ngo siap

Preview:

Citation preview

8/2/2019 ngo siap

http://slidepdf.com/reader/full/ngo-siap 1/4

Perspektif, harapan dan sumbangan Badan Bukan Kerajaan(NGO) terhadap

Matematik 

Badan Bukan Kerajaan dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Non-Governmental

Organization (NGO). Badan Bukan Kerajaan merupakan kumpulan yang dibentuk berasaskan

kepentingan umum ahli-ahlinya. Sifat-sifatnya ialah tidak mewakili kerajaan, tidak 

menjalankan fungsi-fungsi kerajaan, tidak memperolehi autoriti langsung kerajaan dan tidak 

membawa agenda kerajaan sebaliknya terbentuk atas dasar sukarela. Apa yang penting bagi

sesebuah Badan Bukan Kerajaan adalah untuk mewakili kepentingan golongan-golongan

tertentu yang tidak memiliki perwakilan dalam pembentukan dasar-dasar kerajaan dalam

sistem politik negara. .

Di Malaysia bidang pendidikan bukan hanya dipelopori oleh kerajaan semata-mata

malah Badan Bukan Kerajaan turut memainkan peranan dan memberi sumbangan dalam

memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia seiring dengan negara-negara maju yang lain.

Isu yang hendak dibincangkan di sini ialah mengenai perspektif, harapan, sumbangan

dan peranan badan bukan kerajaan terhadap bidang pendidikan bagi mata pelajaran

Matematik. Matematik merupakan subjek teras yang wajib dan perlu diambil oleh semua

 pelajar di Malaysia sebagai syarat persediaan untuk melayakkan mereka menerima sijil

UPSR, PMR dan SPM.

Berbicara mengenai isu pendidikan di Malaysia terdapat banyak perubahan yang

 berlaku terutamanya bagi subjek Matematik. Isu yang paling hangat diperkatakan ialah isu

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pada

mulanya mata pelajaran Matematik diajar dalam Bahasa Melayu kemudiaan kerajaan

menggubal Pengajaran dalam Pembelajaran Sains dan Metematik dalam Bahasa Inggeris.

8/2/2019 ngo siap

http://slidepdf.com/reader/full/ngo-siap 2/4

Kini kerajaan kembali menggubal isu PPSMI ini ditukar kepada Bahasa Melayu pada tahun

2012.

Menurut perspektif Badan Bukan Kerajaan terhadap perubahan isu pengajaran dan

 pembelajaran ini pada mulanya NGO menentang penggubalan dasar PPSMI dalam Bahasa

Inggeris yang memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Dasar ini

diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2003

mengikut keputusan masyuarat khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Namum Tan seri

MuhyiddinYassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pendidikan sekarang

telah mengumumkan pada 8 Julai 2009 bahawa PPSMI akan di mansuhkan sepenuhnya pada

tahun 2012. Rentetan daripada isu ini, pihak NGO bersetuju terhadap penukaran tersebut atas

faktor prestasi akedemik pelajar terhadap subjek Sains dan Metematik akan meningkat.

Bagi memartabatkan mata pelajaran Matematik seiring dengan Negara maju yang lain

Badan Bukan Kerajaan memainkan peranan yang penting iaitu dengan memberi beberapa

sumbangan. Antara Badan Bukan Kerajaan yang memberi sumbangan ialah Gerakan Belia

4B. Sumbangan 4B adalah seperti mewujudkan kelas tuisyen Bahasa Inggeris dan Matematik 

di seluruh negara bagi mencetuskan kecemerlangan pendidikan di kalangan pelajar negara ini.

Selain daripada program kelas tuisyen, Gerakan Belia 4B melalui penglibatannya dalam

 bidang pendidikan memberikan sumbangan seperti buku latihan dan pakaian seragam kepada

 pelajar-pelajar yang memerlukan.

Di samping itu, 4B Malaysia juga mewujudkan 700 biasiswa kepada pelajar-pelajar 

dengan setiap seorang akan menerima sebanyak RM300. Kuota 300 dermasisswa yang

diwujudkan itu ialah 300 untuk keperluan anak-anak ahli manakala selebihnya adalah bukan

ahli 4B.

8/2/2019 ngo siap

http://slidepdf.com/reader/full/ngo-siap 3/4

Sumbangan lain Badan Bukan Kerajaan seperti Pusat Pendidikan Masteri (PPM)

dengan kerjasama Iqma Productions, menganjurkan Kursus Mengajar Smart Mental

Arithmetik. Di mana kursus Mental Arithmetik ini mempunyai kaitan dengan penggunaan

sempoa iaitu di peringkat awal pengenalan sahaja tetapi setelah pelajar mahir pengiraan ia

membantu merangsangkan mida. Ini kerana, kaedah itu membantu merangsang dan

menggilap potensi daya fikir serta menguatkan daya ingatan, tumpuan, ketajaman fikiran,

imaginasi, kreativiti dan daya fikir.

Kesimpulannya, Badan Bukan Kerajaan sedikit sebanyak memberi kesan yang sangat

  positif dalam bidang pendidikan. Sehubungan itu, masyarakat Malaysia meghargai

sumbangan yang diberikan oleh Badan Bukan Kerajaan di mana sumbangannya bukan sahaja

membantu rakyat Malaysia dalam bidang pendidikan tetapi juga membantu secara tidak 

langsung meringankan bebanan kerajaan, menyediakan fungsi semak dan imbang serta

menyuburkan amalan demokrasi.

8/2/2019 ngo siap

http://slidepdf.com/reader/full/ngo-siap 4/4

Rujukan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=0105&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=0916&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2004&dt=0610&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=1023&pub=utusan_malaysia&sec=Utara&pg=wu_04.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2003&dt=0322&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm&arc=hive