View
289
Download
14
Category
Preview:
DESCRIPTION
bimbingan dan kaunseling
Citation preview
MODUL LATIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA(Tahap 2)
SLOT PENGISIAN MASALDK 1 Unit 1: Kesedaran Kendiri
Aktiviti 1: Mari Berkenalan1.1 Rantai Nama (15 minit)1.2 Berpasangan (45 minit)
60 minit
LDK 2 Aktiviti 2: Berkongsi Pengalaman dan Harapan2.1 Duniaku (30 minit)
Aktiviti 3: Penerokaan Kendiri3.1 Cermin Diri (30 minit)3.2 Aku dan Dia (30 minit)
Aktiviti 4: Keyakinan Diri4.1 Si Buta Sayang (30 minit)
120 minit
CERAMAH 1
Unit 2: Asas komunikasi
Aktiviti 1: Komunikasi1.1 Definisi Komunikasi (60 minit)
Aktiviti 2: Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan2.1 Tingkah laku lisan dan bukan lisan (60 minit)
120 minit
LDK 3 Aktiviti 3: Meningkatkan Perhubungan Manusia3.1 Membaiki perhubungan sesama insan (60 minit)
Aktiviti 4: Halangan Komunikasi4.1 Halangan dalam komunikasi (30 minit)4.2 Kemahiran memberi perhatian (30 minit)
120 minit
LDK 4 Aktiviti 5: Kemahiran Mendengar5.1 Mendengar dengan baik (60 minit)
Aktiviti 6: Kemahiran Tegas Diri6.1 Tingkah laku pasif, tegas diri dan agresif (60 minit)
120 minit
CERAMAH 2
Unit 3: Asas Kaunseling
Aktiviti 1: Pengenalan1.1 Pengenalan Kaunseling (60 minit)
Aktiviti 2: Kemahiran Mendengar2.1 Rakaman (60 minit)
120 minit
LDK 5 Aktiviti 3: Kemahiran Memberi Perhatian3.1 Suara tanpa gema (40 minit)3.2 Berbudi dan berbahasa (40 minit)
Aktiviti 4: Kemahiran Memberi Respon dan Maklum Balas 4.1 Kemahiran mendengar, memberi respon dan maklum balas (40 minit)
120 minit
MODUL LATIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA(MODUL ASAS 1)
LDK 1
UNIT 1: KESEDARAN KENDIRIAktiviti 1: Mari Berkenalan
Aktiviti 1.1 : Rantai NamaMasa : 15 minitAlat : TiadaObjektif :
1. Untuk mengetahui dan mengingatkan nama rakan-rakan peserta dalam kelompok2. Untuk berkenalan di antara satu sama lain
Langkah :1. Peserta-peserta dan fasilitator duduk di kerusi dalam susunan bentuk bulatan.2. Fasilitator memulakan dengan mengenalkan namanya serta nama panggilan.3. Peserta pertama di sebelah kanan fasilitator memperkenalkan nama fasilitator dan
namanya.4. Aktiviti ini diteruskan bergilir-gilir sehingga semua peserta diperkenalkan.5. Fasilitator berbincang dengan peserta-peserta apakah pengajaran yang mereka terima
melalui aktiviti tersebut. Antara isi perbincangan ialah seperti- Perkara yang disebut berulang-ulang senang untuk diingat.- Kita merasa lebih selesa jika orang lain kenal dan memanggil kita dengan sebutan
nama.- Menyedari bahawa manusia sukar mengingati banyak perkara dalam satu jangka
waktu yang singkat.
Aktiviti 1.2 : Berpasangan (Dyad)Masa : 45 minitAlat : TiadaObjektif :
1. Untuk meneroka lebih mendalam mengenai diri peserta-peserta di dalam kelompok.Langkah :
1. Peserta-peserta mencari pasangan yang mereka berasa selesa dan memilih tempat yang sesuai di kawasan sekitar. Kedua-dua peserta berbual mesra dengan pasangannya berpandukan beberapa perkara seperti makanan dan minuman yang disukai, fesyen pakaian, cita-cita, permainan yang digemari, hobi dan sebagainya.
2. Selepas 10 minit, peserta-peserta dipanggil balik dan berkumpul di dalam kelompok.3. Peserta-peserta diminta menceritakan semula apa yang telah diketahui mengenai
pasangannya tadi kepada kelompok-kelompok secara bergilir-gilir.4. Fasilitator berbincang dengan peserta:
- Apakah perasaan mereka apabila mereka menceritakan kisah rakannya.- Apakah perasaan mereka apabila kisah mereka diceritakan oleh rakannya.
5. Fasilitator meminta pendapat peserta mengenai pengajaran yang mereka terima melalui aktiviti ini seperti:- Kita berkecenderung menceritakan hal orang lain.- Kita rasa lebih mesra apabila kita mengetahui tentang diri orang lain.
6. Fasilitator mengaitkan aspek pentingnya PRS membina perhubungan mesra dengan mengetahui lebih dekat mengenai rakan yang mereka hubungi.
LDK 2
UNIT 1: KESEDARAN KENDIRIAktiviti 2: Berkongsi Pengalaman dan Harapan
Aktiviti 2.1 : DuniakuMasa : 30 minitAlat : Pen, kertas A4Objektif :
1. Melatih dan menggalakkan pelajar membuat pendedahan kendiri dengan lebih terbuka dan mendalam.
2. Melatih peserta-peserta supaya melakukan pendedahan kendiri yang sesuai pada masa dan individu tertentu.
3. Memperkenalkan etika yang asas yang harus dipegang dan dijadikan panduan oleh PRS.
Langkah :1. Fasilitator memberikan sehelai kertas kepada setiap peserta.2. Fasilitator mengarahkan peserta melukis satu simbol yang melambangkan diri di atas
kertas selama 5 minit. Contohnya simbol matahari, air, pokok dan sebagainya.3. Setiap peserta secara bergilir-gilir diminta menjelaskan kepada peserta-peserta lain
maksud simbol yang dilukisnya itu.4. Semasa penjelasan pembentangn itu dibuat, peserta-peserta lain digalakkan bertanya
dan berkongsi pengalaman.5. Proses ini diteruskan hingga kepada peserta terakhir.6. Fasilitator membimbing peserta berbincang tentang pengajaran yang mereka terima
melalui aktiviti ini iaitu:- Ada orang tidak mahu menceritakan tentang dirinya apabila kita bertanya secara
langsung, tetapi dengan perantaraan simbol dia berasa lebih selesa dan terbuka untuk mendedahkan dirinya.
- Berkongsi pengalaman dapat mempertingkatkan kepercayaan kita kepada orang lain dan ini dapat mewujudkan perhubungan yang mesra.
- Melalui pendedahan kendiri dapat menggalakkan peserta bercakap.7. Fasilitator mengaitkan peranan PRS dalam membina perhubungan mesra dengan
perkongsian maklumat diri yang sesuai dan menyimpan maklumat diri kawan Fasilitator memperkenalkan etika PRS yang harus dipegang dan diingati.
UNIT 1: KESEDARAN KENDIRIAktiviti 3: Penerokaan Kendiri
Aktiviti 3.1 : Cermin DiriMasa : 30 minitAlat : Pen, Kertas Edaran 1.3.1Objektif :
1. Supaya peserta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri2. Memupuk kekuatan diri dan berusaha mengatasi kelemahan diri.
Langkah :1. Fasilitator meminta peserta duduk dalam satu bulatan.2. Fasilitator meminta peserta mengeluarkan Kertas Edaran 1.3.1.3. Dalam masa 10 minit, fasilitator meminta peserta memikir dan mencatat sifat-sifat
positif dan negatif yang ada pada dirinya. Sifat-sifat positif di ruang sebelah kiri kertas dan sifat-sifat negatif di ruang sebelah kanan kertas.
4. Peserta menomborkan sifat-sifat positif diri mengikut keutamaannya.5. Fasilitator membimbing perbincangan kelompok mengenai hanya satu sifat positif
paling utama pada tiap-tiap peserta. Perbincangan meliputi reaksi peserta terhadap sifat kekuatan yang dinyatakan dan memberi cadangan bagaimana kekuatan tadi boleh digunakan dengan sebaik-baiknya.
6. Fasilitator membawa fokus perbincangan kepada:- Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan diri.- Memberi keinsafan pada diri dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.
Aktiviti 3.2 : Aku dan DiaMasa : 30 minitAlat : Kertas Edaran 1.3.2Objektif :
1. Untuk mengkaji perhubungan peserta dengan orang lain.2. Untuk melihat perhubungan yang berbeza antara individu.
Langkah :1. Fasilitator memberi satu rajah perhubungan kepada setiap peserta.2. Peserta diminta menulis namanya ditengah bulatan.3. Peserta diminta memikirkan tentang perhubungannya dengan orang lain seperti yang
terdapat dalam rajah yang diberi4. Pada setiap ruang ditulis nama orang dalam perhubungan tersebut. Semakin rapat dari
segi perhubungan dengan orang tersebut, namanya ditulis hampir dengan nama peserta.
5. Fasilitator meminta peserta mempamerkan perhubungan itu dihadapannya dan menjelaskannya kepada kumpulan.
6. Fasilitator menggalakkan setiap peserta berbincang dalam kumpulan dan fasilitator membimbing perbincangan dengan memberi fokus bahawa manusia berbeza dari segi latar belakang dan pengalaman dan perhubungan dengan orang lain adalah penting untuk keharmonian dan kesejahteraan hidup.
7. Fasilitator menghubungkaitkan tentang perhubungan yang dibina oleh remaja dengan rakan-rakan mereka. PRS boleh menjadi seorang rakan yang rapat dengan mempunyai sifat-sifat mesra, boleh menyimpan rahsia, hormat dan lain-lain.
UNIT 1: KESEDARAN KENDIRIAktiviti 4: Keyakinan Diri
Aktiviti 4.1 : Sibuta SayangMasa : 30 minitAlat : Kain penutup mata (bagi setiap peserta ), tali 5 meter, gunting kecil 1 unitObjektif :
1. Untuk menyedarkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri dan orang lain.
Langkah :1. Peserta diminta berada dalam barisan.2. Setiap peserta diberi sehelai kain penutup mata dan menjadi si buta dengan mengikat
kain itu menutup matanya.3. Seorang peserta tidak menutup mata dan menjadi pemandu.4. Setiap peserta memegang tali dalam barisan lurus. Pemandu tidak memegang tali dan
dikehendaki memberi panduan dan arahan yang tertentu kepada semua peserta sambil berjalan dalam barisan. Sibuta dikehendaki mematuhi arahan pemandu.
5. Fasilitator akan bertindak sebagai pengganggu atau halangan kepada sibuta seperti memotong tali.
6. Permainan tamat apabila semua peserta tiba ke destinasi yang ditetapkan.7. Fasilitator membimbing perbincangan selepas aktiviti ini dijalankan.
i. Peserta diminta mengingat semula pengalaman dalam aktiviti yang telah dijalankan.
ii. Apakah perasaan mereka memberi reaksi-reaksi tertentu dalam aktiviti ini.iii. Pengajaran yang boleh diingati:
Kita perlu yakin kepada diri sendiri dan orang lain untuk mencapai sesuatu cita-cita/matlamat.
Keyakinan diri akan membawa kepada kejayaan. PRS perlu memperbanyakkan latihan membina keyakinan diri. Bila seseorang telah percaya kepada kita. Ia akan berasa selesa.
Begitulah juga jika rakan-rakan percaya kepada PRS mereka akan lebih rela berkongsi perasaan. PRS harus berpegang kepada etika kerahsiaan dan menghormati kepercayaan yang diberi oleh rakan-rakan mereka.
Seorang PRS harus melatih diri supaya bersedia memainkan peranan sebagai seorang pemimpin yang boleh dipercayai, disegani dan dihormati oleh rakan-rakan.
AKTIVITI: KEMBARA
Masa : 180 minitAlat : Tunjuk arah, tali.Objektif :
1. Untuk membina ketahanan mental, jasmani dan menyedarkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu mempunyai keyakinan diri.
2. Memupuk semangat kerjasama di kalangan peserta.Langkah :1. Peserta berkumpul di arena lapang mengikut kumpulan untuk menerima arahan dan
taklimat.2. Ketua kumpulan memeriksa ahli-ahli kumpulan dan alatan yang diperlukan
mencukupi. Peserta yang ada masalah kesihatan tidak digalakan mengikuti aktiviti ini.4. Setiap kumpulan menerima peta perjalanan aktiviti kembara. Bacaan doa pelepas oleh
setiap wakil kumpulan sebelum memulakan perjalanan.Sediakan jarak masa bertolak antara setiap kumpulan selama 10 minit.
5. Peserta akan bergerak mengikut arah panduan yang telah diberikan dan melaksanakan aktiviti yang disediakan
6. Fasilitator membimbing perbincangan selepas aktiviti ini dijalankan dengan setiap peserta diminta mengingat dan menyatakan semula pengalaman yang tersurat dan tersirat semasa sepanjang perjalanan aktiviti kembara ini.
CERAMAH 1
UNIT 2: ASAS KOMUNIKASIAktiviti 1: Komunikasi
Aktiviti 1.1 : Definisi KomunikasiMasa : 60 minitAlat : LCD, Laktop, kertas A4, penObjektif :
1. Peserta memahami maksud perkataan komunikasi.Langkah :
1. Semua peserta berada dalam barisan.2. Fasilitator menyampaikan ceramah berpandukan bahan powerpoint ‘Komunikasi’
UNIT 2: ASAS KOMUNIKASIAktiviti 2: Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan
Aktiviti 2.1 : Tingkah laku komunikasi Lisan & Bukan LisanMasa : 60 minitAlat : LCD, Laktop, Kertas Edaran 2.2.1, penObjektif :
1. Peserta memahami maksud komunikasi lisan2. Peserta memahami komunikasi bukan lisan.
Langkah :1. Fasilitator menayangkan video skip lakonan.2. Peserta diminta mencatatkan perkara-perkara komunikasi lisan dan bukan lisan
berdasarkan pemerhatian dalam lakonan tadi.3. Peserta diminta melaporkan pemerhatian mereka yang diberikan bagi mendapatkan
maklum balas selanjutnya.4. Fasilitator memberi ulasan dan mengaitkan hasil pemerhatian dengan ciri-ciri
komunikasi yang berkesan sama ada secara lisan ataupun bukan lisan.
LDK 3
UNIT 2: ASAS KOMUNIKASIAktiviti 3: Meningkatkan Perhubungan Manusia
Aktiviti 3.1 : Memperbaiki perhubungan sesama manusiaMasa : 60 minitAlat : TiadaObjektif :
1. Supaya dapat melihat dengan lebih dekat petua-petua perhubungan sesama insan.2. Supaya dapat memahami proses-proses dalam komunikasi.
Langkah :1. Peserta-peserta dibahagi berpasangan.2. Setiap peserta diminta menceritakan apa sahaja tajuk/perkara yang hendak
diceritakan. (5 minit)3. Setiap peserta diminta menceritakan balik perasaan dan pengalamannya semasa
bercerita.4. Fasilitator meminta peserta mengaitkan pengalaman mereka dalam aspek-aspek
berikut:i. Tajuk yang dibincangkan (sesuai/tak sesuai) kenapa?ii. Keselesaan (selesa/tak selesa) kenapa?iii. Bahasa yang digunakan (sesuai/tak sesuai) kenapa?iv. Gerak-geri bukan lisan (sesuai/tak sesuai) kenapa?
5. Fasilitator meminta peserta menyatakan ciri-ciri perhubungan yang baik yang dapat dalam perbincangan aktiviti tadi.
6. Fasilitator membuat rumusan mengenai panduan-panduan membaiki perhubungan sesama insan.( Rujuk edaran 2.3.1 )
7. Fasilitator menghubungkaitkan ciri-ciri ini dengan perhubungan PRS dengan rakan-rakan mereka terutama dalam aspek membina perhubungan yang selesa, penggunaan bahasa yang jelas dan sopan serta tingkah laku yang menyenangkan.
UNIT 2: ASAS KOMUNIKASIAktiviti 4: Halangan Komunikasi
Aktiviti 4.1 : Halangan Dalam KomunikasiMasa : 30 minitAlat : TiadaObjektif :
1. Mengetahui pentingnya komunikasi bertentangan muka.2. Mengetahui perlunya mengamalkan kemahiran memerhati dalam proses
berkomunikasi.3. Memahami bahawa halangan dalam berkomunikasi menimbulkan banyak masalah
dalam perhubungan manusia.Langkah :
1. Peserta memilih pasangan masing-masing. Setiap pasangan akan mengambil tempat di mana-mana yang mereka rasa selesa.
2. Tiap-tiap pasangan duduk membelakang dan mereka bercerita sesuatu dalam masa yang sama. (5 minit)
3. Kemudian, pasangan duduk berhadapan bertentangan mata dan mereka bercerita sesuatu bergilir-gilir.(5 minit)
4. Semua peserta diminta berkumpul dalam bulatan.5. Peserta diminta memberi reaksi mengenai komunikasi dalam dua situasi yang
berlainan itu.6. Fasilitator membimbing perbincangan dengan memberi fokus kepada:
- Dalam konteks membimbing, perhubungan bertentangan mata sangat penting agar reaksi dan perasaan rakan dapat dilihat sepenuhnya.
- Kesabaran penting untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan dari segi mendengar dan bercakap.
- Penting bagi PRS mengenal pasti faktor-faktor halangan dan kesannya dalam proses mendengar, menerima dan menyampaikan mesej dengan berkesan.
Aktiviti 4.2 : Kemahiran Memberi PerhatianMasa : 30 minitAlat : TiadaObjektif :
1. Memahami perasaan yang timbul apabila percakapannya tidak didengar.2. Menyedari kegagalan menumpukan perhatian akan menunggalkan kesan yang negatif
dan rasa kecewa di pihak yang bercerita.3. Menyedari perlunya kemahiran mendengar secara aktif dalam proses memberi
bimbingan kepada rakan-rakan sebaya.Langkah :
1. 3 orang peserta dipilih dari ahli kumpulan sebagai A, B dan C. Arahan diberi secara berasingan untuk setiap orang tersebut dan tidak diketahui oleh orang lain.
2. A dikehendaki menceritakan kepada B persoalan yang sedang dihadapi ataupun berkongsi satu peristiwa sama ada manis atau pahit yang telah dialaminya.
3. B tidak akan menghiraukan A. Cuba bercakap dengan C, membelek-belek buku atau berdiri menjenguk ke luar.
4. C cuma memerhati keadaan yang berlaku dan melihat kesan perhubungan ini.5. Secara bergilir-gilir peserta A diminta menceritakan pengalaman yang baru dialami,
perasaan terhadap peserta B dan kesan perlakuan peserta B terhadap dirinya.6. Peserta-peserta lain digalakkan memberi maklum balas.7. C akan memberi maklum balas mengenai pengalaman dan perasaannya ketika berada
di dalam kumpulan kecil tadi dan petanda-petanda sihat dan tidak sihat yang dilihat.8. Peserta lain memberi komen.pandangan.9. Fasilitator membimbing perbincangan dengan:
- Mengaitkan perbuatan tidak melayan dalam konteks PRS memberi bimbingan. Rakan-rakan akan berkecil hati, rasa tersinggung dan rasa terhina jika tidak dilayan.
- Dalam proses berkomunikasi, melayan sangat penting bagi mewujudkan rasa percaya terhadap PRS.
- Perkhidmatan membimbing yang berkesan memerlukan kemahiran melayan rakan.
LDK 4
UNIT 2: ASAS KOMUNIKASIAktiviti 5: Kemahiran Mendengar
Aktiviti 5.1 : Mendengar dengan baikMasa : 60 minitAlat : TiadaObjektif :
1. Supaya peserta dapat mengetahui kemahiran asas berkomunikasi yang berkesan.2. Supaya peserta sedar adanya beberapa halangan komunikasi yang boleh menimbulkan
masalah dalam perhubungan..
Langkah :1. Peserta-peserta diminta mencari pasangan-pasangan (A&B)2. Peserta A diminta menceritakan pengalaman sedihnya kepada peserta B dalam masa
10 minit.3. Semua pasangan berkumpul semula dalam kumpulan besar.
- Peserta B menceritakan balik apa yang telah diberitahu oleh peserta A.- Peserta A pula diminta mengesahkan sejauh mana benarnya cerita yang
disampaikan semula oleh peserta B.- Peserta A diminta menceritakan tingkahlaku B pada masa ia menceritakan
pengalaman sedihnya tadi. Contohnya adakah B memotong cakapnya, dalam keadaan berkhayal atau sebagainya.
4. Fasilitator menambah dan merumuskan apa yang telah dibincangkan oleh peserta-peserta dan mengaitkannya dengan perlakuan penting PRS bila berkomunikasi dengan rakan-rakan.
UNIT 2: ASAS KOMUNIKASIAktiviti 6: Kemahiran Tegas Diri
Aktiviti 6.1 : Tingkahlaku Pasif, Tegas Diri dan AgresifMasa : 60 minitAlat : TiadaObjektif :
1. Supaya peserta sedar dan faham adanya sifat-sifat pasif, tegas diri dan agresif pada seseorang indivdu
2. Supaya peserta dapat membezakan tingkah laku agresif melalui proses komunikasi.
Langkah :1. Setiap peserta diminta menulis apa yang mereka tahu tentang tingkah laku pasif, tegas
diri dan agresif dan perbezaannya.2. Fasilitator meminta setiap peserta membaca apa yang ditulis. Fasilitator mencatatkan
di atas kertas mahjung/papan tulis3. Failitator bersama peserta berbincang mengenai perbezaan tingkah laku pasif, tegas
diri dan agresif4. Fasilitator membuat rumusan mengenai tingkah laku pasif, tegas diri dan agresif.
CERAMAH 2
UNIT 3: ASAS KAUNSELINGAktiviti 1: Pengenalan
Aktiviti 1.1 : Pengenalan KaunselingMasa : 60 minitAlat : LCD, Laktop, kertas A4, penObjektif :
1. Untuk meninjau tahap kefahaman peserta terhadap kaunseling.2. Memberi pendedahan tentang ciri-ciri yang terdapat dalam kaunseling untuk
dibandingkan dalam situasi biasa.Langkah :
1. Semua peserta berada dalam barisan.2. Peserta digalakkan menerangkan apakah yang mereka faham mengenai kaunseling.3. Fasilitator menyampaikan ceramah berpandukan bahan powerpoint ‘Pengenalan
Kaunseling’
UNIT 3: ASAS KAUNSELINGAktiviti 2: Kemahiran Mendengar
Aktiviti 2.1 : Rakaman - Mendengar Isi CeritaMasa : 60 minitAlat : kertas A4, penObjektif :
1. Supaya peserta mendengar isi cerita dan mengulang semula dengan tepat.2. Memahami sifat-sifat mendengar dengan peranan PRS dalam memberi pertolongan.
Langkah :1. Semua peserta berada dalam barisan barisan.2. Fasilitator menayangkan beberapa cerita dan semua peserta melihat dan mendengar
tanpa mencatat apa-apa.3. Peserta diminta menceritakan semula apa yang didengar.4. Mereka akan membetulkan satu sama lain sekiranya didapati isi cerita yang
disampaikannya tidak tepat.5. Peserta digalakkan memberi pendapat mengapa isi cerita tidak tepat, contohnya
bising, kurang beri perhatian, tidak faham dan lain-lain.6. Fasilitator menyimpulkan tentang perlakuan yang harus ada bila mendengar untuk
mendapat isi cerita yang tepat.7. Fasilitator menghubungkaitkan sifat-sifat mendengar ini dengan peranan PRS apabila
berinteraksi dengan rakan-rakan terutama yang bermasalah.
LDK 5
UNIT 3: ASAS KAUNSELINGAktiviti 3: Kemahiran Memberi Perhatian
Aktiviti 3.1 : Suara Tanpa GemaMasa : 40 minitAlat : TiadaObjektif :
1. Supaya peserta menyedari proses melayan rakan adalah penting dalam kaunseling.
Langkah :1. Peserta dikehendaki memilih pasangan masing-masing. Peserta A menjadi pencerita
dan peserta B menjadi Pendengar.2. Semua peserta A dan B dipisahkan.3. Fasilitator membacakan 10 permasalahan klien dan setiap peserta A memilih satu
yang dikehendakinya seperti berikut untuk diluahkan kepada B:1. Klien lemah dalam mata pelajaran BI & Matematik2. Klien mempunyai sikap penting diri3. Klien putus cinta dengan teman lelakinya4. Klien suka merokok5. Klien tidak mesra dengan ibu bapa kerana dasar pilih kasih6. Klien suka menjaga tepi kain orang7. Klien terganggu kerana ibubapa selalu bertengkar.8. Klien tidak mahu bersekolah kerana alasan kemiskinan.9. Klien selalu ponteng kelas dan sekolah10. Klien bergaduh dengan rakan sekelasnya
4. Semua peserta B pula sebagai pendengar yang akan melakukan sesuatu yang tidak memberi perhatian seperti memandang ke bawah, memandang ke tempat lain. Arahan ini tidak diketahui oleh peserta A.
5. Tiap-tiap pasangan memilih suatu sudut/tempat yang sesuai di sekitar kawasan yang ditentukan.
6. Selepas 15 minit, peserta-peserta berkumpul dalam kumpulan.7. Fasilitator meminta peserta A yang bercerita menyatakan perasaan mereka apabila
tidak dilayan semasa bercakap.8. Fasilitator meminta peserta B yang tidak melayan mengemukakan pandangan dan
perasaan masing-masing.9. Fasilitator menegaskan bahawa memberi perhatian melalui gerak-geri seperti cara
duduk, tentangan mata dan sebagainya sangat penting dalam proses kaunseling.10. Fasilitator mengaitkan aktiviti ini dengan peranan PRS apabila mereka mendengar
masalah yang dikemukakan oleh rakan mereka. Gerak geri mereka boleh memberi mesej sama ada mereka memberi perhatian atau tidak.
UNIT 3: ASAS KAUNSELINGAktiviti 3: Kemahiran Memberi Perhatian
Aktiviti 3.2 : Berbudi dan BerbahasaMasa : 40 minitAlat : TiadaObjektif :
1. Untuk mendedahkan peserta kepada kepentingan memberi perhatian dalam perhubungan kaunseling.
Langkah :1. Fasilitator meminta dua orang peserta duduk di tengah kelompok.2. Peserta A menceritakan kepada peserta B. Peserta lain menjadi pemerhati.3. Fasilitator meminta peserta A menerangkan perasaannya semasa dia menceritakan
pengalamannya kepada peserta B.4. Peserta-peserta diminta mencari pasangan-pasangan (A&B).5. Fasilitator meminta peserta lain memberi pendapat tentang perhatian yang diberi oleh
peserta B dalam menggalakkan peserta A untuk terus bercerita.6. Fasilitator meminta pasangan lain pula secara bergilir-gilir memainkan peranan
seperti A dan B.7. Fasilitator membimbing perbincangan dengan mengenal pasti petanda tanpa lisan
yang menunjukkan seseorang memberi perhatian atau tidak memberi perhatian.8. Fasilitator akhir sekali menegaskan bahawa tingkah laku tanpa lisan yang bersesuaian
sangat membantu dan PRS perlu memberi perhatian kepada rakan atau sesiapa sahaja yang sedang bercakap untuk menunjukkan kita berbudi bahasa.
UNIT 3: ASAS KAUNSELINGAktiviti 4: Kemahiran Memberi Respon dan Maklum Balas
Aktiviti 4.1 : Kemahiran Mendengar, Memberi Respon dan MerumusMasa : 40 minitAlat : TiadaObjektif :
1. Melatih peserta dalam kemahiran memberi respon berkesan dan membuat refleksi yang tepat dan berkesan.
2. Melatih peserta menguasai kemahiran melayan.Langkah :
1. Dua orang peserta dijemput ke hadapan untuk menjalankan aktiviti main peranan.2. Seorang menjadi klien, seorang menjadi kaunselor dan yang lain menjadi pemerhati
yang bertindak sebagai perumus.3. Peserta akan berpandu kepada skrip yang disediakan.4. Peranan A (Klien) ialah menyampaikan masalah seperti dalam skrip yang disediakan.5. Peranan B (Kaunselor) mendengar secara aktif dan memberi respon yang sesuai
seperti dalam skrip yang disediakan.6. Peranan pemerhati adalah untuk membuat rumusan isi/perasaan klien secara spontan.7. Fasilitator mengaitkan kemahiran ini kepada peranan PRS bila melayan dan
mendengar perkongsian perasaan rakan-rakan.
Recommended