View
232
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI TAJUK
KOCEK DAN LENGAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK
NUR AIN BINTI HASSAN @ HUSSAIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
iii
PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI TAJUK KOCEK &
LENGAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK
NUR AIN BT HASSAN @ HUSSAIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI 2011
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga
akhirnya saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini sebagai memenuhi keperluan syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Dikesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pensyarah yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar
kepada saya khasnya kepada Puan Nur Qistina Andin Binti Abdullah selaku Penyelia
Projek Sarjana Muda ini. Segala ilmu dan nasihat yang disampaikan, amat bermakna dan
berharga buat diri saya.
Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada semua pensyarah-
pensyarah di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan di atas kesudian
melapangkan masa untuk memberi maklumat dan pendapat.
Akhir sekali, terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya, adik
beradik yang amat dicintai. Sekalung penghargaan turut saya tujukan kepada rakan
seperjuangan serta kepada semua yang terlibat kerana sudi memberikan kerjasama
sepanjang saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Sekian, terima kasih.
vi
DEDIKASI
Buat Walid dan Bonda Tersayang
Hassan @ Hussain Bin Mamat & Zahrah Binti Hussin
Jasamu untuk melihat aku berjaya cukup bermakna
Sokongan, pengorbanan, bantuan dan dorongan darimu tidak ternilai
Doamu mengiring setiap langkah perjuangan diriku di sini
Hari ini, anakda telah tunaikan harapan dan penantian bonda dan walid.
Along, Angah dan Adik Tersayang
Nur Anis Hassan, Adlan Hassan & Nur Akmal Hassan
Ikatan persaudaraan antara kita adalah tunjang diriku untuk berjaya
Terima kasih daku ucapkan kerana sentiasa member keyakinan agar menjadi insan yang
cemerlang.
Penyelia PSM
Puan Nur Qistina Binti Abdullah
Segala ilmu yang dicurahkan untuk diriku akan ku manfaatkanya hingga ke akhir hayat,
semoga Allah s.w.t memberkati dirimu selamanya
Buat rakan-rakan seperjuangan
Terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar.
Semoga jasa kalian semua diberkati Allah S.W.T.
vii
ABSTRAK
Kajian yang dilakukan bertujuan untuk membina dan menilai kesesuain MPK Kocek dan
Lengan bagi kursus Pakaian dan Fabrik untuk pelajar tahun satu Program Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Universiti Teknologi Malaysia.
Pembelajaran Kendiri (MPK) merupakan bahan pembelajaran yang sesuai digunakan
oleh pelajar untuk belajar secara individu. MPK juga salah satu langkah untuk mengatasi
masalah perbezaan individu yang berlaku di antara pelajar untuk menguasai sesuatu isi
pelajaran dengan baik bedasarkan keupayaan tersendiri. Pembinaan MPK ini
berdasarkan kepada Model Teras-Cabang (Shaharom,1994). MPK kocek dan lengan ini
dinilai kesesuaian dari segi teks, gambarajah, soalan, ringkasan bab, aktiviti dan objektif
pembelajaran yang digunakan dengan menggunakan Penilaian Formatif Satu dengan
Satu (PFSS) dan juga Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Kaedah temubual
digunakan unutk PFSS dan soal selidik untuk PFKK. MPK yang dibina dinilai
kesesuaian oleh seorang pensyarah dan seorang tenaga pengajar yang mengajar kursus
Pakaian dan Fabrik serta Pengajian Pakaian menerusi Penilaian Formatif Satu dengan
Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) dilakukan oleh 20 orang
pelajar tahun akhir dari program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Beserta Pendidikan
(Kemahiran Hidup). Data dari FPSS dianalisis secara transkripsi, manakala bagi data
FPKK dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Statistic Packages for Social
Sciences Version 15.0 for Windows (SPSS). Hasil kajian menunjukkan penggunaan teks,
gambarajah, soalan, ringkasan bab dan objektif pembelajaran di dalam MPK adalah
sesuai dengan nilai purata min 2.69. dengan hasil kajian ini membuktikan bahawa MPK
yang dihasilkan adalah sesuai digunakan sebagai bahan pembelajaran untuk pelajar-
pelajar tahun satu program Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup) Universiti Teknologi Malaysia.
viii
ABSTRACT
The purpose of this research was to establish and assess the suitability of Pocket and
Sleeve module for Clothing and Fabric course for students years one of the Degree of
Bachelor of Technology and Education (Living Skill) University Technology Malaysia.
Self Learning Module (SLM) appropriate for the self-directed learning material. The
SLM also used to overcome the problem related to the differences in the individual
learning style that based on their own ability. Teras-Cabang Model by Shaharom, (1994)
had been used in developing the SLM. The suitability at the SLM text, picture, question,
summary of the caphter, activity and also the learning objective was assessed through
Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) and Penilaian Formatif Kelompok Kecil
(PFKK). Research instrument used were interview for PFSS and questionnaire for
PFKK. The PFSS involved one lecture and one instructor who teach Cloth and Fabric
course. The PFKK evaluated by 20 final year students that enrolled in Degree of
Bachelor of Technology and Education (Living Skill) program. Data from FPSS are
managed by transcription and data from FPKK analyzed by descriptive using Statistic
Packages for Social Sciences Version 15.0 for Windows (SPSS). The result of the
analysis showed that the text, picture, question, chapter summary, activity and learning
activity of the SLM was appropriate to learning material with the mean of 2.69. Retrieval
research result showed SLM is suitable to be used as material for students of Degree of
Bachelor of Technology and Education (Living Skill).
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
HALAMAN JUDUL ii
HALAMAN PENGAKUAN iii
PENGHARGAAN iv
DEDIKASI v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN NAMA xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definasi Istilah 11
x
1.10 Penutup 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Pembelajaran Secara Individu 14
2.3 Rasional Pembinaan MPK 16
2.4 Kebaikan Pembelajaran Menggunakan MPK 16
2.5 Modul Pengajaran Kendiri 18
2.5.1 Objektif Pembangunan MPK 19
2.6 Kriteria Membina MPK 20
2.6.1 Teks 20
2.6.2 Gambarajah 21
2.6.3 Soalan 21
2.6.4 Ringkasan 22
2.6.5 Aktiviti 22
2.6.6 Objektif 23
2.7 Model Pembinaan MPK 24
2.7.1 Model Burns 24
2.7.2 Model Klingstedt 27
2.7.3 Model Eijl 28
2.7.4 Model De Vito-Krockover 28
2.7.5 Model Mayer 29
2.7.6 Model Teras-Cabang Shaharom 31
2.8 Kesimpulan 36
BAB 3 METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 37
3.2 Tatacara Kajian 37
3.2.1 Kajian Tahap 1 : Pembinaan Modul 39
3.2.1.1 Rasional Pemilihan Modul 39
xi
3.2.1.1.1 Rasional Pemilihan Model Teras-Cabang
Shaharom (1994) 39
3.2.1.2 Prosedur Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri 41
3.2.2 Kajian Tahap 2: Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri 44
3.2.2.1 Peringkat I (Elemen) 44
3.2.2.1.1 Reka Bentuk Kajian 44
3.2.2.1.2 Tempat Kajian 45
3.2.2.1.3 Populasi kajian 45
3.2.2.1.4 Sampel Kajian 45
3.2.2.1.5 Instrumen Kajian 46
3.2.2.1.6 Pengesahan Kandungan MPK 47
3.2.2.2 Peringkatan II (Penilaian Formatif) 48
3.2.3 Kajian Tahap 3 : Analisis Data 49
3.2.3.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) 49
3.2.3.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) 50
3.2.3.3 Menguji Kesesuaian MPK 51
3.3 Andaian Kajian 53
3.4 Batasan Kajian 53
3.5 Kesimpulan 54
BAB 4 KESESUAIAN MPK
4.1 Pengenalan 55
4.2 Analisis Kesesuaian MPK 55
4.2.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu 56
4.2.1.1 Kesesuaian kandungan MPK (Kaedah Kualitatif) 56
4.2.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) 65
4.2.2.1 Kesesuaian kandungan MPK 66
4.2.2.1.1 Bahagian A : Analisis Maklumat
Responden 66
4,2,2,1,2 Bahagian B : Analisis Kesesuaian
Penggunaan MPK Berdasarkan
xii
Persoalan Kajian 68
4.2.2.2 Kesesuaian Keseluruhan MPK 75
4.3 Kesimpulan 76
BAB 5 MPK KOCEK DAN LENGAN
5.1 Pengenalan 77
5.2 Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) 77
5.2.1 Struktur Pembinaan MPK Kocek dan Lengan 79
5.2.1.1 Komponen-komponen dalam MPK 79
5.2.1.1.1 Pengenalan 81
5.2.1.1.2 Bahagian Teras 84
5.2.1.1.3 Penilaian Kendiri 87
5.2.1.1.4 Bahagian Pengukuhan 89
5.2.1.1.5 Maklumbalas 92
5.2.1.1.6 Rujukan 93
5.3 Kesimpulan 94
BAB 6 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 Pengenalan 95
6.2 Rumusan 95
6.3 Perbincangan 97
6.3.1 Kesesuaian Teks 97
6.3.2 Kesesuaian Gambarajah 98
6.3.3 Kesesuaian Soalan 98
6.3.1 Kesesuaian Ringkasan 99
6.3.2 Kesesuaian Aktiviti 100
6.3.3 Kesesuaian Objektif Pembelajaran 101
6.4 Cadangan Kajian Lanjutan 102
6.4.1 Penambahan Bilangan Sampel 102
6.4.2 Memperluaskan Penggunaan MPK Kocek & Lengan 102
6.4.3 Mempelbagaikan Kaedah Penyampaian MPK Kocek &
xiii
Lengan 103
6.4.4 Menguji Tahap KeberkesananMPK Kocek & Lengan
Untuk Jangkamasa Yang Panjang 103
6.4.5 Menerangkan Unsur-unsur Motivasi dan Nilai-nilai
Murni Di Dalam MPK Kocek & Lengan 104
6.5 Kesimpulan 104
RUJUKAN 105
LAMPIRAN 101
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Model-model MPK 40
3.2 Maklum Balas Dan Skor Skala Likert Terhadap Item 47
3.3 Skala Likert 50
3.4 Purata min dan tahap kesesuaian terhadap MPK 51
4.1 Purata min dan tahap kesesuaian terhadap MPK 66
4.2 Kekerapan dan Peratusan responden Mengikut Jantina 67
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 67
4.4 Taburan Responden Mengikut Akademik Sebelumnya 68
4.5 Jadual Keputusan Persoalan Kajian 1 (Teks) 69
4.6 Jadual Keputusan Persoalan Kajian 2 (Gambarajah) 70
4.7 Jadual Keputusan Persoalan Kajian 3 (Soalan) 71
4.8 Jadual Keputusan Persoalan Kajian 4 (Ringkasan) 72
4.9 Jadual Keputusan Persoalan Kajian 5 (Aktiviti) 73
4.10 Jadual Keputusan Persoalan Kajian 6
(Objektif Pembelajaran) 74
4.11 Jadual Kesesuaian Keseluruhan MPK 75
5.1 Komponen-komponen dalam MPK Kocek dan Lengan 79
xv
SENARAI RAJAH
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Bahan rujukan kursus jahitan 4
2.1 Model Teras-Cabang Shaharom (1994) 33
2.2 Carta Aliran Model Teras-Cabang Shaharom 35
3.1 Rangka Kerja Keseluruhan 38
3.2 Rangka Kerja Tahap 1 42
3.3 Rangka Kerja Kajian Pembinaan MPK 43
3.4 Rangka Kerja Penilaian Formatif 48
3.5 Kaedah pengiraan nilai tahap kesesuaian MPK 51
4.1 Contoh gambarajah yang kabur 58
4.2 Contoh penggunaan fabrik dan latar belakang 58
4.3 Penambahbaikkan gambarajah yang kabur 60
4.4 Kepelbagaian soalan 61
4.5 Peta Minda di dalam MPK Kocek dan Lengan 63
4.6 Kepelbagaian aktiviti 64
5.1 Rasional penggunaan MPK Kocek dan Lengan 81
5.2 Aktiviti utama dalam MPK Kocek dan Lengan 82
5.3 Pra Ujian bagi MPK Kocek dan Lengan 83
5.4 Objektif Pembelajaran Bahagian Teras 85
5.5 Objektif Pembelajaran Bahagian Teras yang Diasingkan
xvi
Mengikut Tajuk 86
5.6 Bahagian Ujian Diagnostik MPK Kocek dan Lengan 88
5.7 Contoh Motivasi Dalam MPK Kocek dan Lengan 88
5.8 Bahagian Pemulihan Jenis-jenis Mata Jahitan 90
5.9 Bahagian Pengayaan Langkah-langkah Menjahit Kocek 91
5.10 Langkah-langkah Menjahit Kocek 91
5.11 Maklumbalas untuk soalan dan aktiviti 92
5.12 Sumber Rujukan 93
xvii
SENARAI SINGKATAN NAMA
SINGKATAN MAKNA
MPK Modul Pembelajaran Kendiri
PFSS Penilaian Formatif Satu dengan Satu
PFKK Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PB Pengajaran Bermodul
PSM Projek Sarjana Muda
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
FPK Falsafah Pendidikan Negara
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soal Selidik tinjauan awal 109
B Borang Kesahan Kandunagan MPK 114
C Soalan temubual 119
D Transkrip temubual 124
E Soal Selidik Kesesuian Kandungan MPK 136
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Seiring dengan arus pergerakan zaman moden ini, apa yang paling penting bagi
sesebuah negara adalah dengan melahirkan serta mencipta generasi yang berdaya
saing. Ini adalah salah satu cara bagi sesebuah negara itu berdepan dengan cabaran
globalisasi. Perkara asas yang paling utama yang perlu dipandang berat oleh negara
adalah dalam sistem pendidikan. Ketika proses pembelajaran berlangsung, perkara
yang paling utama adalah bahan pembelajaran. Bahan yang digunakan haruslah
menarik minat. Ini adalah bertujuan supaya sesi Pembelajaran & Pengajaran ( P&P )
lebih berkesan dan efektif.
Proses P&P pada hari ini, bergerak mengikut kecanggihan dunia teknologi,
begitu juga dengan bahan-bahan rujukan yang digunakan yang bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman para pelajar. Walaubagaimanapun masih wujud kelemahan
dalam menjangkakan penggunaan bahan P&P ini (Mohd Najib,2004).
2
Penggunaan modul adalah salah satu cara untuk menyelesaikannya seperti
(Sharifah Alwiah, 1984) menyatakan bahawa sesi pembelajaran yang menggunakan
modul mempunyai beberapa kebaikan dan ianya mudah disediakan. Oleh itu,
penyediaan modul dalam meningkatkan lagi pemahaman pelajar adalah bersesuaian
walaupun pengajaran bermodul bukanlah pelengkap sebenar yang boleh menjamin
kepada kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran (Klingstedt, 1973).
Sidek dan Jamaludin (2005), menyatakan bahawa MPK adalah modul yang
lengkap dan mengandungi semua bahan serta sumber P&P termasuk nota yang
disediakan oleh pensyarah. MPK amat sesuai digunakan dalam mengukuhkan
pemahaman serta menambahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan juga sebagai
bahan rujukan tambahan kepada pensyarah.
Kesimpulannya ialah, penggunaan modul merupakan bahan yang bersistematik
dalam proses P&P. Secara tidak langsung, seseorang pelajar dapat menentukan sendiri
prestasi serta tahap kefahaman mereka, samada tercapainya objektif yang telah
ditetapkan ataupun tidak. Dengan ini pelajar-pelajar dapat mengetahui kelemahan serta
kekurangan masing-masing.
1.2 Latar Belakang Masalah
Bagi pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Teknologi (Kemahiran Hidup), mereka dikehendaki mengambil kursus Jahitan. Salah
satu kursus yang wajib diambil oleh pelajar SPH adalah kursus Pakaian dan Fabrik
(SPL 1122). Antara kandungan sukatan kursus dalam subjek Pakaian dan Fabrik
adalah kocek dan lengan. Penyediaan kocek dan lengan menjadi rumit apabila kita
tidak memahami langkah-langkah untuk menghasilkanya. Ada juga pelajar yang
3
memahami langkah-langkah untuk menghasilkannya tetapi ingatan jangka pendek
mereka terlupa, hal ini terjadi kerana aktiviti menjahit kocek dan lengan tidak
diteruskan dan diulangkaji selepas waktu pembelajaran. Keadaan ini berlaku kerana
disebabkan oleh pelajar tersebut tidak mempunyai sumber yang boleh dijadikan
sebagai pengajar selepas waktu pembelajaran. Maka dengan itu penggunaan MPK
adalah salah satu cara untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ini.
Hasil dari pemerhatian awal yang telah dibuat kepada 40 orang pelajar SPH
tahun akhir Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim 2010/2011,
mendapati bahawa bahan rujukan bagi kursus Jahitan masih kurang bilangannya di
pasaran. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 85% responden bersetuju dalam
penghasilan MPK untuk kursus Jahitan tajuk Kocek dan Lengan. MPK sangat
diperlukan untuk konsep pembelajaran secara individu serta untuk melaksanakan
konsep pembelajaran secara sistematik. Menurut (Kamdi, 1990), penggunaan MPK
boleh memberi peluang kepada mana-mana pelajar untuk memahami dengan lebih
jelas mengenai setiap aturan yang dibuat, kerana ianya adalah salah satu bahan
pembelajaran pukal belajar sendiri yang lengkap dengan setiap arahan dan tatacara
yang sistematik dan pelajar dapat mengingati sendiri setiap isi pembelajaran,
seterusnya dapat mempraktiknya secara individu.
Kebiasaanya buku rujukan yang ada dipasaran tidak menekankan kepada
penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.Tidak dinafikan bahawa, buku rujukan
bagi matapelajaran jahitan ada dipasaran, pelbagai jenis serta penulis boleh didapati
hasil daripada terbitan pelbagai agensi penerbitan. Tetapi, persoalannya ialah adakah
bahan-bahan rujukan ini menepati kesemua aspek yang diperlukan dalam sesebuah
bahan rujukan ? Muhammad Sam (2001), yang menyatakan bahawa buku rujukan
yang terdapat dipasaran masih kurang mutunya jika ia dikaji dari aspek teks,
gambarajah, ringkasan bab, aktiviti dan objektif pembelajaran. Merujuk kepada
analisis Abu Ani (2001) terhadap buku rujukan hasil penerbitan sesetengah syarikat
mendapati beberapa aspek yang sepatutnya ada dalam sebuah bahan rujukan tiada
d
g
d
m
m
a
k
k
m
b
dalam bahan
gambarajah,
dengan conto
menunjukkan
menitikberat
ayat. Selain i
kepada aktiv
kurang mene
menyebabka
bahan rujuka
Raja
n rujukan ters
ringkasan d
oh salah sebu
n isi kandun
tkan dalam p
itu, bahan ru
viti. Abu Ani
ekankan akti
n pelajar-pe
an tersebut.
h 1.1 Bahan
sebut. Antar
an juga obje
uah bahan ru
ngan sebuah b
penghasilan b
ujukan yang
i (2001), men
viti yang me
lajar tercicir
n rujukan kur
ra kriteria ya
ektif pembela
ujukan bagi
bahan rujuka
bahan rujuka
terdapat di p
nyatakan bah
elibatkan pel
r akan maksu
rsus jahitan
ang dibiarkan
ajaran. Ini bo
kursus Jahit
an kursus Ja
an dari segi g
pasaran juga
hawa buku r
lajar secara a
ud serta isi s
n adalah sepe
oleh dibukti
an. Rajah 1.
ahitan yang t
gambarajah
a kurang mem
rujukan yang
aktif. Ini bol
ebenar yang
erti teks,
kan lagi
1
tidak
serta susuan
mberi tumpu
g ada dipasar
leh
g ada di dalam
4
n
uan
ran
m
5
Kekangan masa adalah faktor utama mengapa pelajar tidak memahami langkah
menghasilkan kocek dan lengan dengan baik. Proses mencantumkan kocek dan lengan
pada pakaian, adalah langkah yang paling sukar dilakukan. Jika kita tidak memahami
langkah kerja dengan sebaik mungkin, ia akan menyebabkan hasil akhir yang dibuat
tidak berkualiti. Masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar adalah waktu belajar
bagi setiap individu berlainan (Shaharom, 1991). Disebabkan masalah ini, maka
sebilangan pelajar mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu projek di
dalam kelas amali dan terpaksa menyiapkan tugasan di luar waktu kelas. Kemudian
pelajar membawa pulang hasil yang belum siap ke kolej kediaman dan meneruskan
langkah-langkah mencantumkan kocek dan lengan, dengan tiada bantuan dari tenaga
pengajar, maka pelajar tersebut tidak dapat menghasilkan satu produk yang baik.
Kekangan masa yang berlaku ini boleh ditangani dengan salah satu kaedah iaitu
dengan mengindividukan pengajaran menerusi pengubahsuaian yang dilakukan
terhadap bahan dan aktiviti-aktiviti pembelajaran agar sesuai mengikut kebolehan
pelajar (Shaharom, 1993). Oleh itu penggunaan MPK dapat membantu para pelajar
meneruskan pembelajaranya secara sendirian dengan kaedah tersendiri, walaupun di
laur waktu pembelajaran yang sebenarnya.
Manusia dijadikan dari pelbagai sifat yang tidak sama antara satu sama lain,
baik dari segi jasmani, rohani, intelek, minat, kecerdasan, kecekapan, daya cipta dan
nilai-nilai lain lagi. Hal ini membawa kepada perbezaan sikap dan cara berfikir
seseorang (Sharifah Alwiah, 1984). Perbezaan latar belakang akademik menjadikan
setiap pelajar tidak sama dari segi minat dan kebolehan individu. Buku yang ada di
pasaran, kebanyakkannya tidak menekankan kepada penglibatan pelajar dan juga tidak
menitik beratkan kepada perbezaan individu. Walaupun bahan rujukan ialah pengukur
perkembangan sistem pendidikan sesebuah negara, namun mutu bahan rujukan masih
lagi dipersoalkan di mana pengolahan kandungan kurang sesuai untuk semua peringkat
pelajar. Isi kandungan yang sukar difahami kerana penerangan di dalamnya terlalu
umum dan di susuli dengan langkah-langkah penyelesaian yang sepatutnya
ditunjukkan tetapi tidak diberi penerangan (Sharifah Alwiah, 1999). Menurut Mahani,
6
Ramlah & Shahabuddin (2003), perbezaan individu yang ketara menyentuh perbezaan
daripada aspek fizikal, mental, sosial dan emosi. Tidak ada individu di dunia ini yang
mempunyai persamaan seratus peratus. Oleh yang demikian, cara pembelajaran setiap
individu juga adalah berbeza di antara satu sama lain. Langkah penyelesaianya adalah
dengan membina MPK. MPK adalah bahan pembelajaran yang memberi motivasi dan
cabaran dalam pembelajaran serta menarik kecenderungan yang dipilih dalam satu
proses pembelajaran (Kamdi 1990).
Ekoran daripada masalah-masalah yang diterangkan sebelum ini, iaitu seperti
kekurangan bahan rujukan di pasaran, masalah bahan rujukan yang sedia ada,
kekangan masa ketika proses pembelajaran di kelas dan juga perbezaan individu, satu
usaha untuk membangunkan MPK bagi matapelajaran Jahitan untuk kursus Fabrik dan
Pakaian (SPL 1122) tajuk Kocek dan Lengan telah dibuat. Setiap aspek seperti
pengolahan kandungan, bahasa, teks, gambarajah serta cara mempersembahkan
kandungan itu, akan dititikberatkan dalam pembinaan MPK Kocek dan Lengan.
Menurut Sharifah Alwiah (1984) terdapat beberapa kebaikan jika sesi pembelajaran
berjalan dengan menggunakan MPK, malah ia lebih mudah untuk di fahami. Pelajar
akan dapat belajar sendiri dan dapat membuat ulangkaji dengan berpandukan modul
akademik atau MPK (Sidek, 2005). Dengan pembinaan MPK ini, maka masalah yang
dihadapi oleh pensyarah dan juga pelajar, khususnya di UTM dapat diatasi dan
seterusnya P&P dapat berlansung dengan baik.
1.3 Penyataan Masalah
Kekurangan bahan rujukan di pasaran, masalah bahan rujukan yang sedia ada,
kekangan masa ketika proses pembelajaran di kelas dan juga perbezaan individu juga
menjadi faktor kepada pembinaan MPK bagi Kocek dan Lengan. Oleh itu, pembinaan
MPK ini akan dapat mengatasi masalah-masalah tersebut dengan menyediakan satu
7
modul lengkap yang boleh digunakan untuk membantu pelajar belajar sendiri.
Pemilihan teori dan model yang bersesuaian dalam membangunkan MPK ini juga
perlu dititikberatkan bagi menghasilkan MPK yang mudah difahami, ringkas serta
padat dengan pengetahuan. Kesimplanya, penyediaan modul dalam meningkatkan lagi
pemahaman pelajar adalah bersesuaian walaupun pengajaran bermodul bukanlah
pelengkap sebenar yang boleh menjamin kepada kualiti dalam pengajaran dan
pembelajaran (Klingstedt, 1973).
1.4 Objektif Kajian
Di antara objektif kajian ini ialah :
1.4.1 Membina MPK Kocek dan Lengan mengikut Model Teras-Cabang Shaharom
Noordin (1994).
1.4.2 Menilai kesesuaian MPK Kocek dan Lengan dari segi :
i. Teks
ii. Gambarajah
iii. Ringkasan
iv. Soalan
v. Aktiviti
vi. Objektif pembelajaran
8
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian dibuat bersesuaian dengan objektif kajian, ini adalah supaya
kajian yang dibuat mencapai setiap objektif. Antara persoalan kajian yang dibina ialah :
1.5.1 Apakah persepsi pengguna terhadap MPK Kocek dan Lengan mengenai
kesesuaian teks yang digunakan ?
1.5.2 Apakah persepsi pengguna terhadap MPK Kocek dan Lengan mengenai
kesesuaian gambarajah yang digunakan ?
1.5.3 Apakah persepsi pengguna terhadap MPK Kocek dan Lengan mengenai
kesesuaian ringkasan yang digunakan ?
1.5.4 Apakah persepsi pengguna terhadap MPK Kocek dan Lengan mengenai
kesesuaian soalan yang digunakan ?
1.5.5 Apakah persepsi pengguna terhadap MPK Kocek dan Lengan mengenai
kesesuaian aktiviti yang digunakan ?
1.5.6 Apakah persepsi pengguna terhadap MPK Kocek dan Lengan mengenai
kesesuaian objektif pembelajaran yang digunakan ?
Recommended