View
377
Download
14
Category
Preview:
DESCRIPTION
Sains Tingkatan 5
Citation preview
Chapter 1
Microorganisms and their effects on living things
(mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan)
1) Mikroorganisma ialah hidupan seni yang hanya dapat dilihat menerusi mikroskop.
2) Sesetengah mikroorganisma berfaedah kepada manusia dan ada juga yang berbahaya kepada manusia.
3) Mikroorganisma dikelaskan kepada 5 kumpulan:a) bakteriab) virusc) kulatd) protozoae) alga
4) Ia dikelaskan kepada ciri-ciri sepunya seperti saiz, rupa bentuk, cara pembiakan, nutrisi dan habitat.
1.1 Pengelasan mikroorganisma
Kulat MikroorganismaBakteria
Virus AlgaProtozoa
Bakteria Saiz saiz antara 0.5-10µm
Rupa bentuk tiada nukleus sebenar bentuk: kokus, basilus, vibrio dan spirilum
Cara pembiakan pembiakan aseks secara belahan dedua
Nutrisi bakteria parasit: memperoleh makanan dari organisma hidup bakteria saprofit: memperoleh makanan dari organisma mati seperti bangkai haiwan bakteria autotrof: membuat makanan sendiri melalui fotosintesis
Habitat terdapat di merata-rata tempat
Vibrio – bentuk koma
Kokus – bentuk sfera Basilus – bentuk silinder
atau rod
Spirilum – bentuk
pusar atau lingkaran
Virus Saiz mikroorganisma paling seni, boleh dilihat
dengan mikroskop elektron saiz antara 0.02-0.4µm
Rupa bentuk tidak mempunyai sel, sitoplasma, nukleus dan membran bentuk: pilin, sfera, rod
Cara pembiakan membiak dalam sel hidupan (perumah) dengan cara menggandakan dirinya (replikasi)
Nutrisi merupakan parasit yang boleh menyebabkan penyakit
Habitat hidup dalam sel hidup (perumah) di luar perumah virus menghablur dan menjadi zarah bukan hidup
Cara pembiakan virus
a) Virus melekat pada sel perumah dan menyuntik maklumat genetik (DNA) ke dalam sel perumah.
b) DNA virus mengambil alih dan menghasilkan DNA baru dalam sel hidup.
c) Virus baru terbentuk.d) Virus-virus itu memecahkan sel
perumah dan membebaskan diri. Sel perumah tersebut mati.
Kulat Saiz saiz antara 10-100µm
Rupa bentuk merupakan tumbuhan yang mempunyai dinding sel dan nukleus tetapi tidak mempunyai akar, batang atau daun pelbagai rupa bentuk seperti filamen dan sfera
Cara pembiakan melalui pembiakan aseks secara pembentukan spora atau pertunasan cth: mukor-pembentukan spora, yis-pertunasan
Nutrisi tumbuhan yang tidak mempunyai klorofil. Oleh itu ia tidak membuat makanan sendiri.Kulat hidup sebagai saprofit dan parasit
Habitat hidup di tempat gelap dan lembapBoleh dijumpai di atas benda reput seperti bangkai haiwan
Filamen
Rupa bentuk kulat
Sfera
Protozoa Saiz saiz antara 5-250µm
Rupa bentuk organisma akuatik yang bersel tunggal mempunyai nukleus dan sitoplasma yang diselaputi oleh membran sel rupa bentuk berbeza dan kebanyakannya mempunyai silium untuk pergerakan
Cara pembiakan secara belahan dedua pembiakan seks secara penkonjugatan
Nutrisi saprofit: memperoleh makanan daripada bahan reput. Contoh: ameba, paramesium parasit: hidup dalam organisma lain. Contoh: plasmodium
Habitat hidup dalam air tawar dan air masin hidup di tempat lembap seperti tanah lembap hidup dalam sel hidup sebagai parasit
Alga
Saiz saiz antara 1-10 000µm
Rupa bentuk mempunyai struktur sel tumbuhan seperti dinding sel berselulosa, nukleus, sitoplasma, klorofil tidak mempunyai batang, akar atau daun sebenar mempunyai pelbagai rupa bentuk seperti filamen dan sfera
Cara pembiakan membiak secara pembiakan aseks melalui belahan dedua terdapat juga alga yang melakukan pembiakan seks secara konjugasi. Contoh: spirogira
Nutrisi autotrof: membuat makanan sendiri melalui fotosintesis
Habitat hidup di tempat lembap yang bercahaya di kawasan air tawar atau air masin
1) Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma:
a) nutrien
b) kelembapan
c) cahaya
d) suhu
e) nilai pH
1.2 Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
Faktor Penerangan
Nutrien mikroorganisma saprofit: memperoleh nutrien dari bahan organik mati seperti kayu reput dan bangkai haiwan mikroorganisma parasit: memperoleh nutrien dari organisma hidup mikroorganisma autotrof: membuat makanan sendiri melalui fotosintesis
Kelembapan semua mikroorganisma memerlukan air untuk pertumbuhan dan akan mati dalam keadaan kering aktiviti biokimia yang berlaku dalam mikroorganisma memerlukan medium berair
Cahaya kebanyakan mikroorganisma seperti bakteria dan kulat hidup dalam keadaan gelap dan lembap. Mikroorganisma ini mungkin terbunuh dalam cahaya matahari terik. mikroorganisma berklorofil seperti alga hidup di tempat bercahaya untuk melakukan proses fotosintesis
Suhu • mikroorganisma tumbuh dan membiak dengan pesat pada suhu 30-40°C• virus dan bakteria hidup pada suhu badan manusia iaitu 37°C• mikroorganisma tidak aktif dan tumbuh perlahan pada suhu 0-5°C• mikroorganisma mati pada suhu melebihi 60°C tetapi spora bakteria dapat hidup sehingga 120°C
Nilai pH • mikroorganisma sesuai hidup pada pH 7 (neutral), iaitu dalam julat pH 6-9• kebanyakan bakteria sesuai tumbuh dalam keadaan sedikit beralkali iaitu pH 7.4• kebanyakan protozoa dan kulat sesuai tumbuh dalam keadaan berasid iaitu pH 6.8
1) Terdapat pelbagai mikroorganisma yang memberi manfaat kepada manusia.
2) Mikroorganisma memainkan peranan penting dalam:a) pencernaan makananb) proses pereputanc) perubatand) pertaniane) perindustrian
1.3 Mikroorganisma yang berfaedah
a) Pencernaan makanan Bakteria yang terdapat dalam usus
besar manusia bertindak ke atas sisa makanan dan menghasilkan vitamin B dan K yang kemudian diserap ke dalam badan untuk kesihatan
b) Proses pereputan Bakteria dan kulat menguraikan bahan
organik mati kepada yang lebih ringkas yang dapat diserap oleh tumbuhan dan untuk mengekalkan kesuburan tanah
Bakteria, protozoa dan kulat digunakan dalam loji pengolahan kumbahan untuk menguraikan bahan yang toksik kepada tidak berbahaya seperti air, karbon dioksida dan garam mineral
c) Perubatan Virus dan bakteria digunakan untuk
menyediakan vaksin untuk melindungi manusia daripada penyakit tertentu
Sesetengah kulat seperti penisilin digunakan untuk menghasilkan antibiotik
Alga mengandungi bahan kimia seperti beta-karotina yang dapat mencegah kanser
d) Pertanian Bakteria dan kulat pengurai menguraikan
bahan organik mati kepada humus untuk diserap oleh tumbuhan
Bakteria pengikat nitrogen yang hidup dalam nodul akar tumbuhan kekacang dan dalam tanah mengikat gas nitrogen di atmosfera dan menukarkannya kepada nitrat yang kemudian diserap oleh tumbuhan untuk membina protein
e) Perindustrian
Yis digunakan untuk menaikkan adunan roti dan kek
Bakteria digunakan untuk membuat makanan seperti cuka, keju dan dadih
Dalam industri pembuatan barangan kulit, bakteria menyingkirkan tisu dan lemak daripada kulit haiwan
• D:\microorganisms\Bacteria Growth.FLV
• D:\microorganisms\Bacterial Conjugation.FLV
• D:\microorganisms\Hydra.FLV
• D:\microorganisms\Bread Mold.FLV
• D:\microorganisms\viral reproduction =].FLV
1.4 Kesan berbahaya mikroorganisma
KUMPULAN MIKROORGANISMA
PENYAKIT GEJALA (TANDA-TANDA)
Bakteriatibi (batuk kering)
batuk berpanjangan,mengeluarkan kahak kuning kehijauan
Bakteria taun cirit birit dan muntah
Protozoa malaria demam berpanjangan
Virus AIDSselalu sakit, susut berat badan, lumpuh sistem keimunan badan
Kulat Kurap kulit gatal-gatal
Cara jangkitan penyakit1) Penyakit dapat merebak ke manusia
melalui:a) udara (titisan air)b) airc) makanand) sentuhane) vektor
2) Vektor ialah organisma yang membawa atau memindahkan patogen ke badan manusia.
Cara jangkitan penyakit
Penerangan ringkas
Melalui vektor nyamuk memindahkan patogen ke badan manusia melalui gigitan. Cth penyakit: malaria, demam denggi
Melalui air sumber air yang tercemar boleh menyebabkan penyakit. Cth penyakit: taun, hepatitis A
Melalui udara apabila seorang pesakit bersin, batuk atau bercakap, patogen disebarkan melalui udara ke sekeliling. Cth penyakit: selesema, tibi
Melalui makanan
makanan tercemar apabila disentuh dengan tangan kotor, disediakan dengan air tercemar atau dihinggapi lalat. Cth penyakit: taun, disenteri
Melalui sentuhan
penyakit boleh tersebar melalui sentuhan dengan pesakit seperti perhubungan seks, pemindahan darah dan perkongsian jarum. Cth penyakit: AIDS, hepatitis B
1) Cara mencegah penyakit:
a) kawalan vektor
b) pensterilan
c) pengimunan
1.5 Pencegahan jangkitan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma
a) Kawalan vektor
1) Vektor ialah agen pembawa penyakit.2) Lalat dan nyamuk adalah dua vektor
utama yang memindahkan patogen kepada manusia.
3) Penyakit taun dan hepatitis A dapat dicegah jika populasi lalat dikawal.
4) Demam denggi dan malaria dapat dicegah jika pembiakan nyamuk dihalang.
Kawalan nyamuk
1) Nyamuk betina bertelur di permukaan air tenang. Oleh itu jentik-jentik nyamuk dapat dikawal dengan:a) jangan biarkan air bertakungb) semburkan minyak pada permukaan
air longkang atau kolam untuk menghalang larva dan pupa daripada naik ke permukaan air untuk bernafas
c) bubuh ubat jentik-jentik ke dalam air
2) Nyamuk dewasa dapat dikawal dengan:a) sembur racun seranggab) pasang jaring halus pada pintu
atau tingkap
Kawalan lalat
1) Lalat bertelur pada makanan atau sisa makanan yang reput. Oleh itu ia dapat dikawal dengan:a) menutup makanan b) menjaga kebersihan rumahc) membunuh lalat dewasa dengan
menggunakan perangkap elektrik atau racun serangga
b) Pensterilan
1) Pensterilan adalah satu proses pemusnahan mikroorganisma termasuk sporanya.
2) Kaedah-kaedah pensterilan adalah seperti berikut:
Kaedah pensterilan
Penggunaan haba
Penggunaan sinaran
Penggunaan bahan kimia
• pemanasan • pendidihan• autoklaf (mensteril dengan stim di bawah tekanan tinggi)
• antiseptik• disinfektan (bahan pembasmi kuman)
• sinaran gama• sinaran ultraungu
Penggunaan haba
Penggunaan bahan kimia
Penggunaan sinaran
c) Pengimunan 1) Keimunan ialah keupayaan badan untuk
menentang penyakit disebabkan oleh patogen.
2) Pemvaksinan ialah cara yang selalu digunakan dalam proses pengimunan.
3) Pemvaksinan ialah proses penyuntikan patogen (vaksin) yang dilemahkan atau dimatikan ke dalam badan untuk merangsang badan menghasilkan antibodi tertentu.
4) Dua jenis keimunan: keimunan aktif dan keimunan pasif
Keimunan aktif
Keimunan aktif
Keimunan aktif semula jadi Keimunan aktif buatan
• diperoleh apabila seseorang telah sembuh daripada penyakit. Badannya mempunyai antibodi untuk melawan penyakit berkenaan.• cth: demam campak, cacar
• diperoleh melalui suntikan vaksin• diberi kepada orang yang sihat yang belum dijangkiti penyakit • cth: vaksin BCG untuk tibi
Keimunan pasif
Keimunan pasif
Keimunan pasif semula jadi Keimunan pasif buatan
• fetus memperoleh antibodi daripada ibu semasa dalam uterus• bayi mendapat antibodi melalui susu ibu
* Antiserum diekstrak drpd darah haiwan spt kuda yg sengaja dijangkiti penyakit yg sama
• antiserum iaitu sejenis plasma darah yg mengandungi antibodi yang dapat menentang penyakit disuntik• cth penyakit: tetanus, anjing gila (rabies)
Patogen X
Menyerang badan
Disuntik ke dalam badan kuda
Antiserum diekstrak dan disuntik ke dlm
bdn
1
2
3
Perbandingan antara keimunan aktif dan keimunan pasif
Perbezaan Keimunan aktif (vaksin) Keimunan pasif (antiserum)
Kandungan bahan yg disuntik
Bakteria atau virus yg dilemahkan atau dimatikan
Plasma darah yg mengandungi antibodi
Jenis bahan yg diterima oleh badan
Antigen Antibodi
Tujuan keimunan Mencegah penyakit Merawat penyakit
Masa yg diambil untuk memperoleh keimunan
Masa yg panjang Serta merta
Orang yg diberi keimunan
Orang yg sihat yg belum dijangkiti penyakit
Orang yg sedang menghidapi penyakit
Ketahanan keimunan Tahan lama Tidak tahan lama
1) Terdapat dua cara rawatan:
a) rawatan moden
b) rawatan tradisional
1.6 Rawatan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma
Rawatan moden
Antibiotik
Antikulat (antifungal)
Antiserum
Ubat sintetik
Pembedahan
Radioterapi
Rawatan tradisional
Lendir buaya dapat merawat penyakit kulit
Bawang putih dapat merawat tekanan darah tinggi
Ginseng dapat membina pertahanan badan
Madu dapat melegakan kesakitan kulit melecur
Recommended