View
8
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK WATER TINGKATAN DUA
NUR YASMAH BINTI YAHAYA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK
“WATER” TINGKATAN DUA
SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya : ______________ NUR YASMAH BINTI YAHAYA________________
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 272, PALONG TIMUR 02, TUAN HAJI MUSLIM BIN JONID 85100 BATU ANAM, (Nama Penyelia) SEGAMAT, JOHOR. Tarikh: 27 APRIL 2009 Tarikh: 27 APRIL 2009
ii
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).”
Tandatangan :……………………………
Nama Penyelia : TN HJ MUSLIM B. JONID
Tarikh : ………27/4/09……………
i
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK
WATER TINGKATAN DUA
NUR YASMAH BINTI YAHAYA
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
iii
DEDIKASI
Buat yang teristimewa,
Ayahanda yang dikasihi Yahaya b. Hj Sarwin
Bonda yang disayangi Sapiah bt. Sarif
Abang dan kakak yang dihormati Mohd Yasser dan Suryati
Adik-adik yang diingati Nuryaslin, Mohd Yasrif dan Mohd Yaswin
Dan
Pensyarah Pembimbing Tn Hj Muslim b. Jonid
Serta
Sahabat yang banyak membantu
Nor Fadhillah, Siti Nadiah, Nur Nadia, Siti Salehah, Siti Fatihah
Rakan-rakan 4 SPN (2005-2009)
Segala pengorbanan kalian sumber inspirasi bagiku untuk meneruskan perjuangan.
Kejayaan ini adalah hadiah buat kalian.
Sekian, terima kasih.
iv
PENGHARGAAN
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani”
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi di atas izin dan rahmat-Nya
pembangunan perisian serta penulisan ini telah dapat saya siapkan dalam tempoh
masa yang telah ditetapkan.
Di kesempatan ini ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj
Muslim bin Jonid selaku pensyarah penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) yang telah
banyak membimbing saya di dalam membangunkan web portal dan menyiapkan
penulisan ini.
Tidak lupa jutaan terima kasih saya yang tidak terhingga buat keluarga yang
banyak menghulurkan bantuan. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan
projek ini dengan jayanya. Semoga Allah memberkati kalian semua.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Malaysia dilihat semakin pesat membangun dari pelbagai sektor, tidak
ketinggalan juga pembangunan dalam corak pendidikan. Pembangunan tersebut telah
meningkatkan taraf pendidikan di negara ini dalam mendidik anak bangsa yang akan
mewarisi negara pada masa hadapan. Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) merupakan pencetus ke arah kecemerlangan pelajar. Pembelajaran
secara maya seperti web portal dapat membantu mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang interaktif. Justeru itu, web portal berasaskan MOODLE bertajuk
Water telah dibangunkan. Web portal ini dibangunkan selaras dengan Teori
Konstruktivisme Sosial dengan menggunakan perisian Microsoft Power Point 2003
sebagai platform utama disamping perisian lain dan sistem MOODLE sebagai
perantaraan penyebaran bahan pembelajaran. Web portal yang dilengkapi dengan isi
pelajaran mengikut subtopik, kuiz, permainan dan glosari mampu menjadikan ia
pilihan yang sesuai sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, elemen-
elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, animasi dan video turut diterapkan
untuk menjadikan web portal yang dihasilkan lebih menarik dan interaktif. Dengan
pembangunan web portal ini diharapkan proses pembelajaran untuk konsep-konsep
yang abstrak dan sukar dapat dijelaskan dengan mudah dan difahami pelajar.
vi
ABSTRACT
Malaysia is a developing country in every sector nowadays, including
educational field. The development of information and communication technology
(ICT) has increase the educational status in developing excellent students in future.
So, ICT have to be implemented to students to increase their achievement in
academic since ICT act as a medium of student’s excellence. Virtual learning such as
web portal will help to develop interactive learning environment. Due to this
situation, web portal that based on MOODLE entitled Water has been developed.
This teaching aid has been designed by using a learning theory of Social
Constructivisme with Microsoft Power Point 2003 as the main software besides the
other software and MOODLE as a medium of learning process. Web portal which is
equipped with lesson, quiz, games and glossary is suitable for teaching and learning
process. Besides, multimedia elements such as text, graphic, audio, animation and
video have been integrated in this web portal to make it more attractive. With this
development, the concepts of learning process that are abstract can be explained
clearly and easily understand by students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
DAFTAR SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xiii
xiv
xvii
xviii
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1
viii
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Projek
1.5 Rasional Projek
1.6 Kepentingan Projek
1.6.1 Pelajar
1.6.2 Pengajar
1.6.3 Sekolah dan masyarakat
1.7 Skop
1.8 Kerangka Projek
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Pengajaran dan pembelajaran
1.9.2 Pembelajaran Berbantukan
Komputer
1.9.3 Web portal
1.9.4 E-pembelajaran
1.9.5 MOODLE
1.9.6 E-buku
1.9.7 Pedagogi Konstruktivisme Sosial
1.9.8 Pengguna
1.10 Penutup
2
4
5
5
6
6
7
7
8
9
9
9
10
10
11
11
11
12
12
12
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 E-pembelajaran
2.3 Keperluan E-pembelajaran Dalam Kurikulum
Sains
2.4 Teori Pembelajaran Konstruktivisme
14
14
15
16
ix
2.5 Teori Konstruktivisme Sosial
2.6 Kebaikan E-pembelajaran
2.6.1 Masa fleksibel
2.6.2 Tempat fleksibel
2.6.3 Meningkatkan motivasi pelajar
2.6.4 Maklumat terkini
2.6.5 Sejagat
2.7 Ciri-ciri MOODLE Dalam Membantu Proses
Pengajaran dan Pembelajaran
2.7.1 Pengurusan Web Portal
2.7.2 Pengurusan Pengguna
2.7.3 Pengurusan Kursus
2.7.3.1 Modul Tugasan
2.7.3.2 Modul Chat
2.7.3.3 Modul Forum
2.7.3.4 Modul Pembelajaran
2.7.3.5 Modul Kuiz
2.7.3.6 Modul Sumber
2.7.3.7 Modul Survey
2.8 Kesalahan Lazim Dilakukan Oleh Pelajar
2.9 Penutup
17
18
18
19
19
20
20
21
21
22
22
22
23
23
23
24
24
24
25
26
BAB 3
PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN
3.1 Pengenalan
3.2 Model Reka Bentuk ASSURE
3.2.1 Menganalisis Pelajar
3.2.2 Menyatakan Objektif
27
27
29
29
x
3.2.3 Memilih Kaedah, Media dan
Bahan Pengajaran
3.2.3.1 Pembangunan bahan
Pembelajaran
3.2.3.2 Pembangunan Bahan
Aktiviti (Quiz)
3.2.3.3 Pembangunan Bahan
Aktiviti (Chat)
3.2.3.4 Pembangunan bahan
Aktiviti (Forum)
3.2.3.5 Pembangunan Bahan
Aktiviti (Tugasan)
3.2.3.6 Pembangunan Bahan
Aktiviti (Jurnal)
3.2.4 Menggunakan Media dan Bahan
Pengajaran
3.2.4.1 Course management System
(CMS)
3.2.4.2 Mozilla Firefox
3.2.4.3 Microsoft Power Point
3.2.4.4 Adobe Photoshop CS2
3.2.4.5 Ulead Cool 3D 3.5
3.2.4.6 Sony Foundry Sound Forge
7.0
3.2.4.7 Sony Vegas 5.0
3.2.4.8 Macromedia Flash 8
3.2.5 Memerlukan Penglibatan Pelajar
Dalam Pembelajaran
3.2.6 Melakukan Penilaian dan
Pengubahsuaian
3.3 Penyebaran Web Portal Yang Dihasilkan
30
31
32
32
33
33
33
34
34
34
34
35
35
35
36
36
36
37
38
xi
3.3.1 Pemilihan Perkakasan
3.4 Penutup
38
39
BAB 4 PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN
4.1 Pengenalan
4.2 Penghasilan Bahan-bahan Pembelajaran
4.2.1 Paparan Login
4.2.2 Paparan Main Menu
4.2.3 Rekabentuk Topik Water
4.2.3.1 Paparan Pendahuluan
4.2.3.2 Paparan Topik Water
4.2.3.3 Pembelajaran Pelajar
4.2.4 Kuiz dan Latihan Tambahan
4.2.5 Paparan Fun Zone
4.2.6 Paparan Glosari
4.2.7 Tugasan
4.2.8 Forum dan Perbincangan
4.2.9 Jurnal
4.2.10 Sumber
4.3 Panduan Pengguna
4.4 Penutup
40
41
41
42
43
45
46
47
50
52
53
53
54
55
56
56
61
BAB 5
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
5.2 Kelebihan E-pembelajaran
5.3 Kelemahan E-pembelajaran
62
62
64
xii
5.4 Masalah Yang Dihadapi
5.5 Cadangan Mengatasi Masalah
5.6 Kesimpulan
5.7 Penutup
64
65
66
66
RUJUKAN
67
LAMPIRAN
71
xiii
SENARAI JADUAL
No Jadual Tajuk Muka Surat
Jadual 3.1 Objektif dan Hasil Pembelajaran Yang Perlu
Dicapai Setelah Mengikuti Proses Pengajaran
dan Pembelajaran Bagi Topik Water.
30
xiv
SENARAI RAJAH
No Rajah Tajuk Muka Surat
Rajah 1.1 Kerangka Projek 9
Rajah 3.1 Model Reka bentuk ASSURE 28
Rajah 3.2 Proses Pembangunan Bahan Pembelajaran 31
Rajah 3.3 Proses Pembangunan Bahan Aktiviti (Quiz) 32
Rajah 3.4 Carta Alir Umum Sistem MOODLE 37
Rajah 4.1 Paparan Laman Web MOODLE 42
Rajah 4.2 Paparan login 42
Rajah 4.3 Paparan Main Menu 43
Rajah 4.4 Paparan Upload 44
Rajah 4.5 Paparan Label 44
Rajah 4.6 Paparan pilihan aktiviti pada menu utama 45
Rajah 4.7 Paparan Pendahuluan (Introduction) 45
Rajah 4.8 Paparan Subtopik Physical Characteristics Of Water 46
Rajah 4.9 Paparan Subtopik Composition Of Water 46
Rajah 4.10 Paparan Subtopik Evaporation Of Water 46
Rajah 4.11 Paparan Set Induksi Dalam Subtopik Physical
Characteristics Of Water
47
xv
Rajah 4.12 Paparan Pengajaran Yang Disediakan Dalam Subtopik
Physical Characteristics Of Water
48
Rajah 4.13 Paparan Penilaian Formatif Dalam Subtopik Physical
Characteristics Of Water
48
Rajah 4.14 Paparan Set Induksi Dalam Subtopik Composition Of
Water
48
Rajah 4.15 Paparan Pengajaran Yang Disediakan Dalam Subtopik
Composition Of Water
49
Rajah 4.16 Paparan Penilaian Formatif Dalam Subtopik
Composition Of Water
49
Rajah 4.17 Paparan Set Induksi Dalam Subtopik
Evaporation Of Water
49
Rajah 4.18 Paparan Pengajaran Yang Disediakan Dalam Subtopik
Evaporation Of Water
50
Rajah 4.19 Paparan Penilaian Formatif Dalam Subtopik
Evaporation Of Water
50
Rajah 4.20 Paparan Penilaian Sumatif Untuk Menguji Kefahaman
Pelajar
51
Rajah 4.21 Paparan Soalan Objektif Yang Disediakan Di Dalam
Sistem MOODLE.
51
Rajah 4.22 Paparan Soalan Subjektif Yang Disediakan Di Dalam
Sistem MOODLE
51
Rajah 4.23 Paparan Fun Zone Untuk Menarik Perhatian Pelajar
Semasa Melayari Web Portal
52
Rajah 4.24 Paparan Permainan Yang Disediakan Untuk Pelajar 52
Rajah 4.25 Ruangan Glosari Yang Terdapat Di Dalam MOODLE. 53
Rajah 4.26 Paparan Glosari Yang Boleh Dilayari Oleh Pengguna 53
Rajah 4.27 Paparan Ruangan Forum 54
Rajah 4.28 Paparan Jurnal Yang Boleh Diisi Oleh Pelajar 55
Rajah 4.29 Paparan Sumber 56
Rajah 4.30 Paparan login Pengguna 57
xvi
Rajah 4.31 Paparan Akaun Baru Untuk Pengguna Baru 57
Rajah 4.32 Paparan Topik Yang Boleh Dipelajari Oleh Pelajar 57
Rajah 4.33 Paparan Arahan Muat Turun Fail Ke Komputer 58
Rajah 4.34 Paparan Ruangan Kuiz Dan Maklumbalas Terhadap
Jawapan Pelajar
58
Rajah 4.35 Paparan Markah Yang Diperolehi Oleh Pelajar 59
Rajah 4.36 Paparan Topik Forum 59
Rajah 4.37 Paparan Forum 60
Rajah 4.38 Paparan Ruangan Jawapan 60
Rajah 4.39 Paparan Topik Chatting 60
Rajah 4.40 Paparan Jurnal 61
xvii
DAFTAR SINGKATAN/ SIMBOL/ISTILAH
BBM - Bahan Bantu Mengajar
CMS - Open source Course Management System
ICT - Information and Communication Technology
KBSM - Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MOODLE - Modular Object- Oriented Dynamic Learning
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
xviii
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Tajuk Muka Surat
A Borang Soal Selidik 71
B Soalan Kuiz 72
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Konsep pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
khususnya internet menjadi semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi
tahap pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Justeru itu, tumpuan
diberikan kepada usaha menggalakkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
sebagai pemangkin bagi menyokong dan menyumbang secara langsung kepada
pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kualiti hidup penduduk.
Selaras dengan cabaran global di samping penubuhan Koridor Raya
Multimedia, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk memajukan sistem pendidikan dan melahirkan generasi intelektual. Sebagai
contoh, projek sekolah bestari yang menerapkan penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan sejak tahun 1999 (Abu Hassan
Kassim, 2003). Ini merupakan satu usaha untuk memperkenalkan teknologi
maklumat kepada golongan masa kini dari peringkat awal iaitu sejak mereka berada
di bangku sekolah lagi.
2
Memandangkan pengetahuan intelektual sangat diperlukan di kalangan
masyarakat pada hari ini, kebanyakan sekolah telah dilengkapi dengan kemudahan
komputer. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu bersama-sama mambantu pihak kerajaan
untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan dan keperluan
memahami ilmu berasaskan teknologi maklumat. Menurut Baharuddin Aris (2003),
penggunaan komputer akan menyediakan pelajar dengan kemahiran daya berfikir dan
dapat meningkatkan pengetahuan mereka untuk menyediakan diri dalam corak
kehidupan di abad-21.
Aktiviti pembelajaran harus dijalankan secara konstruktivisme. Dougiamas
(2003) telah memperkenalkan dan membangunkan MOODLE (Modular Object-
Oriented Dynamic Learning) yang merupakan e-pembelajaran interaktif melalui web
portal. MOODLE merupakan salah satu Open source Course Management System
(CMS) yang dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkualiti
secara talian. Justeru itu, penyediaan bahan pembelajaran bagi tajuk Water di dalam
web portal berasaskan MOODLE dibangunkan. Aplikasi teknologi maklumat dan
komputer ini difokuskan sebagai salah satu daripada komponen persekitaran
pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk elektronik bagi membantu pembelajaran
sedia ada di sekolah. Web portal yang bersifat pembelajaran jangka panjang
diharapkan dapat membantu guru dan pelajar serta memberi manfaat secara
maksimum. Melalui web portal seperti e-pembelajaran, pelajar dan guru dapat
bersama-sama mewujudkan persekitaran pembelajaran yang efektif.
1.2 Latar Belakang Masalah
Proses penyampaian maklumat pada masa kini tidak terhad kepada
penggunaan papan putih sahaja, malah terdapat pelbagai teknik yang boleh
digunakan untuk memastikan proses penyampaian maklumat lebih berkesan. Melalui
3
persembahan multimedia, perbincangan dan pembentangan maklumat dapat
dilaksanakan dalam persekitaran yang lebih kondusif, menarik dan menjimatkan
masa.Walaubagaimanapun, di era teknologi ini hanya segelintir masyarakat yang
mempunyai kemahiran menggunakan aplikasi teknologi maklumat dalam
persembahan elektronik. Mengikut Baharuddin Aris et. al. (2002), kadar pengekalan
informasi menggunakan multimedia berasaskan komputer yang interaktif mampu
mencapai sehingga 30 peratus lebih dari kadar pengekalan informasi oleh pelajar
yang menggunakan kaedah tradisional. Sehubungan itu, kemahiran ini dilihat perlu
diketengahkan supaya ia dapat dimanfaatkan secara positif oleh guru dan pelajar
memandangkan kurangnya kesedaran di kalangan pendidik tentang kepentingan
ilmu.
Menurut Devinder Singh dan Zaiton A. B. (2006), ciri-ciri pembelajaran
tradisional adalah:
i. Guru memainkan peranan yang penting, sedangkan pelajar berperanan
sebagai penonton sahaja.
ii. Komunikasi antara pelajar adalah sehala di mana pelajar tidak berpeluang
untuk menyumbang pendapat mereka.
iii. Pengajaran guru lebih tertumpu kepada penyampaian fakta-fakta secara
menghafal. Pelajar lebih cenderung untuk mengingat dan kurang berupaya
membuat interpretasi. Ini menjadikan pelajar kurang kreatif dan tidak
berinisiatif.
Menurut Jaya Kumar (2001), melalui kelas tradisional, saluran ilmu adalah
statik dan membosankan berikutan kekangan masa, tempat, bahan dan sumber.
Kaedah pengajaran tradisional adalah bersifat pasif, jadi ia boleh tertumpu kepada
guru semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan pelajar untuk melalui proses
pembelajaran secara aktif. Ini tidak dapat menjamin kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran kerana ia memerlukan strategi yang berkesan. Justeru itu, aplikasi
4
web portal dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu
meningkatkan keberkesanan penyampaian ilmu kepada pelajar. Menurut Alexander
(2001), negara yang telah mempraktikkan e-pembelajaran membuktikan bahawa
pembelajaran secara terbuka ini berkesan kerana ia sentiasa memberi ruang kepada
pelajar untuk belajar pada bila-bila masa sahaja. Sehubungan itu, web portal
berbentuk e-pembelajaran adalah bersesuaian untuk diaplikasikan di dalam sistem
pendidikan negara.
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Rozinah Jamaludin (2000), kesediaan para guru untuk menukar cara
pengajaran tradisional kepada pengajaran berasaskan teknologi moden dan canggih
merupakan tulang belakang kepada kejayaan pelaksanaan sekolah bestari. Justeru itu,
masyarakat perlu mengetahui cara untuk menggunakan aplikasi yang sesuai dengan
keperluan dan kehendak keadaan. Untuk mengatasi masalah tersebut, web portal
yang berasaskan MOODLE dilihat sebagai satu penyelesaian yang ideal di mana ciri
istimewa MOODLE dapat memuatkan bahan pembelajaran secara interaktif dan
berkesan. Pelajar sering mempunyai masalah berkaitan penglibatan mereka dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di mana guru tidak menggalakkan pembinaan
motivasi dalam diri mereka. Dalam era globalisasi ini, pelajar dan guru perlu
memahirkan diri untuk mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran melalui
komputer dan internet. Ini selaras dengan keperluan tenaga mahir di zaman sains dan
teknologi ini. Sehubungan itu, projek ini diharap dapat melatih dan memberi
bimbingan kepada guru dan pelajar supaya mempunyai daya fikir yang lebih baik.
5
1.4 Objektif Projek
Objektif bagi projek pembangunan web portal berasaskan MOODLE bertajuk
Water ini ialah:
i. Membangunkan web portal berasaskan MOODLE bertajuk Water bagi mata
pelajaran Sains tingkatan dua.
ii. Mengisikan web portal yang disediakan dengan pelbagai bahan bantu
pengajaran untuk guru dan bahan sokongan pembelajaran pelajar.
1.5 Rasional Projek
Menurut Gotschall (2000), pendidikan berasaskan web semakin berkembang
dan mendapat perhatian disebabkan keupayaan interaktif yang membolehkan
penyimpanan dan perkongsian maklumat dilakukan dengan cepat. Justeru itu, web
portal berbentuk e-pembelajaran amat sesuai dijadikan sebagai medium pembelajaran
berdasarkan keistimewaan yang terdapat pada web portal seperti MOODLE.
Masyarakat terutama para pelajar dan guru perlu didedahkan dengan teknologi
sebegini supaya mereka tidak ketinggalan memandangkan ia merupakan salah satu
program aplikasi yang sedang digunakan oleh kebanyakan institusi pengajian tinggi.
Sekiranya kemahiran asas tidak dapat diperolehi, mereka akan menghadapi masalah
pada masa akan datang memandangkan kemajuan dalam bidang teknologi semakin
berkembang pesat.
Pembangun memilih untuk membangunkan web portal yang bertajuk Water
berdasarkan soal selidik terhadap guru di SMK Palong Timur yang mencadangkan
6
bahawa tajuk ini diketengahkan kerana kebanyakan pelajar terutama pelajar luar
bandar sukar untuk menguasai konsep yang mudah. Ini memberi masalah yang lebih
besar kepada mereka apabila mempelajari topik yang lebih sukar di peringkat yang
lebih tinggi.
Web portal berbentuk e-pembelajaran yang dibangunkan juga dapat dijadikan
sebagai bahan bantu mengajar supaya pelajar lebih memahami topik yang dipelajari
dan menarik minat mereka untuk belajar. Ini dapat mengelakkan kesalahan lazim
yang mungkin dilakukan oleh pelajar.
1.6 Kepentingan Projek
1.6.1 Pelajar
Para pelajar dapat beradaptasi dalam persekitaran moden yang lebih global di
samping mengukuhkan ilmu dan kemahiran melalui bahan sokongan ini serta
berpeluang mengemukakan masalah atau perbincangan melalui web portal ini.
Dengan kata lain, pelajar dapat melibatkan diri secara aktif jika proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan secara interaktif menggunakan kaedah pembelajaran
berasaskan internet.
7
1.6.2 Pengajar
Pengajar seharusnya mempunyai kemahiran dalam penggunaan teknologi
untuk menyediakan diri dalam persekitaran serba moden agar tidak dikatakan
ketinggalan zaman. Menurut Mohamad Sani Ibrahim dan Jasmy Abdul Rahman
(2005), guru seharusnya peka dengan perkembangan teknologi maklumat yang
semakin berkembang pesat ke arah peningkatan diri dan profesionalisme. Melalui
pembelajaran berasaskan MOODLE, beban tenaga pengajar dapat dikurangkan
memandangkan isi pembelajaran telah tersedia dan sebarang pembaharuan dapat
dilaksanakan dengan mudah.
1.6.3 Sekolah dan Masyarakat
Teknologi seperti ini dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dengan lebih menarik dan berkesan di samping bahan bantu mengajar
yang lain. Penggunaan web portal dalam pembelajaran dikatakan sesuatu yang baru
kepada sesetengah pihak. Melalui projek ini, ibu bapa dan masyarakat akan mendapat
pendedahan terhadap corak pembelajaran alaf baru untuk memantau prestasi
pembelajaran pelajar dari semasa ke semasa.
8
1.7 Skop
Skop pembangunan web portal ini adalah:
i. Meliputi tajuk-tajuk kecil dalam topik Water. Tajuk tersebut adalah
Physical Characteristics Of Water, Composition Of Water dan Evaporation
Of Water.
ii. Penilaian formatif dan sumatif disediakan untuk mengukuhkan kefahaman
pelajar dan menerangkan konsep yang abstrak kepada pelajar.
iii. Penyediaan isi kandungan pembelajaran berdasarkan elemen yang terdapat
di dalam MOODLE seperti nota pembelajaran, tugasan, kuiz, perbincangan
dan latihan.
Batasan :
i. Pengguna perlu mempunyai asas komputer dan asas topik yang dipelajari
memandangkan projek ini adalah sebagai bahan sokongan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
ii. Pengguna perlu mempunyai kebolehan memahami Bahasa Inggeris.
iii. Pengguna sekurang-kurangnya merupakan golongan pelajar tingkatan dua.
iv. Bahan pembelajaran terhad kepada topik Water sahaja.
v. Penghasilan web portal ini hanya melibatkan aktiviti penyediaan bahan
pembelajaran berasaskan MOODLE tanpa pengujian selanjutnya.
9
1.8 Kerangka Projek
Rajah 1.1 Kerangka Projek
Secara umumnya, projek ini membangunkan bahan e-pembelajaran
menggunakan web portal yang mengandungi aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
bercirikan konstruktivisme. MOODLE menyediakan platform kepada para pendidik
dan pelajar untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara
konstruktivisme sosial berdasarkan model ASSURE.
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Pengajaran dan pembelajaran
Menurut Kamus Dewan (1998), pengajaran membawa maksud segala sesuatu
yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar. Pembelajaran
pula ditakrifkan sebagai perubahan tingkahlaku yang berlaku terhadap pelajar akibat
Sistem e-pembelajaran
MOODLE
Penghasilan bahan pembelajaran
Konstruktivisme Kolaboratif Eksplorasi Penekanan
kepentingan kesalahan dalam pembelajaran Sains
Konstruktivisme Sosial
10
berinteraksi dengan persekitaran. Ia merujuk kepada perubahan dalam diri seseorang
dan potensi untuk melakukan tindakbalas yang baru.
1.9.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer
Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa
implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang
pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Selain dari bahan
bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses
pengurusan dan penilaian di sekolah. Komputer sangat membantu dalam proses
penyampaian maklumat berdasarkan ciri-ciri interaktifnya yang dapat menarik minat
pelajar untuk belajar. Pembelajaran dapat berlaku melalui penggunaan komputer di
mana pelajar boleh terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui web
portal.
1.9.3 Web portal
Laman Web merupakan komponen yang menjadikan internet lebih menarik
dan diminati. Web portal merupakan salah satu cara untuk memaparkan maklumat
kepada masyarakat global yang ingin mengakses laluan internet di mana-mana dan
bila-bila masa. Web portal pendidikan berfungsi sebagai pintu gerbang yang
menyediakan pelbagai bentuk kandungan di alam maya seperti bahan pengajaran,
latihan, maklumat dan berita terkini, mesej, forum, e-mel dan sebagainya.
11
1.9.4 E-pembelajaran
Istilah e-pembelajaran mengandungi pengertian yang sangat luas.
Salah satu definisi yang diambil daripada Urdan dan Weggen (2000) menyatakan
bahawa e-pembelajaran merupakan suatu jenis bahan pengajaran dan pembelajaran
yang menyampaikan maklumat kepada pelajar menggunakan media internet, intranet
atau media jaringan komputer lain. E-pembelajaran merupakan salah satu cabang
web portal yang sering digunakan di dalam sistem pendidikan pada masa kini.
1.9.5 MOODLE
Modular Object- Oriented Dynamic Learning atau dikenali sebagai
MOODLE merupakan e-pembelajaran daripada pakej perisian CMS (Course
Management System) dan LMS (Learning Course Management). Ia merupakan
perisian sumber terbuka yang memberi kemudahan untuk proses muat turun,
pengubahsuaian dan penyebaran. MOODLE mengandungi slot sumber dan aktiviti
pembelajaran seperti forum, kuiz, tugasan, penilaian, perbincangan dan sebagainya
yang dapat memberi kemudahan kepada pengguna. MOODLE merupakan salah satu
aplikasi e-pembelajaran yang sering digunakan.
1.9.6 E-buku
Tujuan E-buku dan buku adalah sama iaitu memberikan maklumat kepada
pengguna atau pembaca mengenai sesuatu hal yang berlaku atau memberi motivasi
12
dan pengetahuan. Kedua-duanya boleh dibaca tetapi e-buku diedarkan di dalam
bentuk yang lain iaitu melalui internet.
1.9.7 Pedagogi Konstruktivisme Sosial
Pedagogi konstruktivisme sosial merupakan pendekatan sosial yang
melibatkan aktiviti pembelajaran yang aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia merupakan salah satu aliran teori pembelajaran.
1.9.8 Pengguna
Pengguna merujuk kepada individu yang akan menggunakan web portal
yang telah dihasilkan. Pengguna boleh terdiri daripada guru atau pelajar. Pelajar
boleh menggunakan web portal ini untuk pembelajaran kendiri manakala guru boleh
menggunakannya untuk mengawal proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
1.10 Penutup
Perbincangan tentang pengenalan web dalam pendidikan, latar belakang
masalah, pernyataan masalah, objektif projek, rasional projek, skop projek,
kepentingan projek serta definisi istilah yang digunakan dalam projek telah
13
dinyatakan di dalam bab ini. Teknologi seperti ini adalah penting untuk difahami
bukan sahaja terhadap guru malah pelajar dalam mengharungi dunia multimedia ini.
Pembelajaran menggunakan web portal harus dijadikan sebagai salah satu corak
pembelajaran di Malaysia. Justeru itu, pembangunan projek ini diharapkan dapat
memberi manfaat kepada pelajar, guru dan masyarakat.
Recommended