View
285
Download
7
Category
Preview:
DESCRIPTION
Photoshop
Citation preview
modul pembelajaran grafik berkomputer
Cetakan Pertama 2003Cetakan Kedua 2005Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pesiaran Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur..
Perpustakaan Negara Malaysia
Data Penkatalogan Dalam Penerbitan
Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum
Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
1. Modul Adobe Photoshop2. Aplikasi Perisian Grafik3. Judul
Objektif
Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:
memulakan aplikasi Adobe Photoshop. menetapkan setting untuk canvas baru.
mengetahui penggunaan Menu Bar, Tool Bar, Tool Box dan Paparan Kotak Layer.
Mengetahui fungsi layerAktiviti 1:
Memulakan aplikasi Photoshop.
Untuk memulakan aplikasi Adobe Photoshop, pengguna perlu mengklik pada menu Start, pilih program, dan klik pada Adobe Photoshop.
Aktiviti 2:
Menetapkan setting
Aplikasi Adobe Photoshop akan dibuka dan klik pada menu File dan klik New untuk memaparkan dialog box berikut.
Tetapkan setting seperti di bawah.
1. Berikan nama fail yang sesuai dalam ruangan Name.
2. Untuk Saiz Imej, tetapkan kelebaran (Width) dan ketinggian imej (Height), resolusi (Resolution) dan Mode dan Contentsi) Pastikan saiz imej sesuaiii) Resolusi yang sesuai untuk paparan monitor adalah 72 iii) Mode RGB sesuai untuk tujuan paparan di monitor manakala mode CMYK sesuai untuk cetakan
iv) Content white = kanvas akan berwarna putih
Content background color = kanvas akan mengikut warna latarbelakang yang telah dipilih
Content transparent = kanvas tidak mempunyai sebarang warna latar3. Setelah menetapkan setting, klik OK.
Aktiviti 3:
Pembentangan Menu Bar, Tool Bar, Tool Box dan Paparan Kotak Layer.
Satu paparan baru akan muncul. Secara lalainya (default) paparan akan kelihatan seperti dalam di bawah.
Ruang-ruang kanvas yang digunakan akan dipaparkan dalam paparan layer sebagai lapisan-lapisan yang berlainan mengikut jumlah kanvas yang digunakan. Contohnya, jika kita menggunakan tiga gambar dan satu imej teks dalam sesuatu penghasilan kerja, maka empat layer akan terpapar dalam paparan layer. Layer yang pertama akan merujuk kepada background kanvas.Berikut merupakan paparan Toolbox.
Refleksi
Melabelkan tool berdasarkan
gambarajah di bawah:
Objektif
Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:
menggunakan Marquee Tool untuk memilih sesuatu kawasan (area) dari sesuatu image. menggunakan Magic Wand untuk memilih sesuatu kawasan (area) warna dari sesuatu imej mengikut setting tolerans.
menggunakan Move Tool untuk memindahkan imej yang dipilih.
Aktiviti 1:
Menggunakan Marquee Tool
Dalam Marquee Tool terdapat 4 jenis marquee iaitu:
a.Rectangular Marquee Tool
b.Elliptical Marquee Tool
c.Single Row Marquee Tool
d.Single Column Marquee Tool
Rectangular Marquee Tool digunakan untuk memilih kawasan imej secara segiempat tepat.
Elliptical Marquee Tool pula digunakan untuk memilih kawasan imej secara membulat.
Single Row Marquee Tool pula digunakan untuk memilih kawasan imej secara baris melintang (Horizontal line).
Single Column Marquee Tool digunakan untuk memilih kawasan secara baris menegak (Vertical line).
Menggunakan Rectangular Marquee Tool
Kumpulan alat Marquee membenarkan anda membuat pilihan secara menyeret dengan tetikus. Dengan alat yang sesuai, pilihan berbentuk segiempat tepat atau bulatan boleh dibuat.
Bagi pilihan bentuk segiempat tepat atau bulatan:
1. Pilih alat Rectangular Tool atau Elliptical Tool.
2. Tetapkan kursor di atas kawasan imej yang dipilih, kemudian klik dan seret.
3. Setelah melepaskan kursor, segiempat tepat atau bulatan bergariskan titik-titik akan kelihatan menandakan kawasan pilihan.
4. Anda boleh memindahkan pilihan anda ke lokasi lain jika perlu.
Pastikan alat berkenaan masih dipilih, letakkan kursor dalam pilihan (kursor bertukar bentuk), kemudian klik dan seret. Dengan alat yang masih dipilih, anda boleh membatalkan pilihan ini dengan mengklik di luar atau di dalam pilihan.
Aktiviti 2:
Menggunakan Magic Wand
Alat ini berguna untuk memilih bahagian warna imej yang sama warna. Setting tolerans yang rendah akan menghadkan kawasan pilihan warna manakala yang tinggi akan memilih julat piksel yang lebih luas. Magic Wand sesuai untuk memilih bahagian warna yang tekal. Sebelum memilih alat Magic Wand, semak setting tolerance.
1. Klik alat Magic Wand. Masukkan satu nilai tolerance dari 0 255. Jika nilai maksimum 255 dimasukkan, anda akan memilih setiap piksel dalam imej.
2. Klik pada bahagian imej di mana piksel dengan warna yang sama akan dipilih. Semasa mengguna alat Magic Wand, mula dengan setting ketentuan 32.
3. Untuk membatalkan sesuatu pilihan ketika alat Magic Wand masih dipilih, klik di dalam pilihan. Jika anda klik di luar pilihan, suatu pilihan lain akan terhasil. .Aktiviti 3:
Menggunakan Move Tool
Anda boleh mengalihkan satu pilihan (bukan sempadan pilihan saja) ke lokasi lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan alat move.
1. Buatkan suatu kawasan pilihan (kawasan a) dengan menggunakan alat marquee, pilih alat move kemudian letakkan kursor di dalam kawasan pilihan.
2. Klik dan seret untuk mengalih kawasan pilihan tadi (kawasan a). Piksel gambar yang dipindahkan dengan cara ini, yang menjadi kawasan pilihan terapung adalah berguna dan penting. Ketika kawasan pilihan terapung diaktifkan, kawasan a akan terapung di atas piksel gambar di bawahnya tanpa menggantikan kawasan pilihan b.
Objektif
Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:
menggunakan alat-alat seperti Lasso, Paintbrush dan Airbrush Tool untuk membuat sunting atau mengubah sesuatu imej.
menggunakan Paintbrush Tool meletakkan warna dalam sesuatu kawasan imej.
menggunakan Airbrush Tool untuk meletakkan warna dalam sesuatu kawasan imej berdasarkan warna latar belakang atau latar depan.
Aktiviti 1
Menggunakan Lasso Tool
Alat Lasso digunakan untuk membuat pilihan bentuk bebas melalui klik dan seret. Terdapat 3 jenis Lasso Tool iaitu:
a.Lasso Tool
b.Polygonal Lasso Tool
c.Magnetic Lasso Tool.
a.Lasso Tool digunakan untuk menandakan kawasan melalui kaedah mengheret tetikus secara bebas sambil menekan tetikus.
b. Polygonal Lasso Tool pula digunakan untuk menandakan sesuatu kawasan secara mengklik dan mengheret tetikus mengikut kawasan yang dikehendaki.
c. Magnetic Lasso Tool pula digunakan untuk menandakan sesuatu kawasan mengikut sempadan yang dikehendaki dengan kaedah gliding mengikut sempadan tersebut.
Untuk alat Lasso:
1. Klik Lasso Tool untuk memaparkan palet opsyen di menu bar. 2. Setkan opsyen Feather dan Anti-Aliased. Masukkan satu nilai Feather dari 0 250 pixel. Jika nilai Feather 20 px dimasukkan, kesan Feather akan terhasil apabila kawasan yang dipilih dibuang (delete). Jika Nilai Feather 0 dimasukkan maka kesan Feather tidak akan kelihatan.3. Letakkan kursor di atas imej, maka kursor bertukar ke bentuk Lasso Tool.
4. Klik dan seret untuk menyurih bahagian kawasan imej yang hendak dipilih secara bebas. Pastikan kursor anda balik semula ke titik permulaan.
Jika kursor dilepaskan sebelum itu, Photoshop akan melengkapkan pilihan dengan garis lurus. Sempadan bertitik menunjukkan bahagian terpilih.
Untuk alat Polygonal Lasso:
Alat Polygonal Lasso digunakan dengan cara klik mencipta pilihan bentuk bebas bergaris lurus.
1. Pilih alat Polygonal Lasso dan letakkan kursor di atas kawasan imej yang hendak dipilih.2. Klik secara berterusan sehingga bertemu semula ke titik permulaan untuk melengkapkan pilihan.
Anda boleh mengalihkan satu pilihan (bukan sempadan pilihan saja) ke lokasi lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan alat move.
Aktiviti 2
Brush Tool
Alat ini digunakan untuk mendapatkan kesan berus pada lukisan. Anda boleh memilih saiz ketebalan berus pada menu Brush .Pilih dan tentukan Mode, Opacity dan Flow yang berada di bawah menu bar utama.
Latihan
1. Buka satu fail yang mengandungi imej yang sesuai.
2. Layari dan gunakan Alat Brush ini sambil memilih efek-efek yang sesuai yang terdapat pada sub menu Mode, Opacity dan Flow ini dan perhatikan efek-efek yang dihasilkanAktiviti 3
Airbrush Tool
Alat Airbrush (Berus Sembur Angin) bertujuan untuk memberi kesan menyembur cat dengan alat penyembur angin. Alat ini mewarnakan dengan mengambil warna latar depan di dalam Tool Box pada Foreground Color ( rujuk pada mukasurat 3 ). Untuk mewarna dengan menggunakan alat Airbrush, pilih dan tentukan Mode, Opacity dan Flow yang berada di bawah menu bar utama.
Contoh:
Klik dan seret melintasi imej untuk mengisikannya dengan warna latar depan ( Foreground Colour ). Sekiranya nilai Opacity di kurangkan kesan warna yang disembur akan kelihatan pudar. Berbeza dengan perubahan Flow yang dilakukan. Sekiranya nilai Flow dikurangkan maka kesan keamatan warna berkurangkan dan kelajuan anda menyeret berus juga mempengaruhi keamatan warna.
Objektif
Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat:
menggunakan History Brush Tool untuk mengesan segala aktiviti yang telah dilakukan sebelumnya.
menggunakan alat Rubber Stamp Tool untuk menyalin sesuatu imej agar mendapat klon yang serupa atau melahirkan beberapa bentuk yang serupa.
menggunakan Pencil Tool untuk mencipta garisan secara bebas.
Aktiviti 1
History Brush Tool
Berperanan untuk mengimbas kembali arahan-arahan yang telah dilakukan terhadap Tool Brush. Jika anda terlupa jenis peralatan yang telah digunakan, melalui kemudahan ini anda boleh memanggil semula Tool yang digunakan. Melalui Tool Box yang disediakan, klik pada alat yang berkenaan. Terdiri daripada 2 sub-tool iaitu History Brush Tool dan Art History Brush.Aktiviti 2
Pelajar dapat menggunakan alat Clone Stamp Tool untuk menyalin sesuatu imej agar mendapat klon yang serupa atau melahirkan beberapa bentuk yang serupa.
Clone Stamp Tool
Alat Clone Stamp, boleh digunakan untuk memperkemaskan imej secara menyalin sebahagian imej anda. Untuk menyalin sebahagian imej, klik alat Clone Stamp untuk memaparkan palet opsyennya yang berada di bawah Menu Bar utama.1. Menetapkan saiz berus yang sesuai.
2. Pilih Clone Stamp dan bawa kursor ke bahagian imej yang hendak disalin. Kursor akan bertukar dalam bentuk ikon bulat 3. Tekan butang kekunci Alt, kursor akan bertukar kepada ikon target. 4. Klik pada bahagian imej yang hendak disalin. 5. Alih kursor ke tempat lain, kemudian klik dan seret tanpa melepaskan tetikus, imej yang hendak disalin tadi akan terpapar.
Aktiviti 3
Pencil Tool
Berada bersama-sama dengan menu Brush Tool. Anda boleh menggunakan alat pensil untuk:
1. melukis garis dengan bebas,
2. melukis dengan warna latar depan (foreground). Klik alat dan palet opsyennya akan terpapar, dan3. menentukan mod paduan serta setting saiz pensil, Opacity, Mode dan Auto erase. Klik dan seret untuk menghasilkan satu garis. Tekan kekunci Shift ketika melukis garis lurus.
Objektif
Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat:
menggunakan Dodge Tool, untuk mengubah kecerahan sesuatu imej.
menggunakan Alat Blur dan Sharpen Tool, untuk mengimbangi kontras warna di antara piksel sesuatu imej.
menggunakan Type Tool untuk menaip perkataan di dalam aplikasi Photoshop.
Aktiviti 1
Dodge Tool
Untuk mendapatkan sebahagian imej yang lebih cerah, pilih alat Dodge.
1. Pilih saiz dan jenis berus yang sesuai. (Airbrush memberikan kesan hasil yang paling halus).
2. Klik Dodge Tool untuk memaparkan Opsyen palet iaitu Brush, Range, dan Exposure.
3. Klik Dodge Tool dan klik kursor pada imej, kemudian seret untuk menjadikan piksel imej lebih cerah. Lepaskan tetikus, kemudian seret lagi untuk meningkatkan keamatan kesannya.
Aktiviti 2
Blur Tool
Alat blur dan sharpen ialah dua alat fokus. Alat Blur (Kabur) akan mengurangkan kontras di antara piksel dan amat berguna untuk memperkemas pinggir bergerigi dan melembutkan tepi antara dua bentuk.
1. Klik Blur Tool untuk memaparkan Tool Option di menu bar utama.
2. Tentukan Mode, Strength dan saiz berus.
3. Letakkan kursor di atas imej, kemudian klik dan seret untuk untuk mengkaburkan piksel. Aktiviti 3
Type Tool
1. Pilih Type Tool, letakkan kursor di atas imej atau ruang kerja canvas dan klik.
2. Ini menandakan titik bermulanya untuk anda menaip. Kotak dialog Type Tool akan terpapar.
3. Tetapkan settingnya bagi jenis Font Family, Font Style, Font Size, Leading, Spacing, Colour dan Alignment.4. Pilih satu atau lebih style untuk teks anda. Opsyen Anti-aliased dipilih secara lalai (default).
Objektif
Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar dapat:
menggunakan Pen Tool, untuk melukis bentuk secara bebas.
mengenali dan menggunakan Gradient Tool, untuk menghasilkan ton warna yang berbeza.
mengenali dan menggunakan Measure Tool, untuk melukis imej mengikut spesifikasi dengan tepat.
Aktiviti 1
Pen Tool
Pen Tool digunakan untuk menghasilkan garis lurus dan lengkungan yang sempurna. Sebelum menggunakan Pen Tool, adalah penting untuk memahami bagaimana lorong (path) dibina. Lorong (path) yang dibina akan menghasilkan Point segmen. Setiap Point Segmen dapat diubah atau dibetulkan agar lorong atau lengkungan lebih sempurna.
Pen Tool dibahagikan kepada beberapa sub menu :-1. Pen Tool
2. Freeform Pen Tool
3. Add Anchor Point Tool
4. Delete Anchor Point Tool
5. Convert Point Tool
Aktiviti 2
Gradient Tool
Alat Gradient digunakan untuk menghasilkan perubahan warna yang berubah dari satu warna ke warna yang lain secara linear atau jejari.
1. Klik alat gradient untuk memaparkan Gradient Tool Options di bawah Menu Bar utama.
2. Pilih jenis-jenis Gradient sama ada Linear Gradient, Radial Gradient, Angle Gradient, Reflected Gradient, Diamond Gradient dan tentukan opsyen opacity dan Mode.
3. Letakkan kursor di permulaan bahagian berlakunya perubahan Gradient, 4. Kemudian klik dan seret. 5. Sudut dan jarak kursor diseret untuk menentukan sudut dan jarak perubahan.
Aktiviti 3
Measure Tool
Berfungsi untuk membuat pengukuran sesuatu objek mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Dengan ini kita akan memperolehi imej yang sebenar berdasarkan kemahuan kita. Manakala ukurannya pula terdiri daripada piksel, inci dan sentimeter.
Objektif
Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat:
menggunakan Eyedropper Tool, untuk memilih sesuatu kawasan (area) warna dari sesuatu imej.
menggunakan Paint Bucket Tool, untuk mewarnakan sesuatu kawasan imej.
menggunakan Zoom Tool untuk membesarkan atau mengecilkan imej.
menggunakan Hand Tool untuk menggerakkan sesuatu imej di dalam paparan Photoshop.
Aktiviti 1
Eyedropper Tool
1. Memilih dengan segera warna latar belakang atau depan dari kawasan imej aktif, atau dari tetingkap imej Photoshop yang tidak aktif.
2. Untuk menetapkan warna latar depan, klik alat penitis (eyedropper tool). Letakkan alat penitis pada bahagian kawasan yang ingin dipilih warnanya.3. Klik sekali lagi bagi mendapatkan warna latar depan yang diingini.
Aktiviti 2
Paint Bucket Tool
Alat Paint Bucket membolehkan anda mengisi warna dalam sesuatu kawasan yang mempunyai tolerance yang sama.
1. Aktifkan kawasan yang ingin diisikan warna, contohnya dengan menggunakan polygonal tool ataupun marquee tool2.Tukarkan warna yang dikehendaki pada foreground color.
3.Dwiklik pada foreground color untuk mendapatkan paparan color picker ,klik pada warna yang dikehendaki dan klik butang OK.
4.Klik pada tool paint bucket, bawa ke dalam kawasan yang telah diaktifkan dengan garis putus-putus dan klik butang kiri tetikus. Aktiviti 3
Zoom Tool
1. Berfungsi untuk membesarkan atau mengecilkan imej sebanyak 100% 2. Untuk fungsi pembesaran, aktifkan ikon zoom tool dan bawa pada bahagian imej yang ingin diperbesarkan dan klik tetikus..3. Untuk fungsi mengecilkan imej, klik sebelah kiri tetikus seiring dengan menekan kekunci Alt dan ianya akan mengecil 100% pada setiap kali tetikus diklik.
Aktiviti 4
Hand Tool
Alat hand tool ialah suatu alat yang digunakan untuk menggerakan imej sesuatu objek di dalam paparan Photoshop.
Klik pada sebahagian paparan tanpa lepas dan seret ke arah kanan, kiri, atas atau bawah mengikut kehendak pengguna.
Objektif
Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat:
menggubah bentuk objek menggunakan menu Edit > Transform. mengguasai sebahagian sub menu Image, untuk mewarnakan sesuatu kawasan imej.
Aktiviti 1 - Edit
Menu Edit- Transform
1. Antara sub menu yang terdapat ialah Scale, Rotate, Skew, Distort, Perspektive, dan Rotate.
Aktiviti 1.1
Sebelum Scale
Selepas Scale
Aktiviti 1.2
Sebelum Rotate
Selepas Rotate
Aktiviti 1.3
Sebelum Skew
Selepas Skew
Aktiviti 1.4
Sebelum Distort
Selepas Distort
Aktiviti 1.5
Sebelum Perspective
Selepas Perspective
Aktiviti 2 - Imej
Aktivit 2.1 : Image-Brightness/Contrast
1. Pilih Image > Adjust > Brightness/Contrast
Sub Menu Brightness/Contrast digunakan untuk melaras Brightness dan Contrast
Aktiviti 2.2 Menyunting Warna
Gambar Asal
Setelah disunting dengan
menggunakan bringhtness/Contras
1. Laraskan Brightness dan Contrast pada imej yang hendak disunting mengikut kesesuaian. 2. Klik OK setelah pilihan dibuat.
Objektif
Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat:
menggubah warna mengikut kehendak dan kesesuaian masing-masing dengan enggunakan fungsi Image- Variation.
menggubah bentuk kesan dan objek melalui menu Layer, Layer-StyleAktivit 1 : Membuka menu Image-Variations
1.Pilih Image > Adjust > Variations
Paparan berikut akan ditujukan pada skrin:
Pilihan Variasi Warna (Variations)
Aktiviti 2Menu Layer- StyleAktiviti 2.1
Antara sub menu yang disajikan ialah Drop Shadow, Inner Shadow, Outer Glow, Inner Glow, Bevel and Emboss, Satin, Color Overlay, Patern Overlay dan Stroke.
1. Klik pada menu bar layer>layer style>blending options. Kekotak layer style akan dipaparkan.
2. Klik salah satu blending option yang dikehendaki dan kesan efek dapat dilihat pada kekotak preview disebelah kanan.3. Klik Ok setelah anda membuat pilihan yang sesuai.
Aktiviti 2.2
Layer Style Drop Shadow
Sebelum kesan Drop Shadow
Selepas kesan Drop Shadow
Aktiviti 2.4
Layer Style Inner Shadow
Sebelum kesan Inner Shadow
Selepas kesan Inner Shadow
Aktiviti 2.5
Layer Style Bevel and Emboss
Sebelum kesan Bevel and Emboss
Selepas kesan Bevel and Emboss
Objektif
Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat menghasilkan imej yang menggunakan beberapa jenis filter.
Aktiviti 1 : Meneroka menu bar filter (penapis)1. Menu bar Filter digunakan bertujuan untuk membuat beberapa efek dan perubahan yang dikehendaki kepada mana-mana bahagian imej.
2. Sebagai contoh, kita akan gunakan filter>render>lens flare pada imej dune.tif3. Klik pada menu bar filter>render>lens flare. Kekotak lens flare akan dipaparkan.Letakkan bulatan bercahaya sebagai punca cahaya .
4. Pilih kecerahan (brightness) serta lens type.Sebagai contoh, bulatan di sudut atas kanan, brightness140 dan lens type 35 mmprime.
5, Anda akan dapat melihat preview efek yang terhasil dari aktiviti 4. Klik OK.
6. Imej akan mempunyai kesan seolah-oleh disinari matahari.
7. Berikut adalah beberapa efek yang terhasil dari penggunaan filter yang laina) Filter > noise > add noise
b)Filter > distort > zigzag
c) filter > brush strokes > dark strokes
d) filter > stylize > tiles
Latihan
i) Terokai efek-efek yang akan terhasil dengan penggunaan lain-lain filter
Penaung:Pengarah PPK
Timbalan Pengarah PPKPenasihat : Ketua Bidang, Bidang Pendidikan Teknologi dan Vokasional (2005)
Ketua Unit, Unit Mata Pelajaran Vokasional (2005)
Ketua Panel: En. Abdul Wahab b. Ibrahim (2003)
PPK
En. Shamsul Bahri b. Baharudin (2003)PPK
En. Mazlan b. Haji Talib (2004-2005)PPKPanel Penulis (2002-2003)
En. Jusni bin Nasirun
Institut Perguruan Darulaman
En. Tuan Rosdan b. Tuan Muda
Institut Perguruan Darulaman
En. Shukri b. Mansor
Institut Perguruan Darulaman
En. Ishak b. Othman(Allahyarham)
Institut Perguruan Darulaman
En. Zain Hazmi b. Zain Baharin
Maktab Perguruan Ipoh
En. M. Nadarajan
Maktab Perguruan Ipoh
En. Yahya b. Mohamad
SMK Kulim, Kedah
En. Abdul Jasheer b. Abdullah
Maktab Perguruan Persekutuan, P.Pinang
Pn. Nik Ruslah bt. Nik Ab. Rahman
SMK Alor Janggus, Alor Setar
Pn. Norain bt. Sulaiman
SMK Jitra, Kedah
En. P. Sarjit Singh
SMK Taman Ria Jaya, Sg. Petani
En. Ibrahim b. Mat Aris
SMKA Al-Irshad, Kepala Batas
En. Zairudin b. Ahmad
SMK Datuk Hj. Ahmad Badawi, Kepala Batas
En. Mohd. Nawi b. Haron
SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan
Cik Rozilah bt. Mohd. Yusof
SMK Permas Jaya, Johor Baharu
Pn. Normiza bt. Mohd.
SMK Anderson, Ipoh
En. Nordin b. Awang Nor
SMK Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan
En. Arman bin Ishak
SMK Raja Lope Nor Rashid, Perak
Pn. Siti Rohana bt. Abu Bakar
SMK Convent, Perak
En. Mahfudz b. Haji Ahmad
SMKA Slim River Perak
Pn. Nor Hadzlin bt. Mohd. Nor
SMK Putra, Perlis
Panel Penulis (2005)
Pn. Suraya bt. Hashim
SMK Seri Titiwangsa, Kuala LumpurEn. Abdul Karim b. Hamid
SMK Kg. Jawa, Kelang
Y.M. Tg. Norazlan Tg. Sulaiman
SMK Merchang, K. Terengganu
En. Ramlee b. Mat Rani
SMK Tg. Mizan Zainal Abidin, K.Trengganu
Pn. Samsuriyani bt. Ismail
SMK Taman Tun Dr Ismail, K.Lumpur
Pn. Arlina Hasmanizar bt. Che AhmadSMK Segambut Jaya, Kuala LumpurEn. Abd. Majid b. Yusoff
SMK Taman Dato Harun, P.Jaya, Selangor
En. Abdul Halim b. Awang
SMK Bkt.Gambir, Muar
Pn. Haidaturayani bt. Md. Noor
SMK Khir Johari, Beranang
Pn. Suhaila bt. Abd. Rahman
SMK Bukit Baru, Melaka
Pn. Sarina bt. Zainuddin
PPD Kota Setar, Alor Setar, KedahEn. Ramesh a/l Kanapathy
SMK Alam Megah, Shah Alam SelangorPn. Wong Siew Fong
SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur
Cik Siti Nurhasni bt. Nordin
SMK ABI, Jln.Pdg.Melangit, KangarCik Siti Amrah bt. Zakaria
SMK Dato' Hj. Mohd. Redza, Seremban
Pn. Noor Azrina Jasmi
SMK Tmn Perumahan Bedaun, WP LabuanPn. Khairul Azlina Khairi
SMK Dato, Seri MaharajaLela, Kg. Gajah, Perak
En. Mohamad Nazri b. Zuhir
SMK Tok Muda Abdul Aziz,Sg. Siput, Perak
En. Haizul Faried Iskandar A.Halim
SMK Khir Johari, Sg. Petani, Kedah
En. Haziq b. Ruslan
SMK Jeram, Selangor
Penyunting(2003)
En. Rozairi bin Taib
Jabatan Pelajaran Melaka
En. Razali bin Suman
SMK Anjung Batu , MersingEn. Azhar bin Kamarudin
SMK Gombak Setia, Selangor
En. Badrolhisam Hj. Abd. Ghani
EPRD, KPM
Urus Setia
En. Abu Sulaiman bin Ibrahim
PPK
En. Abd. Rahman bin Ismail
PPK
En. Mohd. Zubir b. Abdul Rahman
PPK
Type Tools
Dodge Tools
Paint Bucket Tool
Pencil Tools
Slice Tools
Magic Wand
Move Tool
Luar Pilihan
Dalam Pilihan
Paparan Layer
Ruang Kerja (Canvas)
grafik berkomputer
dan
produksi multimedia
Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat:
Membuat beberapa efek khas pada sesuatu imej menggunakan menu Filter
31
Alat Polygonal Lasso
UNIT 1 : PAPARAN DAN TOOLBAR
EMBED Photoshop.Image.6 \s
UNIT 2 : MARQUEE, MAGIC WAND DAN MOVE TOOL
Mode
Opacity
Flow
Pilihan saiz Brush
O
Airbrush Tool boleh didapati setelah anda klik pada Brush Tool
EMBED Photoshop.Image.6 \s
Gambar asal
UNIT 3 : LASSO, PAINTBRUSH DAN AIRBRUSH TOOL
EMBED Photoshop.Image.6 \s
UNIT 4 : HISTORY, RUBBER STAMP DAN PENCIL TOOL
Klik untuk mendapatkan menu pilihan bagi
saiz dan jenis berus
Dodge tool
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
UNIT 5 : DODGE, BLUR & SHARPEN DAN TYPE TOOL
UNIT 6 : PEN, GRADIENT DAN MEASURE TOOL
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
UNIT 7 : EYE DROPER, PAINT BUCKET, ZOOM DAN HAND TOOL
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
UNIT 8 : MENU EDIT - TRANSFORM DAN ADJUST
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
Tool Box
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
Hasil efek setelah membuat pilihan di blending option
UNIT 9 : IMAGE: VARIATON DAN LAYER: STYLE
Pilihan
Blending Option
modul pembelajaran
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
EMBED Photoshop.Image.6 \s
30
UNIT 10 : FILTER
History Tools
Rectangle Tools
Eyedropper Tools
Zoom Tools
Rectangular Marquee Tool
Lasso Tool
Crop Tool
Clone Stamp Tool Tool
Blur Tool
Pen Tools
Hand Tool
Healing Brush Tool
Eraser Tool
Path Selection Tool
Audio Annotation Tool
Adobe Photoshop cs
Background Color
Foreground Color
pusat perkembangan kurikulum
kementerian pendidikan malaysia
2005
PENDAHULUAN
Setiap murid berupaya untuk menguasai perkara yang dipelajari dan tahap penguasaan ini adalah bergantung kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Pengajaran dan pembelajaran bermodul merupakan satu pendekatan yang memberi peluang kepada murid untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri. Dengan ini, murid-murid akan dapat mempertingkatkan penguasaan pembelajaran ke tahap yang maksima.
Modul ini mengandungi penerangan dan tata cara melaksanakan sesuatu arahan dalam perisian Adobe Photoshop. Adalah diharapkan ia dapat membimbing dan membantu guru dan murid untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran aplikasi Adobe Photoshop.
Penting:
Bagi tujuan pentaksiran mata pelajaran Grafik Berkomputer dan Produksi Multimedia, guru-guru adalah diingatkan supaya merujuk kepada kompetensi-kompetensi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
KANDUNGAN
UNIT 1 muka surat
Paparan dan Toolbar1
UNIT 2
Marquee, Magic Wand dan Move Tool4
Unit 3
Lasso, Paintbrush dan Airbrush Tool7
Unit 4
History Brush, Rubber Stamp dan Pencil Tool10
Unit 5
Dodge, Blur & Sharpen dan Type Tool12
Unit 6
Pen, Gradient dan Measure Tool14
Unit 7
Eye dropper, Paint Bucket, Zoom dan Hand Tool16
Unit 8
Menu Edit : Transform dan Adjust18
Unit 9
Menu Imej: Variation dan Menu Layer: Style23
Segitiga Kecil menandakan terdapat beberapa tool yang lain di dalam paparanTool Box.
segiempat tepat atau bulatan
bergariskan titik-titik
Kawasan a
Kawasan a
Kawasan b
Imej asal yang hendak disalin
Hasil imej yang telah disalin (clone)
Foreground color
Tool Bar
Menu Bar
Titik titik telah bersambung
Brush Tool
Imej yang terhasil setelah menggunakan dodge tool
32
33
Ahli Panel Penulis
Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer Dan Produksi Multimedia (2002-2005)
1 Disember 2005
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
PAGE 1
_1086596193.unknown
_1086685101.psd
_1096446920.psd
_1102158550.psd
_1105685968.psd
_1099814626.psd
_1099814661.psd
_1099811554.psd
_1086772527.psd
_1086772904.psd
_1086789922.psd
_1086789923.psd
_1086772796.psd
_1086685964.psd
_1086772478.psd
_1086685917.psd
_1086683643.psd
_1086684917.psd
_1086685066.psd
_1086684880.psd
_1086683343.psd
_1086683493.psd
_1086682195.psd
_1086683229.psd
_1086682032.unknown
_1086590760.psd
_1086594948.psd
_1086595280.psd
_1086591761.psd
_1082536186.psd
_1086589700.psd
_1082534404.psd
Recommended