View
246
Download
5
Category
Preview:
Citation preview
i
PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN JAWI
OLEH:
NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN JAWI
NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR
Disertasi ini dikemukakan Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan ijazah Sarjana Psikologi Pendidikan
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2013
iii
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN JAWI
SESI PENGAJIAN : 2012/13 Saya NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : NO 4, JALAN JATI 8, TAMAN NUSA BESTARI JAYA, 81300 SKUDAI JOHOR Tarikh : 29 NOVEMBER 2013
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
PROF.MADYA. DR YEO KEE JIAR
NAMA PENYELIA Tarikh : 29 NOVEMBER 2013
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
iv
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali hasil nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : _________________________________ Nama Penulis : NAZIMAH BINTI MOHAMAD @ MOHD NOOR
Tarikh : 29 NOVEMBER 2013
v
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Pendidikan (Psikologi)”.
Tandatangan : ______________________________
Nama Penyelia : PROF. MADYA. DR.YEO KEE JIAR
Tarikh : 29 NOVEMBER 2013
vi
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Selawat dan
salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw, dengan taufik dan hidayahNya dapat
pengkaji menyempurnakan kajian ini.
Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih kepada penyelia yang sudi menerima saya sebagai anak didiknya
Professor Madya Dr Yeo Kee Jiar yang begitu berdedikasi tanpa jemu memberi ilmu,
tunjuk ajar, nasihat dan buah fikiran yang bermanfaat sepanjang kajian ini
dijalankan.
Di samping itu juga saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih
kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pengetua
dan guru yang terlibat di SMK Dato’ Usman Awang, pelajar-pelajar tingkatan satu
yang telah menjayakan kajian ini.
Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah
banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang menyiapkan kajian ini. Tidak
lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang
proses penghasilan kajian ini. Jazakumullahu lakum khairal jaza’.
Wassalam
Terima kasih
vii
DEDIKASI
Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas Rasulullah Muhammad saw
Berkat kurnia dan hidayahnya memberi peluang saya menambah ilmu
pengetahuan, syukru lillah.
Buat suami yang tercinta
Abdul Rahim bin Mohd Salih
Dengan izinmu memudahkan urusan pengajianku.
Kepada anak-anak yang dikasihi
Ahmad Asyraq
Ahmad Amjad
Ahmad Awatif
Nuha Aqilah
Kamu sekalian sumber kekuatanku.
Buat bonda yang disayangi Mariam binti Abdullah
Berkat doamu mengiringi kejayaanku.
Jazakumullahu khairan kathiran kepada abang dan adik yang banyak
membantu memberi ilham dan menyumbang idea.
Buat rakan-rakan
Segala pertolongan dan bantuan kalian hanya Allah swt yang dapat
membalasnya.
Segala kebaikan yang diperolehi adalah milik Allah swt jua, terima kasih.
viii
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menentukan hasil pencapaian dan minat pelajar
sekolah menengah dengan kemahiran Jawi melalui penggunaan modul pembelajaran
kemahiran Jawi yang dibina. Pelajar yang terlibat adalah pelajar tingkatan satu
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Usman Awang, Taman Perling Johor Bahru.
Seramai 60 orang pelajar telah dipilih oleh pihak sekolah dan kemudian dibahagikan
kepada dua kumpulan. 30 orang kumpulan pertama dikelaskan sebagai kumpulan
eksperimen dan 30 orang kumpulan kedua dikelaskan sebagai kumpulan kawalan.
Kumpulan eksperimen mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama pengkaji
dan kumpulan kawalan mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama guru
pendidikan Islam sekolah tersebut. Dua kumpulan ini dibezakan pada cara
pengajaran dan pembelajaran kemahiran Jawi iaitu kumpulan eksperimen
mempelajari kemahiran Jawi menggunakan modul pembelajaran kemahiran Jawi
manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah penilaian berasaskan sekolah
(PBS). Setiap kumpulan pula menjawab soal selidik pra dan pasca selain menjawab
ujian pra dan pos setiap bahagian modul. Data dikumpulkan dan dianalisis
menggunakan SPSS versi 16.0. Nilai Alpha Cronbach item bagi kajian rintis yang
telah dijalankan untuk soal selidik ialah 0.785. Daripada hasil kajian didapati
terdapat perbezaan yang signifikan pada pencapaian ujian pra dan pos kumpulan
eksperimen selain tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada minat kemahiran
Jawi daripada ujian pra dan pasca kajian yang dijalankan. Laporan ini juga terdapat
beberapa implikasi kepada ibu bapa, pihak sekolah dan pelajar sekolah menengah.
Cadangan untuk kajian lanjutan turut diusulkan di akhir kajian ini.
ix
ABSTRACT
This study was conducted to determine secondary school students’
achievement and interest in Jawi skills through the use of Jawi skill learning modules
developed by the researcher. The participants were form one students of SMK Dato
'Usman Awang, Taman Perling Johor Bahru. A total of 60 students were selected by
the school and then divided into two groups. The first group of 30 students were
classified as the experimental group and the second group of 30 were classified as
the control group. The experimental group had their teaching and learning process
with the researcher whiles the control group had their teaching and learning process
with the Islamic Education teacher of the school. These two groups were
distinguished in the way they learn Jawi skills. The experimental group used the Jawi
skills learning modules and the control group was using the school-based assessment
(PBS) modules. Each group was to answer the pre-and post questionnaire as well
as the pre and post test in each part of the module. Data were collected and analyzed
using SPSS version 16.0. The value of Cronbach Alpha for the questionnaire items
for the pilot study conducted was 0.785. The study found a significant difference
between the pre and post test for achievement of experimental group. However, there
was no significant difference between pre-and post-test for interest in Jawi skills. The
report also found a number of implications for parents, school and secondary school
students. Recommendations for further research are also proposed at the end of the
study.
x
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA
SURAT
JUDUL
PENGHARGAAN
DEDIKASI
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI CARTA ALIR
ii
vi
vii
viii
ix
x
xv
xvi
xvii
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Kerangka Teori Kajian
1.8 Kerangka Konsep Kajian
1.9 Kepentingan Kajian
1.10 Batasan Kajian
1.11 Definisi Istilah
1.11.1 Kemahiran Jawi
1.11.2 Modul Pembelajaran
1
4
7
9
9
10
11
13
13
15
16
16
16
xi
1.11.3 Minat
1.11.4 Pencapaian
1.12 Penutup
17
17
18
2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.2 Teori Skinner
2.3 Teori Konstruktivisme
2.4 Pembelajaran Masteri
2.5 Minat
2.6 Kedudukan Jawi dalam Pendidikan Malaysia
2.7 Kurikulum Pendidikan Islam
2.8 Model Pembelajaran
2.8.1 Model ASSURE
2.8.2 Model ADDIE
2.9 Kajian-kajian Lepas
2.10 Penutup
19
19
19
20
22
25
26
27
29
29
31
33
35
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Reka bentuk Kajian
3.1.1 Pendekatan Kajian Kuantitatif
3.3 Sampel Kajian
3.4 Fasa Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Pembinaan Modul Pembelajaran
3.5.2 Instrumen Ujian Pra dan Pos
3.5.3 Instrumen Ujian Pra dan Pasca
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul dan Alat
36
36
36
39
40
40
41
41
43
44
xii
Kajian
3.7 Kajian Rintis
3.8 Pemboleh Ubah Kajian
3.9 Proses Pengumpulan Data Kajian
3.10 Analisis Data Kuantitatif
3.10.1 Peratusan
3.8.2 Ujian-T
3.9 Penutup
45
46
47
47
48
50
51
51
ANALISIS DATA KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Profil Responden
4.2.1 Taburan Responden mengikut Jantina
4.2.2 Pencapaian Pendidikan Islam
4.3 Analisis Persoalan Kajian
4.3.1 Pembinaan modul pembelajaran kemahiran
Jawi sesuai terhadap kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan
4.3.2 Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos kemahiran
Jawi kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan sebelum dan selepas menggunakan
Modul Pembelajaran Kemahiran Jawi
4.3.3 Perbezaan pencapaian kemahiran Jawi pelajar
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan
sebelum dan selepas menggunakan Modul
Pembelajaran Kemahiran Jawi
4.3.4 Minat pelajar kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan dalam kemahiran Jawi
sebelum dan selepas menggunakan Modul
Pembelajaran Kemahiran Jawi
4.3.5 Perbezaan minat kemahiran Jawi pelajar
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan
52
52
52
53
53
54
55
57
59
62
62
xiii
sebelum dan selepas menggunakan Modul
Pembelajaran Kemahiran Jawi
4.4 Kesimpulan
64
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, KEPUTUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan Kajian
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
5.3.1 Persoalan Kajian 1: Adakah pembinaan modul
pembelajaran kemahiran Jawi sesuai terhadap
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan?
5.3.2 Persoalan Kajian 2 : Apakah tahap pencapaian
kemahiran Jawi pelajar kumpulan eksperimen
dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas
menggunakan Modul Pembelajaran Kemahiran
Jawi?
5.3.3 Persoalan Kajian 3: Adakah terdapat perbezaan
yang signifikan antara ujian pra dan ujian pos
kemahiran Jawi dalam kalangan pelajar
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan
yang menggunakan Modul Pembelajaran
Kemahiran Jawi?
5.3.4 Persoalan Kajian 4: Apakah minat pelajar
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan
terhadap kemahiran Jawi sebelum dan selepas
menggunakan modul pembelajaran kemahiran
Jawi?
5.3.5 Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan
yang signifikan dalam minat pelajar kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan terhadap
65
65
66
67
67
68
69
70
xiv
kemahiran Jawi sebelum dan selepas
penggunaan modul pembelajaran kemahiran
Jawi?
5.4 Keputusan Kajian
5.5Cadangan Kajian
71
71
71
BIBLIOGRAFI 73
LAMPIRAN
79
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Keputusan Ujian Kemahiran Jawi pelajar
Tingkatan Satu SMK Dato; Usman Awang
38
3.2
3.3
Ringkasan Perjalanan Kajian
Sampel Kajian
38
40
3.4 Ujian Pra dan Ujian Pasca Penilaian Modul 45
3.5 Skala Likert Lima Mata 46
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 53
4.2 Taburan Pencapaian Pendidikan Islam 54
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
Taburan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos
Kemahiran Jawi kumpulan eksperimen
Taburan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos
Kemahiran Jawi kumpulan kawalan
Perbezaan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian
Pos Bahagian Modul
Analisis Perbezaan Pencapaian Ujian Pra dan
Ujian Pos Bahagian Modul antara Kumpulan
Kawalan dan Kumpulan Eksperimen
Minat Pelajar Pra dan Pasca Kajian
Analisis Perbezaan Minat
Analisis Perbezaan Minat antara Kumpulan
Kawalan dan Kumpulan Eksperimen
57
58
59
61
62
63
63
xvi
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
1.1
1.2
3.1
Kerangka Teori Kajian
Kerangka Konsep Kajian
Kaedah analisis data kajian
11
13
48
xvii
SENARAI CARTA ALIR
NO CARTA TAJUK MUKA
SURAT
4.1 Proses pembinaan modul pembelajaran kemahiran Jawi 56
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Jawi berasal daripada bahasa Arab, iaitu bahasa yang digunakan dalam al-
Quran dan Hadis (Bhasah, et, 1991). Jawi ialah tulisan yang menggunakan huruf
Jawi. Tulisan Jawi ialah tulisan asal yang digunakan oleh masyarakat di Asia
Tenggara bagi bahasa Melayu (Amat Juhari, 1996). Sebelum kedatangan Inggeris
dan Belanda di Kepulauan Melayu, tulisan Jawi ialah tulisan rasmi bagi semua
perutusan dan perdagangan yang telah digunakan sejak abad ke – 6 masihi lagi
(Ahmad Farid dan Yaakub,2003). Menurut Haji Malik (2007), Jawi merupakan
bidang penulisan yang suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan agama, bangsa dan
negara.
Tulisan Jawi digunakan oleh masyarakat Melayu di Malaysia walaupun
tulisan Rumi menjadi tulisan rasmi dalam kurikulum. Kedudukan tulisan Jawi tetap
dipelihara melalui akta dan kurikulum yang berkaitan dengan agama Islam. Akta
Bahasa Kebangsaan 1963/67 dengan rasminya telah memutuskan untuk menjadikan
tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi kebangsaan. Akta tersebut telah disokong oleh
Hamdan, (2003) yang menyatakan bahawa tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah
tulisan Rumi dengan syarat tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih
dikenal dengan nama tulisan Jawi.
2
Kemahiran membaca dan menulis tulisan Jawi termasuk dalam identiti
nasional bangsa Melayu yang perlu diperkasakan. Sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 –
2025, setiap pelajar memerlukan enam ciri utama untuk bersaing diperingkat global.
Ciri-ciri itu ialah pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.
Tulisan Jawi umpama gerbang pembelajaran tentang Islam dan juga
merupakan warisan kebudayaan Melayu yang unggul. Menurut Azhar Rodzi (2013),
sejarah pendidikan di Nusantara dan Tanah Melayu menunjukkan betapa akrabnya
masyarakat Melayu dengan tulisan Jawi sebagai wahana yang mengangkat tahap
keilmuan mereka di mercu kecemerlangan. Apatah lagi, tidak dapat dinafikan
bahawa kitab suci Al-Quran hanya dapat dibaca menerusi penguasaan tulisan Jawi
yang baik
Tambahan lagi, menurut Zainal atau Zaaba (1931), jika tulisan Jawi tidak
dipelihara, maka orang ramai akan cenderung mengubah ejaannya mengikut sesuka
hati mereka. Kecenderungan mengubah ejaan akan memberi kesan kepada
perkembangan tulisan jawi iaitu ianya akan berubah mengikut arus pemodenan dan
secara tidak langsung menjadikan tulisan jawi hilang ditelan zaman. Pendapat ini
turut disokong oleh Nik Rosila (2007) yang menyatakan, keadaan ini jika dibiarkan
akan menjadikan pelajar hilang minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam
kerana tidak menguasai tulisan Jawi. Kekurangan sumber rujukan dan tambahan
pula, perubahan dari sudut ejaan yang mengikut rentak semasa akan menyebabkan
kesukaran demi kesukaran dihadapi oleh pelajar dalam menguasai tulisan Jawi. Jika
situasi ini berterusan, penguasaan tulisan Jawi dalam pendidikan Islam sekolah
menengah akan terjejas dan berkemungkinan tinggi akan terus terpinggir.
Pada tahun 1992, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memasukkan
komponen tulisan Jawi ke dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, KBSR
dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Hashim, 2007). Seterusnya, komponen Jawi
turut dimuatkan dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah KBSM dan Penilaian
3
Asas Fardu Ain, PAFA, yang dinilai pada peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR), peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Kemasukan komponen tulisan Jawi dianggap sebagai salah satu
usaha mempertahankan warisan Melayu asli.
Bagi pelajar yang mengikuti mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah
menengah di Malaysia, mereka akan menggunakan tulisan Jawi dalam pembelajaran
berdasarkan buku teks pelajaran tersebut. Tiada sukatan disediakan untuk
mengajarkan tulisan Jawi. Kebolehan kemahiran Jawi pelajar akan diuji dalam
peperiksaan Pendidikan Islam Sijil Pelajaran Malaysia. Bagi pelajar yang mengikuti
kelas agama di luar waktu sekolah, biasanya pada waktu petang, mereka tidak
menghadapi masalah kerana komponen tulisan Jawi diajarkan dalam kelas agama
petang. Pelajar-pelajar yang tidak bersekolah agama pula akan menghadapi
kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan kemahiran menulis Jawi. Oleh
itu, mereka akan menghadapi kesukaran mempelajari mata pelajaran agama Islam,
justeru menjawab soalan peperiksaan agama Islam, kerana lemah dalam tulisan Jawi.
Walaupun tulisan Jawi tidak diajarkan dan tidak ada kelas tertentu dalam
jadual sekolah, terdapat pelajar yang tidak banyak menghadapi masalah
menggunakannya. Selain kelas agama yang dihadiri diluar waktu sekolah, Nik Rosila
(2007) menyatakan faktor individu seperti sikap dan minat menyumbang kepada
pencapaian mereka dalam tulisan Jawi. Dengan minat, pelajar berupaya bekerja
sendiri dan berkeyakinan menyelesaikan masalah (Zaini, 2003). Walaupun
sebahagian pelajar mahir tulisan Jawi tetapi disebabkan tidak berminat, mereka
membiarkan kemahiran tersebut tanpa digunakan. Zaini berpendapat, sekiranya
persekitaran dipenuhi dengan perbezaan pendapat, tidak puas hati dan kurang
pengiktirafan, maka minat dan prestasi akan terabai. Menurut Bhasah et al (1991),
sikap pelajar yang membenci tulisan Jawi mengakibatkan tulisan Jawi semakin
ketinggalan dalam arus pendidikan di sekolah menengah. Dalam hal ini, sekiranya
tiada usaha bersepadu untuk memastikan pelajar berpeluang mempelajari dan
seterusnya menguasi kemahiran Jawi di sekolah, maka minat dan sikap pelajar
terhadap tulisan Jawi akan semakin berkurangan.
4
Permasalahan yang telah dikenalpasti memerlukan penyelesaian iaitu
menggunakan kaedah atau teknik yang berkesan bagi mengatasi masalah ini.
Menurut Mohd Nasir (2005), pencapaian pelajar dalam kemahiran membaca dan
kemahiran menulis Jawi akan menentukan masa depan tulisan Jawi di Malaysia.
Pelajar yang lemah dalam kemahiran Jawi perlu dibantu melalui penggunaan kaedah
pembelajaran yang sistematik. Penggunaan modul dalam pengajaran dan
pembelajaran merupakan pendekatan yang mampu mengatasi masalah pelajar yang
tidak mahir dalam tulisan Jawi (Shaharom, 1995). Pelajar yang tidak mengikuti kelas
agama waktu petang dan pelajar beragama selain Islam yang berminat mempelajari
tulisan Jawi turut mampu mempelajari kemahiran Jawi melalui kaedah tersebut.
Melalui penggunaan modul, para pelajar akan didedahkan kepada pengenalan awal
mengenai huruf Jawi dari sudut bentuk, sebutan dan persamaannya dengan huruf
Rumi dan asas kemahiran lain yang membolehkan pelajar mengikut kelas agama
dengan lebih mudah. Kemahiran membaca dan menulis Jawi perlu dikuasai oleh
pelajar agar pembacaan Jawi berjalan lancar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada tahun 1992 Kementerian Pendidikan telah memasukkan komponen Jawi
didalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Komponen tersebut
melalui satu sukatan pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) bagi
pelajar tahun satu hingga enam yang telah dilaksanakan pada tahun 2003, seiring
dengan kemasukan program Jawi Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF)
(Nik Rosila, 2007).
Tahap pembelajaran pendidikan Islam sekolah menengah pula menjurus
kepada Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Masalah yang timbul ialah tiada masa khusus dalam jadual waktu untuk guru
mengajarkan kemahiran Jawi. Guru kesuntukan masa untuk mengajar murid
menguasai kemahiran Jawi, justeru menyebabkan murid yang lemah dalam
kemahiran Jawi menghadapi kesukaran menjawab soalan berkaitan kemahiran Jawi
dalam peperiksaan (Hashim dan Adi Yasran, 2009).
5
Situasi ini dapat dilihat menerusi kedudukan penempatan pelajar didalam
kelas yang mengikut kepada pencapaian akademik semata. Realitinya, para pelajar
ditempatkan mengikut prestasi peperiksaan yang bersandarkan tulisan Rumi sahaja
melalui kemahiran Tiga M iaitu Mengenal, Membaca dan Menulis (Akmariah,
2010). Perkara ini menyebabkan percampuran pelajar yang berkemahiran Jawi
dengan pelajar yang tidak mahir atau amat rendah tahap kemahiran Jawi. Keadaan ini
bukan sahaja membebankan guru tetapi memberi impak kepada murid kerana minat
mereka terhadap kemahiran Jawi semakin berkurangan. Apabila situasi ini
berterusan, alternatif lain terpaksa digunakan oleh guru bagi menjadikan subjek
Pendidikan Islam dapat dikuasai dengan baik. Guru-guru Pendidikan Islam telah
menggunakan bahan bantu mengajar tulisan Rumi bagi menarik minat pelajar
terhadap subjek tersebut dan seterusnya dapat menyempunakan sukatan yang
ditetapkan sebelum peperiksaan dijalankan (Kamarul, Mohd Faeez, et al. 2011).
Merujuk kepada Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang telah diterangkan
dalam topik sebelum ini, kesan yang amat besar telah berlaku terhadap penggunaan
tulisan Jawi dan perkembangannya di mana masyarakat Melayu mula meninggalkan
tulisan Jawi dari segi pengamalan seharian dan latihan terhadap tulisan tersebut.
Menurut Mimbar Kata (2013), pada tahun 1985, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah menyedari kepentingan tulisan Jawi dan telah mula menjalankan usaha
menaiktaraf semula warisan ‘Dunia Melayu’ yang paling berharga itu. Usaha
berterusan seperti mewajibkan penggunaan tulisan Jawi di sekolah rendah agama,
seminar, rencana di akhbar dan banyak bahan bacaan Jawi diusahakan demi
mengembalikan semula keagungan tulisan Jawi. Meskipun memerlukan masa yang
lama dan perancangan rapi bermula dari peringkat pra-sekolah, sekolah dan
universiti.
Namun begitu, kemuncak penurunan penggunaan tulisan Jawi dalam
masyarakat ternyata apabila Syarikat Utusan Melayu di Malaysia menghentikan
akhbar Utusan Melayu bertulisan Jawi pada tahun 2006 dan digantikan dengan
sisipan edisi hari Isnin sahaja. Generasi baru Tanah Melayu kehilangan akhbar
warisan bangsa sekaligus memberikan mesej bahawa tulisan Jawi semakin dilupakan
dan tidak dibudayakan dalam masyarakat (Siti Fatimah, 2010).
6
Implikasi paling serius berlaku apabila tulisan Jawi semakin dilupakan dalam
sistem pendidikan sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, institusi
pengajian tinggi mahupun universiti. Bahasa Melayu bersandarkan tulisan rumi yang
berasal dari barat terus digunakan untuk wacana ilmiah. Para pelajar turut tidak
diwajibkan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di sekolah agama sehingga
menyukarkan pemahaman mereka terhadap kemahiran Jawi. Nik Rosila (2007)
menyatakan hasil kajian beliau iaitu sebanyak 72.28 peratus pelajar gagal menguasai
kemahiran menukar perkataan Rumi kepada perkataan Jawi. Walaupun pelajar
mempelajari tulisan Jawi sekian lama melalui mata pelajaran Pendidikan Islam,
namun masih ramai golongan belia ataupun mereka yang lahir selepas Akta Bahasa
Kebangsaan 1963 yang “buta Jawi” (Siti Fatimah, 2010).
Berdasarkan perubahan kedudukan tulisan Jawi sama ada dalam sistem
pendidikan mahupun dalam media, tulisan Jawi perlu diperkasakan di peringkat
pendidikan rendah, menengah, institut pengajian tinggi dan universiti sebagaimana
Bahasa Tamil dan Bahasa Cina dapat mengekalkan tulisan kaligrafi mereka. Minat
pelajar terhadap tulisan Jawi boleh dipupuk melalui latihan dan aktiviti
pembelajaran. Kohler (1976) berpandangan bahawa penurunan minat pelajar
terhadap tulisan Jawi boleh dikaitkan dengan faktor faedah, permintaan dan kepuasan
mempelajarinya. Zaini (2003) berpendapat bahawa pemberian ganjaran, peluang
pembelajaran dan keistimewaan kepada pelajar yang memiliki kemahiran Jawi, dapat
menarik minat lebih ramai pelajar mempelajarinya.
Usaha memupuk minat dan kemahiran mempelajari kemahiran Jawi perlu
dimulakan dari tahap asasnya. Di sekolah rendah, asasnya adalah di Tahun Satu
manakala di sekolah menengah pula, usaha pengukuhan perlu bermula pada
Tingkatan Satu lagi. Sekiranya pelajar dapat mengatasi masalah dalam membaca dan
menulis Jawi, maka mereka akan dapat mempelajari dan menduduki peperiksaan
Pendidikan Islam dengan lebih mudah. Bagi pelajar yang lemah dalam kemahiran
Jawi, mereka perlu diberikan peluang agar dapat mempelajarinya secara perlahan dan
mengikut kadar kemampuan sendiri.
7
Menurut Aina Mulyana (2012) menyatakan bahawa, modul merupakan satu
pakej kurikulum yang disediakan untuk pembelajaran secara individu mahupun
berkumpulan. Ini kerana, modul adalah suatu unit yang berdiri sendiri di atas satu
tujuan membantu pelajar mempelajari secara khusus dan jelas mengenai sesuatu
mata pelajaran mengikut kesesuaian modul yang dibina, dipilih dan digunakan kelak.
Sebagai contoh, pelajar Tingkatan Satu telah menghadapi kesukaran dalam
pembelajaran kemahiran Jawi khususnya menyesuaikan pertukaran huruf Rumi dan
huruf Jawi serta keliru penggunaan huruf vokal Jawi berbanding huruf vokal Rumi
yang lebih mudah difahami. Maka, Daftar ejaan Rumi-Jawi terbitan Dewan Bahasa
pada tahun 1998 telah dilancarkan. Ianya bertujuan untuk menyesuaikan ejaan Jawi
Melayu dengan ejaan Rumi agar padanan huruf dan transliterasinya dapat diterapkan
untuk mengelakkan kekeliruan orang awam terhadap ejaan beberapa perkataan Arab
dalam Bahasa Melayu. Untuk menyesuaikan ejaan Jawi Melayu dengan ejaan
Ruminya, maka beberapa padanan huruf dan transliterasinya dibuat oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka, yang diharapkan dapat mengelakkan kekeliruan. orang awam
terhadap ejaan beberapa perkataan Arab dalam bahasa Melayu (Mimbar Kata, 2013).
1.3 Pernyataan Masalah
Pembinaan modul pembelajaran kemahiran Jawi menjadi satu proses yang
panjang apabila sering berlaku pertukaran dari segi ejaan dan penggunaan huruf
vokal Jawi pada satu-satu perkataan. Perubahan yang seiring perkembangan bahasa
Melayu menjadi salah satu punca pelajar Melayu kurang berminat pada kemahiran
Jawi. Perubahan yang diibaratkan penambahbaikan ini bermula dengan Jawi Zaaba,
Jawi baku dan yang terkini Jawi baru (Mimbar kata, 2013).
Pendidikan Islam sekolah menengah menggunakan tulisan Jawi sebagai
pengantara pengajaran dan pembelajaran terutama dalam pembelajaran al-Quran
(Kang, 1990). Namun, sehingga kini terdapat ramai pelajar yang tidak mahir dalam
kemahiran Jawi. Situasi ini dapat dilihat sewaktu pelajar menduduki peperiksaan
8
untuk tajuk yang melibatkan kemahiran Jawi. Realitinya, pelajar akan mengabaikan
terus soalan ini ketika menduduki peperiksaan. Hal ini dapat dibuktikan apabila guru
menanda kertas jawapan murid. Menurut Nik Rosila (2007), pelajar tingkatan empat
dan lima akan memperolehi kurang daripada 10 markah dalam ujian melibatkan
soalan Jawi. Mereka akan ketinggalan dan semakin tidak berminat kepada
Pendidikan Islam kerana tidak mahir Jawi.
Pencapaian pelajar Melayu terhadap kemahiran Jawi yang semakin menurun
berpunca dari kelemahan penguasaan huruf-huruf Jawi. Disebabkan oleh penguasaan
yang rendah mutunya, ramai pelajar Melayu tidak mengikuti kelas agama petang,
justeru merosot lagi kemahiran Jawi mereka. Menurut Bhasah et al (1991), sikap
pelajar yang tidak meminati tulisan Jawi mengakibatkan tulisan Jawi semakin
ketinggalan dalam arus pendidikan di sekolah menengah.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan perlu dilaksanakan
agar pelajar berminat belajar. Sikap pelajar akan berubah menjadi positif sekiranya
pengajaran dan pembelajaran menarik minat mereka dan dapat membantu mereka
memahami teks dengan mudah. Dalam hal ini, cara mempelajari kemahiran Jawi
yang lebih berkesan ialah sentiasa mengaitkan tulisan Jawi dengan kemahiran tulisan
Rumi supaya mudah bagi pelajar mempelajari kemahiran asas Jawi.
Sejajar dengan keterangan di atas, kajian ini membina modul pembelajaran
kemahiran Jawi sebagai pendekatan pengajaran pembelajaran yang sistematik dan
memberikan peluang kepada pelajar mempelajari kemahiran Jawi mengikut kadar
kendiri. Modul sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar
mempelajari kemahiran Jawi secara berperingkat sehingga mereka menguasainya.
Ciri sedemikian dapat memupuk minat pelajar terhadap kemahiran Jawi.
9
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan permasalahan yang telah dibincangkan, pengkaji telah membina
lima objektif untuk dicapai dalam kajian ini. Membina Modul Pembelajaran
Kemahiran Jawi dalam kajian ini adalah untuk :
i. Membina modul pembelajaran kemahiran Jawi yang sesuai terhadap
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
ii. Mengenal pasti pencapaian kemahiran Jawi pelajar kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan sebelum dan selepas menggunakan Modul Pembelajaran
Kemahiran Jawi.
iii. Mengenal pasti perbezaan dalam pencapaian kemahiran Jawi pelajar
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas
menggunakan Modul Pembelajaran Kemahiran Jawi.
iv. Mengenal pasti minat pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan
dalam kemahiran Jawi sebelum dan selepas menggunakan Modul
Pembelajaran Kemahiran Jawi.
v. Mengenal pasti perbezaan minat kemahiran Jawi pelajar kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas menggunakan
Modul pembelajaran Kemahiran Jawi.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan melibatkan
keberkesanan modul pembelajaran kemahiran Jawi dalam meningkatkan pencapaian
dan minat pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan mempelajari tulisan
Jawi. Kajian ini diharap dapat menjawab soalan-soalan seperti berikut:
10
i. Adakah pembinaan modul pembelajaran kemahiran Jawi sesuai terhadap
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan?
ii. Apakah tahap pencapaian kemahiran Jawi pelajar kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan sebelum dan selepas menggunakan Modul Pembelajaran
Kemahiran Jawi?
iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pos
kemahiran Jawi dalam kalangan pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan yang menggunakan Modul Pembelajaran Kemahiran Jawi?
iv. Apakah minat pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam
kemahiran Jawi sebelum dan selepas menggunakan Modul Pembelajaran
Kemahiran Jawi?
v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam minat pelajar kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan terhadap kemahiran Jawi sebelum dan
selepas penggunaan Modul Pembelajaran Kemahiran Jawi?
1.6 Hipotesis Kajian
Berdasarkan objektif dan persoalan kajian, hipotesis yang akan diuji adalah
seperti berikut :
HO1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pos
kemahiran Jawi dalam kalangan pelajar yang menggunakan Modul
Pembelajaran Kemahiran Jawi.
11
HO2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam minat pelajar terhadap
kemahiran Jawi sebelum dan selepas penggunaan modul pembelajaran
kemahiran Jawi.
1.7 Kerangka Teori Kajian
Kajian yang bakal dilakukan ini menjadikan teori Behaviorisme dan teori
konstruktivisme sebagai asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran pembinaan
modul pembelajaran kemahiran Jawi. Pendekatan pembelajaran Masteri turut
digunakan di dalam kelas bagi mencapai penguasaan kemahiran Jawi kepada setiap
individu pelajar.
Rajah 1.0 : Kerangka teori kajian
Rajah 1.1 : Kerangka teori kajian
Modul pembelajaran kemahiran Jawi ini mengambil pendekatan yang telah
dijalankan oleh Thorndike dan kemudian diteruskan oleh Skinner. Menurut Skinner
(1970), perubahan tingkah laku pelajar boleh berlaku melalui enam prinsip
Teori Behaviourisme
• Rangsangan dan gerak balas • Kesediaan pelajar • Latihan berulang • Pengukuhan positif dan negatif
Teori Konstruktivisme
• Alat budaya • Scaffolding • Zon Perkembangan Proksimal
Model ASSURE asas Pembelajaran
modul
Pendekatan Pembelajaran
Masteri
Pencapaian
12
pelaziman operan iaitu pengukuhan, ganjaran, hukuman, pembentukan, generalisasi
dan penghapusan. Pelajar yang menggunakan modul pembelajaran Jawi akan
mendapat ganjaran positif apabila mencapai tahap keputusan ujian pra dan ujian pos
yang terdapat pada setiap bahagian modul. Pencapaian sebanyak 50 peratus akan
melayakkan mereka meneruskan pembelajaran ke bahagian seterusnya.
Teori pembelajaran Skinner diaplikasikan dalam modul pembelajaran
kemahiran Jawi. Proses pembelajaran mengikut gerak balas pelajar berdasarkan
kemampuan pelajar menjawab ujian pra dan pos. Jawapan ujian pra dan ujian pos
akan dapat disemak pelajar setelah selesai ujian justeru membolehkan pelajar dapat
mengetahui prestasi mereka untuk meneruskan pembelajaran. Peneguhan yang
efektif perlu dipilih mengikut keperluan individu pelajar. Pujian serta merta dan
saranan pembetulan akan membantu mengukuhkan kemahiran dan minat pelajar
terhadap kemahiran Jawi.
Selain teori behaviorisme, teori konstruktivisme yang diasaskan oleh Lev
Vygotsky (1934), juga diaplikasikan melalui modul pembelajaran kemahiran Jawi
bagi memantapkan lagi penggunaannya kepada pelajar. Melalui bimbingan yang
dikenali sebagai “scaffolding”, individu dapat membina dan memahami pelajaran
dengan membentuk idea baru melalui interaksi dengan mereka yang lebih mahir
sama ada ibu bapa, guru atau rakan sebaya.
Pembelajaran menggunakan pendekatan “Scaffolding” dapat menjadikan
pelajar berminat melibatkan diri dalam menyiapkan tugasan yang diberikan sehingga
berjaya. Vygotsky turut menerangkan kebaikan “scaffolding” dengan dapat
mengembangkan prestasi dalam Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) pelajar
(Santrock, 2011). Antara faktor yang boleh menarik minat pelajar ialah sesuatu yang
baru, mencabar intelek iaitu meliputi aras yang lebih tinggi sedikit dari kesediaan
pelajar dan rangsangan aktif iaitu bahan yang menarik.
13
1.8 Kerangka Konsep Kajian
Kajian yang dijalankan melibatkan penggunaan Modul Pembelajaran
Kemahiran Jawi ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
Tingkatan Satu. Modul ini dibina berdasarkan prinsip-prinsip pembelajaran dalam
teori Behaviorisme dan Sosial Konstruktivisme. Kerangka konsep kajian yang
menggunakan kedua-dua teori ini ditunjukkan dalam kerangka konsep dalam rajah
2.0.
Rajah 1.2 Kerangka Konsep Kajian
Modul dibina berlandaskan prinsip pengukuhan dan ganjaran dalam teori
behaviorisme serta bimbingan melalui interaksi sosial dengan guru dalam teori sosial
konstruktivisme. Pelajar dibimbing mempelajari kemahiran Jawi secara berperingkat
mengikut modul sehingga menguasai pelajaran yang terkandung dalam modul itu.
Penggunaan modul ini akan menyumbang kepada pencapaian dan minat pelajar.
1.9 Kepentingan Kajian
Modul pembelajaran kemahiran Jawi yang digunakan dalam kajian ini adalah
satu usaha untuk mempertingkatkan kemahiran Jawi pelajar sekolah menengah. Hasil
kajian dapat membantu guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan pengajaran dan
Membina modul
pengajaran pembelajaran
kemahiran Jawi
Pelajar Tingkatan Satu yang mengikuti
kelas Pendidikan Islam
Pencapaian dalam kemahiran Jawi
Minat dalam kemahiran Jawi
Model AS
SU
RE
14
pembelajaran yang menggunakan modul. Kajian ini diharap dapat memberi input
kepada pihak-pihak tertentu seperti berikut:
1.9.1 Pihak Sekolah
Kajian tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan
modul pembelajaran kemahiran Jawi ini diharap dapat memberi kesedaran kepada
pihak sekolah supaya memberi sokongan padu kepada guru pendidikan Islam dengan
menyediakan program khas pembelajaran Jawi kepada pelajar sekolah menengah
selagi komponen Jawi tidak di masukkan dalam sukatan pelajaran pendidikan Islam
ataupun sukatan pelajaran bahasa Melayu. Program pembelajaran tersebut akan dapat
meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan sekaligus menjadikan
kemahiran tulisan Jawi satu kelebihan kepada guru dan pelajar.
1.9.3 Guru Pendidikan Islam
Hasil kajian dapat memberi maklumat baru kaedah pengajaran dan
pembelajaran kemahiran Jawi menggunakan modul kepada guru pendidikan Islam.
Selain membantu guru memperkasakan tulisan Jawi kepada pelajar sekolah
menengah, hasil kajian ini diharap dapat menyelesaikan masalah-masalah yang
dihadapi guru sepanjang pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah.
1.9.4 Pelajar
Hasil kajian ini memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan, kelebihan
dan kebaikan mereka mempelajari kemahiran Jawi. Pelajar seharusnya sedar
kepentingan kemahiran Jawi terhadap pembentukan jatidiri mereka sebagai rumpun
Melayu dengan mengekalkan warisan unggul Tanah Melayu. Maka, modul yang
15
terhasil daripada kajian ini merupakan penambahbaikan kemahiran Jawi baru yang
diharap dapat membantu pelajar mempelajari kemahiran Jawi.
1.10 Batasan Kajian
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah mengenal pasti beberapa
batasan yang boleh mempengaruhi dapatan kajian yang dilakukan. Batasan kajian
yang pertama adalah tentang populasi kajian. Populasi kajian untuk pelajar sekolah
menengah di Malaysia sangat luas. Kajian yang berbentuk menguasai modul ini
hanya melibatkan sampel kajian yang terhad kepada sebuah sekolah di bawah
kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’
Usman Awang.
Batasan kajian yang seterusnya ialah pada bahagian yang terkandung dalam
modul pembelajaran kemahiran Jawi ini tidak membezakan kepada tahap penguasaan
pelajar tertentu. Modul ini disusun mengikut asas awal pembelajaran kemahiran Jawi
sehingga mencapai tahap menguasai membaca dan menulis Jawi, maka, pelajar
ditentukan tahap mereka melalui ujian pra dan ujian pos yang terdapat pada setiap
bahagian. Faktor penerangan guru yang jelas turut diberi perhatian pada setiap
bahagian, khususnya bahagian satu dan dua kepada pelajar. Modul pembelajaran
kemahiran Jawi ini akan dapat menarik minat pelajar apabila dua bahagian asas ini
dikuasai dengan berkesan. Faktor ini juga sebagai menarik minat kepada pelajar
untuk meneruskan pembelajaran kemahiran Jawi pada bahagian seterusnya.
Dalam proses mendapatkan data kajian, kekangan waktu dan tekanan pada
waktu persekolahan akan memungkinkan jawapan yang diberikan pelajar tidak selari
dengan pelaksanaan dan susunan sebenar yang dilakukan oleh guru-guru. Faktor usia
remaja memungkinkan pelajar menjawab mengikut emosi dan rasional mereka
sendiri. Interpretasi keputusan akan mengambil kira batasan-batasan ini sebelum
kesimpulan secara keseluruhan dilakukan.
16
1.11 Definisi Istilah
Kajian ini menggunakan beberapa konsep yang memerlukan penjelasan bagi
memudahkan pemahaman keseluruhan kajian. Berikut ialah definisi istilah yang
dijelaskan dengan ringkas dari yang terkandung dalam tajuk kajian ini supaya dapat
memberi maksud yang sesuai dengan keperluan kajian.
1.11.1 Kemahiran Jawi
Kemahiran ialah kecekapan dan kepandaian yang terhasil daripada latihan
yang kerap mengerjakan sesuatu. Seperti kecekapan pelayaran bergantung kepada
kepandaian pelayarnya. Menurut Vygotsky (1934) pelajar membina ilmu dan
menguasai kemahiran melalui interaksi sosial dan aktiviti sosiobudaya. Kemahiran
Jawi dapat dikuasai bangsa Melayu sebelum merdeka kerana tulisan tersebut
digunakan dalam aktiviti social mereka. Kemahiran dalam kajian ini bermaksud
kecekapan pelajar menulis dan membaca tulisan Jawi hasil dari penggunaan modul
pembelajaran kemahiran Jawi. Perbezaan pencapaian pada ujian pra dan ujian pos
bahagian modul akan dapat memberi bukti kepada kecekapan mereka.
1.11.2 Modul Pembelajaran
Modul merupakan unit atau bahagian tersendiri yang lengkap dengan
komponennya atau pelajaran yang dapat dilaksanakan secara tersendiri kearah
pencapaian sesuatu kemahiran. Menurut Slavin (2000), belajar adalah proses
interaksi antara stimulus dan respon. Panduan modul ini menjadi rangsangan awal
pengajaran dan pembelajaran pelajar untuk menguasai kemahiran menulis dan
membaca tulisan Jawi. Pembelajaran menggunakan modul menjadi satu proses yang
berlaku secara interaktif untuk merangsang pengetahuan pelajar ke bahagian
17
seterusnya. Pembelajaran behaviorisme merujuk kepada perubahan tingkah laku
yang boleh diukur, diamati dan diramal dari rangsangan. Modul yang digunakan
dalam kajian ini disusun mengikut asas pengenalan tulisan Jawi dari sebutannya
sehingga peringkat membina dan membaca tulisan Jawi yang membolehkan guru
merangsang pelajar dengan pengukuhan positif atau negatif agar pembelajaran
menjadi lebih berkesan.
1.11.3 Minat
Minat menurut Zaini (2003) dinyatakan sebagai penjelmaan istimewa yang
terdapat di jiwa manusia. Minat berupaya memberi kuasa kepada pemiliknya
menjalankan sesuatu aktiviti. Keperluan pelajar menggunakan modul pembelajaran
kemahiran Jawi ini dapat dipenuhi melalui bahagian-bahagian yang disusun
berperingkat dari tingkatan aras mudah kepada tingkatan aras sukar. Dalam kajian ini
minat pelajar akan dapat diukur melalui ujian pra dan ujian pasca yang berperanan
meningkatkan kemahiran Jawi mereka.
1.11.4 Pencapaian
Pencapaian secara umumnya diukur dan dinyatakan dalam pelbagai cara
seperti skor mentah, gred dan pangkat untuk satu subjek ataupun keseluruhan subjek.
Maka, pencapaian itu membawa maksud kejayaan atau kegagalan pelajar bagi satu
ujian atau peperiksaan dalam sekolah yang diberi markah dan diinterpretasikan oleh
pakar-pakar dalam bidang tersebut. Dalam kajian ini, pencapaian pelajar yang
menggunakan modul pembelajaran Jawi sebanyak 50 peratus akan melayakkan
mereka meneruskan pembelajaran ke bahagian seterusnya menggunakan modul
pembelajaran kemahiran Jawi.
18
1.12 Penutup
Secara umumnya kajian dalam bab ini dimulakan dengan menghuraikan serba
sedikit tentang kemerosotan kemahiran Jawi pelajar. Latar belakang kajian yang
tertumpu pada situasi semasa pelaksanaan kemahiran Jawi di sekolah. Perbincangan
pada latar belakang dan pernyataan masalah kajian dalam bab ini telah menunjukkan
pembelajaran kemahiran Jawi menggunakan modul. Pelajar memerlukan guru yang
mampu merangsang minat mereka mempelajari Jawi. Pendekatan belajar
menggunakan modul sebagai alternatif menyelesaikan masalah kajian. Bab
seterusnya pula akan membincangkan tinjauan kajian yang berkaitan dengan kajian
yang dijalankan.
Recommended