View
261
Download
3
Category
Preview:
DESCRIPTION
kajian mengenai kes ponteng kelas
Citation preview
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengkaji dan menambah baik amalan
seorang individu dalam mereka bentuk aktiviti penyelesaian masalah bagi
mengembangkan nilai-nilai murni. Individu sasaran kajian saya ialah Muhammad
Tarmizi (bukan nama sebenar), seorang pelajar di Institut Pengajian Guru Kampus
Pendidikan Teknik Bandar Enstek, Nilai. Data dikumpulkan dengan menggunakan
kaedah soal selidik dan kaedah temu bual. Dapatan kajian menunjukkan individu ini
mempunyai beberapa faktor yang menyebabkan dia sering ponteng kuliah.
PENDAHULUAN
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan
sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke
sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang
demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua
kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang
munasabah.
Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada
tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk
kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada
salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.
Sebagai seorang pelajar khususnya pelajar Institut Pendidikan Guru dimana
merupakan bakal pendidik anak bangsa tidak seharusnya mempunyai masalah
ponteng kuliah. Namun, terdapat segelintir pelajara seringkali ponteng kuliah. Dia
selalu tidak menghadiri kuliah pada waktu pagi dan pada kuliah yang tertentu. Hal ini
menimbulkan pelbagai persoalan mengapakah dia tidak menghadiri kuliah.
Saya menyedari bahawa ponteng kuliah ini akan memberikan kesan yang
buruk kepada status pelajar tersebut dalam peperiksaan semester. Kemungkinan
besar pelajar tersebut digantung peperiksaan oleh sebab tidak cukup jam kredit.
Selain itu, pelajar tersebut juga akan berdepan tindakan disiplin dan jika sabit
kesalahan dia akan dibuang dari IPG. Namun yang demikian, pasti ada puncanya
mengapa dia sering ponteng kuliah. Pelajar ini harus diberi pertolongan. Mendenda
bukan cara yang betul sebaliknya kita perlu nasihat dan ambil tahu apakah
puncanya.
Oleh yang demikian, bagi merealisasikan hasrat ini, pelbagai usaha telah
saya rancang untuk dijalankan kepada pelajar yang sering kali tidak meghadiri kuliah
tanpa sebab yang releven. Kaaedah yang saya rancang ialah melalui keadah soal
selidik dan temu bual bagi mengetahui punca yang menyumbang kepada masalah
tidak menghadiri kuliah.
FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian dan cerita dari kawan-kawan yang lain, saya dapati
seorang individu yang bernama Tarmizi (bukan nama sebenar) seringkali tidak
menghadiri kuliah atau ponteng kuliah di Institut Pendidikan Guru Kampus
Teknik. Hasil pemerhatian saya memang betul setiap pagi saya tengok Tarmizi
sedang tidur sedangkan pada waktu tersebut kawan-kawan dia yang lain berada di
dalam kelas. Kadang-kadang dia tidak akan menghadiri kuliah sepanjang hari dan
ada kalanya dia hanya ponteng kuliah pada waktu pagi sahaja.
Tarmizi merupakan salah seorang pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Teknik. Berumur 22 tahun. Dia merupakan seorang individu yang
pendiam namun akan bising apabila diajak berborak. Dia suka menyendiri didalam
bilik dan tidak beriadah pada waktu petang. Dia seorang yang suka membaca buku
yang berunsurkan agama, sejarah dan politik. Dia jenis yang suka bercerita. Selain
itu, tarmizi mempunyai tahap sosial yang rendah. Dia seorang yang tidak pandai
bergaul. Dia juga mempunyai watak yang agak pelik. Hal ini dikatakan demikian
kerana cara pemakaian dia lebih kepada pakaian orang jawa. Dia seorang yang
bijak. Latar belakang pendidikan sebelum ini sangat baik. dia merupakan bekasan
pelajar MRSM dan mendapat 8A dalam SPM 2010. Namun demikian, mengapakah
dia sering tidak mengahdiri kuliah?
Oleh yang demikian, saya telah menjalankan satu kajian terhadap individu
yang bernama Tarmizi (bukan nama sebenar). Sehubungan dengan itu, kajian saya
menjuruskan kearah mengkaji tentang punca utama yang menyebabkan Tarmizi
selalu tidak menghadiri kuliah. Terdapat tiga punca yang telah saya senaraikan
sebagai fokus kajian sayia. Antaranya ialah :
tidur lewat malam
masalah dengan kawan sekelas
masalah dengan pensyarah.
CARA PENGUMPULAN DATA
Data-data yang saya perlukan telah dikumpulkan dengan menggunakan pendekatan
kualitatif. Saya memilih untuk menggunakan dua strategi iaitu melalui kaedah soal
selidik dan kaedah temubual telah membantu saya dalam mengkaji punca utama
yang menyebabkan Tarmizi tidak menghadiri kuliah yang telah saya laksanakan.
1) Soal Selidik
Dalam kajian ini saya telah menggunakan soal selidik yang mana responden hanya
perlu memberikan jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
Saya menggunakan kaedah ini adalah kerana :
i. Melibatkan kos yang rendah apabila maklumat yang diperolehi adalah
dari orang ramai.
ii. Responden boleh menjawab mengikut kesesuaian masa mereka
iii. Maklumat yang diperolehi mudah untuk dianalisa.
Kandungan soal selidik
Soalan soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan
bahagian B. Bahagian A mengandungi maklumat ringkas peribadi responden
manakala bahagian B pula mengandungi butiran soalan-soalan soal selidik
dimana sebanyak 9 soalan disediakan. Soalan-soalan ini adalah berkaitan
tentang tingkahlaku Tarmizi di dalam kuliah dan di kolej kediaman. (Rujuk
Lampiran B).
2) Temubual
Satu lagi kaedah kajian yang telah saya gunakan dalam kajian tindakan ini ialah
temubual. Terdapat 2 jenis temubual yang saya gunakan iaitu temubual rakan
sekelas dan rakan sebilik. Temubual melibatkan pertemuan antara saya dengan
responden untuk tujuan mendapatkan maklumat. Saya telah mengajukan soalan-
soalan yang berkaitan aktiviti yang dilakukan pada waktu malam, hubungan dengan
rakan sekelas, hubungan dengan rakan sebilik, hubungan dengan pensyarah dan
waktu tidur dan bangun. Kesemua soalan yang saya ajukan ini perlu dijawab secara
lisan oleh responden. Data dikumpulkan dalam bentuk dialog temubual.
Saya menggunakan kaedah ini adalah kerana :
i. Saya ingin memberikan peluang kepada responden mengemukakan
idea atau pendapat mereka secara spontan dan bebas
ii. Membenarkan saya meneroka secara mendalam dan memberi
peluang kepada responden untuk memberi penjelasan yang tepat
kepada persoalan yang dikemukakan.
iii. Temubual ini menjadi alternative kepada responden yang tidak
berminat untuk berkongsi idea melalui penulisan.
Kandungan Temubual
Bagi temubual rakan sebilik, terdapat 9 item yang dikemukakan kepada
responden. Item- item ini telah dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu aktiviti
yang dilakukan, waktu tidur dan bangun, masalah-masalah yang
mengganggu.
Bagi temubual rakan sekelas pula terdapat 9 item yang dikemukakan kepada
responden. Item-item ini telah dikelaskan kepadatiga bahagian iaitu hubungan
dengan rakan sekelas, kerja atau tugasan yang diberikan dan hubungan
dengan pensyarah.
BORANG SOALSELIDIK
Nama : ______________________ Kelas: _________
Terima kasih kepada semua responden yang sudi menjawab soalan berikut.
Dapatan kajian adalah untuk mencari punca utama yang menyebabkan Tarmizi tidak
menghadiri kuliah.
Arahan : Jawab semua item dibawah dengan menanda ( / ) pada ruang yang
disediakan sama ada ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
BIL. ITEM
SKOR
YA TIDAK
1. Suka bermain game hingga lewat malam
2. Suka bercakap telefon hingga lewat malam
3. Suka buat tugasan hingga lewat malam
4. Bangun solat subuh
5. Selalu bangun lewat
6. Pernah bergaduh dengan kawan sekelas
7. Hantar tugasan yang diberikan pada waktu yang
ditetapkan
8. Aktif dalam kerja berkumpulan
9. Selalu dimarahi oleh pensyarah
SKRIP TEMUBUAL
Bahagian : Rakan Bilik
Butiran Asas Responden
Nama :
Umur :
No.Kad Pengenalan :
Bangsa :
Bil
.
Nama Dialog
1. Saya
Shamir
Saya
Shamir
Saya
Shamir
Assalamualaikum Shamir. Maaf ganggu. Free ke sekarang?
Waalaikumussalam Azim. Eh tidak ganggu pun. Saya free je
sekarang ni. Tak tahu nak buat apa. Ada apa yang boleh saya bantu?
Ok begini Shamir. Saya sekarang ini tengah menjalankan kajian
lapangan untuk matapelajaran minor. Saya ingin jalankan kajian
terhadap rakan bilik kamu memandangkan dia selalu ponteng kuliah.
Kamu tahu kan? Jadi, tujuan kajian saya ini adalah untuk
membantunya dengan cara mencari punca utama yang
menyebabkan dia tidak mahu ke kelas.Boleh saya menemu bual
kamu sekejap.
Hehe. Bagus kamu zim. Saya memang dah tahu. Saya dah banyak
berikan nasihat namun tidak ada perubahan. Boleh je. Silakan.
Ok, soalan pertama saya ialah pukul berapa Tarmizi selalu tidur
dan apakah aktiviti dia di sebelah malam?
Tarmizi sebenarnya tidur awal dari saya. Dalam pukul 10.30
selepas makan dia akan tidur. Walaupun saya tidak tutup lampu
bilik dia boleh tidur dengan nyenyak. Aktiviti dia sebelah malam pula
dia hanya mengadap facebook dalam lactop dan kadang-kadang
dia akan menonoton cerita. Walaubagaimana pun, dia jarang sekali
tidur lewat malam.
2. Saya
Shamir
Saya
Shamir
Saya
Shamir
Saya
Shamir
Selain itu, apakah aktiviti Tarmizi buat pada waktu malam sebelum
dia tidur? Boleh saya tahu.
Boleh je. Tarmizi suka membaca buku. Buku yang dia selalu baca
ialah buku-buku agama, buku sejarah dan buku politik. Namun, dia
tidak pernah membaca buku berkaitan pelajaran.
Adakah Tarmizi akan buat tugasan yang diberikan pensyarah?
Jujur saya cakap, Tarmizi tidak pernah buat tugasan tambah-
tambah lagi kalau tugasan tersebut melibatkan tugasan berkumpulan.
Dia tidak pernah keluar dari bilik untuk aktiviti kumpulan
bersama kawan-kawan yang lain.
Ok, bagaimana pula dengan pergaulan dan komunikasi kamu dengan
dia? Adakah rapat atau dingin?
Hehe. Malu pula saya nak cerita. Pada awal-awal saya kenal dia dulu
dan duduk satu bilik, saya dan dia boleh dikatakan rapat dan selalu
berkongsi cerita. Namun, sejak kebelakangan ini saya dan dia tidak
lagi seakrab dulu. Saya jarang bercakap dengan dia dan kalau
bercakap pun hanyalah untuk hal-hal yang penting sahaja.
Boleh saya tahu mengapa hubungan kamu menjadi dingin?
Ok, hubungan saya dan dia mula dingin sejak saya mula naik
menyampah dan bosan dengan sikap dia yang suka bercerita
benda yang bukan-bukan. Setiap malam dia tidak akan berhenti
bercerita tentang Hang Tuah dan banyak lagi cerita pahlawan-
pahlawan. Dia pernah tunjuk kat saya pedang pendekar yang dia
miliki. Pada suatu malam, saya tengah buat kerja yang perlu
dibentangkan esok. Dia asyik berceita kepada saya. Saya hilang
sabar dan memarahi dia. Saya cakap dekat dia supaya berhentilah
bercerita benda yang sama je. Tolong la buat tugasan yang diberikan.
Dia pun diam dan tidur.
3. Saya
Shamir
Bagaimana pula dengan masa bangun pagi dia pada setiap hari?
Pada waktu pagi dia akan bangun 6.30 pagi. Dia akan mandi dan
sembahyang subuh. Kadang-kadang dia akan mengaji al-Quran.
Namun, selepas itu dia akan sambung tidur balik. Bila saya bangun
untuk ke kelas saya tengok dia masih lagi tidur. Saya akan kejut
dia tetapi dia akan suruh saya pergi dulu.
4. Saya
Shamir
Saya
Shamir
Pernahkah kamu Tanya dia tentang sebab dia tidak mahu ke kelas?
Pernah. Saya pernah Tanya namun dia hanya cakap dia terlajak
tidur. Tapi takkan hari-hari terlajak tidur. Pada suatu hari dia pun
menceritakan dekat saya yang dia dipulau oleh kawan-kawan
dalam kelas dia.
Kenapa dia di pulau oleh kawan-kawan dia?
Setakat yang saya tahu, kawan-kawan dia tidak mahu berkawan
dengan dia kerana sikap dia yang kurang matang. Dia suka
bercakap benda yang bukan-bukan seperti cerita pendekar itu la,
sejarah perang itu la. Dan saya ada dengar dia malas buat kerja.
Kawan-kawan dia tidak suka berkawan dengan dia sebab pemaikaian
dia agak pelik seperti orang jawa.
5. Saya
Shamir
Saya
Shamir
Ok Shamir, pada pandangan kamu adakah Tarmizi mempunyai
masalah keluarga atau pun masalah dengan warga IPG?
Setahu saya dia tidak ada sebarang masalah keluarga. Cuma dia ada
masalah dari segi kenderaan untuk ke kelas dan keluar makan. Dia
biasa pergi ke kelas menumpang motor kawan dia atau dia akan
jalan kaki. Kalau makan dia akan masak sendiri. Dia juga biasanya
menjadi mangsa ejekan. Dia diejek kerana suka bersilat diwaktu
petang di tempat yang sunyi. Dia digelar pendekar Tarmizi. Dia selalu
membawa beg kain, memakai tanjak di kepala seperti seorang
pendekar.
Ok Shamir, setakat ini saja lah perbualan kita. Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa
dengan saya pada petang ini. Terima kasih atas maklumat yang
kamu kongsikan kepada saya. Saya harap maklumat kamu dapat
membantu kajian lapangan saya.
Sama-sama. Saya doakan yang terbaik untuk kamu zim.
SKRIP TEMU BUAL
Bahagian : Rakan sekelas
Butiran Asas Responden
Nama :
Umur :
Jantina :
No. Kad Pengenalan :
Bangsa :
Bil. Nama Dialog
1. Saya
Mukmin
Assalamualaikum Mukmin, maafkan saya mengganggu awak.
Awak free tak sekarang. Kalau free boleh tak saya nak
menemu bual awak sekejap mengenai Tarmizi yang selalu tak
datang kuliah?
Owh, boleh-boleh. Saya free sekarang. Pukul 11 pagi jap lagi
baru ada kelas. Awak nak tanya apa tu?
2. Saya Mukmin, memandangkan awak satu kelas dengan Tarmizi
sudah tentu awak lebih mengenali Tarmizi semasa dalam
kelas kan. Tarmizi dalam kelas macam mana sikap dia?
Hubungan dengan kawan-kawan sekelas macam mana ye?
3. Mukmin Ok, Tarmizi dalam kelas seorang yang pendiam. Kawan-
kawan dia sering meminggirkan dia. Kalau ada kerja secara
beerkumpulan, Tarmizi tidak akan dipilih. Hal ini
menyebabkan dia tidak buat kerja. Kawan-kawan dia tidak
pilih dia sebab dia tidak dapat berikan kerjasama. Dia juga
selalu memberi idea yang tidak masuk akal. Memandangkan
dalam kelas saya hanya ada 3 orang sahaja lelaki termasuk
dia. Jika ada tugasan berkumpulan, dia tidak ada pasangan.
Pensyarah juga mengarahkan dia duduk seorang
memandangkan kelas kami ada 17 orang. Dia juga sanggup
untuk duduk seorang oleh sebab Tarmizi suka buat tugasan
dengan idea dia.
4. Saya
Mukmin
Bagaimana pula dengan pensyarah? Ada tak pensyarah
menegur dia atau memerahi dia?
Ada juga la..tapi bukan semua pensyarah la. Ada seorang
pensyarah subjek Bahasa Inggeris selalu memarahi Tarmizi.
Ini kerana Tarmizi selalu tidak menyiapkan tugasan yang
diberikan pada waktu yang ditetapkan. Ada pada satu pagi,
pensyarah memarahi Tarmizi sehingga membaling buku
Tarmizi ke lantai. Pensyarah itu suruh dia membentangkan
slide power point namun dia tidak buat dan memberikan
alasan tidak ada pasangan untuk menyiapkan tugasan
tersebut. Pada saat itu, saya tengok Tarmizi selalu malas
untuk datang ke kelas Bahasa Inggeris.
5. Saya
Mukmin
Mukmin, awak tahu kan Tarmizi sekarang ini selalu ponteng
kuliah dan menyebabkan pihak HEP sedang mengambil
tindakan untuk menggantung dia dari menduduki peperiksaan
pada semester ini. Pada pandangan awak, kenapa dia tidak
mahu ke kelas.
Ye saya tahu tentang itu, saya rasa mungkin dia memerlukan
kawan. Saya dan kawan-kawan yang lain pernah bertanya
tentang hal ini. Setelah didesak banyak kali dia kata dia nak
supaya dia dibuang dari IPG kerana dia rasa kesunyian
tanpa kawan. Dia kata dia dipinggir oleh rakan-rakan sekelas.
Padahal rakan-rakan dalam kelas bukan pinggir dia pun tapi
Saya
Mukmin
Saya
Mukmin
dia yang tak nak menerima teguran. Kedua, dia rasa tidak
mahu ke kelas bahasa inggeris je sebenarnya tapi apabila dia
tidak pergi kelas pagi maka dia tidak akan pergi untuk semua
kelas sepanjang hari tersebut kerana tidak ada kenderaan.
Kalau dia bangun awal biasa dia akan naik motor dengan
saya.
Kenapa dia tak nak pergi kelas bahasa Inggeris?
Mungkin dia rasa tak selesa dengan pensyarah. Bila dia
tidak buat tugasan dia tidak akan datang ke kelas. Dia tidak
tahu tugasan yang diberikan kerana dia tidak berhubung
dengan kawan-kawan dalam kelas. Kami ada whatsapp
group. Dia tidak join group tersebut kerana dia tidak ada
handphone smartphone.
Ok, terima kasih Mukmin kerana sudi meluangkan masa
dengan saya.
Sama-sama. Yang baik datangnya daripada Allah, yang jahat
itu datang dari saya sendiri. Semoga berjaya zim.
DAPATAN KAJIAN
Hasil kajian di perolehi daripada kaedah soal selidik yang telah dibuat kepada 6
orang responden. Responden tersebut merupakan rakan-rakan terdekat Tarmizi.
Responden dipilih berdasarkan jarak bilik dan juga satu kelas dengan Tarmizi. Hal
ini memudahkan responden membuat soal selidik. Hasil kajian adalah seperti
dibawah :
BIL. ITEM JUMLAH SKOR
YA TIDAK
1. Suka main game hingga lewat malam 1 5
2. Suka bercakap telefon hingga lewat malam 0 6
3. Suka buat tugasan hingga lewat malam 2 4
4. Bangun solat subuh 4 2
5. Selalu bangun lewat pagi 5 1
6. Pernah bergaduh dengan rakan sekelas 4 2
7. Hantar tugasan yang diberikan pada waktu yang
ditetapkan
0 6
8. Aktif dalam kerja kumpulan 0 6
9. Selalu dimarahi oleh pensyarah 5 1
Jadual diatas menunjukkan dapatan kajian melalui kaedah soal selidik yang
dijalankan kepada 6 orang responden. Hasil kajian menunjukkan untuk item yang
pertama, 1 responden memilih ya dan 5 responden mengatakan tidak. Untuk item
kedua pula menunjukkan semua responden mengatakan tidak. Seterusnya, untuk
item ketiga menunjukkan 2 responden memilih ya dan 4 lagi mengatakan tidak.
Kemudian, untuk item yang keempat pula 4 orang responden mengataka ya dan 2
lagi mengatakan tidak. Untuk item kelima pula, 5 responden memilih ya dan hanya
seorang sahaja memilih tidak. Seterusnya untuk item yang keenam, 4 orang
responden memilih ya dan 2 orang responden memilih tidak. Untuk item ketujuh, 6
orang responden memilih ya. Manakala item yang kelapan 6 orang responden
memilih tidak. Akhir sekali, untuk item kesembilan, seramai 5 orang responden
mengatakan ya dan seorang sahaja mengatakan tidak.
Gambarajah dibawah menunjukkan hasil kajian melalui kaedah soal selidik terhadap
tingkahlaku Tarmizi.
Tingkahlaku di Kolej Kediaman
suka main game hingga lewat malam suka bercakap telefon hingga lewat malamsuka buat tugasan hingga lewat malam bangun solat subuhSelalu bangun lewat
Tingkahlaku di dalam kelas
pernah bergaduh dengan kawan sekelashantar tugasan pada waktu yang ditetapkanaktif dalam kerja kumpulanselalu dimarahi pensyarah
Setersunya, hasil kajian yang diperolehi dari kaedah temubual terhadap dua
responden pula ialah seperti berikut :
Hasil kajian daripada temubual dengan Muhammad Shamir Usrah.
Pukul 10.30 malam selepas makan Tarmizi akan tidur
Aktiviti malam ialah melayari facebook dan menonton cerita
Suka membaca buku jurnal politik, agama dan sejarah lama.
Tidak buat tugasan yang diberikan
Tidak pernah keluar bilik untuk perbincangan tugasan berkumpulan
Sikapnya membosankan kerana selalu bercerita tentang benda yang bukan-
bukan dan berulang kali.
Bangun pukul 6.30 pagi untuk sembahyang subuh dan kadang-kadang
membaca Al-Quran
Sambung tidur balik selepas selesai solat subuh
Dipulau oleh kawan-kawan lain oleh sebab sikapnya yang kurang matang
Menumpang motor kawan untuk ke kelas
Selalu diejek dan digelar pendekar
Hasil kajian daripada temubual bersama Mohammed Mukmin Ezfar
Tarmizi merupakan seorang yang pendiam di dalam kelas
Sering dipinggir oleh kawan-kawan yang lain.
Tidak memberikan kerjasama dalam tugasan berkumpulan menyebabkan dia
dipinggir
Kesannya, dia tidak ada partner dalam membuat tugasan yang diberikan
Dia suka buat tugasan dengan idea dia sendiri.
Pensyarah selalu memarahinya atas sikapnya yang tidak hantar tugasan
Kadang-kadang dia akan hantar tugasan selepas tarikh submit.
Dia tidak suka datang kelas Bahasa Inggeris kerana dia tidak suka pensyarah
tersebut.
Tidak ada smartphone dan menyebabkan dia tidak dapat maklumat tentang
tugasan.
ANALISIS KAJIAN
Hasil kajian telah diperolehi dari kaedah soal selidik yang dijalankan kepada 6
responden iaitu Amar, Rasydan, Naqiuddin, Ezwan dan Yam. Terdapat 9 item
mengenai tingkahlaku yang telah diisi oleh enam orang responden tersebut .
Menerusi kaedah soal selidik ini, terdapat empat item yang mendapat peratusan
yang paling tinggi iaitu selalu bangun lewat, bergaduh dengan rakan sekelas dan
selalu dimarahi pensyarah.
Untuk item selalu bangun lewat, terdapat 5 responden telah mengatakan ‘Ya’.
Manakala untuk item bergaduh dengan rakan pula terdapat 4 responden
mengatakan ‘Ya’ dan dua orang mengatakan ‘Tidak’. Kemudian, untuk item selalu
dimarahi pensyarah, 5 responden mengatakan ‘Ya’. Hasil soal selidik ini telah
mendapati punca-punca Tarmizi tidak menghadiri kuliah ialah selalu bangun lewat,
bergaduh dengan rakan sekelas dan dimarahi pensyarah. Namun demikian, apakah
punca utamanya?
Selepas menjalankan soal selidik, saya telah menjalankan kaedah temubual.
Saya telah jalankan sesi temubual bersama dua orang responden iaitu Shamir dan
Mukmin. Shamir merupakan rakan sebilik dengan Tarmizi manakala Mukmin pula
merupakan rakan sekelas dan juga yang menumpangkan Tarmizi untuk ke kelas
dengan motorsikalnya. Oleh sebab itu lah saya telah mengambil keputusan untuk
menemu bual mereka berdua.
Hasil temubual saya dengan Shamir mendapati bahawa Tarmizi selalu tidur
awal iaitu pukul 10.30 malam. Selain itu, aktiviti pada waktu malam dia ialah
melayari Facebook dan kadang-kadang menonton cerita. Menurut Shamir lagi,
Husni suka membaca buku-buku agama, politik dan sejarah. Tambahnya lagi, jarang
sekali dia melihat Tarmizi membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Tarmizi
juga jarang keluar dari bilik untuk menyertai perbincangan tugasan berkumpulan.
Disamping itu, Tarmizi juga membosankan. Hal ini dikatakan demikian kerana dia
suka bercerita benda yang sama dan cerita yang berkenaan dengan sejarah
pendekar. Dia seolah-olah taksub dengan bidang persilatan.
Seterusnya, Tarmizi selalu bangun awal pagi iaitu pukul 6.30 pagi. Dia akan
sembahyang subuh dan kadang-kadang dia akan membaca Al-Quran hingga pukul
7. Namun, Tarmizi akan sambung tidur balik sejurus selepas itu. Sebelum ini,
lazimnya Tarmizi akan bangun awal dan pagi-pagi dia akan pergi ke kelas dengan
menumpang motorsikal kawannya.
Dapatan kajian hasil temubual dengan Mukmin pula mendapati terdapat
beberapa punca yang menyebabkan tingkahlaku Tarmizi menjadi tidak bermoral
semasa di dalam kelas. Antaranya ialah Tarmizi telah dipulau atau dipinggir oleh
rakan-rakannya. Ekoran itu, Tarmizi telah menjadi pendiam. Menurut Mukmin, punca
dia dipinggir oleh kawan sekelas terutama pelajar perempuan ialah sikap Tarmizi
yang tidak matang. Tarmizi selalu tidak memberikan kerjasama dalam tugasan
berkumpulan. Pada masa yang sama, dia selalu memberikan idea yang tidak inovasi
dan selalu membuat lawak bodoh.
Kesannya, Tarmizi tidak ada pasangan dan kumpulan dalam menyiapkan
tugasan. Menurut mukmin, dalam kelasnya mempunyai pelajar seramai 15 orang.
Lazimnya pensyarah akan memberikan tugasan secara berdua. Memandangkan
dalam kelas Mukmin ada 3 orang sahaja lelaki. Perempuan telah memilih pasangan
dengan perempuan makan Tarmizi tidak mempunyai pilihan. Dia terpaksa buat
tugasan seorang diri oleh sebab rakan-rakan sekelas tidak mahu memilihnya. Selain
itu, Tarmizi tidak akan menghantar tugasan selagi tidak ditegur atau dimarahi
pensyarah. Pensyarah selalu marah Tarmizi terutama untuk subjek Bahasa Inggeris
oleh sebab Tarmizi selalu tidak buat tugasan yang diberikan. Dia selalu menghantar
tugasan selepas tarikh yang ditetapkan. Menurut Mukmin lagi, dia juga tidak
mempunyai telefon pintar yang menyebabkan dia tidak mengikuti perbincangan atau
tugasan yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp.
Selepas menjalankan kedua-kedua instrumen iaitu soal selidik dan temubual
ini, akhirnya saya telah mendapati bahawa punca utama Tarmizi selalu ponteng
kuliah ialah tidak mempunyai rakan. Hal ini dikatakan demikian kerana Tarmizi
tidak ada kawan untuk bercakap dan tidak ada kawan untuk menjadi pasangan
dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Dapatan kajian mendapati Tarmizi
dipinggir oleh kawan-kawan sekelas. Hal ini menyebabkan dia tidak semangat untuk
ke kelas. Dia tidak ada dorongan dan kata-kata semangat dari kawan-kawannya.
Oleh yang demikian, dia tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan
memandangkan dia tidak ada kawan untuk dirujuk. Dia selalu tidak menyiapkan slide
power point untuk dibentangkan di dalam kelas. Kesannya, kawan-kawan
melabelkan dia seorang yang pemalas. Pada masa yang sama, dia telah dimarahi
pensyarah ekoran dia tidak menyediakan slide power point dan dia juga selalu tidak
hantar tugasan yang diberikan. Oleh itu, Tarmizi berasa takut untuk ke kuliah
pensyarah tersebut. Memandangkan kelas pensyarah tersebut pada waktu awal
pagi, Tarmizi mengambil kesempatan untuk tidur dan memberikan alasan yang dia
terlajak tidur atau kawan sebilik dia tidak kejut. Sebenarnya dia hanya tidak mahu
menghadiri kelas pagi itu sahaja namun disebabkan dia tidak ada kenderaan untuk
dinaiki ke kelas maka dia terus ponteng kuliah sepanjang hari.
Kesimpulannya, Tarmizi memerlukan rakan yang boleh menasihati dia.
Tarmizi perlu menjalani sesi bimbingan dan kaunseling. Hasratnya untuk berhenti
dari pengajian di IPG bukan langkah yang bijak. Oleh itu, rakan-rakan sekelasnya
tidak boleh meminggirkan Tarmizi. Sebaliknya Tarmizi harus dibimbing. Dia seorang
insan yang baik. Hanya disebabkan hubungan dengan rakan sekelas menyebabkan
dia tidak mahu ke kelas. Justeru, sebagai rakan kita mestilah membantu Tarmizi
supaya dia kembali semangat untuk ke kuliah.
SOALAN : Bincang dan buat analisis berkaitan program-program di peringkat
sekolah, institut, jabatan dan kementerian yang membantu dalam pembentukan
insan bermoral.
Salah satu komponen penting dalam pembangunan insan yang seimbang
ialah tahap perkembangan kemoralan seseorang individu tersebut (Chang Lee
Hoon, 1992). Melalui perkembangan moral tersebut seseorang akan memperolehi
keupayaan untuk membezakan antara nilai dan kepercayaan yang perlu untuk
interaksi sosial dan sivik yang bermakna. Setiap individu akan melalui peringkat
kanak-kanak sehinggalah mereka dewasa maka tingkahlaku yang diamalkan secara
semula jadi akan berubah kepada tingkahlaku reflektif. Para pelajar mula mencari
haluan dan keyakinan diri agar apa yang diingini tercapai apabila mereka berada di
alam persekolahan.
Pada era globalisasi ini, terdapat pelajar yang mudah terpengaruh dengan
masalah-masalah moral yang berlaku seperti pembuangan bayi, penyalahgunaan
dadah, merokok , pergaulan bebas dan banyak lagi isu keruntuhan moral melibatkan
pelajar. Masalah dapat diertikan sebagai satu keadaan yang menimbulkan
kesukaran manakala moral pula adalah kesusilaan, adab dan tradisi yang
menentukan piawai atau norma kelompak. Masalah moral merupakan sesuatu
keadaan dimana seseorang bertingkahlaku yang akan menyebabkan timbulnya
sesuatu kesukaran seperti membuli, merokok dan berjudi. (Abdul Rahman Md. Arof,
1999). “Mencegah lebih baik daripada merawat”. Peribahasa tersebut jelas
menunjukkan kita perlu mencegah masalah keruntuhan moral dalam kalangan
pelajar secepat yang mungkin. Persoalannya ialah apakah program-program yang
boleh dilakukan di peringkat sekolah, institut dan kementerian dalam membantu
pembentukan insan bermoral?
Pada pandangan saya, antara program yang boleh dianjurkan diperingkat
sekolah, institut, jabatan dan kementerian ialah menganjurkan serta mengadakan
ceramah kesedaran diri. Pihak sekolah boleh menjalankan ceramah kesedaran ini
khusus kepada pelajar-pelajar yang kurang cakna dalam penghayatan hidup dan
mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral ini. Selain mengadakan
ceramah, guru dan pihak sekolah juga boleh menganjurkan perkhemahan seperti
Kem Jati Diri. Hal ini dapat memberikan manfaat serta kebaikan kepada pelajar-
pelajar untuk mereka rasa lebih berdisiplin. Lazimnya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan
dalam kem jati diri ini dapat membentuk diri pelajar dalam menjadi insan yang
bermoral dan dapat membendung diri daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak
bermoral.
Selain itu, pihak sekolah dan institusi perlu jalankan kempen cegah
pergaulan bebas. Dalam program tersebut, pelajar-pelajar perlu didedahkan
tentang kesan-kesan pergaulan bebas. Melalui pergaulan bebas akan wujudnya kes
pembuangan bayi. Oleh itu, dalam kempen ini saya cadangkan buat satu tayangan
keinsafan yang mampu menyentuh jiwa pelajar. Dalam tayangan tersebut, buat satu
video yang mampu memberi kesedaran kepada pelajar. Misalnya, buat satu video
tentang hukuman yang akan dikenakan dan juga kesan yang akan terjadi
disebabkan perbuatan tidak bermoral. Tegasnya, saya cukup optimis melalui
kempen ini dapat membendung diri pelajar dari terlibat dengan mana-mana aktiviti
tidak bermoral.
Program yang seterusnya ialah wujudkan program pembimbing rakan
sebaya. Program ini dapat membantu dalam membina insan bermoral. Hal ini
dikatakan demikian kerana melalui program ini setiap pelajar akan mendapat
bimbingan dari rakan. Jika ada rakan mereka ingin melakukan perbuatan tidak
bermoral maka aka nada rakan yang akan menasihatinya. Oleh itu, pelajar akan
mendapat kesedaran dan mampu membina diri menjadi insan bermoral.
Selain itu, pihak sekolah dan institusi perlu menjalankan program gotong
royong pada setiap minggu. Program ini mampu membentuk jati diri pelajar
supaya tidak membunag sampah atau menconteng dinding-dinding sekolah. Hal ini
dikatakan demikian kerana jika pelajar tersebut membersihkan dengan keringat dia
sendiri maka dia akan sayang dan melindungi kawasan tersebut. Hal ini dapat
membentuk diri pelajar dengan nilai-nilai murni iaitu menjaga kebersihan. Pada
masa yang sama, pihak sekolah dan institusi juga boleh menjalankan pertandingan
kelas paling ceria. Selain itu, pihak institusi juga boleh jalankan pertandingan blok
kediaman paling bersih dan ceria. Kesannya, bukan sahaja kawasan institusi
menjadi bersih malahan ia dapat membentuk pelajar menjadi insan bermoral dan
berakhlak mulia,
Akhir sekali, kita sering kali dengar kes merempit dan penyalahgunaan
dadah. Untuk mencegah perbuatan tidak bermoral ini perlulah di peringkat sekolah
lagi. Pihak sekolah boleh jalankan program saya benci dadah. Dalam program
tersebut, pelajar-pelajar diminta membuat persembahan mengenai kesan
penyalahgunaan dadah. Hal ini secara tidak langsung dapat menyedarkan mereka
tentang padahnya penyalahgunaan dadah. Pada setiap pagi, saya cadangkan agar
pihak sekolah dan institusi memaparkan video tentang kesan perbuatan tidak
bermoral. Oleh itu, saya yakin para pelajar akan sedar dan insan bermoral akan
dilahirkan.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam membentuk
insan bermoral. Dengan adanya insan bermoral makan tidak adalah perbuatan tidak
bermoral. Oleh itu, program – program tersebut perlulah dijalankan di peringkat
sekolah, institusi, jabatan dan kemahiran supaya ianya dapat memberikan
kesedaran kepada semua lapisan masyarakat dan membentuk insan yang bermoral.
Kesannya, rakyat Malaysia akan hidup dengan aman dan damai tanpa sebarang isu
yang perlu dirisaukan khususnya melibatkan pelajar.
REFLEKSI
Kekuatan
Antara kekuatan atau kelebihan yang saya dapati dari tugasan Pendidikan Moral
yang diberikan pada kali ini ialah saya dapat belajar cara untuk mengkaji seseorang
individu. Saya juga dapat belajar untuk menemubual dan melakukan soal selidik
kepada kawan-kawan saya. Saya sangat gembira kerana dapat menyiapkan
tugasan ini dalam waktu yang ditetapkan. Tugasan ini memberi saya peluang untuk
membantu rakan saya yang selalu ponteng kuliah. Melalui tugasan ini, saya disuruh
untuk menjalankan kajian lapangan terhadap seorang individu. Kesannya, saya
dapat mengetahui punca utama yang menyebabkan dia selalu ponteng kuliah. Saya
juga berpeluang untuk menasihati dia dam memberikan dia kata-kata semangat
supaya tidak ponteng kuliah lagi.
Kelemahan
Antara kelemahan saya pada tugasan kali ini ialah saya terlalu sibuk dengan
praktikum disekolah. Hal ini telah sedikit sebanyak mengganggu perjalanan tugasan
Pendidikan Moral pada kali ini. Saya juga mengalami masalah untuk menemubual
responden saya. Hal ini kerana mereka semua tidak ada masa. Mereka semua sibuk
dengan komitmen masing-masing. Kesannya, saya mengambil masa yang agak
lama untuk menyiapkan tugasan saya ini.
Recommended