3 Definisi Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK) 12
2.4 Aplikasi Multimedia Dalam Pendidikan 13
2.5 Ciri – ciri Kesesuaian
Penggunaan Multimedia 14
2.6 Perbandingan Antara Perisian
Modul ABM dan PBK 15
2.7 Ciri-ciri Perisian Modul ABM Yang Baik 17
2.8 Kepentingan Perisian Modul ABM 19
2.9 Kelebihan-kelebihan Perisian Modul ABM 22
2.10 Kelemahan-kelemahan Perisian Modul ABM 24
2.11 Aspek Pedagogi Dalam Perisian Modul ABM 25
2.12 Teori Pembelajaran 27
2.12.1 Teori Tingkah Laku (Behaviorisme) 28
2.12.2 Teori Kognitivisme 29
2.12.3 Teori Konstruktivisme 30
2.13 e-Book ( Electronic Book ) 31
2.13.1 Perbandingan Antara Modul
Alat Bantu Mengajar Dengan e-Book 32
BAB III REKA BENTUK PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Prosedur Pembinaan Perisian 33
ix
3.3 Penentuan Tajuk dan Skop 34
3.3.1 Objektif Pengajaran 35
3.4 Pemilihan Perisian Pembangunan 36
3.4.1 Pemilihan Perisian Multimedia 37
3.5 Spesifikasi Perkakasan 39
3.5.1 Spesifikasi Perkakasan
Minimum Pengguna 39
3.6 Pembangunan Perisian 40
3.7 Carta Alir Perisian 41
BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 48
4.2 Struktur Asas Perisian 48
4.2.1 Paparan Tajuk 49
4.2.2 Paparan Menu Utama 49
4.2.3 Paparan Topik 50
4.2.4 Paparan Analogi 52
4.2.5 Paparan Penilaian 52
4.2.6 Paparan Sudut Pengkayaan 54
4.2.7 Kemudahan Laman Web 54
4.2.8 Paparan Glosari 55
4.2.9 Paparan Bantuan 56
4.3 Pempakejan Perisian 56
4.4 Cara Menggunakan Perisian 57
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 58
5.2 Perbincangan 58
5.2.1 Kekurangan Kepakaran 59
x
5.2.2 Kekurangan Masa 59
5.2.3 Kos Yang Tinggi 60
5.3 Kekuatan Dan Kelemahan Perisian 60
5.3.1 Kekuatan Perisian 60
5.3.2 Kelemahan Perisian 62
5.4 Kesimpulan 62
5.5 Cadangan 63
RUJUKAN 65
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 2.1 Perbandingan Antara Perisian Modul ABM 15
Dan PBK
Jadual 2.2 Perbandingan Antara Modul ABM Dengan 32
e-Book
xii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 2.1 Proses Komunikasi 27
(Ubahsuai Daripada Model Shannon & Weaver )
Serta Kaitannya Dengan Interaksi
Guru-Pelajar Di Bilik Darjah
Rajah 3.1 Prosedur Pembinaan Perisian 34
Rajah 3.2 Carta Alir Umum Perisian 42
Rajah 3.3 Carta Alir Terperinci Sistem Rangka Manusia 43
Rajah 3.4 Carta Alir Terperinci Rangka Paksi 44
Rajah 3.5 Carta Alir Terperinci Rangka Apendaj 45
Rajah 3.6 Carta Alir Terperinci Subtopik Tengkorak 46
Rajah 3.7 Carta Alir Terperinci Subtopik Lengkung Pektoral 47
Rajah 4.1 Paparan Persembahan Tajuk 49
Rajah 4.2 Paparan Menu Utama 50
Rajah 4.3 Paparan Subtopik Sistem Rangka Manusia 51
Rajah 4.4 Paparan Subtopik Rangka Paksi 51
Rajah 4.5 Paparan Analogi 52
Rajah 4.6 Paparan Penilaian Formatif 53
Rajah 4.7 Paparan Penilaian Sumatif 53
Rajah 4.8 Paparan Sudut Pengkayaan 54
Rajah 4.9 Paparan Akses Ke Laman Web 55
Rajah 4.10 Paparan Glosari 55
Rajah 4.11 Paparan Bantuan 56
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penggunaan komputer dalam kehidupan seharian sudah dianggap sebagai suatu
keperluan bagi masyarakat moden masa kini. Komputer kini bukan lagi merupakan
barangan mewah, malah ia merupakan satu alat keperluan dalam kehidupan. Pengaruh
komputer juga semakin meluas dalam pelbagai sektor seperti pentadbiran, kewangan,
perdagangan dan tidak ketinggalan juga pendidikan. Penggunaan komputer dalam
pendidikan merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi
selaras dengan hasrat wawasan 2020.
Kemajuan sains dan teknologi telah membuka satu era baru dalam dunia
pendidikan. Komputer kini telah digunakan sebagai alat untuk membantu dan
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu komputer juga
boleh mengendalikan seluruh proses pengajaran tanpa bantuan guru. Di samping itu,
kemunculan pelbagai alat bantu mengajar yang serba canggih dapat membantu guru
mempelbagaikan kaedah pengajaran serta memberi pendedahan yang meluas dan
berkesan kepada pelajar.
Tidak dinafikan, kaedah pembelajaran masa kini memerlukan khidmat sokongan
secara meluas dan teratur bagi memenuhi keperluan pendidikan yang semakin mencabar.
2
Zaman sindrom buku teks kini sudah berlalu dan pendekatan baru harus diambil bagi
menarik minat pelajar mendalami isi pelajaran yang cuba disampaikan.
Menyedari peri pentingnya peranan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, kerajaan dalam belanjawan 2001 telah berjanji akan menubuhkan
sebanyak 1,262 buah makmal komputer terutamanya di sekolah-sekolah di luar bandar
(Utusan Malaysia, 28 November 2000).
Menurut Tengku Azzman (1998), terdapat tiga sebab utama mengapa komputer
diperlukan dalam pendidikan. Pertama, banyak maklumat yang boleh dicapai daripada
komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kedua, kemampuan mengutip
dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap
oleh komputer. Ketiga, maklumat dan pengetahuan menjadi kunci untuk ikhtiar dalam
kehidupan manusia, terutamanya untuk pelajar itu sendiri.
Dr.Ismail Zain (2002) pula menyatakan bahawa tahun 2002 bukan sahaja
berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama
menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan. Perkembangan
dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penggunaan komputer
dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan.
Menurut Charles B.Klasek (1972), pengajaran guru boleh dianggap teratur
sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya dengan penggunaan bahan
bantu mengajar. Pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan dan berjaya meruntun
fikiran pelajar terhadap pelajaran mereka.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,Datuk Abdul Rafie B.Mahat (2002)
menyatakan bahawa dalam perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT), tidak dinafikan bahawa guru seharusnya mampu meneroka setiap potensi yang
terdapat dalam bidang pendidikan ke arah mewujudkan pembelajaran yang lebih
berkesan dan bermakna.
3
Wan Mohd.Zahid Mohd.Nordin (1992) pula berpendapat kita perlu berkisar dan
berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam melaksanakan tugas-tugas kita yang
lazim, rutin dan bersebab kepada yang bersifat baru iaitu yang inovatif dan imaginatif,
yang tidak bersifat sehala dan lateral.
Menurut Tom Boyle (1997) dalam bukunya yang berjudul Design For
Multimedia Learning, teknologi multimedia boleh digunakan sebagai penyokong kepada
pelbagai jenis penentuan kaedah pembelajaran. Pendidikan adalah sesuatu yang
kompleks dan multimedia merupakan gabungan pelbagai jenis kaedah dan tatacara.
Kebiasaannya, adaptasi gabungan pelbagai jenis kaedah dan tatacara akan menjadikan
suasana pengajaran dan pembelajaran lebih efektif.
Baharuddin Aris (2001) menyatakan multimedia secara umumnya boleh
didefinisikan sebagai satu sistem yang terdiri daripada gabungan pelbagai elemen seperti
teks, grafik, animasi, bunyi dan video.
Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir (2001) pula mendefinisikan multimedia
dari sudut pendidikan sebagai suatu kumpulan sistem komunikasi interaktif yang
dipandu oleh komputer untuk mereka, menyimpan, menghantar dan menapis naskhah
teks, animasi, video dan rangkaian maklumat editan.
Pfaffenberger (1994) pula menyatakan bahawa kaedah penyampaian isi
pengajaran berasaskan komputer dan multimedia lebih menitikberatkan interaktiviti. Ini
adalah sesuatu yang positif di mana pelajar juga turut terlibat sebagai sebahagian
daripada proses pembelajaran.
Komputer di dalam konteks pendidikan seharusnya mengenal pasti keperluan
pelajar, memberi arahan atau pengajaran yang sesuai mengikut peringkat pelajar,
memantau dan melapor kemajuan pelajar, menjadi alat pelajar boleh menganalisis data,
menulis laporan, dan melayari Internet untuk mendapatkan maklumat bagi
meningkatkan pengetahuan mereka dan lain-lain lagi. Memang tidak dapat dinafikan
4
bahawa komputer mampu menyumbang kepada proses pendidikan yang lebih bersepadu
dalam merealisasikan impian yang diuar-uarkan sebagai wacana dalam dasar pendidikan
negara iaitu melahirkan “Pendidikan Bertaraf Dunia”.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam menyahut cabaran Wawasan 2020 iaitu ke arah melahirkan generasi yang
mengamalkan budaya fikir yang kritis, kreatif dan inovatif, pendidikan hari ini di lihat
telah mengalami pelbagai kemajuan dan perubahan. Perubahan ini dapat di lihat dengan
ketara contohnya seperti mana yang dapat kita saksikan dalam aktiviti pembelajaran di
bilik darjah. Kegiatan pembelajaran dalam bilik darjah telah mengalami banyak
pengubahsuaian ke arah yang lebih positif di mana terdapat integrasi teknologi yang
lebih baru dalam bidang pendidikan.
Salah satu matlamat utama penyerapan unsur teknologi multimedia dalam bidang
pendidikan tidak lain tidak bukan adalah bertujuan untuk menjadikan proses pengajaran
lebih menyeronokkan dan bermakna. Apabila sesuatu yang dipelajari itu merupakan
sesuatu yang menyeronokkan, maka ia secara tidak langsung ia akan memberi kesan
kepada diri seseorang individu kerana apa yang dipelajari itu mempunyai nilai untuk
diserap ke dalam diri.
Oleh itu, untuk mewujudkan senario pembelajaran yang lebih menarik dan
berkesan, guru seharusnya lebih kreatif dalam menggabungkan kemahiran-kemahiran
yang berkaitan untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif dan aktif.
Pengintegrasian pelbagai aspek seperti pedagogi, psikologi dan teknologi adalah perlu
dalam merangka satu bentuk pengajaran yang bermatlamat ke arah mewujudkan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Guru pada masa kini juga perlu lebih
bersifat inovatif, imaginatif dan mempunyai pemikiran yang lebih bersifat terbuka dalam
mengharungi arus perubahan dan permodenan sistem pendidikan.
5
Walau bagaimanapun, tanggungjawab untuk mewujudkan medium pembelajaran
yang lebih efektif dan bestari tidak seharusnya diserahkan bulat-bulat kepada guru.
Penggemblengan usaha dari pelbagai pihak contohnya Kerajaan Malaysia, Kementerian
Pendidikan, Pusat-pusat Pengajian Tinggi, Sekolah, Badan-badan Kerajaan dan Bukan
Kerajaan (NGO) dan Sektor Swasta juga amat penting dalam merealisasikan matlamat
yang ingin dicapai. Pihak-pihak yang terlibat boleh saling memberi bantuan dalam
pelbagai bentuk contohnya kemudahan prasarana, penyediaan bilangan komputer yang
mencukupi, menyediakan tenaga pengajar yang terlatih dan telah dipakejkan dengan
kemahiran komputer, menghasilkan perisian-perisian pendidikan yang sesuai dan
sebagainya.
Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Dr. Islahudin Baba
berkata, perisian pendidikan amat penting dalam usaha membantu kerajaan memacu
penggunaan IT serta mencapai objektif pendidikan sains negara untuk membudayakan
sains di kalangan masyarakat. Tanpa perisian pendidikan yang mencukupi, perkakasan
komputer yang disediakan oleh kerajaan tidak berkesan dan tidak dapat digunakan
secara optimum sekali gus menggagalkan usaha mempertingkatkan kegunaan
infrastruktur IT di sekolah-sekolah (Utusan Online , 18 Jun 2001).
Selain itu, faktor kurangnya kemahiran penggunaan komputer di kalangan guru-
guru veteran merupakan salah satu penghalang utama ke arah pengaplikasian komputer
dalam pengajaran. Guru-guru veteran lebih selesa mengekalkan kaedah mengajar yang
telah lama dipraktikkan terutamanya kaedah papan tulis atau “Chalk and Talk”. Malah
masih ada di kalangan guru veteran yang masih dalam perkhidmatan mengalami
sindrom “fobia komputer”.
Jadi, kekangan-kekangan inilah yang menjadi penghalang kepada kita dalam
usaha untuk menyerapkan unsur-unsur teknologi ke dalam bidang pendidikan supaya
bidang ini tidak terus ketinggalan dalam menyusuri arus pemodenan.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Jika ditinjau kembali pendidikan pada era 1980an hingga kini, didapati bidang
pendidikan telah banyak mengalami revolusi seiring dengan kemajuan yang telah kita
kecapi. Jika dahulu,penggunaan komputer hanya di serapkan ke dalam bidang-bidang
seperti pentadbiran, pengurusan, dan perdagangan, kini komputer telah mempunyai
pengaruh yang meluas dalam bidang pendidikan.
Oleh itu, guru pada masa kini perlu menjadi lebih kreatif dalam mengubah suai
dan mereka cipta semula strategi pengajaran. Guru hari ini haruslah mampu menguasai
dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan bagi melahirkan suatu bentuk
pendidikan yang lebih bermakna dan bestari.
Selain itu, guru-guru juga haruslah bijak dan mampu mengintegrasikan ketiga-
tiga aspek penting dalam proses penyampaian ilmu iaitu pedagogi, psikologi dan
teknologi supaya misi untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna
tercapai.
1.4 Objektif Projek
Pembangunan perisian modul alat bantu mengajar ini mempunyai beberapa
objektif iaitu untuk:
i. Menghasilkan sebuah perisian modul ABM bertajuk Pergerakan Dan Sokongan
Pada Manusia dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 5 yang mengikut sukatan
pelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
ii. Sebagai bahan sokongan kepada guru bagi memudahkan guru menyampaikan isi
pengajaran
7
iii. Sebagai pemudah cara kepada guru terutamanya ketika menyampaikan
pengajaran bagi topik Pergerakan Dan Sokongan Pada Manusia kerana dalam
subtopik ini, pelajar memerlukan bantuan gambarajah dari pelbagai sudut untuk
memudahkan pemahaman
iv. Untuk menarik minat pelajar mengikuti pengajaran kerana dalam perisian modul
ABM ini turut disertakan dengan muzik latar yang pelbagai, gambar-gambar
yang menarik dan lebih realistik di samping unsur-unsur interaktif lain.
1.5 Kepentingan Projek
Tujuan utama pembangunan perisian multimedia ini adalah untuk memberi
gambaran yang lebih jelas kepada pelajar mengenai konsep pergerakan dan sokongan
pada manusia. Ini kerana ,untuk memahami konsep pergerakan dan sokongan pada
manusia bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia merupakan sesuatu yang abstrak. Oleh
itu, pemahaman pelajar terhadap konsep ini dapat diperkukuhkan dengan menggunakan
perisian ini. Selain itu, penggabungan pelbagai unsur seperti grafik, teks, audio, video
dan animasi menjadikan persembahan lebih menarik di samping menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih realistik supaya objektif pembelajaran dapat dicapai.
1.6 Skop Projek
Skop bagi projek pembangunan perisian ini tidak meliputi keseluruhan topik
Pergerakan dan Sokongan Tingkatan 5 tetapi hanya meliputi subtajuk Pergerakan dan
Sokongan Pada Manusia sahaja. Walau bagaimanapun, huraian secara lebih mendalam
diberikan kepada setiap sub-subtopik Pergerakan dan Sokongan Pada Manusia dari segi
penerangan, animasi dan gambarajah.
8
Isi kandungan modul ini meliputi keseluruhan subtajuk Pergerakan dan
Sokongan Pada Manusia merangkumi Keperluan Pergerakan dan Sokongan Pada
Manusia dan Sistem Rangka Manusia yang meliputi Rangka Paksi dan Rangka Apendaj.
Pembangunan modul ini adalah berdasarkan sukatan pelajaran Biologi KBSM Tingkatan
5 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Aspek penilaian juga dititikberatkan di mana penilaian formatif juga diselitkan
bagi menguji kefahaman pelajar dari semasa ke semasa manakala penilaian sumatif pula
disediakan di akhir topik. Selain itu, perisian modul ABM ini juga turut dilengkapkan
dengan alamat laman web tertentu bagi memudahkan guru-guru mengakses internet
sekiranya maklumat lanjut tentang subtopik Pergerakan dan Sokongan Pada Manusia
diperlukan.
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk
Sebab utama tajuk Pergerakan dan Sokongan Pada Manusia dipilih untuk
dibangunkan sebagai perisian modul ABM adalah kerana ia merupakan tajuk yang
bersifat abstrak. Ini kerana, dalam topik ini pelajar perlu mengenal pasti jenis, rupa
bentuk, serta ciri-ciri tulang yang terdapat dalam sistem rangka manusia dengan teliti
supaya pelajar dapat mengkategorikan jenis-jenis tulang ini mengikut kumpulannya.
Oleh itu, sekiranya pengajaran yang disampaikan oleh guru masih bersifat ke
arah membekalkan maklumat dan memberikan jawapan berdasarkan soalan serta
menggunakan bahan yang terhad sahaja, maka sudah tentu proses pembelajaran akan
berlangsung dalam keadaan yang membosankan. Sebagai buktinya, kita boleh meninjau
kembali kaedah pengajaran guru bagi topik ini di mana biasanya guru hanya akan
menggunakan alat mengajar seperti model sistem rangka manusia, buku teks serta carta
dan gambarajah yang bukan sahaja tidak mempunyai unsur-unsur interaktif malah
kurang menarik dan biasanya hanya dicetak dalam bentuk hitam putih. Jadi, sudah pasti
9
keadaan-keadaan seperti ini tidak mampu menarik perhatian dan minat pelajar untuk
mengikuti pembelajaran bagi topik ini.
Walau bagaimanapun, masalah ini mampu diatasi oleh guru dengan mengubah
gaya dan cara penyampaian pengajaran. Penggunaan perisian modul ABM yang
mempunyai gabungan unsur-unsur grafik, video dan animasi yang menarik dan lebih
berkesan supaya suatu pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna dapat
dihasilkan.
Recommended