View
9
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
FAKTOR –FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT PELAJAR
TINGKATAN EMPAT ALIRAN PENDIDIKAN VOKASIONAL
( KETUKANGAN KEJURUTERAAN ) TERHADAP BIDANG
KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI BULOH,
SELANGOR
OMAR AZHAR BIN HJ. ZAKARIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Jentera )”
iii
FAKTOR –FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT PELAJAR
TINGKATAN EMPAT ALIRAN PENDIDIKAN VOKASIONAL
( KETUKANGAN KEJURUTERAAN ) TERHADAP BIDANG
KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI BULOH,
SELANGOR
OMAR AZHAR BIN HJ. ZAKARIA
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Jentera )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER 2004
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
v
DEDIKASI
Untuk arwah isteriku yang disayangi,
Jasa dan pengorbananmu akan ku kenang hingga akhir hayat
Semangatmu tetap bersamaku
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu
Buat anakku Muhammad Azhari,
Jadikanlah ayah sebagai sumber inspirasi
Sesungguhnya kejayaan ini adalah anugerah Ilahi
Untuk kita syukuri bersama dan sebagai pendorong kepadamu
Untuk berusaha ke arah itu
Dan menikmatinya di masa yang mendatang.
Kepada Ayahanda dan Bonda yang dikasihi,
Ayah dan Ibu mertuaku yang dihormati
Doamu memberikanku kekuatan dan kesejahteraan
Dalam menempuh ranjau sepanjang jalan ini….
Ya Allah
Syukurku tak terhingga……….atas segala limpah kurniaMu.
vi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, penulis talah dapat mencapai cita-cita untuk menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Penulis ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada
penyelia projek, Tuan Haji Kandar bin Selamat di atas segala tunjuk ajar, bimbingan,
nasihat serta kesabaran dan penumpuan beliau dengan penuh kerelaan tanpa rasa jemu di
sepanjang tempoh laporan projek ini disiapkan.
Ucapan penghargaan juga diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
Pengetua Sekolah Menengah Teknik Sungai Buloh dan responden-responden yang
terlibat dalam kajian ini. Terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan dalam
usaha penulis menjalankan kajian bagi Projek Sarjana Mudanya.
Tidak ketinggalan penghargaan diberikan kepada sesiapa sahaja yang turut
membantu dalam menjayakan projek ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga
ALLAH jua memberkati hidup kalian.
Wassalam.
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor –faktor yang mempengaruhi minat
pelajar Tingkatan Empat aliran pendidikan Vokasional ( Ketukangan Kejuruteraan )
terhadap bidang keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik Sungai Buloh, Selangor.
Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak
dalam mempengaruhi, mendorong, merangsang, memupuk dan memberi motivasi
menjurus ke arah keusahawanan. Faktor kurikulum, peranan guru, suasana persekitaran,
peranan keluarga dan rakan sebaya adalah perkara-perkara yang terlibat dalam penentu
menuju ke arah itu. Sampel kajian ini terdiri daripada 144 orang pelajar Tingkatan
Empat aliran pendidikan Vokasional ( Ketukangan Kejuruteraan ). Alat kajian yang
digunakan adalah kaedah soal selidik untuk mendapatkan data-data dan maklumat yang
diperlukan. Hasil dapatan kemudian diproses dengan menggunakan perisian SPSS ( Ver.
11. 5 ). Hasil kajian menunjukkan minat pelajar-pelajar terhadap bidang keusahawanan
adalah sederhana. Suasana persekitaran telah menunjukkan peratus setuju yang lebih
tinggi iaitu 51.82 % manakala faktor kurikulum adalah yang terendah 31.26 %. Pengkaji
mengesyorkan beberapa cadangan yang difikirkan sesuai untuk mempertingkatkan
keberkesanan dalam menanam minat terhadap bidang keusahawanan.
viii
ABSTRACT
The main objective of this project research is to survey the factor influencing
interests of Form 4 students Vocational Education stream ( Engineering Trade ) at
Sekolah Menengah Teknik Sungai Buloh, Selangor towards the entrepreneurship field. In
this research, typically student interest towards the entrepreneurship field are based on
the involvement and role of certain party in case to encourage, to influence, to stimulate
and to give the guideline towards this field. The curriculum factor, teacher’s role,
environment, family and peer are involved in order to form interest of the students to this
entrepreneurship field. This research sample consists of 144 form 4 students Vocational
Education stream ( Engineering Trade ). The primary research tools use in this project
research is by using questionnaires method. From this method, all the related information
will be obtained. All the acquisition data or information gathered will be process by the
SPSS Software ( Ver. 11.5 ). Research result shows that student interests toward
entrepreneurship field are moderate. Environment factor was the highest agree
percentage at 51.82 % and curriculum factor are showed the lowest percentage at
31.26 %. Researcher had recommended a several opinions or suggestions that suitable to
enhance or upgrade the effectiveness way to build in students interest towards
entrepreneurship field.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
Pengesahan Status Tesis i
Pengakuan Penyelia ii
Tajuk Kajian iii
Halaman Pengakuan iv
Halaman Dedikasi v
Halaman Penghargaan vi
Abstrak vii
Abstract viii
Kandungan ix
Senarai Jadual xvi
Senarai Singkatan xviii
Senarai Lampiran xix
x
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latarbelakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 8
1.5.1 Perancang dan Pengubal Kurikulum 8
1.5.2 Guru dan Pentadbir Sekolah 8
1.5.3 Ibubapa dan Penjaga 9
1.6 Batasan Kajian 9
1.7 Definisi Istilah 10
1.7.1 Faktor 10
1.7.2 Mempengaruhi 10
1.7.3 Minat 10
1.7.4 Pelajar Aliran Pendidikan
Vokasional ( Bidang Ketukangan
Kejuruteraan ) 11
1.7.5 Keusahawanan 11
1.7.6 Kurikulum 12
xi
1.7.7 Guru 12
1.7.8 Motivasi 12
2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 13
2.1 Faktor Kurikulum Terhadap Minat 14
2.2 Peranan Guru Terhadap Minat 15
2.3 Pengaruh Suasana Persekitaran Terhadap Minat 17
2.4 Pengaruh Keluarga Terhadap Minat 18
2.5 Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Minat 20
3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 22
3.1 Rekabentuk Kajian 22
3.2 Tempat Kajian 24
xii
3.3 Populasi Kajian 24
3.4 Instrumen Kajian 25
3.5 Prosedur Kajian 27
3.6 Analisis Data 27
3.7 Kajian Rintis 29
4 ANALISIS
4.0 Pengenalan 31
4.1 Bahagian A : Latar belakang Responden 32
4.1.1 Taburan Responden Mengikut jantina 32
4.1.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 33
4.1.3 Taburan Responden Mengikut
Peperiksaan Yang Diambil 33
4.1.4 Taburan Pekerjaan Tetap Bapa 34
4.1.5 Taburan Pekerjaan Tetap Ibu 35
4.1.6 Taburan Pekerjaan Sampingan Bapa 35
4.1.7 Taburan Pekerjaan Sampingan Ibu 36
xiii
4.1.8 Taburan Pendapatan Keseluruhan
Ibu dan Bapa 37
4.1.9 Taburan Individu Berniaga Yang Rapat
Dengan Responden 38
4.1.10 Taburan Pekerjaan Yang Diminati 39
4.1.11 Taburan Tempat Tinggal Responden 40
4.2 Bahagian B : Analisis Tentang Faktor Yang
Mempengaruhi Minat Pelajar Tingkatan Empat 41
4.2.1 Taburan Peratus Faktor Kurikulum
dalam Mempengaruhi Minat Pelajar
Terhadap Bidang Keusahawanan 43
4.2.2 Taburan Peratus Peranan Guru Dalam
Mendorong Minat Pelajar Terhadap
Bidang Keusahawanan 45
4.2.3 Taburan Peratus Suasana Persekitaran
Yang Dapat Merangsang Minat Pelajar
Terhadap Keusahawanan 47
4.2.4 Taburan Peratus Peranan Keluarga
Dalam Membantu Memupuk Minat
Pelajar Ke Arah Keusahawanan 49
xiv
4.2.5 Taburan Peratus Peranan Rakan Sebaya
Yang boleh Memberi Motivasi Supaya
Menjadi Usahawan Yang Berjaya 52
4.2.6 Analisis Data Keseluruhan Aspek Yang
Dikaji Dalam Bahagian B 55
4.2.7 Kesimpulan 57
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 58
5.1 Perbincangan 59
5.1.1 Faktor Kurikulum Dalam Mempengaruhi
Minat Pelajar Terhadap Bidang
Keusahawanan 59
5.1.2 Peranan Guru Dalam Mendorong Minat
Pelajar Terhadap Bidang Keusahawanan 61
5.1.3 Suasana Persekitaran Yang Dapat
Merangsang Minat Pelajar Terhadap
Keusahawanan 64
xv
5.1.4 Peranan Keluarga Dalam Membantu
Memupuk Minat Pelajar Ke Arah
Keusahawanan 66
5.1.5 Peranan Rakan Sebaya Yang Boleh
Memberi Motivasi Supaya Menjadi
Usahawan Yang Berjaya 68
5.2 Rumusan 71
5.3 Cadangan 73
5.3.1 Cadangan Berkaitan dengan Kajian 73
5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 74
5.4 Penutup 75
BIBLIOGRAFI 77
LAMPIRAN
Soal selidik 82
Surat kebenaran EPRD 88
Surat Memohon Kebenaran Kajian ke JPN 89
Surat Kebenaran Dari JPN 91
Surat Akuan Dari UTM 92
Keputusan Kajian Rintis ( Alpha ) 93
xvi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 1 Jadual Pengkelasan Responden 28
Jadual 2 Pekali Alpha Cronbach 29
Jadual 3 Taburan Responden Mengikut Jantina 32
Jadual 4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 33
Jadual 5 Taburan Responden Mengikut Peperiksaan Yang
Akan Diambil 34
Jadual 6 Taburan Pekerjaan Tetap Bapa 34
Jadual 7 Taburan Pekerjaan Tetap Ibu 35
Jadual 8 Taburan Pekerjaan Sampingan Bapa 36
Jadual 9 Taburan Pekerjaan Sampingan Ibu 37
Jadual 10 Taburan Pendapatan Keseluruhan Ibu dan Bapa 38
Jadual 11 Taburan Individu Berniaga Yang Rapat Dengan
Responden 39
Jadual 12 Taburan Pekerjaan Yang Diminati 40
Jadual 13 Taburan Tempat Tinggal Responden 40
xvii
Jadual 14 Menunjukkan Skala Min 3 Mata 42
Jadual 15 Taburan Peratus Faktor Kurikulum Dalam
Mempengaruhi Minat Pelajar Terhadap Bidang
Keusahawanan 43
Jadual 16 Taburan Peratus Peranan Guru Dalam Mendorong
Minat Pelajar Terhadap Bidang Keusahawanan 45
Jadual 17 Taburan Peratus Suasana Persekitaran Yang Dapat
Merangsang Minat Pelajar Terhadap Keusahawanan 48
Jadual 18 Taburan Peratus Peranan Keluarga Dalam Membantu
Memupuk Minat Pelajar Ke Arah Keusahawanan 50
Jadual 19 Taburan Peratus Peranan Rakan Sebaya Yang Boleh
Memberi Motivasi Supaya Menjadi Usahawan
Berjaya 53
Jadual 20 Peratus dan Min Keseluruhan Aspek Yang Dikaji 55
xviii
SENARAI SINGKATAN
Bil. - Bilangan
BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KHB - Kemahihran Hidup Bersepadu
MLVK - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
RM - Ringgit Malaysia
S - Setuju
SKM - Sijil Kemahiran Malaysia
SMR - Sekolah Menengah Rendah
SMT - Sekolah Menengah Teknik
SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
SPSS - Statiscal Package for Social Sceince
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
xix
SENARAI LAMPIRAN
BIL . TAJUK MUKA SURAT
1 Soal Selidik 82
2 Surat Kebenaran EPRD ( Surat kebenaran melakukan 88
kajian daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan )
3 Surat kebenaran memohon melakukan kajian ke Jabatan 89
Pendidikan Negeri Selangor
4 Surat kebenaran melakukan kajian dari Jabatan Pendidikan 91
Negeri Selangor
5 Surat Akuan ( Surat pengesahan penyelidikan UTM ) 92
6 Keputusan Kajian Rintis ( Alpha ) 93
1
BAB 1
PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan
Keusahawanan wujud sejak bermulanya sejarah manusia. Pada masa lampau,
keusahawanan dipraktikan secara kecil-kecilan dirumah. Sebagai contoh, seisi keluarga
menjadi usahawan bagi barangan harian tertentu. Ada keluarga yang menangkap dan
memproses ikan ( dan dari itu menjadi usahawan ikan ), ada yang menanam dan
memproses padi ( mereka ini digelar usahawan beras ) dan sebagainya. Di Barat, ada
keluarga yang membuat kapak, lilin, mentega atau perabot untuk dijual atau ditukar
dengan barangan lain yang diperlukan. Usahawan kecil-kecilan ini telah menampung
kehidupan manusia berabad-abad lamanya.
Kini konsep keusahawanan berlainan sedikit dari masa lalu, selari dengan
perubahan masa. Perkataan ‘usahawan’datang dari kata akar ‘usaha’. Maka usahawan
2
ialah orang yang berusaha mengeluarkan sesuatu. Pada hari ini kita seringkali
memikirkan usahawan sebagai orang yang memulakan perniagaannya sendiri. Perniagaan
ini bukannya yang bersifat biasa sahaja tetapi mampu membuka peluang untuk orang lain
meraih manfaatnya. Dengan lain perkataan, usahawan adalah individu-individu yang
menyumbang kepada kekayaan ekonomi sesebuah negara.
Oleh yang demikian, adalah patut minat, pengetahuan, kemahiran serta sifat-sifat
keusahawanan perlu disemaikan sejak dari awal lagi. Manusia boleh dididik dan
didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dari peringkat muda supaya sikap
berdikari boleh dipupuk. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan boleh
dipelajari untuk menjadikan manusia lebih kreatif dan produktif. Keusahawanan dapat
menghasilkan manusia yang sanggup menerima cabaran, berfikiran luas, tegas, cekal dan
sentiasa berusaha. Nilai-nilai ini perlu ada dalam setiap individu untuk menjadikan
mereka rakyat yang dapat menyumbang kepada pembangunan industri. Kemajuan
sesebuah negara bergantung kepada kemajuan industri. Oleh itu di negara-negara maju
terdapat ramai usahawan yang bergiat aktif untuk memajukan negara ( Zaidatol
Akmaliah, Habibah Elias, 1997 ).
Namun, sebahagian besar daripada kita meragui kemampuan sendiri untuk maju
dibidang keusahawanan, walaupun kita tahu kerajaan telah membentuk berbagai dasar
serta menyediakan berbagai-bagai kemudahan untuk membantu dan memudahkan kita,
berkembang maju di bidang keusahawanan. Kita keberatan untuk memilih bidang
keusahawanan sebagai kerjaya kerana kita masih beranggapan bahawa bidang ini tidak
3
dapat memberikan jaminan masa depan seperti mana yang dapat diberikan oleh sektor
awam mahupun sektor swasta ( Yep Putih, 1989 ).
Namun begitu, semangat keusahawanan yang telah disemai semasa kanak-kanak
lagi dan pengalaman dalam aspek perniagaan turut membantu memupuk minat dan sifat
keusahawanan.
1.1 Latar belakang masalah Menurut Nor Aishah Buang ( 2002 ) , pelajar, ibubapa dan masyarakat :
1. Tidak cenderung ke arah keusahawanan.
2. Kurang kesedaran terhadap peluang-peluang perniagaan berasaskan
kemahiran sedia ada.
3. Takut kepada risiko perniagaan.
4. Kurang bersedia dari aspek pengetahuan asas perniagaan, pengalaman dan
modal.
Secara amnya, sistem pendidikan negara tidak memberi penekanan kepada bidang
keusahawanan. Contohnya, sistem pendidikan pada masa kini mempunyai banyak
kekurangan seperti penyediaan kurikulum pendidikan yang tidak menyeluruh dan
penilaian yang tidak tetap terhadap pendidikan keusahawanan. Kesannya, risiko timbul
kerana kekurangan penekanan ke atas pembangunan ciri-ciri keusahawanan, kesedaran
4
inovasi, perkembangan motivasi dan kreativiti. Maka sistem pendidikan yang ada pada
masa kini hanya mampu melahirkan tenaga pekerja seperti doktor, jurutera dan ahli
ekonomi yang lemah , suka bergantung dan tidak kekal jika berniaga.( Nor Aishah
Buang, 2002 ).
Oleh itu, generasi muda perlu memiliki kualiti keusahawanan yang boleh
membantu membangunkan diri mereka sebagai seorang usahawan yang berjaya.
Penekanan untuk mewujudkan suatu persekitaran atau suasana kesedaran inovasi,
ketulenan, kreativiti dan desakan ke arah kecemerlangan adalah perlu. Kualiti
keusahawanan tidak dapat dibentuk serta merta, sebaliknya memerlukan masa yang
panjang dan berterusan.
Menurut Peter Drucker ( 1996 ), dalam Nor Aishah Buang ( 2002 ), sesiapa sahaja
daripada mana-mana organisasi boleh belajar dan dilatih menjadi usahawan. Walau
bagaimana pun, persoalan sama ada keusahawanan boleh diajar atau patut diajar
sepatutnya digantikan dengan apakah dan bagaimanakah cara untuk mengajar pendidikan
keusahawanan.
Pada bulan April 2000, Malaysia telah dikejutkan dengan berita yang
menyatakan bahawa seramai 39,000 graduan universiti dan kolej masih lagi
mengganggur kerana bidang pengajian mereka tidak memenuhi kehendak pasaran tenaga
kerja. Jika graduan-graduan ini telah didedahkan kepada profesion keusahawanan sejak
dibangku sekolah hingga ke pengajian di universiti, kemungkinan besar mereka dapat
berdikari dan memulakan perniagaan sendiri walau sekecil mana sekalipun. Ini kerana
5
ekonomi negara terus membangun dan memerlukan ramai usahawan baru yang bersedia
untuk mewujudkan model-model perniagaan baru. Apa yang menyedihkan ialah
nampaknya negara kita melahirkan lebih banyak pengurus dan pekerja syarikat
berbanding usahawan yang inovatif untuk membangunkan ekonomi negara. Bekas
Perdana Menteri Malaysia, Tun Doktor Mahathir Mohamad ( 2001 ), dalam Nor Aishah
Buang ( 2002 ), pernah merungut kerana tidak banyak kedai-kedai runcit Melayu di
bandar-bandar besar di seluruh negara. Keadaan ini memberi imej yang tidak seimbang
tentang negara ini iaitu seolah-olah bandar-bandar besar di Malaysia dimonopoli oleh
orang bukan Melayu sahaja. Secara tidak langsung, senario ini memberi gambaran
bahawa Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) sememangnya tidak berjaya melahirkan ramai
usahawan dan peniaga Bumiputera. Dalam situasi lain pula berkaitan dengan pendidikan
Vokasional, dimana kursus dirancang untuk pelajar yang telah tamat pelajaran menengah
rendah serta mempunyai minat dan kecenderungan untuk memasuki pekerjaan teknikal.
Oleh itu pelajar-pelajar lepasan sekolah yang mendapat Sijil Kemahiran Vokasional
( SKM ) hanya terfikir untuk bekerja makan gaji dan tidak pernah terfikir untuk
membuka perniagaan mereka sendiri.
Jadi, salah satu strategi untuk memupuk dan memberi kesedaran kepada pelajar
khasnya dan masyarakat umumnya, dalam bidang keusahawanan ialah pendidikan
keusahawanan samada diperingkat rendah, menengah serta pendidikan teknik. Di
samping itu faktor lain seperti guru, persekitaran, keluarga dan rakan sebaya juga dapat
membantu menuju ke arah keusahawanan.
6
1.2 Pernyataan masalah
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji adakah pelajar tingkatan 4 aliran pendidikan
vokasional ( Bidang Ketukangan Kejuruteraan ) berminat terhadap bidang keusahawanan.
Pengkaji ingin mengkaji dari sudut kurikulum yang telah dilalui, peranan guru,
persekitaran, keluarga dan rakan sebaya yang mana adakah faktor ini boleh mendorong
dan mempengaruhi pelajar-pelajar supaya berminat terhadap bidang keusahawanan.
1.3 Objektif Kajian
Tujuan kajian ialah untuk meninjau :
1. Faktor kurikulum dalam mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang
keusahawanan.
2. Peranan guru dalam mendorong minat pelajar terhadap bidang keusahawanan.
3. Suasana persekitaran yang dapat merangsang minat pelajar terhadap
keusahawanan.
4. Peranan keluarga dalam membantu memupuk minat pelajar ke arah
keusahawanan.
5. Peranan rakan sebaya yang boleh memberi motivasi supaya menjadi usahawan
yang berjaya.
7
1.4 Persoalan kajian
Kajian ini akan menjawab soalan-soalan penyelidikan berikut :
1. Adakah faktor kurikulum yang telah mereka lalui di peringkat SMR khususnya
mata pelajaran KHB boleh mempengaruhi minat pelajar-pelajar terhadap bidang
keusahawanan ?
2. Adakah peranan guru dapat mendorong pelajar-pelajar supaya berminat
menceburi bidang keusahawanan ?
3. Adakah suasana persekitaran merangsang pelajar-pelajar berminat menjadi
seorang usahawan ?
4. Adakah pihak keluarga dapat memupuk minat pelajar-pelajar dalam bidang
keusahawanan ?
5. Adakah rakan sebaya boleh memberi motivasi supaya menjadi seorang usahawan
yang berjaya ?
8
1.5 Kepentingan Kajian
Pengkaji berharap agar kajian ini dapat memberi maklumat yang lebih lanjut
kepada pihak-pihak tertentu seperti :
1.5.1 Perancang dan Pengubal Kurikulum
Dapatan kajian diharap boleh menjadi panduan kepada perancang dan pengubal
kurikulum dalam pengubahsuaian kurikulum dan program pendidikan keusahawanan
didalam kurikulum sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi. Kajian ini diharap dapat
membantu perancang dan pengubal dalam memantapkan lagi isi kandungan sukatan
pelajaran yang mengandungi unsur-unsur keusahawanan dalam usaha memupuk minat
pelajar-pelajar ke arah bidang tersebut.
1.5.2 Guru dan Pentadbir sekolah
Guru-guru dan pentadbir sekolah dapat menjadikan hasil kajian ini sebagai
sumber untuk merancang dan membentuk strategik pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan dalam menerapkan unsur-unsur keusahawanan dan perniagaan. Aktiviti-
aktiviti ko-kurikulum juga dapat disusun dan dijuruskan secara jelas ke arah penerapan
unsur-unsur keusahawanan agar pelajar-pelajar terdidik dalam bidang berkenaan.
9
1.5.3 Ibubapa dan Penjaga
Kepada ibubapa dan penjaga juga diharap dapat menjadikan dapatan kajian ini
sebagai rujukan dan panduan dalam mendidik dan memupuk minat anak-anak terhadap
kerjaya keusahawanan. Hasil kajian ini juga dapat membantu ibubapa dan penjaga
membuka minda anak-anak ke arah keusahawanan kerana keusahawanan dapat
menjadikan mereka manusia yang sanggup menerima cabaran, berfikiran luas dan
sentiasa berusaha.
1.6 Batasan kajian
1. Kajian hanya dilakukan ke atas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik
Sungai Buloh, Selangor sahaja.
2. Kajian hanya dilakukan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 yang mengikuti
aliran Pendidikan Vokasional bidang Ketukangan Kejuruteraan sahaja.
3. Aspek kajian yang dipilih adalah terbatas kepada faktor kurikulum,
peranan guru dalam mendorong minat terhadap keusahawanan, suasana
persekitaran, pihak keluarga serta rakan sebaya.
Oleh yang demikian, kemungkinan keputusan kajian adalah terbatas dan tidak
boleh digunakan untuk mewakili semua Sekolah Menengah Teknik di Malaysia.
10
1.7 Definisi istilah
Beberapa istilah penting digunakan dalam kajian ini. Antaranya ialah :
1.7.1 Faktor
Teuku Iskandar ( 1970 ), menyatakan faktor ialah punca keadaan yang
dapat mempengaruhi dan seterusnya mengubah sesuatu yang lain;
penyebab terjadinya sesuatu. Maksud pengkaji mengenai faktor dalam
kajian ini ialah sesuatu yang boleh mempengaruhi pelajar-pelajar dalam
menuju matlamat ke arah keusahawanan.
1.7.2 Mempengaruhi
Teuku Iskandar ( 1970 ), mempengaruhi bermaksud berpengaruh atas,
menggunakan pengaruh pada; menguasai. Maksud pengkaji tentang
mempengaruhi dalam kajian ini ialah sesuatu yang dapat menguasai
pelajar-pelajar terhadap bidang keusahawanan.
1.7.3 Minat
Crow dan Crow ( 1980 ), menyatakan minat adalah daya penggerak yang
mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda atau
kegiatan.
Teuku Iskandar (1970), menyatakan minat adalah keinginan
( kesukaan, kecenderungan ) kepada sesuatu. Maksud pengkaji dalam
kajian ini ialah kecenderungan pelajar kepada keusahawanan.
11
1.7.4 Pelajar Aliran Pendidikan Vokasional ( Bidang Ketukangan
Kejuruteraan)
Pelajar yang diterima masuk ke tingkatan 4 dalam aliran pendidikan
Vokasional dimana akan dijuruskan mengikut salah satu kursus yang
ditawarkan dan akan mengikuti mata pelajaran Vokasional disamping
mata pelajaran wajib. Antara kursus yang ditawarkan dalam bidang
ketukangan kejuruteraan ialah : Elektrik, Elektronik, Amalan Bengkel
Mesin, Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Automotif, Binaan Bangunan dan
Penyejukan dan Penyamanan Udara ( Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Jabatan
Pendidikan Teknikal, 2003 ).
1.7.5 Keusahawanan
Keusahawanan adalah satu bidang kegiatan ekonomi yang mempunyai
keindahan, kemegahan dan kemuliaan yang tersendiri. Peluang untuk
sesiapa juga maju melaluinya adalah tidak terhad. Secara ringkasnya
Keusahawanan adalah sebarang kerja atau usaha yang bercorak perniagaan
( Yep Putih, 1989 ).
Keusahawanan dapat dikaitkan dengan aspek-aspek yang begitu luas
seperti usaha mencipta kejayaan melalui pengumpulan sumber-sumber
sebelum memulakan sesebuah perniagaan, keperluan untuk merancang
serta mempunyai wawasan untuk memandu perniagaan yang dicipta
12
kemercu kejayaan ( Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Habibah Elias,
1997 ).
1.7.6 Kurikulum
Kurikulum meliputi semua mata pelajaran yang dirancang dan diajar di
sekolah atau institusi pengajian tinggi dan dilaksanakan sama ada secara
individu atau berkelompok, baik di dalam mahupun di luar sekolah ( Kerr
J.K., 1968 ).
1.7.7 Guru
Menurut Profesor Dato’ Dr. Asmah Hj. Omar dalam kamus Oxford Fajar,
guru adalah orang yang mengajar, terutama sekali di sekolah.
Guru membawa erti seseorang yang mempunyai nilai-nilai baik yang
menjadi ikutan dan tiruan.
1.7.8. Motivasi
Motivasi adalah bermaksud sebab atau tujuan atau pendorong, maka
tujuan itulah yang menjadi pendorong untuk seseorang itu berusaha keras
mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada negatif
atau positif tujuannya. Oleh itu : Motivasi adalah sesuatu yang mengarah
tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya. Maksud pengkaji dalam
kajian ini ialah pendorong ke arah keusahawanan.
Recommended